The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F64FF685-60BC-40CF-9EAA-BEDD27F6E5D5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d093124, 2022-01-16 19:54:12

KPS3014 FOLIO INDIVIDU

F64FF685-60BC-40CF-9EAA-BEDD27F6E5D5

PENGURUSAN
PEMBELAJARAN

KPS 3014

1/18

E-BOOK

BIODATA

KUMPULAN KULIAH :J
NAMA : MUHAMMAD FAKHRULLAH
BINZULKIFLE
NO MATRIK : D20201093124
PROGRAM : ISMP KESUSASTERAAN
MELAYU
NAMA PENSYARAH : PROFESOR DR.
ZAHARI BIN SUPPIAN

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pelbagai
didefinisikan sebagai perihal yang banyak jenis.
Manakala budaya ditakrifkan sebagai tamadun,
peradaban, kemajuan fikiran, akal budi cara berfikir
dan berkelakuan.
Perkataan ini berasal daripada cantuman perkataan
sanskrit dan Melayu iaitu "budi" dan "daya".
Perkara ini dikaitkan rapat dengan pendidikan
pelbagai budaya apabila hal ini dapat mewujudkan
kesedaran, toleransi, pemahaman dan pengetahuan
yang mengambil kira perbezaan dan persamaan


antara budaya dan kaitannya dengan pandangan

dunia, konsep, nilai, keyakinan dan sikap seseorang
itu.
Pengurusan Pembelajaran meruapakan satu elemen
yang penting bagi mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan sistematik. Sebuah
sekolah hendaklah memiliki pengurusan
pembelajaran yang tersusun bagi memastikan
keseragaman dan kebersanan ketika Pembelajaran
dan Pemudahcaraan berlangsung (PdPc). Perkara ini
dilihat dengan jelas apabila setiap sekolah itu
mempunyai Visi dan Misi tersendiri. Justertu, kursus
ini sangat penting dalam membentuk dan
mendedahkan kepada generasi akan datang supaya
lebih beratitud ketika menjadi seorang guru yang
berwawasan.

TOPIK 1:SOSIOLOGI DAN
PEMBELAJARAN




Sosiologi ini adalah kajian saintifik mengenai
masyarakat manusia dan interaksi sosial menurut
(Tischler,2011).
Sosiologi pendidikan memberi tumpuan kepada
faktor-faktor sosial yang menyebabkan dan
disebabkan oleh pendidikan. Ini termasuk kajian
faktor-faktor yang berkaitan dengan pendidikan
seperti jantina, kelas sosial, bangsa dan etnik dan
kediaman luar bandar (Saha,2015).

RUMUSAN

Sebagai rumusan, sosiologi ini memberikan kefahaman tentang isu sosial dan corak tingkah
laku, membantu dalam memahami sistem sosial masyarakat berfungsi, mengenal pasti ciri-ciri
yang berbeza dan yang sama dalam masyarakat dan juga membantu kita memahami mengapa
dan bagaimana suatu masyarakat itu berubah.

RUJUKAN

Yora Marwa, Y., & Fernandes, R. (2019). Penerapan Rencana Pelaksanaan Pembelajaran Dalam
Pembelajaran Sosiologi (Studi Kasus SMAN 3 Painan dan SMAN 2 Bayang). Jurnal Sikola: Jurnal
Kajian Pendidikan Dan Pembelajaran, 1(1), 14–19. https://doi.org/10.24036/sikola.v1i1.2


Sari, S. N., & Haryono, H. (2021). DAMPAK PEMBELAJARAN ONLINE PADA MATA PELAJARAN
SOSIOLOGI DI MASA PANDEMI COVID-19 DI SMA 4 PANDEGLANG. Jurnal Pendidikan Sosiologi
Dan Humaniora, 12(1), 51. https://doi.org/10.26418/j-psh.v12i1.46330

TOPIK 2 : INTERAKSI DAN
PEMBELAJARAN

1.0 PENDAHULUAN



Interasi addalah tindakah yang berlaku antara sekurang-kurangnya dua pihak. Selain itu,
pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan guru atau rakan yang lain semasa
proses PdPc supaya mereka dapat mengalami sendiri proses pembalajaran. Terdapat
beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu interaksi sehala, dua hala, kumpulan antara
kumpulan dan sosial (Shahbudin et, al, 2017)

2.0 JENIS INTERAKSI

Interaksi Sehala

InteraksiDua Hala

InteraksiKumpulan

Interaksi Berkesan

SOSIALISASI

Primer
Sekunder

Resosialisasi

3.0 RUJUKAN

Nufus, H. (2017). PENGARUH INTERAKSI PEMBELAJARAN DAN LEVEL SEKOLAH TERHADAP
KEMAMPUAN KOMUNIKASI MATEMATIS SISWA. Jurnal Penelitian Dan Pembelajaran Matematika,
10(1). https://doi.org/10.30870/jppm.v10i1.1206

EVA, N., & CITRA, A. G. (2018). KONTRIBUSI INTERAKSI GURU DAN SISWA DALAM PEMBELAJARAN
MENGGUNAKAN ALAT PERAGA MINI ZOO MATA PELAJARAN IPA TERHADAP HASIL BELAJAR SISWA
MI. Terampil : Jurnal Pendidikan Dan Pembelajaran Dasar, 5(1), 106.
https://doi.org/10.24042/terampil.v5i1.2747

TOPIK 3 :PENGURUSAN DAN
PEMBELAJARAN

1.0 PENGENALAN
Definisi pengurusan adalah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha
ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencaparo matlamat yang
ditentukan (Stoner,1984). Pengurusan mencukupi begaimana sumber-sumber seperti kewangan,
manusia dan alat0alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi
(Shukur,1988). Definisi pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan
dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal (Woolfolk 1995). Perubahan sistematik dalam
tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang
tertentu (Bigge 1982).

PENGURUSAN Antara domain pengurusan bilik darjah adalah Menyusun
DAN persekitaran fizikal, mengurus tingkah laku pelajar,
menggalakan suasana bilik darjah yang selamat, mengurus
PEMBELAJARAN : proses pengajaran dan berinteraksi dengan stakeholder.
Terdapat tiga tahap pengurusan kurikulum bilik darjah iaitu
perancangan, implimentasi dan penilaian. Pengetahuan
professional guru merangkumi pelajar, pedagogi, kurikulum,
konten-pedagogi, kandungan mata pelajaran, konteks
pendidikan di Malaysia dan tujuan dan falsafah pendidikan di
Malaysia. Pengurusan sekolah mempunyai 4 komponan iaitu
organisasi yang unik , sekolah dan sistemnya adalah
organisasi manusia, manusia adalah modal insan atau asset
utama sesebuah negara dan berkait dengan pembangunan diri
manusia.
Pembelajaran mempunyai tujuh prinsip yang perlu diketahui,
yang pertama adalah kesediaan pembelajaran, maksimumkan
pengalaman dari pelbagai deria, suasana pembelajaran yang
kondusif, penglibatan pelajar yang aktif, persediaan awal dan
mempunyai unsur dorongan. Strategi pengurusan
pembelajaran mempunyai tiga strategi iaitu berpusatkan guru,
berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. Terdapat lima
jenis faktor mempengaruhi kesediaan belajar iaitu
kematangan fizikal. Mengekalkan perhatian, dorongan, sosial
dan persekitaran dan pengalaman.

2.0 RUMUSAN

Secara rumusnya,pengurusan dan pembelajaran dalam bilik darjah ini penting untuk memastikan
pembelajaran yang dijalankan menyeronokkan dan menarik minat pelajar

3.0 RUJUKAN

Yunus, J., Musa, K., & Mansor, M. (2020a). Pengaruh faktor kendiri dan institusi
mempengaruhi minat mengikuti program pembelajaran sepanjang hayat PPGB-JAIS-UPSI.
Malaysian Journal of Society and Space, 16(1). https://doi.org/10.17576/geo-2020-1601-08

TOPIK 4: KEPIMPINAN DAN
ORGANISASI

1.0 KONSEP KEPIMPINAN

-Satu proses mempengaruhi aktivit kumpulan dalam usaha menetapkan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi
(Stogdill, 1950).
-Organisasi dapat didefinisikan sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama ke arah untuk mencapai matlamat
yang sama. Terdapat 4 ciri organisasi :
-mempunyai hierarki
mempunyai identity tersendiri
-mempunyai struktur organisasi
-mempunyai peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan bagi menjalankan aktiviti organisasi

2.0 ISI PENTING

GAYA KEPIMPINAN ADA 4 CARA:

KEPIMPINAN PENGAJARAN:

-Pemimpin pengajaran berkait dengan pengurusan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion
perguruan dan juga perkembangan pelajar
-Tindakan oleh pengetua atau pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran murid-murid
-Merangka matlamat sekolah dan menjelaskan kepada komuniti sekolah
-Memantau kemajuan pelajar
-Menggalakkan peningkatan professional
-Memberi insentif pengajaran kepada guru dan pembelajaran kepada murid

KEPIMPINAN BILIK DARJAH:

-keupayaan untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan meyakinkan meraka supaya mengikut visi tersebut
-Berkeupayaan menilai hasil kerja pelajar, memahami tingkah laku dan aspirasi mereka dan memahami bagaimana
guru dan pelajar bersama-sam membentuk sistem di bilik darjah
-Berkeupayaan mengcungkil potensi pelajar
-Mencipta persekitaran pembelajaran menggalakkan pelajar

3.0 RUJUKAN

Pengaruh Kepimpinan dalam Hubungan antara Keadilan Organisasi dan Politik Organisasi dalam Institusi
Kewangan Islam di Malaysia. (2019). Jurnal Pengurusan, 56. https://doi.org/10.17576/pengurusan-2019-56-10

TOPIK 5:PENGURUSAN MURID

1.0 PENGENALAN

Pengurusan murid mempunyai 3 aspek iaitu dalam mengurus rekod murid,
kesediaan murid dan motivasi.

2.0 ISI PENTING

Menguruskan rekod murid ini bertujuan untuk menyimpan maklumat lengkap
mengenai murid, stakeholder memahami kemajuan dan kebolehan murid dan murid
boleh mengetahui potensi diri masing-masing.
Konsep kesediaan belajar ini adalah keupayaan perkembangan dan kognitif murid
untuk menerima idea atau konsep pada masa tertentu. Keadaan dalam diri individu
yang bersedia untuk memperolehi pengalaman pembelajaran baharu dan fleksibel
serta boleh berubah mengikut konteks. Melalui konsep ini guru boleh membezakan
isi kandungan kurikulum mengikut tahap kesediaan murid.

JENIS KESEDIAAN PELAJAR

· Kognitif (dari segi mental untuk memahami dan berfikir & bergantung kepada umur)

· Afektif (keinginan untuk menerima pelajaran disampaikan )

· Psikomotor (bergantung kepada kesediaan kognitif dan afektif murid)

Faktor mempengaruhi kesediaan belajar:

· Pengalaman (belajar tentang cakerawala)

· Kematangan ( fizikal, mental, sosial & emosi)

MOTIVASI

-Intrinsik (dorongan dalaman unutk melakukan sesuatu tanpa ganjaran)
-Ekstrinsik (wujud melalui rangsangan luaran yang menggerakkan seseorang melakukan aktiviti yang berfaedah
kepadanya)
-Cara meningkatkan motivasi :
·-Wujudkan suasana bilik darjah yang kondusif
·-Tentukan sasaran pencapaian yang perlu dicapai
·-Melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran

RUMUSAN

Aspek menguruskan rekod murid, kesediaan murid dan
motivasi amat penting dalam menjadikan pembelajaran lebih
berkesan kerana para guru lebih memahami keadaan
muridnya.

RUJUKAN

Mohd Nuin, N. F., & Ambotang, A. S. (2019). PENERIMAAN GURU DENGAN PELAKSANAAN SISTEM
MAKLUMAT MURID DAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID DALAM PENGURUSAN DATA MURID.
International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(32), 180–196.
https://doi.org/10.35631//ijepc.4320018

TOPIK 6:PENGURUSAN BILIK DARJAH

1.0 PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah melibatkan proses penyusunan fizikal, galakan komunikasi dan interaksi
antara murid. Betujuan untuk memudahkan cara atau mengendalikan pembelajaran murid di
dalam kelasa. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid,
guru, ruang dan alat pembelajaran.
Bilik darjah ialah tempat berlakunya proses PdPc yang melibatkan pelajar dan guru. Biasanya
mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan pelajar), almari, papan kenyataan dan papan
hitam/putih.

ANGELO BREWING

contoh susun atur meja dalam kelas
Pengajaran terbahagi kepada 3:
1.Mengikut kebolehan
2.Pelbagai kebolehan
3.mengikut minat

RUMUSAN
Secara kesimpulan,pengurusan bilik darjah ini penting bagi
memastikan proses pdp berjalan dengan lancar

RUJUKAN
Hanif, N. A., Che Mustafa, M., & Yusof, H. (2020). KEBOLEHGUNAAN MODEL
PENGURUSAN BILIK DARJAH PRASEKOLAH BERASASKAN EMPAT DIMENSI
PENGURUSAN BILIK DARJAH [THE USABILITY OF PRESCHOOL CLASS
MANAGEMENT MODEL BASED ON FOUR DIMENSIONS OF CLASSROOM
MANAGEMENT]. Muallim Journal of Social Science and Humanities, 90–98.
https://doi.org/10.33306/mjssh/84

TOPIK 7:PENGURUSAN SUMBER
PEMBELAJARAN

1.0 PENGENALAN

. Sumber pembelajaran secara umumnya merujuk kepada teks, video, perisian dan bahan-
bahan lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sumber
pembelajaran mestilah dinilai kesesuaian penggunaanya sebelum dapat digunakan di bilik
darjah. Penilaian sumber pembelajaran bergantung kepada kepakaran dan penilaian
professional guru. Penggunaan sumber pembelajaran difokuskan kepada pelajar bagi
memudahkan aktivti pembelajaran, mencapai tahap kefahaman yang tinggi seterusnya
mencapai pembelajaran berkesan.

2.0 ISI PENTING

Terdapat 4 jenis sumber pembelajaran :

Sumber asas ( papan tulis, buku teks)

Sumber bukan elektronik ( model, patung, gambar)

Sumber elektronik ( slaid, radio, televisyen)

Sumber pengalaman ( lakonan, lawatan, pameran)

OBJEKTIF :
PUSAT SUMBER · Membantu pelaksanaan proses PdPc
berkesan
SEKOLAH:
· Memupuk minat membaca dan belajar
sendiri melalui sumber

· Memupuk kemahiran penyelidikan,
penyiasatan dan mencari maklumat

· Memupuk keyakinan diri murid

3.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, pengurusan sumber pembelajaran penting untk memastikan pembelajaran
berkesan dan boleh menarik minat pelajar.

RUJUKAN

Keberkesanan Pengaturan Kerja Fleksibel: Penghibridan Pengurusan Sumber Manusia dan

Pengurusan Perakaunan. (2021). Jurnal Pengurusan, 62.

https://doi.org/10.17576/pengurusan-2021-62-09

TOPIK 8: STRATEGI MENGURUSKAN
BILIK DARJAH

1.0 PENGENALAN

Atan Long (1986 :109) menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah hendaklah
berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah.
Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat melibatkan beberapa tujuan supaya
tercapai objektif yang hendak ditentukan. Antara yang ditekan seperti masa, tenaga, alat
pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan
dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran.

2.0 ISI PENTING

Terdapat tiga strategi mengurus bilik pembelajaran. Strategi yang pertama adalah dari
segi unsur fizikal bilik darjah. Sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap
bilik darjah serta jika padang sekolah digunakan oleh seorang guru, makan padang itu
juga dianggap sebagai bilik darjah. Terdapat empat jenis bilik bilik darjah iaitu bilik
darjah tradisi, bilik darjah KBSR dan KBSM. Bilik darjah mata pelajaran khas dan bilik
darjah terbuka. Penyusunan bilik darjah amar penting dalam situasi pembelajaran
pelajar, keadaan ini dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran.
Strategi kedua ialah interaksi dalam bilik darjah.Interaksi adalah satu proses saling
bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak
bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.
Jenis interaksi bercorak lisan adalah interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala
antara guru dan murid, intraksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala
antara guru dengan murid dan murid dan murid dengan murid dan interaksi berkomputer.
Guru perlu menguasai kebolehan untuk berinteraksi dengan murid untuk memastikan
proses PdP menarik untuk menarik minat pelajar.
Startegi ketiga adalah iklim dalam bilik darjah terbahagi kepada tigaa suasana iaitu
suasana fizikal, suasana sosial dan susasana emosi. Suasana fizikal bilik darjah , guru
berperanan menentukan suasana fizikal dengan melakukan perancangan PdP. Suasana
sosial bilik darjah, guru mengkaji melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri.
Suasana emosi bilik darjah ini lebih penting daripada suasana fizikal dan sosial kerana ia
boleh menggalakkan pelajar untuk lebih bersemangat untuk belajar.

3.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan
tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu,
peranan daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin
disampaikan.

RUJUKAN

FATHONI, N. (2022). EFEKTIVITAS PELAKSANAAN PEMBELAJARAN JARAK JAUH

SISTEM DARING PADA MASA DARURAT COVID-19. STRATEGY : Jurnal Inovasi

Strategi Dan Model Pembelajaran, 2(1), 21–28.

https://doi.org/10.51878/strategi.v2i1.859

TOPIK 9:PENGURUSAN TINGKAH LAKU

PELAJAR

1.0 PENGENALAN

Disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi
mewujudkan tingkahlaku yang baik. Selain itu kesanggupan seseorang murid menghormati
dan mematuhi kehendak undang-undang yang telah ditetapkan sama ada suka atau tidak.
Ia juga merupakan suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang
dikehendaki (Foucouklt 19770.

2.0 ISI PENTING

.Terdapat tiga teori punca salah laku pelajar iaitu yang pertama ialah teori fungsionalisme.
Teori ini menganggap devian sebagai kegagalan pada struktur sosial. Devian adalah satu
bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan
berlaku di sekolah. Selepas itu, teori yang kedua ialah teori konflik. Bagi teori ini devian
merupakan Tindakan golongan tertindas terhadap pihak yang menindas. Di sekolah, devian
adalah tidak balas pelajar menentang dominasi pihak berkuasa. Teori yang ketiga ialah teori
interaksionasme. Bagi teori ini pula, devian merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja
memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka
mentafsirkan sesuatu situasi. Misalnya pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah
seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.

Sebab berlaku devian ialah guru gagal berperanan dalam bilik arjah, sikap guru yang tidak
menghormati murid, ketidakstablian guru dalam penguatkuasa peraturan, mereka bergurau
dan menyalahkan sistem sekolah.

JENIS-JENIS DEVIAN:

-Inovasi (mencapai matlamat diingini dengan cara yang salah)

-Ritual (tidakan mengulang-ulang sesuatu perbuatan apabila menyedari bahawa mereka tidak dapat mencapai
matlamat ditetapkan)
-Undur ( seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai
tindakan)
-Menentang ( menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain yang dapat
memenuhi kehendak mereka)

3.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, penguatkuasaan peraturan di setiap sekolah amatlah penting
untuk membasmi kes-kes perlanggaran peraturan di kalangan pelajar.

RUJUKAN

.ABDULLAH, Z., & RAHMAN, S. (2015). Kemahiran Meta-Tingkah Laku dan Kemahiran
Membuat Keputusan Pelajar Bermasalah Disiplin dan Tidak Bermasalah Disiplin.
JURNAL PENDIDIKAN MALAYSIA, 40(2), 175–183. https://doi.org/10.17576/jpen-
2015-4002-10

TOPIK 10:PENGURUSAN PENASIHATAN
MURID

1.0 PENGENALAN

Pengurusan penasihatan murid mempunyai tiga komponan iaitu bimbingan,
penasihatan dan mentoring.

2.0 ISI PENTING

Bimbingan ialah membantu seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang
memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk
menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan
menanggung akibatnya sendiri ( Crow & Crow 1960). Ciri-ciri bimbingan ialah ia
merupakan aktivit yang dirancang dan ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara
kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambal lewa tetapi ia adalah satu
kegiatan yang tersusun, sengaja, berencan, berterusan dan mempunyai arah tujuan.
Bimbingan merupakan proses membantu individu dan kumpulan.

Penasihatan ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu
yang terlibat (Zuraidah 1994).

PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

PROSES MENTORING

3.0 RUMUSAN

Pengurusan penasihat murid ini penting untuk memastikan para guru mengetahui keadaan
pelajar meraka dan membolehkan guru-guru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh pelajar

RUJUKAN

S., Mydin, A. A., & Abdullah, A. G. K. (2021). Pengaruh Pengurusan Disiplin Sekolah, Tingkah Laku Buli Murid
dan Estim Kendiri Murid Terhadap Kualiti Kehidupan Murid: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 303–312. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.1111

TOPIK 11:PENGURUSAN PELBAGAI

BUDAYA

1.0 PENGENALAN

Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh
sekumpualn manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002).
Definisi pelbagai budaya merupakan satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang
mengiktirafkan dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sesbuah
organisasi atau masyarkat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya dan
menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan
budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

2.0 ISI PENTING

Pelajar adalah berbeza dari segi bangsa, agama, minat, taraf ekonomi keluarga, gaya
pembelajaran, keupayaan dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar. Guru perlu
menggunakan keadah dan teknik pengajaran yang berbeza sejajar dengan peranan
sekolah sebagai institusi pendidikan inklusif. Tujuan pembezaan adalah untuk
menggalakkan kejayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar daripada latar belakang
dan kebolehan yang berbeza untuk membuktikan apa yang mereka tahu, faham dan
apa yang boleh mereka lakukan.
Tedapat 11 jenis pembezaan :
Isi kandungan (keadah mengajar yang melibatkan perbezaan isi kandungan)
Minat (isi kandungan boleh dilakukan mengikut minat pelajar)
Kadar ( jenis pembezaan yang paling kera[ digunakan oleh guru)
Tahap ( belajar diikuti oleh pembezaan dari segi tahap)
Akses (aktiviti diubahsuaikan bagi pelajar berdasarkan keperluan mereka)
Respons (akses sumber memberi peluang untuk memberi respons berbeza)
Urutan ( boleh memilih topik tertentu dalam sukatan pelajaran sesuatu subjek)
Struktur (berlaku apabila pengajaran dirancang)
Masa guru
Stail pengajaran
Pengumpulan

TEORI SOSIAL PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA :

-MELTING POT 1(anglo conformaty)
-MELTING POT 2(Ethnicc Synthesis)
-CULTURAL PLURALISM(mosaic analogy)

DIMENSI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA :

-CONTENT INTEGRATION
-THE KNOWLEDGE CONSTRUCTION PROCESS
-AN EQUITY PEDAGOGY
-PREJUDICE REDUCTION
-AN EMPOWERING SCHOOL CULTURE AND SOCIAL CULTURE

KHAIRU ANUAR, A. S., PIANG TAN, B., & MAHADIR NAIDU, N. B. (2021). SENSITIVITI MORAL MELALUI INTERAKSI PELAJAR PELBAGAI
BUDAYA [MORAL SENSITIVITY THROUGH THE INTERACTION OF STUDENTS FROM DIFFERENT CULTURES IN SCHOOL]. Muallim Journal
of Social Science and Humanities, 41–56. https://doi.org/10.33306/mjssh/120

TOPIK 12:PENGURUSAN MURID

PELBAGAI UPAYA

1.0 PENGENALAN

Pemulihan merupakan satu program pendidikan untuk murid yang mengalami
masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira yang
kompleks disebabkan oleh factor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru
yang khusus di ruang yang khusus.

2.0 ISI PENTING

Ciri-ciri kanak pemulihan :
· Rendah diri
· Pasif
· Mengganggu rakan
· Kerap tidak hadir sekolah
· Lemah pemahaman
· Malas
· Cepat bosan
Jenis pengayaan :
· Mendatar ( aktiviti berdasarkan kebolehan murid dalam kumpulan)
· Menegak ( aktiviti berdasarkan minat dan bakat dalam kumpulan cerdas)

CIRI-CIRI PINTAR CERDAS:

Jenis-jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu :
· Kecerdasan Logik-Matematik
· Kecerdasan Verbal-Linguistik
· Kecerdasan Muzik
· Kecerdasan Kinestetik Badan
· Kecerdasan Interpersonal
· Kecerdasan Intrapersonal
· Kecerdasan Ruang Visual
· Kecerdasan Naturalis
· Kecerdasan Eksistensialis

Primus, V. W., & Mosin, M. (2021). Pengurusan Pentaksiran Bilik
Darjah Murid Berkeperluan Khas dalam Program Pendidikan

Inklusif di Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences
and Humanities (MJSSH), 6(8), 59–68.

https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.903

TOPIK 13:

SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

1.0 PENGENALAN

Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi
interaksi laur sekolah.
Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) diwujudkan di tiap-tiap sekolah. Biasanya PIBG
dianggotai oleh guru-guru, ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak di sekolah
berkenan dan kebiasaannya sekolah mengutip yuran daripada ibu bapa dan penjaga
sebagai sumber menggerakkan persatuan.

2.0 ISI PENTING

Bentuk hubungan melibatkan sekolah melibat hubungan antara faktor luar sekolah dan faktor dalam dan hubungan antara
faktor-faktor dalam sekolah.
Faktor-faktor dalam sekolah yang memberi kesan terhadap pencapaian murid :
· Gaya kemimpinan
· Peranan guru
· Bentuk interaksi
Faktor luar sekolah dan faktor dalaman sekolah yang memberi kesan terhadap pembelajaran dan sahsiah murid :
· Gender
· Kelas sosial
. Etnik
Sumbangan yang komunit boleh beri kepada sekolah ialah seperti kewangan, khidmat nasihat, keselamatan dan
menyelesaikan persengketaan.
Perkaitan antara sekolah dan komuniti dalam masyarakat :

FUNGSI PIBG: KEANGGOTAAN PIBG:
Sebelum akhir bulan Mac setiap
-Perkembangan Murid tahun Mesyuarat Agung Tahunan
-Kebajikan Murid harus diadakan dan jika tidak

diadakan Jawatankuasa harus

mengemukakan alasan dan tarikh

yang dicadangkan kepada Pendaftar

3.0 RUMUSAN melalui Guru Besar atau Pengetua

S ecara kesimpunlannya, sekolah dan persekitarannya harus saling sebelum 31 Mac.
bantu-membantui untuk memastikan keselamatan dan kebajikan


pelajar dijaga dengan baik.

RUJUKAN:

Tamuri, A. H., & Ismail, A. M. (2021). Hubungan Persekitaran Sekolah dan Guru dengan Amalan Akhlak

Murid Sekolah Menengah Malaysia. International Journal of Islamic Thought, 19(1), 1–13.

https://doi.org/10.24035/ijit.19.2021.190

TOPIK 14 :PENGURUSAN ALAM

PEMBELAJARAN

PENGENALAN
PENGAJARAN MERUPAKAN SUATU PROSES YANG
MERANGKUMI AKTIVITI-AKTIVITI PERANCANGAN,

PELAKSANAAN, PENILAIAN, DAN MEMBERIKAN
MAKLUMBALAS. GURU-GURU SEHARUSNYA SENTIASA
BERSEDIA MEMBAWA PERUBAHAN DAN PENYESUAIAN TEKNIK
PENGAJARAN DEMI MENINGKATKAN PRESTASI MEREKA.




2.0 ISI PEN
TING
Tujuannya ialah untuk menyebarkan ilmu pengetah
uan atau kemahiran tertentu kepada pelajar.
Corak pengajaran banyak berubah mengikut perkembangan semasa. Matlamat pengajaran ialah bagi

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia.
Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai melalui
proses pengajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, proses pengajaran hendaklah dirancang dengan baik

seterusnya dapat mencapai objektif telah ditetapkan.



OBJEKTIF P
ENGAJARAN







3.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran penting untuk memastikan

aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.





RUJU
KAN
Badrul Hisham, N. F. A., & Mydin Kutty, F. (2021). Hubungan antara Tahap Penglibatan
Guru Novis di Negeri Melaka dalam Pembelajaran Tidak Formal Melalui Media Sosial
dengan Pengurusan Bilik Darjah dan Pengurusan Emosi. Malaysian Journal of Social

Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 246–257.
https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.855
.

LAMPIRAN :

LINK NOTA PENGURUSAN PEMBELAJARAN



TAJUK 1 -
HTTPS://ORGANISASIKEPIMPINANDISEKOLAH.BLOGSPOT.COM/2021/12/ORGA
NISASI-DAN-KEPIMPINAN.HTML

TAJUK 2- HTTPS://FATINRAYMI.BLOGSPOT.COM/2021/12/PENGURUSAN-
MURID.HTML

TAJUK 3- HTTPS://SITE-6339574-4639-581.MYSTRIKINGLY.COM/

TAJUK 4-
HTTPS://PENGURUSANPEMBELAJARANAIN.BLOGSPOT.COM/2021/12/TAJUK-
4-PENGURUSAN-SUMBER.HTML

TAJUK 5-
HTTPS://KPS3014KUMPULAN1.BLOGSPOT.COM/

TAJUK 6- HTTPS://SAZILAHJAIDAL.BLOGSPOT.COM/2021/12/PENGURUSAN-
TINGKAH-LAKU-DAN-DISIPLIN.HTML

TAJUK 7-
HTTPS://FATINSYAZWANI410.BLOGSPOT.COM/

TAJUK 9 - HTTPS://ONLINE.FLIPPINGBOOK.COM/VIEW/272453388/

TAJUK 10 - HTTPS://NURSYAHMIARIFIN.WIXSITE.COM/TAJUK10

TAJUK 11-
HTTPS://KPSSHAFIQHAQILAH.WEEBLY.COM/

TAJUK 12- HTTPS://PENGURUSANPEMBELAJARANBYNAA.BLOGSPOT.COM/

TAJUK 13-
TAMURI, A. H., & ISMAIL, A. M. (2021). HUBUNGAN PERSEKITARAN SEKOLAH
DAN GURU DENGAN AMALAN AKHLAK MURID SEKOLAH MENENGAH
MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC THOUGHT, 19(1), 1–13.
HTTPS://DOI.ORG/10.24035/IJIT.19.2021.190

TAJUK 14-
BADRUL HISHAM, N. F. A., & MYDIN KUTTY, F. (2021). HUBUNGAN ANTARA
TAHAP PENGLIBATAN GURU NOVIS DI NEGERI MELAKA DALAM
PEMBELAJARAN TIDAK FORMAL MELALUI MEDIA SOSIAL DENGAN
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN PENGURUSAN EMOSI. MALAYSIAN JOURNAL
OF SOCIAL SCIENCES AND HUMANITIES (MJSSH), 6(7), 246–257.
HTTPS://DOI.ORG/10.47405/MJSSH.V6I7.855


Click to View FlipBook Version