The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asmalizaazizan76, 2021-10-18 04:21:59

Mesyuarat Agung PIBG ke-47

2020

SK KAMPUNG KUALA SIN
BUKIT SELAMBAU

MESYUARAT

AGUNG PIBG

KALI KE-47

Tarikh : 19 Oktober 2021
Masa : 2.30 petang
Lokasi : Kediaman Masing-Masing

Google Meet

ATURCARA MAJLIS

2.15 petang : Pendaftaran Waris
2.30 petang : Aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa
: En.Abul Hassan Zakir bin Bahari
Ucapan Tuan Guru Besar
: En.Mohd Yusoff bin Walat
Ucapan YDP
: En.Muhammad Nazrin bin Awang Kechik

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47

• Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-46

• Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir
31 Disember 2020

• Surau

• Hal-hal Lain

• Ucapan Penangguhan

1

AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE - 46

JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Encik Mohd (Guru Besar)

Pendaftaran/Banner : En.Jamil bin Mat Daud

Pengerusi : Encik Muhammad Nazrin bin Awang Kechik(YDP)

Buku Program : Pn.Asmaliza binti Azizan

Timbalan Pengerusi : Encik MohPdn.IRliaaishabninaMh bdinSatiaMdu(NhYaDmPm) ad
: En:cik (PKEKnu.Sruikkuraluymb)in Abdul Rahman@Abd Razak
NaiPbePnegnagcearurasiM1ajlis
: Encik AmrPann.SbuirniaCnhi biki@ntiMModhSaamamdad(PK HEM)
2

Bacaan Doa3 : (PK: KoKurEinku.Alubmul)Hassan Zakir bin Bahari

SetiMauusltaimhaedia : Pu:an AsmEanli.zAahbminatdi AFiztirzi abnin Jamaludin

Bendahari : Encik AbuElnH.AashsmanadZaHkairmbiidni BbainhHaraimbali

Dokumentasi/Jurugambar : En.Ahmad Yusri bin Ahmad Ibrahim

JAWATANKUASA KERJA Pn.Khatijah binti Md Zain
Pencatat Minit : Pn.Suriawati binti Mohamed Shukor

Pendaftaran/Banner : En. Jamil bin MaPtnD.Aaurinda binti Abdullah

Buku Program : Pn.Asmaliza bintPinA.Hziazafinzah binti Ismail

Pengacara Majlis : Pn.

Bacaan Doa : En.Abul Hassan Zakir bin Bahari

Pencatat Minit : 1. Pn.

2. Pn.

Dokumentasi : En.

21

AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE - 46

JAWATANKUASA INDUAK HLI JAWATANKUASA PIBG

Penasihat : Encik MSoEhSdI(G2u0ru20Be/s2ar0) 22

Pengerusi : Encik Muhammad Nazrin bin Awang Kechik(YDP)

TimbalPaennPaesnihgaetrusi : : EncikEMn.oMhodhIdliaYsubsoinffMbidn SWaaadla(tNYDP)

YDP PIBG : En.Muhammad Nazrin bin Awang Kechik

Naib Pengerusi 1 : Encik (PK Kurikulum)

NYDP PIBG : En.Mohd Ilias bin Md Saad

2 : Encik Amran bin Chik@Mohammad(PK HEM)

Setiausaha : Pn.Asmaliza binti Azizan

Bendaha3ri : : (PK KoEnK.uArbikuullHuams)san Zakir bin Bahari

SetiausAaJhKaPIBG(Ibu bapa) : : PuanEAns.mSuaklriazay bbiinntAi Abzdizual nRahman@Abd Razak

Bendahari : EncikPAnb.MulaHriaasnsaanbZinatki AirbbdinulBMahaanrai p

Pn.Nor Hidayu binti Azizan

JAWATANKUASA KERJA Pn.Suriani binti Md Saad

Pendaftaran/Banner : En. Jamil binPMn.SautrDiaawuadti binti Mohamed Shukor

AJK PIBG(Guru) : En.Jamil bin Mohd Daud
Buku Program : Pn.Asmaliza binti Azizan

Pn.Arina binti Abdullah

Pengacara Majlis : Pn. Pn.Khatijah binti Md Zain

BacaanJuDruoaaudit(Ibu ba: pEan).Ab: ul HassPann.NZoarkHirabsihnimBaahhabriinti Mohd Saad

PencatJautruMainuidt it(Guru:) 1. Pn:. En.Ahmad Yusri bin Ahmad Ibrahim

2. Pn.

Dokumentasi : En.

3

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SK KAMPUNG KUALA SIN KALI KE- 46

TARIKH :16 FEBRUARI 2020
MASA :2.00 PETANG
TEMPAT :KANTIN SKKKS
KEHADIRAN :96 ORANG

PERASMIAN OLEH : ENCIK MOHD ILIAS BIN MD SAAD
(YANG DIPERTUA PIBG SK KAMPUNG KUALA SIN)

AGENDA

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE-45
3. MEMBENTANG DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR

PADA 31 DISEMBER 2019
4. MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG BAGI SESI

2019/2020
5. MEMBAHASKAN DAN MENERIMA USUL
6. PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2020/2022
7. MEMBENTANGKAN CADANGAN LAIN-LAIN SUMBANGAN

PERSEKOLAHAN 2020 UNTUK DILULUSKAN
8. UCAPAN PENANGGUHAN

1.UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Tuan Yang Dipertua PIBG selaku pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kehadiran
semua waris dan AJK PIBG.Beliau berterima kasih kepada semua yang hadir pada
mesyuarat Agung PIBG kali ke- 46 ini.Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah
kepada AJK yang terlibat bagi menjayakan majlis pada kali ini.Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG kerana telah memberikan
kerjasama dan sentiasa berusaha untuk membantu segala akitiviti yang dirancang
oleh pihak sekolah.Beliau juga memohon semua waris berganding bahu bersama
pihak sekolah dalam mencapai kejayaan anak-anak dalam setiap aktiviti di sekolah.

UCAPAN GURU BESAR

1.2 Tuan Guru Besar,Encik Mohd Jasni bin Ramli mengucapkan salam dan mengalu-
alukan kedatangan waris.Beliau memaklumkan bahawa kehadiran kaum ibu lebih
ramai berbanding lelaki.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada YDP dan
NYDP kerana banyak membantu dan sudi menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung
PIBG kali ini.

4

1.3 Guru Besar memaklumkan tugas dan peranan AJK PIBG
1.3.1 Peranan YDP dan NYDP adalah mencari dana untuk tabung PIBG dalam
membantu segala program atau aktiviti sekolah yang akan dijalankan pada
tahun semasa.
1.3.2 Peranan Yang Di-Pertua :
Menjadi pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan
Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas mesyuarat.
Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit
mesyuarat apabila telah diluluskan.
Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan dan Perlembagaan
dipatuhi oleh semua anggota Persatuan.
Mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas
sebagai Yang Di-Pertua.
Boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa dengan
persetujuan Guru Besar.
Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan .
Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan
sempurna dan teratur.
Mendapat nasihat mengenai pengurusan Persatuan daripada Guru Besar dari
masa ke semasa.
1.3.3 Peranan Naib Yang Di-Pertua :
Membantu Yang Di-Pertua dalam segala aspek perancangan pelaksanaan
dan pengurusan PIBG.
Menjalankan tugas Yang Di-Pertua semasa ketiadaannya.
Menjalankan tugas-tugas yang ditentukan oleh Yang Di-Pertua dari masa ke
semasa.
1.3.4 PIBG :
Tidak boleh masuk campur dalam urusan sekolah.
Tidak boleh menggunakan PIBG untuk kepentingan diri dan mestilah mengikut
etika.
Tidak boleh menjadi medan untuk berdebat atau bergaduh.
Tidak boleh bergabung dengan PIBG sekolah lain ataupun parti politik.

1.4 Guru Besar memaklumkan bahawa keputusan UPSR pada tahun 2019,SK Kampung
Kuala Sin mencatat peratus penurunan yang mendadak daripada 80% kepada
33.33%.Punca berlakunya penurunan peratus ini disebabkan guru Bahasa Inggeris
tahun 6 menghidap penyakit kencing manis dan mengalami masalah jantung.Beliau
dicadangkan untuk membuat pembedahan di Institut Jantung Negara(IJN).Sekolah
telah mendapat guru ganti Bahasa Inggeris pada 27 September 2019.

5

1.5 Guru Besar memperkenalkan Penolong Kanan Kurikulum yang baru iaitu Encik
Azhar bin Abdul Aziz menggantikan Encik Azhar bin Japar@Jaafar yang telah
berpindah ke SK Jeniang Pusat dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang baru
iaitu Encik Amran bin Chik@Mohammad menggantikan Puan Rohani binti Osman.

1.6 Sentuhan isu-isu semasa

1.6.1 Isu Influenza A
1.6.2 CoronaVirus(Covid-19)

Guru Besar menyebut tentang langkah-langkah mencegah daripada dijangkiti
dengan banyakkan minum air kosong,sekiranya batuk atau bersin perlulah memakai
topeng muka untuk menutup mulut dan hidung.
1.7 Pesanan Guru Besar kepada waris,sekiranya ada isu-isu berkaitan sekolah
janganlah disebarkan di media-media sosial seperti facebook,whatsapp ataupun
instagram.Sebarang masalah ataupun pandangan bolehlah datang ke sekolah
berjumpa dengan Guru Besar ataupun Penolong-Penolong Kanan yang berada di
sekolah.Kehadiran waris adalah dialu-alukan ke sekolah untuk berbincang sekiranya
ada sebarang masalah.

1.8 Aktiviti KoKurikulum

1.8.1 Kejayaan Kelab Setem pada tahun 2019 menjadi Johan Kelab Setem di
peringkat Kebangsaan.Ini merupakan satu sejarah kepada sekolah dan
mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Sin di
Malaysia.Harapan Guru Besar agar pada tahun 2020,Sekolah Kampung
Kuala Sin dapat mempertahankan pencapaian tersebut dan berharap agar
para waris mahupun murid-murid supaya sentiasa menyokong segala aktiviti
sekolah.

1.8.2 Kemenangan dalam Lompat Jauh dengan mendapat pingat Perak di peringkat
Negeri pada tahun 2019.

1.8.3 Pesanan Guru Besar untuk aktiviti KoKurikulum,sekiranya aktiviti Kokurikulum
dijalankan pada waktu petang,murid tidak perlu datang terlalu awal ke sekolah
kerana dikhuatiri berlaku kemalangan seperti jatuh atau terjumpa binatang
berbisa seperti ular yang keluar mencari air.Kes terbaru di sekolah,seekor ular
senduk telah dijumpai di hadapan Pusat Sumber Sekolah dan telah di pukul.

6

1.9 Menjelaskan tentang PBD

1.9.1 Guru Besar menjelaskan bahawa tidak ada lagi peperiksaan untuk murid
tahun 1,2 dan 3.Murid-murid ini akan ditafsir menggunakan instrumen oleh
guru untuk menetapkan tahap pencapaian setiap murid.Murid-murid ini ditafsir
melalui pelbagai kaedah seperti pemerhatian,kerja bertulis dan folio.

1.9.2 Kriteria-kriteria Tafsiran Tahap Penguasaan secara umum:

Tahap Penguasaan Tafsiran
1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan
2 kemahiran asas atau memberi respons
3 terhadap perkara yang asas.
4 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar
5 bentuk komunikasi atau menterjemah serta
menjelaskan apa yang telah dipelajari
6 Murid menggunakan pengetahuan untuk
melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
situasi.
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau
secara sistematik.
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada
situasi baharu dengan mengikut prosedur atau
secara sistematik serta tekal dan bersikap
positif.
Murid berupaya menggunakan pengetahuan
dan kemahiran sedia ada untuk digunakan
pada situasi baharu secara sistematik,bersikap
positif,kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

1.10 Sumbangan Tambahan 2019

1.10.1 Guru Besar menjelaskan pada tahun 2019 pihak sekolah menerima kelulusan
dari JPN untuk membuat kutipan semua sumbangan pada bulan
September.Keadaan ini menyebabkan ramai waris tidak dapat menjelaskan
sumbangan tersebut kerana berada di penghujung tahun.Keadaan ini telah
memberi kesan kepada tabung PIBG.

1.10.2 Harapan pada tahun 2020,sekolah akan mendapat kelulusan daripada JPN
secepat mungkin agar pihak sekolah dapat membuat kutipan sumbangan
PIBG dan lain-lain sumbangan dengan segera.

7

1.11 Memaklumkan tentang masalah pagar sekolah yang dipijak oleh murid-murid
untuk masuk ke sekolah pada waktu petang.Pihak sekolah juga telah terjumpa
kesan-kesan puntung rokok di tandas.Nasihat daripada pihak sekolah agar murid-
murid tidak terjebak dengan rokok dan vape dan yang paling ditakuti ialah terjebak
dengan dadah.

1.12 Seterusnya Guru Besar memberitahu isu di sekolah sekarang ini berkaitan
haiwan seperti kucing,ayam dan kambing yang berkeliaran dalam kawasan
sekolah.Beliau berharap agar isu ini akan dapat diselesaikan selepas ini.Beliau juga
menyentuh tentang penggunaan padang bola sekolah juga boleh digunakan oleh
orang awam iaitu penduduk kampung dan beliau mengharapkan belia-belia kampung
yang menggunakan padang sekolah supaya dapat menjaga kebersihan ketika
berada dikawasan sekolah.

2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-45

2.1 Puan Suzana binti Mat Isa selaku setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat Agung yang lalu.

2.2 Encik Mohd Nazrin bin Awang Kechik mencadangkan Minit Mesyuarat
disahkan.Disokong oleh Encik Abdullah bin Saad .

3.MEMBENTANG DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG
BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2019

3.1 Puan Khatijah binti Md Zain selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata
kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2019.

3.2 Puan Norhashimah binti Md Saad mencadangkan penyata kewangan PIBG berakhir
pada 31 Disember 2019 disahkan.Disokong oleh Encik Mohd Khairul bin Ismail.

4. MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG BAGI SESI 2019/2020
4.1 Puan Suzana binti Mat Isa selaku setiausaha PIBG SK Kampung Kuala Sin

membentangkan Laporan Aktiviti PIBG bagi SESI 2019/ 2020.

8

5. MEMBAHASKAN DAN MENERIMA USUL

5.1 Tiada usul yang dibahaskan.

5.2 Encik Mohd Sukray bin Abdul Rahman@Abd Razak mencadangkan pihak sekolah
mengadakan gotong-royong di kawasan semak sekitar kampung.

Tuan Guru Besar menjelaskan bahawa aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan
kampung adalah melibatkan peranan MKK dan komuniti kampung.Ianya tidak
melibatkan pihak sekolah kerana ini adalah aktiviti kampung untuk menjaga
keselamatan penduduk kampung juga murid-murid sekolah yang melalui kawasan
yang semak.

6. PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2020/2022

6.1 Encik Mohd Ilias bin Md Saad selaku YDP mengucapkan terima kasih kepada semua
AJK sebelum membubarkan AJK PIBG 2018/2020.Beliau berharap agar semua AJK
PIBG sesi 2020/2022 dapat menjalankan tugas dengan ikhlas demi kecemerlangan
murid-murid di sekolah.

6.2 Pengerusi sementara,Encik Amran bin Chik@Mohammad(Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid) mengucapkan terima kasih kepada semua waris yang hadir dan
menjalankan perlantikan AJK PIBG 2020/2022.

6.3 Lantikan AJK PIBG 2020/2022

6.3.1 Lantikan YDP

Cadangan 1 :Encik Mohd Ilias bin Md Saad mencadangkan Encik Muhamad Nazrin
bin Awang Kechik.

Sokongan : Puan Rodziah binti Hamid

Cadangan 2 : Encik Muhamad Nazrin bin Awang Kechik mencadangkan Encik Mohd
Ilias bin Md Saad.

Sokongan : Puan Nurnadiah binti Zulkifli

Cadangan 3 : Puan Jamaliah binti Shaari mencadangkan Encik Mohd Hussaini bin
Husain.

Sokongan : Puan Norhasliza binti Marzuki

Undian Encik Muhamad Nazrin bin Awang Kechik - 49

Undian Encik Mohd Ilias bin Md Saad - 31

Undian Encik Mohd Hussaini bin Husain - 10

9

Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik Encik Muhamad Nazrin bin Awang
Kechik sebagai YDP PIBG SK Kampung Kuala Sin sesi 2020/2022.

6.3.2 Lantikan NYDP

Cadangan 1 : Puan Jamaliah binti Shaari mencadangkan Encik Mohd Hussaini
bin Husain

Sokong : Puan Radziah binti Ramli

Cadangan 2 : Puan Fauziah binti Salleh mencadangkan Encik Mohd Ilias bin
Md Saad

Sokong : Encik Sukray bin Abd Rahman@Abd Razak

Undian Encik Mohd Ilias bin Md Saad - 63

Undian Encik Mohd Hussaini bin Husain - 27

Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik Encik Mohd Ilias bin Md Saad sebagai
NYDP PIBG SK Kampung Kuala Sin sesi 2020/2022.

6.3.3 Lantikan AJK Waris

Kampung Kuala Sin : Puan Mariana binti Abdul Manap

Kampung Jerai : Puan Nor Hidayu binti Azizan

Kampung Perak : Puan Suriani binti Md Saad

Kampung Sungkup : Puan Suriawati binti Mohamed Shukor

Jentayu : Encik Sukray bin Abdul Rahman@Abd Razak

Pemeriksa Kira-Kira : Puan Rabiatul Adawiyah binti Zulkifli

Lantikan AJK waris diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tuan Guru Besar memaklumkan Bendahari PIBG bagi sesi 2020/2022 ialah
Pn.Suzana binti Mat Isa.Lantikan ini diterima oleh semua ahli mesyuarat.

10
0

7.MEMBENTANGKAN CADANGAN LAIN-LAIN SUMBANGAN
PERSEKOLAHAN 2020 UNTUK DILULUSKAN

7.1 Encik Ahmad Yusof bin Taib mencadangkan agar sumbangan PIBG 2020 dinaikkan
kepada RM50 dengan alasan hampir semua murid di Sekolah Kebangsaan Kampung
Kuala Sin ini menerima bantuan awal persekolahan,KWAMP dan pelbagai bantuan
lagi.

7.2 Tuan Guru Besar menjelaskan jumlah sumbangan RM50 itu akan ditolak oleh Unit
Perhubungan JPN kerana ianya satu jumlah yang tinggi dan membebankan pihak
waris.Segala cadangan jumlah kutipan pada hari ini perlu dipanjangkan ke Unit
Perhubungan JPN sebelum mendapat kelulusan.

7.2.1 Lain-lain sumbangan adalah seperti berikut :

Bil Sumbangan Jumlah
1. Sumbangan PIBG RM35
2. Kertas Ujian Peperiksaan (Tahun 4,5 dan 6) RM10
3. Gerak Minda (Tahun 1,2 dan 3) RM10
4. Kelab Setem RM25
5. Dana UPSR RM220

7.2.2 Puan Muniroh binti Md Noordin selaku PK Kokurikulum menjelaskan tentang
kebaikan menyertai Kelab Setem.Beliau menyebut tentang kejayaan Kelab Setem
hingga peringkat Kebangsaan pada tahun 2019 dan berharap pada tahun ini murid-
murid Sekolah Kebangsaan Kuala Sin dapat menjadi ahli Kelab Setem terutama
sekali murid tahun 3 hingga tahun 6.

Puan Nur Amirah binti Khalid bersetuju sumbangan Kelab Setem sebanyak RM25.

Disokong oleh semua ahli mesyuarat.

7.2.3 YDP PIBG 2019,Encik Mohd Ilias bin Md Saad memaklumkan bahawa
mesyuarat waris-waris tahun 6 telah bersetuju untuk kutipan Dana UPSR sebanyak
RM220 dan telah mendapat persetujuan daripada semua waris tahun 6 yang hadir
pada 14 Januari 2020.

Keputusan cadangan disokong oleh semua waris.

11

12

TERIMA
KASIH

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK KAMPUNG KUALA SIN
BUKIT SELAMBAU 08010
SUNGAI PETANI ,KEDAH


Click to View FlipBook Version