The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

01 KATA ALU-ALUAN MAJALAH BAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazri saleh, 2023-04-16 11:54:11

KATA-KATA ALUAN

01 KATA ALU-ALUAN MAJALAH BAYU

KATA ALU-ALUAN MAJALAH BAYU 2022/2023


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Kuantan Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Masa Hadapan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada pihak sekolah kerana memberikan ruang kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah duakata. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya terhasil sebuah Majalah Bayu, SMK Beserah dengan jayanya. Majalah ini merupakan wadah yang menceritakan segala detik manis dan program yang berlangsung sepanjang tahun 2022. Segala penat lelah perjuangan warga sidang redaksi menampakkanhasil melalui penerbitan majalah ini. Majalah ini juga merupakan suatu tanda dan usaha bahawa sekolah telah berjaya menerapkan elemen Sekolahku SEJAHTERA yang merangkumi elemen sekolah yang selamat, seronok dan sihat. Selain itu, elemen terampil dapat disorotkan di dalam majalah ini melalui pelibatan semua murid yang cemerlangdalam apa-apa jua program sama ada di peringkat pertandingan serta aktiviti luar yang dijalankan di dalam dan luar sekolah. Sekolah yang menerap dan membudayakan elemen SEJAHTERA dalam pengoperasian seharian amatlah diharapkan dapat melahirkan generasi yang terunggul, berjati diri tinggi, hidupharmoni dan sentiasa berfikiran rasional dalam apa-apa jua keadaan. Konsep Sekolahku SEJAHTERA ini merupakan amalan yang perlu sentiasa diterapkan dalam diri murid dan seluruh warga sekolah agar menjadi amalan danbudaya normal di sekolah. Penerapan amalan nilai murni menerusi pengajaran dan pembelajaran ini akan membantu kita mencapai dan merealisasikan Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mampan dancemerlang. Semoga dengan dedikasi semua pihak, generasi yang cemerlang dalam semua bidang dapat dilahirkan di sekolah ini.


Besar harapan saya agar semua pihak menggembleng tenaga dan bekerjasamadalam membantu murid dan warga sekolah bagi melahirkan murid yang berkualiti, mempunyai jati diri yang tinggi, berdaya saing dan sentiasa berfikiran rasional. Marilah kita bersama-sama sederap dalam membina murid yang mahirberbakti sesuai dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Akhir kata, tahniah kepada semua yang telah samasama menjayakan penerbitan Majalah Bayu. Sekian, terima kasih. Haji Miftah bin Haji Surif, A.M.P Pengarah Pendidikan Daerah Kuantan


KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK BESERAH Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi Majalah BAYU atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya menyumbangkan sepatah dua kata dalam majalah ini. Majalah BAYU berfungsi sebagai sebuah naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan di sekolah yang meliputi aktiviti kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan pelbagai aktiviti yang berfokuskan kepada kemenjadian murid. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli Jawatankuasa Majalah Sekolah kerana telah berjaya menyempurnakan majalah ini dengan baik sekali. Sekolah telah memutuskan agar Majalah BAYU diadaptasi dalam bentuk digital bagi menyambut seruan negara ke arah Revolusi Industri 4.0. Sesungguhnya, bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik dan sentiasa bertransformasi bagi memenuhi keperluan semasa khususnya di peringkat global. Oleh hal yang demikian, seluruh warga BeSS memikul tanggungjawab besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi murid ke arah yang lebih optimum. Sehubungan dengan itu, diharapkan Majalah BAYU ini dapat menjadi eviden utama proses pendidikan di sekolah dan akan menjadi kenangan indah zaman persekolahan. Matlamat utama sekolah adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan peningkatan pencapaian murid ke satu tahap yang cemerlang secara holistik melalui proses memperkasa STEM, membudayakan PdPc, PAK21, PBD dan PLC yang berkesan. Penandarasan kepada kejayaan dan keberhasilan usaha-usaha yang berkesan dalam Majalah BAYU ini adalah bukti kemenjadian murid SMk Beserah.


Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada sidang redaksi Majalah BAYU. Syabas dan semoga melalui pembacaan di majalah ini, kita akan beroleh manfaat yang tidak terhingga. Sekian, terima kasih. ‘MALAYSIA MADANI’ ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Yang menjalankan amanah, HAJI ROPIZALHAZRI BIN HAJI ISMAIL Pengetua SMK Beserah


KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SMK BESERAH Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah pada kali ke 47 ini.Terima kasih juga kerana memberikan kesempatan untuk saya melakarkan kata alu-aluan.Tahniah diucapkan kepada AJK Sidang Redaksi Majalah BAYU bagi sesi 2022/23 Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung selama ini dan memberikan pengertian yang besar kerana menerusi Majalah BAYU , kita dapat merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman kita. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam akademik mahupun sahsiah diri. Pemuafakatan yang dijalin erat antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting dalam melahirkan kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat ke bukit sam didaki, ke lurah sama dituruni akan menyediakan landasan Yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka melakar kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu ini akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam menghasilkan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Jelaslah di sini,komitmen dan kesepaduan semua pihak mampu menjayakan wawasan negata. Justeru, saya menyeru agar semua murid sentiasa berusaha memperbaik pencapaian diri dan berpegang teguh pada akujanji yang dilafazkan, Kegigihan serta ketabahan murid mampu membentuk modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Akhir kalam, saya mendoakan SMK Beserah sentiasa beroleh kejayaan dan segala usaha akan diberkati Tuhan. Semoga terus berjaya dalam segala bidang. Sekian, terima kasih. Haji Kamaruzzaman bin Haji Ismail, YDP PIBG SMK Beserah


Click to View FlipBook Version