The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdullah sam, 2023-05-22 09:49:07

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022 SK BAWANG TIAN, MATU

MESYUARAT PIBG SK BAWANG TIAN 29 JUN 2022

Page | 1 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 2022 SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BAWANG TIAN 96250 MATU Tarikh : 29 JUN 2022 Hari : Rabu Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan SK Bawang Tian, Matu Agenda : 1. Ucapan aluan Yang DiPertua PIBG 2. Ucapan alu-aluan Penasihat PIBG 3. Menyemak dan Membincangkan Minit Mesyuarat Agong PIBG yang lepas 4. Perkara Berbangkit 5. Membentang dan menerima Laporan aktiviti PIBG 6. Membentang dan menerima Laporan kewangan PIBG 7. Pembentangan / cadangan 8. Hal-hal lain 9. Ucapan Penangguhan Bil. Kehadiran: 140 orang (Rujuk Lampiran)


Page | 2 1. Ucapan aluan Penasihat 1.1 En. Noh bin Abol Kassim, Penasihat PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir. Sama juga seperti ucapan guru besar yang terdahulu yang berdasarkan minit yang mesyuarat yang lepas, tidak lain tidak bukan, pentadbir sekolah memohon kerjasama ibu bapa, guru serta masyarakat,komuniti dan agensi yang ada di sekeliling kita. 1.2 PIBG dan sekolah saling bekerjasama untuk kemanjdian murid dan kualiti sekolah terjamin dan tercapai. Tanpa PIBG sudah tentu tidak lengkap sesebuah sekolah. Tanpa kerjasama ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah di sekolah ini, sudah tentu usaha kami guru tidak seperti mana yang diharapkan. Maksudnya kita saling bersamasama melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ibubapa kepada anak yang bersekolah di sekolah ini, di rumah dan tanggungjawab guru mendididik murid-murid di sekolah. 1.3 Guru di sekolah memastikan intelek, mental, fikiran anak-anak sentiasa berubah menjadi anak yang pintar dan cerdik. Tanggungjawab ibubapa, penjaga serta ahli keluarga di rumah memastikan anak-anak kita terbentuk akhlak dan adabnya. 1.4 Beliau menyeru kepada ibu bapa dan guru bersama menyumbangkan tenaga dengan ikhlas dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk membentuk anak-anak kita ini menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara serta agama dan taat berbakti kepada ibubapa dan taat kepada perintah Allah SWT. 1.5 Beliau juga memohon hadirin yang hadir pada hari ini yang mengemukakan isu-isu dengan tertib dan beradab. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Jika tidak dapat diselesaikan pada hari ini, kita akan cuba menyelesaikan dari semasa ke semasa dan memastikan apa-apa isu yang akan dibentang oleh kita hari ini dapat dilaksanakan. 1.6 Beliau menjelaskan sepanjang beliau berada di sekolah ini pada 11-5-2022, beliau masih belum berkesempatan untuk melihat keseluruhan sekolah ini secara khusus dan berfokuskan kepada bahagian yang penting yang perlu diuruskan dengan segera dan berkesan. 1.7 Sekiranya ada perkara diambil tindakan segera sila kemukakan. Semoga perjalanan mesyuarat kita hari ini berjalan dengan lancar dan tujuan mesyuarat hari ini tercapai dan mengutamakan isu keperluan yang sebenar untuk kepentingan anak-anak kita di samping keberkesanan PIBG itu sendiri. 1.8 Oleh yang demikian, beliau dan rakan pentadbir membatalkan semua aktiviti di sekolah yang sepatutnya aktiviti kokurikulum diadakan pada petang ini bagi menghadiri mesyuarat agung ini untuk bersama ibu bapa.


Page | 3 1.9 Untuk pengetahuan bersama, sekolah dalam bulan Jun 2022 seolah-olah seperti sekolah sukan sehingga ada di kalangan guru-guru dan ramai guru-guru menjalankan aktiviti sukan di luar sekolah. Beliau memohon ibu bapa memahami situasi yang telah berlaku ini dan pihak sekolah kena akur berdasarkan kapasiti sekolah SK Bawang Tian yang sangat besar menyebabkan semua orang memandang sekolah ini, kenapa sekolah yang besar tidak boleh menghantar wakil bagi semua aktiviti sukan peringkat daerah dan zon. Penolong kanan Kokurikulum, En Ramzi bin Junai sentiasa berbincang berkenaaan aktiviti sukan sekolah. 1.10 Pada mesyuarat agung hari ini kita sama-sama berbincang bagaimana PIBG sekolah ini membantu sekolah dalam apa jua aktiviti melibatkan tenaga dan kewangan PIBG untuk membantu sekolah melaksanakan aktiviti sekolah. 1.11 Beliau lebih mengutamakan kemanjadian murid-murid di sekolah ini di mana setiap hari beliau memantau seluruh sekolah dan beliau berfikir kenapa sekolah ini tidak lebih baik pada hari ini. Beliau telah memberitahu semua guru, jangan difikir kekurangan yang ada di sekolah ini dan harus begerak ke hadapan untuk kemanjadian murid-murid sekolah ini dan murid-murid harus mendapat didikan yang sempurna walaupun bilik darjah yang kurang sempurna dan kita harus bersyukur. 1.12 Pada hari ini kita berada di dalam dewan yang baru di mana kos pembinaan sekolah ini lebih tiga ratus ribu ringgit Malaysia dan berterima kasih kepada YB Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi, Parlimen 207, telah mengadakan dewan yang ada pada hari ini. 1.13 Beliau memberitahu baru-baru ini beliau memohon “Susur Gajah” dan YB Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi, Parlimen 207 telah meluluskan permohonan peruntukan membina “Susur Gajah” tersebut sebanyak tujuh puluh ribu ringgit Malaysia. Susur Gajah tersebut bermula tangga PPKI melalui pintu pagar hingga ke tandas di bahagian blok bangunan A. 1.14 Beliau memaklumkan pada hari Isnin yang lepas, sekolah ini didatangi oleh pegawai Jabatan Kerja Raya, Kuching di mana mereka memantau seluruh bangunan sekolah ini. Beliau dimaklumkan oleh pegawai berkenaan bahawa bangunan baru sekolah ini bakal dibina, iaitu dua bangunan sekolah empat tingkat, bangunan PPKI, bangunan Pra yang lama dirobohkan dan diganti bangunan PRA baru. Beliau mengharapkan apa-apa yang diberitahu oleh pegawai JKR berkenaan benar-benar akan dilaksanakan. Beliau mengharapkan ibu bapa bersama berdoa semoga bangunan baharu SK Bawang Tian dilaksanakan sebagaimana yang diberitahu oleh pegawai JKR yang telah mendatangi ke sekolah ini. Tindakan :Makluman


Page | 4 2. Ucapan aluan Yang DiPertua PIBG 2.1 Pn. Maimon binti Idin, YDP PIBG Beliau mengalu-alukan kedatangan ibubapa dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan ibu bapa dan semua guru terhadap Mesyuarat Agung pada hari ini. 2.2 Beliau berharap agar pihak PIBG dan sekolah sentiasa mengadakan perbincangan untuk menjana idea dan mencari titik keserasian dalam mencapai matlamat menjadikan sekolah ini lebih cemerlang. 2.3 Beliau menegaskan ibu bapa melalui PIBG perlu memberikan sumbangan sam ada masa, wang, kepakaran dan kerjasama untuk kecemerlangan sekolah ini. 2.4 Beliau meminta sokongan dari exco PIBG supaya aktif dalam aktiviti anjuran PIBG yang akan dirancang dalam tahun ini. 2.5 Beliau berharap agar ibubapa dapat mengutamakan pelajaran anak-anak dan sentiasa mengambil tahu perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Tindakan :Makluman 3. Menyemak dan Membincangkan Minit Mesyuarat Agong PIBG yang lepas 3.1 Pencadang : Hazlynn binti Pandi 3.2 Penyokong : Siti binti Rahman Tindakan :Makluman 4. Perkara Berbangkit Tiada perkara berbangkit Tindakan :Makluman 5. Membentang dan menerima Laporan aktiviti PIBG 2020 5.1 Encik Abdullah bin Samsudin iaitu, Setiausaha PIBG membentangkan laporan aktiviti PIBG sepanjang tahun 2021 hingga 2022. (Rujuk lampiran) Tindakan :Makluman 6. Membentang dan menerima Laporan kewangan PIBG 6.1 Cik Rayah binti Zakariahmembentangkan laporan kewangan PIBG iaitu, Pengaliran Dana Tunai di dalam akaun PIBG dari tempoh 01.01.2021 hingga 29.10.2022). (Rujuk lampiran) Tindakan :Makluman


Page | 5 7. Pembentangan Usul / Cadangan 7.1 Kawalan Keselamatan laluan pergi dan balik murid dari simpang empat Kampung Tian, Matu ke sekolah SK Bawang Tian 7.1.1 Guru besar mengemukakan usul di atas dan menerangkan bahawa pihak yang berkenaan menegaskan bahawa jangan menggunakan pengawal keselamatan sekolah untuk menjaga jalan di simpang empat Kampung Tian sebab jarak jalan tersebut lebih 200 meter dari sekolah. 7.1.2 Beliau memohon ibu bapa urusan kawalan keselamatan di laluan tersebut diurus oleh pihak PIBG terlebih dahulu bagi tiga sesi, dengan apa cara sekali pun bermula jam 6.00 pagi hingga 7.00 pagi, waktu balik tengah hari dan waktu KAFA serta aktiviti Ko Kurikulum pada waktu petang. 7.1.3 Beliau mencadangkan melantik orang tertentu untuk menjaga kawalan lalu lintas di jalan tersebut dan pihak PIBG memberi sagu hati untuk tempoh yang tertentu, bermula jam 6.00 pagi hingga 7.00 pagi, waktu balik tengah hari dan waktu KAFA serta aktiviti Ko Kurikulum pada waktu petang. Tindakan : Exco PIBG 7.1.4 Beliau menerangkan pada hari Sabtu yang lepas beliau telah mengemukakan surat berhubung perkara di atas, beliau juga telah memaklumkan kepada pegawai Jabatan Kerja Daro berhubung perkara di atas dan pihak JKR telah memantau dan beliau diarahkan untuk memasukkan perkara di atas melalui Perkhidmatan Talikhidmat https://talikhidmat.sarawak.gov.my/talikhidmat/web/home/index berhubung perkara di atas. 7.1.5 Beliau meminta persetujuan ibu bapa yang hadir menggunakan dana PIBG untuk memberi sagu hati kepada orang tertentu untuk membuat kawalan keselamatan laluan simpang empat Kampung Tian laluan pergi dan balik murid dari sekolah berkuat kuasa pada 30 Jun 2022 (Khamis) dan beliau menyerahkan perkara di atas kepada exco PIBG. 7.1.6 Semua ahli yang hadir bersetuju usul yang telah dikemukakan oleh guru besar, En Noh bin Abol Kassim.


Page | 6 7.2 Memohon parking kereta dan motorsikal di bahagian Kampung Bawang di sekolah. Nama: Juraimah binti Binat Nama anak : siri Nurindah binti Sahbudin (kelas 5A) 7.2.1 Semua ahli yang hadir bersetuju usul yang telah dikemukakan dengan membuat parking bersimen. 7.3 Memohon pihak PIBG dapat menyumbangkan whiteboard di bilik kelas. Menggunakan kapur agak sensitif, pelajar yang mengalami masalah kesihatan Nama: Siti Zubaidah binti Madil Nama anak : Muhamad Hariz Zafran bin Mohamad Fardly (5A) Nama anak : Muhamad Fariz Farhan bin Mohamad Fardly (Pra Sekolah) 7.3.1 Guru besar menerangkan di kelas masih menggunakan papan hijau dan perkara tersebut telah diambil tindakan oleh exco PIBG dan dilaksanakan sekiranya ada dana. Tindakan :Exco PIBG 7.4 Memohon laluan berbumbung untuk keperluan anak-anak apabila keluar dari kelas. (terlindung dari panas dan hujan). Nama: Habsyah binti Kipli Nama anak : Afifah Nursyyairizat binti Zamri (6C) 7.4.1 Guru besar menjelaskan Y.B. Tuan Haji Ahmad Johnie Haji Zawawi, P207 telah meluluskan permohonan laluan berbumbung sebanyak RM70 ribu untuk membina laluan berbumbung. 7.4.2 Beliau menjelaskan laluan berbumbung tersebut bermula di tangga PPKI melalui jalan dan terus ke tandas di bahagian bangunan belakang. Tindakan :makluman 7.5 Memohon supaya kelas KAFA tidak diadakan petang Jumaat. Nama: Faridah binti Saminan Nama anak : Ummu Farisha bt.Ishak, (4C) , Ammar faris bin Ishak (kelas 1A) 7.5.1 Beliau menjelaskan cadangan tersebut ditangguhkan terlebih dahulu dan kelas KAFA masih seperti biasa, iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Tindakan :makluman


Page | 7 7.6 Memohon berikan latihan tambahan pada buku sekolah Nama: Muhammad Nurhazim bin Musaleh Nama anak : Nur Aishah binti Abdullah (Pra pintar) 7.6.1 Guru besar menerangkan perkara ini akan diambil tindakan dan akan dimaklumkan dengan guru Prasekolah. Tindakan :Guru Prasekolah 7.7 Memohon menyediakan 1 (satu) bilik khas tempat pelajar perempuan tukar pakaian sekiranya ada aktiviti yg perlu salin pakaian. Nama: Nasriha jafar Nama anak : Nur Alya hamani abdullah (kelas 5B ) 7.1.1 Guru besar menjelaskan cadangan tersebut dalam perhatian dan akan diusahakan oleh pihak sekolah secepat mungkin. Tindakan :Pihak sekolah 7.8 Memohon agar PIBG terus komited dan sikap bekerjasama perlu dipertingkatkan lagi pada masa akan datang Nama: Hasmah binti Zakariah Nama anak : Muhammad Don Daniyal Bin Saidi (3A), Nur Liyana Zahirah Bt Saidi (6C) 7.8 Guru besar mencadangkan agar PIBG sentiasa siapsiaga bersama-sama pihak sekolah dan ibu bapa untuk memastikan semua urusan sekolah berjalan dengan lancar untuk kemanjadian murid dan pengurusan sekolah dengan baik dan berkesan. Tindakan :Pihak PIBG 7.9 Mengadakan taklimat keselamatan jalan raya terutama kepada pelajar yang hadir ke sekolah menggunakan basikal. Nama: James bin Mahrup Nama anak : Rayan (5C), Naura Auni (4A) 7.9.1 Guru besar menjelaskan perkara tersebut akan pihak sekolah akan berbincang bersama pentadbir sekolah dan perkara ini akan dimasukkan dalam agenda Hal Ehwal Murid (HEM) berkenaan taklimat keselamatan jalan raya. Tindakan :Hal Ehwal Murid (HEM)


Page | 8 7.10 Memohon Masa kelas kafa dianjak ke pukul 2 dan hari kafa utk hari Jumaat ditukar pada hari lain. Nama: Siti Noor Ayati binti Harun Nama anak : Hana Zulaikha binti Faris Adila (kelas 2C ) 7.10.1 Ustazah Nurizatulhusna binti Che’ Dom menjelaskan berkenaan masa KAFA bermula jam 1.30 tengah dan balik jam 4.30 petang. Rasionalnya di sini untuk menggelakkan murid tersebut balik lewat. Jika masa KAFA dianjak jam 2.00 petang maka murid balik jam 5.00 petang. Tindakan :Ibu bapa murid tahun 1,2,3,4 dan 5 7.10.2 Beliau menjelaskan bahawa murid tahun 1, 2 dan 3 balik sekolah pada jam 12.15 tengah hari jadi tiada masalah murid tahun 1, 2 dan 3 untuk menghadiri kelas KAFA bermula jam 1.30 tengah hari. Tindakan :Ibu bapa murid tahun 1,2 dan 3 7.10.3 Beliau menerangkan bahawa murid tahun 4 dan 5 balik jam 12.45 tengah hari , murid bersedia 45 minit untuk menghadiri kelas KAFA pada jam 1.30 tengah hari dan beliau membenarkan murid datang lewat 5 minit hingga 10 minit , cuma jangan terlalu lewat masuk kelas KAFA. Tindakan :Ibu bapa murid tahun 4 dan 5 7.10.4 En. Zaini bin Julaihi, Penolong Kanan Akademik menjelaskan bahawa murid balik awal pada jam 12.15 tengah hari bagi tahun 1, 2 dan 3 dan murid terlalu awal datang ke kelas KAFA pada jam 1.05 tengah hari, justeru itu hantar anak datang ke sekolah pada jam 1.25 tengah hari. Tindakan :Ibu bapa murid tahun 1, 2 dan 3 7.10.5 En. Zaini bin Julaihi menjelaskan berkenaan murid balik jam 4.30 petang dari sekolah mana kala ada murid yang datang ke rumah pada jam 5.30 petang di mana murid tersebut merayau-rayau sebelum balik ke rumah bagi murid yang tidak diambil oleh ibubapa. Manakala murid yang diambil oleh ibubapa, kadang-kadang ibubapa terasa terlalu cepat masa untuk mengambil anak mereka di sekolah. Mohon ibu bapa hantar anak mereka pada jam 1.30 tengah hari tiba di sekolah lewat 5 minit tidak jadi masalah. Tindakan :Ibu bapa murid tahun 1,2,3,4 dan 5 7.10.6 En. Zaini bin Julaihi menjelaskan hari Rabu adalah waktu Ko-kurikulum wajib guru-guru menjalankan aktiviti Ko-kurikulum tersebut. Jika aktiviti Ko-kurikulum dan KAFA dijalan secara serentak pada hari Rabu maka pihak sekolah mendapat denda dan tidak kepatuhan pada akta Ko-kurikulum sekolah. Tindakan :makluman


Page | 9 7.10.7 En. Zaini bin Julaihi menjelaskan aktiviti yang dijalankan pada hari Selasa boleh diubah ke hari Isnin tetapi jika aktiviti dijalankan untuk sekolah maka urusan-urusan lain, kami tidak dapat selenggara dengan baik kerana hari Isnin adalah hari pertama di mana banyak perkara diuruskan manakala pada hari Selasa pihak sekolah mengadakan mesyuarat. Tindakan :makluman 7.11 Memohon sajian untuk anak saya ditambah baik dari segi makanan seperti nasi yang di masak perlu lembut dan lauk yang tidak pedas. Pihak RMT perlu memenuhi menu yang telah disarankan oleh pihak KPM dan setara dengan harga yang dibayar. Makanan perlu seimbang dan berkhasiat. Nama: Mistijah binti Samsuddin Nama anak : Muhammad Irfan Fakhrullah bin Mohd Hafiz Azillah (PPKI) 7.11.1 Guru besar menjelaskan bahawa pihak sekolah akan menambah baik dari semasa ke semasa. Tindakan :makluman 7.11.2 Guru besar menjelaskan kos untuk membeli makanan sangat kritikal sekarang di mana harga makanan semakin hari semakin naik manakala kos untuk RMT masih sama.Bagi pihak RMT memastikan hidangan yang diberikan itu, sekalipun tidak seperti yang diharapkan, maksudnya tidak lari dari apa yang dicadangkan. Tindakan :makluman 7.11.2 Guru besar memaklumkan YDP PIBG yang berurusan dengan RMT, pastikan makanan yang dihidangkan tidak pedas. Tindakan :Pihak pengurusan RMT 7.12 Mohon disediakan sejumlah peruntukan untuk membantu jawatan kuasa kelas yang kondusif dan ceria. Nama: Sekh Karim bin Japar Nama anak : Muhammad Firaz Naqiudin (6B) 7.12.1 Guru besar menjelaskan cadangan tersebut amat bagus dan sudah menjadi amalan di sekolah lain di mana pihak PIBG bekerjasama untuk keceriaan kelas. Beliau telah berbincang dengan YDP. 7.12.2 Guru besar memaklumkan kepada ibu bapa yang hadir, adakah semua ibu bapa bersetuju untuk membantu untuk keceriaan kelas.


Page | 10 7.12.3 Semua ibu bapa yang hadir bersetuju usul yang telah dikemukakan untuk membantu guru kelas bagi sumbangan kewangan dan jika ada kewangan dalam dana PIBG boleh disumbangkan untuk keceriaan kelas. Jika guru kelas memohon sumbangan untuk keceriaan di harap ibu bapa jangan mengeluh. 7.12.4 Guru besar memastikan exco PIBG akan berbincang untuk mengurus keceriaan kelas bagi menetapkan sejumlah wang untuk keceriaan kelas dan diagihkan kepada guru kelas. Tindakan :Exco PIBG 7.13 .Meminta pandangan dan buah fikiran ibu bapa bagi menambahkan dana PIBG 7.13.1 Naib Yang Dipertua PIBG, En. Zaidi bin Raim meminta pandangan dan buah fikiran ibu bapa bagi menambahkan dana PIBG bagi mengelakkan kutipan dan faktor kewangan yang perlu kita tambah. 7.13.2 Guru besar memaklumkan bahawa kebanyakan usul-usul yang telah dikemukakan tadi berkaitan dengan kewangan. Justeru itu ibu bapa berbincang dalam “Group PIBG” berbincang mengenai kewangan. Tindakan :makluman 7.14 Memohon menghantar anak ke tangga bangunan sekolah pada hari hujan. 7.14.1 Siti biti Rahman mencadangkan bolehkah ibu bapa menghantar anak-anak ke tangga bangunan sekolah pada hari hujan. 7.14.2 Guru besar meluluskan cadangan untuk menghantar anak-anak ke tangga bangunan sekolah pada hari hujan Tindakan :makluman 7.15 Kurikulum dan Hal Ehwal Murid 7.15.1 En. Zaini bin Julaihi, Penolong Kanan Akademik menjelaskan yuran satu keluarga sebanyak RM10 sahaja. Beliau mencadangkan supaya yuran ini dinaikkan dan beliau menyerahkan usul ini kepada exco PIBG berbincang berkenaan yuran tersebut ditambah atau di kurangkan. Tindakan :Exco PIBG 7.15.2 Buku latihan tambahan. 7.15.2.1 Di sekolah ini buku latihan tambahan dibuat untuk tahun 4,5 dan 6 sahaja dan membuat ketetapan satu buku mata pelajaran sebanyak RM10 sahaja. 7.15.2.2 Cadangan usul tersebut dipersetujui oleh semua ahli yang hadir.


Page | 11 7.15.3 Sumbangan Tahun Satu 7.15.3.1 Beliau menjelaskan sumbangan tahun satu akan bertambah jika masuk tahun satu dan akan diberi ketetapan di hujung tahun. 7.15.3.2 Cadangan usul tersebut dipersetujui oleh semua ahli yang hadir. 7.15.4 Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 7.15.4.1 Beliau memaklumkan keputusan PBD pencapaian murid diukur dengan TP1,T2,T3,TP4, TP5 dan TP6. Sekolah ini akan memberi ibu bapa tiga kali setahun dan akan diserahkan oleh guru kelas masing-masing untuk mengambil keputusan tersebut. 7.15.4.2 Dimaklumkan ibu bapa mesti membuat tanda tangan penerimaan di mana pihak Pejabat Pendidikan memastikan menyerahkan keputusan tersebut diserahkan kepada ibu bapa. 7.15.4.3 Ibu bapa dilarang untuk melihat keputusan anak orang lain. Tindakan :makluman 7.15.5 Beg Berat dan Buku Latihan 7.15.5.1 Pihak sekolah telah membuat penjadualan, satu hari empat mata pelajaran sahaja untuk mengelakkan beg berat. Beliau memastikan melihat jadual anak mereka. Bilangan buku latihan yang disarankan oleh pihak KPM untuk dibawa oleh murid sebanyak dua buah sahaja.Ibu bapa memastikan anakanak mereka membawa peralatan tulis. Tindakan :makluman 7.15.6 Perpindahan Murid ke Sekolah Lain 7.15.6.1 Beliau menjelaskan bahawa jika anak-anak berpindah ke sekolah lain boleh bawa buku teks bersama tetapi memohon perpindahan terlebih dahulu. 7.15.6.2 Pastikan bawa Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ke sekolah baru. Tindakan :makluman


Page | 12 7.15.7 Asrama 7.15.7.1 Beliau menjelaskan tentang ramai murid yang tidak masuk asrama. Beliau memberi peluang untuk berfikir tentang kebaikan mendiami asrama dan apa kelemahan anak anda tidak tinggal di asrama.Beliau meminta ibu bapa berfikir tentang kehidupan anak mereka masa hadapan. Beliau menjelaskan asrama di sekolah ini sangat baik. Tindakan :makluman 7.15.8 Waktu Balik Seminggu Sekali yang Mendiami Asrama 7.15.8.1 Beliau menjelaskan waktu murid asrama balik seminggu sekali. 7.15.8.2 Dipersetujui oleh semua ahli yang hadir. 7.15.8.3 Beliau menjelaskan bahawa adakalanya pihak asrama memerlukan kehadiran murid asrama pada hari Ahad yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diharap ibu bapa jangan melarang. 7.15.8.4 Dipersetujui oleh semua ahli yang hadir. Tindakan :makluman 7.15.9 Balik hari Jumaat dan datang pada hari Isnin 7.15.9.1 Beliau mencadangkan murid asrama balik hari Jumaat dan datang pada hari Isnin.Murid asrama makan dahulu sebelum balik pada hari Jumaat. 7.15.9.2 Dipersetujui oleh semua ahli yang hadir. Tindakan :makluman 7.15.10 Tatasusila Menghantar Anak ke Asrama 7.15.10.1 Beliau memohon ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke asrama dan mereka hanya berada di luar pagar luar sekolah sahaja. Tindakan :makluman 7.15.11 .Borang Masuk Asrama 7.15.11.1 Beliau menjelaskan borang masuk asrama akan diagihkan pada awal bulan Oktober 2022 untuk kemasukan asrama pada tahun 2023 dan perlu diisi dengan lengkap. 7.15.11.2 Beliau menjelaskan ibu bapa, jangan ubah nombor telefon, sekiranya nombor berubah sila maklumkan kepada pihak asrama. Tindakan :makluman


Page | 13 7.15.12 Masalah dua bulan yang lepas di asrama 7.15.12.1 Beliau memberitahu perkara yang telah berlaku dua bulan yang lepas di asrama di mana ada laporan polis telah dibuat berkaitan anak-anak dibuli. Perkara tersebut berkaitan salah faham di mana perkara kecil di antara muridmurid, maka ibu bapa jadi sasaran. 7.15.12.2 Beliau menjelaskan bahawa di asrama anak-anak anda dijaga dengan sebaik yang mungkin dan tiada yang terselindung. Jika ada kemusykilan sila berhubung dengan pihak sekolah untuk menyelesaikannya. Tindakan :makluman 7.15.13 Masalah kesihatan dan alegi makanan 7.15.13.1 Beliau memaklumkan sekiranya anak-anak anda ada masalah kesihatan dan alergi makanan sila maklumkan kepada penyelia asrama dan PPM dan yang alegik makanan yang tak boleh di makan. Tindakan :makluman 7.16 RM150 Bantuan Awal Persekolahan Murid Tahun 1 7.16.1 Guru besar menjelaskan berkenaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pihak sekolah mengikut prosedur dan arahan yang telah ditetapkan. Pihak sekolah tidak boleh mengeluarkan wang tersebut seperti yang diinginkan oleh ibu bapa. 7.16.1 Guru besar memaklumkan wang bantuan BAP dan KWAMPM yang telah masuk ke akaun sekolah akan diuruskan dengan secepat mungkin. Tindakan :makluman 7.17 Ko-kurikulum 7.17.1 En. Ramzi bin Junai, Penolong Kanan Ko-kurikulum, memaklumkan pada tahun 2022 ramai yang akan keluar stesen untuk menjayakan aktiviti kokurikulum sekolah dan memerlukan sedikit perbelanjaan. Pada tahun 2021, aktiviti pertandingan di jalankan secara rakaman video. 7.17.2 Beliau memaklumkan untuk pengetahuan ibu bapa beliau sangat berbangga kerana pada tahun 2021, SK Bawang Tian, Matu telah mewakili ke peringkat kebangsaan di mana terdapat empat orang murid mewakili ke peringkat kebangsaan. 7.17.3 Pada tahun 2022 aktiviti pertandingan dijalankan secara bersemuka kerana masalah yang dihadapi adalah masalah kewangan.


Page | 14 7.17.4 Beliau memohon wang saku murid , peruntukan minyak kenderaan guru,makanan murid, pembelian jersi dan pembelian yang lain. 7.17.5 Merujuk kepada pembentangan kewangan tadi, terdapat permintaan seribu ringgit daripada unit KK untuk menampung makanan murid sahaja. Oleh yang demikian, memohon PIBG untuk membantu unit KK 7.17.6 Beliau mencadangkan pemberian wang saku murid mengikut peringkat pertandingan. 7.17.6.1 Wang Saku murid mewakili peringkat daerah sebanyak RM5. 7.17.6.2 Wang Saku murid mewakili peringkat bahagian sebanyak RM10. 7.17.6.3 Wang Saku murid mewakili peringkat negeri sebanyak RM20. 7.17.6.4 Wang Saku murid mewakili peringkat kebangsaan sebanyak RM50. 7.17.7 Beliau mencadangkan peruntukkan duit minyak guru mengikut jarak sekolah ke tempat pertandingan. 7.17.7.1 Dalam daerah sebanyak RM30. 7.17.7.2 Dalam luar daerah sebanyak RM50. 7.17.8 Beliau memaklumkan pada 18 Julai 2022, pasukan softbal sekolah akan menyertai pertandingan ke Miri ke peringkat negeri, seramai 15 orang murid. 7.17.9 Cadangan usul tersebut dipersetujui oleh semua ahli yang hadir. 7.17.10 En. Ramzi bin Junai mencadangkan RMT sekolah memberi sumbangan dalam bentuk makanan bagi murid yang mewakili sekolah iaitu, seorang murid sekali makan bagi makanan yang bernilai lima ringgit sahaja. Tindakan :Pihak pengurusan RMT 7.17.11 Dana yang dipohon daripada PIBG, seorang murid bagi jersi dan lain-lain sebanyak RM25 sahaja. 7.17.11.1 Contohnya seorang murid mewakili peringkat daerah wang saku sebanyak RM5, makan RM10 (2 kali makan), jersi sebanyak RM20. Jumlah sebanyak RM35 seorang murid untuk satu hari. 7.17.11.2 Cadangan usul tersebut dipersetujui oleh semua ahli yang hadir. Tindakan :PIBG


Page | 15 8 Hal-Hal lain 8.1Guru besar menjelaskan bahawa perkara dan usul yang dikemukakan oleh unit Kokurikulum selalu dipohon melalui exco PIBG dan YDP PIBG bagi memohon perbelanjaan. Justeru itu, exco PIBG bekerja lebih kuat untuk menambah dana PIBG dengan memohon dana PIBG daripada Y.B. Tuan Haji Ahmad Johnie Haji Zawawi (P207 Igan) dan Y.B. Dato' Murshid DiRaja Dr Juanda Bin Jaya (N.44 Jemoreng). 8. Ucapan penangguhan 9.1 Yang di-pertua PIBG mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga PIBG SK Bawang Tian yang menghadiri perjumpaan sepanjang sesi 2021 hingga 29 Jun 2022. Amanah yang telah diberika telah ditunaikan dengan penuh tanggungjawab. 9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.15 petang. Disediakan oleh, Disahkan oleh, (ABDULLAH BIN SAMSUDIN) (MAIMON BIN IDIN) Setiausaha PIBG, Yang Di-Pertua PIBG, SK Bawang Tian, Matu. SK. Bawang Tian, Matu.


CARTA ORGANIS Y MAIMON NY ZAIDI B SETIA ABDULLAH B BEND RAYAH BIN AJK HARTA 1. TIJAH BINTI SAIPI 2. SITI ZUBAIDAH BINTI MADIL AJK AGAMA 1. KHALIL @ OTHMAN BIN MAHNAN 571004-13-5623 2. Shahrol BIRO SOKONGAN IBU BAPA PN. KETIZAH BINTI BUJANG BIRO AKADEMIK & KERJAYA PN SITI ZUBAIDAH BINTI MADIL BIRO BINA INSAN & DISPLIN EN. MOHAMMED REAZUL ISLAM RIO BIN ABDULLAH


SASI PIBG 2022 YDP BINTI IDIN YDP INTI RAIM AUSAHA BIN SAMSUDIN DAHARI NTI ZAKARIAH AJK MAKAN/ MINUM 1. SITI BINTI RAHMAN 2. SURINA BINTI MOHAMAD 3. HAZLYNN BINTI PANDI BIRO MAKLUMAT & DATA EN. JOHAN BIN JULAIHI BIRO SUKAN & LAWATAN EN. AFFENDI BIN MUSTAPA AJK KEBAJIKAN 1. NAZERI BIN MAHDI 2. KETIZAH BINTI BUJANG TIMB SETIAUSAHA MUHDIYATUL ANAM BINTI MAHMUD BIRO EKONOMI & KEWANGAN HASMAH BINTI ZAKARIA BIRO KEBAJIKAN/KEBER SIHAN/ KECERIAAN & KESELAMATAN EN. NAZERI BIN MAHDI


WANG MASUK WANG KELUAR (RM) (RM) 31.12.2021 baki dalam akaun 13,601.96 13.01.2022 1) bahan mentah / alatan masak ASRAMA/kereta sorong RMT (MEMASAK MAKANAN MURID ASRAMA = RM3500.00 2) Pembelian susu sekolah = RM1716.60 3) Pembelian susu sekolah 2 = RM699.80 4) saguhati YDP = RM25.00 5) bahan mentah RMT = RM200.00 6)Perkakas/alatan RMT = 595.25 111033002 FSB/S2200600119 4 FSB/S2201200152 1 7,000.00 6,601.96 18.01.2022 baki tunai daripada Bendahari PIBG sesi lepas 1462.66 8,064.62 28.01.2022 Pengeluaran RMT dan Majlis persaraan GB 5000.00 3,064.62 saguhati YDP = RM25.00 PIBG SKBT/001 gaji pekerja RMT Januari = RM3140.00 PIBG SKBT/001 hadiah bersara = RM395.10 23574 381-2020064299 makan minum gotong royong dan peralatan pentas = RM 75.70 150424 150472 makan minum majlis persaraan GB = RM680.00 PIBG SKBT/002 Peruntukan wang saku Dinner Exco PIBG ke Majlis Persaraan Guru Besar = RM50 X 5 = RM250.00 PIBG SKBT/003 31.01.2022 hibah bank 3.08 3,067.70 23.02.2022 RMT bulan Januari 006/22 10635.00 13,702.70 24.02.2022 bahan mentah RMT Jan 2022 = RM4404.10 0401/0402/0403/ 0405/0406/0407 0408/0417/0418/ 0881 10,000.00 3,702.70 pembelian susu kotak = 3672.00 0412 0882 saguhati YDP = RM25.00 PIBG SKBT/004 PENYATA KEWANGAN PIBG SK BAWANG TIAN, MATU TEMPOH 3I DISEMBER 2021 SEHINGGA 26 JUN 2022 TARIKH PERIHAL AKTIVITI NO.FOLIO/ INVOIS BAKI (RM)


Gaji pekerja RMT Februari = RM2975.00 PIBG SKBT/004 makan & minum majlis Graduasi = 152.00 PIBG SKBT/005 28.02.2022 hibah bank 0.50 3,703.20 7.03.2022 Sumbangan Back to school daripada YB AJ kepada 15 orang anak yatim di sekolah 695616 4,000.00 7,703.20 11.03.2022 Pengeluaran sumbangan anak yatim utk serahan = RM4000.00 5,000.00 2,703.20 saguhati YDP = RM25.00 31.03.2022 hibah bank 0.66 2,703.86 13.04.2022 PROGRAM SUSU SEKOLAH PIBG/2022/001 7477.2 10,181.06 RMT bulan Februari 007/22 10428.00 20,609.06 18.04.2022 SERAHAN KEPADA RMT = 9,000.00 10000.00 10,609.06 sumbangan kepada Program Ihya' Ramadan = 1000.00 PIBG SKBT/006 30.04.2022 hibah bank 2.77 10,611.83 27.05.2022 Pengeluaran PINJAMAN RMT untuk gaji pekerja bulan Mei PIBG SKBT/008 2,000.00 8,611.83 31.05.2022 hibah bank 3.49 8,615.32 2.06.2022 Kutipan sumbangan PIBG RM10 sekeluarga 1850.00 10,465.32 15.06.2022 RMT Bulan Mac 008/22 6381.00 16,846.32 claim RMT bulan April 009/22 744.00 17,590.32 17.06.2022 Pengeluaran RMT dan event di sekolah 10000.00 7,590.32 RMT = 7125.00 PIBG SKBT/009 peruntukan membawa atlet ke pertandingan sukan ke peringkat Daerah = RM1071.00 PIBG SKBT/010 makan minum mesyuarat Exco PIBG 23.6.2022 (2.30 petang/bilik komputer) RM71.20 PIBG SKBT/011 MAKANAN MAJLIS PERSARAAN = RM1000.00 PIBG SKBT/012


HADIAH PERSARAAN = RM270.00 654 21.06.2022 RMT BULAN MEI 10122.00 17,712.32 24.06.2022 Pengeluaran RMT MEI = RM10,122.00 PIBG SKBT/013 12,000.00 5,712.32 sumbangan kepada kumpulan hadrah= RM200.00 PIBG SKBT/014 makan & minum mesyuarat Agung PIBG = RM350.00 PIBG SKBT/015 peruntukan Exco PIBG: Lunch Majlis Persaraan Cikgu Hasnah di Kingwood Resort Mukah RM50X5 = RM250.00 PIBG SKBT/016 24.06.2022 Cas request Penyata bank Jan -Jun 2022 0456072 5.00 5,707.32 26.06.2022 komisyen daripada RMT bulan Mac 800.00 6,507.32 komisyen daripada RMT bulan Mei 800.00 7,307.32 bayaran balik pinjaman drpd RMT bulan Mei 1000.00 8,307.32 Disediakan oleh: ………………………………………. (RAYAH BINTI ZAKARIAH) Disahkan oleh: Bendahari PIBG SK BAWANG TIAN, MATU ………………………………….. ( ) Yang Dipertua PIBG SK BAWANG TIAN, MATU


Click to View FlipBook Version