25 Ummi Dhuha
Demi sesungguhnya kisah Nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. Ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan tetapi ia mengisahkan apa yang disebut dalam kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. [Yusuf 12 : 111]
NABI DZULKIFLI A.S 16 NABI DAUD A.S 17 NABI SULAIMAN A.S 18 NBI ILYAS A.S 19 NABI ILYASA’ A.S 20 NABI YUNUS A.S 21 NABI ZAKARIA A.S 22 NABI YAHYA A.S 23 NABI ISA A.S 24 NABI MUHAMMAD S.A.W 25 NABI ADAM A.S 01 NABI IDRIS A.S 02 NABI NUH A.S 03 NABI HUD A.S 04 NBI SOLEH A.S 05 NABI IBRAHIM A.S 06 NABI LUT A.S 07 NABI ISMAIL A.S 08 NABI ISHAK A.S 09 NABI YAAKUB A.S 10 NABI YUSUF A.S 11 NABI AYUB A.S 12 NABI SYUIB A.S 13 NABI MUSA A.S 14 NABI HARUN A.S 15 ISI KANDUNGAN
Adam a.s. merupakan manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT. Allah SWT mencipta Adam a.s. daripada pelbagai jenis tanah yang terdapat di muka bumi ini. Allah SWT memerintahkan para malaikat mengumpulkan pelbagai jenis tanah. Tanah-tanah ini diambil dari tempat yang berlainan. Tanah ini berwarna coklat, merah, putih dan hitam. Ada yang lembut dan mudah dibentuk. Ada juga yang keras dan berkerikil. Tanah ini diambil dari gunung dan lembah, padang pasir, serta tanah rata yang subur. Sebab itulah setiap manusia mempunyai sifat serta penampilan yang berbeza, asal usul yang berlainan serta bangsa yang tidak sama. Allah SWT menciptakan Adam a.s. dengan begitu teliti. Allah SWT begitu unik dalam setiap aspek. Allah SWT telah menyemai sifat-sifat baik dalam diri Adam a.s. seperti pemaaf, penyanyang. Nabi Adam 1
Idris a.s. dilahirkan dan dibesarkan di Babylon dan merupakan generasi kelima daripada keturunan Adam a.s.. Nabi Idris merupakan pengikut ajaran Nabi Adam a.s.. Baginda berdakwah kepada kaumnya supaya beriman kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa. Nabi Idris a.s. serta pengikutnya meninggalkan Babylon lalu menuju ke Mesir. Baginda berdakwah kepada kaum di sana supaya menyembah Allah SWT dan beribadah kepadanya. Nabi Idris a.s. dikurniakan dengan akal fikiran yang bijak. Baginda telah mengajar kaumnya beberapa kemahiran. Baginda merupakan orang pertama yang memperkenalkan bidang penulisan. Baginda juga menunjukkan kepada kaumnya cara untuk menimbang berat menggunakan dacing. Baginda mengajar kaumnya tentang pergerakan planet-planet serta cara menjahit baju. Nabi Idris a.s. merupakan orang pertama yang membuat senjata untuk tujuan berburu dan bertempur. Nabi Idris a.s. ialah manusia pertama yang menjahit pakaian dan mengenakan pakaian berjahit dan orang pertama menggunakan tulisan serta menemukan alat tulisnya. Malah Baginda adalah nabi pertama menguasai pelbagai bahasa, ilmu Matematik, Geografi, Astronomi dan ilmu-ilmu lain. Baginda juga seorang yang gagah dan berani sehingga mendapat gelaran “Asadul Usud” yang bermaksud “singa daripada segala singa. Nabi Idris 2
Nabi Nuh telah berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun. Namun pengikut Nabi nuh tidak mahu mengikut seruan Baginda termasuk puteranya Kan’an. Allah memerintahkan Nabi Nuh membina sebuah bahtera. Setelah siap, Baginda menerima wahyu daripada Allah supaya membawa semua pengikutnya menaiki bahtera. Kan’an engan mendengar ajakan Nabi Nuh. Dia mendaki puncak gunung untuk menyelamatkan diri. Allah menurunkan hujan yang lebat. Banjir besar melanda bumi sehingga menenggelamkan puncak gunung. Akhirnya Kan’an tenggelam bersama-sama orang kafir. Nabi Nuh 3
Nabi Hud diutuskan oleh Allah untuk mengajak kaum Aad beriman dan percaya kepada Allah. Baginda menyeru kaumnya agar meninggalkan penyembahan berhala. Namun, kaum Aad membantah dan menghina Nabi Hud. Meraka mencabar Nabi Hud untuk mendatangkan azab kepada mereka. Akhirnya Allah menurunkan bencana ke atas kaum Aad. Bala bencana yang menimpa mereka ialah angin ribut yang kencang selama lapan hari tujuh malam. Kaum Aad mati bergelimpangan seperti pohon-pohon yang ditumbangkan. Nabi Hud 4
Nabi Soleh 5 Orang-orang kafir menemui Nabi Soleh a.s. lalu berkata, "Wahai Nabi Saleh! Kamu mendakwa diri kamu ialah utusan Allah. Kamu meminta kami berhenti melakukan penyembahan tradisi kami dan mengikut kamu Sekarang kami mahu bukti atas hujah kamu. Sekiranya Allah kamu itu berkuasa, mintalah dia melakukan sebuah mukjizat di hadapan kami. Mereka meminta diberikan seekor unta betina yang bunting sepuluh bulan keluar dari gunung. Mendengar permintaan itu, Nabi Soleh a.s. berkata, "Sekiranya Allah memakbulkan permintaan kamu, adakah kamu akan berhenti daripada kepercayaan kamu itu dan menerima seruanku?" Mereka bersetuju. Nabi Soleh a.s. pun berdoa kepada Allah SWT dan Allah memakbulkan doa Baginda. Tiba-tiba sebongkah batu yang paling besar terbelah dan keluar lah seekor unta betina yang bunting sepuluh bulan, mukjizat itu sudah pun terlaksana. Semua orang terpegun melihat peristiwa itu. Ini merupakan bukti yang kuat atas hujah Nabi Soleh a.s..
Nabi Ibrahim a.s. ialah seoran N g ha a mba b Alla i h S I W b T ya r ng a taa h t da i n m sentiasa menyeru kaumnya menyembah Allah yang Maha Esa. Sewaktu Baginda menjalankan misi dakwah, Baginda menempuh pelbagai kesukaran. Namun Baginda tidak pernah berputus asa. Semenjak lahir lagi, Nabi Ibrahim a.s. telah dikurniakan kekuatan rohani, Allah SWT juga mengurniakan kebijaksanaan kepada Baginda sejak Baginda kecil lagi. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di Syria yang ketika itu diperintah oleh Raja Namrud. Raja Namrud adalah seorang raja yang angkuh. Dia memaksa rakyatnya menyembahnya sebagai tuhan. Mereka juga menyembah berhala. Allah SWT menghantar Nabi Ibrahim a.s. untuk membawa mereka ke jalan yang benar. Raja Namrud dan para penyembah berhala menjadi marah. Mereka tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Nabi Ibrahim a.s. itu. Mereka lalu memutuskan untuk menghukum Baginda. Raja Namrud mahu Nabi Ibrahim a.s.. dibakar di dalam api yang marak menjulang. Sebaik sahaja Nabi Ibrahim a.s. dicampakkan ke dalam api, Allah SWT memerintahkan api agar tidak mencederakan Baginda. Firman Allah SWT, "Wahai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!" Api yang panas dan marak itu tidak sedikit pun menyakiti Nabi Ibrahim a.s.. Baginda keluar dari api itu tanpa sedikit pun terbakar. 6
Di bahagian selatan Laut Mati, ada sebuah kota yang dikenali sebagai Kota Sadom. Kebanyakan penduduk kota ini mempunyai akhlak yang buruk. Kegiatan rasuah dan jenayah berlaku di mana-mana. Mereka juga terlibat dalam rompakan dan hubungan sesama jenis. Penduduknya tidak mempunyai rasa malu dengan kelakuan mereka. Allah SWT mahu membawa mereka ke jalan yang baik. Dia memilih Nabi Lut a.s. untuk melaksanakan misi ini. Nabi Lut a.s. seorang lelaki yang soleh dan taat pada agama. Meskipun tugas itu sangat besar, tetapi Baginda yakin Allah SWT akan memberkatinya. Nabi Lut a.s. pun menyeru kaumnya supaya berhenti melakukan perbuatan jenayah dan kelakuan yang tidak senonoh, tetapi mereka tidak mahu mendengarnya. Penduduk Sadom ini sudah begitu selesa dengan cara hidup mereka dan sedikit pun tidak mahu mengubahnya. Mereka begitu jengkel dengan Nabi Lut a.s. dan tidak mengendahkan nasihatnya. Nabi Lut 7
Allah SWT telah mengutuskan malaikat Jibrail a.s. untuk menolong Hajar dan anaknya, Nabi Ismail a.s.. Malaikat Jibrail menghentakkan kakinya ke tanah lalu air pun keluar. Hajar kagum melihat kekuasaan Allah SWT itu. Dia segera mengisi air di dalam beg kulit. Hajar memandang malaikat Jibrail dengan rasa terharu dan bersyukur. "Janganlah kamu bimbang akan keadaanmu ini. Rumah Allah ini akan dibina oleh anak kamu dan suami kamu. Allah tidak pernah mengabaikan hamba-Nya, " kata malaikat Jibrail. Air itu adalah air Zam -zam yang masih lagi ada sehingga hari ini. Tidak berapa lama kemudian, kabilah Jurham yang datang dari selatan Tanah Arab berhenti dan menetap di lembah itu. Nabi Ismail a.s. membesar di kalangan mereka. Nabi Ismail 8
Ketika umur Nabi Ibrahim a.s. sudah sangat tua, malaikat datang menemuinya dengan membawa berita bahawa Allah SWT akan mengurniakan seorang anak lelaki kepada Baginda dan isterinya, Sarah. Baginda dan isterinya sangat terkejut memandangkan mereka berdua sudah tua. Tetapi, malaikat mengatakan semua itu tidak mustahil bagi Allah SWT. Sarah melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Ishak. Baginda juga seorang nabi. Nabi Ibrahim a.s. mahu anaknya, Nabi Ishak a.s. mengahwini seorang wanita beriman. Baginda lalu mengutuskan hamba ke Haran, Iraq untuk memilih bakal isteri Nabi Ishak a.s.. Hamba itu memilih seorang wanita lalu Nabi Ishak a.s. pun berkahwin dengannya. Mereka dikurniakan dua orang anak, iaitu Esau dan Yaakub. Nabi Ishak 9
Nabi Yaakub 10 Nabi Yaakub ialah putera kepada Nabi Ishak. Dia mempunyai 2 beradik iaitu Esau dan Yaakub. Hubungan mereka tidak baik kerana sikap iri hati Esau. Suatu hari Esau mengugut untuk membunuh Nabi Yaakub a.s.. Ibunya risau akan keselamatan Nabi Yaakub a.s., lalu ibunya menyuruh Baginda pergi ke Haran untuk berjumpa dengan bapa saudaranya iaitu Laban. Menjelang malam Nabi Yaakub a.s. memulakan perjalanan ke Haran. Baginda berhenti berehat disebuah tempat dengan beralaskan batu dan meletakkannya di bawah kepalanya lalu tidur. Didalam tidurnya, Baginda bermimpi melihat sebuah tangga dari syurga ke bumi . Para malaikat turun dan naik , lalu Allah berkata kepadanya, “ Aku akan merahmatimu dan seluruh keturunanmu, juga sesiapa sahaja yang datang kepadamu. Apabila terjaga, Baginda mengucapkan syukur lalu bersumpah demi Allah sekiranya Baginda kembali kepada keluarganya dalam keadaan selamat maka Baginda akan membina tempat beribadah di situ. Baginda juga bersumpah akan memberi satu persepuluh daripada hartanya demi Allah. Baginda mencurahkan minyak keatas batu itu, supaya dapat mengenalinya nanti dan memanggil tempat itu sebagai ‘” Bethel, yang bermaksud “Rumah Allah”. Tempat ini terletak di Jerusalem.
Pada suatu malam, Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan sujud kepadanya. Baginda berkata kepada bapanya, "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku." Nabi Yaakub a.s. berasa senang hati. Baginda memahami bahawa Allah SWT telah menunjukkan kepada siapa kenabian akan diserahkan seterusnya. Nabi Yaakub a.s. memberitahu Nabi Yusuf a.s. bahawa mimpinya itu merupakan tanda-tanda daripada Allah SWT kepadanya dan Baginda mestilah menyebarkan risalah Allah SWT kepada manusia selepas bapanya. Nabi Yusuf 11
Kisah Nabi Ayub a.s. mengajar kita supaya bersabar. Allah berfirman, "Sesungguhnya! Kami dapati Ayub seorang yang penyabar." Nabi Ayub a.s. merupakan keturunan Nabi Nuh a.s.. Baginda seorang yang penyabar dan mempunyai keimanan yang teguh terhadap Allah. Baginda juga sering memohon keampunan Allah SWT. Suatu hari, sekumpulan malaikat berbincang tentang manusia. Bagaimana manusia yang merendah diri dan bagaimana manusia yang sombong di bumi Allah. Satu malaikat berkata, "Sebaik-baik manusia di atas muka bumi ini ialah Ayub. Dia seorang yang penyabar dan sering mengingati Penciptanya." Malaikat lain berkata, "Ayub merupakan contoh teladan terbaik bagi setiap makhluk ciptaan Allah. Sebagai ganjaran, Allah telah menganugerahkan kepada Ayub kekayaan dan juga umur yang panjang. Walaupun berharta, namun Ayub sedikit pun tidak kedekut dan sombong. Harta kekayaannya itu dikongsikan bersama keluarganya, hambanya malah orang yang susah juga; dia memberikan mereka pakaian, makanan dan memerdekakan hamba. Baginda sememangnya seorang yang pemurah." Nabi Ayub 12
Nabi Syuib Penduduk Madyan enggan menyembah Allah SWT. Allah SWT lalu mengutuskan Nabi Syuaib a.s.. Mereka enggan juga menerima dakwah baginda, Nabi Syuib a.s. berdoa memohon pertolongan dari Allah SWT. Allah SWT memakbulkan doa baginda. Dia menurunkan kemarau dengan udara yang sangat panas. Kaum Madyan hidup terseksa. Tekak mereka kering dan kulit mereka mengelupas. Kemudian Allah datangkan pula gumpalan awan hitam. Kaum Madyan menyangka hujan akan turun tetapi sebaliknya. Kilat memancar-mancar. Pada waktu itu juga, bumi bergoncang. Kaum Madyan yang ingkar pun mati. 13
Nabi Musa, menyeru Firaun untuk bertaubat,. Firaun sangat marah mendengar permintaan itu. Firaun telah mengumpulkan ahli sihir untuk menentang Nabi Musa a.s.. Namun, berjaya diatasi apabila tongkat Baginda bertukar menjadi ular besar. Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan pengikutnya yang mahu menyeberangi Laut Merah. Dengan mukjizat tongkat Nabi Musa, terbelahlah lautan itu. Baginda dan pengikutnya terselamat manakala Firaun dan tenteranya tenggelam di tengah-tengah lautan. Nabi Musa 14
Nabi Harun ialah abang kandung Nabi Musa, Nabi Harun diperintahkan untuk menjaga bani Israil sewaktu pemergiaan Nabi Musa ke Gunung Thur. Namun, penduduk bani Israel telah menyembah patung anak lambu yang di perbuat daripada leburan emas. Segala nasihat Baginda tidak dipedulikan oleh mereka. Baginda tetap terus menjalankan amanah yang diberikan. Mereka terus menyembah patung anak lembu emas itu sehinggalah nabi Musa a.s. pulang. Disebabkan sikap mereka itu Nabi Harun menjauhkan diri daripada mereka. Apabila nabi Musa pulang, baginda sangat marah dengan apa yang dilakukan oleh kaum nya. Nabi Harun memberitahu Nabi Musa a.s. tentang sikap angkuh kaumnya. Baginda kemudiannya membakar patung anak lembu emas itu dan debunya dibuang kedalam laut. Nabi Harun 15
Nabi Dzulkifli ialah anak kepada Nabi Ayub. Baginda seorang yang soleh dan taat perintah Allah. Baginda telah diberi kuasa pemerintah oleh seorang raja. Pada waktu siang, Nabi Dzulkifli berpuasa serta menguruskan kerajaan dan rakyatnya. Pada waktu malam pula, Baginda beribadat kepada Allah. suatu hari , syaitan datang mengganggu waktu tidur Baginda supaya Nabi Dzulkifli menjadi marah. Tetapi, Nabi Dzulkifli melayannya dengan sabar dan tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan. Nabi Dzulkifli 16
Allah mengurniakan Nabi Daud kitab Zabur sebagai panduan. Baginda mengalunkan suaranya ketika membaca Kitab Zabur. Baginda memiliki suara yang sangat merdu, yang boleh didengar oleh gunung dan burung-burung. Allah memerintahkan gunung dan burung-burung untuk turut bertasbih bersama Nabi Daud. Baginda juga boleh melembutkan besi dangan tangannya untuk membuat baju besi. Baju Besi itu digunakan oleh para tentera untuk peperangan. Nabi Daud 17
Nabi Sulaiman ialah anak kepada Nabi Daud. Nabi Sulaiman merupakan pemerintah kepada semua makhluk manusia, jin, binatang, gunung-ganang dan lain-lain. Suatu hari, Nabi sulaiman dan tenteranya sedang menunggang kuda menghampiri lembah semut. Seekor daripada semut-semut itu telah mengarahkan semua semut untuk masuk ke dalam sarang masing-masing. Ini kerana semut itu bimbang mereka dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman dapat mendengar bahasa semut itu lalu tersenyum. Nabi Sulaiman 18
Nabi Ilyas Nabi Ilyas a.s. menyampaikan risalah Allah SWT di sebuah bandar bernama Balbak. Di sana terdapat seorang raja yang menyembah berhala bernama Ba’ala. Allah memerintahkan Nabi Ilyas a.s. mengajak mereka menyembah Allah dan tidak menyembah berhala. Namun mereka mengatakan bahawa Baginda penipu. Mereka menghina Baginda dan mengugut untuk membunuh Baginda. Nabi Ilyas a.s. meminta raja Balbak supaya menyembah Allah dan jika tidak Allah akan binasakannya. Raja Balbak menjadi marah dan ingin menghukum bunuh Nabi Ilyas. Kerana kaum Nabi Ilyas a.s. derhaka, Allah SWT telah menurunkan azab berupa kemarau panjang selama tiga tahun berturut-turut. Semua tanaman dan haiwan mati kerana kelaparan. Kaumnya mula beriman dan meninggalkan berhala. Nabi Ilyas berdoa kepada Allah SWT agar menurunkan hujan. Setelah kaumnya menikmati hidup yang senang, mereka kembali kufur. Nabi Ilyas a.s. berdoa agar Allah menarik nikmat yang telah dicurahkan dan menurunkan bencana yang lebih dahsyat. 19
Nabi Ilyas a.s. bertemu dengan Nabi Ilyasa’ a.s.. Ketika itu baginda sedang kerja membajak tanah. Baginda memberhentikan kerjanya apabila melihat Nabi Ilyas. Nabi Ilyas a.s. bertanya, “Mengapa kamu memberhentikan kerja kamu dan mengikutiku ?” Nabi Ilyasa’ menjawab “Amatlah mulia dapat menemani orang mulia seperti tuan”. Ilyasa’ kemudian menyembelih seekor lembu jantan dan memasaknya. Kemudian dia menjamu Nabi Ilyas a.s. serta pengikutnya makan. Apabila Nabi Ilyas a.s. ingin beredar Nabi Ilyasa’ menzahirkan keinginannya untuk menemani Nabi Ilyas a.s. sepanjang hidupnya dan berbakti kepadanya. Melihatkan sikap mulia Nabi Ilyasa’ a.s., Nabi Ilyas a.s. bersetuju dengan permintaan tersebut. Sewaktu Nabi Ilyas a.s. ingin meninggalkan dunia, baginda mengucapkan selamat tinggal kepada Nabi Ilyasa’ a.s.. Nabi Ilyas a.s. bertanya apakah keinginanya yang diingini. Nabi Ilyasa’ a.s. berkata, Aku inginkan Allah mengurniakan nikmat sama seperti Allah mengurniakan kepadamu. Nabi Ilyasa’ 20
Yunus a.s. menyedari bahawa dirinya berada di dalam perut ikan. Di dalam itu, Baginda melihat tiga lapisan kegelapan menyelubungi dirinya; kegelapan perut ikan, kegelapan laut dan kegelapan malam. Baginda lantas menyebut nama Allah dan mengingati-Nya sahaja. Baginda bertasbih, "’La illaha illallah' yang bermaksud 'Tiada Tuhan selain Allah!" Baginda juga berdoa, "Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk diantara orang-orang yang berbuat aniaya." Baginda tidak henti-henti berdoa dan bertasbih. Malah, suaranya dapat didengari oleh hidupan laut yang lain. Mereka berkumpul mengelilingi ikan nun dan turut sama memuji dan bertasbih pada Allah dengan cara mereka tersendiri. Nabi Yunus 21
Nabi Zakaria tidak mempunyai anak walaupun sudah lanjut usia tetapi Baginda ingin memiliki zuriat. Dalam usia yang sudah tua baginda tidak pernah putus harapan untuk mempunyai anak. Setiap hari, Baginda berdoa kepada Allah tanpa henti agar dikurniakan anak yang soleh. Baginda berharap anaknya dapat menggantikan memimpin bani Israel . Doa Nabi Zakaria dimakbulkan Allah. Baginda dan isterinya dikurniakan seorang anak yang istimewa yang diberi nama Yahya a.s.. Allah SWT sendiri yang telah memberi nama tersebut. Nabi Zakaria dan isterinya sangat gembira menyambut kelahiran anak yang dinanti-nantikan. Nabi Zakaria 22
Allah SWT memimpin Nabi Yahya a.s. supaya membaca buku mengenai hukumhakam dengan jelas. Allah SWT menjadikan Baginda seorang bijak dan paling berpengetahuan ketika itu. Allah yang maha besar juga merahmati Baginda dengan keupayaan membuat penilaian dalam sesuatu perbalahan, mentafsir maksud yang tersirat, memimpin kaumnya ke jalan yang benar dan juga memberi peringatan kepada mereka yang sesat. Nabi Yahya a.s. matang dalam usia yang muda. Sifat belas kasihannya terhadap kedua ibu bapanya, begitu juga dengan kaumnya dan makhluk yang lain semakin bercambah. Baginda juga menyeru agar kaumnya bertaubat atas setiap dosa yang dilakukan. Nabi Yahya a.s. pernah berkata, ” Penghuni-penghuni syurga tidak akan tidur kerana kemanisan serta kemurahan hati Allah SWT. Disebabkan itulah, meraka yang beriman akan kurang tidur kerana Allah SWT sentiasa berada didalam hatinya. Nabi Yahya 23
Apabila sudah tiba masanya untuk melahirkan anak, Maryam pun bersandar di bawah sebatang pohon tamar. Maryam berkata, "Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenangkenang!" Allah SWT tahu kegelisahan hati Maryam lalu dia diseru dari sebelah bawahnya, "Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan..." Di bawah pohon tamar itu, Maryam selamat melahirkan seorang bayi lelaki seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT. Bayi itu diberi nama Isa. Nabi Isa 24
Muhammad SAW menyebarkan agama islam bukan sahaja dari kalangan kaum quraisy malah di negara jiran juga. Kaum quraisy di Mekah sedaya upaya cuba menghalang penyebaran agama islam. Mereka berkumpul dan berbincang bagaimana untuk menyekat penyebaran islam. Akhirnya, mereka meminta Muhammad untuk memperlihatkan mukjizatnya. Mereka mahukan Baginda membelah bulan menjadi dua. Sebelah jatuh di sebelah kanan gunung manakala sebelah lagi jatuh di sebelah kiri gunung. Baginda hanya tenang mendengar permintan tersebut. Baginda yakin Allah pasti akan membantunya. Dengan nama Allah Baginda setuju dengan cabaran tersebut.Hari yang di tetapkan pula adalah ketika bulan purnama. Pada hari tersebut, semua penduduk Mekah berkumpul untuk menyaksikan mukjizat Baginda. Baginda berdoa kepada Allah lalu menunjukkan jarinya ke arah bulan dan serta merta bulan itu terbelah dua. Sebelah jatuh ke kanan gunung dan sebelah jatuh ke kiri gunung seperti yang di minta. Orang muslim bersorak riang manakala orang kafir terkaku. Mereka menganggap itu sebenarnya sihir dan tidak mahu menerima kebenaran. Nabi Muhammad 25
TAMAT Ummi Dhuha