The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mirzazak95, 2021-04-17 11:02:23

Skrap Book Alisha

Skrap Book Alisha

BIODATA • NAMA:NUR ALISHA BINTI
SAYA ZAKARIA

• SEKOLAH: KEBANGSAAN
TAMAN NUSA PERINTIS 1

• UMUR : 12 TAHUN

• KELAS: 6 TAKWA

• JAWATAN: TIMBALAN
PENGERUSI PEBIMBING
RAKAN SEBAYA

PEMIMPIN DARI NEGERI
JOHOR DARUL TAKZIM

DATO SRI ONN • Mula-mula sekali, marilah kita kenali Tokoh yang lantang
JAAFAR menentang Malayan Union serta menyelamatkan Raja-raja Melayu
dari kehilangan takhta seterusnya menubuhkan UMNO yang
menjadi tulang belakang pemerintahan Negara hingga ke tarikh ini.
Walaupun beliau dibesarkan di dalam istana, namun jiwanya adalah
jiwa rakyat.

• Almarhum Dato' Sir Onn bin Dato'Jaafar mengasaskan UMNO
pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Beliau juga
merupakan Yang Di Pertua UMNO yang pertama. Dato' Sir Onn
dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Feb 1895. Ayahnya, Dato' Jaafar
bin Muhammad merupakan Menteri Besar Johor yang pertama. Dua
orang abangnya, Almarhum Dato Abdullah dan Almarhum Dato
Mustapha juga adalah Menteri Besar Johor yang ke3 dan ke4.
Semasa kecil beliau dipelihara oleh almarhum Sultan Ibrahim
(Sultan Johor) dan mendapat pendidikan Melayu sebelum
melanjutkan pelajarannya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dan di
England.

• Setelah tamat pengajian di England pada tahun 1930, Onn bekerja
sebagai wartawan setahun kemudian menjadi pengarang akhbar
Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga
pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa
zaman Pendudukan Jepun (1942-1945) Dato Onn dilantik menjadi
Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

TUN DR ISMAIL • Almarhum Tun Dr Ismail bin Dato Abd Rahman merupakan bekas
BIN ABD Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua apabila Tun Razak menjadi
RAHMAN Perdana Menteri menggantikan Tunku Abd Rahman Putra Alhaj pada tahun
1970. Almarhum merupakan tokoh yang menjadi IDOLAku semenjak aku di
bangku sekolah lagi.

• Almarhum Tun Dr. Ismail dilahirkan di Parit Bakar,Muar pada 4 Nov 1915 dan
mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru, dan
seterusnya melanjutkan pelajaran di English college (kini maktab Sultan Abu
Bakar), Johor Bahru. Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke King Edward
Medical College, Singapura. Pada tahun 1943, beliau melanjutkan pengajian ke
dalam bidang perubatan di Universiti Melbourne Australia. Beliau memperolehi
Ijazah doktor perubatan tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang
memperolehi ijazah doktor perubatan dari universiti Melbourne.

• Almarhum terdorong menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn
Jaafar sebagai Presiden UMNO dan diganti oleh Tunku. Beliau menceburkan
arena politik setelah dilantik sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1951.
Almarhum Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Duta Persekutuan Tanah Melayu
yang pertama ke Amerika Syarikat pada tahun 1957 dan juga diberikan tauliah
menjadi Duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kedua-dua
jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959. Merupakan individu
pertama dibenarkan membawa senjata ke dalam dewan perhimpunan PBB atas
dasar memakai pakaian rasmi,baju Melayu bertanjak dan berkeris.

TUN HUSSEIN • Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn merupakan PM Malaysia ketiga yang
ONN berkhidmat dari tahun 1976 hingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang
amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai
reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan
kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang
sebagai "Bapa Perpaduan".

• Hussein melanjutkan pengajian ke London dan mendapat ijazah undang-undang
(Barrister of Law) dari Lincoln's Inn, London pada tahun 1958. Menyertai semula
UMNO pada tahun 1964 dan menang pilihanraya kawasan JB Timur pada tahun
1969, menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dan seterusnya pada tahun 1970 telah
dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Beliau menang jawatan
Naib Presiden UMNO pada tahun 1972 dan berikutan dengan kematian Tun Dr.
Ismail pada 2 Ogos1973 Hussein dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO pada
tahun 8 Ogos 1973 dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos dan
turut memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

• Pada tahun 4 Jan 1976, berikutan dengan kematian Tun Abd Razak bin Hussein (PM
kedua), Hussein telah dimasyhurkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga
pada 15 Januari 1976. Pada tahun 1978 beliau menang jawatan Presiden UMNO tanpa
bertanding. Pada bulan Julai 1981 atas sebab kesihatan, Hussein telah meletak
jawatan Perdana Menteri dan digantikan oleh Dato' Seri Dr Mahathir
Mohamad. Tempoh almarhum mula dilantik menjadi Menteri sehingga mencapai
jawatan Perdana Menteri, hanya mengambil masa 5 tahun sahaja.

• Pada 29 Mei 1990, Hussein Onn telah pulang ke Rahmatullah di sebuah hospital
pakar di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyarham
disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

PROF. UNGKU AZIZ • Professor Diraja Ungku Andul Aziz bin Ungku Abdul Hamid
BIN ABD HAMID merupakan seorang tokoh Ekonomi yang amat disegani. Belaiau
merupakan anak Melayu yang pertama menjadi Naib Canselor
sebuah universiti di Malaysia iaitu Universiti Malaya dan juga paling
lama iaitu 20 tahun. Beliau amat dikenali dengan panggilan Pak
Ungku. Ungku Aziz dilahirkan di London pada 28 Januari 1922
merupakan seorang kerabat diraja Johor. Beliau merupakan anak
saudara kepada Dato Sir Onn Jaafar. Ayahnya Ungku Abd Hamid
merupakan seorang Leftenan dalam tentera Timbalan Setia Negeri
Johor (TSNJ) dan ibunya bernama Hamidah bt Abdullah. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian
menyambung pengajiannya di Raffles College, Singapura dan
Univesiti Malaya, Singapura dalam jurusan Ekonomi hingga tahun
1951. Beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi
di Universiti Waseda, Jepun pada tahun 1964.

• Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada tahun 1951.
Kemudian Pak Ungku beralih kerjaya sebagai Pensyarah Ekonomi di
Univ Malaya, Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau
telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di
UM, K.Lumpur. Kerjaya Pak Ungku di UM mencapai ke kemuncak
menara gading itu apabila beliau dilantik sebagai Naib Canselor dari
tahun 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti
Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira
20 tahun

TUN DR. • Almarhumah Tun Tan Sri (Dr.) Fatimah binti Hashim telah dilahirkan pada 25
FATIMAH BINTI Disember 1924 di Parit Kurma, Muar, Johor. Beliau telah mendirikan rumah tangga
dengan Tan Sri Abdul Kadir Yusof (Allahyarham) dan mereka mempunyai enam orang
HASHIM anak. Beliau merupakan wanita petama dilantik Menteri Kabinet, iaitu Menteri
Kebajikan Am Malaysia. Jawatan itu telah dipegang dari 20 Mei 1969 hingga akhir
Februari 1973. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit
Kurma, Muar, kerana pada masa itu belum ada sekolah untuk murid perempuan di
kampung tersebut. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Melayu
Perempuan Mersing dan telah belajar bahasa Inggeris di sekolah malam dengan guru
Sekolah Convent Johor Bahru.

• Tun Fatimah telah memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun
1947, ketika berusia 21 tahun dengan menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (UMNO)
Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru dan memegang jawatan sebagai
Bendahari. Pada tahun 1956, telah mengikut suaminya ke Perak, Tun Fatimah telah
dipilih menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak dan dalam tahun yang sama
telah dilantik Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya, Selain bidang politik, Tun Fatimah
juga aktif dalam pergerakan sosial terutamnya dalam pertubuah wanita. Pada tahun
1962, sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO dan bersama-sama beberapa orang
pemimpin wanita lain, beliau telah memulakan perayaan Hari Wanita pada 25 Ogos dan
dirayakan setiap tahun sehingga hari ini. Selepas itu turut terlibat secara langsung
menubuhkan Majlis Kebangsaan Petubuhan-pertubuhan Wanita atau National Council
of Women’s Organisations (NCWO).

• Tun Fatimah menerajui NCWO sebagai Yang Dipertua selama 24 tahun sehingga
bersara daripada jawatan pada tahun 1989.. Beliau juga pernah dilantik Naib Presiden
Persatuan Bulan Sabit Merah. Sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO, dengan
sedirinya beliau menjadi Naib Yang Dipetua UMNO Malaysia dan menduduki kerusi di
Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.


Click to View FlipBook Version