The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitisarahabdulmanen, 2021-04-15 00:51:58

E FOLIO ETIKA DAN PERADABAN (1)

E FOLIO ETIKA DAN PERADABAN (1)

SULTAN IDRIS SHAH
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN

PERADABAN

TAJUK TUGASAN

RUKUN NEGARA

KELAS
DIPLOMA PERKHIDMATAN MAKANAN

AMALAN HALAL
(DHF1A)

1

SENARAI EDITOR:

NAMA PENSYARAH

ENCIK MOHAMAD IZZUDDIN HILMI B.
MOHAMAD ZAINI

NAMA PELAJAR:

NAMA NO.MATRIK
MUHAMMAD AKRAM BIN MUHAMMAD 17DHF20F2068

DARMAWAN 17DHF20F2010
SITI SARAH BINTI ABDUL MANEN 17DHF20F2006
MUHAMMAD AMIR HAFIZUDDIN BIN
17DHF20F2043
MOHD NAZARI
NURFAIZATUL’AMIRA BINTI 17DHF20F2056
17DHF20F2012
BAHAUDDIN
SITI NORNAJIHA BINTI IDROS
NURSYAHIRAH BINTI SAZALI

SITI NORNAJIHA (F2056) NUR FAIZATUL’AMIRAH (F2043) NURSYAHIRAH (F2012)

AMIR HAFIZUDDIN (F2006) SITI SARAH (F2010) MUHAMMAD AKRAM(F2068)

2

MUKA HADAPAN 1-2
3
ISI KANDUNGAN 4
5
PERHARGAAN 6
7
PENGENALAN 8-13

OBJEKTIF PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA 14-16
17
SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA 18
19
MAKSUD-MAKSUD RUKUN NEGARA:
 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
 KESETIAAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 KESOPANAN DAN KESUSILAAN

KEBAIKAN RUKUN NEGARA KEPADA MASYARAKAT

KESIMPULAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

3

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan semoga sihat selalu.Alhamdulilah dan
syukur kehadrat illahi kerana kami telah Berjaya menyelesaikan
tugasan ini dengan jayanya.Kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah MPU 21032 kami iaitu En
Izzudin Hilmi diatas tugasan ini dan dorongannya kepada kami
sepanjang tugasan ini berlangsung. Kami juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih dan ampun maaf kepada
mereka yang membantu kami melaksanakan tugasan ini secara
langsung atau tidak langsung hingga dapat menjayakan tugasan
ini dengan baik.Akhir kata kami akhiri dengan serangkap
pantun.

PERGI MELANCONG DI DALAM NEGERI,
DI NEGERI SEMBILAN DI DAERAH SERI MENANTI,
PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI,
ASSALAMUALAIKUM KAMI MINTA UNDUR DIRI.

4

Pengenalan

Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan danperpaduan yang
melambangkan wujudnya “kesatuan hati”.Perpecahan dan persengketaan pula
menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan
yang berbeza arah.Ini bermakna “konflikyang tidak berkesudahan akan
menghantui kehidupan masyarakat .Justeru,bagi membentuk sebuah negara
yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina
kecintaan (patriotisme),kesetiaan,permuafakatan dan perpaduan rakyat.

Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan malaysia yang
diperkenalkan secara rasmi pada 31ogos 1970.Rukun Negara bertujuan untuk
membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa malaysia yang
bersatu padu.Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan
antara rakyat untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakat,memelihara cara hidup demokratik,mencipta satu masyarakat
yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama,membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang
kaya dan berbagai-bagai corak ,dan untuk membina sesebuah masyarakat
progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.Perkara ini dapat
mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya.Namun
pada masa ini,prinsip rukun negara makin terpinggir dan dilupakan oleh
masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda.Oleh
itu,kepentingan penghayatan rukun negara dalan menghayati prinsip-prinsip
rukun negara akan dibincangkan.

Di negara kita,kerajaan telah mengubal rukun negara sebagai
falsafah,etika,dan ideologi (doktrin)negara.Sewajarnyalah setiap rakyat
memahami latar belakang,objektif dan prinsip rukun negara itu.Dari segi latar
belakangnya,rukun negara digubal setelahberlakunya peristiwa rusuhan kaum
pada 13 mei 1969.Peristiwa tersebut telahmendorong pemimpin negara dari
pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum
lebih utuh dan kental.

5

SEJARAH PERBENTUKAN RUKUN NEGARA.

Pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di
Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang.
Perbalahan yang sama turut berlaku di Pulau Pangkor (1960) , di Bukit Mertajam
(1966) dan Pulau Pinang sekali lagi (1967) . Peristiwa kekacauan ini hanya berlaku

secara kecil –kecilan sahaja. Langkah dan usaha yang serius iaitu peristiwa ini,
Kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk mencari satu formula bagi mengatasi

masalah tersebut supaya tidak berulang lagi.

Anggota –anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi
(Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein merangkap Pengarah

MAGERAN), tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr Ismail Bin Dato’ Abdul
Rahman, mendiang Tun Tan Siew Cin dan mendiang Tun V.T. Sambanthan), wakil-
wakil Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan
profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru

dan wakil-wakil kumpulan kecil.

Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang
dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun Abdul Razak
Bin Dato’ Hussein .Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya

selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumuskan
bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum

perlu diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut , maka
lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong

Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan
negara.

Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai
teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara
diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan

,kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan ,
Kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang
mengamalkan nilai Kesopanan dan Kesusilaan.

Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang
berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin
kesejahteraan masyarakat , seterusnya melahirkan sebuah negara dan bangsa
Malaysia yang bersatu , demokratik ,adil, liberal dan saintifik tanpa mengira
keturunan dan kepercayaan. Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah kunci kepada
masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian
dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara

6

Perisytiharan Rukun Negara

Objektif dan prinsip Rukun Negara
- Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk
perpaduan yang kukuh.Prinsip-prinsip yang terkandung dalam
Rukun Negara merupakan kunci kepada keharmonian dan
perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.Ia
terbahagi kepada dua bahagian :-

BAHAGIAN PERTAMA

- Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu
dibentuk :-

1) Mencapai perpaduan yang lebih erat.
2) Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik
3) Mencipta sebuah masyarakat yang adil.
4) Membentuk sikap yang liberal.
5) Membina sebuah masyarakat progresif

BAHAGIAN KEDUA

= Menggariskan lima prinsip Rukun Negara yang berikut :-

1) Kepercayaan kepada tuhan
2) Kesetiaan kepada raja dan Negara
3) Keluhuran perlembagaan
4) Kedaulatan undang-undang
5) Kesopanan dan kesusilaan

7

Maksud rukun negara

Prinsip dalam rukun negara yang perlu dijiwai oleh setiap rakyat
malaysia iaitu:

8

1. Kepecayaan kepada tuhan

Kepercayaan kepada Tuhan dimaksudkan sebagai bangsa dan negara
ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan
negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa islam adalah
Agama Rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-
kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di
mana-mana bahagian di dalam persekutuan dan tindakan membeza-
bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan atau perihal
agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun
Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada
Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan merosakkan bangsa dan
negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota
masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah
dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

9

2.Kesetiaan kepada raja dan negara

Prinsip kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adalah
berteraskan kepada amalan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai ketua negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan
Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga
diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-
negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-
Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan
kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula,
rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

10

3.kehuluran pelembaggan

Keluhuran Perlembagaan yang menekankan perlunya rakyat
menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau
kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah
sumber perundangan yang tertinggi dan berfungsi untuk memberi
perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara
Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal
berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
Oleh hal yang demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang
tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia juga turut
menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di
negara ini. Ianya juga adalah sumber rujukan bagi segala hal yang
berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan
hak sosioekonomi rakyat.

11

4.kedaulatan undang undang

Kedaulatan Undang-Undang. Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan
undang-undang menunjukkan bahawa setiap rakyat adalah sama
taraf di sisi undang-undang. Selain itu, Kebebasan asasi juga terjamin
bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara yang
berasaskan perlembagaan perlu diterima dan dipertahankan
kedaulatannya. Tanpa adanya undang-undang maka negara tidak
dapat mencapai keamanan dan kestabilan. Seterusnya, undang-
undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk
mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan
makmur. Menerusi kewujudan undang-undang juga, ianya akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat agar dapat hidup dalam
suasana yang teratur dan selamat tanpa sebarang bentuk kekacauan.
Hak-hak semua rakyat juga boleh diamalkan dengan bebas asalkan
tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara seperti mana
yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak kebebasan yang
dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan
kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang
tidak menurut Perlembagaan.

12

5.kesopanan dan kesusilaan

kesopanan dan kesusilaan menekankan perkembangan personaliti
dan tingkah laku setiap rakyat. Ianya bertujuan untuk membentuk
warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan
kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan. Sifat individu
yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat
penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan
bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan
masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi yang akan
membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila
ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh
atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang
tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan
bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian
bangsa dan nilai-nilai murni.

13

Kebaikan rukun negara KEPADA
MASYARAKAT MELAYSIA

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat
-Melalui usaha untuk mencapai perpaduan,semua lapisan
masyarakat perlulah menanam cita cita yang positif bagi membentuk
satu bangsa dan negara supaya kekal lama.sebagai contoh,pada
masa kini iaitu dilanda covid-19,semua masyarakat mestilah bersatu
padu dengan mematuhi SOP semas covid-19.Hal ini perlu dipatuhi
supaya dapat mengurangkan kes.

2. Mencipta sebuah masyarakat yang adil.
-semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk
menikmati kekayaan negara.Hal ini demikian keranan masyarakat
yang adil akan wujudkan negara yang stabil dan masyarakat yang
aman.Contohnya,kerajaan mestilah membuka peluang pekerjaan
yang banyak kepada semua masyarakat tanpa mengira berbilang
kaum.
- Semua masyarakat bebas mengamalkan agama dan adat resam
masing-masing .Malaysia dikenali di seluruh Negara kerana
mempunyai kekayaan dalam pelbagai kaum.

3. Membina sebuah masyarakat progesif
- memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap negara memelukan
masyarakat yang progesif terhadap kemajuan dalam bidang sains
dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi
terkini.Masyarakat yang progesif terhadap kemajuan sudah tentu
memberi banyak manfaat kepada Negara.contohnya dalam bidang
ekonomi.

4. Memelihara satu cara hidup demokratik
-perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan
kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan

14

tidak melanggar undang-undang negara.Umum mengetahui,sistem
pemerintahan di malaysia dijalankan secara demokrasi ,contohnya
semasa pilihan raya

15

KESIMPULaN RUKUN NEGARa

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan
menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa
luar mahupun dalam negara itu sendiri.
Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku
pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua,
betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta
menghindari sifat curiga – mencurigai antara satu sama lain.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama
lain.Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara
mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan
kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik.
Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa
dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan
rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven
untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan
terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali

16

LAMPIRAN

17

RUJUKAN

PENGENALAN:
http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/pengenalan.html
?m=1
OBJEKTIF:
https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://ku
mpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/objektif-rukun-
negara.html%3Fm%3D1&ved=2ahUKEwjjqavGov3vAhUwzDgGHY2m
Ap8QFjABegQIGhAC&usg=AOvVaw0iFVdc5zrQx9FH57tWC3HT&cshid
=1618387353429
MAKSUD RUKUN NEGARA:
https://agri.upm.edu.my/article/disebalik_makna_prinsip_rukun_ne
gara-43449
KEBAIKAN RUKUN NEGARA:
https://www.google.com/search?q=kesan+rukun+negara&client=ms
-android-oppo-rev1&prmd=inv&sxsrf=ALeKk03yVk_fVX-850X-
WjVNrh3BeLxw7w:1618370436522&source=lnms&tbm=isch&sa=X&
ved=2ahUKEwj8l-
_X4_zvAhXXzTgGHdv8C1UQ_AUoAXoECAIQAQ&biw=360&bih=630&
dpr=2
KESIMPULAN:
http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/kesimpulan.html

18


Click to View FlipBook Version