The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainsyaputri, 2021-08-25 20:08:32

NOTA CERPEN HADIAH

NOTA CERPEN HADIAH

Cerpen
‘Hadiah’



Sinopsis

Ringkasan cerita yang
merangkumi perkara-perkara
penting dalam sesebuah novel

atau cereka.

Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang
bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan
diberikan kepada guru kesayangan mereka
sewaktu sambutan Hari Guru tidak lama lagi.
Setiap murid menceritakan mengenai
kehebatan hadiah yang akan diberikan.
Azizah seorang pelajar miskin dan tidak
mampu untuk membelikan hadiah kepada guru
kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa
risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk
membeli hadiah untuk gurunya.

• Azizah cuba meminta duit daripada
emaknya namun hampa kerana emaknya
menyatakan bahawa dia tidak
mempunyai duit untuk diberikan kepada
Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta
duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit
daripada bapanya pula. Namun, Azizah
sekali lagi terpaksa menerima hakikat
bahawa keluarganya tidak mampu untuk
memberikan duit kepadanya.

Akhirnya, Azizah berasa lega kerana
emaknya telah mencadangkan agar Azizah
membuat tudung saji sebagai hadiah kepada
Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara
menganyam daripada emaknya, Azizah
berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang
cantik. Apabila Hari Guru tiba, Azizah terlalu
gembira untuk menyerahkan hadiah kepada
cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan
hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah
dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha
kepadanya mengenai satu pertandingan.

• Setelah menerima tawaran tersebut,
Azizah telah berusaha sedaya upayanya
untuk menghasilkan pelbagai rekaan
yang berkualiti dan menarik. Azizah telah
berjaya memenangi Pertandingan
Kraftangan Peringkat Daerah dan
seterusnya ke peringkat negeri.
Sehinggalah dia akhirnya telah berjaya
menambat hati juri dan hakim di
peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha
gigih dan kerajinan yang ditunjukkan
Azizah adalah satu kejayaan terbesar
Cikgu Zaleha.

Tema

Persoalan utama yang hendak
disampaikan oleh penulis dalam

sesebuah karya.

Kegigihan dan kecekalan
seorang murid yang akhirnya

memperoleh kejayaan.

Persoalan

Idea-idea sampingan yang
hendak disampaikan oleh
penulis dalam karya mereka.

Persoalan menghargai jasa guru.

 Persoalan ini dapat dilihat pada
gelagat murid-murid yang begitu
teruja untuk memberikan hadiah
kepada guru masing-masing sempena
sambutan Hari Guru.

• Persoalan Kegigihan dan kerajinan
seorang murid.

• Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah
yang begitu gigih menghasilkan tudung saji
yang ingin dihadiahkan kepada guru
kesayangannya.

• Selain itu, dia juga gigih dan rajin
menghasilkan bahan yang akan digunakan
untuk Pertandingan Kraftangan.

Plot

Jalinan peristiwa atau cerita dalam sesebuah
cerita yang terjadi atas SEBAB dan AKIBAT.

Permulaan cerita

Perkembangan cerita

Klimaks/kemuncak cerita
Peleraian cerita
/ penyelesaian masalah

i. Permulaan cerita

Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap
mengenai hadiah yang akan diberikan kepada
guru masing-masing sempena dengan
sambutan Hari Guru.

ii. Perkembangan cerita

Azizah cuba meminta duit daripada emak
dan bapanya untuk memastikan dia dapat
membeli hadiah untuk gurunya. Namun,
semuanya hampa kerana ibubapanya tidak
mampu untuk memberikan duit kepada
Azizah akibat kehidupan mereka yang
serba kekurangan. Akhirnya, Azizah telah
mendapat idea daripada emaknya untuk
membuat tudung saji sebagai hadiah
kepada Cikgu Zaleha.

iii. Klimaks/kemuncak cerita

Azizah menerima borang Pertandingan
Kraftangan Peringkat Daerah daripada
Cikgu Zaleha.

iv. Peleraian

Azizah telah menjadi johan untuk
Pertandingan Kraftangan Peringkat
Daerah dan naib johan peringkat
negeri. Seterusnya Azizah telah
berjaya menambat hati juri dam hakim
peringkat kebangsaan manakala Cikgu
Zaleha telah Guru Inovatif.

Watak dan perwatakan

Manusia, binatang atau makhluk lain
yang menjadi pelaku atau pelakon
cereka yang dicipta oleh seseorang
pengarang.

 Watak Azizah
i. Seorang murid yang miskin.
ii. Murid kesayangan Cikgu Zaleha.
iii. Seorang yang terlalu merendah diri.

 Watak cikgu Zaleha
i. Cikgu kepada Azizah
ii. Seorang guru yang berdedikasi



Azizah Cikgu Zaleha

• Watak emak
i. Emak kepada Azizah
ii. Seorang yang cacat pada sebelah

kakinya
iii. mengambil upah menganyam tikar

mengkuang

• Watak ayah
i. Ayah kepada Azizah
ii. Bekerja sebagai penarik beca

Latar

“ Setting” atau tempat yang
menunjukkan lokasi dan

gambaran/suasana sesuatu
peristiwa itu berlaku.

Terbahagi kepada tiga iaitu : latar
masa, latar tempat dan latar
masyarakat.

 Latar masa

i. Waktu pagi - ketika Azizah bertanyakan ayahnya mengenai
duit ketika bersarapan.

ii. Waktu petang – ketika Azizah menganyam tudung saji untuk
diberikan kepada Cikgu Zaleha.

iii. Semasa sambutan Hari Guru – Cikgu Zaleha dikerumuni ramai
peminat cilik yang beratur untuk memberikannya hadiah.

• Latar tempat iii. Di padang sekolah
i. Kelas iv. Bilik guru
ii. Rumah Azizah

• Latar masyarakat
i. Masyarakat pelajar - siapa pelajar?
ii. Masyarakat miskin - siapa miskin?
iii. Masyarakat guru - siapa guru?

Gaya bahasa

Keindahan bahasa yang digunakan
dalam karya

 Sinkope (penyingkatan bunyi/singkatan
perkataan)

i. Tak payahlah Zizah, menyusahkan
kamu saja”.

ii. “Zah nak buat apa duit banyak itu?”.

Nilai dan pengajaran

Nilai. Perbuatan positif yang boleh
diteladani oleh pembaca.

Pengajaran. Mesej yang ingin
disampaikan oleh pengarang dalam
bentuk peringatan atau pedoman.

 Nilai.

 Nilai kasih sayang.

 Azizah sayangkan Cikgu Zaleha kerana guru
itu selalu memuji kepandaiannya dalam mata
pelajaran.

 Nilai kerajinan.

 Azizah pulang tengah hari itu dengan tekad
dan semangat baru untuk membuktikan bahawa
usaha gigih dapat membina dirinya.

 Pengajaran.

i. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.

ii. Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu
kerja.

iii. Kita perlulah menanam sifat kasih sayang
dengan guru


Click to View FlipBook Version