The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ETIKA & PERADABAN RUKUN NEGARA (MPU21032)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

NAMA PENSYARAH : ZULKEFLY MUKHTAR

AHLI KUMPULAN :
KHAIRUL BARIYAH BINTI MISBAHULMUNIR (17DUP20F2029)
NURHAZIQAH NAJWA BINTI MUSA (17DUP20F2009)
NURFADHILLAH AMEERAH BINTI ZAINAL ARIFIN (17DUP20F2004)
NOOR ALIA NATASHA BINTI HAMIZAN (17DUP20F2027)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KHAIRUL BARIYAH, 2021-04-24 14:06:31

ETIKA & PERADABAN RUKUN NEGARA (2)

ETIKA & PERADABAN RUKUN NEGARA (MPU21032)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

NAMA PENSYARAH : ZULKEFLY MUKHTAR

AHLI KUMPULAN :
KHAIRUL BARIYAH BINTI MISBAHULMUNIR (17DUP20F2029)
NURHAZIQAH NAJWA BINTI MUSA (17DUP20F2009)
NURFADHILLAH AMEERAH BINTI ZAINAL ARIFIN (17DUP20F2004)
NOOR ALIA NATASHA BINTI HAMIZAN (17DUP20F2027)

Keywords: MPU21032,RUKUN NEGARA,ETIKA & PERADABAN,PSIS

RUKUN NEGARA

PENSYARAH : ZULKEFLY MUKHTAR
NAMA AHLI KUMPULAN:
KHAIRUL BARIYAH BINTI MISBAHULMUNIR
(17DUP20F2029)
NURHAZIQAH NAJWA BINTI MUSA (17DUP20F2009)
NURFADHILLAH AMEERAH BINTI ZAINAL ARIFIN
(17DUP20F2004)
NOOR ALIA NATASHA BINTI HAMIZAN (17DUP20F2027)

ISI KANDUNGAN

1. Apakah itu Rukun Negara?
2. Pengenalan Rukun Negara.
3. Objektif pembentukan Rukun Negara.
4. Maksud bagi setiap Rukun Negara:

- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluruhan Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
5. Usaha-usaha untuk menerapkan nilai Rukun Negara di
dalam Masyarakat.
6. Kesan-kesan apabila Rukun Negara diabaikan.
7. Kesimpulan.
8. Sumber rujukan.
9. Ahli-ahli kumpulan.

APAKAH ITU RUKUN NEGARA

Rukun negara adalah salah satu wadah dalam mengekalkan
perpaduan negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
bangsa, agama dan kaum. Mohamed Salleh menegaskan
bahawa Rukun Negara septutnya menjadi roh dan jiwa, rakyat
perlu sedar betapa pentingnya mengekalkan keharmonian
dalam setiap kaum ni negara ini.Berikutnya sejarah hitam
yang pernah melanda Malaysia, Mohamed Salleh berkata ini
telah menjadi asas keharmonian dalam kalangan rakyat
Malaysia selepas peristiwa rusuhan kaum berdarah pada 13
Mei 1969 dimana timbul perbalahan antara kaum. Rukun
Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos, 1970, oleh Yang di-
Pertua Agung keempat, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin
Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin. Adanya inisiatif
penumbuhan rukun negara dapat mengekalkan rakyat boleh
hidup dalam keadaan aman, harmoni dan saksama. Rukun
negara terdiri daripada 5 prinsip iaitu:

1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluruhan Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

3

PENGENALAN RUKUN NEGARA

Malaysia adalah sebuah Negara yang unik kerana masyarakatnya
terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, India,
Cina dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang
aman dan damai malah saling hormat menghormati dan bekerjasama
berdasarkan prinsip-prinsip rukun negara. Perpaduan yang wujud ini
mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia
sedar akan pentingnya perpaduan, “bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat”.Perpaduan yang kuat dan kukuh
antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecermelangan bagi
kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh itu, perpaduan dan
keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan
keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa
perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah
diperolehi sejak sekian lama akan hilang sekelip mata.

4

OBJEKTIF PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu
dibentuk:
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat,
• Memelihara satu cara hidup demokratik,
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan
• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.

5

MAKSUD BAGI SETIAP RUKUN NEGARA

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang
kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul
akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan
negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama Persekutuan, tetapi
agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan
dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam
Persekutuan. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari
akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam
kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan
keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota
masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini
telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

6

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-
Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem
beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri
bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-
Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula,
rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

7

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima,
mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan yang tertinggi.
Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara
ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai,
serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang
sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara
telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua
pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak
sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh
mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan
Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi
rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang
berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan
dan hak sosio-ekonomi rakyat.

8

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap
rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan
asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang
negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya
perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu
undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang
untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman,
stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin
kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan
teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota
masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh
diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang
serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan Negara.

9

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah
laku seseorang rakyat. Tujuannya adalah untuk membentuk
warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan
kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.
Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat
penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun
dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci tingkah laku yang angkuh atau menyinggung perasaan
seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga
mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-
dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini
menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa
dan nilai-nilai murni.

10

USAHA-USAHA UNTUK MENERAPKAN NILAI RUKUN NEGARA
DI DALAM MASYARAKAT :

▪ Mengadakan Kempen Kesedaran. Untuk menanamkan dan
menghayati Prinsip Rukun Negara dalam diri individu.

▪ Melalui Pendidikan. Melalui penerapan prinsip Rukun Negara
dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan,dan
Pendidikan Moral di sekolah.

▪ Peranan Media Massa. Media massa elektronik seperti televisyen
dan internet boleh menyiarkan iklan atau program yang memberi
kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip Rukun
Negara. Media massa bercetak seperti akhbar atau majalah boleh
menerbitkan artikel tentang kepentingan menghayati prinsip
Rukun Negara.

▪ Peranan Ibu Bapa. Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-
anak mereka supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun
Negara. Hal ini bagi memastikan anak-anak faham dan patuh serta
menghayati Rukun Negara sejak dari kecil hingga dewasa.

▪ Peranan Kerajaan. Kerajaan boleh mengambil inisiatif seperti
menganjurkan program yang bertemakan Rukun Negara bagi
memastikan rakyat sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara.

11

KESAN-KESAN APABILA RUKUN NEGARA DIABAIKAN

▪ Ketidakharmonian dan ketegangan antara kaum berlaku di
dalam masyarakat, dari isu setempat hinggalah isu nasional.

▪ Apabila prinsip kepercayaan kepada tuhan diabaikan, maka
pelbagai fahaman liberal mula menusuk masuk ke dalam minda
masyarakat.

▪ Apabila prinsip kesetiaan kepada raja dan negara diabaikan,
maka fahaman antiinstitusi raja mula berlegar-legar di dalam
masyarakat.

▪ Apabila prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-
undang diabaikan, maka semua yang terkandung dalam
perlembagaan termasuk soal hak-hak Istimewa orang Melayu
dan Bumiputera, kedudukan raja, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan Islam sebagai Agama Persekutuan, telah menjadi
perkara pertikaian hingga meranapkan kontrak sosial berasaskan
kompromi antara kaum yang selama ini menjadi tunjang
perpaduan antara kaum di negara kita.

▪ Apabila prinsip kesopanan dan kesusilaan diabaikan, maka
lahirnya manusia tidak sopan dalam kalangan warganegara.
Perpaduan dan rasa hormat-menghormati menjadi tembok besar
antara masyarakat.

12

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal
cohesion’ atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan
semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang
terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk
membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah
penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali
melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh
kerajaan. Justeru, mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta
bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui
perpaduan yang kukuh maka pertumbuhan ekonomi dapat
ditingkatkan dan kestabilan politik dapat dikekalkan dalam sistem
pemerintahan negara yang bercorak demokratik.

13

SUMBER RUJUKAN :

❑https://agri.upm.edu.my/artikel/disebalik_makna_prinsip_ruk
un_negara-43449

❑https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language
=my

❑http://nilaimasyarakat4.blogspot.com/2017/08/langkah.html
❑https://www.malaysiancoin.com/2014/07/sejarah-dan-

maksud-rukun-negara-malaysia.html
❑ https://m.malaysiakini.com/news/539228
❑https://www.google.com/search?client=safari&sxsrf=ALeKk02

b4Jvp_rEHvFSfoi6b0aIHQ8ge3w%3A1618547157130&lei=1RF5
YPi3B8OYmgfZ16fIDQ&q=kepentingan%20prinsip%20rukun%2
0negara&ved=2ahUKEwi49uiC9oHwAhVDjOYKHdnrCdkQsKwB
KAN6BAg0EAQ&biw=1261&bih=830
❑https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/07/70
7201/falsafah-rukun-negara-bukan-sekadar-dihayati
❑http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/kesimpulan
.html
❑https://www.kln.gov.my/web/esp_madrid/news-from-
mission/-/blogs/objektif-dan-prinsip-rukun-negara
❑https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara
❑https://www.bharian.com.my/rencana/lain-
lain/2021/01/774092/rukun-negara-asas-perpaduan-
pembinaan-negara-bangsa

14

AHLI-AHLI KUMPULAN :

KHAIRUL BARIYAH BINTI
MISBAHULUNIR

NO MATRIKS : 17DUP20F2029

NURHAZIQAH NAJWA BINTI MUSA
NO MATRIKS : 17DUP20F2009

NURFADHILLAH AMEERAH BINTI
ZAINAL ARIFIN

NO MATRIKS : 17DUP20F2004

NOOR ALIA NATASHA BINTI HAMIZAN
NO MATRIKS : 17DUP20F2027

15


Click to View FlipBook Version