The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aliya Nazirah, 2026-04-07 11:36:30

Buku Lapuran MAT PIBG GUAMSS 2026

Buku Lapuran MAT PIBG GUAMSS 2026

“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :Superior Twin Sharing (RM99)Superior 1 Double Bed (RM99)HotelDENAI016-8621229CHECK IN : 2PMCHECK OUT : 12PMHotel Denai (dahulunya KESEDAR INN/hotel) di Gua Musang adalah hotel 2-bintang yang terletak berhampiran Gunung Chamah.Free WiFi


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :ISI KANDUNGANBil Kandungan Muka surat1 Kata Perutusan Pengetua GUAMSS 12 Kata Perutusan YDP GUAMSS 23 Tentatif Program 34 Agenda Mesyuarat Agung 45 Minit Mesyuarat Agung GUAMSS kali ke 10 5 - 106 Laporan Aktiviti PIBGM 2025 11 - 217 Laporan Kewangan PIBG 2025 22 - 288 Laporan Aktiviti Bergambar 2025/26 29 - 44


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :Perutusan Pengetua GUAMSSMesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-11Sekolah Menengah Sains Gua MusangAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Sains Gua Musang kali ke-11 dapat dilaksanakan dengan jayanya.Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Dipertua PIBG serta seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG atas komitmen, kerjasama dan sokongan padu yang diberikan kepada pihak sekolah sepanjang tahun. Sesungguhnya, hubungan erat antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang utama dalam memastikan kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum murid dapat dicapai secara holistik.PIBG memainkan peranan yang amat penting sebagai rakan strategik sekolah. Pelbagai sumbangan sama ada dalam bentuk idea, tenaga mahupun kewangan telah membantu pihak sekolah melaksanakan program-program yang memberi manfaat besar kepada murid. Keprihatinan dan kesungguhan ibu bapa jelas membuktikan bahawa pendidikan anak-anak adalah tanggungjawab bersama.Dalam era pendidikan yang semakin mencabar ini, kerjasama berterusan antara pihak sekolah dan ibu bapa amat diperlukan bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, malah memiliki jati diri, nilai moral yang tinggi serta daya saing global. Saya amat berharap agar semangat permuafakatan ini akan terus diperkukuh demi kecemerlangan Sekolah Menengah Sains Gua Musang pada masa hadapan. Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan akan mendapat keberkatan serta ganjaran daripada Allah SWT.Sekian, terima kasih.1


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 2Perutusan YDP PIBG GUAMSSMesyuarat Agung Tahunan Pibg Kali Ke-11Sekolah Menengah Sains Gua MusangAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kita dipertemukan sekali lagi dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Menengah Sains Gua Musang. Sesungguhnya, setiap pertemuan ini bukan sekadar rutin tahunan, tetapi adalah simbol kekuatan kebersamaan kita dalam membina masa depan anakanak yang kita kasihi.Setahun yang lalu, saya melangkah masuk memikul amanah sebagai Yang Dipertua PIBG dengan satu tekad, memastikan setiap anak GUAMSS diberi peluang terbaik untuk berjaya, bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga dalam kehidupan. Amanah ini bukan ringan, namun dengan sokongan padu semua pihak, kita telah melakar pelbagai usaha yang memberi makna.Kita tidak hanya merancang, tetapi kita bertindak. Kita tidak hanya melihat masalah, tetapi kita mencari penyelesaian. Dari usaha menyediakan perkhidmatan Bas KV demi kemudahan pelajar, kepada inisiatif pemasangan penghawa dingin di surau agar ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih selesa, semuanya lahir daripada rasa tanggungjawab dan kasih terhadap anak-anak kita.Lebih daripada itu, kita berusaha mendapatkan dana dan sokongan demi memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semua ini dilakukan dengan satu matlamat yang jelas, memastikan kecemerlangan akademik pelajar terus meningkat dan tidak pernah dikompromi.Inilah roh kepada tagline kita:“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang.”Saya percaya, kecemerlangan bukan berlaku secara kebetulan. Ia lahir daripada kesungguhan, pengorbanan dan kerjasama yang tidak pernah luntur. Dan hari ini, saya melihat harapan itu hidup dalam setiap warga GUAMSS, guru yang berdedikasi, ibu bapa yang prihatin, dan anak-anak yang penuh potensi.Akhir kata, marilah kita terus berjalan seiring, melangkah dengan satu hati dan satu tujuan. Kerana di tangan kitalah terletaknya masa depan mereka. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. DR. SARIMAH BINTI MAT NAWI Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Sains Gua Musang (GUAMSS)


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :TENTATIF/ATURCARA PROGRAMTarikh : 11 April 2026Masa : 9.00 pagiTempat : Dewan Utama SM Sains Gua MusangMasa Perkara8.45 pagi Pendaftaran Ibu Bapa dan guru-guru9.00 pagi -Ketibaan YDP dan AJK PIBG SM Sains Gua Musang-Ketibaan Perasmi-Ucapan Aluan Pengerusi Majlis-Nyanyian lagu Negaraku-Bacaan ikrar -Bacaan doa-Ucapan YDP PIBG, Dr Sarimah Binti Mat Nawi-Ucapan Perasmian YB Dato Mohd Azizi bin Abu Naim, Pengerusi Persatuan Gabungan Graduan Gua Musang.-Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata kepada AJK PIBG Sesi 2025/20026-Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-11 bermula3


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-11 TAHUN 2026AGENDA PERKARA1. Ucapan YDP PIBG (Pengerusi)2. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali ke-10 Tahun 20253. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG Tahun 20254. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG Tahun 20255. Perbahasan Usul6. Pembubaran AJK PIBG 2025-20267. Pemilihan AJK PIBG 20268. Pemilihan Juru Audit (Ibu Bapa)9. Hal-hal lain10. Ucapan Penangguhan4


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :Minit Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali ke – 10SESI 2024/2025DISEDIAKAN OLEH:(SITI FARAHIYAH BINTI CHE MAT)Pencatat minitMesyuarat Agung PIBG Kali ke-105


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :Tarikh: 10 Mei 2025Masa: 10.00 pagi - 1.00 petangTempat: Dewan Utama GUAMSS1.0 Ucapan alu-aluan Yang Dipertua PIBG1.1Yang Dipertua PIBG mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Syahbuddin bin Hasim, Presiden Persatuan Bola Baling Negeri Kelantan Darul Naim (PBBNK) untuk merasmikan mesyuarat agung PIBG kali ke -10.1.2Yang Dipertua juga turut menghargai kehadiran ibu bapa, pentadbir dan para guru yang meluangkan masa untuk Bersama-sama hadir ke mesyuarat ini.1.3Yang Dipertua menyatakan hasrat bahawa pihak sekolah ingin memohon bantuan pendingin hawa bagi ditempatkan di surau sekolah. Makluman:ibu bapa/penjaga2.0 Ucapan Perasmian2.1Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Syahbuddin bin Hasim mengucapkan syabas kepada YDP PIBG atas sumbangan tenaga dan buah fikiran semasa menjawat jawatan sebagai pengerusi PIBG bagi tahun 2024.2.2Yang Berhormat turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan untuk merasmikan mesyuarat ini. Menurut beliau Sekolah Menengah Sains Gua Musang (GUAMSS) merupakan sekolah yang terbaik di daerah Gua Musang. Hal ini kerana keupayaan GUAMSS dalam melahirkan pelajar yang berwibawa,berilmu dan berakhlak mulia.2.3Yang Berhormat berhasrat agar kepimpinan sekolah di bawah pengetua baru, iaitu Tuan Haji Mohad Asri bin Yusof mampu membawa nama GUAMSS supaya setanding dengan sekolah berasrama penuh yang lain di negeri Kelantan. Makluman:ibu bapa/penjaga3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat kali ke-9 Tahun 20243.1Encik Mohamad Safwan bin Ab Wahab, selaku Setiusaha Kehormat PIBG tahun 2024 membentangkan minit mesyuarat pada muka surat 10-16.3.2 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Puan Dian Nurizni bt Muhammad dan disokong oleh Encik Zulkifli bin Mohammad. Makluman:ibu bapa/penjaga4.0 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Tahun 20244.1Encik Amirul Amin bin Oma Hamid, Bendahari Kehormat PIBG membentangkan laporan kewangan tahunan PIBG SM Sains Gua Musang dari halaman 15-19.4.2Bendahari PIBG memaklumkan setiap biro di bawah Ahli Jawatankuasa PIBG telah merancang dan menjalankan aktiviti yang sepatutnya untuk para pelajar GUAMSS. Encik Mohamad Safwan bin Ab Wahab membukan sesi pertanyaan kepada semua penjaga berkaitan aktiviti tersebut. 4.3YDP PIBG mengulas laporan setiap AJK PIBG yang memegang satu unit biro bersama AJK biro tersebut. NYDP memegang portfolio tertiary dan kerjaya telah menjalankan aktiviti dengan jayanya seperti hebahan kerjaya dan taklimat prauniversiti bagi murid tingkatan lima. NYDP memberikan penerangan mengenai rangkaian wifi yang mampu disediakan di bahagian blok akademik hasil daripada Kerjasama AJK PIBG dan guru. Fasa pertama pemasangan wifi adalah di blok akademik dan termasuk di bilik guru. Tambahan pula, pihak sekolah mendapat peruntukan TV digital di setiap kelas. Justeru pemasangan wifi membolehkan murid-murid menikmati kemudahakan tersebut.6


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :4.4YDP mengalu-alukan ibu bapa yang mempunyai ilmu berkaitan penggunaan divice untuk memantau aktiviti penggunaan TV digital secara dalam apss. Beliau turut menyatakan Hasrat mengenai pemasangan wifi di Dewan Utama GUAMSS kerana banyak aktiviti dilaksanakan di dewan tersebut.4.5YDP mebentangkan aktiviti yang telah dianjurkan untuk murid acromial. Biro akademik iaitu Puan Siti Fadzlina melaporkan kelas matematik bagi tingkatan satu hingga tinga telah dilaksanakan semasa murid berada di rumah ketika waktu cuti sekolah. Manakala ketua biro kebajikan Puan Nurul Farizan membentangkan aktiviti pada muka surat 1-14. Antaranya pengurusan bus untuk murid semasa cuti sekolah. Seterusnya biro kokurikulum yang diketuai oleh Puan Zarina melaporkan sebanyak 79 aktiviti telah dirancang untuk murid GUAMSS. Namun tidak semua mampu dilaksanakan kerana kekangan dana. Justeru itu, pihak PIBG terpaksa menarik dana induk untuk membiayai aktiviti yang yang telah dijalankan. Beliau berharap setiap aktiviti kokurikulum bagi tahun ini dan seterusnya mendapat kerjasama dan sokongan daripada ibu bapa dan penjaga. Biro hebahan dan komunikasi iaitu Puan Zanariah memaklukan telah berkongsi dengan ibu bapa dan penjaga mengenai jadual warden bertugas setiap minggu. Biro penjanaan yang diketuai oleh En. Khairul Anuar memaklumkan bahawa PIBG turut memberikan bantuan kepada pelajar yang terlibat dengan musibah banjir. 4.6Encik Amirul Amin bin Oma Hamid membentangkan penyata kewangan PIBG GUAMS dari halaman 21-28. Bagi tahun 2024, PIBG menerima sumbangan dana daripada hanya 80 % pelajar sahaja iaitu sebanyak RM142,500.59. Sumbangan tersebut digunakan untuk program kecemerlangan murid bagi tingkatan satu hingga lima. Selain itu, digunakan untuk minggu suai kenal bagi murid tingkatan satu dan empat. pengurusan sanitari,program keagamaan dan aktiviti koko. Bagi perbelanjaan satu tahun coway iaitu sebanyak 4 buah dianggarkan RM400 sebulan. Manakala bagi perbelanjaan internet adalah RM351.11 sebulan dan kos tersebut belum termasuk untuk penyelenggaraan. Program agama memerlukan peruntukan besar kerana guru mengaji dari luar yg perlu dibiyai. Bagi unit kokokurikulum, kurikulum dan hal ehwal murid RM40 ribu diperuntukan untuk setiap unit.4.7Encik Amirul Amin bin Oma Hamid mencadangkan sedikit kenaikan untuk kutipan sumbangan bagi menampung pembiayaan internet,coway dan program bagi ketiga-tiga bidang tersebut. Beliau turut memohon agar semua ibu bapa dan penjaga menyegerakan pembayaran sumbangan PIBG supaya setiap program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Rujuk muka surat 27 untuk mengetahui perbelanjaan sumbangan PIBG tersebut.4.8Puan Munirah Md. Zaidi (penjaga kepada murid 1 Kalkulus) bertanyan mengapakah dana infak PIBG tidak diminta daripada pihak luar. Persoalan tersebut dijawab oleh Penolong Kanan Kokurikulum GUAMSS iaitu Puan Nik Aznida binti Awang. Beliau berkata pada tahun lepas GUAMSS telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang memerlukan peruntukan RM100 ribu. Namun demikian peruntukan yang diterima daripada SBP adalah RM85 ribu sahaja. Beliau bersama guru unit kokurikulum telah menghantar surat kepada pihak NGO, bank, kontraktor sekolah dan kepada lebih 30 buah syarikat. Jumlah sumbangan yang diterima hanyalah sebanyak RM5000 sahaja. Beliau turut memohon ibu bapa atau penjaga yang mengenali mana-mana pihak yang mampu memberikan sumbangan untuk menampung tabung PIBG GUAMSS.Tuan pengetua menegaskan sebarang ku tipan dari penjaga secara bulanan mengikut tingkatan perlu dihentikan. Namun jika ibu bapa dan penjaga ingin menyumbang tidak perlu ditetapkan jumlah sebaliknya seikhlas hati mengikut kemampuan mereka.7


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :4.9 Encik Rosli bin Daud mencadangkan agar Penyata Kewangan Tahunan PIBG Sekolah Menengah Sains Gua Musang disahkan dan disokong oleh dan Puan Haziani.4.10 Bendahari membentangkan cadangan jumlah kutipangan sumbangan PIBG SM Sains Gua Musang bagi tahun 2025 seperti berikut:Bil. Perkara Kutipan (RM) Tahun 2025Ting.1 Ting. 2 Ting. 3 Ting. 4 Ting. 51. Sumbangan PIBG (perkeluarga) 60.00 60.00 60.00 60.00 60.002. Program Kecemerlangan Murid 50.00 50.00 100.00 200.00 250.003. Aktiviti Asrama: 3.1 Minggu Silaturrahim (MSR) 20.00 - - - - 3.2 Aktiviti Kepimpinan 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 3.3 Kelas Celik Al-Quran 80.00 80.00 80.00 - - 3.4 Dobi 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 Jumlah Kutipan (RM) 290.00 270.00 320.00 340.00 390.004.11 En. Ahmad Fauzan bin Mohamed Nor menyokong cadangan kutipan sumbangan PIBG 2025 yang dibentangkan dan disokong oleh Puan Munirah Md. Zaidi. Makluman:ibu bapa/penjaga5.0Perbahasan UsulUSUL 1Puan Munirah binti Mohd ZaidiMengapa banyak dana infak dari luar/JPN tidak dapat diperoleh?JAWAPAN: 1. PK KO menjelaskan bahawa pihak sekolah telah berusaha untuk turun padang bagi mendapatkan dana daripada lebih daripada 15 syarikat namun hanya memperoleh RM5000.2. YDP (Prof Madya Dr Nik Shanita bt Shafii) memaklumkan sudah 2 tahun berturut-turut JPN Kelantan tidak meluluskan kutipan sumbangan PIBG bagi aktiviti Kokurikulum.3. AJK PIBG (Encik Khairul Anuar) memaklumkan sumbangan perlu spesifik supaya lebih mudah untuk diperoleh. Kebiasaanya sumbangan bagi pendidikan/ kebajikan dan keusahawanan lebih mudah untuk diperoleh.8


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :USUL 2Encik Asri bin Mohd Yusof (Pengetua)Mana-mana ibu bapa yang membuat aktiviti kutipan bulanan perlu dihentikan dengan segera. Kutipan hanya boleh dilakukan hanya semasa menjalankan sebarang aktiviti.6.0Pembubaran AJK PIBG6.1YDP membubarkan AJK PIBG sesi 2024-2025 secara rasmi dan berterima kasih kepada semua AJK atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjawat jawatan tersebut.6.2Encik Atan bin Selamat dilantik sebagai pengerusi sementara bagi pemilihan dan pelantikan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2025-2026. Makluman:ibu bapa/penjaga7.0Pelantikan AJK BaruBil. Nama Jawatan1. Dr. Sarimah binti Mat Nawi(Pensyarah) Yang DiPertua PIBG2. Muhammad Khairul Anuar bin Ibrahim Naib Yang DiPertua PIBG(Pengarah Pembangunan Sosioekonomi YAPEIM)3. Zurina Azita binti Zulkifly (Bekerja sendiri) Setiausaha AJK IBUBAPA PIBG4. Nur Azreen bT Hashim (Penguasa Kastam) Bendahari AJK IBUBAPA PIBG5. Azri bin Ramli (Ahli perniagaan) Ketua Biro Teknikal6. Nur Azreen bt Hashim (Penguasa Kastam) Ketua Biro Kebajikan7. Ahmed Hafiz b Che Abdullah(Guru Besar) Ketua Biro Akademik I 8. Munirah binti Md Zaidi(Manager Talent & Culture, Petronas) Ketua Biro Akademik II 9. Md. Haireen bin Md Busari Ketua Biro Sahsiah dan Kepimpinan(PDRM – Ketua Bahagian Ketenteraman Awam IPD GM)10. Mohd Zamadi bin Mohd Zain(Pen. Pegawai Ehwal Ekonomi) Ketua Biro Kokurikulum11. Siti Nurazhani binti Sepian(Guru F5 subjek Sains) Ketua Biro Komunikasi dan Hebahan12. PMadya Dr. Farah Adeeba binti Che Ishak(Pensyarah) Juruaudit Dalaman9


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :8.0 Ucapan Penangguhan8.1 Dr. Sarimah bin Mat Nawi mengucapkan terima kasih atas pemilihan dan kepercayaan ibu bapa dan guru kepada beliau sebagai YDP PIBG yang baru.8.2YDP mengharapkan murid GUAMSS belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi perintis kepada kecemerlangan sekolah8.3Banyak kemudahan akan ditambah baik terutama di asrama seperti penghawa dingin di surau demi kemajuan sekolah. Makluman:ibu bapa/penjaga1 0


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :LAPORAN AKTIVITI PIBGSESI 2025/2026DISEDIAKAN OLEH:PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSEKOLAH MENENGAH SAINS GUA MUSANG11 MAC 202611


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :1 2


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 1 3


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :TUGASAN AJK IBUBAPA PIBG SESI 2025/2026YANG DI PERTUA PIBG:1. Mendengar dan mengambil tindakan akan keluhan, pandangan dan cadangan dari kalangan ibubapa yang dilihat berasas.2. Memulakan projek pemasangan penyaman udara untuk surau GUAMSS dengan mengumpul dana dari badan korporat sejak Jun 2025 sehingga kini. Jumlah sumbangan terkini sebanyak RM61,000.3. Berjumpa dengan pegawai khas Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi permohonan peruntukan projek pemasangan penyaman udara di surau pada 2/10/2025.4. Mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Dato’ Azizi, untuk permohonan dana projek surau pada 30/12/2025.5. Mencadangkan sistem dobi berbayar yang lebih murah dan efisien untuk kegunaan pelajar.6. Mengatur mesyuarat penerangan bersama MOSTI bagi perancangan GUAMSS sebagai hab STI/STEM bagi jajahan Gua Musang pada 22/2/2026.7. Memenuhi jemputan makan malam kutipan sumbangan untuk GUAMSS FC bersama AJK PIBG pada 5/12/2025 dan memberi sumbangan berjumlah RM1000 bagi program Kejohanan Bola di Turkiye.8. Jalinan kerjasama dengan KSIB Tingkatan 5 bagi projek Simpulan Kasih untuk pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM 2025.9. Jalinan kerjasama dengan KSIB Tingkatan 2 dan 3 bagi Bengkel Math Skor A+ oleh cikgu Farhan. Bengkel telah berlangsung pada 3/10/25 dan 4/10/2025.NAIB YANG DI PERTUA PIBG:1. Mendapatkan bantuan sumbangan pakaian dan beg sekolah untuk pelajar yang tidak berkemampuan di bawah Program Bantuan Baju Sekolah melalui Yayasan Taqwa. Serahan telah dibuat pada 1/4/2026.PEMBANTU SETIAUSAHA PIBG:1. Membantu guru setiausaha PIBG mengatur mesyuarat AJK PIBG bersama pentadbiran.2. Menyediakan kertas kerja projek di bawah PIBG untuk permohonan dana dari badan korporat.3. Menghantar surat permohonan dana ke badan korporat untuk sumbangan dana.4. Menghubungi badan korporat untuk status terkini permohonan dana.5. Mengatur mesyuarat dalaman AJK PIBG IbuBapa.7. Mendapatkan info berkaitan pertandingan dan aktiviti untuk pelajar yang melibatkan markah PAJSK dan dikongsikan kepada guru dan ibubapa.8. Melancarkan saluran aduan secara atas talian akan salahlaku yang berlaku di GUAMSS. Aduan dibuat oleh pelajar atau ahli keluarga mangsa. Semua aduan dalam makluman pihak sekolah.PEMBANTU BENDAHARI PIBG:1. Membantu guru bendahari PIBG mengemaskini rekod perakaunan dan penyediaan laporan kewangan dari May 2025 - Feb 20262. Memastikan dana PIBG dibelanjakan mengikut kategori yang telah ditetapkan.3. Memastikan dana mencukupi sebelum sesuatu perbelanjaan dilakukan.BIRO KOMUNIKASI:1. Membuat hebahan jadual bertugas warden secara bulanan ke semua sarana.2. Membuat hebahan kutipan sumbangan dana PIBG dan kutipan sumbangan oleh pihak sekolah kepada semua ibubapa.3. Membuat hebahan program dan maklumat dari pihak sekolah untuk makluman ibubapa.4. Membuat hebahan status terkini fasiliti yang telah dibaik pulih untuk makluman ibubapa.5. Membantu kemaskini media sosial Facebook Guamss Rasmi bagi program yang dijalankan dan pencapaian pelajar dalam pertandingan yang disertai.1 4


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :BIRO TEKNIKAL:1. Membantu mendapatkan kontraktor untuk membaiki kipas gergasi yang rosak di surau sekolah.2. Memastikan kipas gergasi di baik pulih supaya boleh digunakan semula.3. Menambah bilangan kipas berdiri mudah alih untuk kegunaan pelajar di surau sementara kipas gergasi dibaiki.4. Menyiasat punca aduan berkaitan mesin basuh yang kerap rosak dan bermasalah ketika digunakan.5. Menyiasat punca aduan elektrik kerap terputus ketika mesin basuh digunakan.6. Membaiki dan menyelenggara semua mesin basuh hasil sumbangan PIBG.7. Menyiasat punca ketiadaan air yang kerap berulang berlaku di asrama pelajar.8. Mengadakan perjumpaan dan lawatan kawasan bersama pihak sekolah dan kontraktor dobi.9. Memasang penapis air ke tangki tambahan di asrama untuk memastikan air bersih dibekalkan.10. Mencadangkan penyelenggaraan tangki septik asrama. Pihak sekolah maklumkan ianya telah dilaksanakan.11. Membaiki basikal sumbangan yang rosak untuk kegunaan pelajar sewaktu riadah.12. Mendapatkan khidmat kontraktor untuk membersihkan permaidani surau yang basah dan berbau busuk.13. AJK Teknikal telah menyumbangkan 6 buah pendingin udara mudah alih untuk kegunaan pelajar SPM 2025 dan majlis yang dijalankan di Dewan Utama GUAMSS. Serahan telah dibuat pada 27/10/25.14. PIBG telah menyumbangkan 2 unit komputer meja kepada Pusat Sumber Sekolah untuk kegunaan pelajar. Serahan telah dibuat pada 16/11/2025.BIRO KEBAJIKAN:1. Mengadakan kutipan sumbangan dan ziarah kematian bapa kepada pelajar Aleya Arissa (5T). Serahan telah dibuat pada 7/8/2025.2. Mengadakan kutipan sumbangan kematian pasangan kepada cikgu Nor Sarmila. Serahan telah dibuat pada 5/10/2025.3. Mengadakan kutipan sumbangan dalam kalangan AJK PIBG untuk pembelian 10 buah kipas berdiri mudah alih dan 4 palam penyambung untuk kegunaan surau. Serahan telah dibuat pada 22/6/2025 dan 23/6/20254. Jalinan kerjasama dengan KSIB Tingkatan 3 bagi penyediaan pengangkutan pulang bermalam wajib dan pilihan untuk pelajar agar berjalan dengan lancar.BIRO AKADEMIK:1. PIBG telah menyumbangkan 2 unit komputer meja kepada Pusat Sumber Sekolah untuk kegunaan pelajar. Serahan telah dibuat pada 16/11/20252. Jalinan kerjasama dengan KSIB Tingkatan 1 dan Universiti Putra Malaysia untuk Program CARE Foodspace untuk pelajar Tingkatan 1.3. Jalinan kerjasama dgn KSIB Tingkatan 2 dan 3 bagi Bengkel Math Skor A+ oleh cikgu Farhan. Bengkel telah berlangsung pada 3/10/25 dan 4/10/2025.4. Jalinan kerjasama dgn KSIB semua tingkatan bagi program tuisyen atas talian ketika cuti sekolah bersama pengajar dalam kalangan guru pemeriksa dan penggubal kertas Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). 1 5


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :BIRO SAHSIAH:1. Mengadakan Ceramah Anti Buli pada 6/9/2025 bagi memberikan kefahaman berkaitan isu buli dan kesannya.2. Mengadakan mesyuarat bersama pihak pentadbiran membincangkan tindakan yang perlu bagi mengatasi dan penyelesaian masalah disiplin dalam kalangan pelajar.JURUAUDIT DALAMAN1. Jalinan kerjasama dengan KSIB Tingkatan 1 dan Universiti Putra Malaysia untuk Program CARE Foodspace untuk pelajar Tingkatan 1.2. Mendapatkan sumbangan sebanyak 100 buah Al-Quran dari Masjid Putra Putrajaya pada 3/2/26. Serahan telah dibuat pada 12/02/2026.3. Mendapatkan sumbangan sebanyak 50 buah Al-Quran & 100 buah Yassin dari Nasyrul Quran pada 10/2/26. Serahan telah dibuat pada 12/02/2026.AKTIVITI DAN KERJA YANG TELAH DIJALANKAN OLEH AJK TERLIBAT1. Pembaikan Kipas Gergasi SurauTarikh pelaksanaan: 17/6/2025 - 15/10/2025Aduan:a) Kipas gergasi surau yang menjadi kipas utama bagi pengudaraan surau rosak dan tidak berfungsi.Hasil diperolehi dan Gerak Kerja: a) Alat pengawal kipas tidak berfungsi. Kontraktor telah membaiki alat kawalan ini dan telah berfungsi.b) Motor kipas didapati juga rosak dan perlu diturunkan untuk dibaiki. Motor kipas juga berjaya dibaiki dan berfungsi.c) Kipas gergasi berjaya dibaiki dan berfungsi. Namun terdapat kegagalan elektrik yang menyebabkan alat kawalan rosak semula dan tidak boleh dibaiki.d) Kos keseluruhan baik pulih kipas ini berjumlah RM10,000 adalah dari sumbangan ibubapa dan badan korporat.Cadangan akan datang:a) Kipas gergasi perlu diganti dengan unit yang baru. Kipas gergasi sedia ada tidak boleh dibaiki kerana model kipas tersebut tidak lagi dibekalkan di Malaysia.AJK Terlibat : En. Azri – Biro TeknikalStatus : SELESAI1 6


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :2. Cadangan Akaun Koperasi Sebagai Pusat Utama Pengeluaran Tunai Kepada Pelajar Tarikh pelaksanaan: 13/7/2025Aduan:a) Mesin Ejen Bank BSN (EBB) yang digunakan sebagai kemudahan pelajar untuk mengeluarkan tunai di koperasi sekolah kerap rosak.b) Pelajar lelaki terpaksa beratur di mesin ATM luar untuk mengeluarkan tunai ketika solat Jumaat. Ini mengundang risiko keselamatan pelajar. c) Ibubapa terpaksa mencari guru dan warden yang boleh menyampaikan pesanan tunai kepada pelajar kerana tiada guru yang ditugaskan khas untuk serahan tunai.d) Mesin EBB memerlukan MyKad untuk pengeluaran.Hasil diperolehi dan Gerak Kerja: a) Koperasi menjadi pusat pengeluaran tunai kepada pelajar sama seperti mesin EBB cuma menggunakan akaun koperasi sebagai medium pengeluaran. Ibubapa perlu memindahkan wang ke akaun koperasi dan pelajar mengambil jumlah tunai tersebut di koperasi. Bukti transaksi dikongsikan kepada cikgu koperasi.b) Inisiatif kepada mesin EBB yang kerap rosak dan pelajar yang tidak memegang MyKad sendiri.c) Pelajar boleh mendapatkan tunai di dalam sekolah tanpa perlu beratur di ATM luar.AJK Terlibat : Pn. Zurina – Pembantu Setiausaha/Biro KomunikasiStatus : SELESAI3. PIBG Membuka Gerai Jualan Fizikal dan Atas Talian Semasa Minggu PESKOTarikh Jualan Atas talian: 11/7/2025 – 25/7/2025Tarikh Jualan Gerai: 25/7/25 - 26/7/25Hasil diperolehi dan Gerak Kerja: a) AJK di bawah Biro Kebajikan menyediakan barang jualan atas talian dan jualan di gerai.b) AJK di bawah Biro Teknikal menyediakan khemah untuk jualan di tapak gerai yang disediakan.c) AJK di bawah Biro Komunikasi dan Hebahan membuat hebahan kepada ibubapa untuk makluman jualan.d) Semua hasil jualan yang diperolehi dimasukkan ke dalam tabung dana PIBG yang berjumlah RM1300.AJK Terlibat : En. Azri – Biro TeknikalPn. Azreen – Biro KebajikanPn. Zurina – Biro Komunikasi dan HebahanStatus: SELESAI1 7


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :4. Cadangan Sistem Tanpa Tunai Menggunakan Kad Debit BSN Pelajar Sesi penerangan: 28/7/2025Tarikh pelaksanaan: 25/8/2025Aduan:a) Kad Pelajar yang menggunakan sistem Didik Digital sebagai medium penggunaan tanpa tunai dihentikan penggunaannya untuk menaiktaraf sistem.b) Tempoh naik taraf sistem telah melepasi had tempoh yang dijanjikan. Tiada kata putus tempoh sebenar sistem tersebut akan digunakan semula.c) Kes kecurian tunai semakin kritikal kerana pelajar terpaksa memegang jumlah tunai yang banyak untuk kegunaan harian.Hasil diperolehi dan Gerak Kerja: a) Pihak sekolah bersetuju untuk menggunakan mesin debit bagi kegunaan transaksi pembelian di koperasi dan kantin.b) Kad debit BSN dipilih kerana 95% pelajar mempunyai akaun BSN yang digunakan untuk penerimaan Bantuan Awal Persekolahan pada sesi 2024. Pelajar hanya perlu membuat kad debit BSN untuk menggunakan servis tanpa tunai.AJK Terlibat : Pn. Munirah – Biro AkademikPn. Zurina – Biro Komunikasi dan HebahanStatus : SELESAI5. Pemasangan Penapis Air di Tangki Air Tambahan di Asrama Pelajar Lelaki dan PerempuanJumlah penapis air: 2 unit (1 di aspuri dan 1 unit di aspura).Tarikh pelaksanaan: 8/8/2025Aduan:a) Mesin basuh kerap rosak dan operasi mesin basuh kerap terhenti ketika digunakan.Hasil diperolehi dan Gerak Kerja: a) Penapis air masuk ke mesin basuh sangat kotor menyebabkan air masuk ke mesin basuh perlahan dan mesin kerap terhenti ketika digunakan.b) Pemasangan penapis air di laluan masuk utama air ke tangki tambahan bagi menapis keladak dan alga yang dilihat menjadi punca saluran air ke mesin basuh tersumbat.c) Kos pembelian penapis air dan pemasangan dari sumbangan ibubapa berjumlah RM1000.Cadangan akan datang:a) Penyelenggaraan penapis air dilakukan setiap bulan bagi memastikan mesin dalam keadaan yang optimum untuk kegunaan pelajar.b) Jadual berkala penyelenggaraan ini diletakkan di bawah tanggungjawab penyelia asrama.AJK Terlibat : En. Azri – Biro TeknikalStatus : SELESAI1 8


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :6. Pembaikan 4 Buah Basikal Yang Disediakan Untuk Kegunaan Pelajar. PIBG dimaklumkan 4 buah basikal sumbangan telah rosak dan tidak dapat digunakan oleh pelajar. Basikal ini biasanya akan digunakan oleh pelajar ketika waktu riadah.Jumlah basikal: 4 unit.Tarikh pelaksanaan: 17/8/2025Hasil diperolehi dan Gerak Kerja: a) 4 unit basikal dalam keadaan rosak teruk yang mana rantai basikal putus, tayar pancit, tempat duduk dan pedal basikal rosak.b) 4 unit basikal dihantar ke kedai basikal untuk dibaiki. Jumlah kos baik pulih sebanyak RM400.Cadangan akan datang:a) 4 unit basikal yang telah dibaiki rosak semula selepas sebulan digunakan. Tiada pemantauan dan penyelenggaraan dilakukan untuk semua basikal yang disediakan.b) Penyelia asrama perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab bagi memastikan basikal ini dalam keadaan baik untuk kegunaan pelajar.AJK Terlibat : En. Azri – Biro TeknikalStatus : SELESAI7. Penyelenggaraan Mesin Basuh di Asrama Pelajar Lelaki dan PerempuanPenyelenggaraan 27 buah mesin basuh sumbangan PIBG di asrama pelajar lelaki dan perempuan.Jumlah mesin: 15 unit di aspuri dan 12 unit di aspura.Tarikh pelaksanaan: 6/1/2026 – 8/1/2026Aduan:a) Mesin basuh kerap rosak dan operasi mesin basuh kerap terhenti ketika digunakan.b) Berlaku pintasan elektrik ketika mesin basuh digunakan.Hasil diperolehi dan Gerak Kerja: a) 3 unit mesin basuh rosak di aspuri dan 3 unit mesin basuh rosak di aspura.b) 6 unit mesin basuh yang rosak telah dihantar ke kedai untuk dibaiki. 4 unit mesin basuh masih boleh digunakan namun 2 unit lagi tidak boleh dibaiki. Tarikh pemulangan semula ke asrama: 26/02/2026.c) Kos penyelenggaraan dan membaiki mesin basuh yang rosak menggunakan dana PIBG berjumlah RM1000.d) Penapis air masuk (water inlet) ke mesin basuh tidak diganti menjadi punca operasi mesin kerap terhenti sendiri.e) Dalam mesin basuh aspuri, terdapat banyak sisa rambut terlekat di bahagian drum washer. Terdapat juga kesan tanah dalam mesin basuh.f) Dalam mesin basuh aspura, terdapat banyak kesan rumput dan tanah. Terdapat juga plastik sampah milo dan maggi. g) Terdapat juga sampah di sekeliling kawasan tempat mesin basuh diletakkan.Tindakan tambahan:a) Antara punca kerosakan mesin basuh disebabkan beban basuhan yang terlalu berat. Ber maksud pelajar meletakkan baju terlalu banyak menjadi padat setiap basuhan. PIBG telah mencadangkan pihak teknikal sekolah untuk meletakkan tanda cadangan had minima bilangan baju yang dibenarkan di mesin basuh.b) Meminta kerjasama ibubapa untuk berpesan kepada pelajar untuk bersama menjaga kebersihan dan elakkan vandalisme.1 9


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :Cadangan akan datang:a) Penyelenggaraan mesin dilakukan setiap 2 bulan untuk semua mesin basuh sumbangan PIBG bagi memastikan mesin dalam keadaan yang optimum untuk kegunaan pelajar.b) Jadual berkala penyelenggaraan ini diletakkan di bawah tanggungjawab penyelia asrama.AJK Terlibat : En. Azri – Biro TeknikalStatus : SELESAI8. Pembersihan Permaidani Surau Yang Basah Tarikh pelaksanaan: 16/1/2026Aduan:a) Surau berbau busuk kesan daripada permaidani yang basah di dalam surau.Hasil diperolehi dan Gerak Kerja: a) Paip saluran bomba di dalam surau dikatakan telah melimpah menyebabkan sebahagian besar permaidani basah dan bertakung air.b) Kontraktor telah dipanggil untuk melakukan pembersihan keseluruhan permaidani surau bagi menghilangkan bau busuk kesan daripada permaidani yang basah. c) Kos pembersihan menggunakan dana sumbangan dari ibubapa berjumlah RM6000.Cadangan akan datang:a) Meminta pandangan dari pihak bomba alternatif menutup atau cara sesuai untuk memastikan paip saluran bomba tidak boleh digunakan pihak awam bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.AJK Terlibat : En. Azri – Biro TeknikalStatus : SELESAI7. Pemasangan 12 buah penapis air Coway di bawah kontrak yang baru. 11/11/258. Sumbangan 6 buah air cooler untuk kegunaan dewan sekolah oleh AJK Teknikal. 27/10/25Perancangan Yang Sedang dan Akan Dijalankan Dalam Masa Terdekat:1. Memeriksa pendawaian elektrik di surau dan asrama oleh kontraktor bertauliah. Perlukan pemeriksaan segera dari JKR.2. Pemasangan penyaman udara masih dalam proses kelulusan untuk pemasangan.3. Pemasangan tangki tambahan untuk kegunaan pelajar asrama.4. Penukaran mesin pam air di paip utama dan di asrama.Perancangan Yang di Cadangkan Tetapi Tidak Dapat Dijalankan:1. Cadangan untuk menjadikan surau GUAMSS sebagai surau solat Jumaat.2. Cadangan penyelenggaraan tangki air GUAMSS bagi pembersihan keladak. 3. Cadangan mengadakan karnival laksa di GUAMSS bagi menarik dana PIBG. 4. Cadangan mengadakan pesta buku di GUAMSS bagi menarik dana PIBG.2 0


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :Perancangan Pada Masa Akan Datang:1. Pemasangan sistem solar di GUAMSS bagi mengurangkan bil penggunaan tenaga eletrik dan menggalakkan usaha yang lebih mesra alam.2. Menjadikan GUAMSS sebagai hab 3. Menjadikan GUAMSS sebagai Pusat Pengajian Islam dan Tadabbur bagi komuniti GUAMSS dan setempat.4. Perancangan untuk menambahbaik liputan internet keseluruh GUAMSS termasuk bangunan akademik, bangunan asrama pelajar, dewan makan, surau dan pondok2 1


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :LAPORAN KEWANGAN PIBGSESI 2025/20262 2


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 2 3


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 2 4


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :2 5NOTA PADA LAPORAN KEWANGANNota 1 Nota 2Kutipan bagi Program Kecemerlangan:RM1 Program Kecemerlangan Tingkatan 5 28,350.002 Program Kecemerlangan Tingkatan 4 23,650.0052,000.00Nota 3Kutipan bagi Dobi dan Majalah Sekolah:RM1 Dobi 18,420.002 Majalah Sekolah 11,980.0030,400.00Nota 4Baki Tahun Lalu & Lain-lain Penerimaan:RMBaki Tahun Lalu 4,804.00Hibah Bank 737.90Yuran Makan Asrama (YMA) 1,268.00Yayasan Daya Diri 8,800.00Agihan Peruntukan Pel 2,200.00Sumbangan Dana Musibah Bencana Banjir (YAPIEM) 2,400.00YTM Spellmaster Challenge 2025 for SBP 3,400.00Bayaran Balik Pinjaman 1,000.00Sumbangan Dana Mesyuarat PIBG 1,000.00Sumbangan ADUN (MAG) 5,000.00Sumbangan PESKO 350.00Sumbangan COWAY 1,292.00Sumbangan Kelas Gemilang 6,510.00Pulang balik bayaran Coway 110.00Kem SPM 2025 2,100.00Sumbangan Umum 2,653.00Deposit tidak dikenalpasti 300.0043,924.90Penyata Kewangan ini hanya meliputi transaksi bermula 1 Mei 2025 sehingga 31 Disember 2025. Rekod bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 30 April 2025 tidak dapat dilaporkan kerana ketiadaan dokumen sokongan dan maklumat yang lengkap daripada barisan Jawatankuasa PIBG terdahulu semasa proses penyerahan tugas (handover).Baki bawa hadapan pada 1 Mei 2025 adalah berdasarkan baki akhir di Penyata Bank bertarikh 30 April 2025 dan jumlah tunai fizikal yang diterima semasa proses serah tugas bendahari.


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 2 6Nota 5Program Kecemerlangan & Akademik:RMYTM Spellmaster Challenge 2025 3,400.00Program Perkampungan Ilmu SPM Siri 1 3,040.00Majalah Sekolah 11,820.00Ceramah Motivasi Di Sini Bermula 2,130.00Program UBK 1,066.00Guru Mengaji Tunggakan) 2,700.00Tenaga Pengajar Kelas Celik Al-Quran 11,700.00Kem Kecemerlangan SPM 2025 12,722.30Program Hari Pendidikan Kerjaya 740.00Penceramah Hijrah Puteri Asrama 570.00Program Simpulan Kasih F5 Bil1/2025 3,000.00Program Simpulan Kasih F5 Bil 2/2025 6,580.00Program Simpulan Kasih F5 Bil 3/2025 1,300.00Program Simpulan Kasih F5 sumbangan PIBG 1,000.00Konsultasi & solat hajat F5 715.00Forum Perdana Kemerdekaan 600.00Program Semarak Prestasi SPM 980.00Program Koloboratif Supermentor Fizik dan Biologi F5 500.00Majalah Sekolah 2025 9,420.00Bengkel Sembelihan - F4 455.00Bengkel Amali Haji 718.0075,156.30Nota 6Pembangunan, Prasarana & PenyelenggaraanRMBayaran Coway 3,444.00Kipas Surau 296.50Pemasangan Penapis Air Asrama 975.00Peruntukan Gotong Royong Madani 2,200.00Penyelenggaraan 4 Buah Basikal Sekolah 451.00Bayaran Pembaikan Kipas Gergasi 10,650.00Bayaran deposit sewa coway baru (8 unit) 880.002 unit komputer Pusat Sumber Sekolah 5,998.00Bayaran Sistem Info Murid GUAMMS 300.00Bayaran Internet CCTV ASPURA 700.0025,894.50Nota 7Kokurikulum, Sukan & KebajikanRMGuamss Jersey 2,541.00Kejohanan Olahraga Tahunan 1,184.00Pertandingan Tarian 350.00Yuran MSSD Bola U15 U18 GUAMSS 400.00Taekwando 200.00Tajaan Pendidikan YDD2 3,800.00Tajaan Pendidikan YDD 5,000.00Kelab Ragbi 480.00


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 2 7Memanah MSSK 600.00Kejohanan Ragbi B14 600.00Kejohanan Ragbi B18 810.00Kejohanan Bola Sepak Garuda 1,000.00Program MIYIO 1,000.00Peruntukan Bantuan Banjir YAPIEM 2,400.00Kejohanan Bola Sepak MCKK 1,000.00Kejohanan Kuns Hockey Championship 700.00Semarak A+2025 1,925.0023,990.00Nota 8Pengurusan, Mesyuarat & MajlisRMBayaran Internet 3,393.20Belanja Mesyuarat 5,930.50Deposit @Sewa Gerai 100.00Makan Minum Pengawas Exam 63.00Majlis Anugerah Cemerlang 5,000.00Majlis Anugerah Cemerlang 5,000.00Caj Bank 3.00Pengawas N Pentaksir Trial Utqh SPM 242.00Pengawas N Pentaksir Utqh SPM 242.00Pindahan Akaun Pibg Ke Akaun YMA 798.00Deposit Buku Resit PIBG 195.00Majlis Aprisiasi F5 1,710.00Pulang balik PIBG terlebih bayar 630.00Kain Rentang Acronomial 2.0 381.50Bayaran YMA (salah akaun ke PIBG) 470.00Majlis Graduasi Murid SPM 2,000.00Pengawas exam BM SPM (makan) 270.0026,428.20


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 2 8NOTA KHAS : PENJELASAN BAKI TUNAI DI BANKPerincian Baki Akhir pada 31 Disember 2025 (RM148,120.19)i) Dana Khas Pemasangan Aircond (RM55,000.00):ii) Program Kecemerlangan Tingkatan 4 (RM23,195.00)iii) Program Celik Al Quran (RM19,260.00)iv) Dobi (RM18,420.00)v) Sumbangan Kelas Gemilang (RM6,510.00)vi) Dana Pengurusan Am PIBG:1. Pihak Persatuan ingin memaklumkan kepada semua ahli Mesyuarat Agung Tahunan bahawa baki tunai yang dinyatakan di dalam penyata bukanlah \"lebihan tunai bebas\", sebaliknya sebahagian besar daripadanya adalah Dana Terikat (Earmarked Funds) bagi projek-projek spesifik yang telah dirancang oleh persatuan seperti berikut :Wang ini merupakan sumbangan khas yang diterima khusus untuk tujuan perolehan dan pemasangan unit penyaman udara di sekolah. Dana ini tidak boleh digunakan untuk tujuan perbelanjaan am atau program lain.Sebahagian baki adalah peruntukan bagi fasa seterusnya untuk program akademik murid Tingkatan 4 tahun 2025 yang bersambung pada sesi persekolahan 2026.Sebahagian baki adalah peruntukan bagi fasa seterusnya untuk programcelik al quran dan aktiviti yang berkaitan bagi murid Tingkatan 1 hingga 3tahun 2025 yang bersambung pada sesi persekolahan 2026.Sebahagian baki adalah peruntukan bagi program Kelas GemilangTingkatan 1 hingga Tingkatan 3 2025 yang belum dilunaskan.Hanya baki selebihnya (setelah ditolak dana terikat di atas) merupakandana operasi harian untuk kegunaan kecemasan, kebajikan murid, danpentadbiran persatuan.Sebahagian baki adalah peruntukan bagi perbelanjaan penyelenggaraanunit-unit mesin basuh asrama.2. Pihak Persatuan komited untuk memastikan setiap sen sumbangan yang diterima digunakan mengikut niat asal penyumbang (specific purpose). Oleh itu, baki RM148,120.19 ini akan dibawa ke tahun 2026 bagi melunaskan komitmen projek-projek pembangunan sekolah yang telah dipersetujui oleh persatuan.


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :RM RMBAKI DI BANK PADA 1 JANUARI 2026 148,120.19PENERIMAAN:A. Sumbangan PIBG & KecemerlanganSumbangan PIBG 200.00Program Kecemerlangan (Tingkatan 4 Dan Tingkatan 5) 250.00Celik Al-Quran 240.00Dobi & Majalah Sekolah 200.00 890.00B. Dana Khas Dan Sumbangan LuarSumbangan Aircond (Dana Khas) 6,000.00Sumbangan syarikat/badan korporat 1,000.00Sumbangan Ihya Ramadan (Tabung Kasih Abadi) 3,595.00Kem SPM 2026 40.00Surau 4,045.00 14,680.00C. Pendapatan LainSewa Dobi 2,400.00Baki Tahun Lalu & Lain-lain Penerimaan 16,921.95Jumlah Penerimaan 19,321.95Jumlah Keseluruhan 183,012.14TOLAK: PEMBAYARANProgram Kecemerlangan & Akademik 18,198.43Pembangunan, Prasarana & Penyelenggaraan 13,903.00Kokurikulum, Sukan & Kebajikan 3,415.00Pengurusan, Mesyuarat & Majlis 14,151.55Jumlah Pembayaran 49,667.98BAKI DI BANK PADA 31 MAC 2026 133,344.16PENGESAHAN Disediakan oleh, Disemak Oleh,Puan Nur Azreen Binti Hashim Puan Muslyza Binti Che Hussin Penolong Bendahari PIBG Bendahari PIBGSM Sains Gua Musang SM Sains Gua MusangTarikh: 5 April 2026 Tarikh: 5 April 2026Disahkan oleh,Dr. Sarimah Binti Mat NawiYang Dipertua PIBGSM Sains Gua MusangTarikh: 5 April 2026PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)SEKOLAH MENENGAH SAINS GUA MUSANGPENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARANBAGI TEMPOH 1 JANUARI 2026 HINGGA 31 MAC 20262 9


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI PIBGSESI 2025/20263 0


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 3 11MESYUARATA H L I J AWA TA N K UA S A P I B G S E C A R AF I Z I K A L & A TA S TA L I A N


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 3 2Sumbangan Kipas BerdiriUntuk Kegunaan Surau22/6/2025 - 23/6/2025


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 3 3JualanMingguPESKO25/7/2025 - 26/7/2025


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 3 5PPeemmaassaannggaann PPeennaappiiss AAiirrDDii AAssppuurraa && AAssppuurriiPemasangan Penapis AirDi Aspura & Aspuri 8/8/2025GUAMSS PRIHATINKutipan Sumbangan & Ziarah KematianIbu/Bapa Pelajar7/8/2025


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 3 7Pelaksanaan Sistem Tanpa Tunai BSNPembaikkan Basikal Asrama25/8/202517/8/2025


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 3 8


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 3 96/9/2025CCCEEERRRAAAMMMAAAHHH AAANNNTTTIII BBBUUULLLIIIPPPerk erk erkaaammmpupupunnngggaaannn IIIlllmmmuuu (((FFFiiizzziiikkk)))11/9/2025


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 4 0PPPeeemmmbbbaaaiiikkkaaannn kkkiiipppaaasss gggeeerrrgggaaasssiii27/9/20253/10/2025BBBeeennngggkkkeeelll MMMaaattteeemmmaaatttiiikkk TTTiiinnngggkkkaaatttaaannn 2225/10/2025GUAMSS PRIHATINKutipan Sumbangan KematianPasangan Guru GUAMSS27/10/2025Sumbangan 6 Buah Air CoolerDewan Sekolah


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 4 1Sumbangan 2 unitKomputer Meja kepada PSS16/11/2025Pemasangan 12 BuahPenapis Air Coway11/11/2025


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 4 2KutipanGUAMSSFCMakanSumbanganMalam5/12/2025


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 4 3CCCaaarrreee FFFoooooodddssspppaaaccceeePPPrrrooogggrrraaammm19/12/2025


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 4 4Aspura & Aspuri6/1/2026 - 8/1/202615 unit di Aspura12 unit di AspuriPenyelenggaraan 27 Mesin Basuh


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 4 5CCCuuuccciiiaaannn KKKaaarrrpppeeettt SSSuuurrraaauuu16/1/2026SSuummbbaannggaann 115500 NNaasskkaahh AAll-- QQuurraann &&110000 YYaassssiinnSumbangan 150 Naskah Al- Quran &100 YassinDDDaaarrriii MMMaaasssjjjiiiddd PPPuuutttrrraaa &&& NNNaaasssyyyrrruuulll QQQuuurrraaannn 3/2/2026


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat : 4 614/2/2026Sumbangan 4 Buah Smart TVProg Progrraamm BBaannttuuaann BBaajjuuSSekekoollaahhProgram Bantuan BajuSekolah1/4/2026 DDDaaarrriii YYYaaayyyaaasssaaannn TTTaaakkkwwwaaa


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :KKeejjoohhaannaann OOllaahhrraaggaaTTaahhuunnaannKejohanan OlahragaTahunanMMMaaajjjllliiisss GGGrrraaaddduuuaaasssiii4 7


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :KKaarrnniivvaall PPeennddiiddiikkaann &&KKeerrjjaayyaa SSBBPP ZZoonn TTiimmuurr 22002255Karnival Pendidikan &Kerjaya SBP Zon Timur 2025KKKeeejjjooohhhaaannnaaannn TTTaaaeeekkkwwwooonnndddoooKKKeeemmm KKKeeeccceeemmmeeerrrlllaaannngggaaannn SSSPPPMMM4 8


“Prestasi Gemilang, Sahsiah Terbilang, Potensi Berkembang”muka surat :Konsultasi & Solat Hajat4 9


Click to View FlipBook Version