SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MERAB LUAR,
43000 KAJANG, SELANGOR.
Tarikh MINIT MESYUARAT UNIT BANTUAN DAN KEBAJIKAN MURID
Masa BIL. 1, 2021
Tempat
Kehadiran : : 6 APRIL 2021 (SELASA)
: 11:30 PAGI (GURU PETANG) & 1:00 TENGAH HARI (GURU PAGI)
: MAKMAL KOMPUTER
BIL NAMA JAWATAN
1. ANITA BINTI SARIDIN PK PENTADBIRAN
2. HARTINI BINTI MOHAMED PK HAL EHWAL MURID
3. SALWA BINTI HUSSIN
4. NORZIRAH BINTI ISMAIL S/U HEM
5. ALFATAH BIN SAIRONI GBKSM
6. ALI AZIAN @ ALIAH AZIAN BINTI ZAKARIA GURU
7. MD NOOR BIN BILLAK GURU
8. MOHAMAD RASYDAN BIN MOHAMAD YUSOFF GURU
9. MOHAMAD SOLEHUDDIN BIN MOHAMAD SIDEK GURU
10. NIK BAHIRAH BINTI NIK MAT SALLEH GURU
11. NOOR AZREENA BINTI MD NOOR GURU
12. NOR AKMA BINTI BAHAROM GURU
13. NORAZURA BINTI ABDULLATIF GURU
14. NORAINI BINTI BAHAROM GURU
15. NORASHIKIN BINTI ABDUL RAHMAN GURU
16. NORLIZAH BINTI MOHD JASIT GURU
17. NUR KHAIRIYAH BINTI MOHD NASIR GURU
18. PAZLI BIN ZAWAWI GURU
19. ROHANI BINTI KAMIS GURU
20. ROSHIDA BINTI NAYAN GURU
21. SARINAH BINTI MUSTADI GURU
22. SHARIFAH NUR LIYANA BINTI SYED ALWI ALLHADAS GURU
23. SITI NORAISYAH BINTI JAMALUDIN GURU
GURU
24. SITI NUR HAFEEKA BINTI HASLAN GURU
25. SITI WAN AISHAH BINTI WAN ILIAS GURU
26. TUAN HANIZAH BINTI NIK HIM GURU
27. V. GANES MOORTHY A/L R. VETHIAH GURU
28. WAN NORAINAWATI BINTI WAN HAMZAH GURU
29. YOSNI NORHAFIZAH BINTI YONG GURU
30. NUR LIZAWATI BINTI MOHAMAD NOR GURU
31. ZARISA BINTI JAILANI GURU
32. ADLAN BIN ABDUL HAMED GURU
Tidak Hadir (Bersebab) : CATATAN
CRK
BIL NAMA GURU
1. WAN SITI ASMAK BINTI WAN DOLLAH TAKLIMAT DI IPG (GURU PEMBIMBING)
2. NOOR HASLINA BINTI RHAZALEE KP BM (KUNJUNG BANTU DARIPADA PPD)
3. MOHD ASRIN BIN MOHD ARIF,PPT
4. ROSMAZIAH BINTI KAMARUDIN CRK
5. SOPIAH BINTI OMAR CRK
6. YAHUZA BIN AB RAHMAN URUSAN KELUARGA
URUS SETIA MESYUARAT : SETIAUSAHA HEM
1. SALWA BINTI HUSSIN
1.0 UCAPAN PENGERUSI (PK HEM)
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan mengucapkan terima kasih atas
kehadiran semua. Pengerusi turut membacakan maksud daripada potongan ayat
al-Qur’an berkaitan dengan masa. Penghargaan berupa cenderahati diberikan kepada
guru yang datang paling awal ke mesyuarat.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Disahkan oleh : En. Adlan bin Abdul Hamed
Disokong oleh : Pn. Norlizah binti Mohd Jasit
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Mesyuarat HEM 1/2021
3.1.1 Telah dilaksanakan pada 19 Januari 2021 melalui atas talian bersama semua guru.
Malah, tugas dan peranan guru kelas telah diperincikan sewaktu mesyuarat tersebut.
3.2 Pelan Strategik Organisasi HEM
3.2.1 PSO HEM 2021 ialah untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah dan
mengurangkan masalah disiplin.
3.3 Sistem Pengurusan Murid
3.3.1 Antara tugas guru kelas berkaitan Sistem Pengurusan Murid ialah :
3.3.1.1 Daftar Murid
Pendaftaran menggunakan mykid/mykad.
Pendaftaran tanpa dokumen
3.3.1.2 Kemaskini data
Profil murid
Bapa
Ibu
Penjaga utama
Penjaga kedua
Prasekolah
Subjek
Murid khas
3.3.1.3 Murid bukan warganegara
Mengesahkan status murid bukan warga dan murid tanpa dokumen
3.3.1.4 Pengesahan pindaan
Pengemaskinian yang telah dibuat oleh penjaga di SPATKPM
3.3.1.5 eRKM
Rekod kesihatan murid
3.3.1.6 Verifikasi data
Semak silang dengan data yang ada iaitu sama ada dengan sijil lahir, sijil
warganegara, resit fi, sijil nikah, bil utiliti, penyata pendapatan, kad oku atau
akaun bank/ nombor bank
3.3.1.7 Kehadiran
Penandaan kehadiran murid adalah sebelum jam 10 pagi (sesi pagi) dan
sebelum jam 3 petang (sesi petang)
3.4 Peranan dalam APDM
3.4.1 Terbahagi kepada 3, iaitu : tugas admin, guru kelas dan pembantu tadbir.
3.4.2 Tugas admin ialah :
Daftar kelas
Mengesahkan data
Mengesahkan permohonan
Muat turun data
Memadam murid
Mengesahkan status murid bukan warga dan murid tanpa dokumen
Memantau pengisian kehadiran
3.4.3 Tugas guru kelas ialah :
Daftar murid
Mengesahkan status murid bukan warga dan murid tanpa dokumen
Mengisi kehadiran
Verifikasi data
eRKM
Kelas Rancangan Khas
3.4.4 Tugas pembantu tadbir pula ialah :
Pendaftaran murid tahun 1
Tindakan : Guru Kelas/ Penyelaras Tahun
4.0 PERKARA BAHARU
4.1 E-Kehadiran
4.1.1 Sistem Pangkalan Data Murid (APDM) diwujudkan bertujuan merekod semua data asas
murid yang bersekolah di sekolah bawah kelolaan KPM. Ia juga diguna pakai oleh sebahagian
besar sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM atau agensi kerajaan lain seperti di bawah
Jabatan Agama Islam Negeri. Ia juga merupakan data tunggal yang wajib diguna pakai oleh
kesemua aplikasi yang melibatkan murid di bawah KPM.
4.1.2 Analisa kehadiran untuk setiap bulan mesti dihantar pada akhir bulan. Tahniah
diucapkan kepada Puan Sarinah dan Puan Aliah kerana telah menghantar analisa bulan Mac.
4.2 Data Murid
4.2.1 Data murid yang terdapat dalam APDM mempunyai 5 komponen, iaitu :
Profil Murid
Profil ibu dan bapa
Profil penjaga utama (sekiranya kedua-dua ibu dan bapa tidak bekerja, maka jumlah
pendapatan hendaklah diletak sebanyak RM 300)
Murid berkeperluan khas
Asrama (murid KKR mesti ditagging tinggal di asrama)
4.2.2 Pada tahun 2020, KPI kehadiran yang ditetapkan ialah 92%. Namun tidak tercapai
kerana covid-19. Maka KPI kehadiran pada tahun ini adalah 90%.
4.3 Masalah Ketidakhadiran Murid
4.3.1 Beberapa nama murid yang tidak hadir melebihi 3 hari telah dipaparkan untuk makluman
dan tindakan guru kelas. Peranan guru kelas mestilah cakna dan ambil tahu sebab
ketidakhadiran murid.
4.3.2 Mesyuarat juga telah memutuskan sekiranya murid tidak hadir, bagi ibu bapa yang
memaklumkan di dalam what’s app kelas, surat juga mesti dihantar ke sekolah. Guru kelas
boleh “screenshot” perbualan tersebut untuk dijadikan bukti.
Tindakan : Guru Kelas
4.4 Murid Bukan Warganegara
4.4.1 Setakat ini, data murid bukan warganegara adalah seramai 3 orang iaitu :
1) Nur Jannah binti Abdul Rahim (2 Dinamik)
2) Arlia Isfadiah binti Muklis (3 Dinamik)
3) Zahratul Jannah binti Heriyawan (6 Dinamik)
4.4.2 Bayaran levi bagi murid bukan warganegara telah dibayar ke PPD kecuali Arlia Isfadiah
binti Muklis dari kelas 3 Dinamik.
4.4.3 Bayaran tersebut harus dibayar sebagaimana mengikut surat pekeliling :
Tindakan : Makluman Guru Kelas
4.5 Pengurusan Salahlaku dan Sahsiah Diri Murid
4.5.1 Taklimat disiplin telah dibuat kepada murid Tahun 1. Unit Disiplin boleh meneruskan
taklimat disiplin untuk tahun 2 dan 3 pula bagi sesi petang.
4.5.2 SSDM diisi secara mingguan selewatnya setiap hari Jumaat. Oleh itu, setiap guru mesti
mengisi sahsiah diri murid berkala secara mingguan. Cara pengisian telah ditaklimatkan
sebelum ini.
4.5.3 Guru disiplin mesti memastikan murid yang berbasikal semasa penyuraian waktu balik
berada dalam keadaan teratur dan keluar secara sistematik.
Tindakan : Unit Disiplin dan Semua Guru
4.6 Jawatankuasa Bantuan dan Kebajikan
4.6.1 Banyak bantuan yang diterima oleh murid di sekolah ini. Semuanya berada di bawah
pengurusan Jawatankuasa Bantuan dan Kebajikan. Antara bantuan yang diuruskan ialah :
Murid MBK (menerima elaun EMK). Sekiranya murid MBK berpindah sekolah, maka
surat harus disediakan oleh sekolah terdahulu mengatakan bahawa murid tersebut telah
bepindah sekolah.
Murid berpendapatan RM 3000 dan ke bawah (menerima BAP)
Murid berpendapatan RM 604/perkapita RM 151 (menerima RMT)
Murid berpendapatan RM 960/perkapita RM 244 (menerima KWAPM)
Murid anak yatim dan miskin (menerima ekasih)
4.7 Penilaian Kebersihan dan Keceriaan Kelas
4.7.1 Borang penilaian kelas telah disediakan oleh Unit Kebersihan dan Keceriaan. Guru
bertugas setiap minggu mestilah mengisi 11 item yang terdapat dalam borang tersebut.
4.7.2 Guru kelas sentiasa mengingatkan murid mengenai kempen “Kitar Semula” yang
merupakan program sekolah. Guru kelas boleh menyediakan bahan kitar semula mengikut
kumpulannya. Seperti botol, kertas dan tin.
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Rekod suhu murid dan waktu penyuraian
5.1.1 Suhu murid masih lagi diambil dan dicatat di dalam Buku Rekod Suhu selagi masih
berada dalam PKPB. Begitu juga waktu penyuraian murid sehinggalah dimaklumkan ada
perubahan.
5.2 Terdapat cadangan daripada Puan Yosni berkaitan QR Code untuk diambil setiap kali
murid masuk ke kawasan sekolah dan juga sewaktu keluar. Namun, cadangan itu memerlukan
kepakaran guru juga kos untuk menyediakannya.
5.3 Kehadiran murid sesi petang setiap hari Jumaat terutama apabila bersambung dengan
cuti panjang (contohnya cuti sekolah) sangat mendukacitakan. Isu kehadiran yang rendah juga
harus dikaji. Manakala bagi kes demam, sakit, urusan keluarga atau ketidakhadiran lain buat
masa ini (dalam tempoh PKPB) alasan yang diberikan oleh ibu bapa dalam aplikasi what’s app
masih diterima, namun selepas semua kembali normal hanya surat sahaja yang diterima. Ini
kerana dibimbangi ada pihak yang mengambil kesempatan.
5.4 Puan Roshida memaklumkan sekiranya ada dalam kalangan guru-guru yang
nempunyai lebihan pakaian uniform sekolah bolehlah diberikan kepada beliau untuk kegunaan
murid Tahun 1 yang mempunyai kes kecemasan seperti membuang air besar atau air kecil
yang tidak sempat pergi ke tandas.
5.5 Sumbangan daripada guru kelas amat dialu-alukan untuk “Road to Ramadan”. Puan
Norzirah memaklumkan sekiranya ingin membuat kutipan daripada ibu bapa, ianya mestilah
merupakan kerjasama PIBG dan secara 1 hala. Bukannya merupakan program atau kutipan
secara berkali-kali. Ini untuk memudahkan ibu bapa memberi sumbangan atau galakan
bersedekah sewaktu bulan Ramadan. Setiap murid akan menerima sumbangan duit raya dan
guru kelas uar-uarkan kepada murid supaya datang ke sekolah nanti. Secara tidak langsung,
ini juga dapat meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.
5.6 Puan Anita turut memaklumkan sekiranya ada murid MBK yang menyertai
pertandingan yang melibatkan pembayaran, elaun EMK yang diperolehi oleh mereka boleh
digunakan untuk tujuan tersebut.
6.0 PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:00 tengah hari (guru petang) dan 2:30 petang (guru
pagi) dengan kata-kata motivasi “Buat Tanpa Tapi, Lakukan Tanpa Nanti”.
Urus Setia
Setiausaha Hal Ehwal Murid
SK Sungai Merab Luar
Tarikh : 8 April 2021