BUKU PENGURU2S0A2N1
Tel : 07 – 2344 736
E-mail : [email protected]
JABATAN
PENDIDIKAN
NEGERI JOHOR
ISI KANDUNGAN
PERKARA M/S
1
1 Kata Alu-aluan Guru Besar
2-3
WATIKAH 4
5
2 Akuan Terima Dokumen Dan Lantikan Tugas
6
3 Surat Aku Janji 7
8
4 Aku Janji PAK21 9
10
HALATUJU SEKOLAH 11
12
5 Rukun Negara 13
14
6 Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
15
7 Wawasan Pendidikan Negara, Teras Perkhidmatan 16
17 - 18
8 Kerangka Konsep Program TS25 19
20
9 Visi & Misi KPM 21
22
10 Misi & Objektif Sekolah 23 - 25
11 Piagam Pelanggan 26-27
28-42
12 Unjuran Keputusan UPSR 2018-2019
Perbandingan Prestasi UPSR berdasarkan Subjek 43
44
13 Analisis Subjek Teras 45 - 56
57
PROFIL SEKOLAH 58
14 Maklumat Asas Sekolah 59
60
15 Logo Sekolah
16 Sejarah Sekolah
17 Senarai Guru Besar
18 Lagu Sekolah
19 Lokasi Sekolah
20 Pelan Sekolah
21 Senarai Guru dan Staf Sokongan
PERINTAH AM DAN PERATURAN
22 Profesionalisme Perguruan
23 Peraturan Am
TAKWIM
24 Penggal Persekolahan Tahun 2021
25 Hari Kelepasan Am Tahun 2021
27 Takwim Perancangan Pengurusan Sekolah Tahun 2021
28 Takwim Penghantaran Rekod Persediaan Mengajar
29 Garis Panduan Penyediaan & Penghantaran Rekod Persediaan Mengajar
PENGURUSAN AM SEKOLAH
30 Carta Organisasi SK Perumahan Tampoi (2)
31 Carta Organisasi Tugas 2021
32 Coaching And Mentoring 61
33 Jawatankuasa Kecemerlangan Pengurusan Khas 62
36 Senarai Tugas Utama Guru 2021 63-65
37 Jadual Guru Bertugas Mingguan 2021 66
38 Tugas dan Tanggungjawab guru bertugas harian/mingguan 67
39 Senarai Guru Kelas 68
40 Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Kelas 69-70
41 Jawatankuasa Penyelenggaraan bilik-bilik Khas/Stok Inventori 2021 71
42 Jadual Penyemakan Buku/Hasil Kerja Murid 2021 72
43 Panduan Penyemakan Buku Latihan Murid 73
44 Jawatankuasa Pengurusan Pentadbiran 74
45 Jawatankuasa Kewangan 75
46 Jawatankuasa Aset 76
47 Jawatankuasa Perancangan Strategik 77
48 Jawatankuasa Pernilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan (PBPPP) 78
49 Jawatankuasa Standart Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2) 79
50 Jawatankuasa Kemajuan Staf / LDP / CPD 80
51 Jawatankuasa Pengurusan Mesyuarat 81
52 Jawatankuasa TS25 82
53 Jawatankuasa Khas Majlis Rasmi 83
PENGURUSAN KURIKULUM 84
54 Visi , Misi, Moto 85
55 Matlamat, Objektif 86
56 Sasaran 87
57 Carta Organisasi Kurikulum Tahun 2021 88
58 Jawatankuasa Kurikulum 2021 89
59 Senarai Bidang Tugas Jawatankuasa Kurikulum 90 - 99
60 Jawatankuasa Panitia Matapelajaran (Middle Leader Team – MLT ) 100
61 Senarai Tugas Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran 101
62 Jawatankuasa Jadual Waktu 102
63 Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan 103
64 Bidang Tugas 104
65 Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah 105
66 Jawatankuasa Pusat Sumber 106
67 Jawatankuasa Program Kecemerlangan Tahun 6 107
68 Jawatankuasa Program Penghayatan Islam (MAKDIS) 108
69 Jawatankuasa Program j-QAF 109
70 Jawatankuasa Highly Immerserve Program (HIP)
71 Jawatankuasa Program Linus 110
72 Jawatankuasa Program 100% Celik Huruf (PINCH) 111
73 Jawatankuasa Pendidikan PraSekolah 112
74 Jawatankuasa Program Pendidikan Khas 113
75 Jawatankuasa Program pak 21 114
76 Jawatankuasa PLC 115
77 Takwim Perancangan Tahunan Unit Bimbingan & Kaunseling 116
78 Takwim Unit Kurikulum 2021 117
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 118
79 Pengenalan Unit Hem 119
80 Visi & Misi 120
81 Objektif & Matlamat 121
82 Jawatankuasa Induk HEM SK Perumahan Tampoi 2 Tahun 2021 122
83 Jawatankuasa Kerja HEM Sekolah 123
84 Jawatankuasa Lembaga Disiplin Sekolah 124
85 Jawatankuasa Lembaga Pengawas Sekolah 125
86 Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling 126
87 Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah 127
88 Jawatankuasa Perhimpunan Sekolah 128
89 Jawatankuasa 3K (Aedes & Denggi ) 129
90 Jawatankuasa 3K ( Penyakit Berjangkit ) 130
91 Jawatankuasa 3K ( Kesihatan & Rawatan ) 131
92 Jawatankuasa 3K ( Kebersihan & Kecerian ) 132
93 Jawatankuasa 3K ( Tandas ) 133
94 Jawatankuasa 3K ( Keselamatan / Kecemasan / Bencana ) 134
95 Jawatankuasa Kantin Sekolah 135
96 Jawatankuasa Pengurusan Data APDM 136
97 Jawatankuasa Penempatan Murid PRA & Tahun 1 137
98 Jawatankuasa Penempatan Murid Tingkatan 1 138
99 Jawatankuasa e-Kehadiran Murid 139
100 Jawatankuasa KWAMP & E-kasih 140
101 Jawatankuasa Rancangan Makanan Tambahan 141
102 Jawatankuasa Program Susu Sekolah 142
103 Jawatankuasa Skim Pinjam Buku Teks 143
104 Jawatankuasa Kebajikan Murid 144
105 Jawatankuasa Lawatan Murid
PENGURUSAN KOKURIKULUM 145
106 Falsafah, Visi & Misi 146
107 Program Pengurusan Kokurikulum 147
108 Rancangan Tahunan Kokurikulum 2021 148-150
109 Panduan Pengurusan Gerakerja Sekolah 151-153
109 Persediaan / Pengurusan Kokurikulum 154
110 Carta Organisasi Jawatankuasa Kokurikulum & Sukan 2021 155
111 Jawatankuasa BiMbingan Pelajar Sekolah ( JBPS ) 2021 156-159
112 Jawatankuasa Induk Pengurusan Kokurikulum 2021 160-162
113 Pelaksanan Dasar 1M1S 163
114 Carta Organisasi 1MIS 164-167
115 Jawatankuasa Induk 1M1S 168
116 Sasaran Pencapaian 2021-2025 169
117 Ringkasan Takwim Kokurikulum 2021 170-171
118 Ringkasan Aktiviti Takwim Sukan & Permainan 2021 172-174
119 Jadual Aktiviti Kokurikulum 175
120 Perhimpunan Kendalian Kokurikulum 2021
KATA ALU-ALUAN
GURU BESAR SK PERUMAHAN TAMPOI 2
JOHOR BAHRU, JOHOR
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan izin-Nya maka dapat kita
dipertemukan sekali lagi bagi sesi persekolahan 2021 untuk meneruskan tugas
dan tanggungjawab kita sebagai pendidik sepertimana yang diamanahkan.
Dengan ini, diharapkan para guru dan kakitangan sekolah dapat
memanfaatkan dan merealisasikan peranan masing-masing dengan lebih
berkesan dan konsisten ke arah pencapaian matlamat, visi dan misi sekolah
serta KPM.
Buku Pengurusan Sekolah ini disediakan agar dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada
guru-guru untuk merancang dan menjayakan aktiviti dan program-program sekolah dengan lebih
efisyen. Sesungguhnya kejayaan tidak dapat diperoleh dengan mudah tanpa melakukan banyak
pengorbanan. Pengagihan tugas yang disediakan di dalam Buku Pengurusan Sekolah ini adalah
berdasarkan keperluan dan kepentingan sekolah. Oleh itu, kemungkinan akan berlaku
ketidakseimbangan dan pemberatan dalam agihan tugas. Dalam hal ini, saya berharap agar
guru-guru dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan bersikap positif. Tugasan yang
diberi ini merupakan satu penghargaan dan kepercayaan yang diamanahkan oleh pihak
pentadbir.
Akhirnya dengan penyediaan Buku Pengurusan Sekolah ini diharapkan SK Perumahan Tampoi
(2) akan lebih cemerlang pada sesi 2021 ini. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk
mempertingkatkan kualiti hasil kerja agar kita dapat melahirkan anak didik yang berilmu,
berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Jadikanlah tugas
yang diamanahkan ini sebagai satu ibadah supaya hidup kita akan terus diberkati dan dirahmati
oleh Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih semua.
(HAWA BINTI YUNOS)
Guru Besar
SK Perumahan Tampoi 2
Johor Bahru
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 1
WATIKAH
AKUAN TERIMA DOKUMEN DAN LANTIKAN TUGAS
Saya …………………………………………………………………………......................................................
No KP …………………………………………… yang bertugas sebagai GPK / Guru Penolong / AKS di
SK Perumahan Tampoi 2, Johor Baru sesungguhnya mengaku telah diberi taklimat dan menerima Buku
Pengurusan 2021 serta memahami perkara seperti yang dinyatakan :-
1. Peraturan-peraturan Am dan Peraturan Tatatertib sebagai Penjawat Awam yang bertugas di SK
Perumahan Tampoi 2, Johor Bahru
2. Peraturan-peraturan Am sebagai Guru / AKS yang bertugas di SK Perumahan Tampoi 2
3. Tugas-tugas Ikhtisas dan Profesional serta Panduan dan Takwim pelaksanaannya.
4. Keperluan menjalankan tugas khas atau tugas-tugas tambahan yang diarahkan dari masa ke
semasa oleh pihak Pentadbiran Sekolah / PPD / JPN / KPM
Justeru, saya akan akur menerima tugas yang diamanahkan dan memahami serta tahu akan keperluan
dan kepentingannya. Saya berjanji akan berusaha untuk:
1. Menghasilkan dan melaksanakan tugas serta menyediakan laporan bergambar sebagai Sasaran
Kerja Tahunan
2. Menjalankan tugas dengan integriti, amanah, akauntabiliti, dedikasi dan kreatif
3. Sentiasa mendukung konsep perpaduan, kerjasama dan bermesyuarah
4. Tidak menjejaskan dan sentiasa menjaga nama baik SK Perumahan Tampoi 2
5. Merekodkan semua kerja dan pencapaian dalam profil semasa
6. Sentiasa patuh kepada peraturan-peraturan, pekeliling-pekeling dan arahan Pentadbiran dari
masa ke semasa
7. Menerima Buku Pengurusan 2021 sebagai dokumen Lantikan Tugas, Panduan Pelaksanaan
Tugas dan Sumber Punca Kuasa
Kegagalan saya mematuhinya akan melibatkan diri saya sebagai “ ingkar perintah.”
Tandatangan Pegawai ; Tandatangan Saksi ;
...................................................................... ...............................................................
() (HAWA BINTI YUNOS)
GPK / Guru Penolong / AKP Guru Besar
SK Perumahan Tampoi 2 SK Perumahan Tampoi 2
81200 Johor Bahru, Johor Johor Bahru, Johor
Tarikh :
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 2
WATIKAH
Nama Guru: ______________________________________________
Mata pelajaran diajar 2021: ______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
Bidang Bil. Senarai tugas.
Kurikulum: 1
2
Hal Ehwal Murid: 3
4
Kokurikulum: 5
6
Tugas-tugas Khas: 1
2
3
4
5
6
1
2
3
4
5
6
1
2
3
4
5
6
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 3
WATIKAH
SURAT AKU JANJI
Saya ……………………………………………………..... No. Kad Pengenalan ……………………………......
beralamat di....................................………………………………………………………………………dengan
sesungguhnya berjanji bahawa saya mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan lain
yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan
saya dengan kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah
Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya :
(i) Akan sentiasa taat kepada Yang dipertuan Agong, Negara dan Kerajaan;
(ii) Akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur,
amanah dan bertanggungjawab;
(iii) Tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;
(iv) Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh mungkin menyebabkan kepentingan
peribadi bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai
pegawai awam;
(v) Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah
bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas
rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam;
(vi) Tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya
sendiri;
(vii) Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama
perkhidmatan awam;
(viii) Tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong
atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan
awam; dan
(ix) Tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai
ingkar perintah.
Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh
dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993
………………………………………… …………………………………
(Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai)
Di hadapan:
……………………………………………….
(Tandatangan Ketua Jabatan)
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 4
WATIKAH
Kami warga SK Perumahan Tampoi 2, komited melaksanakan
Pembelajaran Abad ke-21 dengan memenuhi ciri-ciri ;
1. Bermatlamat melahirkan global player / modal insan bertaraf dunia.
2. Melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 yang konsisten
3. Melaksanakan pengurusan berkualiti yang menyokong Pembelajaran Abad
ke-21
4. Mempunyai ekosistem fizikal, emosi dan social yang kondusif untuk
pembelajaran Abad Ke-21
5. Mempunyai guru yang bertindak sebagai pemudahcara dan pembimbing dalam
bilik darjah dengan Pedagogi Abad ke-21
6. Mempunyai barisan kepimpinan berimpak tinggi bertindak sebagai key player
dan pemimpin pembelajaran Abad-21 untuk mendepani perubahan
7. Penglibatan ibu bapa dan komuniti, PIBK untuk menyokong pembelajaran Abad
Ke-21 dan kemajuan pembelajaran murid
Kami dengan ini berikrar memacu Transformasi Pendidikan
membina modal insan bertaraf dunia
………………………………
()
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 5
HALATUJU SEKOLAH
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 6
HALATUJU SEKOLAH
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga,
masyarakat dan Negara.”
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri,
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 7
HALATUJU SEKOLAH
WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA
1. Pengurusan dan Kepimpinan
2. Perkhidmatan Penyayang
3. Sekolah Penyayang
4. Budaya Cemerlang
5. Tanpa Kegagalan
6. Permuafakatan
7. Empowerment
8. Budaya Ilmu
9. Perpaduan
TERAS PERKHIDMATAN
Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan
pembangunan negara.
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-
musuh Negara.
Berpegang teguh kepada ajaran agama.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 8
HALATUJU SEKOLAH
KERANGKA KONSEP PROGRAM TS25
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 9
HALATUJU SEKOLAH
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera”
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 10
HALATUJU SEKOLAH
MISI SEKOLAH
SK Perumahan Tampoi 2 akan melahirkan warga yang berakhlak
mulia, beretika murni dan berdaya saing dengan mempertingkatkan
kecemerlangan pengurusan Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan
Kokurikulum.
OBJEKTIF SEKOLAH
1. MENGAMALKAN sistem pengurusan yang berkualiti dan berhemah pada setiap
masa
2. MENINGKATKAN pencapaian prestasi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan
bidang Kokurikulum dari segi kualiti dan kuantiti
3. MELAHIRKAN 100% pelajar menguasai kemahiran 3M
4. MEMELIHARA keadaan harmoni bersatu padu, hormat menghormati dan
bekerjasama di kalangan pelajar-pelajar, guru-guru dan staf sekolah.
5. MENGUKUHKAN permuafakatan di antara sekolah dengan ibu bapa dan
komuniti.
6. MEMUPUK minat pelajar dalam Sains dan Teknologi serta bidang kesenian dan
kebudayaan kebangsaan.
7. MEWUJUDKAN dan MEMELIHARA suasana persekitaran sekolah yang
kondusif, sihat, ceria, bersih dan boleh merangsang minda
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 11
HALATUJU SEKOLAH
PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga SK Perumahan Tampoi 2
Taman Cempaka
81200 Johor Bahru
Akan...
Memastikan sistem Pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi
kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat Falsafah
Pendidikan Negara
Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, disiplin, bertanggungjawab,
bersatu padu & produktif
Memastikan Pengajaran dan Pembelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan
Menentukan setiap guru dan staf sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan
berkesan sepanjang masa
Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan
pelanggan yang terdiri daripada pelajar, ibubapa, masyarakat, PPD , JPN dan
Kementerian
Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan menjawab dengan segera
panggilan pelanggan yang berurusan dengan kami
Menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada sekolah ini diberi jawapan dalam
masa dua minggu dari tarikh diterima.
Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat
kepada yang berkenaan.
Sentiasa bersedia dan sanggup memberi pendapat, cadangan, syor dan teguran yang
membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perhidmatan dan kecemerlangan
akademik.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 12
HALATUJU SEKOLAH
UNJURAN KEPUTUSAN UPSR 2018 HINGGA 2019
TAHUN BIL BIL PERATUS PERATUS GPS
CALON CALON HADIR MENGUASAI CEMERLANG 3.08
3.09
2018 112 112 66.07 0
2019 111 111 65.77 0
PERBANDINGAN PRESTASI UPSR BERDASARKAN SUBJEK
PERATUS ‘A’ PERATUS LULUS (ABCD) /
TAHUN
MATA PELAJARAN
2018 2019 2018 2019
BM (PEMAHAMAN) 30.36% 21.6% 96.43% 98.20%
(34) (24) (108) (109)
BM (PENULISAN) 27.68% 37.8% 94.64% 97.30%
(31) (42) (106) (108)
BI (PEMAHAMAN) 7.14% 1.8% 87.50% 87.39%
(8) (2) (98) (97)
BI (PENULISAN) 3.57% 1.8% 73.21% 83.78%
MATEMATIK (4) (2) (82) (93)
2.68% 7.2% 70.54% 73.87%
(3) (8) (79) (82)
SAINS 3.57% 1.8% 96.43% 94.59%
(4) (2) (108) (105)
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 13
HALATUJU SEKOLAH
ANALISI SUBJEK TERAS
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) – AKHIR TAHUN
2020
TAHAP 1 TAHAP 2
SUBJEK TAHUN TP 1 - TP 2 TP 3 - TP 6 TAHUN TP 1 - TP 2 TP 3 - TP 6
1 4
BAHASA 2 24.14% 75.86% 5 0% 100%
MELAYU 3 6
14.39% 85.61% 2.86% 97.14%
BAHASA 1 4
INGGERIS 2 6.52% 93.48% 5 5% 95%
3 6
MATEMATIK 15.86% 84.14% 7.47% 92.53%
1 15.11% 84.89% 4 6.67% 93.33%
SAINS 2 5.07% 94.93% 5
3 6 5% 95%
1 4
2 10.34% 89.66% 5 10.28% 89.72%
3 12.95% 87.05% 6 1.90% 98.1%
10.15% 89.85% 93%
10.34% 89.66% 7% 94.39%
5.76% 94.24% 5.61% 96.19%
7.25% 92.75% 3.81% 95%
5%
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 14
PROFIL SEKOLAH
SK PERUMAHAN TAMPOI (2)
JOHOR BAHRU
MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
1. Nama sekolah SK Perumahan Tampoi (2)
2. Alamat sekolah Jalan Persiaran Selasih,
Taman Cempaka
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
3. Kod sekolah JBA1070
4. No.telefon & Faks. 07-2344736
5. Lokasi Bandar
6. Daerah / PPD Johor Bahru
7. Zon / PKG Majidee
8. Kawasan Pentadbiran MBJB
9. Mukim Tebrau
10. Parlimen Pulai
11. DUN Kempas
12. Jenis Bantuan Sekolah Kerajaan
13. Jenis Sekolah SK
14. Gred A
15. Keluasan Tanah 5.21 ekar
16. Nama Guru Besar Hawa binti Yunos
17. Sesi Pagi sahaja
18. Bilangan Guru 54 orang
19. Enrolmen Murid 844 orang
20. Bilangan kelas beroperasi 26 kelas
21. Email sekolah [email protected]
22. Tarikh Penubuhan Sekolah 1 Disember 1994
23. No Pendaftaran sekolah J/1/SK/056
24. Koordinat sekolah X : 103.702724575996
Y : 1.51743789427431
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 15
PROFIL SEKOLAH
LLOOGGOOSSEEKKOOLLAAHH
Logo yang berlatarkan warna putih mencerminkan suci dan bersih. Bulatan merah
melambangkan keberanian, bertindak aktif dalam bidang sukan. Bulatan merah ini diapit oleh
lambang sains dan teknologi bererti cabaran teknologi tinggi yang perlu digapai. Obor merah
yang sentiasa menyala membawa erti semangat setiap individu yang tidak kunjung padam dan
berlatarbelakangkan buku sebagai keutamaan dalam bidang akademik. Dua kuntum bunga
cempaka mengapit nama sekolah sempena nama Taman Cempaka di mana sekolah ini
didirikan
Warna Putih : Melambangkan Kesucian
Warna Merah : Melambangkan Keberanian
Warna Biru : Melambangkan Keseragaman
Warna Kuning : Melambangkan Taat kepada Perlembangaan
Lengkungan biru membawa erti keseragaman dalam mendisiplinkan setiap individu agar
berakhlak mulia menjadi teras dan akur kepada peraturan-peraturan sekolah.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 16
PROFIL SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
SK Perumahan Tampoi 2 (SKPT2) terletak di Jalan Persiaran Selasih di Taman Cempaka.
Sekolah ini dikelilingi taman-taman perumahan seperti Taman Kemas, Taman Dahlia, Taman Bukit
Kempas, Taman Cempaka dan kedudukannya 18km dari bandaraya Johor Bahru.
SKPT2 memulakan sesi persekolahan pada 1 Disember 1994. Sekolah ini mempunyai keluasan
2111.4 meter persegi dan mempunyai 3 blok bangunan 3 tingkat, sebuah kantin dan padang berukuran
50 x 60 meter persegi. Di awal pembukaannya sekolah ini mempunyai 728 orang pelajar dalam 18 kelas
dengan komposisi kaum terdiri dari 667 orang melayu, 5 orang cina dan 54 orang india. Seramai 29 guru
terlatih dengan diterajui oleh En. Jaafar b. Harun sebagai guru besar.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) ditubuhkan pada hari Rabu, 26 Januari 1995 dengan
penubuhan Jawatankuasa terdiri dari 9 orang wakil ibu bapa dan 8 orang wakil guru dan bilangan
keahlian 560 orang, manakala dana yang terkumpul sebanyak RM 5560.00 sehingga hari ini PIBG
sekolah ini terus berkembang aktif dalam membantu sekolah dalam pelbagai aspek terutama dalam hal
dana pembiayaan program-program sekolah.
Kepesatan pembangunan di kawasan setempat mendorong kepada penambahan murid dan
kelas-kelas yang ada tidak mencukupi sehingga pada awal tahun 1999 dimulakan 2 sesi persekolahan.
Sesi pagi dengan 18 kelas terdiri dari murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 manakala sesi petang dengan 13
kelas terdiri dari murid tahun 1, 2 dan 3 dengan jumlah keseluruhan guru seramai 58 orang.
Pada tahun 1999 juga telah diwujudkan kelas Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (
KRPPK ) di sekolah ini dengan 8 orang murid dan 2 orang Guru Khas. SKPT2 terus dimajukan dengan
pelbagai kelengkapan prasarana dan kemudahan asas sesuai dengan visi sekolah pada masa itu untuk
menjadikan sekolah dalam taman menjelang tahun 2005. Sebanyak 3 buah Pondok Bacaan telah dibina
dengan gotong-royong bersama PIBG, sebuah gelanggang badminton, sebuah gelanggang serbaguna
dan taman sains yang telah terdiri dari rumah burung, kolam ikan dan tapak semaian telah disiapkan.
Dalam menyahut seruan kerajaan yang membangunkan bidang ICT, SKPT2 juga tidak mahu
ketinggalan. Pada pertengahan tahun 2000, PIBG telah mengadakan usahasama dengan sebuah
syarikat swasta membuka sebuah makmal komputer yang diubahsuai dan dilengkapi dengan 20 set
komputer untuk digunakan oleh pelajar-pelajar. Pada tahun 2004, SKPT2 telah mendapat sebuah
makmal komputer fasa 2 Bangunan Makmal Komputer yang didirikan di hujung bahagian padang
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 17
PROFIL SEKOLAH
dilengkapi dengan perabot, penghawa dingin, alarm server, schoolnet dan 21 set komputer. Makmal ini
telah memulakan perkhidmatannya pada Januari 2005. Pada tahun 2008 seorang Juruteknik Komputer
telah ditempatkan di sekolah ini. Pelajaran Literasi Komputer bagi Tahun 1 telah dimulakan pada bulan
April 2005 iaitu masa satu jam yang diserapkan dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
Dalam program perluasan Pendidikan Prasekolah, sekolah ini telah dipilih untuk membuka kelas
Prasekolah mulai sesi persekolahan tahun 2005. Sebuah kelas Prasekolah yang terdiri daripada 25
orang murid, seorang guru opsyen pra sekolah dan seorang Pembantu Pengurusan Murid mula
beroperasi pada awal sesi persekolahan tahun 2005. Pada tahun 2005, SKPT2 telah memulakan
program J-QAF. 3 kelas Tahun 1 terlibat dalam program dengan peruntukan tembahan 3 orang guru
khas J-QAF. Sekolah dipilih sebagai perintis program J-QAF.
Pada tahun 2009, sekolah kembali beroperasi satu sesi persekolahan. Jumlah kelas ialah 22
buah kelas, 2 kelas Pendidikan Khas dan 1 Kelas Prasekolah dengan jumlah guru 47 orang dan 8 orang
staf sokongan. Terdapat bangunan baru blok D yang dilengkapi Surau, Bilik J-QAF, Bilik Pusat Akses,
Bilik Pemulihan dan 3 buah kelas Tahun 6.
Barisan kepimpinan sekolah yang pernah menerajui SKPT2 dimulai oleh Tn Hj Jaafar Bin Harun
yang berkhidmat dari 1 Disember 1994 hingga 22 Januari 1999. Pada 23 Januari 1999 berlaku
pertukaran pucuk pimpinan kerana persaraan Tn. Hj Jaafar dan digantikan oleh Tuan Hj. Wahid Bin
Rosman.
Pada pertengahan tahun 2003, berlaku sekali lagi perubahan pucuk pimpinan di mana Guru
Besar Tuan Hj. Wajid Bin Rosman telah bertukar ke daerah Kulai mulai 1 Jun 2003. Tempat beliau
digantikan oleh Tuan Hj. Mohd Saad Bin Mohd Ansor mulai 1 Oktober 2003 hingga 31 Mei 2004. Beliau
telah ditukarkan sebagai Pegawai Pelajaran Unit Sekolah Swasta di JPN.
En. Abdul Rasid Bin Talib telah memulakan tugasnya sebagai Guru Besar mulai 1 Julai 2004.
Pada 1 September 2006 beliau telah bertukar ke SK Skudai Batu 10. Tempat beliau telah digantikan oleh
Puan Hjh Esah Binti Harun mulai 1 Sept 2006 hingga 18 Mei 2011. Selepas persaraan Puan Hjh Esah,
Puan Hjh Khatijah binti Abd. Majid pula mengambil alih tempat beliau pada 1 Jun 2011 sehinggalah
beliau bersara pada 21 November 2013.
Pada 23 November 2013 Puan Hjh S.Hanim Binti A.Rahman memulakan tugas sebagai Guru
Besar di SKPT2. Beliau telah bersara pada 1 Julai 2018 dan tempatnya telah digantikan oleh Puan Hawa
binti Yunos mulai 2 Julai 2018 sehinggalah sekarang.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 18
PROFIL SEKOLAH
SENARAI GURU BESAR
TAHUN BERKHIDMAT NAMA
MULAI HINGGA
1/12/1994 22/1/1999 HAJI JAAFAR BIN HARUN
23/1/1999 31/5/2003 HAJI WAHID BIN ROSMAN
HAJI MOHD SAAD BIN MOHD
1/10/2003 31/5/2004 ANSOR
1/7/2004 31/8/2006 ENCIK ABDUL RASID BIN TALIB
1/9/2006 18/5/2011 PUAN HJH ESAH BINTI HARUN
1/6/2011 21/11/2013 PUAN HJH KHATIJAH BINTI ABD.
MAJID
23/11/2013 1/7/2018 PUAN HJH S.HANIM BINTI
A.RAHMAN
2/7/2018 SEKARANG PUAN HAWA BINTI YUNOS
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 19
PROFIL SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
Lagu dan lirik ciptaan : En.Abdul Rasid B.Talib
GURU CEMERLANG PELAJAR GEMILANG
Berusaha tekun berjaya
Begitulah cogan katanya
Amalan sentiasa menjadi budaya
SK Perumahan Tampoi 2
Pasti meninggikan prestasi
Itulah teras kami
Bersatu padu hormat menghormati
Berdisiplin berdedikasi
Chorus:
Maju di bidang pelajaran
Jaguh gelanggang permainan
Dipupuk dijaga budaya warisan
Lahirkan insan berketrampilan
Demi kepentingan Negara
Tunjukkan akhlak mulia
Guru cemerlang pelajar gemilang
Kita warga Malaysia terbilang
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 20
PROFIL SEKOLAH
LOKASI SEKOLAH
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 21
PROFIL SEKOPLEALHAN SE
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
EKOLAH
22
PROFIL SEKOLAH
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 23
PERINTAH AM DAN PERATURAN
PROFESIONALISME PERGURUAN
1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain.
1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik ekonomi, sosial keturunan dan agama.
1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada murid mereka
yang berhak mengetahuinya.
1.4 Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau dalam
matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
1.5 Menunjukkan satu cara pakaian, peraturan dan tingkah laku yang dapat memberikan
contoh yang baik kepada rakyat.
1.6 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan
dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
kami mencapai mutu yang tinggi-tingginya Lebih mengutamakan kebajikan murid dan
keselamatan murid kami daripada hal-hal lain.
2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA
2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dan rumahtangga.
2.3 Mengganggap bahawa semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai SULIT dan tidak membocorkannya
kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
2.4 Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
2.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial atau ekonomi
ibu bapa pelajar.
2.6 Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 26
PERINTAH AM DAN PERATURAN
3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
3.2 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing
mereka menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungungjawab sebagai seorang warganegara yang sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
3.4 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa institusi
pendidikan dengan masyarakat.
3.5 Memberi sunbangan cergas untuk meninggikan kehidupan, moral kebudayaan dan
kecendikiawan masyarakat.
3.6 Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalin
kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan ulasan yang boleh mencemarkan
nama baik seorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru.
4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
guru.
4.3 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4.4 Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan.
4.5 Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru .
4.6 Catatan:
Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah seseorang pendidik yang
menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah,
menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi
dan penyeliaan pendidikan.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 27
PERINTAH AM DAN PERATURAN
PERATURAN AM
1 PERINTAH AM
Selaku kakitangan kerajaan, guru-guru dan kakitangan sekolah adalah tertakluk dengan arahan yang
terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan kakitangan dikehendaki
memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut serta pekeliling-pekeliling berkaitan.
2 ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
2.1 Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Rukun Negara,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan dan Matlamat Pendidikan, Etika Kerja,
Teras Perkhidmatan dan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia
Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.
2.2 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.
2.3 Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.
Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan
2.4 peribadi.
2.5 Semua guru adalah Guru Disiplin.
2.6 Semua guru adalah Guru Kaunseling.
3 KEDATANGAN DAN WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN
3.1 Waktu rasmi sesi persekolahan :
7.10 pagi hingga 1.45 petang adalah waktu instruksional rasmi
7.10 pagi hingga 2.15 petang untuk Guru Penolong Kanan
7.20 pagi hingga 1.20 tengahari adalah Waktu PdPc dalam kelas
3.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 20 minit sebelum waktu persekolahan dan
mengetik Kad Perakam Waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah / pejabat.
Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
3.3 Guru hendaklah memberitahu Guru Besar / GPK sekolah secepat mungkin, kiranya tidak
dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah. Beri
sebab lewat untuk dicatat.
3.4 Semua urusan peribadi guru dan AKP hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali
dalam keadaan kecemasan.
3.5 Guru-guru dianggap mahir menguruskan masa secara optimum dan berkesan bagi menjana
'core business' kita berjalan lancar.
3.6 Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja Perkhidmatan Awam yang
sedang berkuatkuasa.
3.7 7.00 pagi hingga 4.00 petang - PPM semasa Sesi Persekolahan
7.30 pagi hingga 4.30 petang - PPM semasa Cuti Sekolah dan semua AKP.
3.8 Guru-guru/staf akan diberi Teguran 1 dan Teguran 2 sebelum tindakan selanjutnya diambil.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 28
PERINTAH AM DAN PERATURAN
4 KELUAR WAKTU BERTUGAS
4.1 Pada waktu persekolahan / kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan
kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan
daripada Jabatan / PPD dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Guru
Penolong Kanan.
4.2 Guru dikehendaki mengisi Borang Rekod Kebenaran Keluar dan dapatkan tandatangan Guru
Besar/Penolong Kanan. (Rujuk Lampiran A)
4.3 Kerja bertulis/tugasan hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah.
Staf sokongan dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripada Guru Besar atau
4.4 wakilnya ( GPK ) dan mengisi buku kebenaran keluar serta dapatkan tandatangan sebagai
tanda kebenaran.
Guru dan staf sokongan hendaklah merekod waktu semasa keluar dan masuk semula dalam
4.5 buku kebenaran keluar dan di Kad Perakam Waktu.
Catatkan sebab / alasan keluar Waktu Bertugas dalam borang Kebenaran keluar Pejabat /
4.6 Kad Perakam Waktu.
5 MELAKUKAN KERJA LUAR
5.1 Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah
Am Bab ‟D‟ seperti berikut:-
Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 1 Tahun 1999 mengenai penglibatan pegawai
dan kakitangan KPM dalam pekerjaan luar
Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2006 mengenai kelulusan
melakukan pekerjaan luar sebagai guru tuisyen / tenaga pengajar sambilan
5.2 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan dengan syarat:-
5.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat.
5.2.2 Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam.
5.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan
kepentingan jabatan.
5.2.4 Tempoh tidak melebihi 4 jam seminggu dan tempoh kelulusan untuk
melakukan sesuatu pekerjaan luar adalah dihadkan kepada 1 tahun sahaja
5.2.5 Jarak tidak melebihi 25 km dari pejabat / sekolah
5.2.6 Pegawai yang disahkan dalam jawatan.
5.3 Permohonan dikemukakan ke JPN berserta dokumen-dokumen :
5.3.1 Borang Lampiran A atau Lampiran B
5.3.2 Salinan buku kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini.
5.3.3 Surat tawaran pelantikan sebagai guru tuisyen / tenaga pengajar sambilan.
5.3.4 Salinan jadual waktu mengajar di sekolah dan di pusat tuisyen.
5.3.5 Salinan lesen pendaftaran pusat tuisyen swasta yang dikeluarkan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 29
PERINTAH AM DAN PERATURAN
6 DISIPLIN GURU DAN AKP
6.1 Menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu
kerja:
6.2 Membaca, memahami serta boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan ”Perintah Am”
dan lain arahan perkhidmatan.
6.3 Bertanggungjawab bagi menentukan pencapaian akademik dan pendidikan
semua murid dengan memuaskan.
6.4 Menjalankan tugas-tugas kokurikulum seperti mana yang ditetapkan dan ditugaskan. Setiap
kegiatan yang melibatkan murid perempuan mestilah dihadiri bersama oleh guru perempuan.
Batasan pergaulan antara sesama kakitangan dan murid hendaklah sentiasa dijaga.
6.5 Menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.
6.6 6.6.1 Menepati masa, mengklik Kad Perakam Waktu - waktu tiba dan balik
6.6.2 Kad akan ditanda MERAH selepas kehadiran 7.10 pagi.
6.6.3 Sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.
6.6.4 Semua projek yang dirancangkan di peringkat sekolah hendaklah
dilaksanakan dengan sempurna.
6.6.5 Guru ganti mestilah memasuki dan mengajar kelas-kelas yang telah
ditetapkan.
6.6.6 Hadir ke sekolah bila-bila masa diperlukan apabila diarahkan oleh Pentadbir
6.6.7 TIDAK dibenarkan membuat kenyataan akhbar.
6.6.8 Segala masalah pelajaran dan pembelajaran hendaklah dirundingkan.
6.6.9 Tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah untuk hal-hal yang tidak penting.
Mengutamakan kepentingan setiap murid di sekolah.
6.7 6.7.1 Adalah menjadi tanggungjawab bersama guru-guru terhadap masalah
disiplin dan akhlak.
6.7.2 Guru-guru bertanggungjawab mengatasi dan mengawasi masalah ponteng,
kesihatan, kebajikan, kebersihan murid, bilik darjah dan sekolah.
6.7.3 Bersikap tegas terhadap murid tetapi elakkan dari melakukan deraan.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 30
PERINTAH AM DAN PERATURAN
7 ARAHAN DAN PEKELILING
7.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti
dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
7.2 Setiap arahan dan pekeliling hendaklah disimpan dalam fail khas untuk rujukan. Surat
Pekeliling untuk ramai hendaklah dibaca, difahami dan kembalikan semula ke pejabat untuk
difailkan.
7.3 Memahami dan menghayati :
7.3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 7.3.2 Teras Perkhidmatan Awam
7.3.3 Etika Kerja Perkhidmatan Awam 7.3.4 Ikrar Perkhidmatan Awam
Sentiasa merujuk dan mematuhi :
7.4 7.4.1 Akta Pendidikan 1966(Akta 550) 7.4.2 Surat-surat Pekeliling ikhtisas
7.4.3 Peraturan-peraturan Pegawai Awam 7.4.4 Surat Arahan Perbedaharaan
7.4.5 Pekeliling Kemajuan Perkhid. Awam 7.4.6 Surat Arahan Pentadbiran
8 CUTI
8.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti
rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh
daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas
mengajar biasa.
8.2 Cuti Rehat Khas (CRK)
8.2.1 Layak memohon tetapi bukan hak mutlak.
8.2.2 Kelulusan adalah atas budi bicara Guru Besar.
8.2.3 Tidak lebih daripada sepuluh (10) hari diberi kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bil 8 / 2017.
8.2.4 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang
Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.
8.2.5 Kelulusan CRK diberikan oleh Guru Besar dengan syarat tidak menjejaskan
keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
8.2.6 Bagi guru yang merancang untuk mengambil CRK hendaklah memohon
Kelulusan dari Guru Besar seminggu sebelum mengambil cuti. Tugasan /
Lembaran kerja murid hendaklah disediakan untuk guru ganti dan serahkan
kepada GPK 1
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 31
PERINTAH AM DAN PERATURAN
8.2.7 Jika terpaksa mengambil CRK kerana kecemasan hendaklah maklumkan
kepada Guru Besar / GPK dengan tel / SMS / Whatsapp / Telegram dengan
segera.
8.2.8 Cuti Rehat Khas diberikan bagi tujuan-tujuan berikut:
(a) menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau
meninggal dunia;
(b) mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan;
(c) menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
(d) dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti
kebakaran, banjir dan sebagainya;
(e) menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga;
(f ) mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di
luar negara);
(g) menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
(h) menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
(i ) perkahwinan pegawai atau anak pegawai.
8.3 Cuti Sakit
8.3.1 Cuti sakit hendaklah dikemukakan sekiranya mengambil cuti sakit
8.3.2 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-
putus akan dilaporkan Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
8.3.3 Semua permohonan cuti sakit hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar
untuk kelulusan dengan kadar segera
8.4 Cuti Keluar Negara
8.4.1 Semua guru TIDAK dibenarkan bercuti keluar negara sewaktu sesi
persekolahan berlangsung . Kebenaran ke luar negara HANYA semasa Cuti
persekolahan sahaja, termasuk melakukan Ibadah Umrah dan mesti mendapat
kebenaran dari Ketua Jabatan .
8.4.2 Sila isikan 3 salinan borang permohonan lampiran A dan B berserta
Dokumen Pengisytiharan Keluar negara - tuntutan insurans.
8.4.3 Sila kemukakan juga dokumen insurans perjalanan.
8.4.4 Semua dokumen hendaklah dihantar pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu
sebelum tarikh bercuti.
8.5 Cuti Khas-Isteri Bersalin
Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam
lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan pelepasan am. Kemudahan ini dihadkan
kepada lima (5) kali dalam perkhidmatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 32
PERINTAH AM DAN PERATURAN
Cuti Tanpa Rekod
8.6 8.6.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana
bekerja lebih masa,
cuti latihan pasukan sukarela,
menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan,
latihan syarikat kerjasama,
menduduki peperiksaan,
mesyuarat persatuan ikhtisas,
mengambil bahagian sukan,
tugas khas perubatan.
8.6.2 Kelulusan cuti adalah atas budi bicara Guru Besar.
8.6.3 Dapatkan borang dan sertakan dengan surat/dokumen berkaitan.
8.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat diperuntukkan
kepada pegawai Perkhidmatan Awam selama tiga (3) hari untuk menziarahi jenazah dan
membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat yang dilaksanakan
melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002 (PP Bil. 10/2002). Walau
bagaimanapun kemudahannya telah diberi penambahbaikan melalui Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 4 Tahun 2015.
8.7.1 Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak-anak, ibu
dan bapa kandung, ibu dan bapa mertua, ibu dan bapa angkat yang sah di
sisi undang-undang dan anak angkat yang sah disisi undang-undang.
8.7.2 CTR hendaklah bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada
hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu
pejabat; dan
8.7.3 Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya
tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
9 PAKAIAN DAN TANDA NAMA
9.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat.
Semua jenis pakaian `jeans` tidak dibenarkan.
9.2 Baju tanpa lengan, skirt pendek, pakaian nipis, ketat, menampakkan bentuk badan dan
mendedahkan aurat tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
9.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai dan
memakai kasut/sepatu, guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu (kasut
sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.
9.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Aktiviti Kokurikulum dikehendaki memakai pakaian
yang sesuai:
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 33
PERINTAH AM DAN PERATURAN
9.4.1 Guru perempuan: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kameja T
berlengan panjang labuhnya melebihi paras punggung, kameja sukan, baju
trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
9.4.2 Guru lelaki: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kameja T, kameja
9.5 sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan,
9.6 majlis rasmi di sekolah atau apabila ada urusan rasmi di luar sekolah.
Semua guru adalah wajib memakai pakaian unit beruniform pada setiap hari Rabu dan pada
perhimpunan kokurikulum (rujuk jadual perhimpunan kokurikulum)
10 LAWATAN SAMBIL BELAJAR
10.1 Guru-guru Penasihat Persatuan atau Badan digalakkan menganjur lawatan sambil belajar bagi
faedah murid. Walaubagaimanapun ia harus dibincangkan terlebih dahulu dengan Guru Besar
dan persetujuan darinya terlebih dahulu hendaklah diperolehi.
Setelah itu, segala prosedur hendaklah dipatuhi seperti
10.2 10.2.1 Mendapatkan surat kebenaran dan kelulusan dari JPNJ - 4 -7 salinan / mengikut
bilangan negeri yang dilalui
10.2.2 Mendapat surat Kebenaran dari Ibubapa atau Penjaga.
10.3 Segala surat menyurat mengenainya hendaklah mengikut format dan MESTI ditandatangani
oleh Guru Besar.
10.4 Guru-guru adalah dilarang sama sekali menganjurkan lawatan yang melibatkan murid sekolah
ataupun menggunakan nama sekolah tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Guru
10.5 Besar dan juga tanpa mengikuti prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Guru-guru
DILARANG menganjur lawatan yang berbentuk ”BERKELAH‟ / " KAWASAN AIR -
SUNGAI / LAUT "
10.6 Semasa lawatan dijalankan, guru-guru adalah bertanggungjawab mengawasi dan mengawal
murid-murid tersebut. Keselamatan murid adalah KEUTAMAAN.
Selepas lawatan guru yang mengetuai rombongan hendaklah menyediakan laporan bertulis /
bergambar kepada Guru Besar.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 34
PERINTAH AM DAN PERATURAN
11 BILIK GURU DAN KELAB KEBAJIKAN BILIK GURU DAN STAF
11.1 Guru hendaklah berada dalam bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut
hendaklah dianggap ‟non-teaching period‟ dan bukannya ‟free period‟. Masa tersebut
sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.
11.2 Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan .
11.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan
suasana yang sesuai dan tidak menganggu ketenteraman orang lain.
11.4 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru.
Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk
11.5 keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.
11.6 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer,
lampu, air-cond dipadamkan dan semua pintu di kunci.
11.7 Jawatankuasa kelab bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan semua guru dan AKP .
12 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
12.1 Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah.
Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah
dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan HEM.
12.2 Ketua Panitia/Guru Kanan mata pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan
mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
13 MELAKSANAKAN ARAHAN / TUGAS GURU
13.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran. Tugas
tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
13.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di Jabatan Pelajaran Negeri PPD atau
sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa keizinan Guru Besar.
13.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai
hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar menggunakan format yang ditentukan.
Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke
13.4 sekolah hendaklah menjalankan “In House Training” kepada guru dan dimaklumkan kepada
Guru Besar / Penolong Kanan tarikh dan masa pelaksanaannya.
13.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis
untuk pelajar dan memaklumkan kepada Ketua Panatia / GPK 1
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 35
PERINTAH AM DAN PERATURAN
14 MENGIRINGI PASUKAN SEKOLAH
14.1 Guru pengiring pasukan sekolah untuk satu-satu aktiviti adalah bertanggungjawab mengurus
segala urusan mengenainya.
14.2 Jika terdapat penyokong-penyokong pasukan sekolah menyertai rombongan tersebut, guru-
guru pengurus pasukan adalah bertanggungjawab mengawasi mereka.
15 KEGIATAN KOKURIKULUM
15.1 Semua guru adalah Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan
teratur mengikut jadual yang ditetapkan.
15.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan merekodkan kehadiran dan aktiviti
kokurikulum serta laporan pencapaiannya bagi tujuan semakan e prestasi. Laporan ini
disertakan dalam fail Rekod PnP.
15.3 Laporan ini akan disemak oleh Penolong Kanan KoKu dan disahkan oleh Guru Besar
16 KELUAR MASUK KELAS MENEPATI MASA / BUKU KAWALAN MURID
16.1 Guru-guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dengan menepati masa. Demikian
juga guru-guru yang sedang mengajar dikehendaki menamatkan pengajarannya sebaik sahaja
tamat masa.
16.2 Semua guru bertanggungjawab mengawal disiplin murid di dalam dan luar bilik darjah.
Semua Guru hendaklah menanda dan merekod kehadiran / perlakuan murid dalam setiap PdP
16.3 di Buku Kawalan Kelas . Guru Kelas MESTI menyemak dan menandatangani Buku Kawalan
Kelas setiap hari.
17 SURAT MENYURAT / SURAT YANG DITERIMA
17.1 Semua surat rasmi yang menggunakan letter-head sekolah hendaklah ditandatangani oleh
Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.
17.2 Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk diambil
tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat
tersebut.
17.3 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan menyatakan melalui dan salinan
kepada GB, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan
17.4 Jika surat itu ditujukan kepada GB dan GB mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan
maka guru itu hendaklah:-
17.4.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat,
jika salinan asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal
disimpan dalam fail di pejabat.
17.4.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam
borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan
setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat litup/iringan (covering)
yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar borang
berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat litup
(covering) dari sekolah walaupun dihantar dengan serah tangan.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 36
PERINTAH AM DAN PERATURAN
17.4.3 Satu salinan borang berkenaan dan surat litup (covering) hendaklah
disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan .
17.5 Segala surat rasmi sekolah yang dituju kepada pihak luar hanya boleh ditandatangani oleh
GB sahaja, kecuali jika beliau sedang bercuti , tiada di sekolah dan sebagainya, maka surat
itu akan ditandatangani oleh Guru Penolong Kanan bagi pihak GB.
18 KEBERSIHAN / KESELAMATAN DAN PERHIASAN BILIK DARJAH
18.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid
hendaklah disediakan oleh guru kelas untuk kelas masing-masing.
Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan
18.2 baik.
Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat
18.3 khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal sains, makmal biasa dan lain-lain) bertanggungjawab
untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing
Semua guru, staf sokongan dan murid sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan
18.4 kawasan sekolah.
Guru-guru kelas hendaklah mempastikan murid-murid kelasnya menghias dan menjaga
18.5 kebersihan serta keselamatan bilik darjah masing-masing. Selain itu guru-guru hendaklah
mempastikan bahawa bahan yang digunakan untuk menghias kelas adalah sesuai dan
berfaedah untuk murid-murid.
18.6 Semua guru PERLU mewujudkan iklim kelas / bilik darjah yang kondusif dan menyenangkan
serta menarik.
19 REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
19.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
PdP yang menjadi SKT guru. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas
dan lengkap. mengadungi :
Butiran Peribadi
Jadual Waktu Kelas / Peribadi
Sukatan Pelajaran / Dokumen standard - Perlu difailkan Khas
Dokumen Standard Prestasi - Perlu difailkan Khas
Rancangan Pelajaran Tahunan - Perlu difailkan Khas
Rancangan Pelajaran Harian
Markah Ujian / TOV / Rekod Pencapaian Prestasi
Plan J / Bahan Evidence / Latihan-latihan
Senarai Tugas guru
Rekod Aktiviti Guru / Rekod Mesyuarat / Rekod Kursus
19.2 Rekod PdPc dibuat dalam bentuk folder . Rekod ini hendaklah diserahkan ke pejabat untuk
semakan Guru Besar / Guru Penolong Kanan setiap hujung minggu mengikut jadual .
19.3 Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan untuk
urusan guru pengganti.
19.4 Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 37
PERINTAH AM DAN PERATURAN
20 JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL GURU GANTI
20.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu mengajar dan Jadual Guru Ganti .
20.2 Guru TIDAK dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran
Guru Besar / GPK Pentadbiran.
20.3 Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas
sendiri
20.4 Jalankan aktiviti semasa masuk kelas ganti dan catat dalam slip / Rekod PdP
21 e-KEHADIRAN MURID DAN DATA APDM
21.1 Guru kelas berkewajipan mengisi e-kehadiran murid setiap hari sebelum jam 10.00 pagi.
Guru Kelas perlu mendapat bukti tentang sebab murid tidak hadir ke sekolah - MC , Surat dari
21.2 Ibu Bapa / Panggilan dari ibu bapa
Sentiasa mengemaskini data murid dalam APDM terutama alamat, gaji ibu bapa dan
tanggungan pada setiap awal tahun dan akhir tahun.
21.3
22 BUKU LATIHAN BERTULIS / NOTA MURID DAN PEMERIKSAANNYA
22.1 Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa kerap yang mungkin.
Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar kebolehan keupayaan murid.
22.2 Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan dijalankan secepat
mungkin dan hendaklah sentiasa kemaskini. Guru-guru tidak boleh menyimpan satu-satu buku
latihan murid-murid lebih dari satu minggu di bilik darjah.
22.3 Guru-guru dihendaki memeriksa buku nota murid-murid dari semasa ke semasa untuk
mempastikan nota betul, lengkap, kemas dan teratur. PASTIKAN pembetulan dibuat dan
disemak semula
22.4 Guru-guru hendaklah mempastikan setiap murid membuat kerja latihan yang diarahkan dan
mengawasi supaya segala kerja murid dilakukan dengan bersih, kemas dan teratur.
Guru-guru dikehendaki menyerah buku-buku rampaian dan buku-buku nota murid ini kepada
22.5 Guru Kanan Matapelajaran/Guru Penolong Kanan/ Guru Besar untuk ditandatangani.
23 PEMBELIAN BARANG
23.1 Setiap pembelian barang mesti dengan kebenaran Guru Besar terlebih dahulu Buat pesanan
23.2 dengan menggunakan NOTA MINTAdan borang pesanan Sekolah yang boleh didapati di
pejabat sekolah, (Rujuk lampiran D).
23.3 Borang tersebut hendaklah disemak oleh Guru Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh
Guru Besar.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 38
PERINTAH AM DAN PERATURAN
23.4 Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan Borang
Pesanan Tempatan (local Order/LO).
23.5 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekod no. daftar stok
dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah.
23.6 Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan
kemas.
23.7 RUJUK PANDUAN AM PENGURUSAN KEWANGAN DALAM MANUAL 2014
24 MESYUARAT GURU / TAKLIMAT PROGRAM / MESYUARAT PANITIA
24.1 Sebarang panggilan mesyuarat yang dibuat hendaklah dengan pengetahuan Guru Besar .
Kedatangan guru ke mesyuarat adalah wajib.
24.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh GPK / K Panitia.
24.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar
trek dan selipar tidak dibenarkan.
24.4 Mesyuarat guru hendaklah diadakan luar waktu persekolahan.
24.5 Guru yang tidak hadir MESTI memberikan " Surat Tunjuk Sebab " dan serahkan kepada GB
dalam tempoh 3 hari selepas peristiwa.
25 MESYUARAT / TAKLIMAT JAWATANKUASA PROGRAM
25.1 Guru-guru akan dilantik untuk menduduki Jawatankuasa-jawatankuasa yang terdapat di
sekolah. Mereka hendaklah menghadiri mesyuarat yang dipanggil dan mengambil bahagian
yang aktif di dalam mesyuarat tersebut.
25.2
Guru-guru yang telah dilantik untuk menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa
25.3 hendaklah menyediakan surat panggilan mesyuarat dan minitnya serta satu salinan hendaklah
diserahkan kepada Guru Besar dengan kadar yang segera
Setiausaha / penyelaras Program perlu menyediakan kertas kerja dan laporan bergambar
setiap program yang dijalankan.
26 PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
26.1 Perhimpunan rasmi sekolah diadakan sekali seminggu iaitu setiap Hari Ahad
Jam 7.20 pagi hingga 8.00 pagi
26.2 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang
telah ditetapkan.
26.3 Atur cara Perhimpunan rasmi :
2.6.3.1 Bacaan Doa
2.6.3.2 Lagu Bangsa Johor
2.6.3.3 Lagu Negaraku
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 39
PERINTAH AM DAN PERATURAN
2.6.3.4 Lagu Sekolah
2.6.3.5 Ikrar Rukun Negara
2.6.3.6 Laporan Guru Bertugas minggu lepas
2.6.3.7 (Upacara khas jika ada)
2.6.3.8 Ucapan Guru Besar/GPK
2.6.3.9 Penutup
2.6.3.10 Majlis diambil alih oleh guru bertugas minggu ini
27 PELAWAT/JURUJUAL
27.1 Semua pelawat termasuk jurujual TIDAK DIBENARKAN berjumpa guru / AKP tanpa
kebenaran Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang
dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran Guru Besar /wakilnya .
Orang luar dilarang berjumpa guru, AKP atau murid di kelas semasa guru mengajar.
27.2
28 PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT
28.1 Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi secara profesional yang baik
dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata supaya wujud perasaan kekitaan
dalam organisasi.
28.2 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
Guru-guru dikehendaki sentiasa berkerjasama di antara satu sama lain dan mewujudkan
28.3 kemesraan semasa bertugas.
29 KEAHLIAN KELAB GURU/PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan PIBG sekolah
29.1
30 GURU SEBAGAI PEMIMPIN TELADAN DI SEKOLAH
30.1 Guru-guru PERLU menonjolkan sikap kepimpinan yang baik untuk dijadikan teladan kepada
pelajar-pelajar. Guru-guru DILARANG merokok di kawasan sekolah
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 40
PERINTAH AM DAN PERATURAN
31 DENDA MURID / SENTUHAN FIZIKAL
31.1 Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif dan memberi pengajaran kepada murid.
Denda yang boleh merugikan murid-murid di dalam pelajaran adalah dilarang. Rujuk pekeliling
HEM yang sedang berkuatkuasa.
31.2 Perkara yang DILARANG sama sekali dilakukan terhadap murid
31.2.1 Sentuhan fizikal / body contact dengan murid kecuali bagi kes-kes
kecemasan bertujuan memberi pertolongan / bantuan.
31.2.2 Sentuhan dengan menggunakan sebarang alat
31.2.3 Memukul , menyentuh , meraba , memeluk , mendenda yang
mendatangkan kesan / implikasi negatif kepada murid
31.2.4 Menggunakan kata-kata kesat , perkataan-perkataan lucah , maki hamun dsb
31.3 Semua guru DILARANG merotan / memukul / mencubit murid.
32 URUSAN DENGAN PPD / JPN
32.1 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan pergi ke Pejabat Pendidikan / Jabatan Pelajaran
Negeri untuk urusan peribadi / perkhidmatan semasa waktu persekolahan kecuali jika
diarahkan berbuat demikian .
32.2 Guru yang hendak berjumpa dengan PPD / JPN hendaklah membawa bersama Surat
Pengenalan Diri yang ditandatangani oleh Guru Besar.
33 PENGGUNAAN ALAT-ALAT / PERALATAN SUKAN
33.1 Guru-guru adalah bertanggungjawab menyediakan alat bantuan mengajar bagi mata
pelajarannya. Alat bantuan mengajar yang terdapat dibilik sumber dan sebagainya hendaklah
digunakan di dalam pengajaran.
33.2 Guru-guru dikehendaki sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan alat-alat
tersebut. Peralatan yang tersimpan di bilik khas hanya boleh diambil dan disimpan balik oleh
guru-guru sahaja.
33.3 Semua jenis alatan sukan hendaklah disenaraikan oleh guru sukan.
33.4 Keselamatan peralatan itu perlu diawasi dengan teliti.
33.5 Hanya Guru, Pengawas sekolah dan Ketua Pasukan sahaja yang dibenarkan mengambil
alatan itu. Aliran pergerakan peralatan sukan hendaklah direkodkan di dalam buku khas. -
Rekod Pinjaman
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 41
PERINTAH AM DAN PERATURAN
34 KUNCI
34.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi
Buku Rekod Peminjaman di pejabat.
34.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran
daripada GB dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi
34.3 Buku rekod Peminjaman di pejabat.
35 KEAHLIAN DALAM PERSATUAN
35.1 Demi kepentigan perkhidmatan pendidikan dan profesion perguaruan , guru-guru adalah
dinasihatkan menjadi ahli kepada persatuan - persatuan berikut :
35.1.1 Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan - KPPK / NUTP
35.1.2 Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia -
PPKPPM - Khas untuk guru Siswazah.
35.1.3 Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan - PSKPP
untuk semua guru dan AKS
36 PERLAKUAN WAKTU MENGAJAR
36.1 Semasa mengajar guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas serta
membolehkan mereka mengawal murid dengan baik serta menyampaikan pengajaran dengan
teratur.
36.2 Mengajar sambil duduk/bertenggek di atas meja adalah tidak dibenarkan.
36.3 Semasa mengajar guru-guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif.
Jangan sama sekali membiarkan mana-mana murid tidur dan membuat bising.
37 INISIATIF DAN KREATIVITI GURU
37.1 Guru-guru adalah sentiasa digalakkan untuk mengambil inisiatif bagi melaksanakan tugas
mereka dengan lebih berkesan.
Walaubagaimanapun guru-guru adalah dikehendaki merundingkan dan membincangkan serta
memaklumkan mengenainya terlebih dahulu kepada Guru Besar jika melibatkan sumber
kewangan.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 42
TAKWIM
PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2021
KUMPULAN A :
Sekolah-sekolah di negeri: Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
1 HARI MINGGU
PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN
2 19 3
CUTI AWAL TAHUN 08 10
17
01.01.2021 - 19.01.2021 19 1
44 8
20.01.2021 31.01.2021 2
01.02.2021 28.02.2021 9 5
01.03.2021 25.03.2021 20 1
16 7
JUMLAH HARI 36 1
Cuti Pertengahan Penggal 16 12
14
26.03.2021 - 03.04.2021 11 3
25 52
04.04.2021 30.04.2021
01.05.2021 27.05.2021 9
5
JUMLAH HARI 21
7
Cuti Pertengahan Tahun 33
28.05.2021 - 12.06.2021 9
10
13.06.2021 30.06.2021 20
01.07.2021 15.07.2021 19
7
JUMLAH HARI 56
Cuti Pertengahan Penggal 22
194
16.07.2021 - 24.07.2021
25.07.2021 31.07.2021
01.08.2021 31.08.2021
01.09.2021 09.09.2021
JUMLAH HARI
Cuti Pertengahan Penggal
10.09.2021 - 18.09.2021
19.09.2021 30.09.2021
01.10.2021 31.10.2021
01.11.2021 30.11.2021
01.12.2021 09.12.2021
JUMLAH HARI
Cuti Akhir Tahun
10.12.2021 - 31.12.2021
JUMLAH HARI
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 43
TAKWIM
Bil Peristiwa Tarikh Hari
1 Hari Thaipusam 28 Januari Khamis
12 & 13 Februari Jumaat & Sabtu
2 Tahun Baru Cina 23 Mac Selasa
13 April Selasa
3 Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor ** 1 Mei Sabtu
13 &14 Mei Khamis & Jumaat
4 Awal Ramadhan * 26 Mei Rabu
7 Jun Isnin
5 Hari Pekerja 20 Julai Selasa
10 Ogos Selasa
6 Hari Raya Puasa * 31 Ogos Selasa
13 September Isnin
7 Hari Wesak 16 September Khamis
19 Oktober Selasa
8 Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong
9 Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban) *
10 Awal Muharam (Maal Hijrah) 1440 H
11 Hari Kebangsaan
12 Hol Almarhum Sultan Iskandar **
13 Hari Malaysia
14 Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W
( Maulidur Rasul)
15 Hari Deepavali * 4 November Khamis
16 Hari Krismas 25 Disember Sabtu
HARI KELEPASAN AM TAHUN 2021
(*) Tertakluk kepada perubahan (**) Hari Kelepasan Am Negeri
PEKELILING AM KERAJAAN JOHOR BIL 3/2013 : CUTI MINGGUAN NEGERI JOHOR
Apabila hari kelepasan am jatuh pada hari kelepasan mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang
lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu
pula merupakan hari kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan hari kelepasan am.
Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari SABTU ianya TIDAK diganti dengan hari berikutnya.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 44
TAKWIM
TAKWIM PERANCANGAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021
JANUARI
MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI TINDAKAN
Guru Data/Guru
09.01.21 Sabtu Cuti Hujung Minggu Kelas
10.01.21 Ahad Mesyuarat Pengurusan Sekolah
11.01.21 Isnin Unit Kaunseling
12.01.21 Selasa
13.01.21 Rabu
14.01.21 Khamis Taklimat APDM
15.01.21 Jumaat Cuti Hujung Minggu
16.01.21 Sabtu Cuti Hujung Minggu
17.01.21 Ahad
18.01.21 Isnin Mesyuarat Unit Kurikulum / Mesyuarat Panitia
(Teras)
Mesyuarat Panitia (Bukan Teras)
19.01.21 Selasa Mesyuarat Unit HEM / Unit Kokurikulum
1 20.01.21 Rabu Program Transisi dan Penyayang
21.01.21 Khamis
22.01.21 Jumaat Cuti Hujung Minggu
23.01.21 Sabtu Cuti Hujung Minggu
24.01.21 Ahad Pelancaran “Jom ke Sekolah”
25.01.21 Isnin
26.01.21 Selasa
2 27.01.21 Rabu
28.01.21 Khamis Cuti Hari Thaipusam
29.01.21 Jumaat Cuti Hujung Minggu
30.01.21 Sabtu Cuti Hujung Minggu
31.01.21 Ahad
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 45
TAKWIM
FEBRUARI
MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI TINDAKAN
Panitia BM
01.02.21 Isnin Minggu Bahasa Melayu
Unit SPBT / GPM
02.02.21 Selasa Unit Kaunseling
03.02.21 Rabu Pengakap
Unit 3K
04.02.21 Khamis
GBK / Unit
05.02.21 Jumaat Cuti Hujung Minggu Pengawas
Unit Sukan
06.02.21 Sabtu Cuti Hujung Minggu
07.02.21 Ahad Unit 3K
08.02.21 Isnin Pelancaran Sayangi Buku Teks dan NILAM Unit PPDa
Program Sentuhan Kasih
Mesyuarat Kewangan (1)
09.02.21 Selasa
4 10.02.21 Rabu Cuti Tambahan Tahun Baru Cina
11.02.21 Khamis Cuti Tambahan Tahun Baru Cina
12.02.21 Jumaat Tahun Baru Cina / Cuti Hujung Minggu
13.02.21 Sabtu Tahun Baru Cina / Cuti Hujung Minggu
14.02.21 Ahad Perhimpunana Bulanan Kokurikulum
15.02.21 Isnin
16.02.21 Selasa Mesyuarat Unit 3K
5 17.02.21 Rabu
18.02.21 Khamis
19.02.21 Jumaat Cuti Hujung Minggu
20.02.21 Sabtu Cuti Hujung Minggu
21.02.21 Ahad Watikah Pelantikan Pemimpin Muda
22.02.21 Isnin
23.02.21 Selasa Merentas Desa
6 24.02.21 Rabu
25.02.21 Khamis
26.02.21 Jumaat Cuti Hujung Minggu
27.02.21 Sabtu Gotong-Royong Kali 1
7 28.02.21 Ahad Pelancaran Minggu Anti Dadah
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021 46