HADITH PALSU DALAM
MASYARAKAT &
KESANNYA TERHADAP
UMAT ISLAM
www.ebookkump1drkhader.com
Hasil Nukilan Oleh :
1 NUR ALIA SAFIAH BINTI NURHASWAN
(U2104195/1)
2 NUR LIYANA IZZATI BINTI ROSLAN
(U2000181/2)
3 SAFIYAH BINTE MOHAMMAD FAUZI
(S2117246)
4 FARAHANIM(17B2I1N7T23I9Z)ULKIFLI
5 NUR HAMIZAH BINTI MD SAAD
(17216585)
6 YASMIN HUDA BINTI HANAFIAH
(U2000379/2)
7 NOR AIN MARDHIYYAH BINTI NORAMAN
(U2000161/2)
8 FATIN AMANI BINTI ZABIDI
(U2000087/2)
Isi Kandungan
1 Definisi, Kedudukan dan Istilah-Istilah
2 Hukum Berdusta, Meriwayatkan & Beramal
3 Punca Kemunculan
4 Faktor Penyebaran
5 Ciri- Ciri dan Tanda-Tanda Hadis Palsu
6 Contoh-Contoh Hadis Palsu
7 Kesan kepada Umat Islam
Definisi
AIGSLAT-BIMLUAANHUGDAHNHUA'2DPITEHRKATMAAAUNDHARUA' B IBAEITRUAS'AALL-HADDAITRHIPDAADNA
AL-HADITH
BAHASA = Al-Jadid (baharu), Al-Khabar (cerita)
ISTILAH = Setiap apa yang dikaitkan dengan Nabi
Muhammad SAW sama ada perkataan, perbuatan,
taqrir, sifat akhlak, dan sifat semula jadi
AL-MAUDHU'
BAHASA = Berasal daripada perkataan وضعyang
bermaksud menggugurkan, mencipta, mengurangkan,
merendahkan dan menghinakan
ISTILAH = Mencipta sesuatu dan menyandarkannya
bukan pada haknya
Istilah-Istilah Hadith Maudhu'
1. Al-Maudhu' ()الموضوع
2. Tiada asal baginya ()لا أصل له
3. Bathil ()الباطل
4. Tiada sanad baginya ()لا إسناد له
5. Tidak sampai ()ليس مرفوعا
6. Tidak diketahui dengan lafaz ini
()لا يعرف بهذا
Hukum Berdusta,
Meriwayatkan & Beramal
dengan Hadith Palsu
َم ْن َكَذَب َع َلَّي َفْلَيَتَبَّوْأ َم ْق َع َدُه ِم َن الَّناِر
“Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah
tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (107)]
.
َفِإَّنُه َم ْن َكَذَب َع َلَّي َفْلَيِلِج الَّناَر،َال َتْكِذُبوا َع َلَّي
“Janganlah kamu berdusta di atas namaku, kerana ia iaitu
yang berdusta di atas namaku tempatnya adalah neraka.”
[Riwayat al-Bukhari (106) dan Muslim (1)]
َفُه َو َكِذ ٌب َأَّنُه
َحَّدَث َم ْن
ُيَرْى ث.ٍِّني ِبَحِدْي َع
ِبْيَن َأَحُد اْلَ
كاِذ
“Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith
yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah
termasuk dalam kalangan pendusta.” [Muqaddimah Sahih
Muslim]
.
Hukum Berdusta & Meriwayatkan
Hadis Palsu
Berdasarkan beberapa hadith di atas, jelaslah kepada
kita bahawa ancaman yang cukup keras diberikan
terhadap pendusta-pendusta terhadap hadith Nabi
SAW.
Untuk itu, dapat kita simpulkan bahawa hukum
berdusta di atas nama Nabi SAW adalah haram secara
jelas berdasarkan nas-nas di atas.
Para ulama’ menyatakan bahawa tidak dibolehkan
atau haram bagi kita meriwayatkan hadith palsu
apabila diketahui akan keadaannya (palsu) melainkan
bagi menjelaskan akan kepalsuannya.
Hukum Beramal Dengan
Hadis Palsu
Menyampaikan dan beramal dengan hukum yang
berasaskan hadis palsu adalah haram dan berdosa.
Oleh sebab itu, hukum hakam tidak terbina atas hadis
mauduk (palsu).
Menyandarkan sesuatu amalan, kata-kata kepada
Nabi SAW tanpa sebarang bukti daripada al-Quran
atau hadis sahih adalah bid'ah dan diharamkan oleh
Islam.
Beramal dengan hadis palsu akan menyebabkan umat
Islam sesat sekali gus beramal dengan sesuatu yang
tidak betul. Lebih bahaya lagi apabila hadis palsu yang
disampaikan itu boleh menyebabkan umat Islam
mengamalkan syirik atau khurafat.
Faktor Penyebaran
YSPEAENONYRGEABBNAOGRLTAEEHNRHHMAAEDDRAITOPHSAAPKAGKLAASMNUABDOALNEHMDEIALENWGGENAGPKSAENBUKAEHFHWAAMBAANK
1 Sikap Ambil Mudah
Sikap sesetengah pendakwah yang ambil
mudah dengan menyebarkan hadis tanpa
usul periksa dan kajian serta rujukan
pandangan ulama
hadis yang disampaikan tidak diteliti
dahulu keduduannya sama ada ia benar-
benar sahih atau hanya sekadar perkataan
yang bersandarkan secara dusta keatas
nama kemuliaan baginda SAW.
Hal ini disebabkan mereka ini sudah lanjut
usia serta kurang dalam mendalami
pembelajaran hadis.
Faktor Penyebaran
2 Sikap Ta’assub
Kebanyakan masyarakat bersikap terlalu
menyanjung tinggi para pendakwah atau
sesebuah kumpulan sehinggakan tidak dapat
membezakan di antara menghormati para
penceramah dan memuja mereka.
Islam menuntut manusia agar menghormati
mereka yang memiliki ilmu
walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kita
boleh meletakkan mereka ke tahap yang
terlalu tinggi seolah-olah mereka tidak pernah
melakukan kesilapan.
Hanya Rasulullah SAW yang wajib kita terima
segala ucapannya. Adapun manusia lain, kita
dibenarkan menerima atau menolak pendapat
mereka berdasarkan kajian.
Faktor Penyebaran
3 Ciptaan Ahli Zuhud dan Mutadayyin Jahil
Mereka mencipta hadith palsu kerana berminat
kepada fadail amal dan untuk dijauhi api
neraka.
Mereka menasab hadith-hadith palsu ini
kepada Nabi saw kerana menyangka bahawa ini
akan memanfaatkan agama Islam
قال ابن الصلاح
،وأشد هذه ضررا أهل الزهد لأنهم للثقة بهم
وتوسم الخير فيهم يقبل
Disebabkan ahli zuhud mempunyai thiqah
(kepercayaan), ini yang membuatnya sebuah
perkara yang bahaya.
Faktor Penyebaran
: سبب انتشار في هذا العصر
Sebab penyebaran pada zaman ini :
من كتاب 'الحديث الموضوع' تأليف سيد عبد الماجد الغوري
،لقد ُم ِنَي المسلمون في هذا العصر بضعف الثقافة الدينية الصحيحة
إلى جانب انتشار المذاهب الفكرية،واستيلاء الُخرافية الكاذبة
، وخّف ت مجالس الموجودون منهم، وذلك حين ذهب العلماء،الهّدامة
فنتيجة لذلك ازداد،وتقّلصت حلقاُت الدين من المساجد في الأحياء
وسهل على الناس قبوُل كّل ما يسمعون،الجهل بدين الله انتشارا
Para muslim pada zaman ini mengalami thiqah
agama betul yang lemah, pengambilalihan khurafat
palsu dengan penyebaran mazhab-mazhab yang
merosakkan. Apabila ulama sudah pergi (kembali)
maka kuranglah majlis-majlis agama dengan
mereka. Dan mengecut atau kurang halaqah agama
di masjid-masjid. Akibatnya, bertambah penyebaran
kejahilan agama. Dan manusia percaya apa sahaja
yang mereka dengar.
Ciri-Ciri Hadith Palsu
Berdasarkan Sanad Berdasarkan Matan
Pengakuan dari pemalsu Lafaz tidak fasih
Perawi dengan terus- terang Lafaz yang disampaikan lemah dan
mengaku memalsu hadith tidak sesuai dengan kefasihan
bahasa, kebaikan, kelayakan dan
Perawi terbukti berdusta kesopanan bahasa Nabi SAW
Terdapat petunjuk dan bukti Bercanggah dengan
bahawa ada perawi yang berdusta sumber sahih
setelah mengetahui dan mengkaji
sejarah hidup mereka. Bertentangan dengan Al- Quran
dan Hadith Sahih
Perawi dikenal sebagai
seorang pendusta Mengandungi unsur
mujazafah
Perawi terkenal sebagai seorang
pendusta dan pemalsu hadith Berlebih-lebihan dalam penetapan
pahala dan dosa. Perkara yang kecil
diletakkan hukuman yang terlalu besar,
ataupun ganjaran yang terlalu besar
yang tidak munasabah.
Bercanggah dengan
fakta yang nyata
Mengandungi hal-hal remeh
dan tak dapat diterima akal
Contoh Hadith Palsu
Bercanggah dengan sumber sahih
ولا شيء من نسله إلى سبعة آباء الجنة،لا يدخل ولد الزنا
“Tidak akan masuk syurga anak zina, tidak masuk juga tujuh
keturunannya.”
Bertentangan dengan kandungan Al-Quran di surah Al-An'am(6:164):
ولا تكسب كل نفس إلا عليها ولا تزر وازرة وزر أخرى
“Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seseorang melainkan
orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan tidak seseorang yang
berdosa menanggung dosa orang lain.”
َواَل، ِإِّني آَلْيُت َع ىَل َنْف ِس ي اَل َيْدُخُل الَّناَر َم ِن اْس ُم ُه َأْحَم ُد
ُم َحَّم ٌد
“Sesungguhnya Aku (Allah) bersumpah atas diri-Ku bahawa
tidak akan masuk neraka sesiapa yang Namanya Ahmad
mahupun Muhammad”.
Bercanggah dengan prinsip ajaran Nabi s.a.w yang menegas bahawa
neraka itu bukan dapat dielakkan dengan nama dan gelaran sebaliknya
dengan iman dan amalan soleh.
Contoh Hadith Palsu
Mengandungi unsur mujazafah
َم ْن َقاَل لا ِاَلَه ِالا ُهللا َخَلَق ُهللا ِم ْن ِتْلَك اْلَكِلَم ِة َط اِئًرا َلُه َس ْبُعْو َن
َاْلِف ِلَس اٍن ِلُكِّل ِلَس اٍن َس ْبُعْو َن َاْلِف ُلَغ ٍة َيْس َتْغ ِف ُرْو َن َلُه
“Barang siapa mengucapkan tahlil (laa ilaaha illallah) maka Allah
subhaanahuwata’ala. menciptakan dari kalimat itu seekor burung yang
mempunyai 70.000 lisan, dan setiap lisan mempunyai 70.000 bahasa yang dapat
memintakan ampun kepadanya.”
Menyebutkan pahala yang terlalu besar untuk amal yang
terlalu ringan
Bercanggah dengan fakta yang nyata
اْلَباِذْنَجاُن ِش َفاٌء ِم ْن ُكِّل َداٍء
“Terung ubat segala penyakit”
ما من رمانة إلا وفيها حبة من رمان الجنة
“Tiada buah delima melainkan bijinya berasal dari syurga”
Bertentangan dengan fakta dan tidak logik
Kesan Hadith Palsu Terhadap Umat Islam
Kemunculan hadith maudhu’ semestinya
meninggalkan kesan terhadap manusia sejagat.
Penyebaran hadis palsu iaitu hadis direka oleh
periwayatnya yang meniru sabda Nabi
Muhammad SAW secara dusta sedangkan
Baginda tidak bersabda sebagaimana dikatakan,
mengundang pelbagai fitnah besar.
Ia bukan saja mengancam kesucian Islam dan
kesejahteraan umat, tetapi juga pelbagai aspek
kehidupan lain meliputi akidah, syariah,
muamalat, pentadbiran dan politik
Di antara mereka yang terkesan dengan
keburukan hadith maudhu’ ini ialah orang Islam
sendiri. Dapatlah dijelaskan kesan-kesan hadith
maudhu’ terhadap orang Islam seperti berikut :
1 Menyebabkan Syirik kepada Allah
Contohnya hadis “sekiranya kamu beriktikad pada
sesuatu batu maka batu itu akan memberi manfaat pada
kamu”.
Sudah jelas dalam hadis ini mempunyai cici2
penyembahan berhala.
Jadi jika seseorang itu beriman dengan tersebut maka
dia telah syirik kepada Allah.
Sudah jelas sebagai orang yang beriman kita tidak boleh
bergantung harap kepada makhluk melainkan Allah.
2 Merosotkan Pembangunan Umat Islam
Kebanyakkan hadis palsu menolak keduniaan.
Hal ini dapat melemahkn pembangunan orang islam
kerana hanya memikirkan akhirat dan langsung
mengabaikan perkara-perkara keduniaan.
Sememangnya sebagai seseorang yang beriman harus
mementingkan akhirat namun terdapat banyak hal dan
tanggungjawab kita sebagai seorang manusia di dunia ini
harus kita selesaikan.
Jadi kita mestilah menjadi seseorang yan berguna di
dunia dan akhirat
3 Mengabaikan Hadis Sahih
Hadis palsu ini akan mengakibatkan pengabaian hadis
maqbul / sahih.
Ini dapat menyebabkan umat Islam berasa janggal
mendengar hadis sahih.
Akhirnya, hadith sahih akan tersisih dan tidak
mendapat tempat yang sepatutnya.
Ia juga termasuk dalam agenda musuh-musuh Allah
SWT untuk menyesatkan kita
4 Merosakkan Pendirian Umat Islam
Hadis palsu dapat merosakkan pendirian agama dan
meragukan umat Islam terhadap ajarannya.
Hadis palsu dapat memberi kesan cukup besar kepada
keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kita
Amalan suci berkemungkinan ditinggalkan kerana
terdapat amalan lain yang lebih berbaloi dan
menguntungkan. Dengan itu, wujudlah umat yang
tidak tegas dan tidak bersemangat mengamalkan
ajaran Islam.
5 Menjejaskan Nilai Kewibawaan Umat Islam dalam
Agama
Penyebaran hadith palsu secara meluas pastinya
menggambarkan kelemahan masyarakat Islam dalam
mempertahankan kesucian sumber hukum Islam.
Imej agama Islam sebagai agama suci akan terjejas
sekiranya masyarakatnya sendiri lemah daya fikiran akibat
hadith palsu ini .
Masyarakat Islam sendiri perlu bertindak proaktif dalam
mempertahankan agama Islam daripada ancaman
penyebaran hadith palsu.
6 Merosakkan Pegangan Akidah Yang Murni
Berpegang kepada hadith merupakan kewajipan
seorang Muslim supaya kehidupan sentiasa
berlandaskan syariat Islam .
Penyebaran hadith palsu dalam kalangan masyarakat
akan menimbulkan syak wasangka dan ragu-ragu
Mereka akan mula mengabaikan kepentingan
kandungan hadith sahih yang boleh menyebabkan
kekufuran
Pegangan akidah seorang Muslim terjejas disebabkan
pengaruh hadith palsu.
SEKIAN PENGHASILAN KARYA DIGITAL
PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN DR
KHADER : HADITH PALSU&KESANNYA
TERHADAP UMAT ISLAM