E-BOOK
ALAT MUZIK TRADISIONAL
(KOMPANG)
MAKLUMAT MURID
NAMA MURID: Muhammad Hamizan
Hafidh bin Saifulnizam
KELAS : 5 Mujib
NAMA GURU: Cikgu Suhaifa binti Sukor
NAMA PROJEK: Alat Muzik Tradisional
(Kompang)
KOMPANG
Kompang (Jawi: ) کومڤڠialah sejenis alat muzik
tradisional berupa gegendang bagi masyarakat
Melayu dalam kepulauan Nusantara.
Selain itu, kompang juga kadangkala digunakan
oleh suku Bajau di pesisir Sabah, Malaysia,
meskipun tidak termasuk dalam tradisi asli
mereka.
Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik
gendang.
Kulit kompang biasanya diperbuat daripada
kulit kambing betina, namun mutakhir ini,
kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu,
kerbau malah getah sintetik.
ASAL
Alat muzik ini berasal
dari dunia lain dan
dipercayai dibawa masuk
ke Tanah Melayu sama
ada ketika zaman
Kesultanan Melaka oleh
pedagang India Muslim,
atau melalui Jawa pada
abad ke-13 oleh
pedagang Arab.
STRUKTUR
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian
belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan
permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini,
gelung plastik turut digunakan.
Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit)
dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil
baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil "sedak"
iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh,
sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian
belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup
dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai
bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah
tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
BUNYI DAN PENGGUNAAN
• Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan.
Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan
dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang
dengan jari tangan yang terbuka.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-
jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa
perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
Paluan tradisi, paluan di mana memukul kompang sambil menyanyi ataupun bersyair
dalam versi arab ataupun bahasa melayu klasik,
Paluan moden, di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian.
• Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali
kesenian melayu yang telah hampir pupus ini.
JENIS
• KOMPANG BENGKALIS RIAU
• Kompang Bengkalis Riau merupakan salah satu tradisi muzik yang
menggunakan kompang sebagai medium penjanaan bunyi muzik.
Kompang Bengkalis Riau dipercayai berasal dari Kampung Jawa,
Muar, Johor, Malaysia. Jenis kompang ini telah berkembang sejak
tahun 40-an lalu di bumi Bengkalis, Riau, Indonesia apabila
seorang tokoh muzik yang bernama Pak Maun yang pulang dari
Muar, Johor ke Bengkalis. Pak Maun lalu dikatakan mengajar
alunan muzik kompang kepada abangnya iaitu Muhammad Ali.
Apabila ilmu ini diperturunkan ke Muhammad Ali, Pak Maun telah
berpindah ke daerah Bantan Tua, iaitu sebuah kampung dipanggil
Resam. Bermula dari situ, permainan alat muzik Kompang
Bengkalis Riau mula berkembang secara aktif.
CARA PEMBUATAN
SUMBER
WIKIPEDIA BAHASA MELAYU:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kompang#
Asal
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
(2019):BUKU TEKS BAHASA MELAYU
TAHUN 4 KSSR SEMAKAN
SEKIAN
TERIMA KASIH