The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitihasmahani, 2021-10-04 20:18:12

PENGGUNAAN KATA

PENGGUNAAN KATA

PRAKTIS 1

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberikan.

dan oleh atau untuk dalam
yang kepada pada kerana agar

Semua peserta Program Larian Hijau mulai berkumpul
di padang sejak pukul 6.30 pagi. Larian dimulakan tepat
_____________ pukul 7.30 pagi. Semua peserta kelihatan
bersemangat untuk memulakan larian tersebut. Tujuan
larian ini diadakan adalah ____________ menyemaikan
perasaan cinta akan alam sekitar yang indah dalam
kalangan peserta, di samping mengeratkan perpaduan
___________ kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana
program itu disertai ________________ peserta yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Program ini memberikan peluang
______________ para peserta untuk beramah mesra, sekali
gus menjalinkan hubungan yang erat antara satu dengan
yang lain.

buah ribuan bidang setiap orang
jambak beberapa sesetengah bilah semua

Program Gotong-royong Perdana Sekolah
Kebangsaan Sungai Dua telah diadakan di sekolah.
Sebelum program itu bermula, Tuan Guru Besar dijemput
untuk berucap di atas pentas. Beliau mengucapkan
__________ terima kasih kepada ___________ guru dan murid
yang memberikan kerjasama untuk menjayakan program
itu. Menurut beliau, _____________ aktiviti yang dirancang
oleh pihak sekolah tidak akan berjaya jika tidak mendapat
kerjasama daripada semua pihak. Selepas beliau
menyampaikan ucapan, pembahagian tugasan dilakukan.
Mereka dibahagikan kepada ____________ kumpulan untuk
memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.
_____________ peserta sudah membawa peralatan untuk
aktiviti gotong-royong tersebut.

sini tepi situ seberang atas
dalam sana bawah antara ini

Hafiz dan rakan-rakannya keletihan setelah
beberapa kilometer mereka mengayuh basikal.
Mereka berehat di __________ sebatang pokok
yang rendang di _____________ jalan. Beberapa
ekor burung hinggap di ____________ dahan pokok
itu. Di _____________ jalan itu pula ada sebatang
sungai. Hafiz minum beberapa teguk air untuk
menghilangkan dahaga. Kemudian, dia
memasukkan botol minuman itu ke ___________
beg galasnya semula.


Click to View FlipBook Version