4. TATACARA PELUPUSAN KIT UJIAN KENDIRI COVID-19
4.1 Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang telah digunakan hendaklah dilupuskan dengan kaedah
berikut:
i. Mematuhi kaedah yang ditetapkan oleh panduan penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19.
ii. Dimasukkan di dalam plastik sampah.
iii. Plastik sampah yang mengandungi Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang telah digunakan hendaklah
dimasukkan ke dalam plastik lain sebagai lapisan kedua.
iv. Plastik sampah ini boleh dibuang di tempat pembuangan sampah.
5. PELAPORAN KEPUTUSAN UJIAN KENDIRI COVID-19
5.1 Murid bertanggungjawab melaporkan keputusan sebenar bagi mencegah implikasi
jangkitan kepada orang lain.
5.2 Jawatankuasa Pelaksana Ujian Kendiri COVID-19 perlu merekodkan keputusan ujian
sama ada positif, negatif atau ‘invalid’ secara manual untuk rujukan pihak berkenaan.
5.3 Sekiranya keputusan ujian ‘invalid’, ujian perlu diulang.
6. TINDAKAN SUSULAN KEPUTUSAN UJIAN KENDIRI COVID-19 BAGI MURID HARIAN
6.1 Keputusan Positif
i. Menempatkan murid di dalam bilik isolasi sementara menunggu tindakan selanjutnya.
ii. Memaklumkan kepada PKD berdekatan dan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan nasihat PKD.
iii. Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga.
iv. Ibu bapa/Penjaga perlu menghantar anak/anak jagaan yang positif COVID-19 ke fasiliti kesihatan
berhampiran bagi penilaian kesihatan dan tindakan selanjutnya.
v. Murid yang telah tamat tempoh kuarantin dan disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19 boleh
hadir ke sekolah seperti biasa.
6.2 Keputusan negatif
Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga untuk menjemput anak/anak jagaan pulang ke rumah jika bergejala
6.3 Keputusan ‘invalid’
Mengulangi ujian saringan daripada awal.
BORANG KEBENARAN IBU BAPA BORANG CATATAN PENGGUNAAN /
KEPUTUSAN KIT COVID-19
APDM
1.KEHADIRAN.( KPM 600-17/1/21/Jld.7931, 1 Okt 2021)
- Ketidakhadiran secara bersemuka TIDAK dianggap sebagai kesalahan disi
- Ibu bapa maklumkan secara rasmi sebelum atau pada hari yang sama dengan kadar
segera.
- Ditanda sebagai TIDAK HADIR dengan pilihan sebab COVID-19 Kebenaran Ibu Bapa
- Murid yang diarah untuk penggiliran iaitu mereka PdPr di rumah, dikira HADIR dengan
pilihan sebab COVID-19 Penggiliran.
- Murid yang diarahkan PdPr sepenuhnya, HEM mencatatkan sebagai PdPR secara
pukal mengikut kelas.
Rumusan
4 hb hingga 15 hb..semua masih pdpr. (HEM kemaskini di APDM)
18 - 29 okt .. t1-t3 guru kelas tanda, T4 –T6 HEM tanda sebagai pdpr
1 Nov dan seterusnya tiada lagi pdpr dan ditanda oleh guru kelas mengikut justifikasi yg
ditetapkan plin
2. Kemaskini Vaksin Pelajar
-Pelajar yang telah menerima vaksin( dos 1& 2) perlu dikemaskini dalam APDM
3. Kematian disebabkan Covid-19
- Jika ada kes kematian ibu bapa / penjaga disebabkan oleh jangkitan Covid-19, guru
kelas mesti kemaskini data dalam APDM
1. TATACARA PERSEKOLAHAN NORMA BAHARU 3.0 KEPADA IBU
BAPA /PENJAGA
2. PANDUAN KEHADIRAN KEHADIRAN GURU, PELAWAT DAN IBU
BAPA
3. PERANAN IBU BAPA & PENJAGA
4. NORMA BAHARU DI SEKOLAH
TATACARA PERSEKOLAHAN NORMA BAHARU 3.0 KEPADA IBU BAPA /PENJAGA
A. SEBELUM HADIR KE SEKOLAH
1. Ibu bapa / penjaga memeriksa samada anak mempunyai symptom covid 19. Jika ada seperti
selsema, batuk, demam, sakit kepala dan laian-lain JANGAN hantar anak ke sekolah dan
dapatkan rawatan.
2. Jika tidak hadir ke sekolah, WAJIB hantar surat pemakluman kepada guru kelas
3. Membekalkan sudu dan bekas makanan (pra sekolah) . Sudu dan bekas makanan ini TIDAK
boleh dicuci di sekolah bagi mengelakkan sinki tersumbat dan menjadi tarikan kepada haiwan
berbisa seperti ular dan haiwan perosak seperti tikus.
4. Membekalkan air masak secukupnya dan sentiasa berpesan kepada anak jagaan TIDAK boleh
berkongsi makanan dan minuman.
5. Memastikan buku tulis dan alatan adalah lengkap dan TIDAK boleh berkongsi.
6. Membekalkan pencuci tangan (hand sanitizer) jika berkemampuan dan pelitup muka jika
pelitup muka yang digunakan rosak.
7. Membekalkan duit yang secukupnya mengikut tempahan makanan yang dibuat.
8. Memakai pakaian seragam sekolah dan jika pakaian seragam tidak boleh lagi dipakai , pakai
T-Shirt rumah sukan atau T-Shirt PJ.
9. Memaklumkan kepada anak jagaan dimana ibubapa akan menunggu sewaktu balik .
10. Siapkan anak dari rumah, bukan di dalam kenderaan bagi mengelakkan ibu bapa/ penjaga
mengambil masa yang lama dan menyebabkan kesesakkan di hadapan sekolah.
B. Perjalanan ke sekolah
1. Awasi penjarakkan fizikal, terutamanya kepada murid yang menggunakan perkhidmatan bas/van
2. Jika berkenderaan sendiri, JANGAN singgah lain-lain tempat selain ke sekolah bagi
mengurangkan risiko jangkitan.
C. Semasa sampai di sekolah
1. Pastikan anak selamat ketika turun dari kenderaan untuk ke tempat mengambil suhu.
Keselamatan anak di luar pagar sekolah adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa sendiri
seperti yang di putuskan sebulat suara dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 pada 25
September 2021.
2. Jika perlukan masa , letakkan kenderaan di petak kenderaan yang disediakan ( motosikal
/kereta)bukan di laluan pandu lalu.
D. Ketika di sekolah
1. Ibu bapa tidak dibenarkan hadir/masuk ke sekolah kecuali ada kecemasan.
2. Jika tiba-tiba murid bergejala, saringan kit kendiri covid 19 akan dijalankan oleh murid sendiri
dengan bantuan/bimbingan guru bertugas mingguan/guru kesihatan mengikut SOP yang
ditetapkan. Ibu bapa akan dihubungi bagi memaklumkan hasil ujian dan juga tindakan
seterusnya
E. Pulang dari sekolah
1. Murid akan balik secara berperingkat seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
2. Pastikan ibubapa mengambil anak pada waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan anak
menunggu lama dan terdedah kepada risiko jangkitan.
3. Keselamatan anak selepas waktu balik yang ditetapkan adalah di bawah TANGGUNGJAWAB
ibu bapa.
Dalam Membidik Sarang Penyengat,
Sama pastikan api dinyala,
Dalam mendidik SOP diingat,
Putuskan rantaian, Kita Jaga Kita.
HUBUNGI KAMI
No. Tel. Sekolah :
06-4543786
Alamat Sekolah :
SK Tunku Muda Serting, Kg Bukit Laka, 72200
Bahau, Negeri Sembilan
e-mel Sekolah :
[email protected]