The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najmi.dlsf1034, 2022-06-15 23:35:24

GO GREEN

GO GREEN

NILAI

GO GREEN

"Live life cleaner by making Earth greener"

MPU23012
PENGAJIAN ISLAM
LECTURER: PUAN MASTURA BINTI MAMAT

ISI
KANDUNGAN

1 SIDANG EDITOR
2 KATA-KATA PENGHARGAAN
3 OBJEKTIF &TUJUAN GO GREEN
4 APA ITU GO GREEN ?
5-6 ISU SEMASA

7-9 AKTIVITI-AKTIVITI GO GREEN

ISI
KANDUNGAN

10-11 KEBAIKAN MELAKSANAKAN AKTIVITI
GO GREEN

12 KESIMPULAN
13 RUJUKAN

1

SIDANG EDITOR

MUHAMAD HAIQAL BIN KHAIRI AZAHAR
23DLS21F1032

MUHAMMAD NAJMI BIN SHAHAR
23DLS21F1034

MUHAMMAD ALFATEH BIN KHALID
23DLS21F1066

SYABIL FITRI BIN MOHD HELMI
23DLS21F1076

2

kata-kata penghargaan

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
limpah Rahmat-Nya dapat kami menyelesaikan tugasan e-

majalah ini dengan penuh jayanya.



Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada,




USTAZAH MASTURA BINTI MAMAT

PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM : MPU23012

POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN



Di atas kesudian memberi tugasan ini kepada kami. Beliau
juga banyak membantu kami sepanjang proses menjayakan
tugasan ini. Selain itu, penghargaan kepada ahli kumpulan

kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang
tempoh tugsan ini dijalankan. Akhir kata, kami juga

mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang
banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung

sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.
Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan
oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil kepada kami
untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Tanpa bantuan
daripada mereka tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja

kursus ini dengan baik.

3

OBJEKTIF GO GREEN

Usaha dalam membantu mengekalkan persekitaran yang bersih dan
selamat pada masa akan datang.
Memberi kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat.
Mengenal pasti isu-isu semasa berkenaan pencemaran alam sekitar.
Menanam rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat tentang
kepentingan alam sekitar.

TUJUAN GO GREEN

Menyedarkan masyarakat supaya menjaga alam sekitar
Menyedarkan masyarakat tentang kebaikan pelaksanaan Go Green.
Pemulihan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk
mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

Tujuan penting pelaksanaan Go Green ialah untuk mengurangkan
pemanasan global dan mengekang masalah penipisan lapisan ozon.
Lapisan ozon menjadi nipis oleh pembebasan gas seperti kloroflorokarbon
(CFC) dan hidrogen dioksida. Gas-gas ini dibebaskan oleh sektor
perindustrian yang membuat alat penyaman udara, peti sejuk, ujian
nuklear dan bahan aerosol. Semasa CFC dibebaskan keudara, ianya akan
menipiskan lapisan ozon. Apabila lapisan ozon menjadi nipis, lebih banyak
radiasi Ultra Violet (UV) boleh menembusi ke permukaan bumi.
Peningkatan radiasi UV memberi kesan kepada kita iaitu jika kita
menerima jumlah UV dengan banyak, kebarangkalian untuk kita menerima
penyakit kronik seperti kanser kulit, katarak dan lain-lain sangat tinggi.

4

pengenalan kepada go green

Go Green adalah satu bentuk kempen kesedaran kepada setiap orang
lebih-lebih lagi kepada pelajar dan bertujuan untuk memelihara dan
melindungi Bumi dari pada perkara buruk seperti pencemaran alam
sekitar, bencana alam, dan pemanasan global. Semakin hari hal ini semakin
membimbangkan kerana kesan daripada tindakan manusia yang tidak
terkawal.

Pada masa kini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa penggunaan beg plastik
telah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar.
Contohnya, setiap makanan yang mereka beli, mereka akan membuang
sampahnya ke merata-rata tempat. Namun begitu, penggunaan beg plastik
yang berterusan akan menyumangkan kepada pencemaran alam sekitar
kerana bahan kimianya. Hal ini juga menimbulkan kesan buruk kepada
kesihatan pelajar dan ianya berlaku kerana amalan Go Green tidak
diamalkan.

Selain itu, sebagai pelajar mereka perlu mementingkan dan mengambil
berat tentang amalan Go Green ini kerana mampu memberi kesan yang
positif kepada Bumi dan hidupan di Bumi. Pelajar juga perlu menambah
ilmu pengetahuan mereka dengan mendalam terhadap amalan Go Green
kerana ianya merupakan suatu ilmu yang baik kepada pelajar dalam
menjaga alam sekitar dengan sempurna.

Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh, amalan Go Green merupakan
amalan yang sangat penting dan perlu diperkukuhkan dengan pelbagai
aktiviti yang boleh menyelamatkan dan melindungi alam sekitar daripada
tercemar. Pelajar juga akan menjadikan diri mereka menjadi lebih aktif
apabila mereka melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan dan sekaligus
menambah ilmu pengetahuan mereka terhadap amalan Go Green

5

isu semasa

Di bawah ini merupakan isu-isu semasa yang boleh dikaitkan dengan
konflik GO GREEN.

Pada era globalisasi yang pesat dibuktikan dengan kisah benar iaitu
seekor penyu yang mati terdampar di
ini, penggunaan penyedut minuman persisiran pantai dan apabila disisasat
penyu tersebut di dalam badannya
plastik sudah kurang digunakan di terdapat plastik yang banyak sehingga
menyebabkan ususnya gagal berfungsi.
kedai-kedai makan di Malaysia.

Meraka lebih gemar menggunakan

penyedut minuman yang diperbuat

daripada kertas untuk

menggantikan penyedut minuman

plastik. Terdapat juga pelanggan

yang menggunakan penyedut

makanan minuman stainless steal

di mana mereka membawa sendiri

daripada rumah mereka ke kedai

makan. Hal ini kerana penyedut

minuman plastik mempunyai bahan

kimia dan mengambil masa yang

lama untuk mereput. Selain itu,

penyedur minuman plastik ini juga

boleh menjejaskan dan

mengganggu hidupan akuatik.

RAJAH : PENYU MATI DI PERSISIRAN PANTAI

RAJAH : PENYEDUT MINUMAN PLASTIK

Kehidupan akuatik boleh terganggu
dengan barangan yang berunsurkan
plastik kerana plastik dibuang merata-
rata di persisiran pantai dan sungai. Hal
ini boleh menyebabkan hidupan akuatik
termakan sisa-sisa plastik yang hanyut
di air kerana haiwan tersebut
menganggapnya sebagai ampai-ampai
yang boeh dimakan. Perkara ini dapat

6

Dalam meniti kehidupan pada

marcapada ini, penggunaan kertas

juga perlu dikurangkan kerana

pada masa sekarang pelajar lebih

gemar menggunakan kemudahan

terknologi maklumat seperti

notebook, ipad, dan komputer riba.

jika pelajar membuat apa-apa

tugasan yang telah diberikan oleh

pensyarah mereka boleh

menghantar tugasan terssebut

melalui QR code yang boleh

digunakan untuk mengekalkan

budaya tidak menggunakan kertas.

Justeru, sesetengah pelajar yang

gemar membuat nota ringkas untuk

memudahkan mereka mengingati

apa yang mereka belajar dan untuk

meningkatkan pengetahuan

mereka. Oleh itu, mereka boleh

membuat nota-nota ringkas

tersebut dengan menggunakan

aplikasi one notes atau note pad.

Pelajar tidak perlu bimbang kerana

pelajar menghiasai nota mereka

dengan kreatif seperti penggunaan

peta minda dan pelbagai lagi.

Sudah terang lagi bersuluh

penggunaan peralatan yang

canggih ini juga mampu

mengurangkan penggunaan kertas

dan dapat menjaga persekitaran

alam sekitar.

"save our earth"

7

AKTIVITI-AKTIVITI GO GREEN

Berikut merupakan contoh-contoh aktiviti untuk memperkasa
pelaksanaan GO GREEN dalam kalangan pelajar:

1 - HIJAUKAN PERJALANAN

Setiap pelajar boleh berkongsi kenderaan
untuk ke kawasan pengajian. Selain itu,
pelajar juga digalakkan menaiki
pengangkutan awam, menaiki basikal atau
berjalan kaki untuk mengurangkan
penghasilan carbon dioksida dari enjin
kenderaan.

2 - TEKNOLOGI & QR CODE

Mengurangkan penggunaan kertas dalam

kalangan pelajar dengan menggunakan

teknologi komputer untuk menghantar

tugasan yang diberikan oleh tenaga

pengajar. Pelajar boleh menggunakan

semua produk microsoft, email, google

classroom dan lain-lain. Untuk bahan

bacaan, pihak institusi boleh

menyediakan QR code berbanding

majalah dan akhbar dalam usaha

mengurangkan penggunaan kertas. Kami

percaya bahawa pada zaman sekarang,

setiap pelajar telah dibekalkan telefon

3 - KITAR SEMULA pintar oleh ibubapa mereka.

Pastinya penggunaan barang berasaskan
kertas dan plastik tidak dapat kita
elakkan. Akan tetapi, kita boleh mengitar
semula bahan tersebut dengan
mengasingkan bahan mengikut warna
tong yang disediakan. Menjadi kebiasaan
manusia pada hari ini dengan meletakkan
segala sampah di dalam satu tong
sampah. Program kitar semula perlu ada
pada setiap institusi, bukan sahaja
kepada para pelajar institut tinggi, malah
dibangku sekolah lagi.

8

4 - '30 MINUTES WITH TREE'

Setiap institusi boleh mencari satu
tempat lapang untuk dimanfaatkan oleh
pelajar untuk menanam pokok bagi
memulihara kawasan tersebut atau
dijadikan taman. Seterusnya, pelajar
perlu pergi kewasan pulihara tersebut
untuk pemeriksaan berkala.

5 - 'REDUCE PLASTIC USE'

Pelajar boleh mengurangkan penggunaan

plastik dengan membawa bekas makanan

yang boleh dibasuh semula daripada

penggunaan bekas makanan dan minuman

polisterena. Lambakan plastik yang

bekas berlebihan boleh membahayakan
makanan
ekosistem bumi. Selain itu, setiap
kekal
institusi boleh mengharamkan
reusable bag
penggunaan plastik di kawasan tertentu

seperti kantin, kafe dan koperasi. Setiap

orang juga boleh menggunakan reusable

bag atau beg plastik terbiodegrasi jika

mereka mahu membeli barang.

6 - GOTONG-ROYONG

Mengadakan aktiviti gotong-royong
dalam kalangan pelajar secara berkala
untuk menghapuskan segala tempat yang
memberi keburukan seperti tempat
pembiakan nyamuk, semak dan tempat
yang mempunyai banyak sampah.

plastik terbiodegrasi - plastik yang mengambil masa yang singkat untuk terurai

9

7 - CABUT PLAG DAN TUTUP PAIP !

Setiap pelajar perlulah berdisiplin dan
bertanggungjawab dalam penggunaan
elektrik dan air. Penggunaan lampu perlu
dimanfaatkan pada waktu malam ataupun
gelap sahaja. Tidak perlu menggunakan
lampu jika cahaya matahari cukup untuk
menampung keperluan dan jangan
bazirkan air !

8 - SOKONG 'GREEN BUSINESS'

Perniagaan industri hijau ialah perniagaan

yang menggunakan bahan mampan untuk

membuat produknya. Perniagaan industri

hijau menyasarkan untuk menggunakan

sesedikit mungkin air, tenaga dan bahan

mentah sambil mengurangkan pelepasan

karbon. Pendekatan perniagaan ini

meminimumkan tekanan syarikat

terhadap sumber asli dan sumbangan

kepada perubahan iklim. Dalam

sesetengah kes, jika sisa dihasilkan, ia

digunakan semula sebagai tenaga atau

bahan mentah.

CONTOH:
PENIAGA YANG 'ECO-FRIENDLY'
(PENIAGA YANG TAK GUNA PLASTIK)
BOTOL PLASTIK BOLEH GUNA SEMULA
LANDSKAP 'ECO-FRIENDLY'
PENIAGA PASAR TANI
PEMASANGAN PANEL SOLAR

10

kebaikan melaksanakan aktiviti

go green

1 - MEMELIHARA DAN MEMULIHARA SUMBER
ALAM SEMULA JADI

Aktiviti go green dapat membantu usaha
memelihara dan memulihara sumber alam
semula jadi. Setiap detik, jumlah kelahiran
manusia bertambah dari hari ke hari tetapi
keluasan muka bumi kekal dan tidak boleh
ditambah-tambah. Hampir keseluruhan aspek
kehidupan kita menggunakan sumber tenaga
yang diproses bertahun-tahun oleh alam
semula jadi. Flora dan fauna akan kehilangan
habitat atau tempat tinggal mereka dan
akhirnya pupus dek kerana kerakusan
manusia mengejar apa yang dianggap sebagai
kemajuan. Oleh itu, amalan kitar semula
seperti menggunakan produk atau bahan
yang boleh diperbaharui adalah penting untuk
memelihara alam semula jadi yang
dikurniakan Tuhan.

2 - MENGURANGKAN PENCEMARAN ALAM
SEKITAR



Pada masa yang sama, amalan kitar
semula dapat mengurangkan kadar
pencemaran alam sekitar. Kitar semula
secara langsung dapat mengurangkan
pembuangan sampah. Oleh sebab itu,
masyarakat perlu membuka mata dan
mengamalkan kitar semula bermula hari
ini untuk mengurangkan kawasan
pelupusan sampah dalam negara ini.
Natijahnya, aktiviti gotong royong ini
dapat membantu usaha mengurangkan
pencemaran terhadap alam sekitar

11

3- DAPAT MENJIMATKAN SUMBER
ALAM

kita dapat menjimatkan sumber

alam yang semakin

berkurangan.Dengan aktiviti kitar

semula kertas-kertas lama, kita

dapat mengelakkan penebangan

pokokbagi menghasilkan kertas. Kitar

semula besi buruk pula dapat

mengelakkan logam besi cepathabis.

Bagi bahan plastik pula, kita bukan

sahaja dapat menjimatkan sumber

untuk membuat bahan plastik tetapi

kita juga dapat mengelakkan kesan

buruk daripada bahan kimia yang

dihasilkannya.

4- DAPAT MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI

Dengan melakukan aktiviti go green,
kita juga dapat memupuk nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian. Antara nilai-
nilai murni tersebut ialah berjimat cermat,
bertanggungjawab dan mencintai alam
sekitar. Melalui amalan berjimat cermat,
kita akan menggunakan bekas plastik
sehingga rosak dan tidak membazir.
Melalui amalan bertanggungjawab pula,
kita akan mengitar semula barangan yang
boleh dikitar semula dan tidak akan
membuangnya ke dalam semak atau ke
dalam sungai

12

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pelaksanaan Go Green adalah satu
tindakan untuk kita menyelamatkan bumi yang sudah
mula mengalami kerosakan, banyak kerosakan dan
ketidakseimbangan penghijauan yang berlaku di muka
bumi dengan pesatnya pada zaman kini. Oleh sebab itu,
wujud gerakan Go Green yang melakukan penghutanan
semula bumi dan aktiviti lain agar bumi kembali tenang
dan sejuk semula, tetapi ramai yang tidak mempedulikan
dan mengabaikan gerakan ini, sehingga mereka (orang
yang tidak mempedulikan gerakan go green)
memusnahkan bumi ini sebanyak mungkin. Jelaslah
bahawa pelaksanaan Go Green dalam kalangan pelajar
memberi banyak impak positif, bukan sahaja pelajar,
akan tetapi seluruh masyarakat. Diharap segala langkah-
langkah yang telah disediakan dan dicadangkan itu
dapat dijalankan dengan sempurna dan dengan sebaik
mungkin. Akhirrulkalam, jadilah pelajar dan masyarakat
yang bertanggungjawab dan sayangilah negara.
Cintailah tumbuhan dan haiwan serta jadikanlah bumi
kekal hijau untuk keamanan sejagat.

13

RUJUKAN

MAKSUD GO GREEN



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK SEMANGAT GO GREEN DALAM
KALANGAN PELAJAR



CONTOH AKTIVITI GO GREEN


Click to View FlipBook Version