bahasamelay Bijak u Penjodoh Bilangan NAMA : KELAS : @Cikgu Renukah Ravi
1 Maksud Penjodoh Bilangan 2 Senarai Penjodoh Bilangan 3-12 Latihan 1 13-14 Latihan 2 15-16 Latihan 3 17-18 Latihan 4 19 Latihan 5 20 kandungan @Cikgu Renukah Ravi perkara Muka Surat
benda Penjodoh bilangan boleh digunakan untuk: orang haiwan kenderaan sayur-sayuran buah-buahan bunga bangunan Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan untuk: Kata bilangan yang menunjukkan bilangan yang tidak tertentu. CONTOH: semua, para, sekalian, sebilangan, banyak dan sedikit. Kata bilangan yang membawa maksud pecahan. CONTOH: tiap-tiap, setiap, sebahagian, separuh dan sepenuh. Perkataan yang digunakan berpasangan dengan kata bilangan untuk membilang sesuatu kata nama. 2 penjodoh bilangan @Cikgu Renukah Ravi
batang Digunakan untuk benda yang lurus, panjang dan keras CONTOH: sungai, pensel, galah, tongkat, lilin CONTOH AYAT: Datuk menggunakan sebatang tongkat semasa berjalan. bentuk Digunakan untuk benda yang kecil dan berkeluk CONTOH: cincin, subang, mata kail CONTOH AYAT: Ayah menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada ibu. bidang Digunakan untuk benda yang lebar, luas dan rata CONTOH: tikar, tanah, permaidani, ladang, sawah CONTOH AYAT: Encik Shamrul membeli sebidang tanah untuk membina rumah impiannya. 3 @Cikgu Renukah Ravi
biji Digunakan untuk benda bulat yang bersaiz kecil CONTOH: telur, cawan, duit syling, guli, butang CONTOH AYAT: Nenek mengutip tiga biji telur ayam di reban. bilah Digunakan untuk benda yang tajam dan runcing CONTOH: pisau, parang, jarum, gunting, kapak CONTOH AYAT: Sarah memotong buah tembikai dengan menggunakan sebilah pisau. buah Digunakan untuk benda bersaiz besar yang tidak tentu saiznya CONTOH: kereta, bas, rumah, katil, almari, meja, kotak CONTOH AYAT: Puan Ong duduk di atas sebuah kerusi sandar. 4 @Cikgu Renukah Ravi
cubit Digunakan untuk benda yang diambil sedikit sahaja CONTOH: garam, gula, serbuk, kuih CONTOH AYAT: Saya memasukkan secubit garam dalam sambal ikan bilis itu. Ekor Digunakan untuk semua jenis haiwan CONTOH: ayam, ikan, itik, lembu, gajah, burung, anjing CONTOH AYAT: Datuk membela dua ekor ayam jantan di belakang rumah. buku Digunakan untuk benda yang berbuku dan berbongkah kecil CONTOH: roti, benang, sabun CONTOH AYAT: Encik Aziz membeli empat buku roti daripada Kedai Runcit Pak Mat. 5 @Cikgu Renukah Ravi
gumpal Digunakan untuk benda yang bergumpal CONTOH: awan, kapas, kekabu, tembakau, asap CONTOH AYAT: Mak Kiah menyumbat beberapa gumpal kapas ke dalam bantal kecil itu. gugus Digunakan untuk kumpulan benda yang berkelompok dan buah-buahan dalam setangkai CONTOH: langsat, rambutan, anggur, kunci, bintang CONTOH AYAT: Datuk membeli dua gugus rambutan di pasar malam. helai Digunakan untuk benda yang nipis, lebar dan lembut CONTOH: cadar, baju, kain, tudung, tuala, sapu tangan CONTOH AYAT: Nenek membeli enam helai kain batik panjang di Kelantan. 6 @Cikgu Renukah Ravi
kaki Digunakan untuk benda yang bertangkai CONTOH: cendawan, payung CONTOH AYAT: Sumathi membawa sekaki payung ke kedai kerana hari hendak hujan. kawan Digunakan untuk kumpulan haiwan CONTOH: ayam, itik, lembu, gajah, burung, merpati CONTOH AYAT: Sekawan burung sedang terbang untuk mencari makan. ikat Digunakan untuk benda yang berikat CONTOH: kayu, buah-buahan, sayur-sayuran, sirih, atap CONTOH AYAT: Dua ikat sayur bayam itu dijual dengan harga RM3.50. 7 @Cikgu Renukah Ravi
ketul Digunakan untuk benda yang berketul-ketul CONTOH: arang, daging, ais, batu ke dalam jus oren. CONTOH AYAT: Amirah memasukkan tiga ketul kiub ais kuntum Digunakan untuk bunga CONTOH: bunga mawar, bunga raya, bunga matahari CONTOH AYAT: Ainon menyelitkan sekuntum bunga mawar pada sanggulnya. keping Digunakan untuk benda yang nipis dan rata CONTOH: gambar, roti, biskut, kertas, kad, zink CONTOH AYAT: Zirah makan lima keping roti untuk sarapan pagi sebelum ke sekolah. 8 @Cikgu Renukah Ravi
orang Digunakan untuk manusia CONTOH: guru, ibu, adik, kerani, polis, doktor, nelayan CONTOH AYAT: Tiga orang nelayan sedang menangkap ikan di laut. Papan Digunakan untuk benda-benda yang berbentuk kepingan CONTOH: petai, mercun, coklat CONTOH AYAT: Pak Dollah membeli tiga papan petai di kedai itu. naskhah Digunakan untuk bahan bacaan CONTOH: surat khabar, majalah, kitab, buku CONTOH AYAT: Alya sedang membaca senaskhah Majalah Dewan Pelajar di perpustakaan. 9 @Cikgu Renukah Ravi
rangkap Digunakan untuk tulisan yang berangkap CONTOH: pantung, syair, sajak, seloka, gurindam CONTOH AYAT: Khai menulis dua rangkap pantun nasihat dalam masa 20 minit. pasang Digunakan untuk benda, haiwan dan manusia yang berpasangan CONTOH: kasut, sarung tangan, pengantin, merpati CONTOH AYAT: Adik memakai sepasang kasut Adidas dan sepasang sarung kaki berwarna putih. rawan Digunakan untuk benda yang tersirat dan dapat digantung CONTOH: pukat, jala, jaring CONTOH AYAT: Pak Abu menggunakan serawan jala untuk menangkap ikan di laut. 10 @Cikgu Renukah Ravi
Tandan Digunakan untuk buah-buahan yang bertandan CONTOH: nipah, pinang, pisang, kelapa sawit CONTOH AYAT: Abah membawa pulang setandan pisang emas dari kebun. rumpun Digunakan untuk tumbuh-tumbuhan yang berkumpul CONTOH: lalang, buluh, rumput, padi, tebu CONTOH AYAT: Datuk menebang dua rumpun tebu yang sudah masak. sikat Digunakan untuk buah pisang yang masih melekat pada sikatnya CONTOH: pisang CONTOH AYAT: Puan Mala membeli dua sikat pisang raja untuk membuat pisang goreng. 11 @Cikgu Renukah Ravi
tongkol Digunakan untuk buah yang bertongkol CONTOH: jagung CONTOH AYAT: Seetha teringin untuk makan setongkol jagung sejak pagi tadi. tingkat Digunakan untuk bangunan atau rumah yang bertingkat CONTOH: kedai, hospital, hotel, rumah CONTOH AYAT: Pak Jamil berhasrat untuk membina lapan tingkat hotel di tepi laut. Utas Digunakan untuk benda yang panjang dan halus CONTOH: tali, dawai, rantai, benang CONTOH AYAT: Rani memakai seutas rantai emak yang dihadiahkan oleh abangnya. 12 @Cikgu Renukah Ravi
13 biji orang papan keping papan keping bilah buah helai pasang tandan kuntum kaki batang sikat ikat Latihan 1 arahan: Warnakan penjodoh bilangan yang padan dengan gambar yang diberikan. @Cikgu Renukah Ravi
biji buah kawan tandan utas keping buah bidang helai pasang utas bentuk orang pasang batang buku Latihan 1 arahan: Warnakan penjodoh bilangan yang padan dengan gambar yang diberikan. 14 @Cikgu Renukah Ravi
bidang naskhah sikat tongkol bentuk bilah Latihan 2 arahan: Padankan gambar-gambar yang diberikan dengan penjodoh bilangan yang betul. 15 @Cikgu Renukah Ravi
utas gugus keping pasang buah ketul 16 Latihan 2 arahan: Padankan gambar-gambar yang diberikan dengan penjodoh bilangan yang betul. @Cikgu Renukah Ravi
17 Meng Wei memasukkan beberapa ________ ais ke dalam gelas. A. keping B. ketul C. biji Pengakap muda itu mencari beberapa ________ kayu untuk mendirikan khemah. A. keping B. utas C. batang Latihan 3 arahan: Pilih satu jawapan yang betul bagi setiap soalan berikut. @Cikgu Renukah Ravi 1 2 Lelaki itu ditangkap kerana menjual beberapa ________ mercun. A. papan B. ikat C. gugus 3 Pak Mat menggunakan se ________ jala untuk menangkap ikan di laut. A. bentuk B. rawan C. utas 4 Ariesya menjemur lima ________ cadar pada pagi tadi. A. pasang B. helai C. pasang 5
Yong menampal se________ poster pada dinding bilik tidurnya. A. keping B. kaki C. helai Emak sedang merebus beberapa ________ jagung di dalam periuk. A. tongkol B. sikat C. tandan Latihan 3 arahan: Pilih satu jawapan yang betul bagi setiap soalan berikut. 6 7 Encik Zabidi mempunyai se__________ tanah yang luas di kampung. A. buah B. bidang C. rumpun 8 Kamal terjumpa se__________ kunci di tepi longkang. A. gugus B. biji C. bentuk 9 Pengacara majlis menyampaikan dua __________ pantun sebagai pembuka majlis. A. naskhah B. pasang C. rangkap 10 18 @Cikgu Renukah Ravi
19 Latihan 4 arahan: Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul. @Cikgu Renukah Ravi Mirza mengambil lima ___________________ batu lalu membaling ke dalam tasik. Sin Ling mengelap peluh dengan se____________________ sapu tangan. Cikgu Ramli menyimpan beberapa ___________________ kapas di dalam kotak pertolongan cemas. Puan Hasnah memasukkan dua ___________________ garam ke dalam sup ayam. Pak Jamil membina lapan ___________________ hotel di tepi laut. Nenek menghulurkan empat ___________________ biskut kepada adik untuk makan. Ramu mengarang dua ___________________ pantun jenaka untuk mengusik Anitha. Kakak Jasmin memiliki se___________________ piano sebagai hadiah hari jadi daripada ibunya Nurul membeli se___________________ payung di pasar mini. 1 2 3 4 5 6 7 8 9
20 Ibu bapa Adira telah menghadiahkan se___________________ telefon bimbit dan se___________________ gelang tangan emas kepada Adira sempena hari lahirnya yang ke-18. Adira memakai se ___________________ baju baru yang cantik, dan berasa teruja bagi majlis sambutan hari lahirnya. Ibu bapa Adira telah menjemput ramai kenalan rapat, jiran tetangga dan rakan-rakan Adira bagi memeriahkan majlis hari lahir yang diadakan di rumahnya. Ibu Adira menyediakan pelbagai menu yang enak seperti nasi ayam, mi laksa dan se___________________ kek coklat yang besar. Adira berasa sangat gembira kerana menerima pelbagai hadiah daripada tetamu yang hadir. Antara hadiah-hadiah yang diterima oleh Adira ialah se___________________ bunga mawar, sepuluh ___________________ coklat, tiga ___________________ baju kurung, dan dua ___________________ Majalah Remaja. Kakak Adira telah menghadiahkan se___________________ cincin emas kepadanya. Adira mengucapkan terima kasih dan memberikan buah tangan kepada semua tetamu yang hadir ke majlis sambutan hari lahirnya. Latihan 5 arahan: Lengkapkan cerita berikut dengan penjodoh bilangan yang betul. @Cikgu Renukah Ravi hari jadi adira
TERIMA KASIH TERIMA KASIH disedikan oleh CIKGU RENUKAH RAVI @Cikgu Renukah Ravi