The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad Tahun 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmanjam14, 2021-09-17 11:09:06

Sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad

Sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad Tahun 4

Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah
mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini
mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia
mula dibina 1894.
Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di
mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur
Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era
masyarakat yang merdeka.

Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak
Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan,
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.

Nama asal

Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan
(New Government Offices). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948,
bangunan ini dinamakan Sekretariat Persekutuan (Federal Secretariat).
Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam.
Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara. Oleh
itu nama bangunan ini ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad sempena
nama Sultan Selangor yang memerintah dari 1857 - 1898. Nama ini kekal hingga
sekarang.

Lokasi

Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di hadapan Dataran Merdeka dan Kelab
Diraja Selangor. Ia terletak di Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala
Lumpur, Malaysia. Jalan Raja dahulunya Gombak Road.

Di dalam peta, bangunan ini terletak di pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak.
Pelbagai bangunan dibina di pertemuan dua sungai ini seperti Masjid Jamek Kuala
Lumpur, Stesen Kereta Api Tanah Melayu dan lain-lain. Di sinilah aktiviti
perlombongan bijih timah bermula di Kuala Lumpur, menjadi pemangkin kejayaan
ekonomi Semenanjung Tanah Melayu seterusnya negara Malaysia sekarang.

Perasmian bangunan

Perletakan batu asas dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charles Bullen
Hugh Mitchell K.C.M.G. pada 6 Oktober 1894 . Residen British di Selangor waktu itu
ialah W.H Treacher C.M.C. Setelah siap sepenuhnya , bangunan ini di rasmikan oleh
Residen Jeneral negeri Selangor, Sir Frank Swettenham K.C.M.G. pada 4 April 1897.

Tujuan pembinaan

Pentadbiran British di Selangor memerlukan Ibu Pejabat baru bagi mentadbir negeri .
Sebelum ini ibu negeri Selangor terletak di Klang dan agak jauh dari kawasan yang
maju di Kuala Lumpur. Residen Jeneral British di Selangor pada waktu itu ialah Sir
Frank Swettenham .Sultan Abdul Samad memerintah negeri Selangor dari 1857 hingga
1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor .

Antara pejabat yang akan ditempatkan di sini ialah Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik
mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan
(Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works
Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan
Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).[1]

Fungsi bangunan ini ditukar beberapa kali. Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah
Agung di bawah Kementerian Kehakiman. Oleh itu disediakan tempat letak kereta untuk
hakim-hakim dan pegawai-pegawai mahkmah.

SEJARAH BANGUNAN

Pemandangan Bangunan Sultan Abdul Samad pada waktu malam.

Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD).
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan di antara bangunan lama yang terdapat
di Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian
rekabentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi
bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang
merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap dibina dan
digunakan pada tahun 1897. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan
Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu
merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gagah pada masa itu.
Bangunan tersebut terletak pada satu tapak di antara pertemuan Sungai
Kelang dan Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik,
iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasan kawasan tersebut adalah
1.034 hektar, dan keluasan bangunan pula adalah 10,200 meter persegi. Di bahagian
belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah
Persekutuan. Kedudukan bangunan dikatakan strategik kerana terletak berhampiran
dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya
terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul
Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu,
Pejabat Residen- General, Pejabat Besar Pos dan selepas kemerdekaan pula, ia
dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat
Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga

menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-
mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.

Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama A.C.
Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh
seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Bangunan Sultan Abdul
Samad ini sangat unik seni binanya dan merupakan diantara bangunan yang tersohor
pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk ladam dan di
tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-
batas pokok bunga yang cantik. Terdapat juga tiga kubah, satu menara jam besar dan
sebuah arked.Bangunan ini juga mempunyai satu serambi besar tertutup yang
merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri
senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. 3 buah kubah yang menghiasi
bangunan ini membuktikanya. Pada peringkat awal ia diperbuat daripada kayu dan batu
bata yang dicat warna hitam, namun ia telah digantikan dengan kubah yang bersalut
tembaga.

Sebanyak $152,000 telah dilaburkan untuk membina bangunan ini dan merupakan
bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ia didirikan. Kos binaan setelah siap
pada April 1897 ialah $152,824. Anggaran awal hanyalah $152,000.Tempoh masa
pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan. Sebuah kilang batu-batu di bina di Brickfields bagi
membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul
kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

Batu-bata yang berkualiti berwarna merah dibawa dari India. Para pekerja terdiri
daripada kaum India. Antara kontraktor kecil yang membawa batu-bata ini ialah
Ghouse, yang berasal dari Chittagong, India (sekarang Bangladesh). Batu-bata ini
dibawa terus melalui Sungai Kelang dan ada sebuah pangkalan berhampiran Masjid
Jamek sekarang.

Pada sekitar tahun 1978, pengubahsuaian bangunan telah dibuat dan siap sepenuhnya
dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada ketika itu
kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur
tembaga bagi ketiga-tiga kubah yang terdapat pada bangunan tersebut pada tahun
1982. Pengubahsuaian dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa
menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap
sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun
1984.[2]

Pelan Bangunan

Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu
dataran/laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran
laman ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam
bangunan ini.

Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab
Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat tangga
berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik
Mahkamah Agung.

Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana
memberikan pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ian dibina tidak
mempunyai pendingin udara. Kerja membangunkan bangunan ini telah menggunakan 4
juta batu-bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 paun tembaga, 50 tan besi,
keluli dan 30,000 kaki padu kayu. Bangunan ini siap pada tahun 1897 dan dirasmikan
dengan acara gilang-gemilang dengan ucapan Spooner yang menarik mengenai
sejarah pembinaan bangunan tersebut. Teks lengkap ucapan beliau dalam Bahasa
Inggeris boleh didapati dalam JMBRAS VOL. 65, tulisan The Bangunan Sultan Abdul
Samad by J.M. Gillick.

Bangunan ini pernah menempatkan beberapa buah Kementerian dan Jabatan Kerajaan
Persekutuan dan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya, bangunan ini telah
menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia dan sebahagian daripadanya
menempatkan Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.[3]

Tampak Bangunan

Pandangan jam dari dekat Bangunan Sultan Abdul Samad, pada waktu malam pada tahun 2013

Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889, setelah W.
E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Pada masa itu,
Kuala Lumpur hanya dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa
bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E.
Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C.
Norman sebagai arkitek.
Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan
yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah
orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style)
sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman
selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan
oleh A.C. Norman. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan
menara jam setinggi 40 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi.
Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked
serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat
daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah
bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah
kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah
paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.
Arca yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak
antara dua tiang yang berbeza-beza. Ia diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam.
Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di
sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah
melambangkan keagungan bangunan ini. [4]

Seni reka bentuk

Pemandangan Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam
setinggi 41.5 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk
dan binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni bina Moghul dan Moor. Tingkap
dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid di Cardova dan Mesir.[5]
Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked
serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat
daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah
bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah
kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah
paduan dua ciri tradisional kubah dan kios. [6]

Menara Jam ini dijaga dan dibaiki dari semasa ke semasa kerana menjadi waktu
standard di seluruh Malaysia. Menara Jam ini menyerupai Big Ben yang terdapat di
kota London.

Gerbang yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan
jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang
dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua
menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah
menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini

Pemandangan dari udara, keseluruhan bangunan ini berbentuk F. Ia bangunan awam
pertama di tapak berbentuk segi tiga di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan
Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai
Gombak dan Sungai Kelang serta Mahkamah Tinggi (dahulunya Clarke St.).

Beberapa bangunan pentadbiran di India dibina menggunakan stail seni bina Islam
'Moor' atau 'Mahometan Style' terutama bangunan Taj Mahal di Agra, India. Terdapat
unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong
bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada seni
bina Masjid. Nilai estetika ini menjadi ikutan arkitek
di India, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan negara Komanwel yang lain.

Ubah suai 1978

Pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun, menelan
belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit. Bumbung ditukar baru dan kubah kayu ditukar
kepada kubah tembaga. Pada tahun 1978 bangunan ini menempatkan Mahkamah
Agung, Mahkamah Tinggi Bahagian Sivil dan Dagang serta Mahkamah Tinggi Jenayah.
Mahkamah ini berpindah ke Istana Kehakiman di Putrajaya. Bangunan ini sekarang
menempatkan Bahagian Komersil Mahkamah Tinggi Malaya.

Ubah suai dilakukan lagi pada 2007. Majlis penyerahan Bangunan Sultan Abdul Samad
kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
(KPKKW) telah diadakan pada 24 Disember 2008. Penyerahan adalah daripada SPAZ
Sdn. Bhd. Kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia dan seterusnya kepada KPKKW.

Mulai 2007, bangunan ini dijadikan Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri, Pejabat
Ketua Setiausaha, Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha , Bahagian Pengurusan, Unit
Perhubungan Awam, Unit Undang-Undang, Unit Audit Dalam dan Perpustakaan
KPKKW. Sempena majlis penyerahan bangunan ini juga turut diadakan bacaan Yassin
dan doa selamat.

Lokasi acara penting

Acara perbarisan dihadapan bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan ini menjadi latar belakang Perarakan Kemerdekaan setiap 31 Ogos dan
sambutan malam Tahun Baru setiap 1 Januari . Perarakan kereta berhias
sempena Pesta Flora juga diadakan di sini. Perarakan sempena sambutan Maulidur
Rasul 2009 dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Lumba basikal Le Tour de Langkawi ditamatkan di hadapan bangunan ini.
Beberapa drama dan filem tempatan , Hollywood dan Bollywood juga pernah
mengadakan penggambaran di sini.

Masalah banjir

Bangunan ini turut dilanda banjir pada tahun 1971 apabila hujan lebat berlaku di seluruh
negara. Jumlah hujan yang lebat itu ditambah pula dengan sistem saliran yang tidak
begitu memuaskan di sekitar Kuala Lumpur.
Di belakang bangunan ini pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak di mana di
tengah-tengahnya adalah Masjid Jamek yang juga menggunakan ciri-ciri arkitektur yang
sama oleh arkitek yang sama. Stesen komuter Masjid Jamek terletak bersebelahan
dengan Masjid Jamek. Laluan air sungai selalu tersekat apabila sampah-sarap
tersangkut pada tiang-tiang stesen komuter. Banjir kilat berlaku akibat perancangan
stesen komuter yang tidak tepat ini.
Tempat parkir kereta di bawah Dataran Merdeka tenggelam beberapa kali apabila banjir
kilat berlaku seperti pada 2003 dan 2007. Semasa banjir kilat pada 10 Jun 2007 antara
jam 6.00 hingga 8.00 malam , air sedalam 1.8 meter di beberapa tempat.


Click to View FlipBook Version