2 BUKU PANDUAN PELAJAR Operasi Pembangunan Pelajar © 2021 BUKU PANDUAN PELAJAR
3 BUKU PANDUAN PELAJAR DISIPLIN ADALAH JAMBATAN ANTARA TUJUAN DAN PENCAPAIAN - JIM ROHN -
4 BUKU PANDUAN PELAJAR
5 BUKU PANDUAN PELAJAR SURAT AKUAN PEMATUHAN PERATURAN PELAJAR MRSM KOTA KINABALU NAMA : NO. MAKTAB : KELAS : HOMEROOM : Adalah dengan ini, saya mengaku :- 1. Saya telah membaca, memahami dan akur dengan peraturan-peraturan yang terkandung dalam BUKU PANDUAN PELAJAR Smart MRSM Kota Kinabalu (edisi 2021) ini. 2. Sekiranya saya ingkar dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan, maka tindakan yang sewajarnya boleh diambil ke atas saya menurut Buku Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM (2016). TANDATANGAN : TARIKH : __________________________ ___________________ Guru Penasihat Homeroom Pengetua MRSM KK Tarikh : Tarikh :
6 BUKU PANDUAN PELAJAR KANDUNGAN PERKARA MUKASURAT Prakata 7 Visi, Misi dan Piagam Pelanggan MRSM Kota Kinabalu 8 Matlamat, Etika dan Tanggungjawab Pelajar MRSM 9 Ciri-ciri budaya MRSM 12 Perintah-perintah Am Pelajar 13 Peraturan Disiplin Pelajar − Kategori amat berat 14 − Kategori berat 15 − Kategori sederhana 15 − Dendaan dan hukuman 16 − Hukuman tahanan dalam maktab 17 Peraturan maktab − Peraturan pakaian pelajar 20 − Peraturan dan tatatertib asrama 26 − Peraturan di Bilik Sakit 32 − Peraturan keluar maktab/outing 33 − Peraturan Pulang Bermalam 35 − Peraturan masa lawatan ibu bapa/penjaga 36 − Peraturan kelas persediaan 36 − Peraturan keselamatan 37 − Peraturan Bayaran / Kutipan / Ganti Rugi 39 Jadual harian pelajar asrama 42
7 BUKU PANDUAN PELAJAR PRAKATA Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia-Nya maka buku ini telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Buku Panduan Pelajar MRSM Kota Kinabalu ini merupakan panduan kepada semua pelajar bagi menjalani kehidupan di MRSM Kota Kinabalu. Penyediaan buku ini melibatkan komitmen pelbagai pihak yang sama-sama menggembleng tenaga dan memerah idea sebelum buku ini dapat dihasilkan dengan baik. Buku ini menjelaskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar sepanjang berada di maktab ini dan implikasi perlanggaran peraturan maktab. Sukacita saya mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Unit Pengurusan Asrama kerana telah menjadi tulang belakang dan bekerjasama dalam mencurahkan usaha sepanjang penyediaan buku ini. Semoga buku ini dapat menjadi panduan utama untuk semua pelajar MRSM Kota Kinabalu dalam mejalani kehidupan berasrama sepenuhnya. PENGETUA MRSM KOTA KINABALU
8 BUKU PANDUAN PELAJAR BUKU PANDUAN PELAJAR MRSM KOTA KINABALU VISI, MISI DAN PIAGAM PELANGGAN MRSM KOTA KINABALU VISI MRSM KOTA KINABALU Menjadi sebuah institutusi pendidikan bertaraf dunia yang melahirkan generasi cemerlang, gemilang dan terbilang dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan keusahawanan. MISI MRSM KOTA KINABALU • Melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang kental, patriotik serta penyayang. • Membentuk pelajar yang memiliki sahsiah terpuji serta mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang mantap. • Mendidik, membentuk dan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik serta cenderung kepada Sains dan Teknologi. • Membentuk ciri-ciri kepimpinan dalam kalangan pelajar serta mengasah keterampilan dalam berbahasa, kesenian dan kemasyarakatan. • Memupuk minat dan potensi pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. PIAGAM PELANGGAN MRSM KOTA KINABALU Kami warga pendidik MRSM Kota Kinabalu dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami : • Membentuk dan melahirkan warganegara yang selaras dengan Falsafah Pendidikan MRSM dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. • Mengurus dan melaksanakan segala tugas dan arahan yang dipertanggungjawabkan secara profesional dan cemerlang. • Merancang dan mengelola segala aktiviti yang diamanahkan secara sedar untuk meningkatkan prestasi para pelajar. • Membimbing pelajar secara adil tanpa mengira latarbelakang sosio ekonomi, agama dan bangsa mereka untuk mencapai kecemerlangan. • Mewujudkan hubungan mesra, hormat menghormati dan tolong menolong di kalangan seluruh warga maktab, ibu bapa serta masyarakat amnya. • Melayani setiap keperluan pelanggan dengan segera, mesra dan penuh tanggungjawab.
9 BUKU PANDUAN PELAJAR MATLAMAT, ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR MRSM 1. MATLAMAT Matlamat peraturan-peraturan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kota Kinabalu adalah : i. Mewujudkan ‘iklim’ persekolahan dan pembelajaran yang selamat, bersih, segar, kemas dan prihatin. ii. Membantu pelajar meguruskan diri dan masa mereka dengan berkesan. iii. Membina budaya kerja cemerlang dan berakhlak mulia. 2. ETIKA PELAJAR 2.1 Kepercayaan Kepada Tuhan Sentiasa menunjukkan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang percaya kepada Tuhan dan bersyukur atas segala kemudahan dan nikmat yang dikurniakan. 2.2 Bersopan dan Bertatasusila Sentiasa menunjukan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersopan santun, berpekerti mulia, berbudi bahasa, menghormati ibu bapa, guru-guru, ketua dan rakan-rakan. 2.3 Kepatuhan kepada Undang-Undang Sentiasa menunjukan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang berdisiplin dan menghormati Peraturan & Undang-Undang, Agama, Maktab dan Negara. 2.4 Menghormati Masa dan Tanggungjawab Sentiasa menunjukan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang menepati masa, rajin dan bersungguhsungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. 2.5 Mementingkan Kesihatan dan Kebersihan Sentiasa menunjukan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersih, sihat, kemas, berwibawa, berketrampilan, menghargai kebersihan dan mencintai alam sekitar. 2.6 Berfikiran Positif dan Bercita-cita Tinggi Sentiasa menunjukkan tangkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang yakin kepada kebolehan diri sendiri, tidak mudah putus asa, berpandangan jauh, berjiwa besar, patriotik, dinamik, berdaya saing dan bercita-cita tinggi. 3. TANGGUNGJAWAB PELAJAR
10 BUKU PANDUAN PELAJAR 3.1 Tanggungjawab Pelajar Terhadap Diri Sendiri 3.1.1 Menjaga kebersihan diri, termasuk kebersihan fizikal, mental dan rohani. 3.1.2 Bersopan, jujur dan amanah. 3.1.3 Menghargai dan menepati masa. 3.1.4 Berjimat cermat bersifat sederhana dan tidak sombong. 3.1.5 Sabar, bertolak ansur dan menghormati hak orang lain. 3.1.6 Berani dan cekal hati. 3.1.7 Rajin berusaha ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. 3.1.8 Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. 3.2 Tanggungjawab Pelajar Kepada Agama. 3.2.1 Taat kepada perintah Allah. 3.2.2 Mempertahankan kesucian Agama dalam kehidupan harian. 3.2.3 Mendalami dan mengamalkan ajaran Agama dalam kehidupan harian. 3.2.4 Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama. 3.2.5 Menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. 3.3 Tanggungjawab Pelajar Terhadap Keluarga 3.3.1 Menghormati dan menyayangi orang-orang tua dan ibu bapa. 3.3.2 Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga. 3.3.3 Memenuhi aspirasi keluarga untuk menjadi seorang yang 3.3.4 berpendidikan dan berakhlak. 3.3.5 Menjaga nama baik keluarga. 3.4 Tanggungjawab Pelajar Terhadap Masyarakat 3.4.1 Tolong-menolong dan bekerjasama. 3.4.2 Menghormati semua ahli masyarakat. 3.4.3 Bertolak ansur menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain. 3.4.4 Bersefahaman dan bersabar. 3.4.5 Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat/kebajikan. 3.4.6 Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam sekitar. 3.4.7 Memelihara kerukunan hidup berjiran. 3.4.8 Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencemaran budaya. 3.5 Tanggungjawab Pelajar Terhadap Maktab 3.5.1 Mematuhi dan menghormati peraturan maktab. 3.5.2 Menghormati guru-guru dan kakitangan. 3.5.3 Belajar bersungguh-sungguh. 3.5.4 Meninggikan imej maktab dalam semua bidang. 3.5.5 Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral yang tinggi. 3.5.6 Bekerjasama dan komited terhadap tugas. 3.5.7 Menceburi aktiviti-aktiviti yang disediakan di maktab. 3.5.8 Menggunakan dan menghargai kemudahan yang disediakan oleh Maktab/MARA dengan baik.
11 BUKU PANDUAN PELAJAR 3.6 Tanggungjawab Pelajar Terhadap Negara 3.6.1 Mencintai negara dan bersedia berkhidmat untuk mempertahankan negara. 3.6.2 Mematuhi undang-undang. 3.6.3 Mengamalkan Prinsip Rukunegara. 3.6.4 Menjaga semua kemudahan awam. 3.6.5 Menjaga dan mempertingkatkan keindahan semula jadi negara. 3.6.6 Sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.
12 BUKU PANDUAN PELAJAR CIRI-CIRI BUDAYA MRSM Budaya Cemerlang Cara berfikir, cara bertindak / berkelakuan pada tahap yang sangat baik. Sentiasa berusaha mencapai tahap yang terbaik dalam pelbagai ilmu. Budaya Keusahawan Cekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan dengan risiko di samping mempunyai sikap proaktif, tekal dan cekap. Budaya Ilmu Berusaha mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa mempunyai keinginan untuk mengamalkan, meningkatkan ilmu di samping menemu dan membina ilmu pengetahuan. Budaya Kepimpinan Bersemangat dan mempunyai ciri-ciri memimpin, berani, rajin, tegas, bertanggungjawab, bijak berbahasa dan berwibawa. Budaya Penyayang Mempunyai perasaan simpati, prihatin, hormat menghormati, bersedia membantu orang lain, menyayangi harta benda dan alam sekitar. Budaya Kepersisan Bahasa Mampu berbahasa dengan baik, tepat dan jitu. Boleh menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Budaya Berfikir Dapat berfikir secara kreatif, kritis, inovatif dan rasional. Budaya Saintifik Mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan, bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan tekologi masa depan. Budaya Mengahargai Masa Dapat menepati dan menggunakan masa dengan berkesan. Budaya Sihat Menjaga kesihatan dan rupa diri, bersih fizikal, mental dan spiritual dan mengamalkan gaya hidup sihat. Budaya Estetik Menghayati seni dan keindahan (estetik). Boleh menhasilkan sesuatu yang indah dan dapat diterima oleh orang lain. Budaya Muafakat (Jamie) Mengamalkan semangat bekerjasama, bantu-membantu dan semangat persaudaraan.
13 BUKU PANDUAN PELAJAR Budaya Jati Diri Mengenal asal usul dan adat resam serta menunjukkan kecintaan terhadap bangsa dan mendaulatkannya. Budaya Beradab Mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan santun dan maju dalam tingkat kehidupan (jasmani dan rohani). Budaya Berdikari Mempunyai dorongan dalaman untuk membina, mengarah dalam mencapai matlamat sendiri (self directed). PERINTAH-PERINTAH AM PELAJAR Ke arah mencapai matlamat maktab ini adalah menjadi taggungjawab pihak pentadbiran dan agen-agennya untuk menguatkuasakan perintah-perintah/ peraturan-peraturan yang ditetapkan ke atas pelajar-pelajar supaya suasana dan persekitaran yang bersih, selamat, harmoni, teratur, terkawal dan kondusif kepada pedidikan semua pelajar dapat diwujudkan di maktab ini. Oleh itu : 1. Setiap pelajar dikehandaki sentiasa menjunjung dan mengamalkan prinsipprinsip ‘ETIKA PELAJAR’ dalam kehidupan harian. 2. Setiap pelajar dikehendaki sentiasa menghormati dan mematuhi ‘PERATURAN DISIPLIN PELAJAR’, ‘PERATURAN MAKTAB’ (Peraturan Pakaian, Peraturan lawatan, Peraturan Kelas Persediaan, Peraturan Penginapan Asrama, Peraturan Keselamatan, Peraturan Keluar Maktab, Peraturan Perpustakaan Peraturan Aktiviti Jualan serta peraturan-peraturan kecil yang dikeluarkan oleh unit-unit / jabatan seperti peraturan makmal dan sebagainya. 3. Pelajar-pelajar yang tidak mematuhi atau melanggar peraturan-peraturan / tatacara yang telah ditetapkan akan / boleh dikenakan Hukuman Kesalahan Disiplin’ mengikut ‘prosedur dan budi bicara’ pihak Pengetua (Surat perjanjian yang ditandatangani oleh pelajar semasa menerima tawaran belajar di MRSM hendaklah sentiasa dirujuk dan berkuatkuasa). 4. Setiap pelajar dikehendaki sentiasa menghormati guru-guru dan kakitangan, mematuhi arahan mereka (yang tidak bercanggah dengan kehendak agama), memberi kerjasama dan bantuan, menjaga perasaan mereka dan enerima teguran mereka dengan positif. 5. Setiap pelajar dikehendaki sentiasa menghormati sesama pelajar, serta bekerjasama mewujudkan keharmonian dan kesepakatan di antara Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, di antara pelajar-pelajar lelaki dan pelajar perempuan. 6. Setiap pelajar dikehandaki memberi kerjasama sepenuhnya dan bersatupadu dalam menjayakan program-program yang di atur oleh pihak berkuasa maktab, samaada ianya program akademik atau kokurikulum. 7. Setiap pelajar hendaklah sentiasa menjaga dengan baik segala kemudahan yang peralatan yang disediakan oleh pihak maktab. Sebarang kerosakan akan dikenakan bayaran ganti rugi.
14 BUKU PANDUAN PELAJAR PERATURAN DISIPLIN PELAJAR Pada bila-bila masa, pelajar dilarang atau ditegah daripada melakukan atau terlibat atau membiarkan dirinya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua perbuatan atau aktiviti yang boleh ditafsirkan dan dibuktikan sebagai kesalahan mengikut Peraturan-peraturan ini boleh dinamakan Buku Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2016 KATEGORI AMAT BERAT BIL KESALAHAN KOD SEKSYEN 1 Berkahwin A/A/01 2 Kegiatan politik anti-kerajaan A/A/02 3 Murtad B/A/01 4 Melakukan hubungan seks B/A/02 5 Mengandung / Gugur kandungan / Melahirkan anak B/A/03 6 Kegiatan pelacuran / Gejala bohsia & bohjan B/A/04 7 Menyerupai jantina lain B/A/05 8 Seks luar tabii B/A/06 9 Khalwat B/A/07 10 Bahan lucah / Bahan ganas / Bahan tidak bermoral B/A/08 11 Minuman keras B/A/09 12 Judi / Loteri / Pertaruhan B/A/10 13 Kematian C/A/01 14 Pukul / Dera / Seksa / Buli C/A/02 15 Kecederaan C/A/03 16 Dadah C/A/04 17 Rogol / Mencabul C/A/05 18 Gangguan seksual C/A/06 19 Cubaan membunuh diri C/A/08 20 Rompak / Samun C/A/09 21 Ancaman / Memeras Ugut C/A/10 22 Pertubuhan haram / Kongsi gelap / Kumpulan aktiviti keganasan / Ajaran Sesat C/A/11 23 Mencemar imej individu lain / imej negara / imej MRSM atau MARA D/A/01 24 Bahan khayal / Bahan perangsang E/A/01 25 Hasutan / Provokasi E/A/02 26 Pemalsuan / Tipu / Subahat I/A/01 27 Menipu / Tiru / Subahat I/A/02 28 Kes Berulang L/A/01
15 BUKU PANDUAN PELAJAR KATEGORI BERAT BIL KESALAHAN KOD SEKSYEN 1 Mencederakan diri sendiri B/B/01 2 Mengujungi Pusat hiburan / Rumah urut B/B/02 3 Meninggalkan ibadat asas fardhu ain bagi pelajar muslim B/B/03 4 Senjata / Mercun / Bahan kimia C/B/01 5 Mencuri C/B/02 6 Ceroboh asrama C/B/03 7 Keluar dari kawasan maktab tanpa kebenaran E/B/01 8 Bahan tembakau / Shisha / Rokok elektronik (Vape) E/B/02 9 Bergaduh E/B/03 10 Pecah masuk / Ceroboh E/B/04 11 Tatoo / Tindik F/B/01 12 Makanan tidak halal G/B/01 13 Merosakkan harta / Vandalisme (Nilai kerosakan RM50.00 ke atas) H/B/01 14 Ponteng hari persekolahan J/B/01 15 Kes Berulang L/B/01 KATEGORI SEDERHANA BIL KESALAHAN KOD SEKSYEN 1 Memasuki kawasan larangan E/C/01 2 Membawa masuk individu tidak berkenaan tanpa kebenaran. E/C/02 3 Penyalahgunaan telefon bimbit E/C/03 4 Peralatan ICT / Gajet E/C/04 5 Peralatan Elektrik / Elektronik E/C/05 6 Rambut F/C/01 7 Rupa diri F/C/02 8 Biadab / Penghinaan G/C/01 9 Mengintai G/C/02 10 Keingkaran G/C/03 11 Merosakkan harta / Vandalisme (Nilai kerosakan kurang RM50.00) H/C/01 12 Ponteng kelas atau aktiviti maktab J/C/01
16 BUKU PANDUAN PELAJAR Dendaan & Hukuman Pihak maktab melalui tatacara pengadilan yang telah ditetapkan boleh mengenakan hukuman atau dendaan yang sesuai dan wajar ke atas seseorang pelajar yang didapati atau dibuktikan bersalah melanggar peraturan disiplin berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA seperti berikut: 1. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat (mengikut kod kesalahan) : 1.1 Hilang kelayakan sebagai pelajar MRSM 1.2 Laporkan kepada pihak berkuasa polis jika berkenaan 1.3 Gantung persekolahan serta-merta selama dua (2) minggu dan dicadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSM 1.4 Gantung persekolahan tidak melebihi dua (2) minggu 1.5 Tahanan dalam maktab tidak melebihi enam (6) minggu 1.6 Rotan secara tertutup tidak melebihi dua (2) kali 1.7 Membayar ganti rugi jika berkenaan 1.8 Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga 1.9 Maklum kepada pihak BPM 1.10 Tandatangan surat akujanji 1.11 Sesi kaunseling 2. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Berat (mengikut kod kesalahan) : 2.1 Gantung persekolahan serta-merta selama dua (2) minggu dan dicadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSM 2.2 Gantung persekolahan tidak melebihi satu (1) minggu 2.3 Gantung persekolahan tidak melebihi dua (2) minggu 2.4 Tahanan dalam maktab tidak melebihi dua (2) minggu 2.5 Tahanan dalam maktab tidak melebihi empat (4) minggu 2.6 Rotan secara tertutup tidak melebihi satu (1) kali 2.7 Rotan secara tertutup tidak melebihi dua (2) kali 2.8 Membayar ganti rugi jika berkenaan 2.9 Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga 2.10 Tandatangan surat akujanji 2.11 Sesi kaunseling 3. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana (mengikut kod kesalahan) : 3.1 Gantung persekolahan tidak melebihi satu (1) minggu 3.2 Tahanan dalam maktab tidak melebihi satu (1) minggu 3.3 Rotan secara tertutup satu (1) kali 3.4 Barangan dirampas 3.5 Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga 3.6 Tandatangan surat akujanji 3.7 Sesi kaunseling
17 BUKU PANDUAN PELAJAR Hukuman Tahanan dalam Maktab Dikenakan tahanan terhad dalam kawasan maktab selama tidak lebih daripada tempoh yang ditetapkan mengikut kategori Hukuman Kesalahan, dengan mengikut peraturan berikut: 1. Tahanan dalam maktab selama tidak lebih enam (6) minggu dengan mengikut peraturan berikut: 1.1 Tidak dibenarkan keluar maktab. 1.2 Tidak dibenarkan balik ke rumah bermalam [kecuali kecemasan] 1.3 Tidak dibenarkan mengikut, turut serta atau mewakili Maktab dalam apa jua aktiviti yang diadakan diluar maktab. 1.4 Mesti melaporkan diri kepada warden bertugas disepanjang tempoh tahanan berkenaan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan contohnya 07:00-08:00 pagi 02:00-03:00 petang 10:00-11:00 pagi 05:00-06:00 petang 10:30-11:00 malam 1.5 Semasa dalam tahanan, pelajar boleh diarahkan untuk melaksanakan Kerja-kerja Bakti (Community Service) seperti berikut: 1.6 Kerja Bakti seperti: 1.6.1 Mencuci longkang 1.6.2 Membersihkan bilik mandi 1.6.3 Mencuci tandas 1.6.4 Mencabut rumput 1.6.5 Menyapu sampah 1.6.6 Aktiviti kerohanian seperti menjadi Imam Solat, Muazzin, Hafaz Surah, doa dan lain-lain. 1.6.7 Aktiviti akademik seperti membuat ringkasan topik pelajaran tertentu 1.7 Tempoh masa kerja bakti : 1.7.1 Tidak lebih 4 jam sehari, 2 hari berturut-turut pada hujung minggu / waktu melawat. ATAU 1.7.2 2 jam pada hujung minggu 1.8 Kerja bakti boleh dilakukan secara individu / berkumpulan 1.9 Dibawah seliaan guru atau kakitangan yang ditetapkan oleh Pengetua atau JDM ❖ Sumber : 1. Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA 2016 2. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin dan Guru Sekolah 3. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 6A/1975 4. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 2/1976 5. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 3/1993 6. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 6/1995 7. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 4/1997 8. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 9/1997 9. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 5/1999 10. Surat Pekeliling IKHTISAS Bil 4/2010
18 BUKU PANDUAN PELAJAR
19 BUKU PANDUAN PELAJAR
20 BUKU PANDUAN PELAJAR PERATURAN MAKTAB 1. PERATURAN PAKAIAN PELAJAR 1.1 TAFSIRAN 1.1.1 Pakaian Rasmi – pakaian yang dipakai semasa menghadiri kelas pembelajaran formal dan majlis-majlis rasmi sama ada di dalam atau di luar maktab. 1.1.2 Pakaian Pilihan – pakaian yang boleh dipakai semasa menghadiri kelas pembelajaran formal, aktiviti dalaman maktab dan semasa keluar ke bandar atau pulang ke rumah. 1.1.3 Pakaian Sukan dan Permainan – pakaian yang dipakai semasa menyertai acara-acara sukan, permainan dan riadah. 1.1.4 Pakaian Aktiviti ko-kurikulum – pakaian yang dipakai semasa mengikuti aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab atau persatuan. 1.1.5 Pakaian Pendidikan Jasmani – pakaian yang dipakai semasa mengikuti kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di luar bilik darjah. 1.1.6 Pakaian Waktu Prep - pakaian yang dipakai semasa kelas persediaan (preparatory class) petang atau malam yang diwajibkan pada hari persekolahan. 1.1.7 Pakaian Outing – pakaian yang dipakai semasa pelajar keluar dari kawasan maktab sama ada ke keluar bandar (outing) atau pulang ke rumah (pulang bermalam atau cuti sekolah) 1.1.8 Tutup Kepala – pakaian yang menutupi kepala seperti songkok, tudung dan sebagainya. 1.1.9 Pakaian Solat Jumaat – pakaian yang dipakai semasa pelajar lelaki pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.
21 BUKU PANDUAN PELAJAR 1.2 PEMAKAIAN PELAJAR LELAKI BIL PERKARA PELAJAR LELAKI 1 Kemeja/Kemeja T a) Kemeja berkolar potongan biasa sama ada berlengan panjang atau pendek dibenarkan. Lainlain jenis baju seperti kemeja T berkolar, kemeja T sukan atau seumpanya dibenarkan untuk aktiviti riadah sahaja. Kemeja T tidak berkolar tidak dibenarkan. b) Baju hendaklah disisipkan ke dalam seluar. c) Baju kemeja berlengan panjang hendaklah dibutangkan di pergelangan tangan dan tidak dibenarkan dilipat. d) Pemakaian semua jenis jaket tidak dibenarkan ke kelas akademik. Baju panas (sweater) dibenarkan dalam keadaan tertentu sahaja. 2 Seluar a) Kain seluar slack yang dibenarkan ialah daripada jenis yang sesuai. Selain itu, kain jenis denim, PVC, corduroy atau kulit tidak dibenarkan. b) Pemakaian semua jenis jeans dan cotton slack tidak dibenarkan. c) Fesyen seluar slack hendaklah tidak terlalu longgar baggy, slim fit, terlalu ketat dan berkaki singkat tidak dibenarkan. Paras kaki seluar hendaklah melepasi bawah buku lali dan ukur lilit kaki seluar di antara 35 – 45cm 3 Tali Pinggang a) Tali pinggang hendaklah dari jenis kulit atau PVC b) Lebar tali pinggang hendaklah di antara 2.5 – 3.0cm dan berwarna hitam atau coklat tua. Tali pinggang yang berwarna-warni dan bercorak tidak dibenarkan. c) Saiz kepala tali pinggang hendaklah tidak melebihi 5cm dan tidak mempunyai lambang yang tidak sesuai, seperti lambang binatang dan tengkorak atau tulisan yang tidak sesuai dan tidak bermoral. 4 Kasut dan Stoking a) Kasut hendaklah dari jenis kulit atau PVC berwarna hitam. Kasut sukan, selipar, sandal, boot, semi boot, atau lain-lain kasut yang berwarna-warni dan bercorak tidak dibenarkan ke kawasan blok pentadbiran dan blok akademik. b) Pemakaian kasut bersama stoking adalah diwajibkan. Stoking hendaklah menutupi buku lali. c) Stoking hendaklah berwarna hitam tanpa corak. 5 Tali Leher a) Tali leher rasmi maktab sahaja dibenarkan. b) Tali leher hendaklah dipakai semasa upacara rasmi seperti kelas akademik, perhimpunan, ceramah, majlis makan rasmi dan lain-lain.
22 BUKU PANDUAN PELAJAR 6 Tutup Kepala a) Songkok berwarna hitam sahaja dibenarkan dipakai semasa majlis rasmi maktab. b) Kopiah dan serban dibenarkan untuk tujuan menunaikan solat sahaja. c) Topi dibenarkan untuk tujuan bersukan sahaja. 7 Rambut a) Rambut mestilah pendek, tidak tebal, dan tidak mencecah kolar baju. b) Rambut mestilah bersih dan disikat rapi. c) Membotakkan kepala (licin) dan mewarnakan rambut adalah tidak dibenarkan. d) Stail rambut yang keterlaluan seperti punk, trojan, skin head, bross, mohawk dan lain-lain tidak dibenarkan. e) Menyimpan jambul melebihi aras kening dan ekor rambut tidak dibenarkan. f) Tidak dibenarkan mengguna gel, pengeras rambut atau minyak rambut yang berbau tengik. 8 Misai, Janggut Dan Jambang a) Tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut dan jambang. b) Sideburns dibenarkan sepanjang 2cm sahaja. 9 Cermin Mata / Kanta Lekap a) Tidak dibenarkan memakai kanta lekap kecuali atas nasihat doktor. b) Cermin mata hendaklah tidak berbingkai terlalu besar atau terlalu kecil dan berfesyen. c) Tidak dibenarkan memakai cermin mata hitam / gelap.
23 BUKU PANDUAN PELAJAR 1.3 PEMAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN BIL PERKARA PELAJAR PEREMPUAN 1 Baju dan Kain a) Pelajar hanya dibenarkan memakai baju kurung berpesak/moden yang sopan. b) Pelajar bukan Islam digalakkan memakai baju kurung berpesak/moden dan dibenarkan memakai blaus berlengan panjang serta skirt labuh melebihi paras lutut. c) Baju dan kain hendaklah TIDAK KETAT dan TIDAK JARANG. 2 Tudung a) Tudung hendaklah berbentuk segi tiga depan dan belakang serta dijahit di bahagian depan. b) Tudung dan anak tudung berwarna putih sahaja dibenarkan pada waktu akademik. c) Tudung dan anak tudung berwarna hitam dibenarkan di luar waktu akademik. d) Tudung hendaklah tidak jarang dan tidak bercorak serta menutupi bahagian dada. 3 Kasut a) Kasut hendaklah jenis yang bersarung dan bukan dari jenis selipar atau sandal. b) Kasut berwarna hitam sahaja dibenarkan dipakai pada waktu akademik. c) Kasut berfesyen dan berwarna-warni tidak dibenarkan. d) Ketinggian tumit tidak melebihi 2.0cm. 4 Rambut a) Rambut hendaklah pendek, jika panjang mestilah diikat / disanggul / didandan dengan riben hitam / putih / biru. b) Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka. c) Rambut yang berfesyen dan berwarna tidak dibenarkan. d) Rambut mesti kemas dan bersih. 5 Muka a) Tidak dibenarkan memakai alat solek seperti gincu, celak dan lain-lain. b) Tidak dibenarkan mencabut atau mencukur bulu kening. 6 Cermin Mata / Kanta Lekap a) Tidak dibenarkan memakai kanta lekap kecuali atas nasihat doktor. b) Cermin mata hendaklah tidak berbingkai terlalu besar atau terlalu kecil dan berfesyen. c) Memakai cermin mata hitam / gelap tidak dibenarkan.
24 BUKU PANDUAN PELAJAR Jenis-jenis pakaian dan masa pemakaian adalah seperti berikut : BIL JENIS PAKAIAN KOD PAKAIAN LELAKI PEREMPUAN 1 Pakaian Rasmi Kemeja lengan panjang warna beige (coklat muda), seluar panjang warna coklat gelap, tali leher maktab, kasut kulit/PVC warna hitam, stoking warna hitam dan tanda nama Baju kurung berpesak warna beige (coklat muda), kain kurung susun tepi warna coklat gelap, tudung dan anak tudung warna putih, kasut kulit/PVC warna hitam, stoking warna hitam dan tanda nama 2 Pakaian Pilihan Kemeja lengan panjang warna biru muda, seluar panjang warna biru gelap, tali leher maktab, kasut kulit/PVC warna hitam, stoking warna hitam dan tanda nama Baju kurung berpesak warna biru muda, kain kurung susun tepi warna biru gelap, tudung dan anak tudung warna putih, kasut kulit/PVC warna hitam, stoking warna hitam dan tanda nama 3 Pakaian Sukan dan Permainan Seluar sukan / track bottom (warna biru gelap / hitam). Kemeja T rumah sukan atau kemeja T berlengan panjang / pendek dan berkolar. Kasut sukan dan stoking. Seluar pendek tidak dibenarkan sama sekali Seluar sukan / track bottom (warna biru gelap / hitam). Kemeja T rumah sukan atau kemeja T lengan panjang. Kasut sukan dan stoking 4 Pakaian Aktiviti Kelab Minat dan Badan Beruniform Mengikut pakaian seragam yang ditetapkan atau kemeja T berkolar dan berlengan pendek / panjang, berseluar panjang, kasut sukan dan stoking Mengikut pakaian seragam yang ditetapkan atau baju kurung warna bebas atau kemeja T berkolar dan berlengan panjang, track bottom warna gelap, kasut sukan dan stoking 5 Pakaian Pendidikan Jasmani Seluar sukan / track bottom (warna biru gelap / hitam). Kemeja T rumah sukan. Kasut sukan dan stoking putih. Seluar pendek tidak dibenarkan sama sekali Seluar sukan track bottom (warna biru gelap / hitam). Kemeja T rumah sukan berlengan panjang. Kasut sukan dan stoking putih 6 Pakaian Waktu Kelas Persediaan petang (prep petang) / Kelas Tambahan Pakaian rasmi atau pakaian pilihan maktab atau baju T atau baju kemeja tanpa cetak. Seluar panjang slacks warna gelap. Berkasut dan berstoking Pakaian rasmi atau pakaian pilihan maktab atau baju kurung warna bebas / blaus dan skirt labuh (untuk pelajar bukan Muslim). Berkasut dan berstoking 7 Pakaian Waktu Kelas Persediaan Malam (prep malam) Baju melayu, seluar panjang / slacks warna gelap. Kasut / sandal Baju kurung warna bebas. Kasut / sandal dan stoking
25 BUKU PANDUAN PELAJAR BIL JENIS PAKAIAN KOD PAKAIAN LELAKI PEREMPUAN 8 Pakaian Outing Pakaian rasmi maktab atau pakaian pilihan atau baju batik rasmi maktab serta seluar panjang warna hitam / biru gelap, kasut kulit / PVC warna hitam, stoking hitam dan tanda nama Pakaian rasmi maktab atau pakaian pilihan atau baju batik rasmi maktab. Kasut kulit / PVC warna hitam, stoking hitam dan tanda nama 9 Pakaian Pulang Bermalam Pakaian rasmi maktab atau pakaian pilihan atau baju batik rasmi maktab serta seluar panjang warna hitam / biru gelap, kasut kulit / PVC warna hitam, stoking hitam dan tanda nama Pakaian rasmi maktab atau pakaian pilihan atau baju batik rasmi maktab. Kasut kulit / PVC warna hitam, stoking hitam dan tanda nama 10 Tutup Kepala Songkok baldu berwarna hitam Tudung berwarna putih, berbentuk segi tiga di hadapan dan belakang serta dijahit di depan (bercantum) 11 Pakaian Solat Jumaat Baju melayu rasmi maktab berwarna putih, samping rasmi maktab dipakai di bahagian luar dan berbutang baju melayu. Songkok hitam. Kasut atau sandal hitam - 1.4 PAKAIAN LARANGAN 1.4.1 Pada bila-bila masa dan di mana-mana juga dalam kawasan maktab, pelajar dilarang memakai / memiliki / menyimpan pakaian seperti berikut: a) Semua jenis pakaian yang ditafsirkan sebagai mencolok mata atau pakaian yang mendedahkan aurat mengikut tafsiran Islam atau pakaian ketat yang memperlihatkan anggota tubuh badan pemakainya atau pakaian yang ditafsirkan sebagai seksi atau bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan moral masyarakat kecuali di tempat-tempat tertentu kepada jantina yang berlainan atau dengan kebenaran khas atas sebab-sebab keselamatan. b) Baju atau pakaian yang mempunyai: • gambar orang seperti penyanyi, penghibur, pemimpin, ahli sukan dan sebagainya. • gambar-gambar lucah. • gambar-gambar yang bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya Malaysia.
26 BUKU PANDUAN PELAJAR • gambar-gambar yang bertentangan dengan kepentingan maktab atau MARA atau negara. c) Baju atau pakaian yang bertulis dengan tulisan atau lakaran yang lucah, ganas atau bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya Malaysia dan kepentingan maktab dan negara. d) Semua jenis jeans, cotton slacks, jaket dan jubah kecuali kot makmal ketika melakukan kerja berkaitan atau jubah untuk mengerjakan solat atau di tempat-tempat berkenaan. e) Tali pinggang berwarna-warni, rugged, berkepala besar dengan tulisan atau lakaran reka bentuk binatang, lucah, ganas dan sebagainya. f) Sebarang jenis ikatan/lilitan kepada kepala kecuali serban untuk melakukan solat. g) Berpakaian separuh bogel (tidak memakai baju, berkemban,memakai tuala mandi sahaja), berkaki ayam (tidak memakai alas kaki / kasut) ditegah kecuali di dalam bilik asrama atau di tempat-tempat yang dilarang memakai kasut. h) Mengenakan sebarang jenis pakaian yang dianggap tidak sesuai / tidak wajar dipakai oleh pelajar sekolah. i) Mengenakan baju T yang tidak berkolar. j) Mengenakan pakaian yang kotor, koyak (sengaja / tidak) atau selekeh. 1.5 KAD MATRIKS PELAJAR ATAU TANDA NAMA 1.5.1 Semua pelajar dikehendaki memakai kad matrik semasa kelas akademik atau upacara rasmi maktab. 1.5.2 Kad matriks tersebut tidak boleh ditukar ganti dengan pelajar lain. 1.5.3 Kad matriks tidak boleh diubah suai atau diconteng dan tidak boleh mempunyai nama samaran. 2. PERATURAN DAN TATATERTIB ASRAMA 2.1 PERATURAN AM 2.1.1 Pelajar DILARANG membawa ibu bapa/ penjaga / waris melawat asrama kecuali pada hari pendaftaran 2.1.2 Pada hari persekolahan, semua pelajar hendaklah berkumpul untuk ‘Morning Call’ di asrama masing-masing selewat-lewatnya pada pukul 6.10 pagi. 2.1.3 Pelajar tidak dibenarkan pulang ke asrama pada waktu akademik termasuk waktu rehat.
27 BUKU PANDUAN PELAJAR 2.1.4 Pelajar hendaklah menyusun dan mengemaskan bilik dan tempat tidur sebelum mengosongkan asrama dan keluar ke kawasan akademik. 2.1.5 Susunan perabot seperti katil, tilam, almari, dan kelengkapan lain di dalam bilik TIDAK BOLEH diubah tanpa kebenaran Pembantu Tadbir Asrama (PTA) / Ketua Guru Asrama (KGA) / Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP) / Pengetua. 2.1.6 Para pelajar hendaklah bekerjasama menjaga kebersihan tempat tidur, bilik, surau dan kawasan persekitaran asrama. Sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 2.1.7 Para pelajar dilarang sama sekali membawa sebarang makanan basah atau peralatan dapur ke asrama. Hanya makanan kering sahaja dibenarkan dibawa ke asrama. 2.1.8 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyimpan atau memiliki barangbarang berbahaya seperti pisau, cangkul, racun, asid dan sebagainya di asrama. Barang berharga seperti emas dan permata juga tidak dibenarkan. 2.1.9 Pelajar-pelajar dilarang keras memiliki / menyimpan rokok dan vape atau merokok dan menghisap vape. Pelajar juga dilarang memiliki / menyalahguna dadah serta menyimpan minuman keras di dalam asrama atau persekitaran asrama. 2.1.10 Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghormati pekerja-pekerja di asrama dan tidak boleh dengan cara apa sekalipun menghalang tugas mereka. 2.1.11 Sebarang bahan-bahan lucah secara media cetak dan media eloktronik dilarang dibawa ke asrama. 2.1.12 Pelajar tidak dibenarkan membuat bising yang keterlaluan di dalam asrama. 2.1.13 Semua ketua wing perlu memastikan semua suis lampu bilik asrama ditutup selepas waktu lights-off. 2.1.14 Pelajar mesti keluar dari kawasan asrama semasa prep petang dan malam. 2.1.15 Para pelajar yang sakit perlu berada di bilik sakit (sickbay) semasa para pelajar lain menjalani kelas akademik / aktiviti formal. 2.1.16 Semasa cuti semester / tamat pengajian, semua almari dan bilik di asrama hendaklah dikosongkan. 2.1.17 Sumber tenaga seperti elektrik dan air hendaklah sentiasa ditutup selepas digunakan. Jimatkan penggunaan sumber di asrama. 2.1.18 Semua penghuni asrama mesti berada di asrama masing-masing pada atau sebelum pukul 10.30 malam. Waktu lights off adalah pada pukul 11.00 malam sehingga 4.30 pagi. 2.1.19 Semua pelajar hendaklah tidur di katil masing-masing. 2.1.20 Pelajar yang ingin mengulangkaji pelajaran selepas pukul 11.00 malam boleh menggunakan bilik belajar (study room) mengikut wing masing-masing. 2.1.21 Pelajar dilarang mengadakan aktiviti di asrama sebelum mendapat kebenaran daripada Pengetua / TPPP / KGA. 2.1.22 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati Warden-warden, Pekerjapekerja di asrama, Ketua-ketua pelajar dan tidak boleh dengan apa cara sekalipun menghalang tugas mereka.
28 BUKU PANDUAN PELAJAR 2.1.23 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati sesama pelajar, dan bekerjasama mewujudkan keharmonian di antara pelajar dan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. 2.2. PERATURAN BILIK TIDUR / ASRAMA 2.2.1 Bilik mestilah sentiasa kemas dan bersih. 2.2.2 Kad Asrama (locker tag) mestilah dilekatkan di bahagian luar almari. 2.2.3 Barang-barang di atas meja belajar mestilah disusun dengan kemas. 2.2.4 Sampah hendaklah dimasukkan ke dalam bakul sampah. 2.2.5 Cadar dan sarung bantal hendaklah sentiasa dipasang. 2.2.6 Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan dihujung katil. 2.2.7 Pakaian yang kering hendaklah dilipat dengan kemas dan disimpan di dalam almari. 2.2.8 Pakaian yang basah hendaklah disidai di ampaian yang disediakan di luar asrama. 2.2.9 Paip-paip air hendaklah sentiasa ditutup selepas digunakan. 2.2.10 Dilarang meletakkan buku di tingkap-tingkap asrama pada sebarang waktu. 2.2.11 Kasut, kasut sukan, sandal atau selipar hendaklah disimpan dan disusun di rak kasut yang disediakan. 2.2.12 Selipar tandas hanya dibenarkan dipakai di bilik air asrama sahaja. 2.2.13 Pakaian yang disidai di ampaian mestilah diangkat setelah kering. 2.2.14 Pakaian yang jatuh hendaklah diambil segera. Jika tidak, pakaian akan diambil oleh pihak pengurusan asrama. 2.2.15 Makanan yang berbau tidak dibenarkan di simpan di dalam bilik. 2.2.16 Syarat pakaian di asrama merujuk kepada kod pakaian. 2.2.17 Sebarang kerosakan peralatan bilik asrama adalah tanggungajawab penghuni bilik. 2.2.18 Pemeriksaan asrama akan dijalankan pada setiap hari pada jam 7.00 pagi. 2.2.19 Semasa cuti semester / tamat pengajian semua almari dan billik asrama hendaklah dibersihkan dan dikosongkan 2.3 PERATURAN PADAM LAMPU (LIGHTS OFF) 2.3.1 Lampu mesti dipadamkan pada pukul 11.00 malam. 2.3.2 Pelajar tidak boleh berjalan-jalan, berbual-bual atau keluar asrama selepas lampu padam. 2.3.3 Pelajar dilarang menggunakan telefon pintar untuk tujuan bermain ‘game’ dan hiburan selepas lampu padam. Sekiranya didapati pelajar berbuat demikian telefon tersebut akan dirampas dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
29 BUKU PANDUAN PELAJAR 2.4. PERATURAN PENGOSONGAN BILIK 2.4.1 Pelajar mestilah mematuhi Jadual Pengosongan Asrama adalah seperti berikut : Hari Persekolahan : Isnin hingga Jumaat Kelas Akademik 06.45 pg – 01.45 tgh Prep Petang (kecuali Ahad) 02.30 ptg – 04.00 ptg Riadah, Makan Malam & Solat Maghrib 04.30 ptg – 05.30 ptg Prep malam (kecuali Jumaat) 07.30 mlm -10.00 mlm Hari Jumaat Solat Jumaat (pelajar lelaki sahaja) 12.30 tgh – 01.10 tgh Hari Sabtu Prep Pagi 8.00 pg – 12.30 tgh Hari Ahad Prep Malam 07.30 mlm – 10.00 mlm 2.4.2 Sekiranya ada program maktab yang tamat pada jam 5.00 petang, tidak perlu dikosongkan asrama pada waktu riadah. Selepas 9.30 malam, kawasan akademik adalah kawasan larangan untuk pelajar. 2.4.3 Pada hari-hari lain tertakluk kepada aktiviti dan yang terlibat dalam aktiviti tersebut hendaklah keluar dari asrama sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dari waktu aktiviti lain berkenaan bermula. 2.4.4 Ketua bilik / ahli bilik yang terakhir hendaklah memastikan semua suis elektrik seperti lampu dan kipas dimatikan sebelum ke kelas / prep / meninggalkan asrama. 2.4.5 Pelajar TIDAK DIBENARKAN pulang ke asrama pada bila-bila waktu akademik termasuk waktu rehat, waktu prep, majlis rasmi maktab, tanpa kebenaran GA bertugas. 2.4.6 Pelajar yang sakit / demam TIDAK DIBENARKAN berada di dorm / asrama semasa pelajar lain menjalankan aktiviti formal. 2.5 PERATURAN PENGGUNAAN SURAU 2.5.1 Semua pelajar Islam wajib menunaikan solat fardhu secara berjemaah di surau pada setiap waktu. 2.5.2 Semua pelajar Islam diwajibkan menghadiri ceramah agama yang dianjurkan / dirancang oleh pihak maktab. 2.5.3 Pelajar bukan Islam mestilah menghormati waktu pelajar Islam sedang menunaikan solat / beribadat / menjalankan aktiviti agama. 2.5.4 Semua aktiviti agama pelajar bukan Islam hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Pengetua. 2.5.5 Pelajar dilarang menggunakan telefon pintar ketika berada di surau. Sekiranya didapati pelajar berbuat demikian telefon tersebut akan dirampas dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
30 BUKU PANDUAN PELAJAR
31 BUKU PANDUAN PELAJAR
32 BUKU PANDUAN PELAJAR 2.6 PERATURAN DI DEWAN SELERA 2.6.1 Pelajar perlu beratur dengan tertib semasa mengambil makanan. 2.6.2 Pelajar perlu sentiasa menjaga kebersihan Dewan Selera. Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang di tempat yang disediakan. 2.6.3 Sistem booking tidak dibenarkan. 2.6.4 Kerusi hendaklah disusun semula selepas digunakan. 2.6.5 Pelajar perlu sentiasa mematuhi peraturan di Dewan Selera yang dikeluarkan oleh maktab dan pihak pengurusan Dewan Selera dari semasa ke semasa. 2.6.6 Pakaian di Dewan Selera mestilah mengikut seperti yang ditetapkan dalam peraturan pakaian (kemeja T berkolar bagi lelaki dan pakaian menutup aurat bagi perempuan) 2.6.7 Pelajar-pelajar dilarang membawa barang-barang / alat-alat Dewan Selera dan makanan keluar dari Dewan Selera. 2.6.8 Tidak dibenarkan masuk ke dapur atau kaunter agihan makanan Dewan Selera. 2.6.9 Buku-buku dan peralatan lain hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan. 2.6.10 Makan Malam - Pelajar hendaklah berpakaian bersih untuk makan malam. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang kotor kerana peluh, lumpur atau sebagainya semasa makan. (Melanggar Peraturan Di Atas kesalahan Kategori Sederhana). 2.7 PERATURAN DI KAFETERIA 2.7.1 Tidak dibenarkan makan, membeli, menempah makanan di kafeteria pada waktu persekolahan kecuali waktu rehat pelajar. 2.7.2 Tidak dibenarkan makan, membeli, menempah makanan di kafeteria pada waktu prep. 2.7.3 Pelajar dilarang membawa atau makan makanan basah di asrama, kelas dan kawasan akademik. 2.7.4 Pelajar dilarang berada di kafeteria selepas pukul 10.00 malam. 3. PERATURAN DI BILIK SAKIT (SICK BAY) 3.1 Pelajar yang sakit dan telah mendapat rawatan di klinik / hospital hendaklah melaporkan diri kepada GA bertugas dengan menunjukkan surat kenyataan sakit. Sekiranya pelajar tidak berdaya, pelajar perlu mendapatkan bantuan daripada kawan-kawan untuk melaporkan kepada pegawai yang berkenaan; Pembantu Tadbir Asrama (PTA). 3.2 Pelajar yang sakit tidak dibenarkan berada di asrama pada waktu-waktu persekolahan. 3.3 Pelajar yang hendak keluar dari bilik sakit ini wajib memberitahu pada pegawai yang berkenaan; PTA / GA bertugas. 3.4 Kebersihan dan kekemasan bilik ini hendaklah sentiasa dijaga. 3.5 Penyakit berjangkit: a) Pelajar berkenaan dibenarkan pulang ke rumah setelah mendapat pengesahan doktor dan kebenaran dari Pengetua / TPPP / KGA. b) Pelajar berkenaan dibenarkan tinggal di bilik sakit sehingga dia disahkan sembuh.
33 BUKU PANDUAN PELAJAR 4. PERATURAN KELUAR MAKTAB / OUTING 4.1 Para pelajar dibenarkan keluar ke bandar pada hujung minggu seperti berikut : 4.1.1 Hari Ahad : 8.00 pagi - 5.00 petang (hanya bersama ibu bapa) 4.1.2 Cuti Am : Dengan kebenaran Pengetua / TPPP / KGA * Nota : a) Pelajar lelaki & perempuan akan keluar bergilir-gilir mengikut minggu yang telah ditetapkan. b) Pelajar yang ingin keluar selain dari waktu yang ditetapkan hendaklah bersama ibu bapa atau guru (dimaklumkan kepada KGA) dan mesti mendapat kebenaran Pengetua / TPPP terlebih dahulu. 4.2 Keluar Ke Bandar Pada Hari Persekolahan / Waktu Akademik 4.2.1 Untuk keluar ke bandar pada hari persekolahan, kebenaran khas secara bertulis perlu diperoleh daripada Pengetua atau TPPP semasa waktu kelas akademik. 4.2.2 Di luar waktu kelas akademik, selain daripada Pengetua dan TPPP kebenaran boleh juga diperoleh dari Ketua Guru Asrama. 4.2.3 Di dalam kedua-dua perkara di atas, pelajar hendaklah berurusan dengan KGA atau Guru Asrama (GA) bertugas untuk pengesahan (tandatangan) di dalam sistem e-SKEMA (Sistem Keluar Masuk Asrama secara elektronik) dan mengimbas kod QR di pondok pengawal. Apabila pelajar kembali semula ke maktab, imbas sekali lagi kod QR kemasukan. ATAU (sekiranya sistem e-SKEMA mengalami kerosakan) 4.2.4 Pelajar hendaklah berurusan dengan KGA atau Guru Asrama (GA) bertugas untuk pengesahan (tandatangan) di dalam buku keluar /outing dan buku berkenaan diserahkan di pondok pengawal. Buku tersebut perlu diambil semula apabila pelajar kembali ke maktab. 4.3 Pelajar perlu mematuhi tatacara keluar ke bandar / outing iaitu : 4.3.1 Untuk keluar ke bandar pada hujung minggu, pelajar perlu membuat permohonan di dalam sistem e-SKEMA dengan lengkap dan disahkan oleh GA bertugas. Pelajar hendaklah mengimbas kod QR keluar di pondok pengawal. Apabila pulang ke maktab, pelajar perlu mengimbas kod QR masuk. 4.3.2 Para pelajar pula perlu mematuhi giliran keluar ke bandar seperti yang ditetapkan. Sekiranya pelajar perlu keluar pada hari bukan gilirannya keluar, kebenaran khas perlu diperoleh terlebih dahulu daripada Pengetua atau TPPP atau KGA. Untuk ini pelajar perlu menulis surat permohonan kebenaran keluar ke bandar.
34 BUKU PANDUAN PELAJAR 4.3.3 Untuk keluar pada hari Ahad / Cuti Am (bersama keluarga), kebenaran perlu diperoleh oleh guru asrama bertugas/ Ketua Guru Asrama. Pelajar hanya dibenarkan keluar selepas jam 8.00 pagi. 4.3.4 Para pelajar dikehendaki berpakaian seragam maktab / batik maktab / baju outing maktab apabila keluar dari kawasan maktab, samada keluar bersendirian ataupun dengan keluarga. 4.3.5 Semasa outing, pelajar-pelajar tidak boleh mengunjungi tempattempat seperti berikut:- a) Pusat-pusat permainan / hiburan yang memiliki alat permainan seperti billiard, mesin Pin Ball, permainan video dan snooker. b) Semua tempat permainan bowling c) Semua tempat hiburan seperti kelab malam, bar, disko, karaoke dan sebagainya. d) Semua tempat pelacuran atau pusat-pusat kesihatan yang bertujuan seumpamanya. 4.3.6 Pelajar-pelajar mestilah menunjukkan kelakuan yang baik semasa berada di luar kawasan maktab untuk tujuan menjamin keselamatan diri sendiri dan menjaga nama maktab. 4.3.7 Pelajar hanya dibenarkan keluar dengan ibu bapa masing-masing sahaja. Keluar outing tanpa ibu bapa adalah menjadi kesalahan kepada pelajar dan jika pelajar keluar outing tanpa ibu masingmasing sekiranya apa-apa perkara berlaku sewaktu pelajar outing seperti kemalangan atau sebagainya, pihak maktab tidak akan bertanggungjawab. 4.4 Keluar ke Bandar Pada Waktu-waktu Lain. 4.4.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar daripada masa-masa yang telah ditetapkan. Kelulusan bertulis perlulah diperolehi daripada Pengetua / TPPP / KGA jika didapati keadaan memerlukan. Contoh : keluar bersama guru penasihat atau guru asrama. 4.5 Peraturan Keluar Dari Kawasan Maktab 4.5.1 Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua / TPPP / KGA. 4.5.2 Serahkan senarai nama kepada Timbalan Pengetua PP, Ketua Guru Asrama dan Pengawal bertugas. 4.5.3 Guru dikehendaki mengiringi pelajar pergi dan balik. 4.5.4 Tidak dibenarkan keluar pada waktu akademik dan prep kecuali mendapat kelulusan. 4.5.5 Tidak dibenarkan ke Bazar Ramadan tanpa kebenaran. ❖ Nota : Peraturan keluar maktab / outing tertakluk kepada SOP MKN, KKM dan MARA sepanjang tempoh PKP/PKPB/PKPD
35 BUKU PANDUAN PELAJAR 5. PERATURAN PULANG BERMALAM 5.1 Pelajar-pelajar dibenarkan pulang bermalam (PB) sekali dalam satu bulan atau mengikut jadual PB yang telah ditetapkan kecuali bagi kes-kes kecemasan. ** Tarikh PB tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. 5.2 Bagi pelajar yang ingin PB, ibu bapa perlu menjemput pelajar setelah mendapat kebenaran selepas aktiviti / program pelajar tamat. Nota : Sekiranya pelajar-pelajar pulang ke kampung bersendirian di atas permintaan ibu bapa / penjaga, pihak maktab tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan dan kesihatan pelajar semasa dalam perjalanan. 5.3 Pelajar perlu membuat permohonan melalui sistem e-SKEMA dan disahkan oleh TPPP / KGA / GA bertugas. Setelah itu, pelajar perlu mengimbas kod QR keluar di pondok pengawal. Apabila pelajar kembali ke maktab, pelajar perlu mengimbas kod QR masuk di pondok pengawal. ATAU (sekiranya sistem e-SKEMA mengalami kerosakan) Pelajar hendaklah berurusan dengan KGA atau Guru Asrama (GA) bertugas untuk pengesahan (tandatangan) di dalam buku keluar /outing dan buku berkenaan diserahkan di pondok pengawal. Buku tersebut perlu diambil semula apabila pelajar kembali ke maktab. 5.4 Namun begitu, bagi kes-kes kecemasan, surat permohonan PB daripada ibu bapa / penjaga mestilah diterima oleh pihak maktab sebelum sesuatu permohonan PB dapat diluluskan oleh Pengetua / TPPP / KGA (dengan kebenaran TPPP). 5.5 Pelajar mestilah membawa buku keluar (outing) maktab untuk disahkan dan ditandatangani oleh KGA / GA bertugas pada setiap kali permohonan diluluskan. 5.6 Pengesahan bermalam hendaklah dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga pelajar dengan menandatangani buku keluar (outing) untuk balik bermalam dan mengisi butiran alamat PB di ruang yang telah disediakan. 5.7 Buku keluar (outing) yang telah siap diisi dan ditandatangani oleh KGA / GA bertugas hendaklah ditinggalkan di pondok pengawal untuk disimpan sebelum pelajar mendapat kelulusan keluar / PB. 5.8 Pelajar-pelajar hendaklah melapor diri semula ke maktab selewat-lewatnya pada 5.00 petang pada hari Ahad setiap hujung minggu yang telah diberikan / setelah tamat tempoh cuti persekolahan. Pelajar-pelajar yang lewat melapor diri akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak maktab. [Catatan : Pelajar-pelajar tidak dibenarkan sama sekali menandatangani sendiri kad keluar (outing) pelajar. Jika disabitkan kesalahan, pelajar akan
36 BUKU PANDUAN PELAJAR dikenakan tindakan berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM]. 5.9 Pelajar hanya dibenarkan PB dengan ibu bapa / penjaga masing-masing sahaja. PB bukan dengan ibu bapa / penjaga masing-masing tanpa pengetahuan dan kebenaran adalah suatu kesalahan dan pelajar akan dikenakan tindakan berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM. 6. PERATURAN MASA LAWATAN IBU BAPA / PENJAGA 6.1 Masa lawatan ibu bapa / penjaga pelajar :- Sabtu : 12.30 tengah hari hingga 5.00 petang Ahad / Cuti Am : 9.00 pagi hingga 5.00 petang * Nota : a) Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan asrama putera dan puteri bagi menjaga keselamatan dan keselesaan pelajar. b) Ibu bapa / penjaga hanya dibenarkan menunggu / berjumpa anakanak / pelajar di pondok / di tempat-tempat yang dikhaskan. c) Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan berada dalam kawasan maktab selain daripada waktu melawat yang telah ditetapkan. ❖ Nota : Peraturan masa lawatan ibu bapa/penjaga tertakluk kepada SOP MKN, KKM dan MARA sepanjang tempoh PKP/PKPB/PKPD 7. PERATURAN KELAS PERSEDIAAN (PREPARATION HOURS / PREP) 7.1 Pelajar WAJIB HADIR dan berada dalam bilik/kelas yang telah ditetapkan iaitu: Isnin – Khamis : 8.00 malam – 9.30 malam Jumaat : 2.30 petang – 3.30 petang Sabtu : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari Ahad / cuti am : 8.00 malam – 9.30 malam 7.2 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit (untuk tujuan selain daripada belajar), membaca majalah atau bahan-bahan bukan akademik. 7.3 Pelajar tidak dibenarkan berada di asrama pada waktu kelas persediaan. 7.4 Aktiviti-aktiviti seperti jamuan, mesyuarat dan sebarang perjumpaan tidak dibenarkan pada waktu kelas persediaan kecuali kebenaran secara bertulis daripada Pengetua / TPPP / KGA dan hendaklah dimaklumkan kepada GA bertugas harian. 7.5 Pakaian semasa kelas persediaan tertakluk kepada kod pakaian. 7.6 Pelajar yang sakit hendaklah berada di bilik masing-masing.
37 BUKU PANDUAN PELAJAR 8. PERATURAN KESELAMATAN 8.1 Penggunaan Peralatan Elektrik 8.1.1 Semua peralatan elektrik persendirian tidak boleh digunakan. 8.1.2 Water-heater” tidak dibenarkan penggunaannnya di asrama. 8.1.3 Hanya seterika elektrik yang disediakan oleh pihak maktab di bilik utiliti sahaja yang boleh digunakan. 8.1.4 Sambungan secara haram ke sebarang alat elektrik tidak dibenarkan. 8.1.5 Pastikan plug ditanggalkan dari soket setelah digunakan. 8.1.6 Jangan gunakan sebarang peralatan elektrik semasa kilat. 8.1.7 Pastikan semua suis dimatikan / ditutup selepas anda menggunakan elektrik atau sebelum meninggalkan asrama. 8.1.8 Sebarang kerosakan berkaitan elektrik hendaklah dilaporkan segera kepada guru asrama. Jangan cuba baiki sendiri. 8.1.9 Jangan sentuh sebarang alat elektrik yang sedang digunakan jika tangan anda basah. Nota : Semua barangan eloktronik seperti power bank, pemanas air dan sebagainya tidak boleh berada di dalam kawasan asrama. 8.2 Penggunaan telefon pintar / bimbit / komputer riba persendirian 8.2.1 Telefon pintar / bimbit / komputer riba dibenarkan untuk tujuan pembelajaran dan kerja kursus / projek (tidak diwajibkan / tidak dipaksa). 8.2.2 Telefon pintar / bimbit / komputer riba hendaklah didaftarkan dan diperiksa oleh pihak pengurusan asrama. Borang pendaftaran boleh didapati di bilik GA. 8.2.3 Penggunaan telefon pintar / bimbit / komputer riba adalah DILARANG pada masa-masa dan tempat berikut; a) Waktu kelas akademik (kecuali dengan kebenaran guru) b) Waktu kelas persediaan (prep) c) Aktiviti surau d) Semasa program rasmi maktab / aktiviti maktab e) Selepas lampu dipadamkan (lights off) 8.2.4 Kegagalan dalam mematuhi peraturan di atas akan menyebabkan telefon pintar / bimbit / komputer riba dirampas dan dan hanya boleh dituntut pada hujung tahun iaitu pada hari terakhir persekolahan berserta surat tuntutan daripada ibu bapa / penjaga. Nota : Sebarang kehilangan, kerosakan atau kecacatan telefon pintar / bimbit / komputer riba adalah tanggungjawab pelajar. Pihak maktab TIDAK akan bertanggung jawab sekiranya perkara-perkara di atas berlaku.
38 BUKU PANDUAN PELAJAR 8.3 Peralatan Keselamatan Diri / Harta Benda Semasa Kebakaran 8.3.1 Bila anda mendengar isyarat berlaku kebakaran/terhidu bau asap, perkara pertama yang a) mesti dilakukan ialah menyelamatkan nyawa b) anda dan rakan anda. 8.3.2 Segera beri amaran kepada rakan asrama. Menjerit sekuat mungkin perkataan “Api...Api...Api...” 8.3.3 Sila hubungi balai bomba yang berhampiran. 8.3.4 Selamatkan barang-barang berharga kepunyaan anda seperti kad pengenalan, sijil-sijil penting, buku-buku dan wang jika anda berupaya membawanya dengan mudah. Jika kebakaran sudah marak lupakan barang-barang tadi dan anda perlu selamatkan nyawa anda dahulu. 8.3.5 Jika anda mengetahui ada rakan anda tidak berupaya untuk bergerak keluar dari kolej disebabkan pengsan, cedera atau sebagainya, bantulah beramai-ramai dengan membawanya keluar. 8.3.6 Keluar dari asrama secepat mungkin melalui pintu yang berhampiran dengan anda. 8.3.7 Bergeraklah dengan pantas tetapi teratur meninggalkan asrama menuju ke tempat yang ditetapkan (Assembly Point). 8.4 Keselamatan Wang Di Asrama 8.4.1 Wang Tunai : a) Pelajar tidak dibenarkan menyimpan sendiri wang tunai melebihi RM30.00. b) Wang tunai yang berlebihan mesti disimpan dalam bank koperasi atau kepada Guru Penasihat Homeroom (GPH) / GA. c) Dompet dan wang pelajar mestilah disimpan ditempat yang selamat dan berkunci sekiranya ditinggalkan. d) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menjaga keselamatan harta benda masing-masing. 8.4.2 Kad ATM (Buku Akaun/Giro) a) Semua Kad ATM/Kad Kredit mesti disimpan di tempat yang selamat. b) Jangan simpan nombor PIN bersama-sama dengan kad ATM/kad kredit. c) Pelajar digalakkan menyimpan kad ATM/kad kredit kepada guru penasihat homeroom / guru asrama. d) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan kehilangan kad ATM dengan segera. 8.5 Keselamatan Umum 8.5.1 Penggunaan lingkaran ubat nyamuk, pelita dan lilin TIDAK dibenarkan. 8.5.2 Setiap penghuni asrama seharusnya tahu menggunakan alat pemadam api semasa kebakaran berlaku. 8.5.3 Jika berlaku kecemasan sila maklumkan kepada GA / KGA / pengawal keselamatan dengan segera.
39 BUKU PANDUAN PELAJAR 8.5.4 Kemudahan first-aid boleh didapati daripada GA / Bilik rawatan / pejabat GA / KGA / pondok pengawal. 8.5.5 Pelajar yang sakit dibenarkan tinggal di bilik sakit (waktu pejabat) sehingga disahkan sembuh oleh doktor. 8.5.6 Pelajar tidak dibenarkan menaiki kenderaan atau menumpang atau keluar bersama orang yang tidak dikenali untuk ke mana-mana destinasi semasa outing/pulang bermalam. 8.6 Kawasan Larangan 8.6.1 Tangki air dan kawasan sekitarnya 8.6.2 Tangki najis dan kawasan sekitarnya 8.6.3 Fius induk tenaga elektrik 8.6.4 Kawasan memasak dan belakang kaunter agihan makanan di Dewan Selera 8.6.5 Stor Pusat 8.6.6 Stor simpanan bahan-bahan terpakai 8.6.7 Asrama Puteri (kawasan larangan bagi pelajar lelaki) 8.6.8 Asrama Putera (kawasan larangan bagi pelajar perempuan) 8.6.9 Tandas guru / kakitangan 9. PERATURAN BAYARAN / KUTIPAN / GANTI RUGI 9.1 Yuran 9.1.1 Semua yuran (yuran, dobi dan sebagainya) yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar hendaklah dijelaskan mengikut peraturan dan masa yang telah ditetapkan. 9.2 Resit 9.1.2 Pelajar / penjaga mestilah memastikan resit-resit pembayaran diterima / didapatkan dari pihak yang menerima bayaran (resit-resit hendaklah disimpan dengan baik untuk tujuan tuntutan / penjelasan apabila diperlukan. 9.3 Aktiviti Jualan Pakaian / Peralatan / Perkhidmatan 9.3.1 Aktiviti jualan dibenarkan untuk BKP, PUM dan Koperasi. 9.3.2 Pertubuhan lain seperti Kelab, Persatuan, Kelas, Homeroom, Kumpulan Asrama, seumpamanya mestilah membuat permohonan kepada Pengetua untk dipertimbangkan. Kutipan mestilah melalui Bendahari pertubuhan yang aa rekod Kewangan yang disahkan oleh pihak berkuasa maktab dan jualan dihadkan kepada ahli sendiri sahaja. 9.3.3 Pelajar-pelajar DITEGAH/ DILARANG dari melibatkan di dalam kegiatan / keadaan berikut : a) Berjual beli pakaian / peralatan / bahan / perkhidmatan dengan tujuan mendapatkan keuntungan peribadi. b) Mengutip apa jua jenis bayaran untuk kepentingan peribadi seperti loteri, pertaruhan, perlindungan dan sebagainya
40 BUKU PANDUAN PELAJAR 9.4 GantI Rugi 9.4.1 Jika berlaku sebarang kerosakan / kehilangan pada peralatan yang telah dipinjamkan oleh maktab (seperti katil, tilam, almari buku, kamar tidur, bilik mandi / tandas) akibat dari kecuaian, salahguna atau alahlaku pelajar sendiri samada secara sengaja atau tidak sengaja, pelajar / penjaga dikehendaki membayar gantirugi (harga kos pembelian / pembaikan). 9.4.2 Bayaran gantirugi adalah mengikut taksiran kerugian / kadar kerosakan berkenaan.
41 BUKU PANDUAN PELAJAR DISIPLIN DIRI MENCIPTAKAN HARI ESOK YANG LEBIH CERAH
42 BUKU PANDUAN PELAJAR JADUAL HARIAN PELAJAR ASRAMA 1. Hari Persekolahan (Isnin hingga Khamis) MASA AKTIVITI 4.30 – 5.15 pg Bangun pagi / Solat Subuh Berjemaah / Tazkirah 5.15 – 6.10 pg Sarapan pagi 5.30 – 6.00 pg Kemas Bilik dan Diri 6.10 pg Pelajar dikehendaki mengosongkan Asrama. Pemeriksaan bilik oleh Guru Asrama dan Ketua Blok 6.10 – 6.50 pg Perhimpunan Pagi (Morning Call) 7.00 pg – 3.30 ptg Sesi Akademik 10.00 – 10.30 pg Minum pagi 1.30 – 2.30 ptg Solat Zohor berjemaah / Makan tengah hari / Rehat 3.30 – 4.30 ptg (Isnin Minggu A/B) Perhimpunan Rasmi Maktab / Perjumpaan Homeroom / Kelas persediaan petang / Perjumpaan Ko-Kurikulum. 3.30 – 4.00 ptg Solat Asar berjemaah 4.00 – 5.15 ptg Sukan / Riadah 5.15 – 6.15 ptg Persiapan Diri / Makan Malam 6.15 ptg – 8.00 mlm Solat Maghrib berjemaah, Tadarus al-Quran / Bacaan Yaasin / Ceramah, Solat Isyak berjemaah 8.00 – 9.30 mlm Kelas Persediaan Malam (Prep Malam) 9.00 – 10.00 mlm Minum Malam 10.00 – 10.20 mlm Bacaan Surah Al-Mulk / Roll call 11.00 mlm Lampu Padam (Lights off) dan tidur 2. Hari Persekolahan (Jumaat) MASA AKTIVITI 4.30 – 5.30 pg Bangun pagi / Solat Subuh Berjemaah / Tazkirah 5.30 – 6.10 pg Sarapan pagi 5.30 – 6.00 pg Kemas bilik dan diri 6.10 pg Pelajar dikehendaki mengosongkan Asrama Pemeriksaan bilik oleh Guru Asrama dan Ketua Blok 6.20 – 6.50 pg Perhimpunan Pagi (Morning Call) 7.00 pg – 11.30 tgh hari Sesi Akademik 10.00 – 10.30 pg Minum pagi 11.30 pg – 1.15 ptg Solat Jumaat / Kuliah Nisa’/ Makan Tengah Hari / Rehat 2.00 – 3.30 ptg Kelas Persediaan Petang (Prep Petang) 3.30 – 4.00 ptg Solat Asar berjemaah 4.00 – 5.15 ptg Sukan / Riadah 5.15 – 6.15 ptg Persiapan diri / Makan malam 6.30 ptg – 8.00 mlm Solat Maghrib Berjemaah, Tadarus al-Quran / Bacaan Yaasin / Ceramah, Solat Isyak berjemaah 9.30 – 10.00 mlm Minum Malam 10.00 – 10.20 mlm Bacaan Surah Al-Mulk / Roll call 11.00 mlm Lampu Padam (Lights off) dan tidur
43 BUKU PANDUAN PELAJAR 3. Hari Cuti (Sabtu) MASA AKTIVITI 4.30 – 5.15 pg Bangun pagi / Solat Subuh Berjemaah / Tazkirah 5.15 – 6.10 pg Sarapan pagi 5.30 – 6.20 pg Persiapan Kendiri 6.30 – 7.00 pg Perhimpunan Pagi (Morning Call) 7.00 – 8.00 pg Gotong-royong & pemeriksaan bilik (Room Inspection) 8.00 – 10.00pg Prep pagi 10.00 - 10.30 pg Minum pagi 10.30 pg - 12.30 tgh Persiapan kendiri 12.30 tgh – 1.30 ptg Makan Tengah Hari & Solat Zohor 12.30 tgh – 5.00 ptg Persiapan Kendiri / Lawatan Ibu bapa 3.30 – 4.00 ptg Solat Asar Berjemaah 4.00 – 5.30 ptg Sukan / Riadah 5.30 – 6.15 ptg Persiapan Diri / Makan Malam 6.15 ptg – 8.00 mlm Solat Maghrib Berjemaah, Tadarus al-Quran / Bacaan Yaasin / Ceramah, Solat Isyak berjemaah 8.00 – 9.30 mlm Persediaan Kendiri 9.30 – 10.00 mlm Minum Malam 10.00 – 10.20 mlm Bacaan Surah Al-Mulk / Roll call 11.00 mlm Lampu Padam (Lights off) dan tidur 4. Hari Cuti (Ahad) MASA AKTIVITI 4.30 – 5.15 pg Bangun pagi / Solat Subuh berjemaah / Tazkirah 5.15 – 6.10 pg Sarapan pagi 6.30 – 7.00 pg Perhimpunan pagi (Morning Call) 7.00 – 8.00 pg Gotong-royong Asrama / Pengawasan oleh GA bersama Badan Kepimpinan Pelajar (BWP, LDP dan Jawatankuasa Pengurusan Asrama). Pemeriksaan bilik oleh GA bertugas dan Ketua Blok 9.00 pg – 5.00 ptg Persiapan kendiri / Outing (bersama ibu bapa) / Lawatan ibu bapa 10.00 pg - 10.30 pg Minum pagi 12.30 tgh – 1.30 ptg Makan tengah hari & Solat Zohor 3.30 – 4.00 ptg Solat Asar berjemaah 4.00 – 5.30 ptg Sukan / Riadah 5.30 – 6.10 ptg Persiapan diri / Makan malam 6.30 ptg – 8.00 mlm Solat Maghrib berjemaah, Tadarus al-Quran / Bacaan Yaasin / Ceramah, Solat Isyak berjemaah 8.00 – 9.30 mlm Kelas Persediaan Malam (Prep Malam) 9.30 – 10.00 mlm Minum malam 10.00 – 10.40 mlm Bacaan Surah Al-Mulk / Roll call 11.00 mlm Lampu Padam (Lights off) dan tidur
44 BUKU PANDUAN PELAJAR PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan MRSM Kota Kinabalu, Unit Pengurusan Asrama MRSM Kota Kinabalu dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penyediaan Buku Panduan Pelajar Smart MRSM Kota Kinabalu ini. Sesungguhnya jasa baik dan penat lelah kalian semua hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga buku ini memberi manfaat untuk kemenjadian pelajar MRSM Kota Kinabalu dalam menjadi Modal Insan yang cemerlang dan terbilang. Terima kasih.
45 BUKU PANDUAN PELAJAR Operasi Pembangunan Pelajar © 2021
46 BUKU PANDUAN PELAJAR