The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainanabila2809, 2022-05-27 01:49:29

CASE STUDY

Case Study Highway

POLITEKNIK
SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

CIVIL ENGINEERING DEPARTMENT

ASSIGNMENT/PRACTICAL/CASE STUDY/PRESENTATION/REFLECTIVE
JOURNAL/PROJECT

COURSE HIGHWAY AND TRAFFIC ENGINEERING

COURSE CODE DCC30103 CLASS DK3A

NAME MATRIX NO.
GROUP MEMBERS 08DKA20F2005

HAFIZAH BINTI MOHD ZAHIR LOTFI

AINA NABILA BT KHIRUL AZHAR 08DKA20F2011
CASE STUDY
TITLE
DATE SUBMITTED WEEK 11
LECTURER NAME
PUAN MAI AZUNA BINTI MEOR YUSUF

LECTURER
COMMENT

MARKS

CASE STUDY SOALAN 1

1.0 PENGENALAN

Kebelakangan ini, kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat pada setiap
tahun. Hal ini tercetus apabila suatu insiden melibatkan perlanggaran yang membabitkan
pengguna jalan raya sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan yang boleh
mendatangkan kepada kecederaan atau kematian. Malaysia merupakan antara salah satu negara
yang kadar kemalangan jalan raya kian meningkat dalam tempoh 10 tahun dan diantara yang
tertinggi di dunia. Kemalangan jalan raya sering berlaku terutama sekali pada musim-musim
perayaan. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah pengguna jalan raya yang tidak
berhemah dan memandu dalam keadaan yang boleh mendatangkan bahaya. Statistik yang
dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang
menyatakan kemalangan jalan raya semakin meningkat ini tidak akan berkurangan sekiranya
masih ada pengguna jalan raya yang mempunyai sikap acuh tak acuh terhadap peraturan dan
mengambil mudah dalam menjaga keselamatan diri ketika berada di jalan raya. Dalam pada
itu, usaha yang dilakukan dan diambil oleh pelbagai pihak umpama mencurah air ke daun
keladi kerana kes kemalangan jalan raya yang kian meningkat.

Selain itu, terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya ini
makin bertambah dan berterusan sehingga sekarang. Faktor- faktor seperti kecuaian manusia,
keadaan jalan yang tidak selamat serta penguatkuasaan undang-undang yang tidak ketat
terhadap pengguna jalan raya dan sebagainya menjadi punca utama permasalahan ini makin
meningkat. Penggunaan telefon bimbit semasa memandu, keadaan jalan raya yang berlubang
dan tidak rata serta memandu dalam keadaan mabuk merupakan contoh-contoh yang menajdi
sebab terjadinya sesuatu kemalangan tersebut. Oleh itu, pengurusan lalu lintas perlu mengambil
inisiatif dalam menangani isu ini daripada berterusan sekaligus dapat mengurangkan kadar kes
kemalangan di negara ini.

2.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN

Daripada kajian yang dijalankan, kita tahu bahawa kadar kemalangan jalan raya yang
kerap berlaku di negara ini meningkat dari semasa ke semasa yang boleh mengakibatkan
kematian dan kecederaan pengguna jalan raya. Oleh itu, terdapat 3 faktor yang menyebabkan
berlakunya kemalangan.

2.1 Keadaan Struktur Jalan

Secara amnya, kita tahu hampir semua rakyat Malaysia menggunakan kenderaan mereka
untuk pergi ke mana sahaja yang mereka mahu. Ini kerana bilangan orang yang menggunakan
pengangkutan awam masih kecil berbanding negara lain seperti Jepun. Akibatnya, keadaan
struktur jalan raya Malaysia sering mengalami kerosakan sehingga mengakibatkan kemalangan
dan kematian pengguna. Mengikut perangkaan dari 2018 hingga 2020, punca kemalangan jalan
raya adalah disebabakan kerosakan struktur jalan seperti jalan berlubang akibat kerja
pembinaan. Kawasan yang kerap berlakunya kemalangan dan laluan kenderaan berat termasuk
di Sabak Bernam dan Klang. Selain itu, kemalangan di kawasan tersebut lebih kerap berlaku
pada waktu malam berikutan ketiadaan lampu jalan yang dipasang di bahu jalan. Ini
menyebabkan nyawa pengguna terancam, seterusnya mengehadkan pandangan pemandu
terhadap objek di hadapan mereka. Di samping itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan
Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat, merekodkan sebanyak 223 kemalangan.
Seterusnya, jumlah kematian yang direkodkan ialah 148 majoritinya membabitkan penunggang
motosikal iaitu 117 kes, 26 kes kereta dan 6 kes melibatkan lori. Perkara membabitkan
motosikal lebih tinggi berbanding kenderaan lain kerana kenderaan utama untuk berulang-alik
ke tempat kerja dari rumah.

2.2 Kecuaian Pemandu

Sejak akhir – akhir ini, kebanyakan pemandu di Malaysia mempunyai sikap mementingkan
diri sendiri dan tidak mempedulikan orang sekeliling. Oleh itu, faktor kecuaian pemandu
kebanyakannya ialah pemandu dalam keadaan mabuk, kenderaan laju dan sebagainya. Seperti
yang kita sedia maklum, jumlah kematian memandu dalam keadaan mabuk di Malaysia
semakin meningkat dari tahun ke tahun. Jumlah yang direkodkan pada 2019 sahaja
menghampiri 23 kes yang dilaporkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Apabila jumlah
kematian semakin meningkat, kita mestilah berhati-hati untuk tidak melibatkan orang di
sekeliling kita apabila ketika memandu kenderaan di jalan raya. Sebagai contoh, di Kuala
Lumpur, seorang pemandu kereta yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol telah melanggar
subkontraktor berusia 74 tahun di Jalan Kuching, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kejadian itu berlaku sekitar jam 3.15 pagi Sabtu. Ini menyebabkan pemandu kenderaan Toyota
Sienta yang dipandu lelaki berusia 24 tahun bertukar lorong ke kanan, melanggar kon dan lori,
serta subkontraktor DBKL yang sedang memotong pokok kecil di pembahagi jalan.

Sebaliknya, pemandu mabuk itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh orang awam
di kawasan Taman Wahyu berhampiran. Dalam kes ini, Akta Trafik Jalan Raya 1987 (APJ)
memperuntukkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian dan kes
penyiasatan di bawah seksyen 44 (1) oleh memandu mabuk, adalah salah satu punca
kemalangan jalan raya.

2.3 Penguatkuasaan Undang- undang Jalan Raya Yang Lemah
Kini, undang-undang jalan raya perlulah memainkan peranan dalam mengurangkan kadar

kemalangan jalan raya di negara kita. Justeru, Kementerian Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis
Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat Malaysia (SPAD) dan
pertubuhan lain yang berkaitan perlu bekerjasama untuk mengurangkan jumlah kemalangan
jalan raya. Sekatan jalan raya dan rondaan biasa boleh mengurangkan risiko kemalangan jalan
raya. Walau bagaimanapun, pemantauan harus berterusan, bukan hanya bermusim kerana
kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang dan
peraturan yang lemah juga merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya.
Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat serta boleh
menjejaskan psikologi masyarakat tempatan, ketidaktentuan penguatkuasaan undang-undang
sudah pasti membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan pelanggaran jalan
raya. Ini berikutan ketidakjujuran segelintir pihak berkuasa yang sanggup menerima rasuah.
Bukan itu sahaja, bergantung kepada jenis pelanggaran yang dilakukan dengan penggunaan

kompaun tersebut, pengenaan kadar kompaun antara RM70 dan RM300 adalah tidak berkesan
kerana pemandu mampu membayar jumlah tersebut dan tidak takut untuk mengulangi
pelanggaran yang sama di jalan raya pada masa hadapan.

Tambahan pula, penguatkuasaan hanya melakukan Ops sekatan jalan raya hanya giat
dijalankan pada musim-musim perayaan sahaja. Impaknya, pemandu tidak berasa gentar untuk
melakukan kesalahan di jalan raya kerana masyarakat beranggapan operasi akan dilakukan
pada waktu tertentu bukan pada hari biasa. Antara contoh, yang menunjukkan penguatkuasaan
undang- undang jalan raya yang lemah ialah kemalangan bas yang menyebabkan 14 kematian
dan 16 cedera, bas yang dinaiki terbabas di Kilometer 137.3 lebuhraya Utara Selatan, Muar.
Susulan itu, Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Institut Penyelidikan Keselamatan
Jalan Raya (Miros), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya
(JKJR) menjalankan siasatan terhadap nahas berkenaan. Selain itu, pihak-pihak berkuasa
tersebut perlu bertanggungjawab semasa menjalankan tugas supaya tidak menerima rasuah.
Namun, semuanya bagai 'hangat-hangat tahi ayam' dengan satu persatu lenyap dan dilupakan
apabila sesuatu insiden itu semakin lama berlalu. Dengan kata lain, peraturan yang ketat boleh
membina masyarakat yang baik dan manakala undang–undang yang lemah boleh
membenarkan masyarakat melakukan kesalahan sewenang–wenangnya.

3.0 FUNGSI PENGURUSAN LALU LINTAS

Fungsi pengurusan lalu lintas adalah amat penting terutama sekali bagi pengguna jalan
raya dalam usaha untuk mengurangkan risiko kemalangan dan kadar kes kematian di
Malaysia. Pengurusan lalu lintas juga bertanggungjawab dalam memastikan keadaan trafik
berjalan lancar. Fungsi pengurusan lalu lintas adalah memastikan tiada perlanggaran di antara
kenderaan yang bergerak atau tidak bergerak serta kepada pejalan kaki.

3.1 Memastikan Keselesaan dan Keselamatan Pengguna

Keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya adalah satu perkara yang penting bagi
melancarkan pergerakan di jalan raya. Justeru itu, pengurusan lalu lintas harus menitikberatkan
setiap cadangan atau keluhan yang dialami oleh setiap pengguna jalan raya. Dengan itu,
penyediaan sistem yang efisien perlu dilaksanakan agar dapat memudahkan urusan harian
pengguna jalan raya. Terdapat banyak perlu dilakukan khususnya pada kawasan yang kerap
berlaku kemalangan. Selain itu, pengurusan lalu lintas perlu menjadikan jalan raya tempat yang
selamat dari setiap segi bagi mengelakkan kadar kes kemalangan jalan raya meningkat.
Menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna perlu dijadikan sebab utama yang kukuh bagi
pengurusan lalu lintas. Penyediaan lampu jalan di kawasan yang gelap harus diperbanyakkan
supaya tidak mengganggu penglihatan pengguna ketika memandu. Lampu jalan merupakan
perkara yang penting kepada pemandu untuk mengetahui sekiranya terdapat halangan di jalan
dan tidak mengharapkan kepada lampu kereta sahaja. Oleh itu, amat penting bagi memastikan
setiap aspek ciri keselamatan disediakan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.

3.2 Menyediakan Kemudahan Tempat Letak Kereta

Pengurusan lalu lintas bertanggungjawab dalam mewujudkan kemudahan seperti tempat
letak kereta yang efisien dan lebih sistematik kepada pengguna bagi melancarkan aliran trafik
terutama di kawasan tengah bandar. Masalah berkaitan kemudahan tempat letak kereta semakin
membimbangkan dengan peningkatan bilangan kereta yang semakin meningkat di negara ini.
Pengguna jalan raya terpaksa meletakkan kenderaan di bahu jalan, malah terpaksa meletakkan
kenderaan dalam situasi “double park”. Ini sekaligus akan menyebabkan kesesakan trafik yang
teruk dan akan menjadi salah satu punca terjadinya kemalangan. Oleh itu, pihak pengurusan
lalu lintas perlu menyediakan inisiatif bagi menambahkan lagi bilangan tempat parkir kereta di

kawasan–kawasan yang padat seperti di tengah ibu kota Kuala Lumpur atau memperbanyakkan
lagi tempat letak kereta bawah tanah. Dengan penyediaan dan penambahan tempat letak kereta
ini, ia dapat menampung jumlah kenderaan yang banyak dalam satu masa serta mengurangkan
bilangan pengguna yang sering meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya.
Justeru itu, pengurusan lalu lintas harus mengambil tindakan yang secepat mungkin untuk
mengatasi masalah tempat letak kereta ini daripada berterusan. Dengan penambahan ini, ia
sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko terhadap kenderaan yang bergerak atau tidak
bergerak serta pejalan kaki untuk terlibat dalam sebarang kemalangan dan pelanggaran.

3.3 Mengkaji Faktor Penyumbang Kemalangan

Terdapat banyak faktor yang menjadi penyebab kepada kemalangan jalan raya. Oleh itu,
pengurusan lalu lintas harus peka dengan setiap permasalahan yang terjadi dan giat berusaha
dalam mengkaji faktor penyumbang kemalangan jalan raya dengan usaha sama Institut
Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS). Dengan hasil kajian yang telah dibuat,
pengurusan lalu lintas dapat melakukan sesuatu terhadap statistik kemalangan dengan
mengeluarkan kaedah keselamatan yang lebih teliti serta menyebarkan maklumat berkaitan
keselamatan jalan raya. Kadar penurunan kes bagi kemalangan jalan raya boleh dikurangkan
sekiranya pengurusan lalu lintas membuat kajian dari masa ke semasa. Pengurusan lalu lintas
perlu memastikan kajian yang telah dibuat disiarkan atau dihebahkan di media massa untuk
meningkatkan tahap kesedaran pengguna terhadap keselamatan jalan raya. Kajian ini sekaligus
dapat membantu dalam mengesan apa yang akan terjadi kepada pengguna jalan raya terlibat
sekaligus dapat mengenal pasti punca-punca terjadinya sesuatu kemalangan tersebut.

4.0 TUJUAN PENGURUSAN LALU LINTAS

Pengurusan trafik merupakan cara bagaimana untuk menggunakan jalan-jalan yang
sedia ada, sebaik mungkin dengan mengurangkan kesesakan pada masa kini dan yang
dijangkakan.

4.1 Meningkatkan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya

Dalam meniti arus kemodenan ini, pihak pengurusan yang bertanggungjawab, perlulah
menjaga keselamatan jalan raya yang telah dititikberatkan. Ini kerana pihak berkuasa trafik,
yang menguruskan lalu lintas akan disoal siasat untuk mengetahui punca sebenar kemalangan
itu, yang mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada pengguna jalan raya. Justeru,
pengurusan lalu lintas perlu meningkatkan tahap kesedaran keselamatan, bermula di peringkat
sekolah atau universiti. Sebagai contoh, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan
Keselamatan Jalan Raya (JKJR) telah bekerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Seri Pantai, SMK Bukit Bandaraya, SMK Petaling, dan SMK Bangsar dalam kempen
keselamatan jalan raya bagi meningkatkan kesedaran warga pelajar. Antara matlamat kempen
ini adalah agar semua masyarakat di negara ini perlu memandu dengan bertolak ansur,
mengambil berat dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain, sama ada mereka
memandu kenderaan berat, kereta, motosikal mahupun berjalan kaki. Ini kerana ia amat penting
bagi diri sendiri untuk menghargai fitrah kehidupan orang sekeliling. Namun, jika aktiviti
sebegini tidak dilakukan dalam kalangan masyarakat, kesannya akan meningkatkan
kemalangan dalam setiap tahun.

4.2 Mengurangkan Konflik Antara Kenderaan Dan Pejalan Kaki

Bagi pejalan kaki yang kerap bergerak di kawasan lalu lintas, risiko berlanggar dengan
kenderaan sekeliling adalah sangat tinggi. Ini kerana pejalan kaki boleh terjejas oleh kenderaan
yang memandu terlalu laju. Selain itu, kereta diperbuat daripada bahan keras, besi, dan jika
nasib tidak menyebelahi pejalan kaki, pejalan kaki akan cedera parah dan mungkin kehilangan
nyawa. Bagaimanapun, pemandu kenderaan tidak akan mengalami kecederaan parah kerana
kenderaan itu sendiri mempunyai sistem keselamatan yang mengurangkan kesan pelanggaran

berbanding pejalan kaki. Pejalan kaki mempunyai jumlah kematian jalan raya ketiga tertinggi
di Malaysia, menurut Polis Diraja Malaysia dengan purata 562 pejalan kaki terbunuh dalam
kemalangan jalan raya setiap tahun. Oleh itu, sebagai alternatif untuk mengurangkan konflik
kenderaan bermotor-pejalan kaki, pengurusan lalu lintas harus menyediakan laluan khas
kepada pejalan kaki, seperti menambah bilangan lorong pejalan kaki dan jejantas untuk
memudahkan pergerakan ke destinasi mereka oleh pejalan kaki.

4.3 Sistem Pengurusan Dan Mengawal Tempat Letak Kereta

Tempat letak kereta adalah satu kemudahan yang sangat mustahak dalam perancangan
pengangkutan dan lalu lintas, penyediaan kemudahan tempat letak kereta yang baik dan
sistematik adalah satu cara untuk mengawal aliran lalu lintas di samping dapat memberi
kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi kepada pengguna kereta yang mengunjungi
pusat bandar. Malahan, tempat letak kereta juga mempengaruhi kemajuan aktiviti - aktiviti
guna tanah lain di pusat bandar. Tambahan pula, penyediaan yang tidak mencukupi akan
menyebabkan aktiviti-aktiviti di bandar tidak dapat berkembang dengan baik dan kesesakan
lalu lintas. Selain itu, kita hendaklah menerapkan sistem perparkiran untuk mengatasi
kekurangan ruang parkir di suatu kawasan, khususnya di kawasan komersial atau komersial.
Antara contohnya, sistem bertiket, sistem bermeter dan sistem stesen pengawal, sistem ini
diguna pakai untuk sistem pengurusan dan mengawal tempat letak kereta untuk mengelakkan
kesesakan lalu lintas. Di samping itu, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) memberi
kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengutip bayaran dan mengawal tempat-tempat
letak kereta di kawasannya bertujuan mewujudkan keselesaan dan kemudahan kepada orang
ramai untuk meletak kereta dan mengawal perletakan kereta supaya tersusun dan tidak
mengganggu lalu lintas. Jika ada masayakat yang tidak mematuhi peraturan tersebut perlu
dikenakan denda, misalnya kesalahan yang boleh dikenakan denda adalah meletakkan
kenderaan di luar kawasan dan meletakkan kenderaan melebihi had masa yang telah ditetapkan.
Menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kenderaan yang menyebabkan halangan lalu lintas
boleh dikenakan kompaun sebanyak RM150.00 selama 1-15 hari dan sekiranya pemilik
kenderaan gagal untuk menjelaskan denda tersebut maka jumlah bayaran denda tersebut akan
semakin meningkat.

Antara contoh lain tindakan tegas yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam
menangani kenderaan yang menghalang lalu lintas adalah tindakan menyita kenderaan terbabit.
Sebagai menangani masalah tempat letak kenderaan yang semakin terhad maka pelbagai sistem
letak kenderaan yang baru diperkenalkan. Dalam pada itu, bayaran akan dikenakan kepada
pengguna kenderaan yang meletakkan kenderaan berdasarkan jangkamasa mereka meletakkan
kenderaan. Seterusnya, Pihak Berkuasa Tempatan perlu menyediakan tempat letak kereta di
setiap kawasan atau bangunan yang menjadi tumpuan orang ramai atau kelompok-kelompok
tertentu tidak kira samada ia terletak di kawasan Bandar atau pun di Luar Bandar. Untuk
mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalu lintas di jalan raya, penyediaan tempat letak
kenderaan yang cukup adalah diperlukan. Malah, orang ramai akan berpuas hati untuk
meletakkan kenderaan mereka apabila berkunjung ke suatu tempat. Lebih – lebih lagi, ia akan
mempamerkan kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.

5.0 KEBERKESANAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK MENGURANGKAN
KEMALANGAN JALAN RAYA

5.1 Memastikan Struktur Jalan Raya Dalam Keadaan Baik

Bagi memastikan pengurangan dalam kemalangan jalan raya, pengurusan trafik perlu
efektif dalam memastikan keadaan struktur berada pada tahap yang selamat untuk digunakan.
Kes kemalangan yang sering berlaku disebabkan oleh struktur jalan raya yang tidak selamat
ini datang daripada pelbagai aspek seperti jalan berlubang, jalan raya yang tidak rata dan
sebagainya yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna terutamanya kepada pengguna
motosikal. Pengurusan trafik yang telus perlu memastikan penyelenggaraan jalan raya
dilaksanakan dengan kadar segera sekiranya terdapat aduan dari pihak pengguna bagi
memastikan jalan raya sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selesa. Penyenggaraan
dan pembaikan jalan raya secara berkala dan sistematik juga dapat membantu dalam
mengurangkan kadar kes yang melibatkan struktur jalan yang tidak selamat. Pengurusan trafik
perlu memandang serius tentang keadaan ini kerana permasalahan berkaitan dengan struktur
jalan yang tidak selamat dan berada dalam keadaan baik ini merupakan salah satu punca utama
kekerapan kemalangan berlaku. Pihak JKR perlu memastikan penyelenggaraan jalan dapat
dilakukan dengan baik serta memastikan penggunaan bahan yang berkualiti bagi mengelakkan
terjadinya masalah di kemudian hari. Bahan atau komponen yang digunakan haruslah mengikut
standard piawaian yang telah ditetapkan dan pelantikan kontraktor dalam membuat kerja-kerja
penyelenggaraan ini mestilah dipilih berdasarkan prestasi kerja yang bagus dan bukan sekadar
tangkap muat.

5.2 Menjalankan Kempen Kesedaran

Pengurusan trafik harus giat dalam memberi kesedaran terhadap pengguna jalan raya
dengan menjalankan kempen kesedaran serta memanfaatkan penggunaan media massa yang
sedia ada. Kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan sekiranya info-info penting seperti
iklan keselamatan, slogan-slogan serta ciri-ciri keselamatan yang harus diambil berat dan
sebagainya dapat disampaikan atau dipamerkan melalui kempen ini. Seterusnya, pengurusan
trafik juga harus mengingatkan pengguna jalan raya tentang bahaya sekiranya memandu
kenderaan dalam keadaan yang tidak waras atau stabil. Pemanduan dalam keadaan sebegitu

boleh menyebabkan kemalangan yang bukan sahaja memberi kesan kepada pemandu tetapi
juga akan mendatangkan kesan kepada pengguna jalan raya yang lain. Justeru itu, usaha dalam
menggiatkan kempen kesedaran ini haruslah dilakukan dari masa ke masa serta pendedahan
dari peringkat awal kepada pelajar sekolah akan dapat membendung dan mengurangkan kadar
kes kemalangan dari terus berlarutan. Kempen kesedaran sebegini akan dapat mempengaruhi
pengguna supaya sedar akan kesan buruk yang akan dialami sekiranya terlibat dalam
kemalangan.

5.3 Menyarankan Penggunaan Sistem Pengangkutan Awam

Sistem pengangkutan awam merupakan sistem yang memudahkan pengguna untuk sampai
pada destinasi yang diinginkan dan ia juga merupakan satu kaedah terbaik untuk
mengurangkan risiko kemalangan dari terus berlaku di negara ini. Oleh itu, pengurusan trafik
perlu mengambil inisiatif terhadap kaedah ini dengan menggalakkan penggunaan
pengangkutan awam kepada pengguna jalan raya seperti pengangkutan awam rel yang terdiri
daripada MRT (Transit Aliran Massa), Monorel, LRT (Transit Aliran Ringan) dan penggunaan
pengangkutan darat seperti bas sebagai salah satu alternatif kepada pengguna. Statistik
menunjukkan bahawa kadar kemalangan pengangkutan awam lebih rendah berbanding
kenderaan persendirian. Walaupun bas merupakan salah satu pengangkutan awam darat, kes
kemalangan yang melibatkan bas jarang berlaku disebabkan oleh ketetapan halaju dan
peraturan yang telah ditetapkan kepada pemandu bagi memastikan keselamatan penumpang
terjamin. Justeru itu, pengurusan trafik harus menyediakan satu solusi bagi meyakinkan
pengguna untuk memilih menggunakan pengangkutan awam daripada menaiki kenderaan
persendirian. Sekiranya pengurusan trafik ingin memastikan pengangkutan awam ini dijadikan
sebagai satu kaedah yang terbaik kepada pengguna, masalah seperti jadual kekerapan
perjalanan dan masa ketibaan perlulah diteliti dan dirancang dengan baik agar tidak
membazirkan masa dan tenaga pengguna. Penyediaan satu kad yang boleh digunakan untuk
setiap perkhidmatan bas dan rel juga harus dilaksanakan bagi memberi kelebihan kepada
pengguna agar dapat menjimatkan wang serta dapat mengelak dari terlibat dalam kesesakan
atau kemalangan.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pelbagai cara telah dibincangkan bagi menangani kes-kes kemalangan
jalan raya yang semakin tinggi hari ini. Setiap pihak berwajib terutamanya JKR dan
Perbadanan yang bertanggungjawab dalam memupuk kesedaran pengguna jalan raya tentang
keselamatan dan langkah yang terbaik untuk mengatasi kemalangan daripada berlaku.
Tambahan lagi, jalan raya mestilah dibangunkan dan diselenggara kerana jalan itu adalah satu
–satunya cara untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat. Oleh itu, semua pengguna jalan raya
dan kerajaan haruslah berganding bahu dan bersatu hati dalam memastikan usaha untuk
mengurangkan statistik kemalangan jalan raya dengan memainkan peranan masing-masing
secara berkesan, tidak mustahil juga imej negara menjadi sanjungan di mata dunia disebabkan
rakyat Malaysia mematuhi segala peraturan apabila menggunakan jalan raya. Penguatkuasaan
undang–undang yang ketat akan menjamin pengguna jalan raya memandu dengan selamat.

7.0 RUJUKAN

1. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/01/773051/223-kemalangan-akibat-
fizikal-jalan-raya

2. https://www.kosmo.com.my/2021/01/07/jalan-rosak-berlubang-bawa-bencana/
3. https://www.sinarharian.com.my/article/192482/BERITA/Semasa/Pekerja-

subkontraktor-DBKL-maut-dilanggar-pemandu-mabuk
4. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sikap-alpa-pihak-berwajib-berkaitan-

penyelenggaraan-jalan-raya-harus-berakhir-279942
5. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/12/25/pihak-berkuasa-perlu-tegas
6. https://www.google.com/amp/s/www.borneotoday.net/akibat-kecuaian-pemandu-lain-

dua-wanita-maut-dalam-kemalangan/amp/
7. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/05/559955/kempen-keselamatan-

jalan-raya-untuk-pelajar-sekolah
8. https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/enam-

pemandu-berlumba-atas-duke-3-maut-termasuk-bayi-59102%3famp=1

CASE STUDY SOALAN 2

PENGENALAN
Pada era globalisasi, jalan raya merupakan salah satu jaringan perhubungan yang amat

terpenting. Dengan adanya jalan raya, aktiviti harian manusia dapat berjalan dengan lancar
contohnya pengguna jalan raya dapat sampai ke destinasi masing-masing dengan cepat dan
selamat. Oleh kerana itu, untuk memastikan jalan raya sentiasa berada dalam keadaan yang
baik, ia perlulah dipelihara oleh pihak yang terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk
menjamin keselesaan pengguna jalan raya. Dengan pertambahan kadar lalu lintas yang semakin
tinggi maka, jalan raya yang dibina mestilah dapat menanggung beban dan tegasan yang lebih
tinggi supaya kesan kehausan kepada permukaan, ubahbentuk dan keretakan dapat dielakkan.
Selain dari pertambahan kadar lalu lintas, kerosakan juga berpunca dari keadaan muka bumi
yang tinggi dan rendah di mana ianya tidak memenuhi syarat utama untuk menjamin kestabilan
struktur jalan. Maka, berlakunya masalah kerosakan jalanraya serta pembaziran dari segi
penyenggaraan untuk turapan semula. Disini ada dua jenis turapan iaitu Turapan Lentur dan
Turapan Tegar.

Turapan lentur ini mempunyai ciri yang bersifat elastik yang boleh melentur apabila
menerima beban dan kembali semula ke bentuk asal. Dalam pada itu, turapan lentur
menggunakan bahan berbitumen di lapisan permukaan. Turapan lentur terdiri daripada 4
lapisan iaitu Sub grade, Subbase, Base dan Surface. Antara sifat lentur yang lain adalah seperti
menggunakan bahan berbitumen, kerja penyelenggaraan yang mudah dan kedap air.
Seterusnya, Turapan tegar merupakan papak konkrit yang tidak akan melentur walaupun
dikenakan beban trafik. Pada waktu yang sama, turapan tegar mempunyai kebolehkhidmatan
yang lebih lama berbanding dengan turapan lentur. Turapan ini mempunyai 3 lapisan iaitu
Subgrade, Surface dan Base. Bahan bagi lapisan konkrit terdiri daripada konkrit, tetulang,
bahan kedap sambungan dan lapisan kalis air. Lapisan konkrit mempunyai tetulang yang
berfungsi untuk mengawal retakan daripada merebak dan boleh menyebabkan kekurangan
sokongan pada subbase.

JENIS KEGAGALAN TURAPAN LENTUR

Jenis Kegagalan Turapan Lentur Jenis-jenis
• Retak Buaya
Retakan
• Retakan berlaku akibat daripada
kegagalan permukaan turapan. Ia
terjadi dalam pelbagai bentuk
daripada satu retakan kecil
sehingga bersambung seterusnya
meliputi permukaan turapan.

• Retak Memanjang

Perubahan Bentuk Permukaan • Beralur

• Ubah bentuk permukaan sering
terjadi sebaik sahaja ia dibina. Ia
berlaku disebabkan oleh
pembebanan trafik yang berlebihan
serta kesan daripada persekitaran

Kerosakan Permukaan • Penanggalan

• Kecacatan permukaan merangkumi
kehilangan bahan permukaan mikro
dan makro tekstur

• Lelehan

Perpecahan • Lelubang

• Pemecahan turapan secara progresif
yang menyebabkan ia menjadi
kepingan kecil

Kecacatan Pinggir ▪ Pecahan Tepi

▪ Kecacatan pinggir sering terjadi
pada sepanjang permukaan bahu
jalan

PUNCA KEGAGALAN TURAPAN LENTUR
Retakan

• Antara berlakunya keretakan ialah mengakibatkan tekanan daripada beban kenderaan
berat seperti lori, boleh juga berlaku disebabkan usia permukaan jalan telah melebihi
hanyat rekabentuknya dan penggunaan bahan binaan yang yang digunakan kurang
berkualiti.

Perubahan Bentuk Permukaan
• Perubahan Bentuk Permukaan terjadi disebabkan daripada 3 punca iaitu:
a. Turapan tebal yang tidak mencukupi.
b. Pemadatan struktur lapisan tidak cukup.
c. Campuran bitumen tidak seimbang

Kerosakan Permukaan
• Kerosakan permukaan berpunca disebabkan oleh penyerapan air melalui celahan
retakan di permukaan jalan, kuantiti/kualiti tack coat disembur terlau sendikit atau
rendah dan kandungan bitumen terlalu tinggi

Perpecahan
• Perpecahan terjadi akibat beban daripada beban lalu lintas yang memecahkan turapan
dan kehilangan lapisan permukaan dan perubahan cuaca terutamanya ketika musim
hujan mampu melemahkan struktur turapan.

Kecacatan Pinggir
• Kecacatan Pinggir berpunca dari sokongan tepi yang tidak mencukupi, pengaliran air
pada tepi turapan menyebabkan berlakunya hakisan bahu jalan dan lebar jalan yang
tidak mencukupi.

KAEDAH PEMBAIKAN TURAPAN LENTUR

Retakan

• Kedap keretakan
➢ Kaedah ini dilakukan dengan mencurahkan cairan bitumen di atas retakan
tersebut.

Perubahan Bentuk Permukaan

• Slurry Seal
➢ Kaedah ini digunakan untuk membantu memelihara dan melindungi struktur
turapan asas dan menyediakan permukaan pemanduan yang baharu dan ianya
berfungsi untuk menutup rekahan, memulihkan fleksibilti yang hilang pada
permukaan turapan.

Kerosakan Permukaan

• Surface Dressing
➢ Ianya merupakan kaedah yang dapat menjimatkan kos dan ia adalah proses
memulih dan menutup permukaan jalan. Selain itu, kaedah ini juga adalah salah
satu cara pencegahan, ia boleh bertahan sekitar sepuluh tahun

Perpecahan

• Tampalan
➢ Tampalan merupakan kaedah menggantikan permukaan yang rosak dengan
permukaan bitumen yang baru, serta dimampatkan pada aras yang sama pada
permukaan di persekitaranya.

Kecacatan Pinggir

• Pembinaan Lapisan Haus
➢ Dilakukan dengan cara menurap nipis lapisan haus di atas permukaan jalan raya
yang sedia ada.

JENIS KEGAGALAN TURAPAN TEGAR
1. Penyerpihan Sambungan (Spalling Joint)

2. Retakan Pengecutan (Shrinkage Crack)

3. Penggilap Aggregat
4. Pengepaman Lumpur
5. Corner Break

PUNCA KEGAGALAN TURAPAN TEGAR

1. Penyerpihan Sambungan (Spalling Joint)

• Kegagalan ini disebabkan oleh tekanan beban trafik berlebihan pada sambungan
• Kekuatan papak konkrit yang tidak mencukupi untuk menanggung beban

2. Retakan Pengecutan (Shrinkage Crack)

• Retakan pengecutan terjadi semasa proses pengawetan konkrit simen

3. Penggilap Aggregat

• Penggilap aggregate berlaku disebabkan beban trafik yang berkala

4. Pengepaman Lumpur (Mud Pumping)

• Pengepaman lumpur berlaku kerana pergerakan lalu lintas yang beterusan dan
mengakibatkan kurang sokongan pada sambungan disebabkan kehilangan tanah
halus

5. Corner Break

• Terjadi disebabkan pengepaman dalam kadar berlebihan
• Berpunca disebabkan tiada sokongan di bawah untuk menampung beban

kenderaan

KAEDAH PEMBAIKAN TURAPAN TEGAR
1. Penyerpihan Sambungan (Spalling Joint)

• Proses pembaikan dengan menggantikan semula bahan kedap sambungan
2. Retakan Pengecutan (Shrinkage Crack)

• Kaedah pembaikan adalah dengan memotong kawasan yang retak dan menggantikan
dengan papak konkrit yang baru

3. Penggilap Aggregat
• Membuat rawatan permukaan berbitumen (BST)

4. Pengepaman Lumpur (Mud Pumping)
• Menggerudi lubang di papak
• Membersihkan menggunakan udara mampat
• Grout diisi melalui lubang di bawah tekanan sehingga grout mengeras

5. Corner Break
• Membuat penggantian papak penuh atau pembaikan kedalaman

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, apabila turapan jalan telah menjangkaui hayat reka bentuknya, ia akan

terdedah kepada pelbagai jenis kegagalan dan kerosakan akibat beban kumulatif lalulintas dan
lain-lain. Walaubagaimana pun disebabkan oleh faktor-faktor seperti reka bentuk turapan dan
bahan yang digunakan ia juga boleh menyebabkan jalan raya yang baru dibina menghadapi
masalah kerosakan jalan. Oleh itu, bagi menjamin keselesaan pemanduan dan keselamatan para
pengguna, jalan raya mestilah sentiasa berada dalam keadaan baik. Selain itu, teknik
penyelenggaraan jalan raya yang betul dan efektif harus dipraktikkan supaya ciri-ciri jalan raya
yang baik dapat dikekalkan. Akhir sekali, penyelenggaraan jalan raya adalah bertujuan untuk
membaiki keadaan dan operasi jalan raya supaya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat,
selesa, dan lebih ekonomi.

RUJUKAN

1. https://www.hmetro.com.my/rencana/2019/03/434582/atasi-masalah-jalan-rosak
2. https://www.kosmo.com.my/2021/05/02/retak-mendapan-teruk-di-jalan-maarof/
3. https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/01/tidak-sampai-dua-minggu-dirasmikan-

jambatan-bernilai-rm2-9j-retak/


Click to View FlipBook Version