The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 2021888274, 2023-01-07 08:04:32

BUKU PANDUAN

BUKU PANDUAN

BUKU PANDUAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
DALAM MUZIUM

"PEMAINAN TRADISIONAL KUDA KEPANG"

TINGKATAN 2

MUSLIHAH KHALIESAH BINTI MD NIZAM
2021888274

PROF MADYA DR. BADRUL BIN ISA

RUKUN NEGARA

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-

Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di
Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung

dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.



• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan



Sumber : BUKU RASMI TAHUNAN: MALAYSIA 2017

ISI KANDUNGAN

01 PENGHARGAAN 07 JENIS KUDA KEPANG
02 PENGENALAN BPPDM 08 PROSES PEMBUATAN KUDA
03 OBJEKTIF BPPDM
04 PANDUAN BPPDM KEPANG
05 PENGENALAN KUDA KEPANG
06 SEJARAH KUDA KEPANG 09 ALAT MUZIK KUDA KEPANG
10 CARA PERMAINAN KUDA

KEPANG

11 PANTANG LARANG KUDA
KEPANG

12 SOALAN KBAT PANDUAN
KEPADA GURU

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu saya ketika menjalankan

tugasan ini. Khasnya kepada Prof Madya Dr. Badrul Bin Isa kerana beliau merupakan pensyarah
yang banyak membantu saya dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Kepada ibu bapa dan

rakan-rakan yang telah banyak membantu dan menyokong saya dalam menyiapkan tugasan
ini juga jutaan terima kasih saya ucapkan.

PENGENALAN BPPDM

BUKU PANDUAN PENGAJARAN DALAM MUZIUM DIHASILKAN BAGI
MEMBANTU PARA GURU UNTUK DIGUNAKAN DALAM DAN LUAR BILIK
DARJAH SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM).

BUKU PANDUAN PENGAJARAN DALAM MUZIUM INI MEMPUNYAI
PENJELASAN TENTANG PERMAINAN KUDA KEPANG.

BIDANG SEJARAH DAN APRESIASI SENI JUGA DAPAT DIKAITKAN DI
DALAM BUKU PANDUAN PENGAJARAN INI.

OBJEKTIF BPPDM

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKAN MENJADI LEBIH
LANCAR.

MEMBANTU PARA PELAJAR UNTUK LEBIH MENDALAMI WARISAN YANG
TERDAPAT DI MALAYSIA.

MEMBANTU PELAJAR MENDALAMI SESUATU ILMU DENGAN
MENGGUNAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI.

PANDUAN MENGGUNAKAN BPPDM

BUKU PANDUAN INI DIGUNAKAN BERSAMA OBJEK YANG BERKAITAN
SEBAGAI RUJUKAN UNTUK PARA PELAJAR.

BUKU INI DIGUNAKAN UNTUK MENGAJAR TOPIK MENGENAI PERMAINAN
TRADISIONAL IAITU KUDA KEPANG.

PELAJAR DISARANKAN UNTUK DIBAHAGIKAN DI DALAM KUMPULAN
YANG KECIL UNTUK AKTIVITI BERKUMPULAN.

PENGENALAN KUDA KEPANG

Permainan kuda atau kuda lumping
berasal dari Jawa, Indonesia dan dibawa
oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah
Melayu. Di Malaysia, permainan kuda
kepang sangat terkenal di negeri Johor
dan selalunya dimainkan ketika majlis
tertentu.

SEJARAH KUDA KEPANG

Kuda kepang merupakan sebuah tarian yang dimainkan Sunan Kali Jaga
ketika majlis tertentu dan berasal dari Jawa Timur. Ia
adaptasikan dari kisah peperangan yang dilalui pada zaman
Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Ianya di cipta
oleh salah seorang wali sembilan (wali songo) yang
bernama Sunan Kali Jaga.Tujuan kuda kepang dicipta
adalah sebagai hiburan disamping tarikan dalam
menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat di tanah
Jawa. Nama kuda kepang diambil dari nama kuda
anyaman yang dipanggil "kepang" dalam bahasa jawa. Jika
di Jawa, kuda kepang dikenali sebagai kuda lumping. Kini,
kuda kepang banyak dimainkan ketika majlis keramaian
seperti majlis perkahwinan.

JENIS KUDA KEPANG

Kuda Kepang Tradisional Kuda Kepang Moden Anak Kuda Kepang

KUDA KEPANG TRADISIONAL

Kuda kepang tradisional merupakan kuda kepang
terawal yang dibuat. Ia terbuat daripada kulit lembu
dan jambul diperbuat daripada bulu.

KUDA KEPANG MODEN

Kuda kepang moden merupakan kuda kepang yang
telah ditranformasikan. Kuda kepang jenis ini

menggunakan tali bagi menggantikan bulu dan buluh
diraut serta dianyam menggantikan kulit lembu.

ANAK KUDA KEPANG

Anak kuda kepang merupakan kuda kepang kecil.
Saiznya yang lebih kecil sesuai dimainkan oleh kanak-
kanak.

PROSES PEMBUATAN
KUDA KEPANG

MENGANYAM MERAUT BULUH

Pemilihan buluh yang terbaik Setelah buloh-buloh tadi
abgi menghasilkan kuda selesai dipotong, proses
kepang yang berkualiti dan seterusnya ialah meraut
tahan lebih lama. Setelah buluh tersebut sehingga halus
buluh siap dipilih, buluh akan dan lembut serta boleh
dipotong 16 bilah . dilentur.

PROSES PEMBUATAN
KUDA KEPANG

MEMILIH BULUH MEMASANG BINGKAI

Buluh tersebut dianyam Proses pemasangan bingkai
sehingga bentuk kuda kepang ialah pemasangan bingkai
seperti yang dilakar terhasil. pada bahagian luar kuda
kepang agar kelihatan lebih
kemas dan kukuh. Bingkai
tersebut dijahit pada
anyaman kuda kepang
tersebut.

PROSES PEMBUATAN
KUDA KEPANG

MENCORAKKAN KUDA KEPANG

Proses yang terakhir ialah kuda kepang dicorakkan mengikut warna-warna
yang sesuai dan dijemurkan suapay catnya mengering.

BAHAGIAN BELAKANG BAHAGIAN DEPAN

ALAT MUZIK KUDA KEPANG

ANGKLUNG BONANG SARON PEKING

JIDUR KENONG GENDANG JAWA GONG

CARA PERMAINAN KUDA KEPANG

Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar
kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput dan air untuk
persembahan.Dikawal oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda
masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula
dengan perlahan dan agak membosankan.



Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu. Ketika muzik menjadi lebih
pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kadang-kadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.Penari-
penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari
dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak.



Kononnya, jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang
berang. Penari-penari akan menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan
mereka.Ketika mabuk, mereka kadang-kadang akan bermimpi menunggang kuda sebenar sambil menari dengan iringan muzik. Disebabkan itu,
mereka akan cuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh".



Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawal, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut
gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

PANTANG LARANG KUDA KEPANG

Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok Bomoh untuk persembahan. Pengeras ini terdiri
daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih.

Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok
Bomoh persembahan. Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.

Sebagai pantang larang dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika
sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain
merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi.

Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh melihat kaca kerana takut mereka akan makan kaca itu.

SOALAN KBAT PANDUAN
KEPADA GURU

1. Apakah alat muzik tradisional yang mengiringi permainan kuda kepang?
2. Dari manakah permainan kuda kepang berasal?
3. Apakah perbezaan kuda kepang tradisional dengan kuda kepang moden?

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version