The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

This is an introduction to zeroes and ones . It is a computing language that is used globally until now .

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unboxingandfunstuffstudios, 2022-06-10 23:44:45

Perduaan

This is an introduction to zeroes and ones . It is a computing language that is used globally until now .

Keywords: PPTX ,Perduaan,Hambreesh Nair,SMK.ST.Paul,Briged Bestari project,My first anyflip project

BY HAMBREESH NAIR

• Dalam bidang pengkomputan, awalan perduaan ialah nama atau simbol berkait yang mendahului sesuatu unit ukuran (misalnya bait) untuk menandakan pendaraban

kuasa dua. Bagi sesetengah konteks (misalnya saiz ingatan komputer), pengungkapan gandaan unit yang besar dengan menggunakan kuasa dua adalah lebih sesuai

dan berguna.

• Nama Simbol Nilai Asas 16 Asas 10
• kilo k/K
• mega M 210 = 1,024 = 162.5 > 103
• giga G
• tera T 220 = 1,048,576 = 165 > 106
• peta P
• eksa E 230 = 1,073,741,824 = 167.5 > 109
• zeta Z
• yota Y 240 = 1,099,511,627,776 = 1610 > 1012

250 = 1,125,899,906,842,624 = 1612.5 > 1015

260 = 1,152,921,504,606,846,976 = 1615 > 1018
> 1021
270 = 1,180,591,620,717,411,303,424 = 1617.5 > 1024

280 = 1,208,925,819,614,629,174,706,176 = 1620

• Komputer awal mempergunakan salah satu daripada dua kaedah pengalamatan untuk mencapai ingatan

sistem (RAM), iaitu perduaan (asas 2) atau perpuluhan (asas 10). Pada awal dekad 1970-an, istilah Kbit,
Kbait, Mbit dan Mbait mula dipergunakan sebagai unit perduaan dan kemudian pada dekad 1980-an,
istilah kilobait, megabait, dan gigabait menjadi semakin popular bersama-sama dengan singkatannya, KB,
MB, dan GB. Sungguhpun demikian, oleh sebab awalan SI memiliki maksud perpuluhan dalam setiap konteks
yang lain, penggunaan sebegini telah menimbulkan kekaburan.

• Bagaimanapun, industri komputer masih dapat membezakan kedua-dua takrif kerana ingatan sistem (RAM)

biasanya menggunakan maksud perduaan, manakala storan cakera menggunakan maksud perpuluhan.
Walaupun demikian, terdapat juga kekecualian, misalnya disket dan Cakera Padat. Tidak terdapat unit SI
yang menyatakan muatan storan komputer, akan tetapi KB, MB, dan GB yang membawa pengertian
perpuluhan seringnya dirujuk sebagai awalan SI.

• Untuk mengatasi sebarang kekeliruan, Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (IEC) beransur-ansur memperkenalkan

awalan kibi- (Kibibait), mebi-, gibi-, dan lain-lain, dengan simbol Ki, Mi, Gi, dan sebagainya antara [[1999 dan 2005 untuk
menentukan angka kandungan perduaan bagi sesuatu kuantiti. Nama piawai yang baharu berasal daripada dua huruf di
pangkal awalan SI yang asal, diikuti oleh bi yang merupakan singkatan untuk "binary" (perduaan). Daripada sudut
pandangan IEC, piawai yang baharu ini juga dapat menjelaskan bahawa awalan SI kini hanya bermaksud asas 10 dan
bukan lagi asas 2.

• Bagaimanapun, kelaziman pemberian nama perduaan Suruhanjaya Elektronik Antarabangsa (IEC) tidak menerima sokongan

yang hebat daripada sektor swasta. Sesungguhnya, penerimaannya kini semakin bertambah, dengan kelaziman perduaan
tersebut disokong kuat oleh banyak badan pemiawaian dan pertubuhan teknik seperti CIPM, IEEE, NIST, dan SAE. Awalan
perduaan yang baharu itu juga diterima oleh Jawatankuasa Eropah untuk Pemiawaian Elektroteknik (CENELEC) sebagai
dokumen pengharmonian HD 60027-2:2003-03 yang telah dijadikan piawai Eropah.














Click to View FlipBook Version
Previous Book
tatabahasa
Next Book
Kebaikan Amalan Rumah Terbuka