IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 95
IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 96
IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 97
IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 98
IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 99
IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 100
IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 101
IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 102
103
104
7 hingga 9 Okt 2022 IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 105
IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 106
IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 107
IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 108
109
110
111
112
113
114
87 IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 115
87 29 April 2022 IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 116
87 29 April 2022 IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 117
87 IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 118
87 IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 119
87 IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 120
87 Majlis Sejambak Kasih Sanjungan Budi IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 121
87 IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 122
87 IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 123
87 Majlis Perpindahan Pn Noor Fatin, Pn Farhanah dan Pn Nik Rosleena IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 124
92 IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 125
IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 126
CERPEN | TERAKHIR Oleh: NURNAJAH SOFYA BINTI SARUDIN "Tak nak! Khawla nak teman Uwais dekat sini!" Khawla meronta tidak mahu dibawa pergi jauh daripada pusara suaminya. Kerana seorang isteri tempatnya disebelah suami. Flashback, "Eew! Rumah apa ni?! Kenapa expectation saya tak sama dengan apa yang saya bayangkan?! Awak sengaja kan?!" Uwais kekal senyum. Tidak terkesan dengan amarah Khawla. Menarik dua bagasi masuk ke dalam rumah yang usang itu. Setelah selesai meletakkan bagasi tadi, dia mengorak langkah mendekati Khawla pula. "Sekarang ini, kita duduk dulu dekat sini, okey? Nanti kalau saya ada duit yang cukup, saya akan cuba usahakan cari rumah yang selesa untuk kita." pujuk Uwais lembut. Khawla mendengus. Entah nanti tu bila, dia pun tidak tahu. Walid ni pun sengaja nak seksa jiwa raga dia. Ada ke kahwinkan dia dengan lelaki miskin?! Tak masuk akal! Malas mahu bertengkar dengan Uwais, Khawla membuka langkah masuk ke dalam rumah usang itu. Kaki sengaja dihentak-hentakkan. Tunjuk protes pada Uwais. Biar roboh rumah ni! Lagi cepatlah dia dapat rumah yang baru dan lebih selesa! Uwais yang melihat itu sekadar gelengkan kepala. Memang betul apa yang walid dan bonda katakan. Makin meningkat dewasa, Khawla makin keras kepala dan keras hati. Tetapi tidak mengapa. Dia akan cuba jinakkan Khawla kembali. Tidak susah, tetapi kalau ada usaha, pasti boleh. Itu janjinya. IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 127
"Argh! Kenapa bilik airnya macam ni?! Uwais!" teriak Khawla dari dalam bilik air. Uwais tergelak. Perutnya yang terasa senak dipegang. "Uwais!" "Iya! Sekejap, saya datang ni!" teriak Uwais kembali. Dia menghabiskan sisa tawanya. Karang Khawla tahu yang dia gelak, habislah! Uwais langsung masuk ke dalam rumah. Bilik air menjadi destinasinya. Kelihatan Khawla yang terjengket-jengket semata-mata tidak mahu memijak lantai yang tidak bermozek itu. "Awak sengaja nak seksa saya ke apa ni, Uwais?! Air sudahlah sejuk! Lantai pula berlumut! Gelilah saya nak pijak!" rungut Khawla sambil menunjukkan riak wajah yang kurang senang. "Dah nama pun rumah dah lama tak berpenghuni. Memanglah macam ni." jawab Uwais perlahan. "Apa?!" Uwais geleng kepala. Dia mengeluarkan tawa kecil. Uwais keluar daripada bilik air. Tidak lama itu dia kembali bersama cerek ditangan. Air didalam cerek itu dituang separuh ke dalam besen. Kemudian, dia tambah dengan air kolah sedikit bagi penuh besen itu. "Okeylah ni air suam-suam panas. Boleh buat mandi." Khawla hanya melihat pergerakan Uwais. "Pakai selipar ni dulu. Nanti saya bersihkan bilik air ni." selipar berwarna hitam diletakkan diatas lantai. "Cerek ni jangan tolak pula. Melecur nanti." Khawla hanya mengiyakan sahaja. Banyak bunyi betul! “Kalau ada apa-apa, panggil saja. Nak teriak, menjerit pun boleh.” sempat lagi Uwais mengusik sebelum keluar daripada bilik air. Hish dia ni! *** IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 128
Khawla menopang dagu. Ralit memerhatikan Uwais memasak. Tika itu, matanya segar dek air mandian pagi tadi yang sejuk mengalahkan ais di Antartika. Seusai sahaja mandi, mereka terus melaksanakan solat subuh. Menyempatlah juga Uwais beri ceramah khas dan ringkas. Katanya, tak elok tidur selepas subuh. Rezeki tidak masuk nanti. Dia pun iyakan saja. Malas mahu berbunyi. "Nah," Uwais meletakkan pinggan diatas meja lalu ditolak perlahan ke arah Khawla. Khawla duduk tegak. Pinggan yang ditolak oleh Uwais itu dipandang dengan kening yang terangkat. "Seriously? Nasi goreng ikan masin?" Uwais angguk kepala. "Omelette tak ada ke? Cereal? Sandwich? Berat sangat ni untuk perut saya." Khawla merungut. Nafas dihela panjang. Kalau macam inilah sarapan hariannya, boleh gemuklah dia! "Bersyukur dengan apa yang ada, Khawla. Kalau kita bersyukur, kita mesti akan rasa cukup. Awak gemuk nanti pun, saya tetap sayang." Uwais senyum manis menampakkan lesung pipitnya. Khawla memasamkan muka apabila diusik Uwais. Pinggan itu ditarik juga. Nasi disuapkan ke dalam mulut. Perlahan-lahan menguyah. Not bad! "Sedap, kan? Tak rugi pun kalau awak rasa. Kalau nak lagi, ada dekat dalam kuali. Nak habiskan pun boleh." Khawla memasamkan muka. "Uwais Al-Qarni!" Uwais mengeluarkan tawa kecil. "Okey, fine." Perempuan memang tak boleh diusik. Nanti mengamuk. "But, nice idea. Next time kita boleh buat sarapan tu. Pandai masak?" IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 129
Jantung Khawla tiba-tiba mengepam laju. Dari hujung kaki, darah merah terus menyerbu ke mukanya. Khawla diam tidak menjawab. Tangan yang memegang sudu itu menguis-nguis nasi. Uwais angguk kepala faham. "Tak apa, tak pandai masak boleh belajar." Uwais menghirup perlahan nescafe yang dibancuhnya tadi. Diam-diam matanya memerhatikan Khawla yang berselera makan masakannya. Sedap sangatlah tu sampai licin pinggan tu. "Nak tambah, silakan. Tak marah pun!" Khawla memincing Uwais tajam. *** Hampir setengah jam Uwais di tangga, menanti Khawla bersiap. Pada petang itu, dia mahu membawa Khawla ke pasar untuk beli barang dapur. "Assalamualaikum," "Waalaikumussalam." Uwais bangun mahu menyambut tetamu. "Anak ni penghuni baru dekat rumah ni ke? Tak pernah pula makcik nampak kamu dekat sini selama ini." "Haah. Baru je pindah semalam. Makcik... err..." "Oh, nama makcik Hanisah. Orang sini panggil Mak Esah." Mak Esah sengih. Uwais angguk kepala. "Nama siapa ni? Orang mana? Duduk seorang ke?" soal Mak Esah bertubi-tubi. "Saya—" "Dah siap!" IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 130
Uwais dan Mak Esah sama-sama menoleh. Satu susuk tubuh yang baru muncul disebalik pintu amat mengejutkan Mak Esah. Atas bawah dipandangnya Khawla. Sampaikan mahu terkeluar biji matanya. Khawla yang bergaun bawah lutut bercorakkan bunga-bunga kecil. Dipadankan dengan seluar legging putih dan tudung ikat belakang, tidak menutupi dada. "Bini?" soal Mak Esah. "Nama saya Uwais. Kenalkan ini isteri saya, Khawla." jawab Uwais. Mak Esah angguk kepala. Dia memalingkan wajah setelah ralit memerhatikan Khawla. Jauh bezanya dengan suami. Macam langit dan bumi. Tidak serasi. "Siapa... orang tua ni?" Makin terkejut Mak Esah dibuatnya. "Amboi, kasar betul bahasa." hilang terus bahasa sopannya gara-gara isteri Uwais ini. Khawla mengerut dahi. "What? Saya cuma bertanya." "Awak." Uwais pandang Khawla. Khawla telan air liur. Buat kali pertama dia melihat wajah garang Uwais. Uwais toleh ke arah Mak Esah di sisi. "Minta maaf ya, Mak Esah." Mak Esah angguk kepala. "Jangan biar isteri pijak kepala." Uwais senyum segaris. "Mak Esah balik dulu. Assalamualaikum," pamit Mak Esah. "Waalaikumussalam." Khawla menjeling tajam Mak Esah yang sudah berjalan jauh dengan payung ditangan kanannya, manakala tangan kirinya menjinjing bakul rotan. Cih! Ingat orang tak faham maksud mata dia tu pandang Uwais macam mana? "Khawla..." IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 131
"Apa? Nak ceramah saya pasal 'jangan pijak kepala suami' pula?" sindir Khawla tanpa berlapik. Uwais geleng kepala. "Tak." "Awak pergilah seorang. Hilang mood saya nak keluar." "Betul ni? Baru ingat nak ajak makan malam luar lepas beli barang nanti." Laju Khawla angkat kepala memandang Uwais. "Ikut." Uwais angkat keningnya. "Boleh, tapi bersyarat." "Mengadalah! Bersyarat-syarat bagai. Apa dia?" "Tukar baju. Tukar gaya tudung. Buang make-up." Hampir jatuh rahang Khawla mendengar syarat-syarat Uwais. Punyalah lama dia bersiap, alih-alih kena tukar semua ni? Memang tidaklah! "Orang kata, kedai makan tu famous. Makanan dia pun boleh tahan sedap. Tapi kalau—" "Okey, okey! Fine!" dengan kaki yang sengaja dihentak-hentakkan, Khawla berlalu masuk ke dalam bilik kembali untuk menukar pakaiannya. Uwais senyum segaris. Tiba-tiba teringat pesanan Mak Esah tadi. 'Jangan biar isteri pijak kepala' Mesti Mak Esah fikir yang bukan-bukan tentang isterinya. "Akan saya didik Khawla sebaik yang mungkin. Insha-Allah, dengan izin Yang Maha Kuasa." *** Uwais mengerling Khawla yang termenung sepanjang perjalanan mereka ke pasar. Nafas dihela panjang. IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 132
"Khawla, awak nak tahu sesuatu?" Tidak pula Khawla menoleh. Dia sekadar menggumam sebagai balasan. Tidak kuasa mahu melihat wajah Uwais yang kadang kala menyakitkan hati. Makin panas hati ini dibuatnya. "Cantiknya seorang wanita dilihat dari sujudnya kepada Allah, bukan kerana mampu menarik lawan jenis kerana pesonanya. Cantiknya seorang wanita bukan dari keelokan tubuhnya tetapi kerana istiqamahnya dalam menjaga auratnya. Tapi, wanita akhir zaman berlumba-lumba memutihkan wajah mereka sehingga lalai memutihkan wajah mereka. Jika cantik itu menjadi kelebihan untuk wanita masuk syurga, maka para sabihah yang berkulit hitam akan berlumba-lumba memutihkan wajah dan kulit mereka. Ketahuilah, Ummu Aiman radiallahuanha yang berkulit hitam ialah salah seorang wanita penghuni syurga." Khawla tersentak mendengar hujah Uwais. Hatinya rasa terpukul. Terbit satu perasaan yang dia sendiri tidak tahu perasaan apa itu. "Awak berhias untuk saya pun dah cukup, Khawla. Saya tak nak orang lain pandang isteri saya. Saya tak nak orang lain puji isteri saya cantik. Kalau boleh, saya nak saya seorang sahaja yang boleh tengok awak, yang boleh puji awak cantik." Sekali lagi hatinya diserang rasa sesuatu. "Cukup awak pakai jubah hitam ni, dengan selendang pun boleh buat hati saya berdebar. Wallahi, sama seperti waktu kali pertama saya lihat awak beberapa tahun yang lepas." Akhirnya, Uwais berjaya membuatkan Khawla menoleh memandangnya. Dahi Khawla berkerut tidak faham. "Beberapa tahun lepas? Apa maksud awak?" Uwais hanya senyum tidak menjawab. Tangan memusingkan stereng memasuki kawasan tempat letak kereta. Tapak pasar hujung minggu tak jauh dari tempat Uwais parkir keretanya. "Bukan sekarang. Nanti saya cerita. Dah, jom cepat." Uwais menarik lengan Khawla agar berjalan seiring dengannya. IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 133
Khawla tarik muncung. 'Nanti' Uwais tu, kadang-kadang minggu depannya baru boleh bagitahu. Itu pun kena ingatkan, kalau tidak selamanyalah dia akan lupa. *** Khawla garu keningnya. Dipandangnya pinggan yang terhidang dihadapannya dan Uwais dengan muka selambanya. Rasa nak marah pun ada. Tetapi disabarkan hati ni. Karang melenting, takut malu aje nanti Uwais ni! "Awak buat lawak ke, Uwais? Kenapa tempat ini juga yang awak pilih?" Uwais senyum. "Kenapa? Cantikkan tempat ni? Popular, ramai orang. Makanan dia pun sedap-sedap." Marah Khawla semakin meluap-meluap. Dia menjerit kecil. Macam manalah walid boleh terfikir untuk kahwinkan aku dengan dia ni?! "Saya nak balik." "Eh, kenapa pula? Tadi kata lapar." Khawla mengeluh kasar. "Saya kata saya nak balik, Uwais Al-Qarni!" Khawla bangun daripada tempat duduknya. Mahu berlalu pergi tetapi sempat dihalang oleh Uwais. "Duduk. Makan dulu." Khawla menggeleng. Tangan Uwais yang menggenggam tangannya ditepis kasar. "Tak nak!" Uwais menghela nafas berat. "Duduk, kita makan dulu. Kita dah order, kena habiskan. Membazir nanti kita yang rugi." Khawla diam. Tidak menyahut. "Kalau saya ada duit lebih nanti, kita pergi makan makanan yang awak suka, okey? Sekarang ni, saya belum mampu. Saya mampu bawa awak ke sini je. Boleh ya, Khawla?" pujuk Uwais bernada lembut. Sejuk sikit hati Khawla mendengar pujukan Uwais IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 135
Khawla menghela nafas panjang. Perlahan-lahan Khawla duduk kembali di kerusinya. Kuetiau goreng yang dipesan Uwais tadi ditarik sebelum disuap ke dalam mulut. Diam-diam dia angguk kepala. Sedap! Patutlah Uwais suggest tempat ni untuk makan malam mereka. Sedap sangat! Tak puas makan satu pinggan je. 'Kalau kita bersyukur, kita mesti rasa cukup.' Betul apa yang Uwais katakan. Kalau kita bersyukur, nafsu akan tewas pada satu tahap nanti. Dalam diam, Uwais memerhatikan Khawla yang menunduk selera menikmati makanannya. Dia menarik senyuman manis. Kan comel macam tu. Tanpa sengaja, Uwais terbatuk. Cepat-cepat dia mengeluarkan sapu tangannya lalu menekup mulutnya dengan sapu tangan itu. Uwais pandang sapu tangannya lama. Bukan sekarang.... Tanpa Uwais sedar, Khawla nampak. Jelas wajahnya menunjukkan riak kerisauan. Kenapa... Uwais sorok daripada dia? *** "Awak okey? Nak tukar tempat?" risau dengan Uwais yang kelihatan mamai dalam pemanduannya. Pucat sahaja mukanya. "Boleh ke? Tak susahkan awak?" Khawla geleng kepala. "Tak. Berhenti tepi. Kita tukar tempat." Uwais akur dengan arahan. Signal sebelah kiri diberi untuk berhenti ditepi jalan. Mereka bertukar tempat. Giliran Khawla pula memandu. Manakala Uwais duduk ditempat penumpang. Kerusi diturunkan sedikit kebelakang. Uwais merehatkan badannya yang terasa lemah. Kepala yang terasa sakit dipicit kuat. Makin lama, makin sakit kepalanya walaupun diurut. IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 136
Makin risau Khawla dibuatnya. "Awak okey ke ni? Nak ke klinik? Saya risaulah...." Uwais senyum dengan mata yang tertutup. "Risau juga awak pasal saya." "Mestilah! Awak suami saya, mestilah kena risau!" riak wajah Khawla bertukar masam. Tanya soalan pun, lain macam soalannya. Uwais mengeluarkan tawa halus. Tangan kanannya diletakkan di atas dahi. "Tak apalah, awak. Sikit je ni. Nanti okeylah tu." Khawla menjulingkan matanya ke atas. Dah teruk macam tu pun masih lagi nak sorokkan? Kebal betul suaminya ini! "Saya nak tidur sekejap. Kalau dah sampai, kejutkan ya." pesan Uwais sebelum suasana menjadi sepi. Khawla hanya akur. *** Tangan Uwais dilap menggunakan kain yang sudah dibasahkan. Perlahan dan lembut sahaja pergerakan Khawla. Takut nanti menyakiti tubuh Uwais walaupun Uwais masih belum sedar. Dia sangka Uwais hanya tidur sebentar. Tetapi tidak tahu pula dia yang Uwais sebenarnya pengsan. Sudah sampai rumah, baru sedar yang suami pengsan. Isteri jenis apa kau ni, Khawla? Langsung tidak peka dengan keadaan suami. Kalau umi Uwais tanya, macam mana dia mahu jawab? “Bangunlah, Uwais. Awak dah tidur lama. Siapa nak borak dengan saya kalau awak tidur dan tak bangun-bangun?” bisik Khawla ditepi telinga Uwais. Kepalanya didekatkan dengan kepala Uwais. Tiada respon. Tiada tanda-tanda untuk Uwais bangun daripada tidurnya. “Kalau awak bangun, saya janji tak buat hal lagi. Saya janji saya akan dengar cakap awak. Saya janji saya tak akan jadi isteri derhaka lagi.” sambung Khawla. Air mata menitik jatuh di atas pipi. IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 137
Khawla tewas. Khawla rindukan Uwais. Tak dapat bayangkan macam mana hari hari dia selepas ini kalau Uwais tidak mahu bangun juga. Tiada lagi usikan, tiada lagi ceramah khas dan ringkas, tiada lagi kata-kata yang menyejukkan hati. Hampir sebulan mereka berumah tangga, baru sekarang dia faham erti bersyukur dan menghargai. Uwais lah yang mengajar dia semua itu. Bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan walaupun tidak seberapa. Menghargai seseorang sebelum semuanya terlambat. “Kenapa menangis ni, hm?” Laju Khawla angkat kepala. Air mata disapu kasar. Tidak mahu Uwais lihat air matanya. “Lamanya nak bangun. Penat saya tunggu.” Uwais gelak kecil. Wajahnya yang pucat membuatkan Khawla sayu. “Maaf sebab buat awak tunggu lama untuk sedar tentang semua perkara.” Uwais diam memandang Khawla. “Terima kasih, Uwais.” Uwais senyum lemah. “Jom solat? Saya nak imamkan awak.” ajak Uwais. ‘Buat kali yang terakhir....’ Pantas Khawla angguk kepala. “Jom! Saya dah lama tunggu. Mari saya pimpin awak ke bilik air.” Tubuh Uwais dipimpin menuju ke bilik air. Sementara menunggu Uwais mengambil wudhuk, Khawla membentangkan sejadah untuk dia dan juga Uwais. Kopiah buat Uwais juga tidak dilupakan. Kemudian giliran Khawla pula untuk mengambil wudhuk. Setelah itu, mereka sama-sama menghadap kiblat. Mengangkat takbir dengan penuh khusyuk. “Allahuakbar.” IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 138
Sedang Uwais mengerjakan solat, pandangannya tiba-tiba kabur. Namun, digagahi juga untuk dirinya. Kesakitan kian mencucuk. Terasa perit. Biarpun tubuh menggigil, Uwais terus menguatkan semangatnya hingga ke rakaat terakhir. Satu saat... Dua saat... Tiga saat... Buk! Uwais rebah ke sisi. Mendengar bunyi sesuatu yang agk kuat menghempap lantai membuatkan Khawla lekas bangun daripada sujudnya. Dia angkat kepala serta merta matanya tertacap kearah Uwais. “Awak!” “A...awak...” payah sekali Uwais mahu bersuara. “Awak! Doktor! Saya panggil doktor!” Genggaman tangan Uwais kuat sekali. Dia menahan Khawla daripada pergi. Kepala digeleng pantas. “Jangan tinggalkan saya...” “Tak...” Uwais meletakkan kepalanya di atas riba Khawla. “Saya takut...” Ya Allah, jangan ambil dia lagi. “Abang sejuk... peluk abang...” suara Uwais kian perlahan. Matanya terpejam. Apakah sebentar lagi dia akan mati? “Abang!” IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 139
“Hmmm...” Uwais dengar suara itu namun hanya disahut dengan gumaman. Air mata Khawla jatuh menimpa wajahnya. “La... ilaha illallah... Muhammadur Rasulullah...” itulah kalimat terakhir yang diucapkan oleh Uwais. “Abang...” tubuh Uwais digoncang perlahan. End flashback. “Khawla sayang, jom kita balik. Hari nak hujan dah ni.” pujuk umi Uwais. Tubuh Khawla yang lemah itu dipeluk erat. Khawla geleng kepala. “Khawla nak teman Uwais dekat sini, umi.” Umi Uwais menahan air mata daripada jatuh. Wajah dimaniskan. Tidak mahulah menampakkan yang dia lemah tika Khawla perlukan peneman. Walaupun dia sendiri rasa yang hidupnya sudah bertukar kelam. “Tak boleh, sayang. Kita balik okey? Nanti kita datang melawat lagi.” “Khawla rindu Uwais, umi. Khawla nak Uwais.” Khawla menangis. Tubuh umi dipeluk. Melepaskan rasa sakit dan rindu yang terbuku dalam hati. Berat untuk saya lepaskan awak pergi, Uwais. Terima kasih untuk semuanya. Saya hargai. TAMAT IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 140
96 ST JOHN AMBULAN (SESI PAGI) GURU PENASIHAT 1. PN NOR AZYYATI BT YUSOFF 2. PN DEVI A/P ARUMUGAM 3. PN MAHALETCHUMI A/P RAMAKRISHNAN 4. EN RAMACHANDARAN A/L KANNAN PENGERUSI : SUBASHINI MURUGAN TIMB.PENGERUSI : ANG KELXIN SETIAUSAHA : YOW JIA YEN PEN.SETIAUSAHA : SIVANESH RAJ BENDAHARI : ANG SUE YEE PEN.BENDAHARI : LIVINESS AJK TING 5 : TAN CHEE HAI SYAFIAH IZZATI AJK TING 4 : LAW HUI YING MUHAMMAD SYKRI IMAN AJK TING 3 : SHIMA ST JOHN AMBULAN (SESI PETANG) PENGERUSI : NG KELLY TIMB.PENGERUSI : YAKSHINI SETIAUSAHA : THARANI PEN.SETIAUSAHA : AISYAH QAZRIENA BENDAHARI : TEE XUAN YING PEN.BENDAHARI : SRI THURGASHINI AJK TING 2 : NUR ANISHA WONG WAI PANG AJK TING 1 : NUR SAKINA ZAHIRUDDIN GURU PENASIHAT 1. PN NG LAY CHIN (K) 2. PN TAVAMANI A/P MUNIANDY 3. PN RAMAI A/P PALANIANDY IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 141
96 KADET REMAJA SEKOLAH (SESI PAGI) GURU PENASIHAT 1. PN NORMIZAN BT MOHAMAD 2. PN FIRDAUS BT MUKHTAR AHMAD 3. EN IMRAN BIN PISRI 4. PN NOR ZARIDA BT ALIAS 5. EN RIJALUDDIN BIN AHMAD PENGERUSI : MUHAMMAD NAJIB TIMB.PENGERUSI : MUHAMMAD KHAI DANISH SETIAUSAHA : NUR HAZIQAH PEN.SETIAUSAHA : NURIZ QAIYISAH BENDAHARI : NUR ALYA NADHIRAH PEN.BENDAHARI : NUR DHIA DANISHA AJK TING 5 : MUHAMMAD FAIEZ DANISH NUR AMALINA AJK TING 4 : MUHAMMAD MUZAFFAR AIN SYAKIRA AJK TING 3 : MUHAMMAD ADHAM NAUFAL NURUL ELISHA SHUHADA KADET REMAJA SEKOLAH(SESI PETANG) PENGERUSI : AHMAD DANI RIZKI TIMB.PENGERUSI : MUHAMMAD DANIAL SETIAUSAHA : NURNAJLA AMIRA PEN.SETIAUSAHA : DAMIA ARISSA BENDAHARI : NIK AQILLA PEN.BENDAHARI : WAN FARIS ADAM AJK TING 2 : ATIYA SOLEHAH JONATHAN AJK TING 1 : ARISYA HANIE YOGAPRAKSH GURU PENASIHAT 1. PN RUBIAH BT AHMAD (K) 2. PN NIK NORHAMIDAH BT CHE HARUN IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 142
96 PENGAKAP (SESI PAGI) GURU PENASIHAT 1. KETI SURAYA BT MD SALLEH 2. HANNAN BT ISMAIL 3. PN HAYATI BT AMAT 4. EN MOHREE BIN HUSSEIN 5. PN NOR AZLIA BT MAT JAAFFAR 6. PN WAN NOR AINI BT WAN HASSAN PENGAKAP (SESI PETANG) PENGERUSI : NURIN DAMIA TIMB.PENGERUSI : MUHAMMAD ALIF SETIAUSAHA : FATIN QAISARA PEN.SETIAUSAHA : BENDAHARI : KANESHWARAN PEN.BENDAHARI : AJK TING 2 : DANISH NUKMAN ZIKRY NOR JUMA AUNI AJK TING 1 : PUTRI NUR IZZATI HARRY YARSAN GURU PENASIHAT 1. PN NORMIAZURA BT NORDIN (K) 2. PN FAIRUZ SYAFIQAH BT MOHD FAUDZI 3. EN KAMILIN BIN KARIM PENGERUSI : MUHAMMAD DANISH AKIF TIMB.PENGERUSI : SANKARI SETIAUSAHA : NUR SHAFIQAH ' AQILAH PEN.SETIAUSAHA : MANOJH BENDAHARI : NURUL IFFAH PEN.BENDAHARI : AIMAN ASHRAF AJK TING 5 : NAQUIB AIMAN MUHAMMAD AMIR ASYRAF AJK TING 4 : LUKMAN HAKIM NUR AIN AQILAH AJK TING 3 : LAILA YASMIN NUR AIN BATRISYIA IMTIAZ 2022 SMK BANTING NUMERO UNO 143