1
ISI KANDUNNGAN M/S
ISI KANDUNGAN 1
MUKA DEPAN 4
SIDANG MEDIA 5
SEKAPUR SIRIH 6
PENGENALAN
KEADAH FIQH PERTAMA 7-14
SLOT MUHASABAH DIRI 15-20
RUJUKAN 21
2
3
SIDANG EDITOR
Puan SolhalHuda Binti
Sahidan
( Penasihat )
Anis Nurul Aida Binti Jamil
( Pereka Grafik )
Nurullisa Azlia Binti
Jamaluddin
( Pereka Grafik )
Nurul Natasha Binti Mohd
Yusoff
( Penyunting )
Nur Nafisha Binti Mohd Nor
Nazri
( Editor 1 )
Puteri Nur Syakirah Binti
Mohamad Hakiman
( Editor 2 )
4
SEKAPUR SIRIH
Alhamdullilah bersyukur saya kehadrat allah s.w.t kerana dengan limpah
kurnia dan inayahnya saya dapat menyiapkan e-folio yang diamanahkan
kepada saya dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan.
Selawat dan salam juga ke atas Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan
sahabat baginda.
Di kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih
kepada pengsyarah subjek pelancongan dan hospitaliti dalam islam yang
banyak memberi bimbimgan serta tunjuk ajar kepada saya dan rakan rakan
tanpa bosan dan jemu, walaupun berbagai ragam dan kerenah kami
semasa proses menyiapkan e-folio .
Penghargaan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya yang turut
menyumbang idea dan berfikiran serta memberi semangat dan tunjuk ajar
dalam membuat e-folio ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan kumpulan
yang memberi sumbangan idea dan berfikiran kepada saya dalam
menyediakan dan menyiapkan e-folio ini.
Semoga segala bantuan dan bimbingan dari puan solhal huda binti sahidan
akan memberi satu suntikan semangat dan inspirasi kepada saya dalam
menyiapkan yang akan datang .
Terima kasih semua,
Ikhlas dari,
Nurul Natasha Binti Mohd Yusoff
(Penyunting )
5
APAKAH ITU KAEDAH FIQH?
Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu berkaitan penjelasan tentang hukum
hukum yang umum. Kaedah Fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak
secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah hukum fiqh.
Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh para ulama’
bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang timbul saban
hari.
Manusia mempunyai berbagai-bagai tabiat semulajadi. Allah s.w.t mencipta
dan memberikan kepada kita dua kekuatan iaitu kekuatan sama ada mahu
melakukan kebaikan atau melakukan kejahatan. Jiwa manusia juga
seringkali terlalai daripada mengingati roh syariat lalu mereka melakukan
kerosakan di muka bumi kerana keegoan dan mementingkan diri sendiri
dengan melanggar hak-hak orang lain. Jika jiwa manusia ini dibiarkan
begitu sahaja, tanpa ada penghalang yang menyekat mereka daripada
melakukan kerosakan kepada masyarakat, nescaya perasaan takut,
permusuhan dan persengketaan akan berleluasa dan menyebabkan
institusi kemasyarakatan akan musnah dan longgar.
Ini membincangkan mengenai betapa syariat Islam mengambil berat
tentang perkara yang mendatangkan manfaat kepada manusia secara
keseluruhannya dan menghalang mereka daripada kemudaratan melalui
kaedah “la dharar wa la dhirar”.
6
SEGALA URUSAN BERDASARKAN NIAT
Kaedah ini memberi maksud kedudukan bagi setiap tindakan dan
perbuatan sesorang adalah bergantung kepada niat dan tujuannya.
Penilaian terhadap manusia, sama ada baik atau buruk, dosa atau ataupun
pahala adalah berdasarkan niat orang yang melakukannya.
CONTOH :
(1) Sesiapa yang mengelilingi kaabah bukan bertujuan melaksanakan
amalan haji atau umrah, tawafnya itu tidak dikira sebagai tawaf haji
mahupun umrah. Demikian juga sa’ie antara Safa dan Marwah tidak dikira
melainkan apabila disertai dengan niat untuk haji atau umrah.
(2) Pembinaan masjid atau surau demi kemudahan penduduk dan
pelancong akan diberikan ganjaran pahala. Sebaliknya, pembinaan untuk
memberi peluang seseorang untuk melakukan kejahatan seperti mencuri
wang di dalam tabung masjid akan diberikan ganjaran dosa oleh Allah
SWT.
(3) Membuat kebun penanaman anggur bagi tujuan untuk menjual hasil
buah kepada pelancong adalah dibolehkan. Tetapi sekiranya bertujuan
untuk membuat arak, hukumnya haram untuk dimakan.
7
KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN
1. Sekiranya, seseorang itu telah memastikan akan sesuat, kemudian
dia berasa syak adakah perkara yang dipastikan itu telah hilang atau
tidak, maka asasnya adalah masih kekal perkara yang dipastikan itu.
Maka sesuatu itu kekal diatas ‘apa yang telah dipastikan.
( Syarah al- Qawa’id al-
Fiqhiyyah)
2.Syak tidak memberi nilaian walau sedikit pun ke atas keyakinan dan
syak sedikit pun tidak menggantikan kedudukan keyakinan serta tidak
memberi sebarang manfaat kerana sesuatu itu berhajat kepada
keyakinan.
(Al-Jami’ Al- Bayan,
Al-Thabari).
3.Jika seseorang itu bertayammum disebabkan ketiadaan air
kemudian dia melihat sesuatu yang dia tidak pasti adakah ia
fatamorgana atau air maka batal tayammumnya.
8
KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN
Kaedah ini menjelaskan tentang persoalan yang boleh menyebabkan kemudaratan
sama ada fizikal atau mental,bencana yang melibatkan nyawa dan yang boleh
menyebabkan kerosakkan harta benda,maruah dan keturunan.Islam memberikan cara
penyelesaian dan keizinan apabila berlaku kemudaratan terhadap seseorang dengan
syarat tidak menyusahkan orang lain.
Hadis Rasulullah S.A.W
“Tidak ada kemudaratan dan tidak dimudaratkan”
CONTOH :
1) Rumah penginapan atau hotel tidak menyediakan makanan dan minuman yang
haram kepada pelancong islam.Contohnya,Hotel HIG yang berkonsepkan
islamik dan hotel tersebut merupakan seorang muslim.
Nabi Muhammad S.A.W Telah Bersabda:
“Barang siapa menjual barang yang cacat di mana ia tidak
menerangkannya,nescaya ia sentiasa di dalam kemurkaan Allah ,dan Malaikat
tida berhenti melaknatnya,”
(Hadis riwayat Al-Imam Ibnu
Majah)
Nabi Muhammad S.A.W Telah Bersabda:
“Sesungguhnya pra peniaga dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang jahat
kecuali mereka yang bertakwa ,berbuat kebaikan dan benar”
(Riwayat al Tarmizi,al-hakim dalam al
Mustadrak )
2) Bilik Non-smoking di dalam hotel atau homestay perokok tidak dibenarkan
merokok di dalam bilik yang mempunyai tanda Non-smoking untuk mengelakkan
kemudaratan kesihatan.Contohnya, sakit jantung,sesak nafas dan sebagainya.
“Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan”.
(QS.Al Baqarah:195).
9
“Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan juga tidak boleh membahayakan(orang
lain). ”(HR.Ibnu Majah,kitab al-ahkam,no.2340).
3) Pekerja di rumah penginapan ,tetamu atau pelancong perlu menjaga
pemakaian apabila keluar untuk mengelakkan daripada berlaku perkara
yang tidak di ingini.Contohnya,pencabulan,kes rogol dan sebagainya.
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang
menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari
akhirat nanti."
(Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad,Abu Daud,An Nasa’I
dan Ibn Majah)
"Sesungguhnya sebahagian ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian
tetapi telanjang yang cenderung pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan
mencium baunya."
(Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari
dan Muslim)
10
KESULITAN MEMBAWA KEPADA KERINGANAN
Kaedah ini menunjukkan bahawa islam mempunyai kaedah yang boleh
diamalkan, terutamanya ketika berhadapan dengan kesukaran dan
kesusahan. Apabila berlaku sesuatu kesulitan dalam melaksanakan
kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT, makai slam memberi jalan
keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi.
CONTOH :
1) Bagi perempuan yang didatangi haid dan nifas, mereka tidak perlu
untuk qada’ solat.
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha :
ِ َو ََل نُ ْؤ َم ُر بِقَ َض ا ِء الصَََّلة، فَنُ ْؤ َم ُر بِقَ َضا ِء الصَّ ْو ِم، كَا َن يُ ِص يبُنَا ذَلِ َك
Maksudnya: “Perkara itu (haid) adalah (ketetapan) yang
ditimpakan ke atas kami (kaum wanita). Maka kami diarahkan
untuk menggantikan puasa (kerana haid) dan tidak
diperintahkan untuk menggantikan solat (fardu yang
ditinggalkan pada waktu haid)."
(Riwayat Muslim)
2) Bilangan solat fardu ketika sedang bermusafir dikurangkan iaitu dari
empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 :
Maksudnya : “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia
tidak menghendaki kamu beroleh kesusahan”.
11
3) Diberi kemaafan apabila terdapat najis yang tidak dapat dilihat
ketika sedang menunaikan solat.
Hadith daripada Abu Hurairah RA :
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda :
“Sesungguhnya kamu dibangkitkan dengan kesenangan dan tidak
dibangkitkan kamu dengan kesusahan”.
(HR Tirmizi)
12
ADAT DIJADIKAN SEBAGAI HUKUM
( محكـمة الـعـادةAl'aadatu muhakkamah), Artinya: "Adat Kebiasaan dapat
dipertimbangkan menjadi hukum"
Adat yang dapat dijadikan hukum ialah adat kebiasaan yang tidak
bertentangan dengan ketentuan syara' (hukum islam).
CONTOH ADAT DIJADIKAN SEBAGAI HUKUM :
1) Jual beli as-salam (jual beli pesanan) yang tidak memenuhi syarat
jual beli.
Menurut syarat jual beli adalah pada saat jual beli dilangsungkan pihak
pembeli telah meneriam barang yang dibeli dan pihak penjual telah
menerima uang penjualan dagangannya tersebut. Sedang pada as-salam
barang yang akan dibeli itu belum ada wujudnya pada saat akad jual beli.
Tetapi karena sudah menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat, bahkan
dapat memperlancar arus jual beli, maka as-salam itu dibolehkan.
2) Adat di suatu tempat menggunakan kata 'meminta' bermakna jual
beli. Seperti seseorang datang ke agensi pelancongan lalu
mengatakan saya minta satu pakej melancong ke Langkawi
kebiasaan menggunakan kata 'meminta' tidaklah berarti
sesungguhnya tetapi 'meminta' itu memiliki arti memesan atau
membeli yang wajib dibayar.
3) Adat main kutu yang merupakan amalan bagi kebanyakan
masyarakatsetempat di Malaysia. Dalam amalan ini, satu kumpulan
dibentuk dandiketuai oleh seorang ketua di mana setiap bulan,
semua ahli akanmenyumbangkan wang mengikut jumlah yang telah
dipersetujui. Satu undian akan dibuat untuk menentukan giliran
siapa yang akan mendapat 13
wang terkumpul tersebut. Oleh itu, setiap seorang daripada ahli
kumpulan ini akan menerima wang terkumpul mengikut giliran masing-
masing.Amalan diamalkan bertujuan untuk saling membantu antara
satu sama laindalam mengatasi masalah kewangan dan untuk
mengumpul modal.Permainan kutu ini boleh dikatakan sebagai akad
wadiah yang diguna pakai oleh ahli berkenaan iaitu semasa
menyerahkan wang kutu kepada ketua kumpulan yang dilantik.
14
SLOT MUHASABAH DIRI
PERSOALAN:
1. Pandangan Tentang Aurat Mengikut Islam?
Maksud aurat ialah ianya diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti
keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai
bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari
pandangan.Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana
masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-
orang yang tertentu. Aurat merupakan salah satu perkara yang perlu dijaga
bagi menjaga maruah seseorang terutamanya perempuan.
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-
ahzab ayat 33 yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu
mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman
dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah
kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu
dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-
perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak
membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum
menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan
sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka
membuka aurat dengan sesuka-suka hatinya, maka dengan secara tidak
langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka
berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini seperti dirogol,dicabul
kehormatan dan sebagainya dan akan timbul berbagai-bagai fitnah dari
masyarakat tentang diri mereka yang menyebabkan masyarakat akan
pandang rendah terhadap diri mereka seperti tidak ada maruah diri dan
akan menyebabkan malu oleh keluarga tersebut.
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang
bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan 15
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya
bagi menutup seluruh
ubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka
tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha
mengasihani."
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan
pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak
seperti berpakaian itu perlulah menutup aurat dan pakaian itu mestilah
longgar, tidak ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh
badan.Contohnya cerita rasulullah dengan usamah berkaitan kain Qibtiah
iaitu (suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau
tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan
kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :"
Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di
bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka
akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh
badan isterimu)").
Seterusnya,sesuatu pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak
tebal,tidak nipis atau jarang yang boleh menapakkan bayangan tubuh
badan dan pakaian wanita perlulah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin
dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya.
Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa
bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang
memandangnya.Pakaian bagi seseorang perempuan tersebut tidak boleh
berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian lelaki dan bagi perempuan
tersebut tidak boleh menyerupai lelaki seperti “Abu Hurairah r.a telah
meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua
wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai
dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".
Akhir sekali,pakaian seseorang itu tidak boleh menyerupai pakaian orang-
orang kafir atau musyrik yang boleh menampakkan sesuatu agama seoerti
kristian.Contohnya,memakai baju yang terdapat lambang salib,gambar
sesuatu agama seperti Kristian pada baju.
KESIMPULAN
Antara tujuan berpakaian dengan sempurna itu, ialah untuk menutupi
atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih
pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat
auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi
lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang
dianjurkan oleh islam agar dapat mengelakkan daripada azab di akhirat
kelak.Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran
islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang
mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang
tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan
santun.
16
SLOT MUHASABAH DIRI
Apakah Aurat Terkawal Di Tempat Awam?
Perkataan aurat ialah merujuk kepada apa-apa yang diharamkan untuk
didedah daripada anggota badan sama ada lelaki ataupun perempuan. Ia
juga ditakrifkan sebagai apa-apa yang wajib ditutupi dan tidak boleh
dizahirkan daripada anggota badan. Menurut Khatib al-Syarbini, aurat
diertikan sebagai apa-apa yang haram untuk dilihat.
Menurut pengarang kitab Kifayah al-Akhyar, aurat menurut syarak ialah
batas minima dari bahagian tubuh yang wajib ditutup kerana perintah Allah
SWT.
Dijelaskan dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah pula bahawa aurat adalah
suatu angggota badan yang tidak boleh ditunjukkan dan diperlihatkan oleh
lelaki atau perempuan kepada orang lain.
Pada asasnya, hukum menutup aurat adalah wajib sepertimana disepakati
ulama’ berdasarkan firman Allah SWT:
َو ُقل ِِّل ْل ُم ْؤ ِم َنا ِت يَ ْغ ُض ْض َن ِم ْن أَ ْب َصا ِر ِهن َو َي ْح َف ْظ َن فُ ُرو َج ُهن َو َل ُي ْب ِدي َن ِزينَتَ ُهن إِل َما َظ َه َر ِم ْن َها ۖ َو ْل َي ْض ِر ْب َن
بِ ُخ ُم ِر ِهن َعلَى ُج ُيوبِ ِهن ۖ َو َل ُي ْب ِدي َن ِزينَتَ ُهن ِإل ِل ُب ُعو َلتِ ِهن أَ ْو آ َبا ِئ ِهن أَ ْو آبَا ِء ُبعُو َلتِ ِهن أَ ْو أَ ْب َنائِ ِهن أَ ْو أَ ْب َنا ِء بُ ُعو َل ِت ِهن
أَ ْو إِ ْخ َوا ِن ِهن أَ ْو بَ ِني ِإ ْخ َوا ِن ِهن أَ ْو َبنِي أَ َخ َوا ِت ِهن أَ ْو ِن َسا ِئ ِهن أَ ْو َما َملَ َك ْت أَ ْي َمانُ ُهن أَ ِو التا ِب ِعي َن َغ ْي ِر أُو ِلي ا ْْ ِل ْربَ ِة ِم َن
ۚ ال ِّر َجا ِل أَ ِو ال ِِّط ْف ِل ال ِذي َن َل ْم يَ ْظ َه ُروا َعلَى َع ْو َرا ِت ال ّنِ َسا ِء ۖ َو َل َي ْض ِر ْب َن بِأَ ْر ُج ِل ِهن ِليُ ْعلَ َم َما ُي ْخ ِفي َن ِمن ِزي َن ِت ِهن
َوتُو ُبوا ِإلَى اللـ ِه َج ِميعًا أَ ّيُهَ ا ْل ُم ْؤ ِم ُنو َن َلعَل ُك ْم تُ ْف ِل ُحو َن
Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang
beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung
kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa
mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji
dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui
orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya
kamu berjaya."
17
Berdasarkan ayat al-Quran ini, para ulama’ menetapkan hukum wajib bagi
menutup aurat bagi orang lelaki dan perempuan. Begitu juga dalam hadith
Rasulullah SAW menegur Asma’ Binti Abu Bakar RA:
يَا أَ ْسما ُء إن ا ْلم ْرأَةَ إذَا َب َلغَ ِت ا ْلم ِحي َض َل ْم َي ْصلُ ْح أَ ْن ُي َرى ِم ْنها إل هَذَا و َه َذا
Berdasarkan ayat al-Quran ini, para ulama’ menetapkan
hukum wajib bagi menutup aurat bagi orang lelaki dan
perempuan. Begitu juga dalam hadith Rasulullah SAW
menegur Asma’ Binti Abu Bakar RA:
َيا أَ ْس َما ُء إِن ا ْل َم ْرأَةَ ِإذَا بَ َل َغ ِت ا ْل َم ِحي َض لَ ْم َي ْص ُل ْح أَ ْن يُ َرى ِم ْن َها ِإل َهذَا َو َهذَا
Maksudnya: “Wahai Asma! Sesungguhnya wanita jika sudah
baligh maka tidak boleh nampak dari anggota badannya
kecuali ini dan ini (beliau mengisyaratkan ke muka dan
telapak tangan).”[5]
Allah SWT turut berfirman:
يَا بَنِي آ َد َم َق ْد أَن َز ْلنَا َع َل ْيكُ ْم ِل َبا ًسا يُ َوا ِري َس ْوآتِ ُك ْم َو ِري ًشا ۖ َو ِل َبا ُس الت ْق َوى ذَ ِل َك َخ ْير ۚ ذَ ِل َك ِم ْن
آ َيا ِت اللـ ِه لَعَل ُه ْم َيذك ُرو َن
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami
telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk)
pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan
pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.
Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia)
Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya
mereka mengenangnya (dan bersyukur).
18
SLOT MUHASABAH DIRI
Adakah mudah atau susah untuk istiqomah?
Mudah atau susah untuk beristiqomah? seperti yang semua
tahu,untuk beristiqomah ini adalah sangat susah ya semua tidak kira
sama ada dalam menutup aurat atau beristiqomah dalam
melakukan Suruhan Allah S.W.T.Menutup aurat ini adalah salah
satu proses yang tidak mudah untuk seseorang itu untuk
melakukanya.Ianya bergntung kepada iman seseorang itu jika tinggi
imannya maka mudah lah untuk seseorang itu kekal beristiqomah
manakala jika iman seseorang itu lemah maka sukar bagi mereka
untuk terus kekal beristiqomah.
19
SLOT MUHASABAH DIRI
Apakah aurat bagi perempuan dan lelaki?
Menurut islam, aurat bagi kaum lelaki adalah bermula dari pusat
hingga lutut. Bagi perempuan, aurat mereka adalah yang paling dijaga
iaitu dari bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki KECUALI
muka dan tapak tangan. Aurat bagi seorang perempuan bukan sahaja
perlu dijaga terhadap ajnabi tetapi mereka juga perlu menjaga auratnya
terhadap kaum yang bukan beragama islam. Aurat bagi perempuan
dengan kaum yang bukan beragama islam sama sahaja dengan batas
aurat mereka dengan kaum ajnabi.
Aurat Muslimah dengan Wanita Bukan Muslim
Berbalik kepada persoalan di atas, ulama fiqh berbeza pandangan
berkenaan aurat perempun muslimah pada pandangan perempuan
kafirah, sehinggakan ulama didalam mazhab Syafie sendiri juga
mempunyai beberapa pandangan.
Pertama: Menurut pandangan majoriti ulama fiqh bahawasanya aurat
perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah
seperti aurat perempuan pada pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh
tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Aurat perempuan Muslimah
pada pandangan perempuan kafir menurut pandangan majoriti ulama
fiqh adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.
Manakala menurut pandangan sebahagian ulama mazhab Syafi’i,
termasuk sebahagian ulama muta’akkhirin mazhab Syafi’i bahawa aurat
perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafir adalah selain
kepala, tangan dan kaki.
20
RUJUKAN
Pandangan aurat mengikut islam
⚫ https://www.jais.gov.my/v2/page.php?id=453&k=Zina
21