The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Informasi kecemerlangan pendidkan SMK Banting 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-64351807, 2022-02-23 20:23:12

IMTIAZ 2021

Informasi kecemerlangan pendidkan SMK Banting 2021

Keywords: smk banting,majalah smk banting,emajalah

IMTIY2A02Z0



ISI KANDUNGAN

1. Sidang Redaksi Guru dan Murid 1-2

2. Ucapan dan Kata-kata Aluan 3 - 10

3. Maklumat Sekolah 11 - 23

4. Warga SMK Banting 24 - 38
Pentadbir
Senarai nama guru
Anggota Kumpulan Pelaksana
Pekeja Pembersihan & Keselamatan,
Pengusaha Kantin & Dewan Makan,

5. Barisan AJK PIBG 39
6. ALSEB 40

7. Badan Kepimpinan sekolah 41 - 50

8. Diari Gemilang SMKB 2021 51 - 60
Kenaikan Pangkat Guru
Murid Cemerlang SPM 2021
Analisa Keputusan SPM 2021

9 Lensa IMTIAZ 61 - 91

10. Karya Kreatif 92 - 95

11. Album Kokurikulum dan Sukan 96 - 135

12. Album Kelas 2021 136 – 183

13. Autograf 184

i

PENAUNG | PN ROSNAH BT SARIP
PENASIHAT | PN NORFIZA BT ABIDIN

SETIAUSAHA PN NAZARIAH BT ADNAN PENYELARAS PN ENGKU NOR HAMIDAH BT ENGKU ABDUL RAHMAN
KETUA EDITOR PN NORAZLINA BT KAMBLI UNIT PN SITI PATONAH BT MAHARI
FOTOGRAFI PN YUSNIZA BT YUSOF PN NOOR FATIN HARUN
PENYELARAS SISTEM EN NOOR HAZWAN BIN ZOLKAFLI 1 PN DALILA BTAIDI

Alhamdulillah..akhirnya berjaya
juga pasukan Sidang Redaksi
Imtiaz menyiapkan majalah buat
kali pertamanya secara online.
Segala kenangan tahun 2021
berjaya dinaskahkan untuk
tatapan warga sekolah. Semoga
memberikan manfaat kepada kita
semua. Ayuh mari kita saksikan
Majalah Imtiaz Tahun 2021.

SIDANG REDAKSI MURID

2

2021

MENTERI KANAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DR MOHD RADZI MD JIDIN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Murid, guru, ibu bapa, warga sekolah dan saudara saudari yang dikasihi,

Tahun 2020 akan tersemat erat dalam memori kita sebaga satu tempoh yang amat mencabar khususnya bagi sektor pendidikan.
Kita semua cukup terkesan dengan pandemik COVID-19. Pada bulan Mac 2020, semua sekolah terpaksa ditutup kerana
perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Sejumlah lebih 5 juta orang murid tidak dapat ke sekolah
untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka. Selain itu, lebih 5000,000 orang guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan
bagi memastikan murid tidak ketinggalan dan terus mengikuti pembelajaran dengan selamat di rumah.

Sekolah telah dibuka semula secara berperingkat mulai 15 Julai 2020. Sudah tentu murid gembira dapat kembali ke sekolah untuk
mengikuti pembelajaran secara bersemuka dengan guru. Namun, situasi ini tidak berpanjangan. Kemunculan gelombang ketiga
pandemik COVID-19 membawa satu cabaran yang jauh lebih besar. Keadaan ini menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) mengambil keputusan yang berat untuk menutup semua sekolah bermula 9 November 2020 sehingga tamat sesi persekolahan
tahun 2020. Langkah ini adalah sebagai usaha untuk membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19 terutamanya
dalam kalangan warga sekolah. Walaupun sekolah ditutup, sesi pengajaran dan pembelajaran masih diteruskan melalui kaedah
Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

Segala usaha yang dilaksanakan dalam tempoh yang mencabar ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak begitu komited dan
bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan murid dapat terus mengikut pembelajaran. Saya
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada murid, guru, ibu bapa dan seluruh warga sekolah atas
kesabaran, sokongan dan dokongan demi Pendidikan untuk anak-anak kita.

Dalam mendapani situasi yang sukar ini, saya yakin bahawa segala cabaran yang dihadapi tidak akan melunturkan semangat murid
untuk terus berguru demi menuntut ilmu dalam apa jua keadaan. Rasa kecintaan kepada penerokaan ilmu yang bermanfaat akan
membentuk insan dan generasi baharu yang bijaksana serta mampu bersaing di persada dunia. Murid yang mendalami ilmu dengan
penuh keikhlasan akan mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Haluan kecemerlangan masa depan negara bergantung kepada tahap penguasaan ilmu oleh generasi muda yang ada pada hari ini.
Ketinggian ilmu yang digabungkan dengan kemuliaan akhlak adalah resipi kegemilangan sebuah negara.

Banir tanjung selisih jati
Jati berbalam disinggahi helang

Ilmu dijunjung setulus hati
Akhlak menyulam pertiwi gemilang

Dalam aspek penerbitan majalah sekolah, tentunya edisi untuk tahun ini mempunyai makna yang begitu mendalam dan berbeza
berbanding tahun-tahun sebelumnya. Selain memaparkan latar belakang, aktiviti dan pencapaian sekolah serta memahat memori
persekolahan, majalah tahun ini memanifestasikan cabaran besar yang dihadapi oleh sektor pendidikan dalam mendapani pandemik
COVID-19. Apa yang berlaku pada masa ini adalah sesuatu yang di luar daripada kebiasaan.

Bagi penerbitan majalah sekolah yang berkualiti, pastinya ia terhsil daripada penggabungan idea, inovasi, kreativiti serta kerjasama
antara guru dan murid. Proses penerbitan majalah ini lebih berjaya meningkatkan kemahiran dan menggilap bakat serta potensi
murid ke arah yang lebih cemerlang. Oleh hal yang demikian, setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapan kepada Sidang Redaksi
Majalah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun 2020.

Akhir kata, diharapkan kejayaan yang dikongsikan dalam majalah ini akan menjadi aspirasi dan dorongan untuk pencapaian yang
lebih baik pada masala akan datang

Selamat maju jaya,

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

DR MOHD RADZI MD JIDIN 3
MENTERI KANAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI ABDOL HAMID

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Penerbitan majalah sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah dalam merancang dan
melaksanakan kepelbagaian agenda yang dimanifestasikan sebagai dokumentasi maklumat
dan sumber rujukan semua warganya dan juga pihak lain yang berkepentingan. Majalah
sekolah merupakan wadah yang amat penting dalam memupuk semangat kecintaan yang
tinggi terhadap sekolah serta penerapan watak dan budaya sekolah dalam kalangan
warganya. Majalah sekolah yang diterbitkan ini akan menjadi salah satu medium bagi
semua warga sekolah mencapai aspirasi sistem dan aspirasi murid Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Sepanjang tahun 2020 dan hingga hampir pertengahan tahun 2021 kita semua menempuh
krisis penularan COVID-19 dengan pelbagai cabaran, namun saya yakin cabaran ini tidak
akan menjadi penghalang kepada semua warga sekolah menggapai kejayaan dan
kecemerlangan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu mengimbangi segala hasrat ini
dengan memastikan sekolah kekal menjadi institusi yang selamat untuk semua warganya.
Cabaran perubahan dan krisis disebabkan COVID-19 seharusnya dijadikan titik permulaan
untuk kita semua mengubah cara berfikir serta tindakan kepada pemikiran serta tindakan
yang lebih kreatif dan inovatif dalam segala perancangan dan pelaksanaan.

Terima kasih kepada semua warga sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk
menyampaikan kata alu-aluan di dalam penerbitan majalah sekolah kali ini. Tahniah dan
syabas juga saya ucapkan kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi kerana
telah berjaya menerbitkan majalah ini. Semoga majalah ini menjadi kebanggaan semua
warganya

4

PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

HAJAH ANISMAH BINTI M.NOH

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata
dalam majalah sekolah pada kali ini.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN BANTING kerana berjaya menerbitkan majalah bagi tahun 2021.
Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha murni yang harus dicontohi kerana dapat
merakamkan segala peristiwa dan pencapaian sekolah sepanjang tahun. Majalah sekolah ini juga
akan menjadi sumber rujukan dan kenangan sepanjang hayat buat semua warga sekolah.

Tahun 2021 merupakan tahun persekolahan yang paling mencabar buat kita semua.
Ancaman pendemik COVID-19 menyebabkan sesi persekolahan tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna. Ketika menghadapi cabaran dan masalah ini, kita sebagai warga pendidik jangalah
mudah berputus asa, sebaliknya kita perlu memiliki kesabaran, kekuatan akidah dan iltizam yang
tinggi bagi memastikan tanggungjawab kita dapat dilaksanakan. Inilah benteng utama yang perlu
dibudayakan dan ditanam dalam jiwa dan sanubari seorang pendidik. Semoga usaha bakti yang kita
sumbangkan selama ini diberkati oleh Allah S.W.T.

Harapan saya agar kita semua sama-sama bergerak seiring dalam menangani apa jua
cabaran dan halangan dalam usaha membentuk kemenjadian anak murid yang mampu mendepani
segala cabaran pada masa hadapan. Akhir kata, saya mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
mendoakan agar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANTING terus menggapai kegemilangan dan
merealisasikan slogan JPN Selangor Terbilang.

Selamat Maju Jaya

5

KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT

TN. HJ. AZHAR BIN A. KADIR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya, saya diberikan ruang

dan kesempatan untuk menulis sepatah dua kata dalam ruangan ini. Syabas dan tahniah
kepada sidang redaksi Majalah Imtiaz 2021 yang telah menjayakan penerbitan majalah
edisi elektronik ini.

Penerbitan majalah sekolah merupakah aktiviti yang diusahakan oleh murid dengan
bimbingan guru-guru bertujuan untuk mendokumentasikan aktiviti sekolah, penglibatan
guru, ibu bapa serta murid sebagai medium untuk mengabadikan rekod-rekod kejayaan
yang telah dicapai pada tahun semasa. Selain itu, majalah sekolah juga merupakan satu
naskah yang sangat berharga pada masa akan datang untuk melihat dan mengenang
kembali kemajuan serta pencapaian yang dicapai oleh sekolah.

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang menjelmakan pembangunan modal
insan telah menyediakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu pembangunan
tersebut. Menerusi proses pembangunan potensi yang dirancang serta dibangunkan secara
komprehensif, sekolah dilihat mampu menghasilkan insan terdidik bagi mencapai
kemajuan dan kesejahteraan dalam kehidupan mereka pada masa ini dan akan datang.

Akhir kata, saya mendoakan SMK Banting terus maju ke hadapan, mencapai
kecemerlangan dalam semua lapangan, sentiasa menjadi yang teratas dan mampu
meletakkan diri gah di persada pendidikan negara selaras dengan moto sekolah Numero
Uno.

TN. HJ. AZHAR BIN A. KADIR
KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT

6

PENGETUA SMK BANTING
PN. ROSNAH BINTI SARIP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi atas limpahan rahmat-Nya saya diberi peluang
untuk menitipkan kata alu-aluan dalam edisi majalah SMK Banting pada kali ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah
SMK Banting kerana berjaya menerbitkan majalah buat tatapan semua warga SMK Banting.
Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam penerbitan majalah sekolah kerana
majalah ini akan menjadi bahan rujukan dan menyimpan memori terindah bagi semua
warganya.

Sepanjang perkhidmatan saya di SMK Banting, saya berasa amat gembira dan
bersyukur kerana mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak terutamanya para
guru, kumpulan pelaksana, murid-murid, ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) sekolah ini. Daripada pengamatan saya, murid-murid di sekolah ini sangat berpotensi
bukan sahaja dalam bidang akademik malah kokurikulum. Disamping memiliki nilai budi
pekerti yang tinggi. Saya yakin dan percaya bahawa dengan kepimpinan yang cemerlang
dan komitmen yang tinggi daripada guru-guru serta sokongan padu daripada ibu bapa tidak
mustahil SMK Banting akan muncul menjadi salah sebuah sekolah yang terunggul dan
disegani di peringkat yang tertinggi.

Akhir kata, saya berharap agar seluruh warga SMK Banting termasuk para ibu bapa
dapat dapat memberikan sokongan yang padu serta kerjasama yang jitu dalam usaha
kemenjadian anak didik sekolah ini. Semoga SMK Banting akan terus cemerlang hasil
komitmen semua pihak. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam menjayakan penerbitan majalah pada kali
ini.

Selamat maju jaya buat semua warga SMK Banting .
Sekian, terima kasih.

PUAN ROSNAH BINTI SARIP
Pengetua
SMK Banting.

7

YANG DI PERTUA PIBG
EN. FAUZAN BIN MULIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Saya merakamkan terima kasih kepada pihak jawatan kuasa murid SMK Banting dan panel
guru selaku penasihat kerana memberi peluang kepada saya berkongsi catatan alu-aluan
ini.
Penghargaan kepada semua pihak yang telah berjaya mendedikasi IMTIAZ 2021 dalam
bentuk yang sangat menarik dan sarat dengan maklumat. Sejujurnya naskah ini merupakan
himpunan maklumat yang amat bermakna untuk dikongsi oleh semua pihak yang
berkepentingan. Naskah ini mempamerkan roh dan identiti yang jelas mendokong aspirasi
seluruh warga SMK BANTING selaras dengan falsafah pendidikan negara.
Saya percaya naskah ini akan menjadi sumber rujukan dan panduan penting untuk
menentukan halatuju SMK BANTING. Usaha menerbitkan naskah seumpama ini patut
diteruskan pada masa hadapan agar SMK BANTING sentiasa segar dan dekat dihati.
Bagi pihak PIBG SMK BANTING saya sentiasa mendoakan semoga para pendidik, pentadbir,
ibubapa dan pelajar terus istiqamah mengharungi cabaran semasa dan akan datang. Insya
Allah PIBG BANTING bersedia membantu dan menjadi rakan kongsi yang baik untuk
mencapai hasrat bersama.
Sekian. Terima kasih.

EN. FAUZAN BIN MULIM
Yang Dipertua
SMK BANTING Kuala Langat

8

KETUA SIDANG REDAKSI GURU
PN. NAZARIAH BINTI ADNAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-
Nya dapat juga e-Majalah Imtiaz bagi tahun 2021 dihasilkan secara digital dengan jayanya.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk
meluahkan sepatah dua kata di ruangan ini.

Selaku setiausaha sidang redaksi Majalah Imtiaz, tugasan ini bukanlah mudah untuk
saya laksanakan tanpa semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak.
Pelbagai suka dan duka yang berlaku sepanjang tahun 2021, lebih-lebih lagi wabak
COVID-19 yang melanda negara dan dunia sedikit sebanyak menyukarkan penghasilan
e-majalah ini. Namun dengan sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh semua ahli,
e-majalah 2021 secara digital dapat juga dihasilkan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya rakamkan buat barisan
pentadbir sekolah, dan ahli jawatankuasa sidang redaksi kerana banyak membantu dan
menyumbangkan tenaga secara langsung dalam merealisasikan e-majalah ini. Tidak
dilupakan juga, ucapan terima kasih buat seluruh warga SMK Banting yang secara tidak
langsung terlibat dalam menjelmakan e-majalah Imtiaz tahun 2021. Tanpa bantuan dan
sokongan kalian, mungkin kita masih belum dapat membaca coretan majalah tahun 2021.
Kerjasama yang diberikan sangat saya hargai.

Akhir kata, saya mewakili sidang redaksi e-majalah Imtiaz 2021 memohon ampun dan
maaf diatas segala kesilapan dan kekurangan yang terdapat dalam edisi kali ini. Semoga
e-majalah ini dapat menyimpan memori terindah untuk kita semua.

Sekian, terima kasih.

NAZARIAH BINTI ADNAN
KETUA SIDANG REDAKSI GURU
MAJALAH IMTIAZ 2021

9

KETUA MURID SMK BANTING
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHAMAD AZLI

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullhi wabaratuh dan selamat sejahtera.

Awwalan, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi IMTIAZ
2021 kerana telah berjaya menerbitkan majalah pada tahun ini. Saya juga mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana telah memberi ruang dan peluang
kepada saya selaku ketua murid SMK Banting untuk menitipkan sepatah dua kata dalam
majalah kebanggaan warga SMK Banting ini.

Sahabat dan murid sekalian ,

Banyak perubahan yang kita alami dari segi fizikal dan mental sepanjang tahun ini
kerana keberadaan virus COVID-19 sejak dua tahun yang lalu. Namun, kita harus berbangga
kerana kita masih boleh meneruskan tanggungjawab sebagai seorang insan untuk menuntut
ilmu. Oleh itu, teruslah kita berusaha untuk manifestasikan kejayaan bagi sekolah kita
kerana kejayaan sekolah mencerminkan kejayaan penghuninya. Pasanglah niat yang betul
untuk membaiki diri dan mendisiplinkan diri supaya tidak berdiri di tempat yang sama
selama-lamanya.

Memandangkan kita merupakan generasi baru yang bakal mencorak kemakmuran
negara, keberadaan pelbagai kaum dalam sekolah melatih kita untuk saling menghormati
antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Kekalkanlah keharmonian dalam
sekolah dan berinteraksilah antara satu sama lain secara sihat supaya kita menjadi
masyarakat yang membanggakan negara kelak.

Akhir kalam, hormatilah guru dan ikutilah segala tunjuk ajar, bimbingan serta
dengarlah nasihat yang baik daripada mereka. Sesungguhnya, mereka inginkan yang terbaik
buat kalian semua. Kita perlu ingat bahawa tanpa mereka, siapalah kita pada hari ini.

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi
orang-orang mukmin" Az-zariyat:55

Selamat maju jaya untuk semua.

MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHAMAD AZLI
Ketua murid,
SMK Banting, 2021.

10

2021

11

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini telah dibuka pada 1 Januari 1999 dengan keluasan 11.7
hektar. Pembinaan awal bermula pada tahun 1992 dan siap pada
akhir tahun 1997. Kos pembinaan sekolah ini dianggarkan RM 7 juta.

Bilangan tenaga pengajar pada mulanya hanya 19 orang guru sahaja
dan telah meningkat kepada 102 orang guru pada tahun 2019. Kini
pada tahun 2020, bilangan guru adalah 104 orang. Seawal
pembukaan sekolah, SMK Banting hanya mempunyai seramai 255
orang murid tingkatan 1 yang memenuhi 10 buah kelas dan
meningkat kepada 302 orang pada akhir tahun 1999. Hingga tahun
2019 SMK Banting mempunyai seramai 1,441 orang murid. Pada 13
Ogos 2000, asrama sekolah harian SMK Banting telah dibuka yang
menyediakan 2 buah blok asrama dan 1 buah surau untuk murid
putera dan puteri dengan kapasiti 200 orang penghuni asrama.

SMK Banting mempunyai 1 buah bangunan kantin dan 5 buah blok
bangunan yang menempatkan pejabat, kelas dan kemudahan fizikal
seperti berikut:

• Pejabat sekolah
• Bilik mesyuarat (Bilik Wawasan)
• Bilik guru
• Koperasi sekolah
• Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)
• Pusat sumber sekolah

(Wahana Wawasan)
• Bilik tayang
• Bilik rawatan
• Surau sekolah
• Makmal komputer
• Makmal sains
• Makmal fizik
• Makmal biologi
• Makmal kimia
• Bengkel teknologi kejuruteraan
• Bengkel reka bentuk teknologi
• Bengkel grafik komunikasi teknikal
• Bengkel seni
• 35 buah kelas

12

PROFIL SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : SMK BANTING
ALAMAT : TELOK DATOK,

42700 BANTING,

KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN

TAHUN DITUBUHKAN : 01 JANUARI 1999
KOD SEKOLAH : BEA 1071
GRED SEKOLAH :B

SESI PERSEKOLAHAN : 2 SESI
NO. TELEFON : 03-31801409
NO. FAX : 03-31812411
ALAMAT E-MEL : [email protected]

PEJABAT PENDIDIKAN : PPD KUALA LANGAT
PUSAT KEGIATAN GURU : BAQ, 1004 PKG KANCHONG DARAT,

KAWASAN ADUN BANTING
: N39 TELOK DATOK

KAWASAN PARLIMEN : TANJUNG DUA BELAS
KELUASAN : 11.7 HEKTAR
JUMLAH MURID : 1,380 ORANG
JUMLAH GURU : 104 ORANG

BILANGAN GURU : 12 ORANG
DG 54 : 1 ORANG
DG 52

DG 48 : 28 ORANG
DG 44 : 42 ORANG
DG 42 : 1 ORANG

DG 41 : 20 ORANG

GURU BIMBINGAN KAUSELING : 4 ORANG

JUMLAH KELAS : 52 KELAS
JUMLAH AKP : 13 ORANG

LENCANA SEKOLAH

Teknologi yang canggih pemangkin
kecemerlangan murid

:
Sebagai alternatif dalam menuntut
ilmu

Murid Sains kualiti negara

Melambangkan ilmu itu tidak terbatas
untuk dipelajari

Perpaduan antara kaum

Kesucian dan keikhlasan teras
kecemerlangan murid

Sekolah ini di bawah kedaulatan raja

Berani menyahut cabaran

14

BENDERA SEKOLAH

DESKRIPSI BENDERA SEKOLAH
WARNA BIRU:
KEDAMAIAN , KETENANGAN DAN KEHARMONIAN DI SMK BANTING.
WARNA MERAH:
BERHATI WAJA DAN MEMPUNYAI SEMANGAT BERKOBAR-KOBAR UNTUK MENYAHUT
CABARAN.
WARNA KUNING:
HASRAT UNTUK MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN.
WARNA PUTIH:
SEKOLAH SEBAGAI SATU WADAH PENDIDIKAN YANG AKAN MEMBENTUK MURID
MENJADI INSAN CEMERLANG DI DUNIA DAN SEJAHTERA DI AKHIRAT

VISI MISI DAN MOTO SEKOLAH

VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI

NEGARA.
COGAN KATA
BERILMU BERAMAL BERBAKTI

15

FALSAFAH SEKOLAH

Satu usaha berterusan ke arah membentuk pelajar bersahsiah
mulia dan penyayang terhadap ibu bapa, guru, rakan dan harta
benda sekolah serta membimbing akademik dan kokurikulum.
Usaha yang berterusan ini akan melahirkan pelajar yang
bertanggungjawab, berketerampilan, kreatif dan inovatif untuk
memajukan dan keharmonian agama, bangsa dan negara

LAGU SEKOLAH

BERILMU BERBUDI BERBAKTI

SMK Banting yang tercinta
Lambang kemegahan kami
Menjadi penyuluh bestari anak bangsa
Tidak kira bangsa dan agama

Kami berikrar dan berjanji
Menyahut wawasan negara
Berhemah berbudi amalan kami
Membentuk generasi gemilang

Rukun negara jadikan panduan
Membentuk peribadi terpuji

Berakhlak mulia bentuk jati diri
Berilmu, berbudi, berbakti
Berilmu, berbudi, berbakti

16

OBJEKTIF SEKOLAH

1. Memperkasakan pengurusan dan pentadbiran sekolah ke arah
yang terbaik dan berkualiti.

2. Mencemerlangkan akademik secara bersepadu dan menyeluruh
berteraskan sains dan teknologi.

3. Memperkukuhkan iman, sahsiah, akhlak dan budaya murni
pelajar untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu
padu.

4. Mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh melalui
aktiviti kokurikulum.

5. Melaksanakan sistem pengurusan kewangan dan akaun yang
sistematik, amanah, dan adil.

6. Mewujudkan permuafakatan dengan agensi luar demi kebaikan
warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat

PIAGAM SEKOLAH

KAMI KAKITANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANTING
BERIKRAR DAN BERUSAHA

1. Menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas
2. Mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum agar sentiasa

cemerlang.
3. Membentukkan sahsiah dan akhlak pelajar sejajar dengan falsafah

pendidikan kebangsaan.
3. Berusaha menerapkan pengurusan dan pentadbiran yang telus dan

tulus.
4. Mewujudkan suasana sekolah yang selesa, indah, bersih, harmoni

dan selamat.
5. Melayan dan membantu ibu bapa serta tetamu dengan mesra dan

ikhlas.
6. Berusaha mewujudkan hubungan harmoni dengan komuniti, agensi

kerajaan dan swasta

17

PENGERUSI

PN. ROSNAH BINTI SARIP

PENGETUA

PIBG

PK HEM PK PENTADBIRAN PK KO KURIKULUM
PN. NORFIZA BT ABIDIN TN. HJ HAIRIL ANUAR BIN OSMAN PN. SITI AINA BT JANI

DISIPLIN DAN PEMBANGUNAN PK PETANG GKMP TEKNIK & VOKASIONAL PASUKAN BERUNIFORM
SAHSIAH PN. ROS MELATI BT SUTOMAH EN MOHD KHAIRUL ADZEMI BIN SUKAN DAN PERMAINAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELAB DAN PERSATUAN
ASRAMA GKMP SAING KEMANUSIAAN GKMP BAHASA GKMP SAINS MATEMATIK KAMALUL ARIFFIN 1 MURID 1 SUKAN
UNIT SPBT KOPERASI
APLIKASI DATA MURID PN. YON FARHAN BINTI PN HJH ALIZA BT RODIN PN. TEE PEI LENG KP PERNIAGAAN – EN ZORI BIN RIMUP
PENGURUSAN BANTUAN JAMALUDIN HARUN KO AKADEMIK
3K KP RBT – PN NORMIZAN BT PAJSK
ANJUNG SELERA MOHAMAD
KITAR SEMULA KP PRINSIP PERAKAUAN – PN PEMBANGUNAN
MBK HANNAN BT ISMAIL SUKAN@BAKAT MURID
MAJALAH KP GKT – EN ROSLAN BIN ABDUL MAJLIS SUKAN SEKOLAH
PENGURUSAN KELAS KARIM SUKAN ELIT
KP S KOMPUTER – PN
KP EKONOMI – PN ASIMAH BT ADNAN KP BM – PN HAYATI BT AMAT KP MM – EN MOHD TERMIZI BIN YUSLIANAWATI NT YAAKUB
KP BI – PN FAUZIAH BT SAMAD HASHIM KP ASAS SKOMPUTER – PN
KP P.ISLAM – PN MAIZATUL SYAZRAH BT NAZARIAH BT ADNAN
MOHD MIS JUDI KP B TAMIL – PN KP SAINS – EN WAN AHMAD BIN
MAHALETCHUMI A/P ZAKARIA
KP P.QURAN&SUNNAH – PN SITI RAMAKRISHNAN
HAFIDZAH BT MOHD HASSAN KP FIZIK – EN RIJALUDDIN BIN
KP B. CINA – CIK CHAN LEE AHMAD
KP TASSAWWUR ISLAM – PN ROSUZANA CHUK
HAFIZA BTROSLI KP. ABM – PN NG LAY CHIN KP BIO – PN NOR AZYYATI BT
YUSOF@JUSOH
KP GEOGRAFI – PN NOR HAZANA BT KP BA – PN ZAINAB BT SHE
ABD.AZIZ OTHMAN KP KIMIA – PN KETY SURAYA BT
KP SEJARAH – EN MOHREE BIN HUSSEIN MD SALEH
KP KESUSASTERAAN TAMIL -
KP PENDIDIKAN MORAL – PN DEVI A/P PN MAHALETCHUMI A/P KP M TAMBAHAN – EN RADI BIN
ARUMUGAM RAMAKRISHNAN MINDAR

18 KP PENDIDIKAN SENI VISUAL – EN IMRAN KETUA PEMBANTU TADBIR
BIN PISRI PN AZDARIAH BT HAJI SHAPIE

KP PJPK – EN MATHIVANAN A/L
PERIASAMY
KP PSI – PN ROSLAWATI BT ROSLAN
KP SAINS SUKAN – PN SALIMAH BT ALI

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SMK BANTING

PENGETUA
PN. ROSNAH BINTI SARIP

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PENOLONG KANAN HEM PENOLONG KANAN PETANG PENOLONG KOKURIKULUM
TN. HJ HAIRIL ANUAR BIN OSMAN PN NORFIZA BT ABIDIN PN ROS MELATI BT SUTOMAH PN SITI AINA BT JANI

PN LISNEDTAIABPUINSTAIHZAAINAL

19 PENOLONG SETIAUSAHA
PN LATIFAH BT HARUN

JK MURID BERKEPERLUAN JK DISIPLIN & PEMBANGUNAN JK ASRAMA UNIT PPDa JK 3K
KHAS SAHSIAH PN SITI HAJAR NT MOHAMAD PN NOORAZIZAH BT MUHAMMAD PN NORAZIAH BT MOHD YUSOP

PN SITI HAFIDZAH BINTI MOHD EN MOHMAD MUSTAKIM B HJ UNIT PENYELENGARAAN KELAB JK ANJUNG SELERA
HASSANZ SAFARI HJ MOHD NIZAM BIN JUSOH @ PENCEGAHAN JENAYAH PN NURUL AIN BT RAMLAN
EN RAMLAN BIN SAMIRAN
JK KECEMERLANGAN JK SPBT MUSTAFA
SAHSIAH MURID PN NORAZLINA BT KAMBALI

PN LATIFAH BT HARUN

JK PENGURUSAN BANTUAN UNIT APDM UNIT MAJALAH UNIT KITAR SEMULA UNIT SINGGAHAN SELESA
PN NURULHIDAYANI BT AHMAD PN AZLIN NANI BT MISERAL PN NAZARIAH BT ADNAN PN ASLIZA BT MAKHTAR PN RUBIAH BT AHMAD

CARTA ORGANISASI UNT KOKURIKULUM & SUKAN SMK BANTING

PENGETUA
PN. ROSNAH BINTI SARIP

PK KOKURIKULUM
PN SITI AINA BT MOHD JANI

JK BIMBINGAN PELAJAR SEKOLAH

SETIAUSAHA KOPERASI SETIAUSAHA KOKURIKULUM SETIAUSAHA SUKAN
EN ABDUL WAHID BIN KAMARUDIN EN HAFIZUDDIN BIN MAT SENARI (S/U PAGI)
PN NOR AZIZAH BT MOHAMAD PN NURUL AIN BT RAMLAN (PEN S/U)
EN SYAMSUKAIHERI BIN MOHAMAD (S/U PETANG)
PN NURALWANI BT MOHAMAD (PEN S/U)
EN MATHIVANAN A/L PERIASAMY (PEN S/U)
ENCIK KHAIRI BIN KHALID (PEN S/U)

PASUKAN BADAN BERUNIFORM KELAB & PERSATUAN KELAB SUKAN & RUMAH SUKAN SUKAN ELIT
1. KADET REMAJA SEKOLAH 1.BAHASA MELAYU PERMAINAN
2.KADET POLIS 2.BAHASA INGGERIS 1. DELIMA 1.BOLA SEPAK
3.KADET PERTAHANAN AWAM 3.BAHASA ARAB 1.BOLA SEPAK 2. ZAMRUD 2.BOLA JARING
4.KADET BOMBA & PENYELAMAT 4.BAHASA CINA 2.BOLA JARING 3. CITRINE 3.BOLA TAMPAR
5.PKBM UDARA 5.BAHASA TAMIL 3.BOLA TAMPAR 4. FIRUS 4.BOLA BALING
6.PENGAKAP 6.AGAMA ISAM 4.BOLA BALING 5.BADMINTON
7.PANDU PUTERI 7.STEM 5.BADMINTON 6.PING PONG
8.PUTERI ISLAM 8.INOVASI DAN REKACIPTA 6.PING PONG 7.SEPAK TAKRAW
9.BSMM 9.SEJARAH 7.SEPAK TAKRAW 8.KABADDI
10. ST JOHN AMBULANS 10.GEOGRAFI 8.KABADDI 9.PETANQUE
11.KITAR SEMULA 9.PETANQUE 10.CATUR
KOPERASI SMK BANTING BHD 12.SENI VISUAL 10.PERMAINAN DALAMAN 11.KRIKET
1.SETIAUSAHA 13.ICT 11. MEMANAH 12.BALAPAN & PADANG
2. BENDAHARI 14.SPBT 12.OLAHRAGA & MERENTAS 13.BOLING TENPIN
3. PENGURUS SAHAM 15.USAHAWAN MUDA DESA 14.MERENTAS DESA
4. PENGURUS BELIAN 16.DOKTOR MUDA 13.KRIKET 15.RAGBI
5. PENGURUS JUALAN 17.KEBUDAYAAN 16.BOLA KERANJANG
6. PENGURUS STOK 18.BIMBINGAN KERJAYA
7. PENGURUS PROMOSI 19.FOTOGRAFI
20.RUKUN NEGARA

21.KELAN PENCEGAHAN JENAYAH

TAKWIM PROGRAM UNIT KURIKULUM 2021

MAC JULAI

Program LADAP 1 Program LADAP 4
Pemantauan PBD
APRIL Kelas Intervensi
Modul Gemilang
Pembugaran Tekad SPM
Pembugaran Tekad Ting 3 OGOS
Program LADAP 2
Pencerapan Fasa 1 Pencerapan Fasa 2
Kelas Intervensi Pemeriksaan Buku Nota dan Latihan 2
Modul Gemilang Pemantauan PBD
Teknik Menjawab Soalan PT3
MEI Modul Gemilang

Perkongsian Minda Bestari T3 SEPTEMBER
Perkongsian Minda Bestari SPM
Perkongsian Minda Bestari T4 Hari Anugerah Kecemerlangan
Perkongsian Minda Bestari T1 Pencerapan Fasa 2
Bulan Membaca Minggu PSS Pemeriksaan Buku Nota dan Latihan 2
Pemantauan PBD Pemantaun PBD
Program Pesanan Gemilang T3 dan SPM Teknik Menjawab Soalan Ting 1 dan Ting 2
Kelas Bimbingan Kelas Bimbingan SPM dan T3
Modul Gemilang
OKTOBER
JUN
Kelas Bimbingan Akademik SPM
Program LADAP 3 Hari Bicara Ilmu PCB SPM
Bulan Penghayatan Bahasa Modul Gemilang
Bulan Sains dan Matematik
Bulan Kemanusiaan NOVEMBER
Bulan Teknik Vokasional
Teknik Menjawab PT3 Kelas Bimbingan SPM
Hari Bicara Ilmu PPT Graduasi Ting 5

DISEMBER

Hari Bicara Ilmu
Program Mohon Restu

21

TAKWIM PROGRAM UNIT HEM 2021

JAN JUN

Pendaftaran Murid Asrama Pentauliahan Pembimbing Rakan Sebaya
Minggu Transformasi Diri Ting 1 dan 4 Program Manisnya Awal Remaja
Pemeriksaan Salah Laku Disiplin 1
Pelalian HPV Ting 1 JULAI
Gotong Royong Perdana 3K
Latihan Kebakaran
FEB Minggu Mesra Unit Bimbingan dan Kaunseling
Kejohanan Bola Tampar Asrama
Minggu Transformasi Diri Ting 3 dan 5
Proses BKP, KWAPM, EMK Online OGOS
Minggu Silaturrahim Asrama
Pelancaran Guru Penyayang dan Dasar Warga Emas Penarafan Keselamatan Sekolah
Program Jom Imarah Surau Pemantapan PRS
Program Jom ke Sekolah Amalan Terbaik UBK dan Ziarah Cakna
Pengagihan Bantuan BAP Program Minda Sihat
Taklimat Kemasukan SBP, Teknik, Matrikulasi
MAC Motivasi Perdana Murid Ting 3 dan 5

Latihan Kebakaran Sekolah SEPTEMBER
Pameran Kerjaya
Pelaksanaan Psikometrik Ting 1 dan 3 Pentauliahan PRS Muda
Kejohanan Futsal Asrama Program Munajat Perdana

APRIL OKTOBER

Program Talian Kasih@UBK Amalan Terbaik UBK
Pertandingan Amalan Baik Hati Program Minda Sihat
Program Ihya Ramadhan Anugerah Kecemerlangan Sahsiah
Ceramah dan Pameran Keselamatan Program Pasca PT3
Sambutan Maulidur Rasul
MEI
NOVEMBER
Program Tandas Bersih Kami Suka
Teknik Belajar dan Pengurusan Masa Program Pasca PAT
Sambutan Hari Lahir Murid Asrama Sambutan Hari Lahir Murid Asrama

DISEMBER

Penyediaan Perancangan HEM Tahun 2022

22

TAKWIM PROGRAM UNIT KOKURIKULUM
DAN SUKAN 2021

JAN JULAI

Mesyuarat Unit-Unit Koku Latihan Sukan Tara
Pendaftaran Rumah Sukan dan Koku Perjumpaan Kelab dan Persatuan 3
Perjumpaan PBB 1 Sukan Tara
Perjumpaan PBB 4
FEB Program RIMUP

Perjumpaan Kelab dan Persatuan 1 OGOS
Perhimpunan Koku
Perjumpaan Sukan dan Permainan 1 Program Pembangunan Sukan
Pengenalan Kebitaraan – Bola Tampar Ladap Klinik Sukan
Perjumpaan Sukan dan Permainan 4
MAC Perjumpaan PBB 5

Persediaan Kembali ke Sekolah Ting 2 dan 3 SEPTEMBER

APRIL Perjumpaan Sukan dan Permainan 5
Perjumpaan Kelab dan Persatuan 4
Mesyuarat Agong Rumah Sukan Program Pembangunan Sukan
Mesyuarat Agong PBB Perhimpunan Koku
Mesyuarat Agong Kelab dan Persatuan
Mesyuarat Agong Sukan dan Permainan OKTOBER

MEI Perjumpaan Kelab dan Persatuan 5
Perhimpuan Koku
Perhimpunan Koku – Kadet Polis Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
Latihan Merentas Desa dan Sukan
Kejohanan Merentas Desa
Latihan Sukan Tara NOVEMBER
Kursus Kepimpinan JK Koku
Perhimpunan Koku
JUN Kemaskini Fail
Taklimat Pengisian PAJSK
Perjumpaan Kelab dan Persatuan 2
Perjumpaan Sukan dan Permainan 2 DISEMBER
Perjumpaan PBB 3
Kemaskini Markah Penilaian PAJSK
Semak Data PAJSK
Pengesahan PAJSK

23

2021

BARISAN PENTADBIR SMK BANTING 2021

PN ROSNAH BT SARIP TN.HJ HAIRIL ANUAR BIN OSMAN
PENGETUA PK PENTADBIRAN

PN NORFIZA BT ABIDIN PN SITI AINA BT JANI PN ROS MELATI BT SUTOMAH
PK HAL EHWAL MURID PK KOKURIKULUM PK PETANG

PN HJH ALIZA BT RODIN PN TEE PEI LING PN YON FARHAH BT JAMALUDIN EN MOHD KHAIRUL ADZEMI BIN KAMALUL
GKMP BAHASA ARIFFIN
GKMP SAINS & MATEMATIK GKMP KEMANUSIAAN
GKMP TEK & VOK

24

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

PN ROSNAH BT SARIP TN HJ HAIRIL BIN OSMAN PN NORFIZA BT ABIDIN PN ROS MELATI BT SUTOMAH

PN HJH ALIZA BT RODIN PN YON FARHAH PN TEE PEI LENG EN MOHD KHAIRUL ADZEMI
BT JAMALUDIN BIN KAMALUL ARIFFIN

EN AZMI BIN OTHMAN PN NORLIZAWATI EN ABDUL WAHID BIN PN ASIMAH BINTI ADNAN
BT MOHAMAD ASMUNGI KAMARUDDIN

PN AZLIN NANI BT MOHD PN BALKIS BT MOHD AMIN CIK CHAN LEE CHUK PN DALILA BT AIDI
MISERAL

PN DEVI A/P ARUMUGAM PN ENGKU NOR HAMIDAH PN FAUZIAH BT HJ SAMAH PN HAYATI BT AMAT
BT ENGKU ABDUL RAHMAN

25

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

PN HALIJAH BT JADI PN HANNAN BT ISMAIL EN HARYADI BIN MOHAMAD EN IMRAN BIN PISRI

PN KETI SURAYA PN LINDA BINTI ZAINAL PN MAHALETCHUMI A/P PN HJH MAIZATUL SYAZRAH
BT MD SALLEH RAMAKRISHNAN BT MOHD MISJUDI

EN MATHIVANAN EN MOHD ADENIN ENCIK MOHD HAFIZUDDIN EN MOHD NIZAM BIN JUSOH
A/L K.PERIASAMY BIN MOHAMAD BIN MAT SENARI

EN MOHD TERMIZI BIN HASHIM EN MOHAMAD SHEHDI EN MOHMAD MUSTAKIM EN MOHREE BIN HUSSEIN
BIN RAGIUN BIN HJ SAFARI

EN NASRI BIN YUNOS PN NOR AIDA BT NASIR PN NOR AZLIA PN NORAZLINA BT KAMBALI
BT MAT JAAFFAR

26

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

PN NOR AZYYATI BT YUSOFF PN NORFARI IKMA BT AHMAD PN NOR KHADIJAH BT ZUBIR PN NORMIZAN BT MOHAMAD

PN NOR HAZANA BT ABD AZIZ PN NORZIHAN BT HJ ABAS PN NOR ZARIDA BT ALIAS PN NOOR FATIN BT HARUN

EN NOOR HAZWAN EN RADI BIN MINDAR EN RAMACHANDRAN A/L KANNAN EN RAMLAN BIN SARMIRAN
BIN HJ ZOLKAFLI

EN RIJALUDDIN BIN AHMAD EN ROSLAN BIN ABDUL KARIM PN ROSLAWATI BT ROSLAN PN ROSLINA BT MAT ZAIN

PN ROSUZANA HAFIZA PN HJH SALIMAH BT ALI PN SITI HAFIDZAH BT MOHAMAD PN SITI HAJAR BT MOHAMAD
BT ROSLI

27

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

PN SITI HAJAR BT PN SITI PATONAH BT MAHARI PN YUSLIANAWATI BT YAAKUB PN YUSNIZA BT YUSOF
MUHAMMAD TAKUDIN

EN WAN AHMAD BIN ZAKARIA PN ZALINAH BT SHARIP PN ZAINAB BT SEH OTHMAN EN ZORI BIN HARUN

EN ABD KARIM BIN ABU BAKAR PN NORHAYATI BT PN S.FARIDAH MARDHIYYAH PN ASLIZA BT MAKHTAR
SAARIN@SAIRIN BT ABDULLAH

PN FAIRUZ SYAFIQAH PN HANANI BT HASBI EN JOHARI BIN ABDUL HAMID PN JULALIA BT AHMAD SADALI
BT MOHD FAUDZI

EN KARMILLIN BIN KARIM EN KHAIRI BIN KHALID PN LATIFAH BT HARUN PN NAZARIAH BT ADNAN

28

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

PN NG LAY CHIN PN NIK FAZILA BT NEK DAUD PN NIK NORHARMIDAH PN NOR AISHAH BT SHAPIE
BT CHE HARUN

CIK NORAINI BT NORDIN PN NORLINA BT HJ ARSAT PN NORLIZA BT YASIN PN NORMIAZURA BT NORDIN

PN NOORAZIZAH BT MUHAMAD PN NUR ALWANI PN NURULHIDAYANI BT AHMAD PN NURUL AIN BT RAMLAN
BT MOHAMAD

PN RAMAI A/P PALANIANDY PN RUBIAH BT AHMAD PN SITI RAUDHAH BT BOKHARI PN SITI ROKIAH SURIYATI BT MOHD
ASARI

EN SYAMSUKAIHERI CIK TAVAMANI PN WAN NOR AINI ZAIRUL HAFIDZ BIN PN ZURAIDA BINTI ZULKIFLI
BIN MUHAMAD A/P MUNIANDY BT WAN HASSAN MOHAMAD ALI

29

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
SESI PAGI

BIL NAMA GURU SUBJEK AJAR

1 Puan Rosnah binti Sarip Ekonomi

2 Tuan Haji Hairil Anuar bin Osman@Ahmad Bahasa Melayu

3 Puan Norfiza binti Abidin Bahasa Inggeris
4 Puan Siti Aina binti Jani P.Islam, P. Moral
5 Puan Hjh Aliza binti Rodin Bahasa Melayu
6 Puan Yon Farhah binti Jamaludin P.Islam, Tasawwur
7 Puan Tee Pei Leng Math, Math Tamb.
8 Encik Mohd Khairul Adzemi bin Kamalul Ariffin Sains Komputer

9 Encik Azmi bin Othman Kaunselor
10 Puan Norlizawati binti Mohamad Asmungi Kaunselor
11 Encik Abdul Wahid bin Kamaruddin B.Melayu, P.Moral
12 Puan Asimah binti Adnan Ekonomi, Matematik
13 Puan Azlin Nani binti Mohd Miseral Matematik Tambahan
14 Puan Balkis binti Mohd Amin Sejarah, P.Moral

15 Cik Chan Lee Chuk B.Cina, Pend Moral

16 Puan Dalila binti Aidi Sains

17 Puan Devi a/p Arumugam Pend. Moral
18 Puan Engku Nor Hamidah binti Engku Abdul Rahman Matematik, Kimia

19 Puan Fauziah binti Hj Samah Bahasa Inggeris

30

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
SESI PAGI

BIL NAMA GURU SUBJEK AJAR
20 Puan Hayati binti Amat
21 Puan Halijah binti Jadi Bahasa Melayu
22 Puan Hannan binti Ismail Matematik
23 Encik Haryadi bin Mohamad
24 Encik Imran bin Pisri Prinsip Perakauan
25 Puan Keti Suraya binti Md Salleh Bahasa Inggeris
26 Puan Linda binti Zainal Pendidikan Seni Visual
27 Puan Mahaletchumi a/p Ramakrishnan
28 Puan Hjh Maizatul Syazrah bt Mohd Misjudi Kimia
29 Encik Mathivanan a/l K.Periasamy Bahasa Melayu
30 Encik Mohd Adenin bin Mohamad B.Inggeris, Bah.Tamil
31 Encik Mohd Hafizuddin bin Mat Senari Pendidikan Islam
32 Encik Mohd Nizam bin Jusoh @ Mustafa PJK, Pend.Moral
33 Encik Mohd Termizi bin Hashim
34 Encik Mohamad Shehdi bin Ragiun Sejarah
35 Encik Mohmad Mustakim bin Hj Safari Matematik, PJK
36 Encik Mohree bin Hussein
37 Encik Nasri bin Yunos PVMA
38 Puan Nor Aida binti Nasir Matematik

Kimia
Pendidikan Seni Visual

Sejarah
Bahasa Melayu
Geografi Sejarah

31

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
SESI PAGI

BIL NAMA GURU SUBJEK AJAR
39 Puan Nor Azlia binti Mat Jaaffar
40 Puan Norazlina binti Kambali Bahasa Melayu
41 Puan Nor Azyyati binti Yusoff@ Jusoh RBT, Sains
42 Puan Norfari Ikma binti Ahmad
43 Puan Nor Khadijah binti Zubir Biologi, Sains
44 Puan Normizan binti Mohamad Sains
45 Puan Nor Hazana binti Abd Aziz
46 Puan Norzihan binti Hj Abas Bahasa Inggeris
47 Puan Nor Zarida binti Alias RBT
48 Puan Noor Fatin binti Harun
49 Encik Noor Hazwan bin Hj Zolkafli Geografi
50 Encik Radi bin Mindar Sejarah
51 Encik Ramachandran a/l Kannan Perniagaan
52 Encik Ramlan bin Sarmiran Bahasa Inggeris
53 Encik Rijaluddin bin Ahmad
54 Encik Roslan bin Abdul Karim Fizik
55 Puan Roslawati binti Roslan Matematik
56 Puan Roslina binti Mat Zain Math. Math Tamb
57 Puan Rosuzana Hafiza binti Rosli Bahasa Inggeris
Fizik, Sains
GKT, PJK
PI, PSI, Pend.Moral
Matematik
Tasawwur, PI

32

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
SESI PAGI

BIL NAMA GURU SUBJEK AJAR
58 Puan Hajah Salimah binti Ali
59 Puan Siti Hafidzah binti Mohamad Sains Sukan, PJK
60 Puan Siti Hajar binti Mohamad Pend.Islam, PQS
61 Puan Siti Hajar binti Muhammad Takudin
62 Puan Siti Patonah binti Mahari Sejarah
63 Puan Yuslianawati binti Yaakub Bahasa Inggeris, PJK
64 Puan Yusniza binti Yusof
65 Encik Wan Ahmad bin Zakaria Bahasa Melayu
66 Puan Zalinah binti Sharip Sains Komputer, Math
67 Puan Zainab binti Seh Othman
68 Encik Zori bin Harun PVMA
Sains
Bahasa Melayu
Bah.Arab, KKQ
Perniagaan, RBT

33

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
SESI PETANG

BIL NAMA GURU SUBJEK AJAR
1 Puan Ros Melati binti Sutomah @ Sutarmo
2 Encik Abd Karim bin Abu Bakar RBT
3 Puan Norhayati binti Saarin@Sairin B.Melayu, Sejarah
4 Puan S.Faridah Mardhiyyah binti Abdullah
5 Puan Asliza binti Makhtar Kaunselor
6 Encik Ameen bin Mahadi Kaunselor
7 Puan Fairuz Syafiqah binti Mohd Faudzi RBT, PSV, PJK
8 Puan Hanani binti Hasbi Matematik
9 Encik Johari bin Abdul Hamid Bahasa Inggeris
10 Puan Julalia binti Ahmad Sadali Bahasa Inggeris
11 Encik Karmillin bin Karim RBT, PJK, Sains
12 Encik Khairi bin Khalid Pend.Islam, Sejarah
13 Puan Latifah binti Harun
14 Puan Nazariah binti Adnan RBT
15 Puan Ng Lay Chin Georgrafi, PJK
16 Puan Nik Fazila binti Nek Daud
17 Puan Nik Norharmidah binti Che Harun RBT, PSV
18 Puan Nor Aishah binti Shapie ASK, Pend.Moral
19 Cik Noraini binti Nordin Bahasa Melayu
Pendi.Islam, B.Arab

Sains
Pend.Islam
Geografi, B.Melayu

34

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
SESI PETANG

BIL NAMA GURU SUBJEK AJAR
20 Puan Norlina binti Hj Arsat
21 Puan Norliza binti Yasin Bahasa Inggeris
22 Puan Normiazura binti Nordin Bahasa Melayu
23 Puan Noorazizah binti Muhamad
24 Puan Nur Alwani binti Mohamad RBT, PJK
25 Puan Nurulhidayani binti Ahmad Sejarah, PJK
26 Puan Nurul Ain binti Ramlan B.Melayu, Sejarah
27 Puan Ramai a/p Palaniandy Bahasa Melayu
28 Puan Rubiah binti Ahmad
29 Puan Siti Raudhah binti Bokhari Sains
30 Puan Siti Rokiah Suriyati binti Mohd Asari Pend.Moral
31 Encik Syamsukaiheri bin Muhamad Geografi, PSV
32 Cik Tavamani a/p Muniandy Matematik, Sains
33 Puan Wan Nor Aini binti Wan Hassan Matematik, Sains
34 Encik Zairul Hafidz bin Mohamad Ali Sains, Matematik
35 Puan Zuraida binti Zulkifli Bahasa Inggeris
B.Melayu, Sejarah
Matematik
Matematik

35

ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA

PN. AZDARIAH BT HJ SHAPIE PN. INTAN NORZULAIHA
PEMBANTU TADBIR N26 MAULAD AWALUDIN
PENYELIA ASRAMA N19
PN. SHURIANI BT SAAT
PEMBANTU TADBIR W19 PN. HAMSYAH BT ZAINI
PEMBANTU TADBIR N19

PN. NORLIA SALAWATI BT RAHMAT CIK KAMSIAH BT PETANG PN. NURUL NADIA BT
PEMBANTU OPERASI N11 PEMBANTU PEMBANTU MOHAMED SULEIMAN
PN. NORMAHIZAN BT SOLIHIN PEMBANTU MAKMAL C19
PEMBANTU MAKMAL C19 OPERASI N11

PN. NORMAZIAH BT AHMAD
PEMBANTU MAKMAL C19

EN. AMIR SHAHRULIZAM BIN ABDUL KARIM EN. MUTHU ALAGAN A/L PRIASAMY
PEMBANTU OPERASI N14 PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI
EN. MOHD IZWAN BIN MOHD ADHAM MAKLUMAT FA29
PEMBANTU MAKMAL C19
EN. SALNI BIN SANTHIMAN
PEMBANTU MAKMAL C22

36

PEKERJA PEMBERSIHAN

EN CHANDRA EN BAHARUDDIN PN LEELA PN SILUAMAMANDY

PENGUSAHA DAN PEKERJA DEWAN MAKAN

SRI UMMI ATIQAH MUHAMMAD NAQIB FAUZI HAMDAN IBRAHIM SHAH PUTERA
PENGUSAHA BIN RAMLAN BIN DAUD PRAMUSAJI
PENGUSAHA PRAMUSAJI

MOHD KHAIRUL MUHAMMAD ZHAFRAN MOHD SYUKRAN ABD HAMID
BIN MOKHTAR BIN MAT HALIM TUKANG MASAK
PRAMUSAJI
PRAMUSAJI

37

PEKERJA KESELAMATAN

EN MOHD AFZAN PN MAGESWARY

PN JULITA EN SARAVANESVARAN

38

PIBG SMK BANTING

EN FAUZAN EN YUN HANIMI EN. ABDUL RAZAK EN KUNASEKARAN

EN SHARUL AKMAR EN SHARUL AZMAN PN NURASYIKIN EN PERIANNAN ENCIK NORHAIZAM

TN HJ. HARUN PN FARIDAH PN TANGGAMAL EN FAUZI

PENASIHAT : PUAN ROSNAH BINTI SARIP
YDP PIBG : ENCIK FAUZAN BIN MULIM
NYDP PIBG BIRO KEWANGAN : ENCIK YUN HANIMI BIN HJ YUNUS
SETIAUSAHA : PUAN NORLINA BINTI HJ. ARSAT
PENOLONG SETIAUSAHA : PUAN NORLIZA BINTI YASIN
BENDAHARI : PUAN ASIMAH BINTI ADNAN
PENOLONG BENDAHARI : ENCIK MOHD TERMIZI BIN HASHIM
AJK GURU : PUAN ROSLINA BINTI MAT ZAIN
: ENCIK ZORI BIN HARUN
AJK PIBG : PUAN KETI SURAYA BINTI MD SALLEH
: ENCIK MOHREE BIN HUSSEIN
: ENCIK ABDUL RAZAK BIN SULAIMAN
: ENCIK KUNASEKARAN A/L A. RACHIAPPAN
: ENCIK SHARUL AKMAR BIN MAT ISA
: ENCIK SHARUL AZMAN BIN JAAFAR
: PUAN NURASYIKIN BINTI ISMAIL
: ENCIK PERIANNAN A/L SUBRAMANIAM
: ENCIK NORHAIZAM BIN MAHADI
: TUAN HJ HARUN BIN MOHD ZAIN
: PUAN FARIDAH BINTI HASSAN
: PUAN TANGGAMAL A/P BALASUNDRAM
: ENCIK FAUZI BIN DIN

39

ALSEB SMK BANTING

alseb

PENGERUSI : ENCIK MUHAMMAD SHAHIMI BIN ARIFFIN
TIMBALAN PENGERUSI : ENCIK MOHD HAFIZ BIN ISA
SETIAUSAHA : PUAN NORAZLINA BINTI KAMBALI
PEN.SETIAUSAHA : PUAN SITI HURUL AIN BINTI ZULROFLI
BENDAHARI : ENCIK MUHAMMAD SYAWAL
PEN.BENDAHARI : DR. SITI EFLIZA BINTI ASHARI
AJK : MUHD HAFIZI BIN ZAINAL

NURUL HANIS SOLEHAH BINTI ZOLKAFLI
SITI FAZIELA BINTI MOHD LATIF
NURUL FARAHAH BINTI HOSNI
FAZA SYAHIRAH BINTI MD NOOR
NOOR AZLINA BINTI ALI
CIK NORFARIZAN BINTI MOHAMAD

SEKRETARIAT/SUKARELAWAN PERTUBUHAN ALUMNI SMK BANTING (ALSEB)
DR. ALAGI SELVY PERUMAL (PEGAWAI PERUBATAN)
ENCIK MUAZ SHURIDDIN (JURUTERA)
ENCIK MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD HALIM (PENSYARAH)
CIK AMILINDA BINTI BUNICHON (PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK)
ENCIK MUHAMMAD ARIFF BIN HASAN (JURUTERA)
ENCIK MUHAMMAD AMIR (PEREKA BENTUK BANGUNAN)

40

2021

PENGAWAS TINGKATAN 5

Hafizuddin Athirah Balqis Khadeeja Azwa

Erna Sazana Emalin Latisya Jerusha Nur Adlina

Parvina Anis Aqilah Balqis Sufilyana

Dinesuwaran Ammar Zadriq Zul Faris Norsalha

41

PENGAWAS TINGKATAN 4

Najihah Kuganeswary Nurul Akma

Qaira Fadila Nur Ameera Subashini Nurul Azreen

Elly Natasha Nur Qistina Ang Kelxin Sharveenesh

Syahmi Abdul Rauf Manojh Ramaneshwaran

42

PENGAWAS TINGKATAN 3

Afifah Syamimi Shaza Hanny Iwana

Idoora Farisha Nur Aisyah

Elie Shah Muhd. Hanif Nasuha

43


Click to View FlipBook Version