The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJALAH PUSTAKA BUDAYA (KELESTARIAN WARISAN DAN BUDAYA MELAYU)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainanatasya400, 2021-01-23 10:18:22

PUSTAKA BUDAYA

MAJALAH PUSTAKA BUDAYA (KELESTARIAN WARISAN DAN BUDAYA MELAYU)

PUSTAKA BUDAYA

“ KELESTARIAN
WARISAN
DAN

BUDAYA MELAYU ”

“ Adat melayu tak lapuk “ Meneroka khazanah
dek hujan tak lekang dek permainan melayu
tradisional”
panas “
“ Warisan kesenian dan
“ Keunikkan dan kebudayaan melayu “
kemeriahan perayaan
masyarakat melayu “

EDITOR MAJALAH

SITI AFIFAH SAFURAH BT AB MAJID
256805

ZURASMIRA BT HASANODIN
256829

NURUL AINA NATASYA BT SABRI
256811

NUR EMYLIANA NABILA BT ELMI
256841

TINTA EDITOR

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
syukur kepada Tuhan dengan limpah kurnia-Nya
dapat juga kami menyiapkan senaskah majalah
edisi Budaya Melayu yang telah kami usahakan
selama ini. Ribuan terima kasih kami ucapkan
kepada individu penting iaitu ahli – ahli yang
banyak menyumbang tenaga, idea dan
pemikiran untuk menjayakan dan
merealisasikan majalah ini. Sepanjang kami
menjalankan tanggungjawab ini, pelbagai
cabaran terpaksa kami harungi. Walau
bagaimanapun, komitmen yang ditunjukkan
oleh semua ahli telah membantu menghasilkan
sebuah majalah yang begitu bererti ini. Dalam
majalah Pustaka Budaya pada kali ini penulis
akan menekankan tentang perkara yang
berkaitan kelestarian warisan dan budaya
Melayu. Oleh itu, setiap generasi alaf baru
perlulah memartabatkan warisan negara ini
supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas. Sebelum kami menutup tirai ini, kami
ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan
kekurangan dalam menghasilkan Majalah ini.
Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya
dari Allah S.W.T. dan yang buruk datang dari
kami. Akhir kata daripada kami berempat
semoga pembaca mendapat manfaat, maklumat
dan pengetahuan dalam majalah kami.
Sekian, terima kasih

PENDAHULUAN

Dalam e-majalah ini, penulis telah mengetengahkan informasi
tentang kebudayaan masyarakat Melayu di Malaysia. E-majalah ini
menerangkan tentang konsep Melayu yang merangkumi definisi
bangsa Melayu. Artikel utama dalam e-majalah ini menceritakan
tentang ilmu yang berkaitan dengan budaya Melayu seperti adat
istiadat masyarakat Melayu iaitu adat cukur jambul, adat
perkahwinan dan adat pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Selain
itu, maklumat berkaitan dengan perayaan masyarakat Melayu
iaitu perayaan Aidilfitri dan perayaan Aidiladha juga diceritakan.
Seterusnya, kepentingan permainan tradisional dan kesenian
masyarakat Melayu dalam seni musik serta seni tarian juga
diterangkan. Hal ini dapat membantu dalam memberikan
informasi dan pengetahuan kepada masyarakat berkaitan dengan
budaya Melayu. Ruang kreatif dalam e-majalah ini mempunyai
dua sajak dan dua pantun yang berkaitan dengan budaya Melayu.
Dua sajak tersebut ialah Warisan Melayu dan Laksana Tiang Seri.
Manakala, pantun pula ialah Pantun Nasihat: Sejahtera
Malaysiaku dan Pantun Teka-Teki Permainan Tradisional. E-
majalah ini juga memberi maklumat tambahan berkaitan budaya
Melayu iaitu mengenai tulisan jawi dan majlis berkhatan dalam
masyarakat Melayu. Akhir sekali, e-majalah ini mempunyai ruang
iklan untuk mengiklankan maklumat berkaitan dengan
kebudayaan Melayu di Malaysia. Kesimpulannya, e-majalah yang
bertemakan kebudayaan Melayu sangat bermanfaat untuk semua
masyarakat di Malaysia kerana naskah ini dapat membantu
mereka mengenali dengan lebih mendalam tentang kebudayaan
masyarakat Melayu.

KONSEP ▪ Perkataan “Melayu” menjadi perbahasan para
MELAYU sarjana tentang asal-usulnya. Walaubagaimana
pun Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan
Malaysia pula , orang Melayu itu mestilah
beragama Islam yang mengamalkan adat
budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa
Melayu. Selain itu, individu tersebut lahir
sebelum hari merdeka sama ada di
Persekutuan atau Singapura, ataupun pada
hari merdeka telah bermastautin di
Persekutuan atau Singapura atau ia adalah
keturunan dari seseorang yang tersebut.

❑ Masyarakat Melayu di Malaysia boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan yang
berbeza. Pertama ialah Anak jati Melayu
merujuk kepada satu istilah sekumpulan
orang Melayu yang merupakan penduduk
pribumi Malaysia. Kumpulan ini merangkumi
suku-suku pribumi seperti Orang Melayu
Melaka, Orang Melayu Johor, Orang Melayu
Kedah dan sebagainya.

❑ Kumpulan seterusnya ialah kumpulan Anak
Dagang. Anak Dagang ialah satu istilah yang
merujuk kepada orang Melayu di Malaysia
yang mana nenek moyang mereka berasal
dari Kepulauan Indonesia dan selatan
Thailand dan lain-lain. Mereka terdiri
daripada rumpun bangsa Austronesia seperti
Aceh, Bajau, Ambon, Banjar dan sebagainya.

❑ Kumpulan terakhir ialah daripada kumpulan
Melayu Peranakan. Peranakan ialah satu
istilah yang merujuk kepada sekumpulan
orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil
daripada perkahwinan campur antara orang
Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan
bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara.
Mereka adalah seperti Peranakan Parsi,
Peranakan Arab, Peranakan Cina, Peranakan
Turki dan sebagainya.

❑Seterusnya, sumber Jabatan Perangkaan Malaysia
pada tahun 2018 merekodkan statistik
warganegara Malaysia mengikut kumpulan etnik
bagi Orang Melayu atau lebih dikenali sebagai
Bangsa Bumiputera adalah seramai 20 juta orang
terdiri daripada hampir (69%) daripada jumlah
keseluruhan penduduk diikuti (23%) penduduk
berbangsa Cina, (6.9%) berbangsa India dan (1%)
penduduk dari lain-lain bangsa. Hal ini sekali gus
membuktikan bahawa masyarakat terbesar di
Malaysia ialah bangsa Melayu.

❑Secara kesimpulannya, konsep dan keunikan
bangsa Malayu di Malaysia dapat dikenalpasi
melalui beberapa aspek. Sebagai contoh, adat
yang diamalkan, perayaan yang diraikan, sukan
yang disertai, seni dan budaya yang diterapkan
membantu dalam memahami konsep Melayu
yang menjadi amalan di Malaysia.

ADAT CUKUR JAMBUL

ADAT PERKAHWINAN

ADAT PERTABALAN YANG
DI-PERTUAN AGONG

ADAT ISTIADAT MASYARAKAT
MELAYU

Cukur jambul ialah adat resam masyarakat ADAT CUKUR
Melayu di Malaysia yang dilakukan 40 hari JAMBUL
selepas bayi dilahirkan. Majlis cukur jambul
ialah majlis yang melambangkan kali pertama
bayi tersebut bergunting rambut selepas
dilahirkan. Rambut bayi akan digunting
beberapa helai ataupun dicukur sepenuhnya.
Majlis cukur jambul juga dikenali sebagai
majlis berendoi oleh masyarakat di utara
Malaysia.

Antara acara yang dilakukan dalam majlis cukur jambul ialah:

▪ Menyembelih lembu atau kambing.
▪ Bacaan marhaban: puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW.
▪ Meletakkan bayi di dalam buaian yang dihias indah.
▪ Bayi diarak dan diiringi oleh kumpulan marhaban.
▪ Datuk kepada bayi, tok imam dan ketua kampung akan

merestui bayi tersebut dengan mengusap kepalanya.

Alatan yang diperlukan dalam majlis cukur jambul ialah:

▪ Sedulang bunga rampai.
▪ Sebiji kelapa muda berwarna kuning, dibelah dan airnya

tidak dikeluarkan.
▪ Daun sirih.
▪ Beras biasa dan beras yang telah dilumur kunyit.
▪ Bunga telur untuk diberi kepada tetamu.

❑ Adat perkahwinan dalam masyarakat Melayu ialah A
adat yang paling dipegang teguh oleh bangsa Melayu D
dan adat ini masih diamalkan sehingga sekarang. A
Dalam menuju alam perkahwinan, setiap aturan dan T
langkah dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu
perlu dilakukan. Kebanyakkan orang-orang tua P
sangat menjaga adat ini dan jika adat ini tidak diikut, E
pasangan yang akan berkahwin tersebut dianggap R
tidak menghormati adat ini dan tidak beradap. K
A
H
W
I
N
A
N

PERINGKAT DALAM ADAT
PERKAHWINAN MASYARAKAT

MELAYU

1) Merisik atau menengok

• Jika pihak lelaki atau ibu bapa pihak lelaki melihat seorang
gadis dan jatuh hati kepadanya, mereka akan mula merisik
atau menyiasat tentang gadis tersebut. Pada peringkat
merisik, keluarga pihak lelaki akan menyiasat tentang gadis
tersebut dengan bertanya kepada kawan-kawan atau saudara
gadis tersebut. Mereka akan bertanya tentang sifat dan
tingkah laku gadis itu. Seterusnya, pihak lelaki akan
menghantar wakil saudara perempuan untuk ke rumah gadis
yang menjadi pilihan tanpa memberitahu hasrat kedatangan
untuk mengenal gadis tersebut secara peribadi dan lebih
dekat

2) Meminang dan bertunang

❑ Kebiasaannya, ibu bapa pihak lelaki akan menghantar orang tua yang
rapat dengan keluarga mereka sebagai wakil untuk meminang gadis
yang dipilih. Selepas itu, ibu bapa gadis tersebut akan diberi masa
sebelum memberi jawapan. Selepas jawapan diberikan, pihak lelaki
akan menyediakan mas kahwin dan wang belanja kepada pihak
perempuan ubtuk digunakan pada hari perkahwinan nanti. Antara
barang yang diberikan ialah cincin emas, buah-buahan, kasut, baju
dan sebagainya. Barang yang diterima menandakan bahawa pihak
perempuan bersetuju dengan syarat perkahwinan. Syarat tersebut
ialah jika pihak lelaki memutuskan pertunangan, barang-barang yang
diberikan oleh pihak lelaki tidak perlu dipulangkan. Manakala, jika
pihak perempuan yang membatalkan pertunangan, barang-barang
harus dikembalikan dengan kadar sekali ganda

3) Upacara akad nikah

❑ Langkah seterusnya ialah upacara akad nikah. Dalam upacara
tersebut, pengantin lelaki dan rombongannya akan membawa
barang hantaran dan disusun di hadapan tetamu yang hadir.
Semasa upacara akad nikah dijalankan, bapa pengantin
perempuan perlu menjadi wali. Namun begitu, bapa pengantin
perempuan juga boleh mewakilkan tugas tersebut kepada tok
kadi. Kebiasaannya, majlis akad nikah akan dilakukan di rumah
pengantin perempuan sehari sebelum majlis bersanding. Selain
itu, majlis akad nikah boleh juga dilakukan di masjid atau
pejabat kadi.

4) Istiadat berinai

❑ Istiadat berinai mempunyai tiga peringkat iaitu berinai curi,
berinai kecil dan berinai besar. Berinai kecil dilakukan pada
sebelah petang sehari selepas tangan dan kaki pengantin
perempuan diinai. Pengantin perempuan akan dihias dan
didudukkan di pelamin. Berinai kecil pula dilakukan pada waktu
petang sehari selepas berinai curi dan kaedahnya sama seperti
berinai curi. Akhir sekali, berinai besar pula diadakan bersama
dengan pengantin lelaki pada hari pengantin lelaki tiba untuk
hari persandingan.

5) Bersanding

❑ Majlis bersanding merupakan upacara kemuncak dalam adat
istiadat perkahwinan masyarakat Melayu. Majlis ini ialah
upacara terpenting bagi pasangan pengantin. Dalam majlis
persandingan, kedua-dua pengantin akan disandingkan di atas
pelamin yang dihias cantik. Pada majlis persandingan juga,
tetamu yang hadir akan menghulurkan sumbangan dan hadiah
kepada pihak pengantin. Kebiasaannya, pengantin akan
bersanding pada waktu tengah hari semasa tetamu telah ramai
datang ke majlis bersanding.

ISTIADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN
AGONG

Institusi diraja di Malaysia ialah institusi yang penting untuk
dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini kerana,
institusi diraja yang menjaga bangsa Melayu dan menjaga
kehormatan agama Islam. Setiap raja di Malaysia perlu
dihormati terutama Yang di-Pertuan Agong yang menjadi
ketua negara. Adat istiadat pertabalan Yang di-Pertuan
Agong tidak pernah dilupakan dari dulu dan sentiasa
dilakukan setiap kali pertukaran giliran Yang di-Pertuan
Agong. Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam
adat istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

1) Ketibaan seri paduka
baginda

Ketibaan Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dan Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong memasuki Balairong Seri
akan diumumkan oleh Pengerusi
Upacara. Ketibaan Tuanku
dimulakan oleh Datuk Paduka
Maharaja Lela, panglima yang
membawa Cogan Alam dan Cogan
Agama, Adikung Baginda, Dang
Perwara dan Hulu Balang yang
membawa Alat Kebesaran Diraja.
Sebaik sahaja Baginda di Pintu
Masuk Utama Balairong Seri, Nobat
akan mengalunkan lagu "Raja
Berangkat". Seri Paduka Baginda
YDPA dan Raja Permaisuri Agong
akan bersemayam di singgahsana.

2) Permulaan istiadat pertabalan

Datuk Paduka Maharaja Lela akan memohon izin Seri Paduka Baginda
YDPA untuk memulakan upacara. Setelah mendapat perkenan Tuanku,
Datuk Paduka Maharaja Lela mengumumkan bermulanya Upacara
Istiadat Pertabalan YDPA. Selepas mengadakan pengumuman, Datuk
Paduka Maharaja Lela akan memohon izin Seri Paduka Baginda YDPA
untuk membawa Alat Kebesaran bagi Istiadat Pertabalan ke Balairong
Seri. Pengerusi Upacara kemudiannya akan mengumumkan yang Alat
Kebesaran Istiadat Pertabalan dibawa masuk ke dalam Balairong Seri.
Nobat akan memainkan lagu "Menjunjung Duli". Datuk Paduka
Maharaja Lela memasuki Balairong Seri diiringi Datuk Penghulu
Istiadat and Pegawai Agama Istana Negara bersama panglima yang
membawa:

➢ Al-Quran nul Karim
➢ Keris Kerajaan
➢ Watikah Pengisytiharan
➢ Watikah Ikrar

3) Penyerahan Al-Quran nul
Karim

Datuk Paduka Maharaja Lela menerima
Al-Quran Nul Karim daripada panglima
dan membawanya ke Singgahsana
untuk diserahkan kepada Seri Paduka
Baginda YDPA. Baginda akan
mengucup Al-Quran nul Karim dan
meletakkannya di meja yang terletak di
antara Baginda dan Raja Permaisuri
Agong. Datuk Paduka Maharaja Lela
kemudian akan turun dan panglima
akan meletakkan alat kebesaran yang
lain di atas meja, dan bersama dengan
Datuk Penghulu Istiadat dan Pegawai
Agama, menuju ke tempat duduk
mereka.

4) Watikah pengisytiharan

Datuk Paduka Maharaja Lela akan

memohon izin Seri Paduka Baginda

YDPA untuk mengadapkan Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri yang akan

membacakan Watikah Pengisytiharan.

Selepas mendapat perkenan Tuanku,

Datuk Paduka Maharaja Lela akan

menjemput Perdana Menteri untuk

membacakannya. Datuk Penghulu

Istiadat akan tampil ke hadapan untuk

mengambil dulang berisi Watikah

Pengisytiharan dan, bersama dengan

Datuk Paduka Maharaja Lela,

mengiringi Perdana Menteri. Perdana

Menteri kemudian akan mengambil

Watikah Pengisytiharan dan

membacakannya.

5) Penyerahan keris kerajaan

Datuk Penghulu Istiadat akan mengambil dulang yang
mengandungi Keris Kerajaan dan mengiringi Datuk Paduka
Maharaja Lela untuk mengadap Baginda. Di hadapan singgahsana,
Datuk Paduka Maharaja Lela akan bongkok dan menerima dulang
tersebut daripada Datuk Penghulu Istiadat dan seterusnya
menyerahkan Keris Kerajaan kepada Baginda. Baginda YDPA akan
menerima Keris itu, mencabutnya dari sarung dan mengucupnya.

6) Penyerahan watikah ikrar

Datuk Paduka Maharaja Lela mengambil dulang yang
mengandungi Watikah Ikrar daripada Datuk Penghulu Istiadat dan
mempersembahkan Watikah Ikrar Seri Paduka Baginda YDPA.
Seterusnya, Tuanku akan membacakan Ikrar. Selepas Ikrar
dibacakan, Nobat akan memainkan lagu "Raja Bertabal". Selepas
lagu habis dimainkan, Datuk Paduka Maharaja Lela akan
melaungkan "Daulat Tuanku" sebayak tiga kali dan meriam akan
dilepaskan sebanyak 21 das apabila laungan pertama itu dilakukan.
lagu Negaraku akan dimainkan ketika tembakan meriam
dilepaskan.

7) Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia Kerajaan dan
Rakyat Malaysia

Datuk Paduka Maharaja Lela akan memohon perkenan Seri Paduka
Baginda YDPA memanggil Perdana Menteri untuk memberikan
ucapan tahniah dan ikrar taat setia kerajaan dan rakyat Malaysia.
Selepas menyampaikan ucapan, Perdana Menteri akan
mengembalikan salinan ucapan itu dan mengadap sembah kepada
kedua-dua Seri Paduka Baginda dan kembali ke tempat duduk,
diiringi Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat.

8) Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong

Datuk Paduka Maharaja Lela sekali lagi mengadap Tuanku dengan
diiringi Datuk Penghulu Istiadat sambil membawa dulang berisi
Watikah Titah Ucapan. Datuk Penghulu Istiadat dan menaiki
singgahsana ke tangga ketiga lalu menyerahkan Watikah Titah
Ucapan. Seri Paduka Baginda YDPA akan menerima Watikah Titah
Ucapan dan memulakan titah ucapan.

9) Pembacaan Doa

Pengerusi mengumumkan pembacaan doa
akan bermula. Pegawai Agama Istana
Negara akan membacakan doa. Pegawai
Agama bersama Datuk Penghulu Istiadat
memohon perkenan untuk membacakan
doa. Selepas perkenan diperoleh, Pegawai
Agama akan membacakan Doa Selamat.
Selepas tamat, Pegawai Agama dan Datuk
Penghulu Istiadat akan berundur dan
kembali duduk di tempat duduk mereka.

10) Penerimaan Al-Quran

Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk
Penghulu Istiadat akan mengadap ke
singgahsana untuk menerima Al-Quran
daripada Baginda YDPA. Selepas menerima
Al-Quran, Datuk Paduka Maharaja Lela
akan berundur dari singgahsana. Beliau
kemudiannya akan menyerahkan Al-Quran
kepada Datuk Penghulu Istiadat.

11) Istiadat pertabalan tamat

Datuk Paduka Maharaja Lela memohon
perkenan Baginda untuk mengumumkan
bahawa upacara Istiadat Pertabalan telah
selamat disempurnakan. Selepas Baginda
memperkenan, Datuk Paduka Maharaja Lela
akan mengumumkannya.

12) Keberangkatan baginda

Pengerusi akan mengumumkan sudah tiba masanya untuk Seri
Paduka Baginda YDPA dan Raja Permaisuri Agong untuk
meninggalkan Balairong Seri. Sebaik sahaja para hadiri berdiri,
Nobat akan memainkan lagu "Raja Berangkat". Datuk Paduka
Maharaja Lela, Datuk Penghulu Istiadat dan pembawa Alat
Kebesaran Diraja, Juruiring Diraja dan Dang Perwara akan
mengambil tempat mereka di hadapan singgahsana. Baginda
YDPA dan Raja Permaisuri Agong menuruni singgahsana dan
meninggalkan Balairong Seri diketuai oleh Datuk Paduka
Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat yang membawa Al-
Quran, diikuti Pembawa Cogan Alam dan Cogam Agama, Alat
Kebesaran Diraja, Juruiring Diraja dan Dang Perwara. Nobat akan
berhenti bermain apabila Baginda berdua tiba di pintu masuk
Balairong Seri dan menuju ke bilik khas.

HARI RAYA ❑ Hari Raya Aidilfitri merupakan
AIDILFITRI perayaan masyarakat Melayu dan
penganut agama Islam di seluruh
dunia. Pada pagi Sambutan Hari
Raya Aidilfitri dimulakan dengan
solat sunat berjemaah di masjid
dan memperbanyakkan takbir
memuji Allah S.W.T setelah
berjaya melalui bulan Ramadhan
yang penuh keberkatan.

❑ Sebelum 1 Syawal di mana hari
raya Aidilfitri diraikan, Zakat
fitrah wajib untuk umat islam
keluarkan. Zakat fitrah pada
istilahnya ialah sedekah yang
wajib dikeluarkan selepas berbuka
untuk beraya dan selesainya
Ramadan.

❑ Keunikan Perayaan Hari Raya Aidilfitri
ialah apabila disambut dengan penuh
kesyukuran. Di samping itu, suasana
masyarakat saling bermaaf-maafan dan
kunjung mengunjungi untuk mengeratkan
silaturahim sesama mereka. Rumah
terbuka akan diadakan bagi mempersilakan
tetamu datang berkunjung.

❑ Penetapan Hari Raya Aidilfitri bermula
melalui dua cara iaitu melalui rukyah
dengan melihat anak bulan ataupun secara
hisab melalui kiraan. Sekiranya melalui
rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini
menandakan bermulanya bulan Syawal,
iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah
Islam. Di Malaysia, anak bulan akan
diperhatikan oleh pegawai bertugas pada
sebelah petang hingga waktu maghrib di
beberapa tempat strategik.

HARI RAYA
AIDILADHA
ATAU HARI
RAYA KORBAN

❑ Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Korban atau Hari
Raya Haji merupakan perayaan yang disambut
oleh masyarakat Melayu dan umat Islam di
seluruh dunia. Aidiladha disambut pada hari ke-
10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap
tahun.

❑ Pada hari raya Aidiladha masyarakat Melayu
akan mengenakan pakaian yang paling cantik,
paling bersih dan juga mengenakan wangi-
wangian kerana disunatkan oleh agama. Selepas
melakukan solat dan selesai melakukan korban
masyarakat Melayu akan saling ziarah menziarahi
untuk mengeratkan silaturahim sesama mereka.

❑ Perkataan Aidiladha berasal daripada
bahasa arab yang membawa maksud hari
penyembelihan korban. Ini sempena
memperingati Kisah Nabi Ibrahim A.s
yang diperintahkan Allah S.W,T untuk
menyembelih anaknya iaitu Nabi Isamil
A.S dalam menunaikan perintah Allah
S.W.T

❑ Masyarakat Melayu ataupun umat islam
yang menyambut perayaan ini akan pergi
ke masjid untuk menunaikan solat sunat
berjemaah. Selepas bersembahyang,
upacara korban akan dimulakan.

❑ Lembu, kambing dan biri-biri yang
dikorbankan akan disembelih secara
beramai-ramai di kawasan masjid sebelum
dibahagi-bahagikan dagingnya kepada
orang ramai terutamanya kepada golongan
fakir miskin. Hal ini sememangnya
mampu mendidik umat islam untuk saling
tolong-menolong dan berkongsi rezeki

KHAZANAH PERMAINAN
MELAYU TRADISIONAL

Pada waktu dahulu, kanak – kanak melayu yang lahir sebelum 1990-an
yang masih tidak mengenali teknologi moden, mereka akan bermain
permainan tradisional seperti baling tin, gasing, dam, congkak, sepak
raga atau takraw, lompat getah, wau dan sebagainya. Namun, kerana
peredaran masa, teknologi seperti telefon bimbit, televisyen dan
sebagainya telah menyebabkan permainan tradisional pupus ditelan
zaman. Permainan tradisional tidak punya spesifik maksud yang jelas,
namun permainan tradisional boleh dikatakan permainan yang sering
dimainkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Nama lain bagi
permainan tradisional dikenali ialah permainan rakyat. Permainan
tradisional selalunya dimainkan di mana – mana sama ada di dalam
rumah mahupun di luar rumah.

MENGISI MASA LAPANG

K Permainan tradisional boleh dimainkan untuk mengisi masa
E lapang kerana permainan tradisional ini dapat memberikan
keseronokkan dan juga hiburan. Hal ini kerana permainan
P tradisional selalu dimainkan bersama rakan. Mereka akan
E menggunakan masa mereka dengan melakukan perkara
berfaedah kerana permainan tradisional dapat membantu
N mereka mengeluarkan peluh seperti bermain galah panjang,

T sepak takraw, baling tin dan sebagainya. Hal ini akan

I memberikan keseronokan kerana mereka akan bergelak
ketawa dengan rakan mereka apabila mereka mendapatkan
N kepuasan dari bermain permainan tradisional.
G

A

N

P

E

R

M

A

I

N

A

N MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM

Hubungan silaturrahim oleh pemain permainan tradisional akan

T lebih rapat dan akrab seperti isi dengan kuku kerana kerana
R mereka hanya berlawan dalam permainan dan akan kekal
menjadi sahabat baik dengan semua kumpulan. Hal ini kerana

A pada waktu petang yang merupakan waktu mereka bermain di
luar rumah, mereka akan bertemu untuk bermain bersama
D dengan kawan – kawan lain. Di samping itu, mereka dapat
I bertukar-tukar ahli dalam pasukan. Sebagai contoh, ahli pasukan

S mamat yang bermain bersama ahli pasukan abu dapat bertukar –

I tukar ahli pada perlawanan seterusnya di hari yang lain.
Tambahan pula, bagi mengeratkan silaturahim antara penduduk
O kampung, mereka akan mengadakan pertandingan bermain

N permainan tradisional seperti wau yang akan menyebabkan

A masyarakat kampung akan keluar untuk menyertai pertandingan
atau menjadi penyokong dan penonton. Apabila mereka
L berjumpa, secara tidak langsung, perhubungan persaudaraan

mereka menjadi lebih rapat.

Contoh permainan tradisional yang boleh dimainkan
di dalam rumah ialah permainan congkak. Congkak
merupakan permainan yang menggunakkan papan
kayu berlubang dan diisi dengan guli atau biji getah.
Papan congkak mempunyai pelbagai bentuk, namun
ada yang berbentuk sampan dan diperbuat daripada
kayu. Di permukaan papan tersebut akan dibuat
lubang yang terdapat lima sehingga tujuh lubang
sebaris yang dikenali sebagai 'kampung'. Di kedua-
dua penjurunya pula terdapat lubang lebih besar dari
lubang kampung iaitu dikenali sebagai 'rumah'. Dua
orang pemain diperlukan dalam permainan ini dan
mereka akan duduk mengadap antara satu sama lain.

Tambahan pula untuk permainan tradisional yang boleh dimainkan di
luar rumah seperti galah panjang, permainan ini akan dimainkan di atas
tanah kosong yang dilukis di tanah membentuk sebuah gelanggang.
Gelanggang yang dilukis akan mempunyai 2 lajur dan beberapa baris.
Selepas pemilihan kumpulan dilakukan, ketua dari kumpulan masing –
masing akan mengundi dan menentukan kumpulan mana yang menjaga
gelanggang dan kumpulan mana yang menempuh gelanggang.
Kemenangan tercapai apabila kumpulan menempuh yang telah melepasi
garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Oleh itu, jika pihak
menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh
gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

WARISAN KESENIAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

Alatan Muzik Tradisional Melayu

Kebudayaan masyarakat Melayu tinggi nilainya dan
dapat dilihat secara dengan lebih terperinci dalam
aspek kesenian mereka. Masyarakat Melayu
mempunyai pelbagai jenis alatan muzik tradisional
yang diturunkan sejak zaman-berzaman dan masih
dimainkan sehingga ke hari ini. Alat-alat muzik
tradisional ini sering dimainkan pada perayaan
seperti sewaktu perkahwinan, keramaian dan
istiadat Raja. Antara alat-alat muzik tersebut adalah
seperti kompang, gambus, kesi dan geduk. Setiap
satu alatan ini mempunyai keunikkan serta bunyi
yang tersendiri dan hasil bunyi tersebut tidak dapat
sama dengan alatan muzik pada masa sekarang.

Tarian Tradisional Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu mempunyai kepelbagaian dan
keunikkan dalam keseniaan dan kebudayaan tarian
mereka. Disebabkan masyarakat Melayu terdiri
daripada berbilang suku, jadi jenis-jenis tarian yang
ada juga adalah pelbagai. Tarian-tarian ini ditarikan
dengan mewakili maksud-maksud yang tersendiri
dan daerah-daerah tertentu. Sebagai contoh, antara
tarian masyarakat melayu adalah tarian zapin,
tarian asyik dan tarian ceracap inai.

KOMPANG

Kompang dengan masyarakat Melayu
adalah satu benda yang tidak asing lagi
sehingga sekarang kerana jika dilihat
kebanyakkan majlis perkahwinan
masyarakat Melayu hari ini masih lagi
memainkan kompang sebagai satu acara
khas dalam majlis tersebut. Kompang juga
telah menjadi sebagai salah satu alatan
muzik wajib sejak zaman kerajaan
Majapahit pada tahun 1293 hingga 1470.
Kebiasaannya kompang diperbuat melalui
rangka kayu dan menggunakan kulit
kambing atau lembu untuk menutupi
permukaannya.

GAMBUS

Gambus merupakan alatan muzik
tradisional yang bermaksud kayu atau
ranting yang diambil sempena nama alat
muzik Arab iaitu oud. Gambus sangat
terkenal dalam kalangan masyarakat
Melayu Johor dan kebiasaanya dimainkan
untuk mengiringi tarian zapin. Gambus
dimainkan dengan memetik dawai dan
dikenali sebagai chordophone iaitu
bunyinya dihasilkan melalui petikan
dawai. Ianya juga dihasilkan melalui
pahatan yang diukir penuh dengan
kesenian serta mempunyai pelbagai saiz.

Geduk merupakan gendang yang
mempunyai 2 muka dan geduk
dimainkan secara berpasangan iaitu
dengan menggunakan geduk ibu dan
anak. Geduk sering digunakan sebagai
iringan muzik untuk persembahan
seperti wayang kulit dan juga menora.
Walaupun geduk mempunyai 2
bahagian atau muka, namun hanya
sebelah muka sahaja yang digunakan
untuk ketukkan. Geduk dibuat dengan
menggunakan kayu nangka dan
belulang kambing atau lembu.

Kesi juga merupakan salah satu alat
muzik tradisional masyarakat Melayu
dan ianya diperbuat dengan logam.
Bentuk kesi ini adalah bentuk bulat dan
dibuat secara berpasangan dengan
menyambungkannya melalui tali. Cara
bermain kesi adalah dengan memukul
kesi tersebut sesama tersendiri sehingga
ianya menghasilkan satu bunyi yang
nyaring. Kesi juga memainkan peranan
sebagai alatan pelengkap irama dalam
muzik yang dihasilkan. Kebiasaanya
kesi ini dimainkan dalam persembahan
Wayang Kulit serta Mak Yong di negeri
Kelantan.

Tarian Zapin

❑ Tarian zapin adalah tarian yang memperlihatkan ketangkasan
penari lelaki pada masa dahulu menarikannya dengan lenggok
tersendiri. Tarian ini dibawa daripada mubaligh-mubaligh dari
Parsi dan Tanah Arab. Namun begitu, pada hari ini tarian zapin
telah ditarikan oleh bukan sahaja penari lelaki tetapi juga wanita.
Tarian zapin sentiasa ditarikan dengan iringan muzik-muzik
tradisional dengan menggunakan pergerakkan badan ke depan
dan ke belakang. Kebiasaanya zapin dilakukan secara
berpasangan atau juga dengan gandaan 2 iaitu dalam jumlah
yang genap. Langkah geraknya penuh dengan kesantunan dan
bergerak seperti ombak serta mementingkan kelembutan sebagai
lambang adab masyarakat Melayu.

TARIAN ASYIK

❑ Tarian asyik merupakan sejenis tarian klasik
masyarakat Melayu yang berasal dari Kelantan
dan merupakan tarian yang dipersembahkan
kepada Raja-Raja di istana. Tarian ini sering
dipersembahkan pada malam-malam perayaan
seperti malam berinai, persandingan yang
ditarikan oleh dayang-dayang istana. Asyik
yang dimaksudkan dalam nama tarian ini
adalah bermaksud kekasih. Disebabkan oleh
maksud ini, ianya mempunyai gerak tari yang
penuh dengan sifat kesantunan dan
kelembutan sebagai lambang kasih sayang.

❑ Tarian ini mula diciptakan apabila Raja pada
masa dahulu yang sedih dengan kematian
burung kesayangannya dan disebabkan itu
mereka menciptakan tarian yang menonjolkan
sifat-sifat pergerakkan daripada burung
tersebut. Tarian asyik ini kebiasaanya akan
dimulakan dengan kemasukkan 10 orang penari
yang kemudiannya akan duduk bersila dan
seterusnya diringi dengan kemasukkan “Puteri
Asyik”.

TARIAN CERACAP INAI

❑ Tarian ini merupakan tarian tradisional
masyarakat Melayu di Johor dan dikatakan
mempunyai perkaitan dengan zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ceracap
inai adalah tarian yang dipersembahkan di
istana untuk Raja-Raja serta pembesar.
Disebabkan itu, tarian ini dikatakan
mempunyai unsur-unsur menyembah duli
dan penuh dengan gerakan merendah diri.

❑ Malah, tarian ini juga sering
dipersembahkan dengan membawa motif-
motif hiasan seperti bunga-bunga emas
dan lilin-lin yang dibakar sebagai tanda
kesejahteraan dan juga kebahagian. Tarian
ini selalunya ditarikan bersama di antara
penari lelaki dan juga wanita yang terdiri
daripada 5 sehingga 8 orang.

RUANGAN KREATIF
(SAJAK DAN PANTUN)

SAJAK: WARISAN MELAYU

Warisan melayu
Tidak pernah hilang seiring waktu
Tinggalan nenek sejak berzaman
Kaya seninya dengan budaya
Nyanyian dan tarian, penuh dengan lenggokkan
Sedia mencuit hati dan telinga seantero dunia
Merdu bunyi serta tangkas tarinya
Menjadi lambang kebanggaan khazanah bangsa

Warisan melayu
Tidak akan pernah hilang di dunia
Tinggi tanjaknya, setinggi kehormatannya
Berani menjaga budaya bangsa
Jauh sekali gentar mempertahankan warisannya
Walau di mana kaki berpijak
Di situ juga budaya dan keseniannya disemadikan bersama
Tidak kira pakaiannya, budi bahasanya, adatnya serta bahasanya
Dibawa dengan gah, lambang pusaka bangsa

Warisan melayu
Tinggi dijunjung
Membawa nama dan maruah bangsa
Tidak ada nilainya, tidak ada galang gantinya
Nilai sentiasa dipancarkan
Menjadi lambang kebanggaan anak bangsa
Darah melayu tertanam di dada
Pencak gerak, tangkas menahan
Seni dan budaya sentiasa terjaga
Warisan melayu, mati tersemat di dada
Tidak hilang melayu di dunia

( Aina Natasya )

Adat istiadat masyarakat Melayu
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
Walau hari berganti hari
Adat Melayu teguh berdiri
Teguh laksana tiang seri
Untuk tatapan anak bangsa di kemudian hari

Dari kelahiran hingga pertabalan
Adat istiadat tidak ditinggalkan
Cukur jambul, berkhatan dan majlis perkahwinan
Dilakukan sesuai mengikut aturan
Majlis meriah menguatkan pertalian

Yang tua menurunkan warisan
Yang muda mengambil pengajaran
Supaya adat dapat dikekalkan
Tua dan muda bersatu hati
Untuk menjaga warisan ini
Agar bangsa Melayu sentiasa dikenali

(Emyliana Nabila)

PANTUN NASIHAT :
SEJAHTERA MALAYSIAKU

Ahleong dan Raju berjalan jalan,
Selepas beraya di rumah Azman,
Rakyat bersatu berpecah jangan,
Agar hidup harmoni dan aman.

Pergi ke kebun mencari daun bidara,

Terjumpa pula kawan lama,

Rakyat setia kepada negara,

Menjadi kunci kejayaan Bersama. Kanak kanak bermain gasing,

Hidup di dunia Allah kurnia, Gasing di main beramai ramai,
Berbuat baik setiap masa, Bangsa melayu di dunia tak asing,
Takkan melayu hilang di dunia, Terkenal hidup rukun dan damai.

Jika kita bersatu sentiasa, Remaja kini terlalu alpa,

Sejarah lama sering dipersia,

Adat Melayu jangan di lupa,

Menjadi kebanggaan rakyat
Malaysia.

PANTUN TEKA TEKI PERMAINAN TRADISIONAL

Bewarna warni didalamnya,
Berbentuk bulat dikelilingi bulatan,

Berlaga Tik! Tik! Tik! Bunyinya,
Tergolek – golek terpusing – pusing badannya.

(Jawapan : Guli)

Badannya dililit dengan tali,
Dimainkan di halaman rumah,
Badannya dilepaskan dari tali,
Berputar – putar di luar rumah.

(Jawapan : Gasing)

Angin bertiup dengan kencang,
Tali ditarik dilayang – layang,
Bermacam bentuk diawangan,
Selalu dimain diwaktu siang.
(Jawapan : Wau)

Berbentuk panjang berlubang – lubang,
Diisi dengan biji guli,

Kalau kalah semuanya hilang,
Lubang kosong tanpa isi.
(Jawapan : Congkak)

Berlima berbentuk yang sama,
Berlima dibaling dilabung ke udara,
Disambut pantas dengan berirama,

Jatuh satu kalahnya lara.
(Jawapan : Batu Seremban)



TULISAN JAWI WARISAN
PENULISAN MASYARAKAT

MELAYU

Penulisan menggunakan tulisan Jawi telah wujud
sejak zaman dahulu lagi. Tulisan Jawi merupakan
penulisan yang menggunakan huruf-huruf Bahasa
Arab tetapi dengan ejaan Bahasa Melayu. Tulisan
Jawi dikatakan bermula pada zaman dahulu, iaitu
sewaktu pedagang-pedagan Arab datang ke Tanah
Melayu untuk berdagang dan bukti penggunaan
tulisan jawi dapat dilihat melalui peninggalan Batu
Bersurat di Terengganu.

Penggunaan tulisan Jawi bukanlah sesuatu yang
sukar buat masyarakat Melayu kerana sejak kecil lagi
masyarakat atau orang Melayu sudah biasa dengan
penggunaan Bahasa Arab di dalam kitab pengajian
Al-quran. Tulisan Jawi sudah lama digunakan dan
dikatakan bahawa ianya bermula semasa kelahiran
kerajaan-kerajaan Islam. Tulisan Jawi juga
merupakan antara penulisan terawal dalam bahasa
penulisan di Tanah Melayu dan menjadi bahasa
rasmi pada masa dahulu.

Oleh itu, tulisan Jawi mempunyai hubungan yang rapat dengan
bangsa Melayu dan menjadi warisan ketamadunan masyarakat
Melayu sebelum wujudnya penulisan rumi. Walaupun begitu,
sehingga kini tulisan Jawi masih menjadi satu bentuk simbolik atau
lambang terhadap keunikkan dan kepelbagaian bangsa Melayu. Hal
ini dapat dilihat, sampai ke hari ini tulisan Jawi masih digunakan
dalam pelbagai urusan atau dalam dokumen-dokumen yang
berkaitan dengan agama Islam seiring dengan ketamadunan Melayu.

MAJLIS BERKHATAN
DALAM

MASYARAKAT MELAYU

Bersunat atau berkhatan ialah perkara wajib yang perlu
dilakukan oleh kanak-kanak lelaki beragama Islam apabila
mereka telah mencecah umur akil baligh (kebiasaannya ketika
berumur 11 atau 12 tahun). Maksud berkhatan ialah memotong
lebihan kulit di bahagian alat sulit. Berkhatan merupakan salah
satu cara untuk membersihkan alat sulit daripada kuman yang
boleh memudaratkan kesihatan.

Di Malaysia, khususnya masyarakat Melayu akan membuat
majlis berkhatan beramai-ramai. Kanak-kanak yang terlibat
akan disunatkan secara tradisional oleh Tok Mudim. Selepas
tarikh untuk berkhatan telah ditetapkan oleh Tok Mudim, ibu
bapa kepada kanak-kanak yang terlibat akan menjemput sanak-
saudara dan orang kampung datang ke majlis berkhatan. Antara
alat-alat yang diperlukan untuk majlis berkhatan ialah pulut
semangat, bunga telur, batang pinang, sebiji buyung air dan
sirih pinang.

Sehari sebelum majlis berkhatan, kanak-kanak yang terlibat
akan diarak di seluruh kampung untuk memberi semangat
kepada mereka supaya tidak takut untuk bersunat pada
keesokkan harinya. Seterusnya, pada hari bersunat kanak-
kanak yang terlibat juga akan mandi dan berendam di dalam
sungai untuk mengurangkan pengaliran darah dan
mengecutkan kulit. Selepas itu, mereka akan memakai kain
pelikat dan duduk mengelilingi pulut semangat yang telah
disediakan. Setiap seorang akan memakan tiga suap pulut dan
mereka akan menunggu giliran untuk disunatkan.

Walaupun pada masa kini teknologi semakin canggih dan
berkhatan juga dilakukan di hospital secara laser, masih ada
masyarakat Melayu terutamanya masyarakat yang tinggal di
kampung-kampung yang masih mengamalkan adat berkhatan
secara tradisional ini.

PERTANDINGAN MEMASAK
“MASAKAN OPAH”

TEMA : MASAKAN MELAYU KLASIK

HADIAH MENARIK UNUK DIMENANGI
PEMENANG

TEMPAT PERTAMA : WANG TUNAI BERJUMLAH RM3000
TEMPAT KEDUA : WANG TUNAI RM1500
TEMPAT KETIGA : WANG TUNAI RM500

SYARAT
1. MASAKAN HARUSLAH MENEPATI TEMA YANG DITETAPKAN
2. MUAT NAIK RAKAMAN MEMASAK ANDA DAN LETAKKAN

#VIDEOMASAKANOPAH2021 PADA KAPSYEN FACEBOOK ANDA
DENAGN MAKSIMUM DURASI 15 MINIT.
3. MUAT NAIK GAMBAR MASAKAN ANDA YANG TELAH SIAP
BERSERTA KAPSYEN YANG MENARIK PADA FACEBOOK ANDA DAN
LETAKKAN #GAMBARMASAKANOPAH2021
• PEMENANG AKAN DIPILIH BERDASARKAN VIDEO MASAKAN DAN
GAMBAR MAKANAN YANG MENARIK, KRETIF DAN UNIK
• VIDEO DAN GAMBAR MASAKAN BOLEH DIHANTAR SELEWAT-
LEWATNYA SEHINGGA 21 APRIL 2021 (11.59P.M)

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI : 0134576830

❑ Batu Seremban ❑ Wau
❑ Congkak
❑ Teng Teng ❑ Sepak Raga
❑ Gasing
❑ Baling Selipar

❑ Guli ANJURAN PUSAT SUKAN UUM

RUMUSAN

Kesimpulannya, adat dan budaya masyarakat
Melayu di Malaysia masih diamalkan walaupun
pada era kemajuan teknologi. Hal ini kerana,
budaya dan adat Melayu menjadi lambang
masyarakat Melayu dan membezakan mereka dari
bangsa lain. E-majalah ini dapat membantu
generasi muda untuk mengenali budaya-budaya
Melayu dengan lebih mendalam. Selain itu,
bangsa lain seperti bangsa Cina dan bangsa India
juga dapat mengetahui tentang kebudayaan
masyarakat Melayu di Malaysia. Mereka dapat
mengetahui tentang adat istiadat masyarakat
Melayu, perayaan yang disambut oleh masyarakat
Melayu, permainan tradisional dan seni
masyarakat Melayu. Akhir sekali, e-majalah ini
juga dapat memastikan generasi muda
meneruskan adat dan budaya masyarakat Melayu
supaya terus kekal serta dapat menjadi amalan
kepada generasi yang seterusnya.


Click to View FlipBook Version