The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

nadi electzone solutions

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azhari Shukri, 2020-10-01 11:43:52

koding arduino

nadi electzone solutions

Keywords: arduino,coding

KODING(Versi Ringkas) Page1

Belajar MengeKod Melalui Kit Elektronik

Oleh NADI ELECZONE SOLUTIONS

KODING Projek 3 : Lampu Kereta 22
Automatik 23
27
Tutorial : Graf intensiti cahaya
Tutorial : Mengintegrasikan 29

perintang peka cahaya
dengan lampu
Jom cipta : Lampu kereta

automatik

ISI KANDUNGAN Projek 4 : Sistem Penggera 30
Kebakaran 31
Kandungan kit 3 34
Tutorial : Membaca suhu 36
Pengenalan kepada Arduino Uno 4 persekitaran
38
Pemasangan perisian Arduino 5 Tutorial : Pembunyi Isyarat
IDE Tutorial : Mengintegrasikan

sensor suhu dan
pembunyi Isyarat
Jom cipta : Sistem Penggera

Kebakaran

Muat naik sketch pertama anda 7

Konsep input dan output 9 Projek 5 : Meter Kelajuan 39
Motosikal 40
Projek 1 : Lampu Suluh 10 42
Tutorial : Bermain dengan 11 Tutorial : Menggerakkan motor
servo 44
lampu 15
Tutorial : Mengintegrasikan suis Tutorial : Mengintegrasikan
17 perintang boleh laras
sentuh dengan lampu 17 dengan motor servo
Jom Cipta : Lampu suluh
Latihan : Lampu suluh pelbagai Jom Cipta : Meter kelajuan
Motosikal
warna
Projek Integrasi : 45

Sistem Lampu Isyarat

Projek 2 : Lampu Isyarat 18 Menggunakan Bateri 45
Tutorial : Mengawal masa 19
Jom cipta : Lampu isyarat 21 Pengenalan Komponen 47 Page2
Latihan : Lampu isyarat dengan 21

pejalan kaki

Kandungan Kit

Papan Arduino Uno Kabel USB A-B Papan Projek

Pembunyi Isyarat Wayar Penyambung Suis Sentuh

Diod Pemancar Cahaya Perintang Diod Pemancar 3
Cahaya

Perintang Boleh Laras Perintang Peka Cahaya Motor Servo

Penyambung Bateri 9V LM35 Sensor Suhu Geganti

* Rujuk mukasurat terakhir untuk pengenalan komponen. Page3

Pengenalan Kepada Arduino Uno

1. Arduino Uno adalah papan mikropengawal atau peranti kawalan dalam
satu cip yang mampu mengawal input dan output mengikut arahan yang
telah dikodkan. Papan Arduino Uno dilengkapi dengan mikropengawal
ATMEGA328P.

Suis mula Pin Digital serta
semula PWM

Soket
USB

Soket bekalan Mikropengawal
kuasa luar jenis ATMEGA328P

Pin Pin analog
Kuasa input

Gambar menunjukkan bahagian-bahagian asas papan Arduino Uno yang Page4
dilengkapi dengan mikropengawal ATMEGA328P

2. Papan Arduino Uno mempunyai 14 pin digital input dan output (Pin 0
sehingga 13) manakala 6 daripada pin digital input dan output nya boleh
dikonfigurasikan kepada mod PWM (Pulse Width Modulation).
Mempunyai 6 pin analog input (Pin A0 sehingga A5).

3. Papan Arduino Uno dapat dikodkan dengan menggunakan peisian
Arduino IDE. Kod menggunakan bahasa Inggeris yang mudah iaitu C++.

Pemasangan Perisian Arduino IDE

Langkah 1 : Layari laman sesawang Langkah 4 : Setelah selesai muat turun,
https://www.arduino.cc/en/Main/Software jalankan pemasang perisian Arduino IDE dan

klik Next.

Langkah 2 : Klik Di ruangan Download, sila Langkah 5 : Klik Install untuk memulakan
pilih Windows Installer untuk muat turun. proses pemasangan perisian.

Langkah 3 : Di ruangan Download, anda Langkah 6 : Tunggu sehingga selesai proses
boleh memilih JUST DOWNLOAD atau Extract kesemua fail dan pemasangan
perisian berjaya.
CONTRIBUTE &DOWNLAOD untuk
meneruskan muat turun perisian. Page5

* Rujuk video Youtube NADI arduino pemasangan perisian Arduino IDE.

Pemasangan Pemacu
Papan Arduino Uno

Langkah 1 : Nyahzip kan file CH341SER Langkah 2 : Klik dua kali pada file
CH341SER.EXE untuk memulakan
pemasangan pemacu papan Arduino Uno.

Langkah 3 : Klik pada butang INSTALL untuk Langkah 4 : Klik butang OK selepas melihat
memulakan pemasangan pemacu papan mesej “Driver install success!”. Ini
Arduino Uno.
menandakan pemacu papan Arduino Uno
berjaya dipasang.

* Rujuk video Youtube NADI arduino pemasangan pemacu papan arduino uno.

Saluran Youtube Nadi Page6

Eleczone Solutions

Langgan saluran Youtube Nadi Eleczone
Solutions untuk melihat video yang
berkaitan dengan trend teknologi semasa
seperti Arduino, Robotik, Internet of Things
dan Android Apps.

Muat Naik Sketch Pertama Anda

Langkah 1 : Sambungkan papan Arduino Uno Langkah 2 : Klik pada ikon Arduino untuk

pada komputer. membuka perisian Arduino IDE

Langkah 3 : Buka contoh kod sedia ada dari perisian Arduino IDE dengan mengklik pada File
>> Examples >> 01 Basics >> Blink.

Langkah 4 : Menetapkan sambungan papan Langkah 5 : Menetapkan nombor
Arduino Uno dengan Arduino IDE, klik pada sambungan papan Arduino Uno dengan
Arduino IDE, klik pada Tools >> Ports >> dan
Tools >> Boards >> dan pilih
Arduino/Genuino Uno pilih COMX

Page7

Langkah 6 : Muat naik kod ke papan Arduino Langkah 7 : Mesej Done Uploading

Uno dengan mengklik pada butang Upload. dipaparkan menandakan kod berjaya dimuat

naik ke papan Arduino Uno.

Langkah 8 : Kelihatan lampu di atas papan Arduino Uno mula berkelip kelip dengan selang
masa selama 1 saat.

* Rujuk video Youtube NADI arduino muat naik sketch pertama anda.

Page8

Konsep Input Dan Output

INPUT Komponen elektronik yang mengeluarkan isyarat voltan atau
arus serta boleh digunakan untuk kegunaan sesuatu sistem.

PROSES Peranti kawalan akan memproses isyarat dari input sebagai
rujukan dalam menghasilkan output.

OUTPUT Hasil dari data yang dimanipulasikan oleh sistem
pemprosesan

CONTOH SISTEM
Sistem Penyiraman Tanah Secara Automatik

INPUT PROSES OUTPUT

Sensor kelembapan tanah Cip mikropengawal akan Paip air akan diaktifkan
akan dibenamkan ke memproses isyarat dari apabila tanah kering dan
dalam tanah lalu sensor dan seterusnya
mengeluarkan isyarat mengawal paip air untuk memerlukan siraman.
apabila tanah kering.
penyiraman.
Page9

Projek 1 - Lampu Suluh : Kebiasaanya di kampung pada

waktu malam, kita akan dapat melihat atuk atau nenek kita menggunakan
lampu suluh. Ada kalanya mereka menggunakan lampu suluh semasa pergi
menghantar makanan kerumah jiran dan ada kalanya semasa menjenguk
keadaan ayam ternakan dibelakang rumah.

Cadangan masa untuk projek lampu suluh : 1 Jam
Fungsi kod yang ditekankan : Digital input dan output

Senarai komponen yang diperlukan

Papan Arduino Perintang 10kΩ
Uno dan Kabel
Perintang 220Ω x
USB 4 Unit

Papan Projek Diod Pemancar
Wayar Cahaya Putih

Penyambung Diod Pemancar 3
Cahaya
Suis Sentuh

Info : Polariti Diod Pemancar Cahaya

Gambar info diatas menerangkan bagaimana cara untuk anda mengetahui Page10
polariti diod pemancar cahaya.

Tutorial 1 (a) : Bermain dengan lampu (Diod pemancar cahaya)

Bina litar dibawah dengan menggunakan komponen-komponen yang
diperlukan oleh projek lampu suluh.

Papan Projek Litar Skematik

Mengenali kod asas : Kod asas di bawah adalah struktur kod yang perlu
sentiasa ada bagi membolehkan sesuatu kod dilaksanakan.

void setup() Kod asas
{
Di dalam kurungan setup, kod hanya
} akan dilaksanakan sekali iaitu dari atas
void loop() ke bawah.
{
Di dalam kurungan loop, kod akan
} dilaksanakan dari atas ke bawah dan
akan diulang berkali kali.

Page11

Kod bermain dengan lampu (diod pemancar cahaya) akan membuatkan diod
pemancar cahaya berkelip kelip dengan selang masa selama 1 saat. Fahamkan
kod C++ di bawah dengan membandingkan huraian pada carta aliran kod.

Carta aliran kod Kod C++

Mula void setup()
{
Menetapkan Pin 13
kepada output pinMode(13, OUTPUT);
}
Mengaktifkan Diod void loop()
Pemancar Cahaya {

selama 1 saat digitalWrite(13, HIGH);
delay(1000);

Memadamkan digitalWrite(13, LOW);
Diod Pemancar delay(1000);
Cahaya selama 1 }

saat

Buka perisian Arduino IDE dan taip kod C++ di 1 saat
1 saat
atas. Klik pada butang upload untuk memuat
naik kod ke papan Arduino Uno. Hasilnya diode
pemancar cahaya akan mula berkelip kelip dengan
selang masa selama 1 saat.

Page12

Tutorial 1 (b) : Bermain dengan lampu (diod pemancar 3 cahaya)

Bina litar dibawah dengan menggunakan komponen-komponen yang
diperlukan oleh projek lampu suluh. Sila rujuk info polariti diod pemancar
cahaya untuk mengetahui tentang fungsi kaki

Papan Projek Litar Skematik Page13
PCB (Papan Litar Bercetak)
Info : Dimanakah PCB digunakan?

PCB menghubungkan komponen
elektronik menggunakan trek yang
konduktif. Lokasi
komponen dan trek
di atas PCB adalah
bersifat kekal. PCB
biasanya terdapat
pada produk akhir
seperti tetikus komputer, telefon
pintar dan banyak lagi.

Kod bermain dengan lampu (Diod pemancar 3 cahaya) akan membuatkan
diod pemancar 3 cahaya memancarkan cahaya merah, hijau dan biru secara
berturutan dengan selang masa selama 1 saat. Fahamkan kod C++ di bawah
dengan membandingkan huraian pada carta aliran kod.

Carta aliran kod Kod C++

Mula #define DIOD_MERAH 13

#define DIOD_HIJAU 11

#define DIOD_BIRU 9

Menetapkan Pin 13 , void setup()
11 dan 9 kepada
output {
pinMode(DIOD_MERAH, OUTPUT);
Mengaktifkan pin pinMode(DIOD_HIJAU, OUTPUT);
Merah Diod pinMode(DIOD_BIRU, OUTPUT);

Pemancar Cahaya }
sahaja selama 1 saat void loop()

{
digitalWrite(DIOD_MERAH, HIGH);
digitalWrite(DIOD_HIJAU, LOW);
digitalWrite(DIOD_BIRU, LOW);
delay(1000);

Mengaktifkan pin digitalWrite(DIOD_MERAH, LOW);
Hijau Diod digitalWrite(DIOD_HIJAU, HIGH);
digitalWrite(DIOD_BIRU, LOW);
Pemancar Cahaya delay(1000);
sahaja selama 1 saat

Mengaktifkan pin digitalWrite(DIOD_MERAH, LOW);
Biru Diod digitalWrite(DIOD_HIJAU, LOW);
digitalWrite(DIOD_BIRU, HIGH);
Pemancar Cahaya delay(1000);
sahaja selama 1 saat
}

Page14

Buka perisian Arduino IDE dan taip kod C++ seperti di muka surat sebelum
ini. Klik pada butang upload untuk memuat naik kod ke papan Arduino Uno.
Hasilnya diod pemancar 3 cahaya memancarkan cahaya merah, hijau dan biru
secara berturutan dengan selang masa selama 1 saat.

Tahukah Anda?
Diod pemancar 3 cahaya boleh
memancarkan lebih
dari 3 cahaya. Cuba
anda aktifkan mana
mana dua pin pada
satu masa.

Tutorial 2 : Mengintegrasikan suis sentuh dengan lampu

Bina litar dibawah dengan menggunakan komponen-komponen yang
diperlukan oleh projek lampu suluh.

Papan Projek Litar Skematik Page15

Kod mengintegrasikan suis sentuh dengan lampu akan membuatkan diod
pemancar cahaya memancarkan cahaya putih apabila suis sentuh ditekan.
Fahamkan kod C++ di bawah dengan membandingkan huraian pada carta
aliran kod.

Carta aliran kod Kod C++

Mula #define DIOD_CAHAYA 11
#define SUIS 2
Menetapkan Pin 11
kepada output dan pin 2 int keadaan_suis;

kepada input void setup()
{
Baca keadaan suis
pinMode(DIOD_CAHAYA, OUTPUT);
pinMode(SUIS, INPUT);
}

void loop()
{

keadaan_suis = digitalRead(SUIS);

Tidak Adakah suis if(keadaan_suis == LOW)
ditekan {

Ya digitalWrite(DIOD_CAHAYA, HIGH);
}
Aktifkan diod
pemancar cahaya

Adakah suis Tidak
tidak ditekan
else Page16
Ya {

Memadamkan diod digitalWrite(DIOD_CAHAYA, LOW);
pemancar cahaya }
}

Buka perisian Arduino IDE dan taip kod C++ seperti di muka surat sebelum
ini. Klik pada butang upload untuk memuat naik kod ke papan Arduino Uno.
Hasilnya diod pemancar cahaya akan memancarkan cahaya putih apabila suis
sentuh ditekan.

Bagaimana suis tekan berfungsi?

Jom cipta lampu suluh : Menggunakan kod
mengintegrasikan suis sentuh dengan lampu, anda
diminta untuk menggunakan gambar di sebelah
(disertakan di dalam kotak kit) untuk membina
model lampu suluh.

* Rujuk video Youtube NADI arduino Jom cipta lampu suluh.

Latihan lampu suluh pelbagai warna :
Anda diminta untuk mengubah suai,
menyunting atau menggabungkan kod
sedia ada untuk mereka cipta lampu
suluh yang boleh menghasilkan
pelbagai jenis warna. Tipnya adalah
menukarkan diod pemancar cahaya
kepada diod pemancar 3 cahaya.

* Rujuk video Youtube NADI arduino Latihan lampu suluh pelbagai warna.

Page17

Projek 2 - Lampu Isyarat : Dalam negara maju, sistem

pengangkutan adalah satu perkara yang sangat penting. Pengangkutan
memudahkan perjalanan bukan sahaja kepada masyarakat setempat tetapi
juga kepada jalinan industri. Antara aspek yang penting dalam sistem
pengangkutan adalah pengurusan jalan raya yang mana kita menggunakan
lampu isyarat untuk mengawal lalu lintas. Pernahkah anda bertanya
bagaimana sistem lampu isyarat ini di bangunkan?

Cadangan masa untuk projek lampu isyarat : 1 Jam
Fungsi kod yang ditekankan : Delay

Senarai komponen yang diperlukan

Papan Arduino Perintang 220Ω x
Uno dan Kabel 5 Unit

USB Diod Pemancar
Cahaya Merah x 2
Papan Projek
Unit
Wayar Diod Pemancar
Penyambung Cahaya Kuning

Suis Sentuh Diod Pemancar
Cahaya Hijau x 2
Perintang 10kΩ
Unit

Page18

Tutorial 1 : Mengawal masa

Bina litar dibawah dengan menggunakan komponen-komponen yang
diperlukan oleh projek lampu isyarat.

Papan Projek Litar Skematik Page19
PCB (Papan Litar Bercetak) Kitaran mereka bentuk PCB

1. Idea projek
2. Melukis litar skematik

3. Prototaip atas papan projek

4. Melukis dan menghasilkan PCB
5. Menyatukan komponen
dengan PCB
6. Projek berjaya direalisasikan

Kod mengawal masa akan membuatkan diod pemancar cahaya memancarkan
cahaya merah, kuning dan hijau secara berturutan dengan selang masa seperti
yang ditetapkan dalam kod. Fahamkan kod C++ di bawah dengan
membandingkan huraian pada carta aliran kod.

Carta aliran kod Kod C++

Mula #define DIOD_MERAH 13

Menetapkan Pin 13 , #define DIOD_KUNING 10
10 dan 5 kepada #define DIOD_HIJAU 5
output void setup()

{
pinMode(DIOD_MERAH, OUTPUT);
pinMode(DIOD_KUNING, OUTPUT);
pinMode(DIOD_HIJAU, OUTPUT);

}

Mengaktifkan Diod void loop()
Pemancar Cahaya
Merah selama 5 {
digitalWrite(DIOD_MERAH, HIGH);
saat digitalWrite(DIOD_KUNING, LOW);
digitalWrite(DIOD_HIJAU, LOW);
delay(5000);

Mengaktifkan Diod digitalWrite(DIOD_MERAH, LOW);
Pemancar Cahaya digitalWrite(DIOD_KUNING, HIGH);
Kuning selama 1 digitalWrite(DIOD_HIJAU, LOW);
delay(1000);
saat

Mengaktifkan Diod digitalWrite(DIOD_MERAH, LOW);
Pemancar Cahaya digitalWrite(DIOD_KUNING, LOW);
Hijau selama 10 saat digitalWrite(DIOD_HIJAU, HIGH);
delay(10000);
}

Info : Angka yang terdapat di dalam kurungan delay( ) memainkan peranan Page20
untuk mengawal masa.

Buka perisian Arduino IDE dan taip kod C++ seperti di muka surat sebelum

ini. Klik pada butang upload untuk memuat naik kod ke papan Arduino Uno.
Hasilnya diod pemancar cahaya akan memancarkan cahaya putih apabila suis
sentuh ditekan.

5 saat 1 saat

10 saat Page21

Jom cipta lampu isyarat : Menggunakan kod mengawal masa, anda
diminta untuk menggunakan gambar di sebelah (disertakan di dalam
kotak kit) untuk membina model lampu isyarat. Cuba bermain-main
dengan angka yang terdapat di dalam kurungan delay( ).

* Rujuk video Youtube NADI arduino Jom cipta lampu isyarat.

Latihan lampu isyarat dengan pejalan kaki : Anda diminta untuk mengubah
suai, menyunting atau menggabungkan kod sedia untuk mereka cipta satu
sistem lampu isyarat yang mempunyai lampu isyarat untuk perjalan kaki.
Gunakan kreativiti anda untuk membina sistem tersebut.

Lampu isyarat beroperasi seperti biasa.

Pejalan kaki menekan butang lalu lintas untuk pejalan kaki

Lampu isyarat untuk laluan kereta menjadi merah dan
lampu trafik untuk pejalan kaki menjadi hijau.

* Rujuk video Youtube NADI arduino Latihan lampu isyarat dengan pejalan kaki.

Projek 3 - Lampu Kereta Automatik :

Kebanyakkan kereta yang digunakan rakyat Malaysia tidak dilengkapi dengan
ciri ciri lampu kereta automatik. Ciri ini akan membuatkan lampu hadapan
kereta diaktifkan secara automatik apabila kereta berada di dalam suasana
yang gelap. Ciri lampu kereta automatik mampu mengelakkan kes-kes
kemalangan yang disebabkan kelalaian pemandu lupa mengaktifkan lampu
kereta pada waktu malam. Mahukah anda menciptanya?

Cadangan masa untuk projek lampu kereta automatik : 1 Jam
Fungsi kod yang ditekankan : Analog input dan komunikasi siri

Senarai komponen yang diperlukan

Papan Arduino Perintang 220Ω x
Uno dan Kabel 2 Unit

USB Perintang 10kΩ

Papan Projek Perintang Peka
Cahaya
Wayar
Penyambung

Diod Pemancar
Cahaya Putih x 2

Unit

Page22

Info : Bagaimana litar perintang peka cahaya berfungsi

Nod akan bervoltan tinggi apabila perintang peka cahaya didedahkan kepada
cahaya manakala nod akan bervoltan rendah apabila perintang peka cahaya
berada di kawasan gelap.
Tutorial 1 : Graf intensiti cahaya
Bina litar dibawah dengan menggunakan komponen-komponen yang
diperlukan oleh projek lampu kereta automatik.

Papan Projek Litar Skematik Page23

Kod graf intensiti cahaya akan membaca isyarat atau nilai voltan pada nod litar
perintang peka cahaya lalu memberikan data tersebut kepada komputer.
Fahamkan kod C++ di bawah dengan membandingkan huraian pada carta
aliran kod.

Carta aliran kod Kod C++

#define PERINTANG_PEKA_CAHAYA A0

Mula int bacaan_voltan;

Menetapkan void setup()
komunikasi siri melalui {

medium USB Serial.begin(9600);
}

void loop()
{

Membaca nilai bacaan_voltan =
voltan pada nod analogRead(PERINTANG_PEKA_CAHAYA);
litar perintang peka

cahaya

Memberikan nilai Serial.print(0);
minimum dan maksimum Serial.print(" ");
paksi Y kepada komputer Serial.print(1000);
Serial.print(" ");
melalui medium USB

Memberikan nilai Serial.println(bacaan_voltan);
voltan kepada }

komputer melalui
medium USB

Page24

Info : Pin analog input A0 tidak perlu ditetapkan terlebih dahulu di dalam
setup(), berbeza dengan pin input yang mana perlu ditetapkankan terlebih
dahulu di setup(). Ini kerana perisian Arduino IDE secara automatik telah
menetapkan fungsi pin analog input.

Buka perisian Arduino IDE dan taip kod C++ seperti di muka surat sebelum

ini. Klik pada butang upload untuk memuat naik kod ke papan Arduino
Uno.

Mengenali Arduino IDE serial plotter, fungsi
ini membolehkan anda melihat nilai yang
telah diberikan oleh papan Arduino Uno
kepada komputer melalui medium USB.
Selepas klik pada butang upload dan
menerima mesej Done Uploading, anda
perlu klik pada Tools >> Serial Plotter untuk
melihat graf intensiti cahaya yang diperoleh
daripada nod litar perintang peka cahaya.

Arduino IDE Serial Plotter

Page25

Cuba bermain main dengan Terang Gelap
perintang peka cahaya menggunakan
kad intensiti cahaya (dilampirkan
bersama kit). Rekodkan nilai paksi Y
ketika perintang peka cahaya berada
dalam kawasan terang dan kawasan
gelap. Nilai ini akan digunakan pada
tutorial berikutnya.

Nilai paksi Y nod perintang peka cahaya di kawasan terang (X) =

Nilai paksi Y nod perintang peka cahaya di kawasan gelap (Y) =

( + )
2 = =

Page26

Tutorial 2 : Mengintegrasikan perintang peka cahaya dengan lampu

Bina litar dibawah dengan menggunakan komponen-komponen yang
diperlukan oleh projek lampu kereta automatik.

Perisian apakah yang
digunakan di dalam manual

ini untuk melukis papan
projek, litar skematik dan

PCB?

Perisian Fritzing adalah

inisiatif perisian open-source yang

menjadikan elektronik dapat

diakses sebagai bahan kreatif untuk

sesiapa sahaja.

Papan Projek Berbekalkan semangat open-
Litar SkematiK
source, Fritzing dan Arduino tidak

mengenakan sebarang bayaran

kepada mereka yang ingin

menggunakan perisisan mereka.

Ini sekaligus dapat memupuk

ekosistem kreatif yang

membolehkan pengguna untuk

mendokumentasikan prototaip

mereka, berkongsi dengan orang

lain, mengajar elektronik dan

menulis koding walaupun di bilik

darjah.

Page27

Kod mengintegrasikan perintang peka cahaya dengan lampu akan
membuatkan diod pemancar cahaya memancarkan cahaya apabila berada di
kawasan gelap. Fahamkan kod C++ di bawah dengan membandingkan huraian
pada carta aliran kod.

Carta aliran kod Kod C++

Mula #define PERINTANG_PEKA_CAHAYA A0

Menetapkan Pin 12 #define DIOD_KANAN 12
dan 13 kepada #define DIOD_KIRI 13
output int bacaan_voltan;
int purata = 250;
Membaca nilai voltan pada nod void setup()
litar perintang peka cahaya
{
pinMode(DIOD_KANAN, OUTPUT);
pinMode(DIOD_KIRI, OUTPUT);

}
void loop()

{
bacaan_voltan =

analogRead(PERINTANG_PEKA_CAHAYA
);

Tidak Adakah berada di if(bacaan_voltan > purata)
kawasan terang? {

Ya digitalWrite(DIOD_KANAN,
Memadamkan diod LOW);
pemancar cahaya
digitalWrite(DIOD_KIRI,
Adakah berada di LOW);
kawasan gelap?
}
Ya
Aktifkan diod Tidak else
pemancar cahaya {

digitalWrite(DIOD_KANAN, Page28
HIGH);

digitalWrite(DIOD_KIRI,
HIGH);

}
}

Buka perisian Arduino IDE dan taip kod C++ seperti di muka surat sebelum

ini. Klik pada butang upload untuk memuat naik kod ke papan Arduino
Uno. Pastikan anda mengubah nilai purata di dalam kod kepada nilai anda.
Hasilnya diod pemancar cahaya akan memancarkan cahaya apabila berada di
kawasan gelap (gunakan kad intensiti cahaya yang dilampirkan bersama kit).

Fail dan
pemasang
perisian

Anda boleh
mendapatkan fail
papan projek, litar
skematik, projek
pcb dan pemasang

perisian di

dalam cakera padat

yang disediakan.

Jom cipta lampu kereta automatik :
Menggunakan kod mengintegrasikan
perintang peka cahaya dengan
lampu, anda diminta untuk
menggunakan gambar di sebelah
(disertakan di dalam kotak kit) untuk
membina model lampu kereta
automatik.

* Rujuk video Youtube NADI arduino Jom cipta lampu kereta automatik.

Page29

Projek 4 - Sistem Penggera Kebakaran :

Malang tidak berbau, kebakaran boleh sahaja berlaku pada bila-bila masa
tanpa diduga. Kebakaran boleh berlaku tidak kira di waktu siang atau waktu
malam, di tempat ramai orang atau di tempat sunyi. Kebiasaanya bagi
mengawasi kebakaran di kawasan yang sunyi atau di waktu malam, satu sistem
penggera kebakaran akan dibina. Ayuh kita cipta sistem penggera kebakaran
yang mudah.

Cadangan masa untuk projek sistem penggera kebakaran : 1 Jam
Fungsi kod yang ditekankan : Analog input, komunikasi siri dan pembunyi
isyarat

Senarai komponen yang diperlukan

Papan Arduino Pembunyi Isyarat
Uno dan Kabel

USB

Papan Projek Geganti
LM35 Sensor Suhu
Wayar
Penyambung

Info : Bagaimana Sensor Suhu dan Geganti berfungsi

LM35 Sensor Suhu Geganti Page30

Pin 2 LM35 Sensor Suhu memberikan keluaran voltan yang berkadar terus
dengan suhu persekitaran. Keluaran voltan pada pin 2 adalah 0.01V untuk satu
darjah celcius. Sebagai contoh jika suhu persekitaran adalah 35 darjah celcius,
maka keluaran voltan pada pin 2 adalah 0.35V

Geganti merupakan suis yang dibuka atau ditutup dengan menggunakan kesan
elektromagnet. Dalam erti kata lain, geganti merupakan suis yang boleh
dikawal secara elektronik oleh pin-pin yang ada pada mikropengawal.

Tutorial 1 (a) : Membaca suhu persekitaran

Bina litar dibawah dengan menggunakan komponen-komponen yang
diperlukan oleh projek sistem penggera kebakaran.

Pin LM35 Sensor Suhu

Pin 3 (Hitam) - GND
Pin 2 (Oren) - OUT
Pin 1 (Merah) - 5V

Papan Projek Litar Skematik

Page31

Kod membaca suhu persekitaran akan membaca isyarat atau nilai voltan
daripada pin 2 LM35 sensor suhu lalu memberikan data tersebut kepada
komputer. Fahamkan kod C++ di bawah dengan membandingkan huraian pada
carta aliran kod.

Carta aliran kod Kod C++

Mula #define SENSOR_SUHU A1

float bacaan_voltan;
float bacaan_celcius;

Menetapkan void setup()
komunikasi siri melalui {

medium USB Serial.begin(9600);
}
Membaca nilai voltan pada
pin 2 LM35 sensor suhu void loop()
{

bacaan_voltan =
analogRead(SENSOR_SUHU);

Menukarkan nilai voltan bacaan_celcius = (5.0 * bacaan_voltan *
kepada nilai darjah celcius 100.0) / 1024;

Memberikan nilai delay(100);
darjah celcius kepada
Serial.print(bacaan_celcius);
komputer melalui Serial.println(" degrees Celcius");
medium USB }

Info : Pin analog input A1 tidak perlu ditetapkan terlebih dahulu di dalam Page32
setup(), berbeza dengan pin input yang mana perlu ditetapkankan terlebih
dahulu di setup(). Ini kerana perisian Arduino IDE secara automatik telah
menetapkan fungsi pin analog input.

Buka perisian Arduino IDE dan taip kod C++ seperti di muka surat sebelum

ini. Klik pada butang upload untuk memuat naik kod ke papan Arduino
Uno.

Mengenali Arduino IDE serial monitor,
fungsi ini membolehkan anda melihat nilai
yang telah diberikan oleh papan Arduino
Uno kepada komputer melalui medium USB.
Selepas klik pada butang upload dan
menerima mesej Done Uploading, anda
perlu klik pada Tools >> Serial Monitor untuk
melihat suhu persekitaran yang diperoleh
daripada pin 2 LM35 sensor suhu.

Arduino IDE Serial Monitor Kiraan Darjah Celcius

Menukarkan nilai voltan Page33
kepada nilai darjah celcius

Persamaan bacaan_celcius
yang digunakan dalam
proses di atas diambil dari
bacaan_voltan.

Bacaan voltan akan
didarab dengan peratusan
julat digital (1024).

Selepas itu didarab pula
dengan julat voltan (5V)

bacaan_celcius
= (5.0 * bacaan_voltan *
100.0) / 1024;

Cuba bermain main Sensor suhu Tutup sensor suhu
dengan LM35 sensor suhu tidak ditutup dengan tangan
menggunakan tangan anda.
Cuba tutup LM35 dengan
tangan anda dan perhatikan
perubahan nilai suhu darjah
celcius pada serial monitor.

Tutorial 1 (b) : Pembunyi isyarat

Bina litar dibawah dengan menggunakan komponen-komponen yang
diperlukan oleh projek sistem penggera kebakaran.

Bagaimana untuk
mengawal suis di
dalam geganti?

Pin 1 dan pin 2
digunakan untuk
mengawal suis di
dalam geganti.

Papan Projek Page34

Kod pembunyi isyarat akan membuatkan pembunyi isyarat mengeluarkan
bunyi dengan selang masa selama 1 saat. Fahamkan kod C++ di bawah dengan
membandingkan huraian pada carta aliran kod.

Carta aliran kod Kod C++

Mula void setup()
{
Menetapkan Pin 2
kepada output pinMode(2, OUTPUT);

Mengaktifkan }
pembunyi isyarat void loop()
{
selama 1 saat
digitalWrite(2, LOW);
delay(1000);

Memadamkan digitalWrite(2, HIGH);
pembunyi isyarat delay(1000);
}
selama 1 saat

Buka perisian Arduino IDE dan taip kod C++ di atas. Klik pada butang Page35
upload untuk memuat naik kod ke papan Arduino Uno. Hasilnya pembunyi
isyarat akan mengeluarkan bunyi dengan selang masa selama 1 saat.

1 saat

1 saat

Tutorial 2 : Mengintegrasikan sensor suhu dan pembunyi isyarat
Bina litar dibawah dengan menggunakan komponen-komponen yang
diperlukan oleh projek sistem penggera kebakaran.

Papan Projek
Kod mengintegrasikan sensor suhu dan pembunyi isyarat akan membuatkan
pembunyi isyarat berbunyi apabila bacaan suhu melepasi bacaan nilai
kebakaran. Fahamkan kod C++ di bawah dengan membandingkan huraian pada
carta aliran kod.

Page36

Carta aliran kod Kod C++

Mula #define SENSOR_SUHU A1
#define PEMBUNYI 2
Menetapkan Pin 2
kepada output float bacaan_voltan;
float bacaan_celcius;
Membaca nilai voltan pada sensor float kebakaran = 32;
suhu dan menukarkannya kepada
void setup()
nilai darjah celcius {

Tidak Adakah mengalami pinMode(PEMBUNYI, OUTPUT);
kebakaran? Serial.begin(9600);
}
Ya
void loop()
Aktifkan pembunyi {
isyarat
bacaan_voltan =
analogRead(SENSOR_SUHU);

bacaan_celcius = (5.0 *
bacaan_voltan * 100.0) / 1024;

delay(100);

Serial.print(bacaan_celcius);
Serial.println(" degrees
Celcius");

if(bacaan_celcius >
kebakaran)

{

digitalWrite(PEMBUNYI,
HIGH);

}

Adakah tidak Tidak
mengalami kebakaran?
else
Ya {

Padamkan digitalWrite(PEMBUNYI,
pembunyi isyarat LOW);

} Page37
}

Buka perisian Arduino IDE dan taip kod C++ seperti di muka surat sebelum
ini. Pastikan anda mengubah nilai kebakaran di dalam kod kepada nilai anda.
Klik pada butang upload untuk memuat naik kod ke papan Arduino Uno.

Cuba bermain-main dengan
sensor suhu menggunakan
tangan anda. Pembunyi isyarat
sepatutnya berbunyi apabila
bacaan sensor suhu melepasi
nilai kebakaran.
Jom cipta sistem penggera kebakaran : Menggunakan kod mengintegrasikan
sensor suhu dan pembunyi isyarat, anda diminta untuk menggunakan gambar
di bawah (disertakan di dalam kotak kit) untuk membina model sistem
penggera kebakaran.

* Rujuk video Youtube NADI arduino Jom cipta sistem penggera kebakaran.

Page38

Projek 5 - Meter Kelajuan Motosikal :

Seringkali kita melihat meter kelajuan motosikal dan kereta. Konsepnya
mudah, apabila pedal minyak kereta mula ditekan atau throttle motosikal
mula dipulas dan roda mula bergerak maka meter kelajuan akan mula
mengukur kelajuan roda. Kali ini kita akan cuba membina simulator untuk
meniru keadaan meter kelajuan motosikal bertindak balas terhadap pusingan
throttle motosikal. Jom buat simulator !!!

Cadangan masa untuk projek meter kelajuan motosikal : 1 Jam
Fungsi kod yang ditekankan : Analog input dan servo output

Senarai komponen yang diperlukan

Papan Arduino Perintang boleh
Uno dan Kabel laras

USB Motor Servo

Papan Projek

Wayar
Penyambung

Info : Fungsi pin motor servo

Gambar info diatas menerangkan bagaimana cara untuk anda mengetahui Page39
fungsi pin motor servo.

Tutorial 1 : Menggerakkan motor servo

Bina litar dibawah dengan menggunakan komponen-komponen yang
diperlukan oleh projek meter kelajuan motosikal.

Papan Projek Litar Skematik

Kod menggerakkan motor servo akan membuatkan gear servo bergerak ke Page40
darjah yang diarahkan. Fahamkan kod C++ di muka surat seterusnya dengan
membandingkan huraian pada carta aliran kod.

Carta aliran kod Kod C++ Page41

Mula #include <Servo.h>
#define MOTOR_SERVO 9
Menetapkan Pin 9 Servo myservo;
kepada servo output void setup()
{
Menggerakan gear servo
ke arah 0 darjah. myservo.attach(MOTOR_SERVO);
}
Memberi masa selama 1 saat untuk void loop()
gear servo selesai bergerak {

Menggerakan gear servo myservo.write(0);
ke arah 180 darjah.
delay(1000);
Memberi masa selama 1 saat untuk
gear servo selesai bergerak myservo.write(180);

Menggerakan gear servo delay(1000);
ke arah 90 darjah.
myservo.write(90);
Memberi masa selama 1 saat untuk
gear servo selesai bergerak delay(1000);

Menggerakan gear servo myservo.write(135);
ke arah 135 darjah.
delay(1000);
Memberi masa selama 1 saat untuk }
gear servo selesai bergerak

Buka perisian Arduino IDE dan taip kod C++ di
atas. Klik pada butang upload untuk memuat
naik kod ke papan Arduino Uno. Hasilnya
membuatkan gear servo bergerak ke darjah yang
diarahkan dengan selang masa selama 1 saat.

Tutorial 2 : Mengintegrasikan perintang boleh laras dengan motor servo

Litar : Bina litar dibawah dengan menggunakan komponen-komponen yang
diperlukan oleh projek meter kelajuan motosikal.

Papan Projek Litar Skematik

Page42

Kod mengintegrasikan perintang boleh laras dengan motor servo akan
membuatkan gear servo bergerak ke darjah yang diarahkan oleh perintang
boleh laras. Fahamkan kod C++ di bawah dengan membandingkan huraian
pada carta aliran kod.

Carta aliran kod Kod C++

Mula #include <Servo.h>
#define MOTOR_SERVO 9
Menetapkan Pin 9 #define PERINTANG_LARAS A2
kepada servo output Servo myservo;
int perintang;
Membaca nilai voltan int darjah_servo;
perintang boleh laras void setup()
{

myservo.attach(MOTOR_SERVO);
}

void loop()
{

perintang =
analogRead(PERINTANG_LARAS);

Menukarkan nilai voltan (0~1023) darjah_servo = map(perintang, 0,
kepada darjah servo (0~180) 1023, 0, 180);

Menggerakan gear servo myservo.write(darjah_servo);
ke arah darjah servo.

Memberi masa selama 0.015 saat delay(15);
untuk gear servo selesai bergerak }

Buka perisian Arduino IDE dan taip kod C++ seperti di muka surat sebelum Page43
ini. Pastikan anda mengubah nilai purata di dalam kod kepada nilai anda. Klik

pada butang upload untuk memuat naik kod ke papan Arduino Uno.

Buka perisian Arduino IDE dan taip kod C++ Page44
di atas. Klik pada butang upload untuk
memuat naik kod ke papan Arduino Uno.
Hasilnya membuatkan gear servo bergerak ke
darjah yang diarahkan oleh perintang boleh
laras.
Jom cipta meter kelajuan motosikal: Menggunakan mengintegrasikan
perintang boleh laras dengan motor servo, anda diminta untuk menggunakan
gambar di bawah (disertakan di dalam kotak kit) untuk membina meter
kelajuan motosikal.

Blog Tutorial NADI

Lawati blog tutorial NADI
untuk info-info elektronik
yang lebih banyak dan
menarik.

* Rujuk video Youtube NADI arduino Jom cipta meter kelajuan motosikal.

Projek Integrasi Page45

– Sistem Lampu

Isyarat : Lakukan projek

ini secara berkumpulan. Cuba
bina satu sistem lampu isyarat di atas model jalan raya. Gunakan kreativiti

anda dalam mereka bentuk simulasi sebenar sistem
lampu isyarat. Jangan lupa kongsikan video simulasi
sebenar sistem lampu isyarat anda besama NADI
Eleczone Solutions. Selamat berjaya.

- Belajar melalui kit elektronik -

Menggunakan Bateri Untuk

Menghidupkan Papan Arduino

Setakat ini, kabel USB digunakan bagi
memuat naik kod ke papan Arduino Uno
dan juga sebagai bekalan kuasa kepada
Arduino Uno. Kod yang telah dimuat
naik ke dalam cip mikropengawal tidak
akan hilang walaupun kabel USB
dipisahkan daripada papan Arduino
Uno, kod yang telah dimuat naik kekal
di dalam cip mikropengawal. Setelah
kod dimuat naik ke papan Arduino Uno,
anda boleh putuskan sambungan
Arduino Uno dengan kabel USB lalu
menggunakan bateri untuk menghidupkan papan Arduino Uno.

Sambungkan wayar merah penyambung bateri ke
Vin dan wayar hitam ke GND. Voltan pada Vin
mestilah diantara 7V ke 14V.

Anda juga boleh
menyambungkan bateri (7V
ke 14V) atau bekalan kuasa
luar (bekalan kuasa 12V) ke
soket ini.

Anda juga boleh
menyambungkan Bank
Kuasa atau bekalan kuasa
luar (pengecas telefon
pintar) ke soket ini.

Page46

Pengenalan Komponen Page47

Nama Komponen, Fungsi dan Simbol Skematik

Papan Arduino Uno adalah peranti kawalan dalam satu cip yang boleh
mengawal input dan output seperti yang telah dikodkan.

Kabel USB A-B merupakan penyambung antara papan Arduino Uno
dan komputer. Kabel ini menjadi medium komunikasi dan bekalan
kuasa antara komputer dan Arduino.
Papan projek memudahkan penyambungan antara dua atau lebih
komponen. Sambungan boleh disambungkan secara siri dan selari.

Pembunyi isyarat dapat menghasilkan bunyi hasil daripada
tindak balas isyarat elektrik
Wayar penyambung berfungsi untuk memudahkan penyambungan
litar sama ada dari atas papan projek atau komponen kepada papan
Arduino Uno.

Suis sentuh akan membuat sambungan apabila suis ditekan
manakala sambungan terputus apabila suis dilepaskan.

Diod pemancar cahaya akan memancarkan satu jenis
cahaya apabila arus mengalir melaluinya.

Perintang bertujuan untuk mengawal dan menghadkan
arus elektrik.
Diod pemancar 3 cahaya akan memancarkan cahaya hasil
kombinasi tiga jenis cahaya iaitu merah, hijau dan biru.

Perintang boleh laras boleh mengawal dan menghadkan
arus elektrik berdasarkan pusingan tombolnya .

Perintang Peka Cahaya, rintangannya berubah bergantung
pada jumlah cahaya.

Motor Servo berfungsi sebagai peranti berputar untuk
menentukan posisi sudut dari 0 hingga 180 darjah.

LM35 Sensor Suhu memberikan keluaran voltan yang
berkadar terus dengan suhu persekitaran.

Geganti merupakan suis yang dibuka atau ditutup dengan
menggunakan kesan elektromagnet.

Reka Bentuk
Prototaip

Jom Cipta : Lampu suluh

Jom cipta : Lampu isyarat

Jom Cipta : Meter kelajuan Motosikal

Jom cipta : Jom cipta : Page48
Sistem Penggera Kebakaran Lampu kereta automatik


Click to View FlipBook Version