The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Skema Modul Mateen

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nik Aufa, 2023-08-03 09:49:03

SKEMA

Skema Modul Mateen

50 Cadangan jawapan : ● Mengajaknya ke majlis ilmu ● Memberi nasihat dan teguran ● Mencadangkan kepadanya berguru dengan ulama yang muktabar ● Melaporkan kepada guru @ ustaz @ kaunselor (b) (i) Sejarah ringkas Khawarij : Kumpulan pengikut Saidina Ali bin Abi Talib yang berpaling tadah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Tahkim. 2 isi x 1m = 2m (ii) Dua prinsip aliran Khawarij: ● Jawatan Khalifah atau Imam hendaklah diserahkan pemilihannya kepada rakyat untuk memilih sesiapa sahaja daripada kaum Muslimin yang layak. ● Wajib keluar menentang pemimpin atau Khalifah yang tidak adil. ● Beriktikad bahawa orang yang melakukan maksiat dikira berdosa besar dan kafir. 2 isi x 2m = 4m (iii) Cadangan bagi memastikan setiap umat Islam sentiasa berpegang teguh dengan akidah yang sebenar : ● Mengikuti majlis ilmu oleh ulama yang muktabar ● Istiqamah mengamalkan perintah Allah sama ada fardu atau nawafil ● Menjauhi segala larangan Allah serta ajaran yang menyeleweng dari ajaran Islam yang hakiki. 4m Isi = 1m H = 1m HL = 1m K = 1m 3 (a) (i) Maksud solat Duha: Solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas syuruk/ (1m) hingga sebelum gelincir matahari (1m). 2 isi x 1m = 2m (ii) Dua hikmah menunaikan solat Duha: ● Mendekatkan diri kepada Allah SWT bagi meraih kasih sayang daripada Allah SWT. ● Membuktikan ketaatan kepada Allah SWT setiap masa. ● Mendapat rahmat dan rezeki daripada Allah SWT. 2 isi x 2m = 4m


51 (iii) Bagaimanakah cara untuk menjadikan solat Duha sebagai amalan harian? Huraikan. Cadangan isi: ● Mempunyai ilmu tentang kelebihan solat Duha. ● Mengetahui bahawa amalan solat Duha sebagai pembuka pintu rezeki. ● Memperuntukkan waktu khusus bagi melakukan solat Duha dalam kehidupan seharian. ● Selalu bergantung harap kepada Allah dalam segala urusan terutama ketika mencari rezeki. ● Mengambil iktibar daripada kejayaan seseorang yang selalu menunaikan solat Duha. 4m Isi = 1m H = 1m HL = 1m K = 1m (b) (i) Dua rukun faraid: ● Orang yang mewariskan harta. ● Waris. ● Harta pusaka. 2 isi x 1m = 2m (ii) Dua syarat sah faraid: ● Orang yang mewariskan harta telah disahkan kematiannya. ● Waris masih hidup. ● Mengetahui status hubungan waris dengan si mati. ● Harta dimiliki oleh si mati. 2 isi x 2m = 4m (iii) Pembahagian harta: ‘Seorang bapa meninggal dunia’ - Hanya mempunyai seorang anak lelaki sebagai waris. ● Seluruh harta - Hanya mempunyai dua orang anak perempuan sebagai waris. ● 2/3 daripada harta. 2 isi x 2m = 4m 4 (a) (i) Sejarah ringkas kerajaan Abbaslyah: Asal penubuhan Bersempena nama bapa saudara Rasulullah, Al-Abbas Bin Abdul Mutalib. Pengasas Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali As-Saffah Tempoh Memerintah Selama 524 tahun 2 isi x 1m = 2m


52 Bilangan khalifah 37 orang khalifah Keluasan Kerajaan Meliputi sebahagian besar benua Afrika, Asia dan Eropah. Khalifah yang Terkenal 1. Abu Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali As-Suffah. 2. Abu Jaafar Abdullah Muhammad bin Ali Al-Mansur. 3. Harun Ar-Rasyid bin Muhammad Al-Mahdi bin Al Mansur Al Abbasi 4. Al-Makmun bin Harun Ar Rasyid bin Muhammad Al Mahdi Khalifah Terawal Abu Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali As-Saffah. Khalifah Terakhir Al-Mustaksim Billah Abdullah bin Mansur al-Muntasir Billah. Pusat Pemerintahan Baghdad, Iraq (ii) Dua faktor kegemilangan kerajaan Abbasiyah dari aspek berikut: a) Agama - Galakan khalifah yang memberikan peruntukan khas melalui Baitulmal untuk para ulama menjalankan aktiviti dakwah. - Semangat jihad yang tinggi dalam menguasai pelbagai bidang ilmu seperti ilmu bahasa,sains,kejuruteraan dan perubatan. - Peranan institusi pendidikan seperti masjid dan istana sebagai pusat pengajian ilmu Islam dan penyebaran dakwah b) Ketenteraan - Strategi peperangan yang mantap telah berjaya mengalahkan serangan musuh. - Inovasi peralatan peperangan yang moden dan canggih seperti manjanik, dababah dan barud. - Keprihatinan pemimpin menjaga kebajikan tentera melalui pemberian gaji dan bonus. - Dasar keterbukaan keanggotaan tentera kepada orang bukan Arab seperti Parsi dan Turki. 2 isi x 2m = 4m


53 (iii) Dua iktibar daripada pemerintahan kerajaan Abbasiyah yang perlu diambil perhatian oleh umat Islam: ● Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa (1m) untuk menerajui kepimpinan supaya urusan pentadbiran berjalan lancar. ● Kita hendaklah mencontohi ciri-ciri kepimpinan Islam(1m) dalam pentadbiran agar menjadi contoh ikutan terbaik. ● Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara (1m) dengan meningkatkan amalan patriotisme dalam diri. 2 isi x 2m = 4m (b) (i) Ketinggian akhlak Ahmad Ibrahim yang perlu diteladani oleh para pelajar (selain dari menjaga etika keadilan ketika mengendalikan perbicaraan): ● Suka menyebarkan ilmu. 1 isi x 2m = 2m (ii) Dua sumbangan Ahmad bin Ibrahim dalam aspek berikut: (a) Hasil karya: - Buku Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia - Buku Family Law In Malaysia. - Buku Sistem Undang-Undang Malaysia. - Buku Islamic Law In Malaysia. - Jurnal Hukum. (b) Perundangan: - Anggota panel pengasas kuliah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. - Pengasas dan penggubal enakmen undang-undang Islam (hudud dan qisas) Kelantan pada tahun 1991. 2 isi x 2m = 4m (iii) Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda dapat menjadikan tokoh di atas sebagai suri teladan dalam kehidupan. Huraikan. Cadangan isi: ● Bersungguh-sungguh menuntut ilmu. ● Bersifat cekal menyebarkan dakwah Islamiah. ● Menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki. ● Berusaha menjadi insan berkualiti. ● Bekerjasama dalam pembangunan negara. 4m Isi = 1m H = 1m HL = 1m K = 1m 5 (a) (i) Dua adab terhadap orang sakit: ● mendoakan kesihatan mereka ● membantu mereka yang ingin melakukan ibadat ● memberikan semangat dan motivasi ● memastikan tempat dan tubuh badan pesakit sentiasa bersih 2 isi x 1m = 2m


54 (ii) Dua hikmah beradab terhadap orang sakit : (JELASKAN) ● Menggembirakan pesakit agar hatinya tenang dalam menempuh ujian Allah SWT ● Mengeratkan ukhuwah sesama anggota masyarakat agar hidup diberkati Allah SWT ● Melahirkan keinsafan kerana diberikan nikmat kesihatan setelah melihat penderitaan pesakit 2 isi x 2m = 4m (iii) Tindakan yang wajar dilakukan sekiranya rakan anda terlibat dala kemalangan jalan raya : Cadangan isi: ● mendoakan kesihatan dan keselamatan pesakit ● Memberi motivasi supaya bersabar ● memberi bantuan untuk solat ketika sakit 4m Isi = 1m H = 1m HL = 1m K = 1m (b) (i) Maksud istiqamah: Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi laranganNya 2 isi x 1m = 2m (ii) Dua usaha untuk memiliki sifat istiqamah dalam diri: (JELASKAN) ● Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu ● Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT. ● Sentiasa mempelajari ilmu dan istiqamah mengamalkannya ● sentiasa berkawan dengan rakan yang berdisiplin dalam melakukan kebaikan Catatan: *Mana-mana jawapan munasabah diterima. 2 isi x 2m = 4m (iii) Dua hikmah mengamalkan sifat istiqamah dalam kehidupan : ● Menzahirkan individu yang berakhlak mulia kerana melaksanakan kebaikan secara berterusan ● Membentuk insan yang teguh pendirian dalam mempertahankan kebenaran ● Memperkukuh jati diri dengan sifat sabar dan tidak berputus asa untuk berjaya ● Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan Islam Catatan: *Mana-mana jawapan munasabah diterima. 2 isi x 2m = 4m Isi = 1m H = 1m KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


55 PERATURAN PEMARKAHAN SET 2 PENDIDIKAN ISLAM NO. SOALAN SKEMA JAWAPAN MARKAH 1 (a) (i) Sebab turun ayat: Sahabat berbincang tentang amalan yang mereka utamakan selepas pembukaan kota Mekah 1m. Perbuatan sahabat ditegur oleh Saidina Umar kerana meninggikan suara berdekatan mimbar Rasulullah dan beliau mengadu perkara tersebut kepada Rasulullah lalu turun ayat 1 isi x 2m = 2m (ii) Dua kepentingan Fiqh Al Aulawiyyat: - hasil kerja berkualiti - tindakan akan terkawal - lahir kesejahteraan sosial - amalan mengikut susunan 2 isi x 2m = 4m (iii) Cadangan Isi ; - utamakan kepentingan syarak - maklumkan kepada urusetia/penganjur 4m Isi = 1m H = 1m HL = 1m K = 1m (b) (i) Contoh pekerjaan Nabi berikut: ● Nabi Daud a.s - Tukang Besi ● Nabi Idris a.s - Tukang Jahit 2 isi x 1m = 2m (ii) Kelebihan berdikari: ● Menjadikan Islam dipandang tinggi kerana umatnya rajin berusaha. ● Mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal. ● Melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi melalui penerokaan ilmu dan kemahiran. ● Memperkasakan daya saing masyarakat untuk mempertingkat taraf kehidupan. catatan : *Mana-mana jawapan munasabah diterima. 1 isi x 2m = 2m (iii) Pengajaran hadis : ● Kita hendaklah memandang mulia kepada pekerjaan yang halal walaupun hasilnya sedikit. ● Kita hendaklah menghindari perbuatan meminta-minta dan bergantung kepada orang lain demi memelihara kemuliaan dan maruah diri. 2 isi x 2m = 4m


56 ● Kita hendaklah mencari ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik. ● Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan pertolongan mengikut keupayaan agar hidup dirahmati. catatan : *mana-mana jawapan munasabah diterima. (c) Dua bahagian Qalqalah: ● Qalqalah Sughra ● Qalqalah Kubra ● Qalqalah Akbar 2 isi x 1m = 2m 2 (a) (i) Maksud ajaran sesat : Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan As-Sunah. 2 isi x 1m = 2m (ii) Dua ciri ajaran sesat dari aspek akidah : ● Mengaku menjadi nabi atau rasul ● Mendakwa diri atau gurunya sebagai Imam al-Mahdi ● Menolak alam ghaib seperti ruh, malaikat dan jin. 2 isi x 2m = 4m (iii) “Menghalalkan perzinaan atas nama nikah” Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya golongan remaja terpengaruh dengan fahaman tersebut . Cadangan isi : ● Ramai remaja akan bergelumang dengan dosa ● Lahirnya ramai anak luar nikah ● Institusi kekeluargaan akan pincang 4m Isi = 1m H = 1m HL = 1m K = 1m (b) (i) Dua nama lain bagi Ahli Sunah Wal Jamaah : ● As-Salafussoleh ● Al-Asya’irah ● Al-Maturidiah ● Ahlul Hadis 2 isi x 1m = 2m (ii) Dua prinsip Ahli Sunah Wal Jamaah : ● Iman ialah kepercayaan serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan beramal dengan perbuatan sebagai bukti kesempurnaan iman. ● Meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib termasuklah alam kubur, hari akhirat, titian sirat dan malaikat. ● Syafaat Rasulullah adalah dengan izin Tuhannya. ● Perutusan para nabi dan rasul adalah harus bagi Allah dan merupakan rahmat kepada manusia. 2 isi x 2m = 4m


57 (iii) Dua kepentingan berpegang teguh dengan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah: ● Menjadi asas penerimaan sesuatu amalan. ● Memelihara kesucian agama Islam. ● Menjamin keamanan negara. ● Mendapat keredaan Allah. ● Mengelak umat Islam daripada terjebak dengan ajaran sesat. 2 isi x 2m = 4m Isi = 1m Huraian =1m 3 (a) (i) Dua syarat haji ialah: ● Islam ● Baligh ● Berakal ● Merdeka ● Berkemampuan/Istitha'ah 2 isi x 1m = 2m (ii) Dua perbezaan antara haji dan umrah ialah: Haji Umrah Dikerjakan pada bulan haji(1m) pada bila-bila masa (1m) Wajib wukuf(1m) Tiada wukuf(1m) Bermalam di Mina/Melontar Jamrah Kubra/Bermalam di Muzdalifah/Melontar 3 Jamrah(1m) Tiada Bermalam di Mina/Tiada Melontar Jamrah Kubra/Tiada Bermalam di Muzdalifah/Tiada Melontar 3 Jamrah(1m) 4 isi x 1m = 4m (iii) Ibadah Saie mengingatkan kita tentang peristiwa Siti Hajar yang berulang alik kerana mencari air untuk anaknya Nabi Ismail as. Pada pendapat anda bagaimanakah iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa tersebut bagi membentuk jati diri setiap pelajar Cadangan isi: ● bersabar dalam menghadapi cabaran menuntut ilmu ● tabah menghadapi ujian Allah ● sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan ● kegigihan menuntut ilmu 4m Isi = 1m H = 1m HL = 1m K = 1m


58 (b) (i) Maksud solat Istikharah: ● Solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam menentukan pilihan/ (1m) bagi sesuatu perkara. (1m) 2 keratan x 1m = 2m (ii) Dua hikmah menunaikan solat Istikharah: ● Meningkatkan keimanan kepada Allah ● Mendidik umat Islam sentiasa memohon sesuatu daripada Allah SWT ● Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik. 2 isi x 2m = 4m (iii) Amalan solat sunat Istikharah dapat membantu pelajar dalam kecemerlangan kehidupan. Bincangkan. Cadangan isi: ● sentiasa dapat petunjuk daripada Allah dalam setiap masalah yang dihadapinya ● lebih berkeyakinan dan tawakal kepada Allah dalam memilih hala tuju selepas belajar ● sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan. 4m Isi = 1m H = 1m HL = 1m K = 1m 4 (a) (i) Dua nama khalifah yang terkenal kerajaan Umayyah : 1. Muawiyah Bin Abi Sufian 2. Abdul Malik Bin Marwan 3. Al-Walid Bin Abdul Malik 4. Umar Bin Abdul Aziz 2 isi x 1m = 2m (ii) Dua faktor kegemilangan kerajaan Umaiyah dari aspek berikut: (a) Agama ● Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menyemarakkan aktiviti keilmuan seperti pengajian Al-Quran dan pembukuan hadis. ● Khalifah Al Walid bin Abdul Malik telah menaik taraf dan membina institusi masjid seperti Masjid Nabawi untuk merancakkan aktiviti keagamaan. (b) Sosial ● Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan dan penyediaan kemudahan asas seperti masjid, jalan raya dan hospital. ● Hubungan erat antara pemimpin dan rakyat. ● Mewujudkan suasana perpaduan dan harmoni dalam masyarakat. 2 isi x 2m = 4m


59 (iii) “Peringkat jihad ialah jihad memperbaiki diri, jihad melawan syaitan, jihad melawan kafir harbi dan munafik serta jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran”. (Imam Syamsuddin Muhammad Bin Abu Bakar Az-Zaraie) Huraikan cara mengaplikasikan pernyataan di atas untuk menjadi murid yang cemerlang. Cadangan isi: ● Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan. ● Gigih melaksanakan amal ibadah. ● Berusaha menjauhi kemungkaran/perkara yang sia-sia. ● Istiqamah mempertahankan agama dan Negara. 4m Isi = 1m H = 1m HL = 1m K = 1m (b) (i) Riwayat hidup Imam Malik: ● Nama penuh: Malik bin Anas al-Madani. ● Tarikh lahir: 93 H di Madinah. ● Tarikh wafat: 179 H ● Kuniyah: Abu Abdullah ● Keperibadian: - Mencintai Rasulullah sehingga tidak sanggup menunggang kuda dalam kota Madinah kerana menghormati jasad Rasulullah. - Mencintai ilmu dengan berpegang pada prinsip “Murid mencari Guru“. - Memuliakan majlis pengajian Hadis dengan memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian. - Sanggup berkorban harta demi untuk menuntut ilmu. ● Antara guru yang tersohor: - Nafi’ al-Madani - Muhammad bin Syihab al-Zuhri - Yahya bin Said al-Ansari Catatan: *Hanya 1 jawapan sahaja untuk nama guru dan keperibadian. 2 isi x 1m = 2m (ii) Bukti kesungguhan Imam Malik dalam menuntut ilmu: ● Sanggup berpanas terik demi menuntut ilmu. ● Sanggup menahan kesejukan demi menuntut ilmu. ● Berpegang kepada prinsip iaitu “Seseorang tidak akan sampai kepada apa yang dihajati daripada ilmunya sehingga dia benar-benar sanggup berkorban dalam apaapa jua keadaan”. ● Sanggup berkorban apa sahaja demi untuk menuntut ilmu. 2 isi x 2m = 4m


60 (iii) Kesungguhan Imam Malik dalam mengembangkan syiar Islam wajar dicontohi. Sebagai seorang murid, apakah peranan anda untuk meningkatkan kegemilangan Islam pada hari ini? Bincangkan. Cadangan isi: ● Sanggup berkorban untuk menuntut ilmu pengetahuan. ● Mengajak rakan-rakan untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari. ● Menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki. ● Memperbanyakkan penerokaan ilmu. 4m Isi = 1m H = 1m HL = 1m K = 1m 5 (a) (i) Maksud keseimbangan dalam wasatiyyah: ● Memenuhi keperluan rohani, jasmani dan akal secara sempurna/ (1m) dalam semua keadaan. (1m) 2 isi x 1m = 2m (ii) Dua contoh keseimbangan dari aspek berikut: (a) Rohani ● Istiqamah melaksanakan ibadat fardu dan sunat. ● Bersungguh-sungguh menghayati al-Quran / berzikir. ● Ikhlas dalam beribadat. (b) Jasmani ● Mengambil makanan baik / seimbang. ● Berehat selepas penat bekerja. ● Memenuhi keperluan fitrah / biologi manusia. 4 isi x 1m = 4m (iii) “Islam amat menekankan kesederhanaan dalam kehidupan”. Bagaimanakah anda dapat memenuhi tuntutan tersebut. Huraikan. Cadangan isi: ● Tidak membazir. ● Belanja dengan berhemah. ● Tidak melampaui batas dalam berbelanja. ● Tidak kedekut. 4m Isi = 1m H = 1m HL = 1m K = 1m (b) (i) Dua adab menjaga alam sekitar: ● Sentiasa mengekalkan ekosistem kehidupan flora dan fauna agar tidak terancam dan pupus. ● sentiasa memelihara dan memulihara alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang kerosakan ● sentiasa berusaha mengekalkan keceriaan dan kebersihan alam sekitar. 2 isi x 1m = 2m


61 (ii) Dua kepentingan beradab menjaga alam sekitar . ● Menikmati persekitaran yang bersih dan bebas daripada wabak penyakit kerana pembudayaan cinta akan alam sekitar ● meningkatkan pendapatan kerana melaksanakan aktiviti ekopelancongan ● melapangkan fikiran dan menenangkan jiwa kerana dapat melihat keindahan alam Catatan: *Mana-mana jawapan munasabah diterima. 2 isi x 2m = 4m Isi = 1m Huraian =1m (iii) “ PEMANASAN GLOBAL CETUS BENCANA” Berdasarkan kenyataan akhbar di atas bagaimanakah anda dapat memainkan peranan bagi mengurangkan masalah tersebut? Cadangan isi : ● membudayakan amalan kitar semula ● mengelakkan diri dari melakukan pembakaran terbuka ● mengurangkan penggunaan beg plastik ● menanam pokok di kawasan rumah \sekolah 4m Isi = 1m H = 1m HL = 1m K = 1m KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


Click to View FlipBook Version