26180 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
TARIKH : 19 SEPTEMBER 2021
HARI : AHAD
MASA : 9.00 PAGI
PERASMI
YB MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH MEDIUM :GOOGLE MEET
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN 1
AHLI PARLIMEN PAYA BESAR
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
ISI KANDUNGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 36
SK BUKIT KUIN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Isi kandungan 2
2. Ucapan alu-aluan YDP PIBG 3
3. Jawatankuasa kerja mesyuarat agung PIBG ke 36 4
4. Senarai AJK PIBG 2020/2022 5
5. Agenda mesyuarat agung kali ke -36 6
6. Minit mesyuarat agung kali ke -35 7-11
7. Penyata kewangan 11-12
8. Perbahasan usul mesyuarat agung kali ke -36 13
9. Sekalung penghargaan 14
KATA ALUAN YDP PIBG SK BUKIT KUIN
هتاكربو الله ةمحرو مكيلع ملاسلا
Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita bersama-sama dalam
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36 pada tahun ini. Sokongan sebegini amat diharapkan agar segala
program PIBG boleh dijayakan dalam membantu pihak sekolah untuk meraih kecemerlangan dalam bidang akademik
mahupun bukan akademik.
Pada kesempatan ini,saya mewakili ahli jawatankuasa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak di atas kerjasama yang diberikan kepada PIBG dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan
kepasa kami.
Sebagai YDP PIBG, saya mengakui bahawa guru-guru sudah pun melakukan yang terbaik ke atas
Pendidikan anak-anak.Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan anak-anak tidak tercicir ekoran daripada
pandemic 19.Bagaimanapun ibu bapa turut tidak ketinggalan dalam memainkan peranan besar ketika anak-anak PdPr.
Semangat dan kerjasama ini sangat digalakkan bagi kecemerlangan anak-anak.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan bekerjasama kepada saya dan
semua AJK PIBG. Akhir kata, saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi dan diberkati Allah dan mendapat rahmat
dari-Nya. Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
YAAKOB BIN PATMO
Yang Dipertua PIBG,
SK Bukit Kuin, 26180 Kuantan, Pahang.
Jawatankuasa kerja mesyuarat agung PIBG ke 36
Penasihat : En Ramli B Deris
Yang Dipertua : En Yaakob B Patmo
Naib Yang : En.Kamarozaman B Jusoh @ Yusoff
Dipertua
Setiausaha : Pn Halimaton Bt Mat Salleh
Bendahari : Pn Farahana Bt awang
Jemputan / Surat : En. Yaakob bin Patmo
Siaran En.Ramli bin Deris
Semua GPK dan AJK PIBG
Pendaftaran QR : En. Mohamed Idhophee bin Mohamed Saoad (K)
Code dan Pautan En Mohd Noor bin Abdul Rahman
Google Meet
Juru Acara Majlis : Puan Ruyana bt Burhanuddin
Bacaan Doa : En. Ismail b Mansur @ Yahaya
Tayangan Slaid : Puan Siti Zarimah bt Sheikh Zahari
: Puan Ragayah bt Yunus
Poster digital / : En Musa b Mohd Dom
Publisiti dan
banner
Buku program Halimaton bt Mat Salleh
u
P
:
n
a
: Pua
Buku anyflip Farahana bt Awang
n
Pencatat Minit : Pn. Salawati bt Salim (K)
Pn Norhida bt Suid
Laporan dan : Puan Zaleha bt Abdullah
Dokumentasi Puan Fadzilah bt awang
Sijil dan : Puan Salmiah bt Hassan (K)
Cenderamata dan Puan Faizah bt Sidek
cabutan bertuah
Engku Erlini bt Engku Ismail
En.Mohd Amran b Rameli
Pn. Roslima binti Mohamad
Pn. Zainab binti Sidek
Senarai AJK PIBG 2020/2022
Penasihat : En Ramli B Deris
Yang Dipertua : En Yaakob B Patmo
Naib Yang Dipertua : En.Kamarozaman B Jusoh @ Yusoff
Setiausaha : Pn Halimaton Bt Mat Salleh
Bendahari : Pn Farahana Bt awang
AJK : Puan Alexcia Nuri binti Abdullah
Encik Muhammad Faizul bin Abdul Ghani
Puan Noorul Huda binti Abu Salim
Puan Nazatul Zaidah binti Ismail
Encik Wan Mohd Napi bin Wan Sulaiman
Puan Fazilah binti Mohd Noor.
Encik Musa bin Mohd Dom
Puan Ragayah binti Yunus
Puan Fadzilah binti Awang
Juruaudit : Puan Norliani binti Samli
Dalaman Puan Emilia Suriani binti Mohamed
ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG
08:30 pagiPendaftaran
09:00 pagiUcapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan doa
Ucapan Yang DiPertua PIBG
Ucapan Tuan Guru Besar
Ucapan Perasmian Majlis Mesyuarat Agung PIBG
Tayangan Video
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36
Agenda Mesyuarat :-
1. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35
2. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG Kali Ke-35
3. Membentang, Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan Kali Ke-35
4. Membahaskan Usul
5. Hal-hal Lain
6. Ucapan Penangguhan
7. Cabutan bertuah.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT KUIN KALI KE 35
HARI : AHAD
TARIKH : 8 MAC 2020
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN LESTARI, SK BUKIT KUIN, KUANTAN.
KEHADIRAN : 99 ORANG
1.0 UCAPAN ALUAN YDP PIBG SKBK 2019
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
1.2 Pengerusi juga mengalu-alukan kerjasama daripada semua.
2.0 UCAPAN PENASIHAT
2.1 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
2.2 Guru besar memaklumkan bahawa kehadiran mesyuarat adalah memuaskan.
2.3 Guru besar juga memaklumkan bahawa ini merupakan Mesyuarat Agung PIBG kali pertama beliau bersama PIBG SKBK.
2.4 Guru besar juga memaklumkan majlis akan bermesyuarat dahulu sementara menantikan kedatangan perasmi Yang Berhormat Mohd Shahar bin Abdullah
yang tidak dapat hadir pada waktu pagi kerana menghadiri program yang lain.
3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-35
3.1 Minit Mesyuarat Agung disahkan oleh Puan Hawa binti Sarip dan disokong oleh Puan Norzilawati binti Ismail.
4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN DARI JANUARI 2019 HINGGA JANUARI 2020
4.1 Laporan Tahunan disahkan tanpa pindaan oleh Puan Alexcia Nuri binti Abdullah dan disokong oleh Noorul Huda binti Abu Salim.
5.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019
5.1 Penyata Kewangan disahkan tanpa pindaan oleh Puan Ragayah binti Yunus dan disokong oleh Encik Musa bin Mohd Dom.
6.0 MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL
6.1 Usul 1.
6.1.1 Mengusulkan untuk mengadakan marathon amal bagi mencari dana untuk PIBG.
Pengusul : Encik Wan Mohd Napi bin Wan Sulaiman.
6.1.2 Guru besar mengalu-alukan pandangan dan idea dari penduduk kampung dan warga sekolah serta alumni SKBK
untuk membantu mengumpul dana untuk PIBG.
6.1.3 Guru besar bersetuju dan menyokong aktiviti ini dilaksanakan kerana bukan sahaja dapat mengumpul dana malah dapat mengeratkan
hubungan sekolah dengan penduduk kampung.
Tindakan : GPK Kokurikulum
6.2 Usul 2
6.2.1 Mengusulkan sumbangan PIBG pada setiap tahun akan dikutip dari awal tahun dan mendapat kebenaran bertulis dari JPN.
Pengusul : Encik Kamrozaman bin Jusoh@Yusoff
6.2.2 Sekolah akan bertindak untuk memohon kebenaran kutipan sumbangan PIBG 2020/2021 dari JPN. Sumbangan PIBG akan dikutip semasa
pendaftaran awal persekolahan pada setiap tahun. Sekolah juga mohon kerjasama ibu bapa untuk membuat sumbangan untuk membantu
sekolah melaksanakan program kecemerlangan murid.
Tindakan : SU PIBG dan guru kelas
6.3 Usul 3
6.3.1 Mengusulkan sumbangan PIBG dikekalkan iaitu RM60 bagi setiap keluarga.
Pengusul : Encik Muhammad Faizul bin Abdul Ghani.
6.3.2 Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan usul tersebut.
Tindakan : Semua ibu bapa murid.
6.4 Usul 4
6.4.1 Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2 tahun sekali.
6.4.2 Pengusul : Encik Yaakob bin Patmo
6.4.3 Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan usul tersebut.
Tindakan : Semua ibu bapa murid.
PEMBUBARAN AJK PIBG SKBK 2019
7.1 Encik Yaakob bin Patmo membubarkan AJK PIBG 2019 pada jam 9.35 pagi.
PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
8.1 Encik Mohd Ramli bin Deris dilantik sebagai pengerusi sementara.
PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AJK PIBG 2020/2022
9.1 Yang Dipertua (YDP)
Cadangan calon : Encik Yaakob bin Patmo
Cadang : Encik Che Dir bin Man
Sokong : Encik Kamrozaman bin Jusoh@Yusoff
9.1.1 Mesyuarat telah mengambil ketetapan bahawa Encik Yaakob bin Patmo dipilih sebagai YDP PIBG. (Tanpa bertanding).
9.2 Naib Yang Dipertua (NYDP)
Cadangan calon : Encik Kamrozaman bin Jusoh@Yusoff
Cadang : Puan Ragayah binti Yunus
Sokong : Encik Che Dir bin Man
9.2.1 Mesyuarat telah mengambil ketetapan bahawa Encik Kamrozaman bin Jusoh@Yusoff dipilih sebagai NYDP PIBG. (Tanpa bertanding).
9.3 Mesyuarat telah mengambil ketetapan bahawa jawatan Setiausaha dan Bendahari masih dikekalkan dalam kalangan guru (tanpa bertanding),
seperti berikut:
Setiausaha : Puan Halimaton binti Mat Salleh
Bendahari : Puan Farahana binti Awang
9.4 Mesyuarat mengambil ketetapan untuk membuat pertukaran tandatangan di akaun Bank Islam (BIMB) PIBG yang bernombor 06019010010023.
Tiga penama untuk akaun ini adalah seperti berikut:
Bil. Nama Jawatan No. Kad Pengenalan
1 Yaakob bin Patmo Yang Dipertua 820605-06-5629
2 Halimaton binti Mat Salleh Setiausaha 710420-06-5262
3 Farahana binti Awang Bendahari 810630-06-5154
9.5 Ahli jawatankuasa
calon 1 : Puan Alexcia Nuri Binti Abdullah
cadang : Puan Ragayah binti Yunus
sokong : Encik Kamarozaman bin Jusoh @ Yusoff
calon 2 : Encik Muhammad Faizul bin Abdul Ghani
cadang : Puan Salawati binti Salim
sokong : Encik Kamarozaman bin Jusoh @ Yusoff
calon 3 : Puan Nurul Huda binti Abu Salim
cadang : Puan Salawati binti Salim
sokong : Encik Yaakob bin Patmo
calon 4 : Puan Nazatul Zaidah binti Ismail
cadang : Encik Yaakob bin Patmo
sokong : puan Ruyana binti Burhanuddin
calon 5 : Encik wan Mohd Napi bin Wan Sulaiman
cadang : Puan Ragayah bt Yunus
sokong : Puan Hawa binti Sarip
calon 6 : Puan Fazilah binti Mohd Noor
cadang :: Puan Hawa binti Sarip
sokong : Puan Norhida binti Suid
9.5.1 Mesyuarat telah mengambil ketetapan bahawa ahli jawatankuasa yang dipilih ialah Puan Alexcia Nuri binti Abdullah, Encik Muhammad
Faizul bin Abdul Ghani, Puan Noorul Huda binti Abu Salim, Puan Nazatul Zaidah binti Ismail, Encik Wan Mohd Napi bin Wan Sulaiman,
dan Puan Fazilah binti Mohd Noor.
9.6 Juruaudit Dalaman
Calon 1 : Puan Norliani binti Samli
Cadang : Puan Salawati binti Salim
Sokong : Puan Azlizawati binti Aris
Calon 2 : Puan Emilia Suriani binti Mohamed
Cadang : Puan Alexcia Nuri binti Abdullah
Sokong : Puan Ragayah binti Yunus
8.5.1 Mesyuarat telah mengambil ketetapan bahawa Puan Norliani binti Samli dan Puan Emilia Suriani binti Mohamed sebagai Juruaudit Dalaman.
(Tanpa bertanding).
9.7 Mesyuarat telah mengambil ketetapan bahawa ahli jawatankuasa dalam kalangan guru (tanpa bertanding) seperti berikut:-
i. Encik Musa bin Mohd Dom
ii. Puan Ragayah binti Yunus.
iii.Puan Fadzilah binti Awang
9.8 Mesyuarat telah mengambil maklum bahawa Keahlian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi ibu bapa/penjaga murid prasekolah telah
didaftarkan.
10.0 HAL-HAL LAIN
10.1 Guru besar memaklumkan bahawa Sukan Tahunan SKBK kali ke 26 akan diadakan pada 20 April 2020 di Stadium Darul Makmur, Kuantan
kerana padang sekolah telah dirosakkan haiwan liar dan tidak dapat digunakan.
10.2 Guru besar mencadangkan agar pagar sekolah dibina untuk mengelakkan gangguan binatang liar yang masuk ke padang sekolah.
10.3 Guru besar mengumumkan bahawa sekolah telah memperoleh pencapaian 100% dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa
Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman, Matematik, dan Sains UPSR 2019.
10.4 Guru besar mohon kerjasama semua untuk membantu dan menyokong sekolah untuk kemenjadian murid.
10.5 Ustazah Siti Zarimah binti Sheikh Zahari memaklumkan bahawa kutipan Dana Pusat Sumber RM5 yang dikekalkan dari tahun 2019-2020 adalah
tidak lagi dilaksanakan.
10.6 Encik Yaakob bin Patmo bercadang untuk mengecat dan menghias kawasan sekolah dan berharap
akan mendapat bantuan dari pihak JKKK.
11.0 UCAPAN PENANGGUHAN DAN PENUTUP
11.1 YDP PIBG 2019 mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang memberi kepercayaan kepada
beliau dan mengharapkan kerjasama dari semua ahli untuk melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan.
11.2 Beliau juga menjanjikan masalah haiwan ternakan akan cuba diatasi segera.
11.3 Beliau juga memohon maaf atas segala kata-kata dan teguran.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.25 pagi.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
____________________ _______________________
NORHIDA BINTI SUID YAAKOB BIN PATMO
SETIAUSAHA PIBG, YANG DIPERTUA PIBG,
SK BUKIT KUIN, SK BUKIT KUIN,
26180 KUANTAN, 26180 KUANTAN,
PAHANG. PAHANG.
Cadangan/usul
1. MENCADANGKAN PIHAK SEKOLAH BOLEH MEMBINA LALUAN BERATAP DARI BANGUNAN
SEKOLAH HINGGA KE PAGAR SEKOLAH.INI BAGI MEMUDAHKAN IBUBAPA DAN MURID
SENANG MASUK DAN KELUAR SEKOLAH SEMASA HARI HUJAN.
PENGUSUL: HANIPAH BT ABDUL HABI
2. SUMBANGAN PIBG PADA SETIAP TAHUN AKAN DIKUTIP DARI AWAL TAHUN DAN MENDAPAT
KEBENARAN BERTULIS DARI JPN.
PENGUSUL: ENCIK YAAKOB BIN PATMO
SEKALUNG PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih atas sokongan dan sumbangan:
YB Shahar bin Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar
En. Yaakob bin Patmo, Yang Dipertua PIBG SK Bukit Kuin
En. Kamrozaman bin Jusoh@Yusoff, Naib Yang Dipertua PIBG SK Bukit Kuin
AJK PIBG SKBK 2020/2022
Guru-guru dan Ibu bapa / penjaga murid SKBK
serta
semua warga SKBK yang telah memberi sumbangan ke arah kecemerlangan SK Bukit Kuin
dan yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Kami berharap agar
YB/Tuan/Puan/Encik/Cik terus menyokongSK Bukit Kuin serta menyumbangkan tenaga dan
idea agar dapat merealisasikan aspirasi sekolah untuk terus menempa nama di peringkat
yang lebih tinggi. Semoga usaha ini diberkati dan mendapat manfaatnya.
……….TERIMA KASIH…………