ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 ISI KANDUNGAN…………………………………………………………………. 1
2. ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG KALI 37………………… 2
2. UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG…………………………………………... 3
3. UCAPAN PENGETUA…………………………………………………………….. 4
4. NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG………………………………………… 5
5. JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021……………………………….. 6
6. JAWATANKUASA PELAKSANA……………………………………………... 7
7. MINIT MESYUARAT AGUNG ……………………………………………….. 8-13
8. LAPORAN PIBG ………………………………………………………… 14-15
9. LAPORAN KURIKULUM ………………………………………………………….16-17
10. LAPORAN HEM……………………………………………………………………. 18
11. LAPORAN KOKURIKULUM …..…………………………………………….. 19
12. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN …………………………… 20-22
12. PGOGRAM DAN AKTIVITI 2021……………………………………………… 22-30
13. PENGHARGAAN……………………………………………………………. 31
1
ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG DAN MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PIBG
MASA AGENDA
2.15 PTG - PENDAFTARAN IBU BAPA SECARA DALAM TALIAN
- PENGERUSI MAJLIS MENGAMBIL TEMPAT
- BACAAN DOA: USTAZ MOHD KAMIL BIN ABDULLAH
2.30 PTG - UCAPAN OLEH YDP PIBG: TN. HJ. MOHAJI BIN SELAMAT
HINGGA - UCAPAN PENGETUA SMKTJ: EN. MD ZARIN BIN ARIFFIN
4.00 PTG - PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT DAN LAPORAN: SETIAUSAHA
- PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN: BENDAHARI
- PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2020/2021
- PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2021/2022
- PEMBAHASAN USUL DAN CADANGAN
- HAL-HAL LAIN
MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG
4.00 PTG PENGACARA MAJLIS MENGAMBIL TEMPAT
HINGGA NYANYIAN LAGU NEGARAKU
5.30 PTG BACAAAN DOA: USTAZ MOHD KAMIL BIN ABDULLAH
UCAPAN PENGETUA SMK TIRAM JAYA: EN. MD ZARIN BIN ARIFFIN
UCAPAN YDP PIBG: TN. HJ. MOHAJI BIN SELAMAT
UCAPAN PERASMIAN:
YB TAN SRI NOH BIN HJ.OMAR
MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
AHLI PARLIMEN TANJONG KARANG
MAJLIS TAMAT
2
Kata Alu-Aluan
Pengetua SMK Tiram Jaya
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas
limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu, maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Tiram
Jaya kali ke-37 dapat diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini
walaupun secara atas talian. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan
misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.
Pada tahun 2020 dan 2021 menyaksikan negara telah dilanda penularan wabak Covid-19. Tiada sebarang
istilah halangan bagi kita dalam menempuh perjalanan membina kemenjadian murid. Malah semua pihak
termasuk sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu berinteraksi dalam memastikan kemenjadian murid dapat dicapai
melalui penyediaan persekitaran pembelajaran yang sesuai. Umumnya mengetahui bahawa kefahaman sekolah
menjadi tempat pembelajaran murid sudah tidak relevan lagi malah proses pembelajaran di rumah (PDPR) yang
diperkenalkan oleh KPM mulai tahun 2020 mengukuhkan lagi kefahaman di atas. Untuk itu, sekolah mesti
menyediakan jalinan hubungan kerja positif antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti.
Kita perlu fahami bahawa apabila disebut Ekosistem Pembelajaran ia bermaksud murid dapat merasai
suasana dan ruang belajar melalui teknologi, pandangan dunia, kuasai pemikiran kritikal, reflektif pengalaman
persekitaran murid, interaksi sosial seperti filem kehidupan, talian internet, buku-buku, keluarga, rakan-rakan dan
komuniti. Oleh yang demikian, kemenjadian murid di atas boleh dipacu secara komunikasi dua hala antara
sekolah dengan kerjasama ibu bapa yang dapat diterjemahkan melalui rasa tanggungjawab yang dikongsi
bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid
Akhir sekali, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah demi memastikan kejayaan
dikecapi bersama.
Sekian Terima Kasih,
…………………………………..
En. Md Zairin b. Ariffin
Pengetua SMK Tiram Jaya
3
Kata Alu-Aluan
YDP PIBG SMK Tiram Jaya
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, dengan rasa syukur saya
dahulukan kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat saya menitipkan sepatah dua kata diruangan ini
sebagai perkongsian bersama-sama dalam mendokong misi dan visi Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya.
Syukur Alhamdulillah kerana nadi kita masih berdenyut dengan baik.
Pendemik Covid-19 menuntut kita semua untuk sama-sama berkorban secara total dalam usaha
menghapuskan ancaman virus ini. Marilah kita dengan suci hati dan ikhlas dalam usaha murni ini, sekiranya ada
sebarang kekurangan atau kelemahan dari aspek,peralatan, komunikasi dan hebahan maklumat perlu sama-sama
kita cuba tangani secara berhemah.
Saya selaku YDP PIBG sekolah ini, sangat-sangat berterima kasih atas segala kerjasama, sumbangan idea
dan tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan kakitangan serta ibu bapa,
waris/penjaga yang sentiasa sama-sama senang,sama-sama susah dalam menjayakan setiap aktiviti yang
dianjurkan oleh PIBG.
Saya tahu bukan mudah untuk guru-guru mengorak langkah dalam melaksanakan PdPR yang berkesan
pada setiap masa tetapi saya percaya semuanya boleh diatasi jika kita bergerak sederap bersama seiring dan
selangkah. Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni kita semua
membuahkan kejayaan kepada anak-anak dan seluruh warga SMK Tiram Jaya.
Sekian Terima Kasih,
…………………………………………..
Tn. Hj. Mohaji bin Selamat
YDP PIBG SMK Tiram Jaya
4
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK TIRAM JAYA,
45500 TANJONG KARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Kepada: Ruj. Tuan:
Semua Ahli Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Ruj. Kami: 07/01/001/20 (05)
SMK Tiram Jaya, Tarikh: 11/10/2021
45500 Tanjong Karang, Selangor.
Tuan / Puan
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK TIRAM JAYA KALI KE- 37
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMK Tiram Jaya kali ke-37 akan diadakan secara atas
talian melalui ketetapan berikut:
Tarikh dan hari : 24/ 10 / 2021 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Kediaman masing-masing
Kaedah : YouTube live (Pautan akan diberikan kemudian)
3. Agenda Mesyuarat Agung PIBG untuk makluman tuan/puan seperti yang tertera di bawah:
3.1 Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG
3.2 Ucapan Aluan Tn. Pengetua
3.3 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG tahun 2020
3.4 Perkara Berbangkit
3.5 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti
3.6 Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan 2020/2021
3.7 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2021 dan Pelantikan AJK baharu 2021/2022
3.8 Menerima dan membahas usul
3.9 Hal-hal lain
4.0 Ucapan Penangguhan
4. Usul tuan/puan boleh diutarakan melalui pautan ‘Survey Heart’ yang tertera di bawah sebelum atau pada 20
Oktober 2021. Pautan usul adalah seperti berikut: https://surveyheart.com/form/6159c74e0ffeb45d3b2ecceb.
5. Kami Amat berharap tuan/puan dapat melapangkan masa bagi bersama-sama mengikuti Mesyuarat Agung
PIBG kali ke 37 ini demi kecemerlangan pelajar dan seluruh warga SMK Tiram Jaya.
Sekian terima kasih,
Saya yang menurut perintah,
………………………………….. 5
(ROZAIDI BIN MOHD WAHID)
S/U PIBG SMK TIRAM JAYA
CARTA ORGANISASI PIBG SMK TIRAM JAYA SESI 2020/2021
EX-OFFICIO
EN. MD. ZAIRIN BIN ARIFFIN
YANG DIPERTUA PIBG
TN. HJ. MOHAJI BIN SELAMAT
NAIB YANG DIPERTUA PIBG BENDAHARI
TN. HJ.NGATINI BIN SALIMIN PN. NORFAIZAH BT. KERNAINI
SETIAUSAHA AJK PIBG
ROZAIDI BIN MOHD WAHID GURU
AJK PIBG
IBU BAPA
EN. ZULKIFLI B.SULAIMAN EN. JAMSARI MUHAMMAD EN. OSMAN B. WAGIMAN PN. ZARIAH BT. KASDI EN. ZULKIFLI BIN SULAIMAN EN. AZHAR BIN OSMAN
GPK 1 GPK HEM GPK KOKURIKULUM
PN. ASMALIA BT. SAIDUN PN. ROSLINAH BT. SADLI PN. ZANARIAH BT. NORDIN PN. LATIPAH BT. OSMAN PEMERIKSA KIRA-KIRA 6
PN. NORMALA BT. SAMSUDIN
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK TIRAM JAYA KALI KE-37
BIL NAMA GURU TUGAS
1. Cik A’mal Husna bt. Bt. Abu Hassan. Pengacara Majlis
2. Us. Mohd Kamil b. Abdullah Bacaan Doa
3. Pn. Ainil Mardiyah bt. Isha
Persediaan Tempat
4. Pn. Nor Ramizah bt. Azizan Pencatat Minit
Pn. Norshafarini bt. Shaari Mesyuarat
5. En. Mohd Ridzuan bin Kamaruddin Teknikal
En. Azrin Sahifi bin Mat Said
Cabutan Bertuah
6. Pn. Umi Rasidah bt. Mohd Salihin (Wheel of Name)
Pn. Khadijatussaleha bt. Selamat
Buku Program
7. Pn.Norhanizura bt. bt. Abd. Halim (Flip book)
8. Pn. Anidah bt. Adnan
9. En. Mohd Hajjaj bin Salleh Jamuan
10. En. Mohd Kasim bin Hj. Yasin Hadiah cabutan
11. Guru Tingkatan bertuah
Banner
Menyampaikan
pautan kepada setiap
pelajar mengikut
Tingkatan
7
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK TIRAM JAYA
JALAN SEKEMBANG, 45500
TANJONG KARANG SELANGOR DARUL EHSAN
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 36
DAN PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN
SMK TIRAM JAYA TAHUN 2020
TARIKH : 07 MAC 2020
HARI : Sabtu
MASA : 8.30 pagi
TEMPAT : Dewan Gemilang SMK Tiram Jaya
KEHADIRAN : 437
1.0 Ucapan YDP PIBG (Tn. Hj. Mohaji b. Selamat)
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
1.2 Ucapan alu-aluan khususnya kepada barisan pentadbir, barisan AJK PIBG,
guru-guru SMK Tiram Jaya serta ibu bapa yang hadir.
1.3 YDP PIBG memperkenalkan barisan pentadbir SMK Tiram Jaya, AJK PIBG guru dan Ibu
bapa sesi 2019/2020.
1.4 YDP mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru pada hari ini
yang secara tidak langsung memperlihatkan keprihatinan terhadap perkembangan
sekolah terutama berkaitan akademik dan sahsiah pelajar.
1.5 Beliau mengharapkan kewujudan PIBG adalah untuk memberi peluang ibu bapa dan guru
bekerjasama membincangkan langkah-langkah dalam meningkatkan prestasi pelajar.
1.6 Selain itu juga, kewujudan PIBG adalah sebagai lanadasan untuk bertukar-tukar
pendapat, cadangan serta idea dalam meningkatkan prestasi pembelajaran dan sahsiah
anak-anak SMK Tiram Jaya.
8
1.7 Kehadiran ibu bapa juga menunjukkan sokongan terhadap anak-anak selain mengambil
berat berkaitan dengan pembelajaran dan pembentukan sahsiah yang menjadi tunjang
kepada kemenjadian pelajar dalam segenap aspek.
1.8 Beliau juga berharap agar ibu bapa dapat memantau pergerakan anak-anak kerana pada
zaman moden ini golongan remaja mudah terdedah kepada masalah gejala sosial.
1.9 Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada guru yang dianggap ibu bapa kepada anak-
anak SMK Tiram Jaya yang begitu komited dalam menjalankan tanggungjawab
pembentukan pelajar samada akademik mahupun disiplin.
2.0 Ucapan Penasihat PIBG (Tn.Mukharita bin Shaharom: Pengetua SMK Tiram Jaya)
2.1 Beliau mengalu-alukan kehadiran semua tetamu terutama AJK PIBG dan ibu bapa pada
mesyuarat Agung PIBG kali ke -36 ini.
2.2 Beliau berasa amat gembira atas kehadiran ibu bapa yang dapat meluangkan masa demi
mengetahui perkembangan sekolah dan secara tidak langsung menjalankan tanggung
jawab sebagai Ahli PIBG.
2.3 Tujuan utama kehadiran ibu bapa pada setiap program atau mesyuarat Agung PIBG
teruatamanya secara tidak langsung dapat mengetahui hal-hal semasa sekolah selain
dapat mengeratkan ikatan ukhwah dan silaturrahim antara ibu bapa dan guru.
2.4 Beliau telah memaklumkan bahawa Dewan Terbuka yang kini dipanggil Dewan Gemilang
merupakan tempat untuk sekolah menjalankan segala aktiviti terutama yang berkaitan
dengan akademik.
2.5 Sebanyak 73 program akademik telah dijalankan sepanjang tahun 2019/2020.
2.6 Kebanyakan program adalah berkaitan dengan Akademik terutama bagi calon PT3 dan
SPM.
2.7 Setiap program yang dijalankan diatur oleh bahagian akademik dan seterusnya guru yang
akan menjadi pemudah cara bagi melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
2.8 Antara program yang dilaksanakan adalah seperti ceramah-ceramah motivasi, teknik
menjawab soalan, kembara akademik, lawatan ke Pusat Pengajian Tinggi, usaha sama
dari Universiti Tempatan, kelas tambahan dan pelbagai program lain yang telah diatur
dan berjaya dilaksanakan demi meningkatkan pencapaian pelajar.
2.9 Beliau amat berharap dengan pelaksanaan pelbagai program yang dapat meningkatkan
prestasi pelajar terutama peningkatan peratus lulus calon PT3 dan SPM. 9
2.10 Beliau memaklumkan berkaitan dengan kehadiran pelajar yang sedikit merosot.
2.10.1 Perkara ini secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi pelajar selain akan
ketinggalan jika perkara ini tidak dibendung sepenuhnya.
2.10.2 Masalah ini akan segera diatasi dengan kerjasama unit Hal Ehwal Murid (HEM)
dan disiplin dalam membenteras pelajar ponteng sekolah.
2.10.3 Inisiatif lain yang akan dilakukan adalah dengan hadir ke rumah pelajar yang
ponteng tegar dan pelajar yang mempunyai masalah disiplin.
2.10.4 Memohon agar ibu bapa memberi sokongan moral yang padu kepada anak-anak
mereka dengan memberi galakan dan motivasi serta mengambil berat terhadap
pelajaran mereka dengan mewujudkan komunikasi yang berkesan.
2.10.5 Selain itu juga pihak sekolah mengadakan Program “Ummi Abi”yang diselaraskan
oleh guru Kaunseling.
2.10.6 Program ini melibatkan beberapa kumpulan pelajar yang akan dipantau oleh
seorang guru yang bertujuan bagi mendekati pelajar terutama dari segi
pemantauan akademik dan disiplin pelajar.
2.10.7 Beliau berharap agar program ini dapat dilaksanakan dan mencapai objektif dalam
membentuk sahsiah diri pelajar.
2.10.8 Tuan Pengetua juga mengingatkan ibu bapa memantau penggunaan telefon
bimbit anak-anak yang kini semakin membimbangkan jika tiada pemantuan.
2.10.9 Pelajaran mereka akan merosot jika leka dengan gajet sehingga tidur lewat malam
dan keesokan harinya pelajar akan tidur di dalam kelas dan hilang fokus.
2.10.10 Perkara ini secara tidak langsung menjejaskan tumpuan pelajar dalam akademik
dan pencapaian peperiksaan mereka akan merosot.
2.10.11 Selain itu, beliau memohon ibu bapa memberi galakan dan dorongan kepada
anak-anak terutama dalam menghadiri kelas-kelas tambahan memandangkan
makluman surat edaran jadual kelas tambahan diserahkan kepada pelajar untuk
dimaklumkan kepada ibu bapa.
10
3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke – 35 (En. Rozaidi bin Mohd Wahid)
3.1 Beliau meminta sidang hadirin menyemak minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke -35 pada buku
program daripada muka surat 10 –16. YDP meminta pengesahan dan seterusnya menyokong
minit yang dibentangkan.
3.2 En. Shaari b.Mohamad mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 disahkan
dan disokong Oleh Pn.Roslinah bt. Sadli.
4.0 Perkara-perkara Berbangkit
4.1 Tiada perkara berbangkit
5.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan 2020 oleh Bendahari PIBG, Pn. Norfaiza
bt. Kernaini.
5.1 Beliau meminta para hadirin untuk merujuk buku Laporan Penyata Kewangan PIBG
2020 yang telah diberikan serta menyemak kewangan tersebut.
5.2 En. Ngatini bin Salimin mencadangkan penyata kewangan diterima dan disokong oleh
En.Radzuan b.Husin.
6.0 Pembubaran AJK PIBG SMK Tiram Jaya 2019/2020
4.1 AJK PIBG SMK Tiram Jaya sesi 2019 / 2020 telah dibubarkan.
7.0 Pelantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat
4.2 En. Zulkifli bin Sulaiman mencadangkan agar Tn. Pengetua En. Mukharita bin
Shaharom dilantik sebagai pengerusi sementara dan dipersetujui sebulat suara.
8.0 Pemilihan YDP, NYDP dan AJK PIBG sesi 2020/2021
Yang Dipertua PIBG : Tn.Hj. Mohaji Bin Selamat
Pencadang: En.Zulkifli b.Sulaiman
Sokongan : En.Osman b.Wagiman
Naib Yang Dipertua PIBG : En. Ngatini bin Salimin 11
Pencadang: En. Radzuan b.Husin
Sokongan: Pn.Roslinah bt. Sadli
AJK IBU BAPA :
1. Encik Zulkifli bin Sulaiman
Dicadangkan oleh: En.Ngatini b.Salimin
Disokong oleh: En. Radzuan b. Husin
2. En.Osman bin Wagimin
Dicadangkan oleh:En. Zulkifli bin Sulaiman
Disokong Oleh: Pn. Zanariah bt. Nordin
3. En. Jamsari bin Mohamad
Dicadangkan oleh: Puan Islaini bt. Isman
Disokong oleh: Puan Fairus Sharmila bt. Mohd Jamil
4. Puan Siti Roslinah bt Sadli
Dicadangkan oleh: Pn. Zanariah bt. Nordin
Disokong oleh: Encik Mohd Jamuri bin Jabar
5. Puan Zanariah bt. Nordin
Dicadangkan oleh: Puan Samsidah bt.Selamat
Disokong oleh: Puan Latifah bt. Salimi
6. Pn. Latipah bt. Osman
Dicadangkan oleh: Pn. Roslinah bt. Sadli
Disokong oleh: Puan Adawiyah bt. Misnan
7. Pn. Asmalia bt. Saidun
Dicadangkan oleh: Pn. Normala bt. Mansor
Disokong oleh: Puan Maimunah bt.Abd Kadir
Pemeriksa Kira-kira
1. Puan Normala bt.Mansor
Dicadangkan oleh: Puan Seri Rumini bt. Mulyati
Disokong oleh: Puan Shamsidah bt. Selamat.
12
9.0 Perbahasan Usul
9.1 Usul dibentangkan oleh PK HEM, Encik Zulkifli b.Hashim.
1. Sumbangan PIBG 2020
• Derma PIBG : RM 40
• Majalah Sekolah : RM 15
• Program Akademik : RM 15
• Program Kokurikulum : RM 15
9.2 Semua ibu bapa telah bersetuju sebulat suara agar sumbangan PIBG bagi tahun 2020
Dikekalkan.
10.0 Hal-hal lain
10.1 Ibu bapa boleh datang ke sekolah setiap hari rabu dan jika ada sebarang urusan
no. telefon sekolah ialah 03-32695667.
10.2 Isu pelajar parking di luar awasan sekolah diselesaikan. Pelajar yang awasa awal akan
parking di awasan dalam sekolah.
10.3 Kawasan parkir motosikal adalah awasan larangan untuk mengelakkan kerosakan
dan kecurian motor.
10.4 Pn.Zuriati Ismail mencadangkan untuk pihak sekolah menambah sumbangan PIBG
RM 40.00 kepada RM 50.00.
10.5 En.Zulkifli Sulaiman mencadangkan agar sumbangan dikekalkan memandangkan
keadaan semasa.
11.0 Ucapan Penangguhan (YDP PIBG)
11.1 Ucapan penangguhan oleh Tn. Hj. Mohaji bin selamat YDP PIBG SMK Tiram Jaya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kepercayaan dan
akan menggalas tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin demi kemajuan seluruh warga
SMK Tiram Jaya pada masa akan datang.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.25 petang
Disediakan oleh: Disahkan Oleh:
……………………………… ………………………………………
Rozaidi bin Mohd Wahid Tn.Hj. Mohaji bin Selamat
(Setiausaha PIBG SMKTJ) 13
(YDP PIBG SMKTJ)
LAPORAN UNIT KOKURIKULUM SMK TIRAM JAYA TAHUN 2021
BIL. NAMA MESY. MESY. MESY.
AJK 1 AJK 2 AJK 3
1. TN. HJ. MOHAJI BIN SELAMAT (YDP)
/ / /
2. TN. HJ. NGATINI BIN SALIMIN / / /
(NYDP)
/ / P
3. EN. ZULKIFLI BIN SULAIMAN / / /
/ / P
4. EN. OSMAN BIN WAGIMAN
/ / /
5. EN. MOHAMAD JAMSARI BIN / / /
MOHAMAD / P /
/ P /
6. PN. SITI ROSLINAH BT. SADLI
7. PN. ZANARIAH BT. NORDIN
8. PN. ASMALIA BT. SAIIDUN
.
9. PN. LATIPAH BT. OSMAN
14
LAPORAN AKTIVITI PIBG SMK TIRAM JAYA 2020/2021
BIL PROGRAM/AKTIVITI
1 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 2020
2 MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA 2020
3 PROGRAM LAWATAN KE RUMAH PELAJAR (KETIDAKHADIRAN)
4 PROGRAM KELAS TAMBAHAN PELAJAR SPM (KOMUNITI)
5 PROGRAM PENERIMAAN CEK DEWAN BERSAMA TAN.SRI NOH BIN HJ.OMAR
6 PROGRAM PEBUTUP BULAN KEMERDEKAAN
7 MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 5
8 MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-2 2021
9 TAKLIMAT PEMBINAAN DEWAN BERBUMBUNG DAN LAWATAN TAPAK
10 GOTONG ROYONG SESI PEMBUKAAN SEKOLAH (FASA COVID-19)
11 PEMBINAAN TEMBOK BAHAGIAN BELAKANG KAWASAN SEKOLAH
12 PROGRAM PELAJAR TINGKATAN 5 CALON SPM (UNISEL)
13 MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-3, 2021
14 PROGRAM PENYERAHAN i- Pad KEPADA PELAJAR TINGKATAN 3
15 GOTONG ROYONG SEBELUM PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN
16 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
15
LAPORAN UNIT KOKURIKULUM SMK TIRAM JAYA TAHUN 2021
BIL AKTIVITI/PROGRAM AKADEMIK TARIKH/BULAN
DILAKSANAKAN
1. Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2021 ( atas talian) 13 Jan 2021
2. Mesyuarat Bidang / Panitia MP Bil.1/2021 ( atas talian ) 20 Jan – 25 Jan 2021
3. PdP bersemuka ( TP – T5)
4. Format Peperiksaan SPM 2021 ( waktu PdPc) Jan – April 2021
5. Ujian 1 Feb – Mac 2021
6. Program Guru Muda ( Subjek Biologi) 19 -26 April 2021
7. Inovasi Menggunakan Ketumpatan ( Murid T1 –Subjek Sains) Mac 2021
8. Folio Kajian Penyakit Berjangkit ( Murid T2 – Subjek Sains) Mac 2021
9. PdPR ( dalam talian / luar talian) Mac 2021
10. Program Bijak Mengarang untuk murid cemerlang dan Halus
11. Program Menggapai Bintang April - Disember
6 April 2021
12. Program Tuisyen Rakyat Selangor ( PTRS) T5 13 Mei 2021
13. Program Rakan Facebook ( Matematik Tambahan ) T5 02 Julai 2021
14. Program “A Word A Day” April - Disember
15. Pembugaran Penjaminan Kualiti Pelaksanaan PBD ( setiap Mei – Ogos 2021
Bidang) Mulai Jun 2021
16. Mesyuarat Kurikulum Bil.2/2021 ( dalam Talian) Jun – Julai 2021
17. Mesyuarat Bidang / Panitia Bil.2/2021 ( dalam Talian )
18. Dialog Prestasi Program DTP Sekolah Fokus Ogos
19. Kelas Intensif BM / SEJARAH ( PROGRAM DTP SEKOLAH Ogos
9 Jun 2021
FOKUS) Julai – Disember
20. Pentaksiran PdPR Tingkatan 5 ( Sabtu)
21. Dialog Prestasi Pentaksiran PdPR T5 06 -20 Sept 2021
Oktober 2021
22. PdPc Bersemuka ( Penggiliran ) Murid T5 18 Okt – 10 Dis 2021 16
23. Peperiksaan Percubaan SPM November 2021
24. Dialog Prestasi PPC SPM 2021 Disember / Jan 2022
25. Peperiksaan Akhir Tahun ( TP – T4) Disember 2021
26. Kelas Intensif ( Gegar Minda ) T5 Dis 2021 – Feb 2022
27. Mesyuarat Kurikulum Bil.3/2021 November 2021
Mesyuarat Bidang/ Panitia Bil.3/2021 November 2021
28. Program Kurikulum Bersama Agensi Luar ( Jaringan) Jan – Feb 2021
Feb- Jun 2021
1. Program Mini Teater Stem Selangor( Tahap 1 ) 8 Mac 2021
2. Program Mentor- Mentee Stem Mestecc ( Mosti) Unisel 10 Julai 2021
3. Webinar Mentor -Mentee Stem ( Unisel)
4. Stem Webinar (Unisel) 31 Mac 2021
5. Bicara Santai :Sederap Mendepani Cabaran
5 April 2021
Memperkasa Stem Di Sekolah (Guru) – E Didik Malaysia
6. Bengkel Stem Untuk Guru Sains Sempena Sambutan 7 - 8 April 2021
Sepanjang Tahun
Minggu Sains Negara.( Pusat Stem Negara)
7. Bengkel Kerja Inovasi Pendidik ( Pusat Sains Negara & KPM )
8. Program Duta Guru ( Pdg ) – Yayasan Petronas
9. E Tuisyen Rakan Skor Spm ( Unisel)
17
LAPORAN UNIT HEM SMK TIRAM JAYA 2021
BIL AKTIVITI/PROGRAM TARIKH
DILAKSANAKAN
20. TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH
21. GOTONG ROYONG PEMBUKAAN SEKOLAH MAC
22. DIALOG PRESTASI BERSAMA UNIT AKADEMIK MAC
23. MESRA KELUARGA
24. SARAPAN PAGI BERSAMA PENTADBIR/PIBG APRIL
25. PROGRAM PERANTI CERDIK (i-pad) APRIL
26. PEMVAKSINAN PELAJAR TING 4 DAN 5 APRIL
27. GOTONG ROYONG PEMBUKAAN SEKOLAH APRIL
28. PEMVAKSINAN PELAJAR 12 – 15 TAHUN SEPTEMBER
OKTOBER
OKTOBER
18
LAPORAN UNIT KOKURIKULUM SMK TIRAM JAYA TAHUN 2021
UNIT BERUNIFORM TARIKH
DILAKSANAKAN
BIL PROGRAM/AKTIVITI
OGOS
1. MESYUARAT AGUNG DAN PELANTIKAN AJK
2. FORUM KESEDARAN SIBER: OPPS DOSA DIHUJUNG JARI OGOS
KELAB DAN PERSATUAN AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK
BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH
DILAKSANAKAN
1. MESYUARAT AGUNG DAN PELANTIKAN AJK
OGOS
2. FORUM KESEDARAN SIBER: OPPS DOSA DIHUJUNG JARI OGOS
3. UNIT UBK:HALA TUJU PENDIDIKAN SELEPAS TINGKATAN 3 DAN SPM SEPTEMBER
UNIT BERUNIFORM TARIKH
DILAKSANAKAN
BIL PROGRAM/AKTIVITI
OGOS
1. MESYUARAT AGUNG DAN PELANTIKAN AJK
2. FORUM KESEDARAN SIBER: OPPS DOSA DIHUJUNG JARI OGOS
3. FORUM KECERGASAN 1M 1S (MY RIDE/MY WALK)
SEPTEMBER
PENCAPIAN PELAJAR DI BAWAH UNIT KOKURIKULUM 2021
BIL PERTANDINGAN PENCAPIAN
1. MINI TEATER STEM (PERINGKAT NEGERI) SAGUHATI
2. SOFBOL ONLINE MSSSM 3 ORANG PELAJAR
19
PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN TAHUN 2020
(AKADEMIK P/T1/T2/T4)
Butiran Penerimaan Perbelanjaan Baki
Baki b/b 7615.00 3632.07
Sumbangan Tahun 2019 11247.07
Minggu BTV 300.00 10947.07
Penutup Bulan Kemerdekaan 280.00 10667.07
1000.00
Projek Mini Green Screen Studio 9667.07
PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN TAHUN 2020
(AKADEMIK T3/T5)
Butiran Penerimaan Perbelanjaan Baki
Baki b/b 11690.00 7542.73
Sumbangan Tahun 2019 19232.73
Program The Champion 428.00 18804.73
Teknik Menjawab Matematik Tambahan SPM 200.00 18604.73
Modul Pintas MP Tingkatan 5 1667.55 16937.18
Kertas A4 850.00 16087.18
300.00 15787.18
Teknik Menjawab BM SPM 300.00 15487.18
Teknik Menjawab Bidang Sains Matematik SPM 300.00 15187.18
Teknik Menjawab SnRT SPM
PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN TAHUN 2020
(HEM)
Butiran Penerimaan Perbelanjaan Baki
Baki b/b 5516.00 3103.00
Sumbangan Tahun 2019 8619.00
Baiki Pam Tandas 3630.00 4989.00
1100.00 3889.00
Program Keceriaan Kelas
20
PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN TAHUN 2020
(KOKURIKULUM)
Butiran Penerimaan Perbelanjaan Baki
Baki b/b 8625.00 6169.43
Sumbangan Tahun 2019 14794.43
Kejohanan Bola Tampar MSSD 50.00 14744.43
Kejohanan Bola Sepak MSSD 738.00 14006.43
Kejohanan Merentas Desa MSSD 13956.43
Kejohanan Sofbol MSSD 50.00 13906.43
Kejohanan Catur MSSD 50.00 13442.43
Kejohanan Olahraga MSSD 464.00 12283.43
Teknikal Merentas Desa & Olahraga Sekolah 1159.00 12083.43
Fun Run SMKDH 200.00 11783.43
Kejohanan Sofbol MSSS Selangor 300.00 10113.43
Perkhemahan Kadet Bomba Daerah 1670.00
Perkhemahan Pengakap 275.00 9838.43
MTQ Peringkat Daerah 260.00 9578.43
Latihan Pusat & Olahraga MSSS 100.00 9478.43
Bilik Angkat Berat 469.00 9009.43
Bekas Plastik Untuk Baju Unit Beruniform Sekolah 2500.00 6509.43
750.00 5759.43
21
PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN TAHUN 2020
(KEBAJIKAN)
Butiran Penerimaan Perbelanjaan Baki
Baki b/b 1817.00 2622.43
Sumbangan Tahun 2019 4439.43
1500.00 2939.43
Baik Pulih Kolam Ikan
PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN TAHUN 2020
(SUMBANGAN)
Butiran Penerimaan Perbelanjaan Baki
Baki b/b 3630.00 2273.63
Sumbangan Tahun 2020 1000.00 5903.63
Sumbangan Yayasan Selangor 6903.63
Derma Kilat Mesyuarat Agung PIBG 933.00 7836.63
Sumbangan Tan Sri Noh Omar 10000.00 17836.63
Belanja Mesyuarat AJK PIBG 17686.63
Pembukaan Akaun ke2 PIBG 150.00 17436.63
Belanja Mesyuarat Agung PIBG 250.00 12932.63
Persediaan Pembukaan Sekolah 4504.00 11932.63
Banner, Poster dan Banting Covid 19 1000.00 11247.63
Hadiah Persaraan dan Perpindahan Guru 685.00 10787.63
Perisian My School Channel 460.00 9523.63
Papan Tanda 3B 1264.00 9143.63
Stor Sukan Elit 380.00 4659.63
4484.00
Caj Bank 4655.63
4.00
22
SESI PERSEKOLAHAN 2021 (TING.5)
23
PERJUMPAAN PELAJAR TINGKATAN 5
24
SESI PERSEKOlAHAN MENENGAH RENDAH
25
PROGRAM MEMBACA ANJURAN PSS
26
PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADAN
27
MAJLIS PERSARAAN PN. ZAWIYAH SAIRAN
28
PRORAM PENYERAHAN i-Tab
29
PROGRAM MAJLIS AL-QURAN WA AL LUGHAWI
DAERAH KUALA SELANGOR
30
SEKALUNG PENGHARGAAN
1. YB TAN SRI NOH BIN HJ. OMAR - MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN
KOPERASI, AHLI PARLIMEN TANJONG KARANG
2. TN. HJ. MOHAJI BIN SELAMAT - YDP PIBG SMK TIRAM JAYA
3. EN. MD ZAIRIN BIN ARIFFIN - PENGETUA SMK TIRAM JAYA
4. EN. NGATINI BIN SALIMIN - NYDP PIBG SMK TIRAM JAYA
5. PN. ZARIAH BT. KASDI - GPK PENTADBIRAN
6. EN. ZULKIFLI BINN HASHIM - GPK HEM
7. EN. AZHAR BIN OSMAN - GPK KOKURIKULUM
8. GURU TINGKATAN
8. BARISAN AJK PIBG SESI 2020/2021
9. JAWATANKUASA PIBG
10. IBU BAPA DAN PENJAGA
UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS SUMBANGAN SECARA LANGSUNG ATAU
TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37. SEMOGA
DENGAN SUMBNGAN INI MENJADIKAN SMK TIRAM JAYA TERUS CEMERLANG DALAM
MENEMPUH KEJAYAAN YANG MENDATANG.. HANYA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG DAPAT
MEMBALAS BUDI BAIK SEMUA.
31