iSRI Al-Amin (Putra Mahkota) Membawa Pendidikan UnggulUnit Kualiti
iiDiterbitkan oleh:SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL-AMIN (PUTRA MAHKOTA),NO 82, 82-1, 82-2, 82A,82A-1,82A-2, 86, 86-1,86-2, JALAN BANGI AVENUE 1/8, TAMAN BANGI AVENUE,43000 KAJANG SELANGORHak Cipta: SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL-AMIN (PUTRA MAHKOTA)Email: [email protected] Al-Amin Membawa Pendidikan UnggulTeks © Unit Kualiti, 2026Grafik dan ilustrasi © Unit Kualitie ISBN: 978-629-94755-0-7Edisi Asal: Pertama kali diterbitkan 2026Catan kulit: Abdullah Al-Marawi
iiiSinopsis Dokumen ini menghimpunkan gambaran menyeluruh mengenai hala tuju, falsafah, sistem pendidikan, tadbir urus dan jaminan kualiti Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Putra Mahkota sebagai sebuah institusi pendidikan Islam bersepadu yang berteraskan pendidikan rabbani.Bermula dengan latar belakang penubuhan sekolah, dokumen ini menjelaskan perkembangan SRI AlAmin Putra Mahkota dari aspek pengurusan, kurikulum dan prasarana. Falsafah pendidikan sekolah dirangka berasaskan tauhid dan berpandukan al-Quran serta as-Sunnah dengan matlamat melahirkan insan rabbani yang beriman, berilmu, berakhlak dan mampu memimpin masyarakat.Dokumen ini turut memperincikan elemen-elemen kualiti pendidikan yang merangkumi reka bentuk kurikulum bersepadu, kaedah pengajaran dan pembelajaran, penilaian murid secara holistik, pembangunan guru sebagai murabbi, bi’ah sekolah yang kondusif serta mekanisme pemantauan dan penambahbaikan kualiti berterusan.Selain itu, dokumen ini menampilkan penggunaan bahan rujukan terpilih seperti buku Gagasan Masjid Nabawi dan koleksi Hadis 40 sebagai penanda aras tinggi dalam usaha memperkasakan kurikulum dan pendekatan tarbiah sekolah. Pendekatan Masjid Nabawi sebagai pusat ilmu, tarbiah dan pembangunan masyarakat dijadikan inspirasi utama.Secara keseluruhan, dokumen ini berfungsi sebagai dokumen rujukan strategik yang menunjukkan komitmen SRI Al-Amin Putra Mahkota terhadap kecemerlangan pendidikan Islam melalui jaminan kualiti yang berterusan dan pembangunan murid secara menyeluruh.
ivSENARAI KANDUNGANPengenalan 1Elemen 1: Visi, Misi dan Hasil Pembelajaran 21.1 Falsafah Pendidikan, Visi dan Misi 21.2 Hasil Pembelajaran 5Elemen 2: Governan, Kepimpinan dan Pengurusan 72.1 Governan 72.2 Kepimpinan 82.3 Pengurusan 11Elemen 3: Reka Bentuk Kurikulum dan Kaedah Penyampaian 143.1 Reka Bentuk Kurikulum 143.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 17Elemen 4: Penilaian Murid 194.1 Kaedah Penilaian 194.2 Pengurusan Penilaian Murid 204.3 Pentaksiran Murid 21Elemen 5: Pemilihan dan Khidmat Sokongan Murid 235.1 Dasar Kemasukan dan Pemilihan 235.2 Khidmat Sokongan Murid dan Kaunseling 25Elemen 6: Guru dan Staf Sokongan 276.1 Rekruitmen 276.2 Kebajikan, Perkhidmatan dan Pembangunan Staf 286.3 Modul Tarbiyah Guru 29Elemen 7: Bi’ah 317.1 Kemudahan Fizikal 317.2 Keselamatan dan Keceriaan 32
v7.3 Penyelidikan dan Pembangunan 337.4 Hubungan Luar 347.5 Penglibatan Murid dalam Persatuan 35Elemen 8: Pemantauan dan Semakan Semula Kurikulum 368.1 Mekanisme Penilaian Program 368.2 Prestasi Murid 388.3 Penglibatan Pihak Berkepentingan 39Elemen 9: Penambahbaikan Kualiti Berterusan Secara Menyeluruh 409.1 Dasar dan Garis Panduan 409.2 Struktur, Fungsi dan Strategi Jaminan Kualiti 419.3 Aktiviti Menjamin Kualiti dan Tindakan 439.4 Penambahbaikan Berterusan (CQI) 44
1PengenalanSRI Al-Amin Putra Mahkota telah ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai cawangan kepada SRI Al-Amin Bangi dengan permulaan yang sederhana, iaitu seramai 60 orang pelajar, 4 orang guru dan seorang staf sokongan. Pada peringkat awal, sekolah ini beroperasi bagi memenuhi keperluan masyarakat Putra Mahkota dan kawasan sekitar yang menginginkan pendidikan Islam berteraskan tarbiah AlAmin. Dengan sambutan yang semakin meningkat, struktur pentadbiran dan operasi sekolah semakin berkembang. Pada tahun 2019, SRI Al-Amin Putra Mahkota menjadi sebuah sekolah yang berdiri sendiri di bawah syarikat Sri Al-Amin Putra Mahkota Sdn. Bhd., dan sejak itu terus membangun dengan lebih tersusun dari segi governan, pengurusan, bilangan guru, murid serta prasarana pendidikan.
2Elemen 1: Visi, Misi dan Hasil Pembelajaran1.1 Falsafah Pendidikan, Visi dan MisiFalsafah pendidikan SRI Al-Amin ialah proses pendidikan berteraskan tauhid untuk membentuk insan rabbani yang beriman, berilmu, berakhlak dan berkeupayaan meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia ke arah peradaban sejahtera berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.Falsafah ini dirangka berasaskan buku Gagasan Masjid Nabawi. Buku ini boleh didapati dengan mengimbas QR di bawah
3No. Critical Success Factor (CSF)Penerangan Ringkas1 Kecemerlangan Kurikulum & PedagogiIntegrasi Islam–Umum, MI, Muasafat Tarbiah, PdP berasaskan teknologi & data.2 Kualiti & Pemerkasaan GuruLatihan profesional, sikap murabbi, penilaian prestasi jelas.3 Pembentukan Sahsiah & Akhlak PelajarProgram tarbiah, intervensi sahsiah, kepimpinan murid.4 Komunikasi & Penglibatan Ibu BapaHubungan dua hala, PIBG aktif, respons aduan profesional.5 Kepimpinan & Pengurusan SekolahKepimpinan berwibawa, PDCA, SOP mantap, budaya profesional.6 Persekitaran Fizikal & KeselamatanBilik darjah kondusif, keselamatan, fasiliti lengkap.7 Kestabilan Kewangan & KelestarianBajet berhemah, aliran tunai, audit, dana pembangunan.8 Reputasi & Branding SekolahIdentiti kukuh, pencapaian murid, media sosial berkesan.9 Sistem Penilaian & Jaminan KualitiAudit dalaman, pentaksiran standard, benchmarking.
4SRI Al-Amin Putra Mahkota merupakan sebuah sekolah rendah Islam yang membawa satu misi besar: melahirkan generasi mukmin yang berilmu, berakhlak dan pemimpin dan usahawan Sejak awal penubuhannya, SRI Al-Amin berpegang teguh kepada Falsafah Pendidikan Islam yang melihat anak-anak sebagai amanah Allah yang mesti dibimbing secara seimbang dari segi rohani, akhlak, emosi dan intelek.Visi sekolah ini lahir daripada gagasan bahawa setiap murid mempunyai potensi fitrah yang boleh berkembang dengan bimbingan yang baik. Visi SRI Al-Amin adalah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan Islam unggul yang membentuk murid berakhlak mulia, berfikrah tinggi serta mampu memberi manfaat kepada masyarakat.Misi sekolah pula menjelaskan bagaimana visi ini dicapai: melalui pendekatan pendidikan bersepadu, berteraskan alQuran dan Sunnah, mengaplikasikan Muasafat Tarbiah dan membangunkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, penuh kasih sayang serta berorientasikan ilmu dan amal.
51.2 Hasil PembelajaranPengalaman pembelajaran di SRI Al-Amin Putra Mahkota dirancang dengan teliti agar menghasilkan insan soleh yang seimbang dari aspek kognitif, jasmani, rohani serta kepimpinan. Hasil pembelajaran yang diimpikan bukan sekadar pencapaian akademik cemerlang, tetapi pembentukan jati diri murid yang mampu mengamalkan Islam sebagai cara hidup.Antara hasil pembelajaran utama yang ditetapkan ialah: • Akidah yang sejahtera • Ibadah yang betul • Akhlak yang Mantap • Kuat Tubuh Badan • Mampu Melawan Nafsu • Menjaga Waktu • Mengurus dengan Baik dan Tersusun• Berguna kepada Masyarakat• Berpengetahuan luas dan berhikmah• Keusahawanan yang tinggiKesemua hasil pembelajaran ini membentuk satu ekosistem pendidikan holistik yang tidak hanya menjadikan murid cemerlang di atas kertas, tetapi membina karakter insan yang teguh akidahnya, mantap akhlaknya dan jelas hala tuju kehidupannya.
6Hasil pembelajaran SRI Al-Amin berasaskan buku di sebelah menekankan pembentukan anak secara holistik berasaskan hadishadis pendidikan, iaitu melahirkan murid yang bertauhid kukuh, menjaga ibadah, berakhlak dan beradab, berdisiplin serta mampu mengawal emosi, menghargai masa, mengamalkan gaya hidup sihat, mencintai ilmu, bertanggungjawab terhadap diri dan amanah, serta memiliki jiwa ihsan yang suka membantu dan memberi manfaat kepada keluarga serta masyarakat, sehingga terbentuk jati diri Muslim yang seimbang dari segi rohani, akhlak dan intelek.Buku ini boleh didapati dengan mengimbas QR di bawah.
7Elemen 2: Governan, Kepimpinan & Pengurusan2.1 GovernanSRI Al-Amin Putra Mahkota mempunyai struktur governan yang kukuh yang melibatkan Lembaga Pengarah, Lembaga Pengelola Sekolah dan Jemaah Pengurusan Sekolah. Lembaga Pengarah memantau dasar dan arah tuju organisasi, manakala Lembaga Pengelola mengurus aspek pendidikan dan operasi sekolah secara langsung. Struktur ini diperkukuh melalui mesyuarat berkala antara lembaga, pengurusan dan guru bagi memastikan objektif strategik sekolah dicapai serta semua urusan berjalan mengikut piawaian yang ditetapkan.Setiap ahli Lembaga Pengelola mempunyai tanggungjawab tersendiri seperti memantau kurikulum, kebajikan, latihan guru, kemudahan sekolah dan penilaian.Kesemua ahli Lembaga Pengelola telah melalui proses tarbiah Ikram yang panjang dan kemahiran yang luas dalam pendidikan.
82.2 KepimpinanKepimpinan sekolah dipandu oleh Guru Besar yang dibantu oleh Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum. Selain itu eksekutif pembangunan insan, kewangan, operasi dan dana turut memainkan peranan penting dalam memastikankelancaran pentadbiran sekolah. Kepimpinan memberi penekanan kepada nilai amanah, profesionalisme, komunikasi berkesan dan pembinaan budaya kerja yang positif, selaras dengan dokumen strategik dan struktur rasmi organisasi sekolah.
9Pencapaian Kepimpinan diukur melalui Perancangan strategik yang memberi fokus kepada enam bidang utama: pengurusan sekolah, pembangunan staf akademik, pengukuhan ukhuwwah, pembinaan karakter murid, penambahbaikan persekitaran, dan pemantapan kewangan. Berdasarkan Pelaporan Dokumen Strategik Bil 2/2025, pemantauan pencapaian dibuat melalui semakan KPI, status tindakan dan keberhasilan setiap strategi. Laporan menunjukkan kejayaan seperti pelantikan penolong kanan, penyediaan struktur organisasi, penubuhan kelab kokurikulum, pembangunan modul PKPIM, pembelian komputer riba, dan pelaksanaan program staf. Beberapa strategi masih belum mencapai sasaran seperti kursus staf menyeluruh, pembinaan makmal komputer dan seminar akademik PIBG. Pemantauan dilaksanakan melalui mesyuarat berkala oleh Lembaga Pengelola, Jemaah Pengurusan Sekolah dan unit-unit berkaitan, memastikan tindakan yang berjaya diperkukuh dan kelemahan ditambah baik secara berterusan.
10Kemufakatan di SRI Al-Amin dipupuk melalui pelbagai program bersama yang mengeratkan hubungan antara guru, ibu bapa dan warga sekolah. Program seperti qiyam, majlis syura dan pertemuan berkala membantu menyatukan pemikiran serta menyelesaikan urusan secarakolektif. Penyebaran maklumat melalui Facebook, laman web rasmi dan WhatsApp memastikan semua pihak sentiasa dimaklumkan dan bergerak seiring. Selain itu, acara sukan tahunan dan majlis makan malam menjadi platform penting untuk membina ukhuwwah, mengukuhkan kerjasama dan mewujudkan suasana kekeluargaan dalam komuniti SRI AlAmin.
112.3 PengurusanPengurusan sekolahdijalankan secara sistematik melalui pembahagian tugas yang jelas dalam Carta Organisasi Murabbi yang merangkumi unit-unit akademik, disiplin, PBD, PSS, pengawas, makmal, media & publisiti, kelab permainan dan unit transit. Dokumen strategik menunjukkan keberkesanan pengurusan melalui pelaksanaan KPI, penghasilan SOP, latihan staf dan pemantauan berkala. Sekolah juga mengukuhkan pengurusan hubungan dengan ibu bapa melalui website rasmi dan penganjuran program seperti sukan tahunan serta aktiviti komuniti bagi menyokong perkembangan murid secara holistik.
12Kualiti dan inovasi di SRI Al-Amin diperkukuh melalui pemantauan berterusan oleh AJK yang memastikan setiap program, PdP dan operasi sekolah dilaksanakan mengikut piawaian. Guru turut digalakkan melaksanakan penyelidikan tindakan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan menghasilkan idea baharu yang inovatif untuk bilik darjah. Selain itu, Hari Apresiasi menjadi platform meraikan usaha dan pencapaian murid serta guru, sekali gus menyemai budaya kualiti, kreativiti dan penambahbaikan berterusan dalam kalangan warga sekolah.
13Pelajar SRI Al-Amin turut diberi peluang menyertai program perkhemahan di luar negara seperti Thailand, yang bertujuan memperluas pengalaman, membina keyakinan diri dan memupuk daya kepimpinan. Melalui perkhemahan antarabangsa ini, murid terdedah kepada budaya baharu, latihan kerjasama, aktiviti lasak serta pembelajaran nilai ukhuwwah merentas sempadan. Program sebegini mengukuhkan sahsiah, ketahanan mental dan keterampilan sosial sekali gus menyokong matlamat sekolah melahirkan generasi berwawasan global tetapi tetap berakar pada nilai Islam.Tiga orang pelajar SRI Al-Amin telah terpilih mewakili pasukan Malaysia untuk bertanding dalam kejohanan bola sepak di luar negara. Penyertaan ini menunjukkan keupayaan murid bukan sahaja dalam akademik, tetapi dalam bakat sukan yang cemerlang. Pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa membina keyakinan, disiplin, semangat kesukanan serta memberikan pendedahan global yang amat bermakna. Kejayaan ini juga membuktikan bahawa program kokurikulum SRI Al-Amin mampu melahirkan murid berbakat yang berdaya saing di pentas dunia.
14Elemen 3: Reka Bentuk Kurikulum dan Kaedah Penyampaian3.1 Reka Bentuk KurikulumBuku yang menjadi asas kepada Pembangunan kurikulum. Buku ini boleh didapati dengan mengimbas QR dibawahReka bentuk kurikulum SRI Al-Amin dibangunkan berasaskan pendekatan rabbani yang mengintegrasikan ilmu wahyu dan ilmu semasa, dengan fokus kepada pembentukan minda, watak dan nilai seperti digariskan dalam ‘Student Total Learning Journey’. Kurikulum merangkumi kurikulum akademik, ko-kurikulum, ekstra kurikulum dan aktiviti keluarga, serta disusun bagi mencapai hasil pembelajaran holistik merangkumi pengetahuan, kemahiran, sahsiah dan nilai. Standard Guru Al-Amin menegaskan bahawa PdP mesti berpandukan silibus, berstruktur melalui RPH, serta mengutamakan peranan guru sebagai murabbi yang memodelkan akhlak dan nilai Islam.
15Standard GuruImbas QR untuk mengikuti Kursus Asas Murabbi dalam taliahGuru SRI Al-Amin mempunyai keupayaan merangka dan menyampaikan kurikulum melalui pemenuhan Standard Guru AlAmin yang menekankan identiti murabbi, penguasaan ilmu, kemahiran PdP dan kecekapan profesional. Berdasarkan dokumen Standard Guru Al-Amin, guru perlu menguasai strategi PdP berkesan, menyediakan RPH berstruktur, mengintegrasi ilmu wahyu dan ilmu semasa serta membuat penilaian berdasarkan hasil pembelajaran murid. Guru juga diwajibkan mengikuti Kursus Asas Murabbi sebagai latihan asas, memastikan mereka memahami peranan murabbi, memiliki akhlak Qur'ani, berkomunikasi dengan adab dan bekerja secara berjemaah. Pemenuhan standard dan latihan ini memastikan guru mampu merekabentuk kurikulum yang terancang serta menyampaikan pengajaran yang bermakna, profesional dan selari dengan visi pendidikan rabbani Al-Amin.
16Reka bentuk kurikulum di SRI Al-Amin menerapkan kaedah constructive alignment, iaitu keselarasan jelas antara hasil pembelajaran, aktiviti pengajaran dan kaedah pentaksiran. Dalam pendekatan ini, guru menetapkan hasil pembelajaran yang ingin dicapai terlebih dahulu, kemudian merancang aktiviti PdP yang aktif, bermakna dan berpusatkan murid untuk memastikan hasil tersebut dapat dicapai. Pentaksiran pula direka bentuk supaya benarbenar mengukur apa yang diajar dan dipelajari. Pendekatan ini memastikan PdP lebih sistematik, tersusun dan berfokus, sekaligus membantu murid memahami, menguasai dan mengamalkan ilmu secara lebih mendalam dan berkesan.
173.2 Kaedah Pengajaran dan PembelajaranKaedah PdP di SRI Al-Amin menekankan pendekatan aktif, inovatif dan berpusatkan murid. Pelbagai strategi digunakan seperti Cybergogy, Peeragogy, Heutagogy, Pembelajaran Berbasis Masalah (PBL), Pembelajaran Berasaskan Projek (PjBL), Flipped Classroom, gamifikasi serta pendekatan kemahiran abad ke-21 untukmerangsang kreativiti, pemikiran kritikal dan kolaborasi murid. Amalan terbaik yang dibentangkan dalam Kolokium Inovasimenunjukkan penggunaan teknik seperti permainan kad memori, teknik tolak pantas, komunikasi efektif, teknik Jawi, ‘brain breaks’ dan aktiviti hands-on lain.Buku ini boleh didapati dengan mengimbas QR di bawahBuku ini boleh didapati dengan mengimbas QR di bawah
18Pengajaran juga diperkukuh dengan teknologi dan AI untuk bahan pengajaran, pentaksiran dan interaktiviti PdP. Pendekatan ini selaras dengan constructivism dan constructive alignment, memastikan hasil pembelajaran, aktiviti PdP dan pentaksiran bergerak secara selari.Buku panduan seperti di sebelah boleh didapati dengan mengimbas QR di bawah:
19Elemen 4: Penilaian Murid4.1 Kaedah PenilaianBerdasarkan dokumen 'Pendekatan Penilaian Pelajar' dan 'Kaedah Penilaian SRI AAPM', kaedah penilaian murid dilaksanakan secara holistik merangkumi PBD Syariah, PBD Akademik, pentaksiran formatif, pentaksiran sumatif, penilaian autentik, projek, portfolio, penilaian rakan sebaya, penilaian kendiri dan pemerhatian berasaskan Muasafat Tarbiah. Pendekatan ini menjamin perkembangan murid dinilai dari aspek ilmu, akhlak, sahsiah, hafazan serta kecerdasan pelbagai dan tidak hanya bergantung pada peperiksaan bertulis.
204.2 Pengurusan Penilaian MuridPengurusan penilaian murid dijalankan melalui rekod berterusan, rubrik penilaian, analisis data prestasi dan pelaporan berkala kepada ibu bapa. Sekolah mengurus PBD Akademik dan Syariah, Ujian Akhir Sesi Akademik, PAFA, penilaian hafazan, pentaksiran jasmani, penilaian sahsiah JAISTahun 6 dan penilaian psikometrik. Keselarasan antara PdP dan pentaksiran dipastikan melalui pendekatan constructive alignment bagi memastikan semua penilaian menyokong hasil pembelajaran murid.
214.3 Pentaksiran MuridPentaksiran murid dilakukan secara menyeluruh meliputi pengukuran akademik, sahsiah, agama dan kokurikulum. Murid dinilai melalui PBD, ujian bertulis, hafazan, PAFA, amali, projek, pentaksiran jasmani serta pentaksiran holistikSPPIM. Laporan Musleh 2025 turut menunjukkan kecemerlangan sekolah dalam beberapa subjek teras dan syariah, sekali gus membuktikan keberkesanan sistem pentaksiran sekolah yang menyeluruh dan berfokus kepada pembangunan murid.
22Dalam sesi pertemuan bersama ibu bapa, guru menerangkan secara terperinci kedudukan pencapaian murid berdasarkan pelbagai komponen pentaksiran yang dijalankan sepanjang tahun. Dimulakan sesi dengan membentangkan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Akademik dan Syariah, termasuk tahap penguasaan murid serta perkembangan mereka dari segi pengetahuan dan kemahiran asas. Seterusnya, guru menjelaskan keputusan ujian bertulis akhir sesi, pencapaian hafazan, bacaan alQuran, Penilaian Amali Fardhu Ain (PAFA), serta pentaksiran jasmani dan aktiviti kokurikulum.Guru turut menerangkan dapatan penilaian sahsiah JAIS Tahun 6, penilaian psikometrik serta laporan pentaksiran holistik SPPIM yang merangkumi aspek adab, akhlak, kepimpinan, kerjasama dan kecenderungan murid. Ibu bapa dimaklumkan tentang kekuatan anak mereka, ruang penambahbaikan serta intervensi yang telah atau akan dijalankan di peringkat sekolah.Sesi perbincangan kemudian dibuka bagi memberi peluang kepada ibu bapa bertanya soalan, mendapatkan penjelasan lanjut dan berbincang mengenai sokongan yang boleh diberikan di rumah. Guru menegaskan bahawa pentaksiran di SRI Al-Amin bukan hanya berfokus kepada pencapaian akademik, tetapi melihat potensi murid secara menyeluruh. Perbincangan berjalan dalam suasana profesional dan harmoni, menegaskan komitmen bersama antara guru dan ibu bapa dalam memastikan perkembangan murid secara optimum, termasuk mengenai multiple intelligent dan muasafat tarbiah.
23Elemen 5: Pemilihan dan Khidmat Sokongan Murid5.1 Dasar Kemasukan dan PemilihanDasar kemasukan dan pemilihan murid di SRI Al-Amin Putra Mahkota dilaksanakan berdasarkan kesesuaian keluarga dengan sistem pendidikan Islam holistik Al-Amin. Proses pemilihan merangkumi temubual ibu bapa, penilaian kefahaman mereka terhadap sistem pendidikan Al-Amin,komitmen terhadap kerjasama dengan sekolah, sahsiah dan penampilan, serta potensi sumbangan kepada sekolah. Selain itu, pelajar turut melalui saringan asas bagi menilai kesediaan mereka mengikuti kurikulum. Keseluruhan proses ini direkodkan melalui borang penilaian kriteria A–E, seterusnya menentukan keputusan kemasukan sama ada diterima, dipertimbangkan atau ditolak.
24Rayuan kemasukan pelajar dipertimbangkan secara telus dengan mengambil kira tiga faktor utama. Pertama, had bilangan murid dalam kelas, iaitu kapasiti maksimum yang dibenarkan demi menjaga kualiti PdP. Kedua, prestasi murid dalam ujian kemasukan, termasuk tahap penguasaan asas seperti membaca, menulis, mengira dan pengetahuan agama.Ketiga, kesesuaian ibu bapa, yang dinilai melalui sesi temu duga bagi melihat kefahaman mereka terhadap sistem pendidikan Al-Amin serta kesediaan bekerjasama dengan sekolah. Kesemua faktor ini dinilai bersama bagi memastikan keputusan rayuan dibuat secara adil, seimbang dan berpaksikan kepentingan perkembangan murid.
255.2 Khidmat Sokongan Murid dan KaunselingKhidmat sokongan murid diberikan bagi memastikan perkembangan akademik, emosi dan sahsiah murid berjalan secara seimbang. Sokongan ini merangkumi pemantauan perkembangan murid, bimbingan asas, intervensi awal bagi murid yang memerlukan bantuan tambahan serta sesi komunikasi dengan ibu bapa bagi mengenal pasti keperluan individu murid.Kaunseling asas turut diberikan melalui interaksi berstruktur, temubual dan sesi perbincangan antara guru dan murid bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehendak pembelajaran dan persekitaran sekolah. Khidmat ini menyokong aspirasi sekolah untuk melahirkan murid berakhlak, yakin diri dan sejahtera.
26Di SRI Al-Amin Putra Mahkota, pengurusan kesejahteraan murid diberi perhatian yang sangat serius bagi memastikan setiap murid berada dalam keadaan selamat, sihat dan sejahtera sepanjang sesi persekolahan. Bilik Sakit berfungsi sebagai ruang rawatan awal bagi murid yang kurang sihat, mengalami kecederaan ringan atau memerlukan pemerhatian segera. Guru bertugas akan merekodkan keadaan murid, memberi rawatan asas, dan menghubungi ibu bapa sekiranya murid perlu dibawa pulang atau mendapatkan rawatan lanjut.Selain aspek kesihatan, sekolah turut melaksanakan program Mentor-Mentee, iaitu satu sistem bimbingan di mana setiap murid dipasangkan dengan seorang guru atau mentor.Mentor berperanan memantau perkembangan akademik, sahsiah, emosi dan disiplin murid melalui pertemuan berkala. Program ini membantu murid membina hubungan amanah dengan guru, selain menjadi saluran bagi guru mengenal pasti awal murid yang memerlukan sokongan tambahan.Untuk memastikan kebajikan murid lebih terjamin, SRI Al-Amin turut menubuhkan Unit Kebajikan Murid. Unit ini bertanggungjawab mengenal pasti murid yang memerlukan bantuan khusus, termasuk bantuan kewangan, keperluan makanan, peralatan sekolah, sokongan emosi atau intervensi sosial. Unit ini bekerjasama rapat dengan pentadbir, guru kelas dan ibu bapa bagi memastikan setiap murid mendapat sokongan yang sesuai dengan keperluan mereka.
27Elemen 6: Guru dan Staf Sokongan6.1 RekruitmenRekrutmen guru dan staf sokongan di SRI Al-Amin Putra Mahkota menekankan pemilihan calon yang memiliki jati diri Islam, keperibadian murabbi serta kemampuan profesional. Berdasarkan Buku Perkhidmatan sekolah, proses pemilihan mengambil kira akhlak, komitmen kepada pendidikan Islam, kebolehan melaksanakan PdP holistik serta kesediaan bekerja dalam jamaah. Selain kelayakan akademik, calon dinilai melalui adab, penampilan, kesesuaian karakter dan kemampuan menjadi teladan, selaras dengan Standard Guru Al-Amin.
286.2 Kebajikan, Perkhidmatan dan Pembangunan StafSRI Al-Amin menyediakan sistem kebajikan dan perkhidmatan yang tersusun merangkumi cuti, kemudahan asas, sokongan kebajikan staf dan persekitaran kerja yang harmonis. Buku Perkhidmatan menetapkan garis panduan mengenai etika kerja, disiplin, komunikasi rasmi serta struktur kerja. Pembangunan staf pula dilaksanakan melalui latihan berterusan seperti Kursus Asas Murabbi, PLC, kursus inovasi PdP, latihan AI dan penyelidikan tindakan. Standard Guru Al-Amin menekankan penguasaan PdP, refleksi profesional, penyediaan RPH dan peningkatan ilmu secara berterusan.
296.3 Modul Tarbiyah GuruModul tarbiyah guru berpaksikan Tarbiah IKRAM Peringkat 01 hingga 05, sebagai asas pembinaan murabbi. Peringkat 01 memberi tumpuan kepada pembinaan iman, ibadah dan adab. Peringkat 02 membina syakhsiah dan nilai muasafat tarbiah seperti sabar, amanah dan ikhlas. Peringkat 03 memfokuskan latihan profesional seperti PdP, PLC, inovasi dan kemahiran guru. Peringkat 04 melatih guru dalam kepimpinan, syura dan pengurusan program. Peringkat 05 pula menekankan khidmat masyarakat dan pembinaan ummah, menjadikan guru agen perubahan dalam komuniti.
30Guru-guru SRI AlAmin mempunyai kelayakan asas yang kukuh, iaitu Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan subjek pengajaran mereka. Bagi memastikan pengajaran yang lebih berkesan dan selaras dengan pendekatan pendidikan berteraskan tarbiah, guru-guru digalakkan untuk melengkapkan diri dengan latihan profesional tambahan seperti Diploma Pendidikan atau Syahadah Perguruan IKRAM MUSLEH (SPIM). SPIM bertujuan membangunkan kompetensi pedagogi, kefahaman sistem tarbiah, pengurusan kelas, dan identiti murabbi agar guru bukan sahaja mengajar, tetapi membimbing murid secara menyeluruh dari sudut akademik, sahsiah dan nilai Islam.
31ELEMEN 7 : BI’AH7.1 Kemudahan FizikalSRI Al-Amin Putra Mahkota menyediakan kemudahan fizikal yang mencukupi, selesa dan kondusif bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan sahsiah murid. Kemudahan yang disediakan merangkumi bilik darjah, bilik guru, perpustakaan, surau/musolla, bilik rawatan, pejabat sekolah, bilik aktiviti dan ruang makan. Semua kemudahan ini diselenggarakan dengan baik bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berteraskan nilai tarbiah Islamiah.
327.2 Keselamatan dan KeceriaanAspek keselamatan dan keceriaan diberi keutamaan dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang positif. Sekolah memastikan kawalan keselamatan, laluan murid yang selamat serta pemantauan guru bertugas sepanjang waktu persekolahan,termasuk laluan ketika kebakarandan peralatan pencegah kebakaran. Elemen keceriaan diterapkan melalui hiasan kelas, kebersihan kawasan sekolah dan suasana pembelajaran yang mesra murid, selaras dengan prinsip bi’ah solehah.
337.3 Penyelidikan dan PembangunanSekolah menggalakkan budaya penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan guru melalui pelaksanaan penyelidikan tindakan berasaskan bilik darjah. Dasar Penyelidikan Tindakan dan Penerbitan Guru menjadi panduan utama dalam meningkatkan kualiti PdP secara berterusan. Hasil penyelidikan dan inovasi PdP dibentangkan dalam Kolokium Amalan Terbaik dan Inovasi SRI AlAmin Putra Mahkota serta dikongsi dalam komuniti pembelajaran profesional (PLC).
347.4 Hubungan LuarSRI Al-Amin Putra Mahkota menjalin hubungan kerjasama yang baik dengan ibu bapa, komuniti setempat dan pihak luar bagi menyokong pembangunan murid. Hubungan ini merangkumi penglibatan ibu bapa dalam program sekolah, komunikasi berterusan melalui saluran rasmi serta penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan luar.Program Karnival Keusahawan Sekolah dikelolakan oleh PIBG
357.5 Penglibatan Murid dalam PersatuanMurid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam persatuan dan aktiviti kokurikulum yang disediakan oleh sekolah. Penglibatan ini bertujuan membina kemahiran kepimpinan, kerjasama, disiplin dan keyakinan diri dalam kalangan murid. Aktiviti persatuan dilaksanakan selaras dengan nilai Islam dan objektif pendidikan holistik SRI Al-Amin Putra Mahkota.Menjadi ahlai pasukan bola Kelab Malaysia untuk bertanding dalam kejuaraan Bola Sepak Junior, Singa Cup di Singapura.Menyertai sukan peringkat kebangsaan sekolahsekolah rendah IslamHari sukan tahunan sekolah Menyertai berbagai-bagai-bagai pertandingan bahasa
36ELEMEN 8 : PEMANTAUAN DAN SEMAKAN SEMULA KURIKULUMElemen Pemantauan dan Semakan Semula Kurikulum memberi penekanan kepada usaha berterusan sekolah dalam memastikan kurikulum yang dilaksanakan kekal relevan, berkesan dan selari dengan keperluan murid serta hala tuju pendidikan Islam bersepadu. Pemantauan ini melibatkan mekanisme penilaian program, analisis prestasi murid serta penglibatan pihak berkepentingan.8.1 Mekanisme Penilaian Program.SRI Al-Amin Putra Mahkota melaksanakan mekanisme penilaian program secara sistematik bagi menilai keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Antara mekanisme yang digunakan termasuk penilaian pencapaian murid, maklum balas guru melalui mesyuarat akademik, penyelidikan tindakan guru serta dapatan soal selidik kepuasan pelanggan. Maklumat ini dianalisis secara berkala dan digunakan sebagai asas penambahbaikan kurikulum dan strategi pengajaran
37Penilaian dan perancangan program KRS Perbincangan dengan ibu bapa mengenai penilaian muridPeperiksaan SPPIM membolehkan perbandingan dibuat dengan sekolah-sekolah lain. 24 orang pelajar telah memperoleh 8A, manakala GPS keseluruhan sekolah mencatatkan 1.2, pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahunPenyampaian anugerah kerja-kerja berkualitiKegiatan ko-kurikulum yang baik telah menyebabkan 3 orang pelajar tahun 3 dapat menyertai pasukan bola Malaysia dalam kejohatan antara bangsa Singa Cup 2025 di SingapuraKemasukan pelajar melalui tapisan murid dan ibu bapa
388.2 Prestasi MuridPrestasi murid dipantau secara menyeluruh merangkumi pencapaian akademik, penglibatan kokurikulum, Muasafat Tarbiah dan kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligences). Data prestasi murid diperoleh melalui pentaksiran bilik darjah, laporan penilaian murid serta perbincangan profesional guru. Analisis prestasi ini membantu sekolah mengenal pasti kekuatan, pencapaian serta aspek yang memerlukan intervensi dan sokongan penambahbaikan.
398.3 Penglibatan Pihak BerkepentinganPenglibatan pihak berkepentingan merupakan elemen penting dalam proses pemantauan dan semakan semula kurikulum. Ibu bapa terlibat melalui sesi perbincangan bersama guru dan soal selidik kepuasan pelanggan yang dijalankan secara berkala. Sebagai sekolah yang bergabung dengan Ikram-Musleh, pandangan MIEB merupakan yang paling penting. Selain itu, maklum balas komuniti dan pihak pengurusan sekolah turut diambil kira dalam penambahbaikan kurikulum bagi memastikan kesinambungan pendidikan antara sekolah, rumah dan masyarakat.
40ELEMEN 9: PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN SECARA MENYELURUH9.1 Dasar dan Garis PanduanSRI Al-Amin Putra Mahkota mengamalkan dasar penambahbaikan kualiti berterusan yang berpaksikan kepada pendidikan rabbani, piawaian IKRAM-MUSLEH serta keperluan semasa pendidikan abad ke-21. Garis panduan pelaksanaan kualiti merangkumi pengurusan akademik, tarbiah murid, pembangunan profesional guru dan tadbir urus sekolah.
419.2 Struktur, Fungsi dan Strategi Jaminan KualitiStruktur jaminan kualiti sekolah dipacu oleh pihak pengurusan sekolah dengan sokongan Lembaga Pengelola, guru-guru serta PIBG. Fungsi utama jaminan kualiti adalah memastikan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program dilaksanakan secara sistematik. Strategi yang digunakan termasuk mesyuarat pemantauan berkala, analisis prestasi murid, serta libat urus bersama pemegang taruh.Modul Latihan guru
42Pendidikan kepimpinan pelajar di SRI Al-Amindilaksanakan berasaskan prinsip Islam yang menekankan bahawa kepimpinan merupakan satu amanah dan tanggungjawab. Berpandukan Hadis 40 Kepimpinan, pelajar diasuh untuk memahami bahawa setiap individu adalah pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan terhadap peranan masing-masing.Penekanan diberikan kepada pembentukan akhlak dan sahsiah, termasuk nilai amanah, kejujuran, keadilan, disiplin dan semangat khidmat. Nilai-nilai ini diterapkan melalui bimbingan guru sebagai murabbi serta latihan kepimpinan secara berperingkat.Latihan kepimpinan pelajar dilaksanakan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kelas, kokurikulum, persatuan dan program sekolah. Pendekatan ini membantu pelajar membina kemahiran memimpin, bekerjasama dan membuat keputusan secara beretika, selaras dengan matlamat melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan tarbiah.Buku Gagasan Masjid Nabawi yang digunakan oleh SRI Al-Amin Seri Mahkota berperanan sebagai penanda aras tinggi (high benchmark)dalam usaha penambahbaikan dan pengukuhan kurikulum sekolah. Kandungan buku ini menekankan pendekatan pendidikan berteraskan tarbiah, pembangunan insan menyeluruh serta integrasi antara ilmu, akhlak dan kepimpinan ummah.Prinsip-prinsip yang diketengahkan dalam buku ini dijadikan rujukan utama dalam menilai kesesuaian kurikulum sedia ada serta merangka penambahbaikan yang lebih holistik dan berimpak tinggi. Pendekatan Masjid Nabawi sebagai pusat ilmu, tarbiah dan pembangunan masyarakat menjadi inspirasi dalam memastikan kurikulum SRI Al-Amin Seri Mahkota kekal relevan, seimbang dan selari dengan matlamat melahirkan murid berilmu, berakhlak dan berjiwa kepimpinan.
439.3 Aktiviti Menjamin Kualiti dan TindakanAktiviti jaminan kualiti melibatkan pemantauan PdP, penyelidikan tindakan guru, penilaian keberkesanan program, latihan profesional guru serta pengumpulan maklum balas ibu bapa melalui soal selidik kepuasan pelanggan. Dapatan pemantauan ini digunakan untuk merancang tindakan penambahbaikan yang bersesuaian.Soal selidik Kepuasan PelangganProsidang Amalan Terbaik dan Inovasi PDP
449.4 Penambahbaikan Berterusan (CQI)Penambahbaikan berterusan (Continuous Quality Improvement, CQI) dilaksanakan secara berperingkat berasaskan data dan refleksi. Setiap cadangan penambahbaikan diteliti, dilaksanakan, dipantau dan disemak semula bagi memastikan kualiti pendidikan sentiasa relevan, mampan dan selari dengan aspirasi pembentukan murid yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan tarbiah.