PROGRAM PENDIDIKAN DWISIJIL SPMRSM IGCSE: FAQs Apa itu IGCSE? Sijil pendidikan yang dikeluarkan oleh Cambridge Assessment International Education (CAIE), diiktiraf oleh pelbagai universiti dan majikan di peringkat global. Apa itu Program Pendidikan Dwisijil SPMRSM IGCSE? Pelajar mempelajari 2 kurikulum serentak iaitu IGCSE daripada Cambridge University dan KSSM daripada KPM. Pelajar kemudian menduduki 2 jenis peperiksaan & mendapat 2 sijil iaitu IGCSE (Ting. 4) dan SPM (Ting. 5). Mengapa MARA memilih untuk melaksanakan program ini? Program IGCSE bersifat nilai tambah (added value) - pelajar dapat peluang dan pilihan dalam pendidikan mereka, bukan hanya bergantung pada sijil SPM. Apakah jenis kurikulum/silibus yang akan dipelajari? Pihak Bahagian Pendidikan Menengah telah menyediakan Scheme of Work untuk semua subjek terlibat yang menggabungkan kedua dua silibus dan dalam kurikulum baru KSSM terdapat juga elemen yang bertindih dengan kurikulum IGSCE. Secara umum, kandungan matapelajaran adalah lebih kurang cuma format peperiksaan adalah berbeza. Soalan peperiksaan IGCSE adalah daripada Cambridge University (UK) dan akan disemak oleh pemeriksa Cambridge dari seluruh dunia. Adakah pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan IGCSE akan terus menyambung pelajaran di bawah tanggungan MARA ke luar negara/institusi pendidikan tinggi swasta? Tidak. Hal ini tertakluk kepada polisi semasa MARA. Secara umumnya, program Dwisijil adalah nilai tambah kepada program MRSM, sama seperti Ulul Albab, IBMYP, PKP & Teknikal. Tiada jaminan kepada pathway seterusnya. Para pelajar yang telah berjaya menduduiki peperiksaan IGCSE dan memilih untuk menamatkan pengajian di MRSM bagi meneruskan pengajian di mana mana IPT menggunakan sijil IGCSE adalah dibenarkan untuk berbuat demikian. Kos pengajian adalah tanggungan ibu bapa/waris pelajar.
2 Implikasi Kewangan - apakah implikasi kewangan pelaksanaan program ini? Kepada MARA – menanggung kos pembelian buku teks & latihan guru untuk semua MRSM yang terpilih. Kepada ibu bapa – menanggung yuran peperiksaan. Yuran peperiksaan tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh Cambridge setiap tahun dan juga nilai tukaran wang asing semasa (Pound Sterling kepada MYR) Bantuan Kewangan? Terdapat beberapa bantuan kewangan yang tersedia di MRSM secara umumnya. Namun, kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Kaunselor maktab adalah rujukan terbaik untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan soalan ini. Timeline / Garis masa pengajian pelajar aliran IGCSE Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 - - - Cambridge IGCSE SPM