HUBUNGAN KELUARGA, KOMUNITI DAN BUDAYA
DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
MODUL
AKTIVITI
SENI DAN
KREATIF
Pengenalan
Kreativiti adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru. Menurut
Webster's (1976), kreativiti merupakan pemikiran yang kreatif.
Justeru itu, kreativiti dan estetika dalam PdP prasekolah memberi
peluang kepada murid memberi respons dalam aktiviti seni, muzik dan
drama. Murid harus diberi dorongan untuk meluahkan perasaan
tentang diri dan dunia di sekeliling mereka melalui muzik dan seni
secara kreatif dan imaginatif. Selain itu, aktiviti seni, muzik dan drama
memberi peluang kepada murid untuk membuat penerokaan
menggunakan pelbagai bahan dan teknik bagi tujuan meningkatkan
daya imaginasi dan kreativiti secara semulajadi. Tambahan pula,
murid juga harus diberi peluang untuk berkongsi idea, pandangan dan
perasaan mereka tentang seni, muzik dan drama untuk membolehkan
mereka menghargai seni.
Manakala, seni visual di prasekolah menekankan penghasilan karya
kreatif dan menghargai hasil seni yang berasaskan empat bidang iaitu
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat
binaan serta mengenal kraf tradisional. Kesepaduan bidang kepada
murid untuk memupuk minat, memperkembangkan keperibadian,
memberi kesedaran dan kepekaan kepada nilai-nilai kesenian dan
alam sekitar.
Objektif
Konsep
Menyatakan unsur seni
yang terdapat pada objek
buatan manusia
Membuat corak dan rekaan mengikut
kreativiti sendiri
Memilih media yang sesuai
dalam penghasilan karya
seni
3 Modul
Melabel Ciri Kolaj Bunga
Tumbuhan Raya
(Bunga Ros)
Mewarna
Gambar Bunga
Raya
MODUL 1
Melabel Ciri Tumbuhan
(Bunga Ros)
MELABEL CIRI TUMBUHAN BUNGA ROS
Kelebihan
1. Kanak-kanak dapat menggunakan deria penglihatan ataupun
sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang objek.
2. Mengelaskan bunga ros kepada ciri-ciri sepunya seperti daun,
akar, batang, bunga.
Alat & Bahan
1.Kertas Warna A4
2. Saletip
3. Gunting
4. Pensil Warna
Panduan Bermain Kepada
Ibu Bapa
1.Pertama sekali adalah guru akan membawa bunga ros kepada
kanak-kanak dan diperkenalkannya terlebih dahulu.
2.Guru menunjukkan setiap ciri tumbuhan bunga ros yang
dibawanya seperti batang, daun, akar, bunga.
3.Guru kemudian menerangkan bagi setiap ciri tumbuhan
tersebut menggigil kan kad imbasan yang disediakan.
4.Guru mengeluarkan kertas A4 warna dan mengedarkan
kepada setiap kanak-kanak.
5.Kanak-kanak perlu untuk menulis semula ciri tumbuhan di atas
kertas itu menggunakan pensil warna.
6.Guru membawa kanak-kanak ke luar ruang pembelajaran dan
kemudian meletakkan setiap label pada setiap ciri tumbuhan
bunga ros.
7.Seleas itu, guru meminta kanak-kanak untuk menyanyi lagi
tumbuh-tumbuhan.
1Pentaksiran
MODUL 2
Kolaj Bunga Raya
KOLAJ BUNGA RAYA
Kelebihan
1.Dapat meningkatkan kemahiran motor halus iaitu
menggunakan otot kecil pada tangan serta
aplikas koordinasi mata dengan tangan melalui
aktitivi mengoyak dan menampal kertas.
1.Menggunakan pelbagai bahan dan teknik bagi
tujuan meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti
secara semulajadi
Alat & Bahan
1. Kertas warna
2. Gambar Bunga Raya
3. Gam
Panduan Bermain Kepada
Ibu Bapa
1.Sediakan gambar bunga raya yang tidak berwarna.
2.Ambil kertas warna dan pilih warna mengikut
kesesuaian warna bunga.
3.Koyakkan kertas warna kepada cebisan2 kecil.
4.Letakkan gam dan tampal cebisan kertas pada
gambar bunga raya.
5.Ulang langkah sehingga kesemua ruang pada
gambar bunga raya ditutup dengan cebisan kertas.
2Pentaksiran
MODUL 3
Mewarna Bunga
Raya
MEWARNA GAMBAR BUNGA RAYA
Kelebihan
1. Membantu kanak-kanak melatih cengkaman jari
dengan baik
2.Selain itu, dapat memberikan tumpuan kepada
aktiviti yang dilakukan
3.Aktiviti ini juga merupakan sesi pengenalan untuk
kanak-kanak kepada warna
Alat & Bahan
1.Gambar bunga raya
2.Pensil warna
Panduan Bermain Kepada
Ibu Bapa
1.Sediakan gambar bunga raya yang tidak berwarna.
2.Warnakan bunga raya tersebut dengan
menggunakan pensil warna.
3.Warna mengikut kesesuaian warna bunga.
4.Warnakan kesemua ruang yang ada pada gambar
bunga raya tersebut.
3Pentaksiran
Rumusan
Berdasarkan Rancangan Pengajaran Aktiviti yang digunakan
oleh guru, kanak-kanak seawal usia prasekolah sangat
tertarik dengan pembelajaran lebih-lebih lagi yang berkaitan
dengan seni dan kreativiti. Guru haruslah memainkan peranan
dengan menarik perhatian kanak-kanak dalam penyediaan
aktiviti yang bersesuaian supaya rasa minat itu tidak pudar
apabila melangkah ke alam persekolahan dan peringkat yang
lebih tinggi lagi.
Pengetahuan yang asas mengenai seni dan kreativiti ini
amat penting dalam masyarakat kita yang menuju ke arah
sebuah negara maju. Dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan
potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
Malaysia. Namun begitu, bagi menjamin masa depan negara,
kita perlu mengkaji semula dan menggunakan pendekatan
yang berkesan dalam mengajar kanak-kanak asas
mengenai dunia persekitaran mereka.
Oleh itu, seni dan kreativiti bukan sahaja perlu diperluaskan
disekolah malah ianya bermula di prasekolah lagi. Hal ini
demikian kerana, pembelajaran yang berkesan dari usia
kanak-kanak lagi akan membentuk satu asas pembelajaran
yang kukuh dan dapat meningkatkan lagi perkembangan
mereka dengan baik.
RPA 1
RPA 1
RPA 1
RPA 2
RPA 2
RPA 2
RPA 3
RPA 3
RPA 3
Link Video
https://drive.google.com/file/d/1Kdm_lzq
O2vxkO9JkuSF8mNW1OezQ6I2C/view?
usp=sharing
Semoga modul ini dapat memberi
manfaat kepada para ibu bapa di
luar sana. Selamat membaca dan
mencuba segala aktiviti yang telah
dicadangkan bersama-sama anak di
rumah