The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teks Ucapan Pengarah Pendidikan JPN Selangor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhanizura, 2021-11-25 10:16:48

Teks Ucapan Pengarah Pendidikan JPN Selangor

Teks Ucapan Pengarah Pendidikan JPN Selangor

TEKS UCAPAN

Yang Berbahagia
HAJAH ANISMAH BINTI M.NOH

PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

sempena

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
PERSIDANGAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH
KALI KE 56

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

pada

1 – 3 Disember 2021

bertempat di

Hotel Movenpick, Sepang

Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, dan Salam Sehati
Sejiwa.

Terima kasih kepada saudara/saudari Pengerusi Majlis;
Yang Berusaha,

Timbalan-Timbalan Pengarah,

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,

-Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah,

-Barisan Exco dan Pegawai MPSM,

-Pengetua-Pengetua Sekolah Negeri Selangor

-Tuan-tuan, Puan-puan dan warga pendidik yang
saya hormati sekalian.

1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran
dirafakkan ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala atas
limpah izin-Nya jua dapat kita bersama-sama berada
dalam Persidangan Majlis Pengetua Sekolah Menengah
Negeri Selangor kali ke 56 ini, setelah agak lama kita tidak
dapat melaksanakannya akibat pandemik Covid 19 yang
melanda negara.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas
dan tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan semua
yang dapat menghadiri persidangan MPSM untuk kali ini.
Sesungguhnya ini menunjukkan kesungguhan dan
komitmen dalam penggalasan tugas. Semoga usaha yang
kita lakukan ini akan membuahkan kebaikan kepada
semua. Dijangkakan persidangan ini akan dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kerjasama dalam
kalangan pemimpin sekolah dalam usaha untuk
memajukan sekolah masing-masing.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

3. Dunia pendidikan kita adalah bersifat dinamik. Ia
sentiasa berubah dan akan terus berubah. Adakalanya
perubahan yang berlaku berpunca dari faktor luar jangka.
Ini pastinya akan menimbulkan pelbagai cabaran kepada
kita semua. Justeru itu, tema Pengurusan Risiko dalam
Mendepani Norma Baharu yang telah dipilih oleh MPSM
ini merupakan satu pengisian yang amat penting untuk
kita semua. Ia bertujuan untuk membantu kepimpinan
sekolah untuk sentiasa bersedia dalam mendepani
cabaran dan pelbagai situasi baharu yang diluar jangka
seperti mana yang telah berlaku hari ini. Situasi seperti ini
menuntut kepimpinan sekolah khususnya pihak pengetua
untuk sentiasa kompeten dan mempunyai ilmu dan
kemahiran yang mencukupi dan sentiasa relevan dengan
keperluan semasa dunia pendidikan negara.

4. Saya percaya, untuk memastikan kita berjaya
mengurus tadbir institusi sekolah dengan lebih baik, kita
memerlukan kepimpinan sekolah yang mampu
mengambil keputusan dan tindakan dengan cepat dan
tepat berpandukan Manual Pengurusan sedia ada
disamping penguasaan ilmu yang mantap. Ilmu dan
kemahiran perlu sentiasa ditambah dan dikemaskini.

5. Justeru itu, saya berpendapat pengisian
persidangan pada kali ini amat sesuai dan bertepatan
dengan situasi yang kita hadapi sekarang. Justeru saya
berharap segala perkongsian ilmu yang diperolehi dalam
persidangan ini akan dapat digunakan untuk membantu
para pengetua untuk menguruskan sekolah masing-
masing dengan lebih baik dan cemerlang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

6. Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima
kasih juga saya rakamkan kepada semua ahli
jawatankuasa MPSM serta jawatankuasa program yang
telah berjaya memastikan program ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

7. Saya mendoakan semoga kita semua terus
dianugerahkan ketabahan dan iltizam untuk terus
memberikan perkhidmatan cemerlang dan berintegriti
sepanjang masa. Saya yakin kita semua mampu untuk
mencapainya. Sesuai dengan slogan kami di JPN: We
learn, We Plan, We Commit, and We Deliver with
Precision.

Saya sudahi ucapan saya dengan dua rangkap pantun:

Manis sungguh madu tualang,
Dijual bersama ikan semilang,
Prestasi terbilang ilmu dijulang,
Pasti kejayaan gilang-gemilang

Di tanah semerah terbangnya helang,
Mencari makanan di tepi hentian,
Pengetua hebat sekolah cemerlang,
Masyarakat berjaya anak-anak gemilang.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
3 Disember 2021


Click to View FlipBook Version