NOTA PENERANGAN PENGISIAN DOKUMEN PENDAFTARAN MRSM 2023
BORANG PENDAFTARAN MRSM 1 Senarai semak Sila tandakan (/) untuk lampiran yang telah disiapkan Nota : semua dokumen lengkap perlu dibawa semasa hari pendafaran di MRSM 2 Borang pengakuan penerimaan tawaran MRSM Lampiran A Sila isikan maklumat pelajar dan ibu bapa/penjaga. Nota: Borang ini perlu ditanda tangani oleh pelajar, ibubapa/penjaga sekiranya bersetuju mematuhi syarat yang dinyatakan di dalam Buku Panduan Pelajar Baharu dan akur untuk memberikan dokumendokumen terkini yang diperlukan oleh pihak MARA bagi setiap sesi persekolahan dan bersedia untuk belajar dan tinggal di asrama MRSM. 3 Borang keizinan pembedahan Lampiran B1 Sila lengkapkan maklumat ibu bapa/ penjaga dan tandatangan sebagai tanda persetujuan. Nota: Borang ini merupakan borang keizinan ibu bapa/penjaga kepada Pengetua/ Timbalan Pengetua, Guru‐guru, Guru Asrama dan Guru‐guru yang dipertanggungjawabkan oleh pihak MRSM menandatangani borang yang disediakan oleh pihak MRSM / Klinik / Pusat Kesihatan / Hospital bagi tujuan membuat rawatan dan penggunaan ubat ke atas anak / jagaan saya yang bernama seperti tersebut di atas serta membenarkan dilakukan pembedahan kecemasan jika perlu terhadapnya. 4 Borang kebenaran ibu bapa/penjaga/waris Lampiran B2 i.Sila isi maklumat pelajar dan ibu bapa/penjaga/waris . ii.Perlu dapatkan saksi daripada senarai berikut : Pengarah / Penghulu / Penggawa /Ketua Kampung / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Pegawai MARA Daerah (PMD) 5 Borang akuan kebenaran ibubapa/ penjaga menyertai aktiviti kokurikulum Lampiran C1 Sila lengkapkan butiran pelajar dan pengakuan berkaitan penyakit kronik/berjangkit oleh ibu bapa/penjaga. Pengesahan pelu dibuat oleh pengetua MRSM yang ditawarkan. 6 Borang perakauan kesihatan pelajar sebelum menyertai aktiviti kokurikulum Lampiran C2 i)Sila lengkapkan maklumat kesihatan pelajar secara terperinci. ii)Sila tandakan (/) jika Ya dan (X) jika Tidak di petak yang berkenaan. Sekiranya pelajar mempunyai salah satu daripada penyakit di atas, pelajar adalah dilarang menyertai aktivi tersebut. iii)Borang perakauan ini perlu ditanda tangani oleh pelajar dan disahkan oleh pengetua MRSM yang ditawarkan.
7 Borang kebenaran menyertai aktiviti kelab Lampiran C3 i)Sila isikan maklumat pelajar dan ibu bapa/penjaga. Nombor telefon bimbit pastikan adalah betul. Maklumat ini hanya untuk kegunaan rasmi MARA/MRSM sahaja. ii)Borang ini perlu ditanda tangani oleh ibu bapa/penjaga sekiranya bersetuju membenarkan pelajar menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh MARA/MRSM. iii)Saksi boleh terdiri daripada pasangan, saudara, majikan atau kenalan yang mengenali keluarga pelajar dan mestilah berumur 21 tahun ke atas. 8 Borang keizinan rawatan dan pembedahan gigi Lampiran D i)Sila isikan maklumat ibu bapa/penjaga dan pelajar. Borang ini merupakan borang keizinan ibu bapa/penjaga kepada Pengetua/Timbalan Pengetua, Guru‐guru, Guru Asrama dan Guru‐guru yang dipertanggungjawab oleh pihak MRSM/Klinik/Pusat Kesihatan/ Hospital bagi tujuan membuat rawatan pergigian dan penggunaan ubat ke atas pelajar serta membenarkan dilakukan pembedahan pergigian jika perlu terhadapnya. ii)Borang ini perlu ditanda tangani oleh ibu bapa/ penjaga untuk membuat pengesahan sebagai tanda persetujuan. 9 Laporan pemeriksaan kesihatan Lampiran E1 Sila isikan maklumat pelajar dengan lengkap. Nota: Pada ruangan 'Kepada:' merujuk kepada maktab yang ditawarkan kepada pelajar dan ruangan tersebut perlu dilengkapkan. 10 Borang permohonan pemeriksaan kesihatan untuk tawaran kemasukan ke MRSM (xray tidak diwajibkan) Lampiran E2 Bahagian A: Isikan maklumat pelajar dan ibu bapa/penjaga. Bahagian B: Isikan maklumat kesihatan pelajar dengan menandakan (/) di ruangan yang berkaitan. Bahagian C: Pengakuan dan kebenaran ini dibuat oleh pelajar dan ibu bapa/penjaga untuk memperakui bahawa maklumat perubatan yang diberikan di Bahagian B adalah Benar dan sekiranya maklumat itu palsu atau pelajar didapati menyembunyikan maklumat kesihatan pelajar, tindakan boleh dikenakan ke atas pelajar dan ibu bapa/penjaga. Saksi boleh terdiri daripada majikan atau kenalan yang mengenali keluarga pelajar dan mestilah berumur 21 tahun ke atas. Bahagian D,E dan F: Diisi oleh pegawai yang membuat pemeriksaan terhadap pelajar. Nota: Pemalsuan masalah kesihatan/tidak melaporkan masalah kesihatan dengan tepat boleh menyebabkan tawaran MRSM calon terbatal.
BORANG MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR 1 BAHAGIAN A MAKLUMAT PELAJAR Isikan maklumat peribadi pelajar pada ruangan yang disediakan. Nota: '6.Homeroom' diisi selepas pelajar selesai membuat pendaftaran di maktab. 2 BAHAGIAN B MAKLUMAT BAPA Isikan maklumat peribadi bapa pada ruangan yang disediakan. Sila pastikan nombor telefon rumah atau telefon bimbit adalah betul dan tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan rasmi MARA/MRSM sahaja. Isikan nama majikan yang terkini. 3 BAHAGIAN C MAKLUMAT IBU Isikan maklumat peribadi ibu pada ruangan yang disediakan. Sila pastikan nombor telefon rumah atau telefon bimbit adalah betul dan tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan rasmi MARA/MRSM sahaja. Isikan nama majikan yang terkini. 4 BAHAGIAN D MAKLUMAT PENJAGA (Jika berkenaan) Isikan maklumat peribadi penjaga pada ruangan yang disediakan. Sila pastikan nombor telefon rumah atau telefon bimbit adalah betul dan tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan rasmi MARA/MRSM sahaja. Isikan nama majikan yang terkini. 5 BAHAGIAN E TANGGUNGAN IBU/BAPA/PENJAGA Tuliskan nama pasangan dan anak‐anak yang belum bekerja termasuk pelajar pada ruangan yang disediakan. 6 BAHAGIAN F MAKLUMAT PUNCA PENDAPATAN LAIN Isikan maklumat yang berkenaan sahaja sekiranya mempunyai punca pendapatan lain. 7 BAHAGIAN G MAKLUMAT PENDAPATAN ISI RUMAH Lengkapkan maklumat pendapatan ibu bapa/penjaga pada ruangan yang disediakan. Nota: Pendapatan isi rumah adalah jumlah semua pendapatan ibu/bapa/penjaga yang diterima setiap bulan dan mestilah sebelum ditolak potongan‐potongan bulanan.
8 BAHAGIAN H PENGESAHAN MAKLUMAT Sila lengkapkan maklumat ibu bapa/ penjaga dan tandatangan sebagai tanda persetujuan. Saksi boleh terdiri daripada pasangan, saudara, majikan atau kenalan yang mengenali keluarga pelajar dan mestilah berumur 21 tahun ke atas. BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN Borang pengesahan pendapatan ini wajib diisi sekiranya ibu/bapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji/penyata pendapatan. Lengkapkan maklumat peribadi pada ruangan yang disediakan. Nyatakan jumlah pendapatan pada ruangan yang disediakan. Pemalsuan maklumat/pelaporan maklumat yang tidak tepat adalah satu kesalahan dari segi undang‐undang dan pelaku boleh didakwa serta tawaran MRSM akan dibatalkan. Nota: Sila nyatakan jenis pekerjaan dengan jelas seperti berniaga runcit, pemborong, Pengarah Syarikat dan sebagainya. Ibu/bapa/penjaga perlu tanda tangani borang tersebut untuk membuat pengesahan maklumat. Pengesahan pendapatan boleh dibuat oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Penghulu/Ketua Kampung. BORANG DEKLARASI KESIHATAN Borang Deklarasi Kesihatan ini perlu dilengkapkan pada bahagian maklumat pelawat iaitu ibu/bapa/penjaga yang menghantar pelajar semasa hari pendaftaran pelajar di maktab. Tandakan (/) pada ruangan yang berkenaan berdasarkan kesihatan ibu/bapa/penjaga.