Rahsia Ketahui kaedah komunikasi tanpa kata-kata Afnan Abd. Fatah International Master Trainer Body Language Analysis Statement Analysis (BLAST )T M
Pengenalan Bahasa badan atau dikenali juga dengan ilmu kinesik adalah satu kajian yang memerhati dan menganalisa gerakkan badan, ekspresi wajah yang dizahirkan serta pergerakkan badan dalam konteks komunikasi manusia. Melalui ilmu ini, mereka yang mempelajarinya mampu untuk memahami dan menafsirkan apakah yang ingin disampaikan, terutama yang tidak diucapkan secara lisan. Kajian berkenaan ilmu bahasa badan ini bermula sejak daripada tamadun Yunani dan Rom lagi dimana penggunaan bahasa badan adalah elemen penting untuk mengesahkan pernyataan dan meyakinkan para pendengar berkenaan apa yang dibicarakan kepada orang ramai. Selain daripada bahasa badan, cara pemakaian juga menunjukkan perbezaan dalam struktur sosial masyarakat ketika itu melalui jenis kain yang dipakai oleh golongan pemerintah, bangsawan dan lain-lain. 9
Selain daripada Aristotle (384SM - 322 SM) yang dikatakan banyak mengetengahkan retorik pentingnya ekspresi tubuh dalam kehidupan seharian, tokoh-tokoh lain seperti Seneca (4SM - 65M) juga terkenal dalam bidang etika pada zaman kegemilangannya. Perkembangan kajian bahasa badan juga diteruskan oleh Giambattista della Porta (1535 - 1615) melalui karyanya berjudul “De Humana Physiognomonia” yang telah diterbitkan pada 1593. Tokoh lain adalah Charles Le Brun (1619 - 1690) daripada Peranchis yang mengkaji wajah manusia dalam konteks seni dan ilmu kognitif. Selain Le Brun, Guillaume-Benjamin Duchenne (1806 - 1875) telah memberikan sumber terbesar dalam memperkenalkan “Duchenne Smile”. Gambar di sebelah menunjukkan bagaimana Duchenne membuat kajian berkenaan otot-oto yang ada dimuka yang digunakan dalam menghasilkan ekspresi. Kajian ini dilakukan dengan mengenakan arus elektrik berkuasa rendah yang juga mencetuskan kontroversi. 10
Jadual 3: Psikologi Warna Warna Psikologi Warna Putih Tenang, kesucian, kebersihan, kesedihan (pada sebahagian budaya) Hitam Kekuasaan, kewibawaan, kepintaran, kematian (pada sebahagian budaya) Kelabu Neutral, abadi, praktikal Merah Cinta, selesa, kehidupan, ketegangan, tenaga, keintiman Oren / Jingga Penuh tenaga, kegembiraan, perubahan, pemulaan Kuning Kebahagiaan, optimis, menarik perhatian, ceria Hijau Semulajadi, pertumbuhan, wang, kesihatan, ketenangan, hasad dengki Biru Ketenangan, sejuk, bijaksana, kebenaran, kesetiaan, fokus Ungu Kebolehpercayaan, kestabilan, sahabat, keselamatan, kesedihan (pada sebahagian budaya) Warna 19 Rujukan: http://www.arttherapyblog.com/online/color-psychology-psychologica-effectsof-colors/ Kelabu Putih Hitam Merah Oren Kuning Hijau Biru Ungu
Warna 20 Berikut adalah kombinasi-kombinasi ideal bagi warna pakaian, bergantung kepada kulit pemakai:-
Tahukah anda, corak interaksi sosial pada masa kini menggariskan individu yang mempunyai penampilan yang lebih kemas, cantik, dan bentuk badan yang menarik sering kali mendapat perhatian dan layanan yang baik daripada orang disekelilingnya. Penampilan 21 Hasil kajian daripada Cristiana Pop, salah satu ciri yang akan dilihat oleh individu sebelum memulakan komunikasi adalah aspek penampilan fizikal seseorang itu. Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan penampilan ini, ayuh kita lihat bentuk badan yang ada pada kebanyakkan manusia bagi memudahkan penerangan pada bab yang berikutnya.
Pengenalan Kemahiran berkomunikasi adalah satu kebolehan untuk mewujudkan interaksi atau hubungan melalui perantara atau tanpa perantara dengan orang lain. Kemahiran komunikasi ini meliputi kemahiran menulis, membaca, berucap serta mendengar. Proses komunikasi merupakan aktiviti utama manusia dan perlu dilakukan kerana interaksi antara manusia yang berlaku. 27
Pengenalan Dalam bab ini, kita akan membincangkan beberapa elemen yang terlibat dalam komunikasi lisan dan pendedahan bagaimana untuk mengetahui:- • Andaian-andailan dalam menganalisa pernyataan; • Apa yang diucapkan itu benar atau sebaliknya; • Jenis-jenis manipulasi lisan, dan • Psikologi pemanipulasi, 28
Analisa Pernyataan Menurut Carol Kinsey Goman, ketika menganalisa sesuatu yang diucapkan oleh seseorang, Anda perlu untuk mengambil kira elemen 5C pada apa yang telah diucapkan. Elemen 5C itu ialah:- 29 • Context -Apakah tajuk dan keadaan semasa ketika sesuatu perkara tersebut dinyatakan. • Cluster - Apakah latarbelakang mereka yang membuat pernyataan berikut, samada umur, pendidikan, jantina, sejarah kehidupan dan sebagainya. • Congruency - Adakah terdapat sebarang percanggahan dari segi fakta, kronologi kejadian, masa, kata ganti nama dan lain-lain semasa perucapan. • Culture - Penting juga kita mengetahui budaya dan adat resam bagi melihat samada adakah itu memang yang sering dilakukan atau sebaliknya. • Consistency -Adakah perkara tersebut memang menjadi amalan atau sebaliknya.
Analisa Pernyataan Menurut DePaulo (1996), 80% daripada pernyataan yang dinyatakan adalah manipulasi yang tidak disedari. Maka, Anda disarankan untuk lebih banyak bertanya untuk kepastian ketika seseorang memberikan maklumat kepada Anda. 30 Bertanya Dengar Jawapan Analisa Jawapan Rajah 2: Bagaimana untuk mengenalpasti samada pernyataan di manipulasi atau yang sebenar