The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by c3b345b, 2021-08-09 09:36:13

Komsas Drama Hadiah Tingkatan 1

drama hadiah ( bm ) (1)

DRAMA HADIAH

KUMPULAN 3 DARI KELAS 1 YALE

ISI KANDUNGAN

01 02 03

SINOPSIS DAN NILAI TEMA DAN PERSOALAN WATAK DAN PERWATAKAN

04 05 06 07
PLOT
GAYA BAHASA DAN LATAR MASA DAN TEMPAT LATAR
PENGAJARAN MASYARAKAT

01.

SINOPSIS DAN NILAI

01.SINOPSIS

Fauziah yang kematian suaminya, Sarjan Akhbar berdepan dengan kesempitan hidup. Dia dan
dua orang anaknya, iaitu Hayati dan Farid terpaksa bergantung hidup dengan bapanya, Pak
Mail seorang pesara. Berikutan kesempitan hidup itu, Yati yang belajar di Sekolah Menengah
Seri Setia, Melaka dan duduk di asrama mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Hal
ini demikian kerana Yati masih berhutang dengan pihak sekolah sebanyak empat puluh

ringgit.Sewaktu Pak Mail sedang berbual dengan Fauziah tentang nasib hidup keluarga mereka,
Yati pun sampai. Yati bertanyakan khabar ibu dan datuknya. Pak Mail mengatakan bahawa dia

telah berunding dengan Datuk Penghulu berhubung dengan masalah mereka. Yati
memberitahu ibu dan datuknya bahawa dia telah memaklumkan masalahnya kepada
pengetua. Selepas itu, Yati masuk ke dalam bilik. Pak Mail dan Fauziah meneruskan perbualan
mereka dua beranak.Tiba-Tiba, Datuk Penghulu datang bersama dengan Encik Musa dari
Kementerian Pertahanan. Encik Musa mengatakan bahawa kedatangan beliau adalah untuk
menyampaikan penghargaan negara kepada keluarga Sarjan Akhbar. Selepas itu, Encik Musa
pun menyampaikan cek berjumlah sepuluh ribu kepada Fauziah bagi menyara persekolahan
anak-anak Sarjan Akhbar. Selepas penyerahan cek itu, Encik Musa dan Datuk Penghulu ingin
pulang. Tiba-tiba, Yati muncul. Pak Mail memberitahu Yati bahawa dia akan dihantar ke asrama
semula dan meminta Yati belajar rajin-rajin. Yati bertanya kepada datuknya adakah dia boleh
belajar semula. Encik Musa mengiyakan dan menasihati Yati agar belajar rajin-rajin. Kemudian
Encik Musa minta diri. Pak Mail bersalaman dan mengucapkan ucapan terima kasih. Pak Mail

menghantar Datuk Penghulu dan Encik Musa ke pintu.

NILAI

BERTANGGUNGJAWAB PASRAH
KESOPANAN
KEJUJURAN

KEPRIHATINAN

02.

TEMA DAN PERSOALAN

TEMA

- KESEMPITAN HIDUP

PERSOALAN

(a) Kesedihan dan kesempitan hidup akibat
kematian suami.

(b) Kasih sayang bapa yang sanggup memelihara
anaknya yang kematian suami.

(c) Tanggungjawab seorang ketua yang sanggup
membantu anak buahnya yang susah.

(d) Keprihatinan kerajaan akan nasib keluarga
kakitangannya yang menghadapi musibah
menerusi pemberian bantuan.

(e) Berfikiran positif dan reda terhadap nasib diri.

03.

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA
HAYATI

i) Gadis yang berusia 15 tahun.
ii) Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.
iii) Gigih berusaha
iv) Tabah.
Contoh:Hayati tabah menghadapi kehilangan ayahnya.
v)Penyayang.
Contoh: Hayati tetap merindui arwah ayahnya dan ingin menatap
gambarnya apabila dia pulang ke kampung.
vi)Mementingkan pelajaran
Contoh: Hayati berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi
meneruskan pelajarannya.

WATAK SAMPINGAN

●FAUZIAH
●i) Ibu kepada Hayati.
●ii )Tabah
●Contoh: Tabah menghadapi kehilangan suami tercinta.
●iii)Penyayang.
●Contoh: Fauziah sangat menyayangi suami dan anak-anaknya.

●2.PAK MAIL
●i)Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid.
●ii)Tabah.
●Contoh: Pak Mail tabah menghadapi musibah yang menimpa keluarga mereka.
●iii)Bertanggungjawab.
●Contoh: seorang yang bertanggungjawab menjaga anak dan cucu-cucunya setelah mereka kehilangan ayah
yang tercinta.
●iv)Penyayang.
●Contoh: seorang yang penyayang terhadap anak dan cucu-cucunya.

●3.DATUK PENGHULU .
● i)Bertanggungjawab.
●Contoh: seorang yang bertanggungjawab kepada aduan yang disampaikan oleh Pak Mail.
●ii)Amanah.
●Contoh: seorang yang menjaga amanah dengan baik apabila berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail.

●4. ENCIK MUSA
●i)Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas.
●ii )Amanah
●Contoh: Amanah menjalankan tugas apabila menyampaikan cek penghargaan kepada keluarga Pak Mail di
atas sumbangan Akhbar dalam mempertahankan tanah air.

04.

PLOT

(a) Permulaan – Fauziah membaca surat anaknya, Yati yang bersekolah dan tinggal di asrama Sekolah
Menengah Seri Setia, Melaka. Dalam surat itu, Yati memberitahu bahawa dia akan pulang ke rumah kerana
tidak mahu menambah masalah
kewangan keluarga mereka.

(b) Perkembangan – Pak Mail, iaitu datuk Yati datang dari dapur dan berbual-bual akan nasib keluarga
Fauziah. Pak Mail mengatakan bahawa kesempitan hidup yang dihadapi telah dibincang dengan Datuk
Penghulu. Yati yang baru pulang dari asrama bertanyakan khabar ibu dan datuknya. Yati menjelaskan
bahawa dia telah menceritakan masalah kehidupannya kepada pengetua. Kemudian, Yati masuk ke
dalam bilik. Pak Mail dan Fauziah menyambung semula perbualan mereka tentang kematian Sarjan
Akhbar. Fauziah kehilangan suami, dia kehilangan menantu, dan Sarjan Akhbar tidak sempat melihat anak
bongsunya, Farid. Namun begitu Pak Mail bangga kerana Sarjan Akhbar mati sebagai seorang pahlawan.

(c) Klimaks – Datuk Penghulu datang bersama-sama Encik Musa, iaitu pegawai daripada Kementerian
Pertahanan. Encik Musa mengatakan bahawa beliau ada tugas datang ke rumah Pak Mail.

(d) Peleraian – Encik Musa menyampaikan penghargaan berupa cek bernilai sepuluh ribu ringgit kepada
Fauziah sebagai balu Sarjan Akhbar. Pak Mail memberitahu Yati bahawa Yati boleh bersekolah semula

05.

GAYA BAHASA DAN PENGAJARAN

GAYA BAHASA

-Bahasa istana

Contoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda.

-Kata ganda

Contoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin,
moga- moga .

- Sinkope

Contoh: mak, tuk, nak, dah.

-Simpulan Bahasa

Contoh: minta diri.

-Bahasa Arab

Contoh: assalamualaikum, waalaikumusalam.

PENGAJARAN

Kita hendaklah 1 Kita haruslah mengenang jasa
mementingkan pelajaran perwira yang sanggup berkorban

bagi menjamin masadepan. untuk negara.

Contoh: Hayati berusaha untuk 2 Contoh: Kementerian Pertahanan
meneruskan pelajarannya walaupun telah menyumbangkan RM10, 000
menghadapi masalah kewangan. kepada keluarga Fauziah kerana
Akhbar yang terkorban semasa
Kita hendaklah percaya 3 bertugas di sempadan negara.
kepada tuhan
4 Kita hendaklah tolong-menolong
Contoh: Pak Mail percaya bahawa
Tuhan akan membantu mereka yang antara satu sama lain.
dalam kesusasahan.
Contoh: Guru besar berjanji untuk menolong
Hayati mendapatkan bantuan kewangan.

06.

LATAR MASA DAN TEMPAT

LATAR MASA

-PAGI LATAR TEMPAT

Contoh: Pak Mail menemui datuk penghulu bagi

menceritakan masalah yang sedang dihadapi i) Rumah Pak Mail

oleh keluarganya.

-PETANG -Contoh: Pak Mail menerima kunjungan wakil Kementerian
Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan RM 10,000.
Contoh: Hayati pulang ke kampung dan
kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk ii. Pejabat guru besar
menyampaikan sumbangan penghargaan
kepada keluarga Pak Mail. -Contoh: Hayati bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh
keluarganya kepada guru besar.

iii.Asrama sekolah

-Contoh: Tempat Hayati tinggal semasa belajar di sekolah
tersebut.

iv. Perbatasan negara

-Contoh: Tempat Akhbar gugur ditembak oleh musuh negara

07.

LATAR MASYARAKAT

LATAR MASYARAKAT i) Masyarakat kampung
Contoh: Pak Mail menemui penghulu kampung
untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh
mereka.

ii.Masyarakat yang berusaha gigih.
Contoh: Pak Mail berikhtiar mencari duit bagi
membayar yuran asrama Hayati.

iii.Masyarakat yang sanggup berkorban demi
tanah air.
Contoh: Akhbar terkorban semasa menjalankan
tugas di sempadan.

iv.Masyarakat yang percaya kepada Tuhan.
Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah menerima
ketentuan Tuhan dengan redha.

SEKIAN TERIMA KASIH

ITU SAHAJA DARIPADA KAMI <3 !!


Click to View FlipBook Version