Terbang helang ke atas angkasa,
Tiba di awan menyongsong pergi,
Terbilang negara ternama bangsa,
Jasa pahlawan di junjung tinggi.
TOKOH KEMERDEKAAN - MAT KILAU
PENDAHULUAN
Mat Kilau adalah tokoh pahlawan yang matang dan sangat di segani.
Jasanya meniupkan semangat patriotisme kepada orang-orang melayu
dan tidak akan sesekali luput di ingatan sanubari rakyat Malaysia.
Anak jati negeri Pahang ini, mempunyai sifat ketahanan diri yang
tinggi menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah
turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus
maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan
Kelantan.
Amanat terakhir kepada kaum keluarganya ialah "Jagalah Agama,
Jagalah Bangsa dan Jagalah Negara, Jangan Sampai Bangsaku Tiada
Negara". Amanat ini memberi kesan yang mendalam kepada seluruh
rakyat Malaysia supaya menjaga agama , bangsa dan negara serta
menjadi pemangkin semangat untuk cintakan tanah air.
Semangat patriotisme dan kecintaan yang tinggi kepada negara
merupakan benteng bagi mempertahankan kemerdekaan dan
keamanan yang di nikmati ini dapat terus di kekalkan.
BIODATA PELAJAR
Nama : Muhammad Azka Firas Bin Azman
Kelas : 4 Jujur
Alamat email : [email protected]
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Felda Tenggaroh 3.
Alamat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Felda Tenggaroh 3
Jalan Punai, 86800 Mersing, Johor
Mat Kilau Bin Imam Rasu @ BIODATA TOKOH
Mohamed Bin Ibrahim @
Mat Siam Merupakan anak lelaki kepada Imam Rasu @ Tok Gajah.
(1866 - 1970) Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok
Kaut Burau.
Dilahirkan di Kg Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut
Pahang.
Pada usia 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang
gadis bernama Yang Chik Binti Imam Daud dan
mempunyai 3 orang anak.
Banyak menuntut ilmu daripada ayahnya, Tok Gajah.
Mempelajari ilmu kebatinan secara agama daripada
Hj Muntuk (Hj. Uthman Bin Senik).
Pandai mengaji, berzanji, berdikir maulud dan berdikir
rebana.
RASIONALISASI TOKOH
Mat Kilau Bin Imam Rasu @ Beliau di gelar "Mat Kilau @ Mat Siam".
Mohamed Bin Ibrahim @ Seorang tokoh yang hebat dan mempunyai sifat keberanian
Mat Siam yang tinggi.
(1866 - 1970)
Beliau adalah tokoh termasyhur, merupakan pahlawan terbilang
melayu, yang memperjuangkan Tanah Melayu daripada dijajah
pihak British. Segala cabaran yang dilalui oleh Mat Kilau semasa
menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak
menyanjung tinggi kepahlawanan beliau. Inilah idola saya Mat
Kilau Bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Jasanya sungguh besar
sehingga Malaysia menjadi negara merdeka dan berdaulat. Saya
dan seluruh rakyat Malaysia terhutang budi dengan pengorbanan
beliau.
Mat Kilau Bin Imam Rasu @ KELEBIHAN TOKOH
Mohamed Bin Ibrahim @
Mat Siam Mat Kilau amat mahir didalam ilmu persilatan bahkan beliau
(1866 - 1970) mahir juga menggunakan senjata (keris dan parang).
Banyak menuntut ilmu kepahlawanan sehingga boleh
menghilangkan diri.
Beliau mempunyai sifat-sifat kepimpinan, maka beliau telah
menjadi seorang pemuda yang sangat di segani dan dihormati.
Mat kilau seorang yang luas pandangan dan mendapat
kepercayaan penuh dari masyarakat terutamanya penduduk
setempat.
Mempunyai pemikiran yang matang ( pada Oktober 1888, Hugh
Clifford , Residen British di Pahang telah datang ke Pulau Tawar
untuk berunding dengannya).
Mat Kilau seorang yang tegas bahkan dikasihi oleh pengikut
yang sangat setia dan sanggup sehidup semati (antaranya
Awang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (Khatib), Awang
(Imam) dan Mat Tahir).
Mat Kilau Bin Imam Rasu @ BUKTI KREDIBILITI
Mohamed Bin Ibrahim @
Mat Siam Mat Kilau dan Tok Gajah memberi sokongan yang hebat kepada
(1866 - 1970) perjuangan Dato Bahaman dalam menawan semula lubuk terus.
Beliau berjaya melarikan diri ke negeri jiran iaitu Kelantan dan
Terengganu.
Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada tokoh
ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tok Ku
Paloh dan Hj Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.
Tokoh perwira melayu ini dicop sebagai "penderhaka" dan menjadi
orang buruan British. Kemudian menghilangkan diri dan muncul
semula pada Disember 1969.
JASA SUMBANGAN
Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak
penjajah , Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersatu
berganding bahu memulakan pemberontakan ke atas pihak
British.
PENUTUP
Bersyukur saya kehadrat ilahi, selepas saya menghasilkan buku
skrap digital ini, banyak sumbangan tokoh negara yang saya
ketahui. Sebagai generasi muda seharusnya kita sentiasa
mengenang jasa dan sumbangan tokoh pahlawan negara.
Tanpa perjuangan beliau mungkin kita tidak dapat menikmati
kemerdekaan seperti hari ini.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan membantu
saya dalam menghasilkan buku skrap digital ini. Mudah-
mudahan jasa dan pengorbanan Mat Kilau dapat dihargai dan
disanjungi oleh seluruh warga Malaysia.
Pada hari Ahad 10 Ogos 1970 kira-kira pukul 6.45 pagi, Mat
Kilau meninggal dunia di rumahnya di Batu Lima, Paya
Besar, Jalan Kuantan–Gambang kerana keuzuran.
Al Fatihah.....
SEKIAN TERIMA KASIH.
Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa ;
" Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada
menyerah dan mati di tali gantung mereka ! ".