The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

40 Soalan Lazim Tentang Stress
Tip Praktikal Kendali Tekanan Emosi
Oleh: Dr Rozanizam Zakaria
Pakar Psikiatri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Semerbak Iltizam (Pusat Sumber), 2021-06-07 09:29:06

40 Soalan Lazim Tentang Stress

40 Soalan Lazim Tentang Stress
Tip Praktikal Kendali Tekanan Emosi
Oleh: Dr Rozanizam Zakaria
Pakar Psikiatri

Sumber: https://twitter.com/bustudenthealth/

SELAIN RELAKSASI APA LAGI YANG SAYA
BOLEH BUAT?

• Berhubung dengan manusia – kenalan, ibubapa, pasangan,
sesiapa sahaja

• Perhubungan adalah seperti penampan atau safety net waktu
tertekan

• Kalau anda percaya – anda boleh luahkan dan berkongsi
• Validate emosi anda dengan orang lain
• Jika tidak – anda boleh sekadar berbual apa sahaja topik
• Selain becakap anda juga boleh hantar pesanan, menulis atau

berhubung dengan memberi hadiah



SEKARANG SAYA DAH TENANG, BAGAIMANA PULA
SAYA NAK URUSKAN TEKANAN DALAM HIDUP?

Apa jua masalah yang kita alami dalam hidup yang menyebabkan kita tertekan, sebenarnya pilihan yang ada di tangan kita
hanya 4.

1. Selesaikan masalah kita (work on the problem)
2. Tak boleh selesai masalah, ubah emosi yang menyakitkan yang datang sekali dengan masalah (work on the emotion)
3. Tolerate masalah tersebut (work on acceptance)
4. stay miserable

Contohnya kita nak pergi kerja, tapi kereta rosak. kita jadi serabut sebab dah lambat pergi kerja.
Tak kira berapa lama dan seteruk mana kita tertekan, akhirnya pilihan hanya ada 4

1. Telefon boss, panggil pomen, resecheduel meeting
2. Kawal kemarahan kita, relax dan berhenti minum pagi dulu
3. It is what it is. Redho. Memang ada masa kereta akan rosak!
4. Tendang kereta, sumpah seranah, mengamuk kat tempat kerja.

Benar, masalah biasanya tak se-straight-forward contoh di atas. Tapi pilihan masih 4.
Biasanya, pilihan ke-4 yang paling mudah. Sebab, ia tidak memerlukan tindakan. Tindakan itu yang memeritkan, sebab setiap
tindakan memerlukan
1. proses buat pilihan
2. usaha
3. sabar
4. terima outcome
5. perbetul kaedah
4 pilihan ini.

SEKARANG SAYA DAH TENANG, BAGAIMANA PULA
SAYA NAK URUSKAN TEKANAN DALAM HIDUP?

• Tiada satu nasihat yang boleh selesaikan semua persoalan
• Setiap orang berbeza keadaan
• Namun apa jua permasalahan, mesti bermula dengan kenal pasti

masalah anda
• Adakah ia actual atau eventual problem?

APA PULA BEZA ACTUAL DAN EVENTUAL
PROBLEM?

ACTUAL EVENTUAL Masalah itu
belum berlaku,
Masalah itu tapi kita cipta
memang wujud dalam fikiran

Contoh: tak “kalau aku
cukup duit failed nanti
macam mana..”

APA PULA BEZA ACTUAL DAN EVENTUAL
PROBLEM?

ACTUAL EVENTUAL

Masalah Masalah fikiran
praktikal
Tak perlu solusi
Perlukan solusi praktikal tapi
praktikal perlu ubah cara
fikir

BAGAIMANA NAK SELESAIKAN MASALAH ACTUAL?

BAGAIMANA NAK SELESAIKAN MASALAH ACTUAL?

- Muhasabah masalah yang berlaku
- Kenalpasti pilihan yang ada
- Berkongsi dengan mereka yang berpengalaman
- Jangan takut untuk bertanya dan belajar
- Ubah sikap atau kaedah sediada jika ia menyumbang kepada masalah
- Sediakan plan B
- Minta bantuan orang lain (contohnya isu rumahtangga)
- Dapatkan bantuan professional (contohnya isu kewangan)

BAGAIMANA NAK SELESAIKAN MASALAH
EVENTUAL?

- Perhatikan cara kita berfikir
- Sekiranya banyak, catatkan apa yang ada dalam fikiran
- Perhatian kembali fikiran tersebut
- Jangan terus bersetuju – tetapi persoalkan semula

“adakah fikiran ini membantu aku?”
“adakah fikiran ini kena dengan apa yang aku inginkan dalam hidup”
“kalau orang lain sebut perkara yang sama adakah aku akan bersetuju?”

“ada tak fikiran alternative yang lebih sesuati?”

Bezakan apa yang dalam kawalan
kita dan apa yang bukan.

Contohnya, kita triggered dengan
posting seseorang di media sosial.

Tutup window, Tarik nafas dalam-
dalam, dan kemudian ingatkan diri
kita

“aku tak boleh kawal apa yang
orang post. Tapi aku boleh kawal
apa aku nak tengok dan apa aku

tak tengok di media sosial”

62

Patience
Provides
Perspectives

Bila hadapi sesuatu musibah, jangan bertindak melulu sewaktu beremosi.
Jangan buat keputusan sewaktu beremosi. Beri masa untuk anda tenangkan
diri, proses apa yang berlaku, setelah itu baru anda akan dapat melihat
dengan sisi yang lebih rasional.

63

Belajar untuk jadi assertif

• Antara cara untuk mengawal stress adalah dengan belajar untuk
menolak, learn to say NO (dengan baik).

• Ramai orang yang terperangkap dengan stress di tempat kerja, dibuli,
terperangkap dengan kerja tak sudah, kerja orang lain, kerja bukan
yang hakiki, kerja bukan yang utama, bila:

• 1. Tidak bertegas dalam hidup
• 2. Terlalu fikirkan orang lain
• 3. Rasa jahat bila menolak permintaan
• 4. Lupa kebajikan diri sendiri

64

APAKAH KEKUATAN SPIRITUAL MEMBANTU
KITA MENGENDALIKAN STRESS?

• Sudah tentu sekali
• Semua tips yang saya kongsikan sebenarnya semuanya bersifat

spiritual
• Semuanya selari dengan kehendak agama – supaya kita mengawal

emosi dan bertindak dalam keadaan tenang.

65

Surah Ar-Ra’d, ayat 28

“Orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati

Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”

66

“Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan,
kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti,
atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang
mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-

dosanya”

(Hadis Riwayat Bukhari)

TERAPI DARI LANGIT

• Musibah itu seperti awan, sedangkan kehidupan adalah langitnya.
• Awan itu sifatnya datang dan pergi, tak kira yang cantik atau yang kelam. Sedangkan langit terbentang

dibelakangnya tidak berubah.
• Begitu jugalah sifatnya musibah. Ia tidak mendefinisi kehidupan, kerana ia hanya satu babak dalam jalan cerita

panjang kehidupan.
• Kita boleh pilih untuk tersangkut pada satu babak, atau meneruskan perjalanan panjang cerita.
• Dalam falsafah psikologi moden disebut sebagai konsep 'acceptance'. Ianya sebenarnya berakar lebih lama

dalam konsep pemikiran orang beriman. Kerana kita diajar tentang redha sebagai pilihan terbaik
• dalam menghadapi musibah.
• Ramai tersalah dengan menganggap redha sebagai petanda kelemahan. Sedangkan Redha adalah suatu

proses aktif yang memerlukan kekuatan. Ia adalah amal yang perlu dilaksana, bukan kata-kata hikmah yang
sekadar diungkap.
• Ramai yang terperangkap dengan masa silam. Kerana terlalu sayang untuk melepaskan. Rasa bersalah jika
melepaskan, seolah-olah dia kalah kerana membiarkan musibah menang. Sedangkan kitalah yang tertewas
jika memilih untuk ditakrifkan dengan satu babak yang berlaku dalam kehidupan kita, sambil menafikan
babak-babak lain.

68

TERAPI DARI LANGIT

• Abdullah Ibnu Abbas pernah mengungkap kata-kata yang cukup bermakna:
• "kalau Allah hilangkan cahaya dari kedua mataku, aku masih ada cahaya dari telinga dan lidahku..."
• Begitulah orang beriman. Dia memilih untuk 'unstuck' dirinya dari satu musibah dengan melihat sisi lain

yang lebih baik. Kerana awan datang dan pergi, langit tetap di situ.
• "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan

memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan
apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan
dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya. " (Hadis riwayat Bukhari)
• Bagaimana untuk redha?
• 1. Yakin bahawa semua perkara berlaku atas ketentuan Allah.
• 2. Belajar untuk let go (melepaskan)
• 3. Fokus pada solusi dan bukan masalah
• 4. Bezakan benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal
• 5. Lihat musibah sebagai pintu kebaikan

69

"kalau Allah hilangkan cahaya dari kedua mataku,
aku masih ada cahaya dari telinga dan lidahku..."

Abdullah Ibnu Abbas
Kata-kata ini mendidik jiwa kita untuk tidak sekali-kali putus asa dengan

rahmat Allah yang Maha Luas

70

71

DOA MENGHINDAR TEKANAN

72

DAPATKAN BANTUAN.
ANDA TIDAK

KESEORANGAN

73

74

Terima Kasih

Ikuti perkongsian kesihatan mental dan psikologi menerusi platform

• FB Dr Rozanizam Zakaria
• FB Laman Minda
• FB I-Medik
• Twitter @DrRozanizam_Zakaria
• YouTube Channel – Dr Rozanizam Zakaria
• Telegram Channel Dr Rozanizam Zakaria t.me/DrRozanizam

75

76

DAPATKAN BUKU-BUKU DR ROZANIZAM ZAKARIA DI PASARAN

77

Penghargaan

Terima kasih kerana sudi berkongsi penulisan ini untuk manfaat bersama.

Penulisan ini terhasil pada waktu kita semua bergelut dengan pandemik Covid-19. Ramai yang
terkesan secara emosi dan kehidupan secara umumnya.

Sama-sama kita doakan agar musibah ini berakhir dan Allah lindungi keluarga kita dan negara
kita dari bahaya.

Semoga setiap dari kita mengambil peranan membantu orang disekeliling kita yang terkesan.
Penulisan ini adalah sumbangan ikhlas penulis buat semua yang terkesan. Semoga dapat
membantu sedikit sebanyak dari aspek emosi. Sebarkan kebaikan, moga jadi amal jariah
dalam bentuk ilmu yang bermanfaat.
Mohon titipkan doa agar penulis, ibubapanya dan seluruh keluarga diberkati Allah,
dimurahkan rezeki dan diberi kekuatan untuk terus menyumbang kepada ummah.

Assalamualaikum w.bt

78


Click to View FlipBook Version