The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-50060889, 2023-06-22 04:57:34

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SK BAYAS KALI KE 46

BUKU PROGRAM MAT PIBG SKB 2023 latest

46 SEKOLAH KEBANGSAAN BAYAS,LANGKAWI Disempurnakan Oleh, En.Fazil Bin Ithnin (Assistant Director Of Human Resource) TEMPAT: Dewan Sri Semarak SK. Bayas 8.00 Pagi JUN 23 2023 Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi


VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara


Isi kandungan PERKARA HALAMAN Notis Mesyuarat Agung ke-46 1 Aturcara Majlis 2-3 Jawatankuasa Induk PIBG 2022-2024 4-5 JawatankuasaIndukKerja Mesyuarat Agung PIBG Ke46 6-11 Agenda Mesyuarat 12 Minit MesyuaratAgung PIBG Kali ke-45 13-22


1 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BAYAS JALAN PADANG MATSIRAT,KG BAYAS 07000 LANGKAWI,KEDAH DARUL AMAN MEMO PANGGILAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BAYAS Tarikh 23 JUN 2023 Perkara Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke- 46 Kepada Semua Guru dan Waris SK Bayas Daripada Setiausaha PIBG SK Bayas Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Bayaskali ke- 46 akan diadakan diadakan seperti berikut : Tarikh : 23 Jun 2023 Hari : Jumaat Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Seri Semarak SK Bayas 3. Tuan / puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Merujuk ketetapan perkara 17 pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 pada tahun 2015 memutuskan waris yang tidak dapat hadir ke Mesyuarat Agung diminta membayarsumbangan / penalti sebanyak RM 5.00 (Lima Ringgit Malaysia sahaja) dan diserahkan kepada guru kelas. 3. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan dalam hal ini amatlah dihargaidan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih Saya yang menjalankan tugas, (MUHAMMAD IZWAN BIN HJ NOORDIN) Setiausaha Persatuan Ibu dan Guru, Sk Bayas


2 Aturcara Majlis 7.30-8.00 PAGI - PENDAFTARAN WARIS DAN GURU 8.15 PAGI -UCAPAN PENGERUSI MAJLIS -BACAAN DOA - UCAPAN PEMANGKU YDP -UCAPAN PENASIHAT (GURU BESAR) -UCAPAN PERASMIAN 10.00 PAGI - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46


3 AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE 46 - ALUAN PEMANGKU YDP -MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE- 45 - PERKARA BERBANGKIT - MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 MEI 2023 - MEMBAHAS USUL (JIKA ADA) - HAL-HAL LAIN - CABUTAN BERTUAH


SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2024 4 PENASIHAT : CIKGU RAJEMAH@ROSE BT AWI (GURU BESAR) YANG DI PERTUA : ENCIK ABD.MUTHALIB BIN MAJID (Telah meletak jawatan) NAIB YANG DI PERTUA : MOHAMAD JAZLI SAFWAN BIN ALI (Memangku YDP PIBG) SETIAUSAHA : CIKGU MUHAMMAD IZWAN BIN HJ NOORDIN NAIB SETIAUSAHA : CIKGU CHE MUSALMAH BINTI AZMI BENDAHARI : CIKGU MOHD FAKHRUL RADZI BIN OTHMAN AJK WARIS 1. RUZANNA SHAZWANI BT AZAMAN AJK 2. AMIRAH BINTI ZAKARIA AJK 3. NORHIDAYAH BT ABD MANAF AJK 4. TAUFIK BIN ABDULLAH AJK 5. ABDUL RAHMAN BIN YAHYA AJK 6. BAHARI BIN DIN AJK 7. HISAMUDDIN BIN ZAINAL AJK 8. DESA BIN CHE MAT AJK 9. AHYA BIN ABDULLAH JURUAUDIT II J


AJK GURU 1. PN.HAMIZAH BINTI SAARI TIMB. BENDAHARI 2. EN.ISMAIL BIN SALEH AJK (PINDAH) 3. EN.AMER HUSAINI BIN MOHD SHOLLEH AJK 4. PN.SITI RAMAZIAH BINTI RAMLI AJK 5. PN.ROHAZA BINTI RAHIMI AJK 6. PN.FATIMAH BINTI OSMAN JURUAUDIT 5


JAWATANKUASA INDUK KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 TAHUN 2023 6 PENASIHAT :PN. RAJEMAH@ROSE BINTI AWI (GURU BESAR) PENGERUSI :EN JAZLI SAFWAN BIN ALI ( PEMANGKU YDP PIBG ) NAIB PENGERUSI : SETIAUSAHA :EN MUHAMMAD IZWAN BIN HJ NOORDIN BENDAHARI :EN. FAKHRUL RADZI BIN OTHMAN


7 SENARAI TUGAS 1.Penyambut Tetamu VIP Pn. Rajemah@Rose Binti Awi (GB) En Jazli Safwan Bin Ali (PEMANGKU YDP) Cikgu Noormazita binti Ahmad (PKP) Ustaz Suhairul bin Saad (PK HEM) Cikgu Zul bin Rahman (PKKO)AJK PIBG ➢ menyambut kedatangan VIP lebih awal ➢ mengiringi dan meraikan VIP ➢ meraikan kedatangan ibu bapa 2.Jemputan: Perasmi , PIBG , Ibu bapaEn Muhammad Izwan Bin Hj Noordin Cikgu Che Musalmah binti Azmi ➢ menghubungi VIP & ”followup” untuk merasmikan majlis ➢ menyediakan surat jemputan VIP yang perlu ditandatangani YDP melalui Guru Besar (letter head PIBG) ➢ mendapatkan buku program untuk VIP ➢ menyediakan buku pelawat untuk ditandatangani VIP AJK


8 3.Kain Rentang / Banner Cikgu Amer Husaini bin Mohd ShollehUstaz Mohd Afnan bin Anuar ➢ Menempah kain rentang ➢ Menggantungkan kain rentang dan ➢ Menyimpan kain rentang selepas satuminggu Mesyuarat Agung PIBG ➢ Berbincang dengan Guru Besar 4.Pendaftaran Waris dan Guru/Tabung PIBG Cikgu Hamizah binti Mohamed Saari (Tahun 1)Ustaz Naim (Tahun 2) Ustazah Najiyyah (Tahun 3) Cikgu Nazrah Parvin binti Nesar Ahmad (Tahun 4) Cikgu Nurul Hidayah Binti Md Desa (Tahun 5) Cikgu Zalina Binti Saaidin (Tahun 6) ➢ Menyediakan borang pendaftaran warisdan guru. ➢ menyediakan meja pendaftaran denganhiasan dan lebel.


5 5.Jemputan Ibubapa /UsulS/U PIBG ➢ mendapatkan surat jemputan ibu bapa daripada S/U PIBG untuk diberi kepada murid ➢ memastikan surat diedar melalui anak murid ➢ mengutip semula borang usul dan maklumbalas kehadiran ➢ mengira jumlah kehadiran berdasarkan maklum balas ibu bapa & memaklumkan kepada AJK Jamuan dan AJK buku programuntuk anggaran penyediaan makanan dan buku program. ➢ memastikan usul ditaip kemas dan tersusununtuk diriso ➢ menyerahkan usul kepada SU PIBG 6.Cenderamata Perasmi dan cabutan Bertuah Cikgu Sakila binti Ani Cikgu Juliza Ustazah Hidayatun Nazarah ➢ menyediakan cenderamata untuk VIP ➢ menyediakan alatan untuk penyampaiancenderamata ➢ memastikan peralatan dikemas ➢ Mencari dan menyediakan hadiah untukcabutan bertuah 7.Bacaan Doa Ustaz Faisol ➢ Menyediakan teks doa dan ➢ memimpin bacaan doa 8.Tempat Letak Kereta Ustaz Mohd Zahir Cikgu Fairuz Bin Che Ros Pengawal Keselamatan Sekolah ➢ memastikan keadaan trafik baik ➢ memastikan kenderaan VIP dapat masuk berdekatan dewan dengan mudah ➢ memastikan susunan kenderaan teratur 9


10 9.Jamuan Guru dan VIP Cikgu Nurul Asma Cikgu Azemeyah binti Abdul Ghani ➢ menempah makanan VVIP dan guru yangbertugas ➢ bekerjasama dengan AJK pendaftaranuntuk membuat serahan 10.Persiapan Pentas, Back Drop dan hiasanMeja Cikgu Halimah binti OthmanCikgu Allysha Cikgu Shamila Devi A/P KrishnanPuan Kalsom Binti Ismail Siti Balkis Binti Halim ➢ menyediakan ”back-drop” dan hiasan pentasyang sesuai. ➢ memastikan kerusi untuk VIP disediakanditempat yang sesuai lengkap dengan perhiasan yang sesuai ➢ memastikan dikemas kembali 11. Persiapan Tempat(Dewan Sri Semarak) Ustaz Abdul Karim bin AhmadUstaz Jamhuri Bin Mokhti Ustaz Mohd Afnan bin Anuar Cikgu Muhammad Farhi Adzim bin FadzilUstaz Ridhwan Cikgu Mohd Badrul Hisyam Bin Abu BakarPekerja Kebersihan ➢ memastikan dewan bersih (menghubungi pekerja swasta agar membersihkan dewan sebelum hari MAPIBG) ➢ menyusun kerusi dengan kedudukan yangsesuai untuk pergerakan tetamu ➢ jumlah kerusi mengikut anggaran kehadiran 12. Juruacara Cikgu Erny Nadiah Binti MahdanUstaz Dzahir Bin Mat Nor ➢ mengacarakan majlis perasmian MAPIBG (sekiranya ada perasmi). ➢ mendapatkan maklumat program daripada S/U 13.Dokumentasi / Laporan/Fotografi Cikgu Nurul Kamilah binti Idris Cikgu Syahya Sofina binti Yahaya ➢ memastikan mengambill gambar yang bersesuaian untuk laporan dan majalah sekolah. ➢ menyediakan laporan lengkap mengikut formatSPSK. ➢ Membuat tiga salinan (Guru Besar, SU PIBGdan Pejabat)


15.Penyedia teks ucapan Cikgu Norliza binti Ahmad (Ucapan Perasmi) Cikgu Fatimah binti Osman (Ucapan YDP) ➢ Menyediakan teks dan membuat rumusanmenyeluruh. ➢ Menyediakan teks ucapan perasmi, YDP ➢ Disemak oleh PK Pentadbiran sebelumdiserahkan. 16. Jamuan Waris Cikgu Khairul Aida binti IsmailCikgu Khalijah binti Md SallehUstaz Ahmiyuddin bin AhmadCikgu Nik Nurzarith Farahin Cikgu Nor Hayati binti Ishak ➢ Mengagihkan makanan kepada setiap waris yghadir 17.Siaraya Cikgu Mohd Zulkifli bin Jusoh Ustaz Muhammad Hazran Bin Muhammad ➢ memastikan siaraya berfungsi dengan baik ➢ memastikan alatan disimpan semula selepasmajlis 18. Buku Program Cikgu Che Musalmah binti Azmi Cikgu Tahirah binti Ghazali ➢ menyediakan buku program ringkas untuk VIP,YDP, NYDP, Guru Besar dan tiga Penolong Kanan ➢ Dapatkan tentatif program daripada SU PIBG. 11 14.Pencatat Ucapan dan Minit Mesyuarat PIBG Cikgu Rohaza Rahimi Cikgu Siti Ramaziah binti RamliCikgu Noorzila binti Aha ➢ mencatat minit mengikut bahagian seperticontoh bahan yang diberi oleh S/U PIBG ➢ menyerahkan minit bertaip melalui e-mail @ yang telah bertulis tangan yang mudah dibacadan sempurna kepada S/U PIBG sesi 2020/2022 dalam tempoh seminggu selepas MAPIBG.


Agenda mesyuarat AGENDA 1 : Kata alu-aluan YDP PIBG SK Bayas AGENDA 2 : Membentangdan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu. AGENDA 3 : Membentangdan meluluskanlaporan kewangan AGENDA 4 : Perbahasandan penerimaanusul-usul. AGENDA 5 : Hal-hal lain AGENDA 6 : UcapanPenangguhan 12


Minit Mesyuarat 13 MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE 45 2022 Tarikh : 25 Jun 2022 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi


14 AGENDA: Aluan Pengacara Majlis Puan pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih atas kehadiran para ibu bapa ke Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bayas Kali ke 45. I. Ucapan YDP PIBG UCAPAN EN. MUTALIB BIN MAJID, YDP PIBG SK BAYAS Yang Dipertua PIBG, Encik Mutalib bin Majid mengucapkan terima kasih kepada Dato ‘ Haji Armishah bin Siraj dan semua ibu bapa serta hadirin yang sudi hadir ke Mesuarat Agung PIBG kali ke -45. Beliau memaklumkan tujuan penubuhan Persatuan ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah untuk mewujudkan hubungan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru. Kerjasama yang erat ini penting dalam membina persefahaman antara kedua-dua pihak dalam menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. Suasana yang kondusif ini dapat merangsang minda dalam anak-anak menuntut ilmu dan beraktivti di sekolah.


15 Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah capai sama ada dalam bidang akademik dan kokurikulum. Semua kejayaan dicapai melalui kesungguhan dan usaha guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik anak-anak kita. Hargailah jasa guru-guru yang mendidik dan membimbing anak-anak kita. Sebagai ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru, kita mestilah peka terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid agar bantuan yang sewajarnya dapat diberikan dengan segera. Sumbangan yang diberikan dalam bentuk wang ringgit sekurangkurangnya dapat membantu pihak sekolah menjana pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita juga. Tabungan PIBG tidak mempunyai sumber lain kecuali melalui sumbangan diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Beliau juga berharap agar setiap program yang dimaklumkan oleh pihak sekolah mendapat kerjasama yang erat daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Jutaan terima kasih kepada semua pihak terutamanya kepada barisan guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama padu demi melihat kejayaan anak-anak kita.


16 II.Ucapan Guru Besar Rajemah @ Rose binti Awi Guru Besar mengalu-alukan kehadiran para tetamu, ibu bapa dan AJK ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45. Beliau juga menyatakan pihak sekolah yakin dan percaya kepada seluruh warga pendidik yang telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan amanah dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk bersama menuju kecemerlangan. Puan guru besar telah membentangkan kejayaan demi kejayaan murid-murid SK Bayas bagi tahun 2022, Antaranya : Kejohanan Mrentas Desa MSSD, pelajar kita Mohamad Azri telah mendapat tempat pertama bawah 12 tahun dan berjaya mewakili daerah Langkawi ke MSSK. Ihtifal Lughawi Sekolah-sekolah KPM tahun 2022 secara dalam talian : - Johan dan tempat ketiga dalam E Kalam ‘Araby. Puan guru besar turut membentangkan hala tuju sekolah, yang mana para waris perlu memahami dan menghayati elemen sekolah iaitu : 1. Kemenjadian murid. 2. Kepimpinan yang berkesan. 3. Guru yang berkualiti. 4. Penglibatan PIBG dan komuniti.


17 Beliau juga memaklumkan bahawa sekolah mempunyai masalah berkaitan kantin. Kantin sekolah kita agak daif kerana kantin kita terlalu kecil dan tidak dapat menampung kapasiti murid yang terlalu ramai. Sehubungan dengan itu, guru besar memohon sedikit peruntukan dari pihak perasmi untuk memperbesar kantin dan membaik pulih kantin sekolah ini demi keselesaan murid-murid. Selain itu, kita bercadang untuk membina kemudahan tandas di kantin sekolah untuk kegunaan pekerja-pekerja kantin dan pelangganpelanggan di kantin. Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, guru besar sekali lagi mengingatkan ibu bapa untuk terus menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu ditangani bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah tanpa sebab mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab.


18 III. Ucapan Perasmi Dato ‘ Haji Armishah bin Siraj Perasmi mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemputnya untuk bersama-sama dengan ibu bapa dan warga SK Bayas pada hari ini. Secara peribadi, beliau berasa amat berbangga terhadap usaha ditunjukkan oleh semua pihak di sekolah ini, terutamanya komitmen yang diberikan oleh para ibu bapa dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Beliau menyeru kepada ibu bapa dan waris agar memberikan sepenuh kepercayaan kepada para guru agar mereka dapat mendidik anakanak kita semua . Ibu bapa juga dinasihatkan untuk tidak menutup jalan guru-guru yang berusaha menjadikan anak-anak kita sebagai insan yang berjaya dengan isu-isu yang tidak sepatutnya. Sebelum mengakhiri ucapan, beliau sekali lagi mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah dan Jawatankuasa PIBG yang diberi tanggungjawab dalam memikul amanah ini. Harapan saya agar pihak PIBG dapat berkongsi kepakaran dan memberi komitmen yang tinggi dalam membantu pihak sekolah meningkatkan pencapaian anak-anak.


19 IV. Kata Alu-Aluan YDP PIBG SK BAYAS Ustaz Ismail bin Salleh selaku pengerusi sementara memulakan majlis dengan doa . Beliau turut mengalu- alukan kehadiran AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa . Beliau berharap agar semua waris dapat bekerjasama dengan pihak sekolah supaya anak-anak menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. V. Membentang dan mengesahkan minit. Setiausaha PIBG, Cikgu Muhammad Izwan bin Hj, Noordin membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-45. Cadangan Pengesahan: En.Bahari bin Din Sokongan: Pn.Norliza binti Ahmad Pencadang minit : En.Bahari bin Din Pencadang kewangan: En.Mohd. Safwan Jazli bin Ali. VI.Membentang dan meluluskan kewangan. Ustaz Fakhrul Radzi bin Othman sekalu bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 November 2021 hingga 31 Mei 2022. Beliau memaklumkan baki pada 31 Mei 2022 berjumlah RM10061.51 Cadangan Pengesahan:En.Mohd Safwan Jazli bin Ali Sokongan: Pn. Tahirah binti Ghazali


20 VII. Perbahasan dan penerimaan usul-usul. Pembawa Usul : En.Mohd. Safwan Jazli bin Ali. 1. Mewujudkan mini pusat sumber. 2. Membaiki pintu tandas 3. Kempen satu keluarga satu rim kertas A4. VIII. Maklum Balas : Sekolah telah melaksanakan pelancaran program NILAM untuk meningkatkan jumlah bacaan murid Sebanyak RM20K telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membaiki pintu dan tandas yang telah rosak. Tabung PIBG digunakan untuk memberikan modul-modul kepada murid. Sekiranya waris ingin menyumbangkan kertas A4 boleh diserahkan kepada guru kelas masing-masing. IX Pembubaran AJK PIBG Bagi Sesi 2020/2022 Ustaz Ismail selaku pengerusi sementara Mesyuarat dengan rasminya membubarkan Jawankuasa PIBG SK Bayas bagi sesi 2020/2022. Cadangan Pengesahan: Pn. Nurul Kamilah binti Idris Sokongan: Cik Najiyyah binti Nashiruddin Dengan rasminya pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2022 oleh pengerusi sementara.


21 X. Perlantikan AJK PIBG Yang Baharu Bagi Sesi 2022/2024 Mencadangkan En. Mutalib bin Majid dikekakan menjadi YDP Cadangan Pengesahan:En. Bahari bin DIn Sokongan: En. Hishamudin b. Zainal Mencadangkan En. Mohd Jazli Safwan bin Ali menjadi NYDP Cadangan Pengesahan: Cikgu Zulkifli bin Jusoh Sokongan:En.Abdul Mutalib bin Majid Berikut ialah Jawatankuasa Induk PIBG yang baharu ialah: YDP: En. Mutalib bin Majid NYDP: En Mohd Safwn Jazli bin Ali AJK Waris: 1. Ruzana binti Syazwani 2. Bahari bin Din 3. Desa bin Che Mat 4. En. Taufik bin Ahmad 5. Hishamudin bin Zainal 6. Amirah binti Zakaria 7. Dahaman bin Yahya 8. Nur Hidayah binti Abd. Manaf


22 XI. Pemilihan Juruaudit Dalaman Perlantikan juruaudit di kalangan waris yang baru ialah: Juruaudit : En.Yahya bin Abdullah Sokong : Zakaria bin Ismail XII .Hal- hal lain. Tiada XII. Ucapan penangguhan Guru Besar berharap agar pihak PIBG dan para waris dapat terus saling menyokong dan memberi kerjasama yang baik demi kemenjadia murid. Beliau juga memaklumkan agar semua guru-guru mencuba yang terbaik demi SK Bayas. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK PIBG, para waris dan guru-guru dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian murid-murid SK Bayas. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.40 pagi.


SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT PIBG KE 46 INI.


SEKOLAH KEBANGSAAN BAYAS,LANGKAWI PIBG SK BAYAS TAHUN 2023


Click to View FlipBook Version