The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iryn, 2021-07-30 02:54:18

KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 1

KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 1

KERJA KURSUS TINGKATAN 1
SEJARAH

NAMA: IRYN HANIDA BINTI PATIHIE
NO. KAD PENGENALAN: 080418130076
TINGKATAN: 1 EINSTEIN 1
TARIKH : 8 JULAI 2021
NAMA GURU: NUR HANIM BINTI MAHLET
SEKOLAH : SM SAINS KUCHING UTARA
TAJUK : SENI BINA TAMADUN ROM

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya

Tema : Tamadun Dunia dan Sumbangannya

Standard kandungan :

penyiasatan Tamadun Rom

Penyataan masalah :

Tamadun Rom menghasilkan pelbagai seni bina mengagumkan yang
memberi inspirasi dan tarikan pelancongan kepada masyarakat dunia.
Buktikan.

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya

2.0 Jadual kerja / senarai semak

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya

3.0 objektif kajian

objektif kajian saya adalah seperti berikut :

✓ Menyenaraikan 3 hasil seni bina dalam seni bina Rom yang
menjadi inspirasi kepada masyarakat dunia pada hari ini.
(Pengetahuan)

✓ Menganalisis jenis keunikan seni bina yang wujud di
Malaysia (KPS : Meneroka Bukti)

✓ Menghuraikan tanggungjawab yang boleh dilakukan untuk
memastikan seni bina bersejarah dapat dikekalkan. (Nilai :
Mempunyai jati diri)

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya

4.0 laporan

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya

4.1 pengenalan

Tamadun rom

Tamadun Rom terletak di Lembah Latium, berhampiran dengan sungai Tiber.
Tamadun Rom boleh dibahagikan kepada tiga zaman iaitu, Zaman Beraja ( 753-
509 SM) , Zaman Republik (509-27 SM), dan zaman empayar (27 SM -476 M).
Tamadun Rom mencapai kegemilangannya pada era Pax Romana (27 SM-180
M) Pax Romana begitu penting kerana selama 200 tahun keamanan wujud
dalam Tamadun Rom yang berkembang meliputi tiga buah benua iaitu Asia,
Afrika, dan Eropah.

Rom mengalami perkembangan yang panjang sebelum mencapai
kegemilangannya dalam berbagai -bagai bidang. Tamadun ini mencapai
kemajuan dalam bidang, seperti politik, ekonomi, sains dan teknologi, falsafah,
dan Pendidikan.

Atas kepakaran tamadun ini di dalam bidang seni bina, orang rom bukan sahaja
membina bangunan bersaiz besar dan mempunyai nilai estetika, tetapi setiap

binaan mempunyai kegunaan yang khusus. Peningkatan dalam seni bina

menunjukkan kemampuan dan kebolehan orang Rom menghasilkan binaan yang
menonjolkan kebijaksanaan mereka

Pepatah ada menyebut:
“Rom tidak dibina dalam sehari”.

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya

4.2 empat contoh hasil seni bina tamadun rom

Antara contoh hasil binaan tamadun ialah Colosseum. Colosseum merupakan
binaan yang melambangkan keagungan Tamadun Rom yang dijadikan tempat
mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar seperti acara
gladiator. Struktur binaan Colosseum mempunyai ketinggian mencapai 50
meter panjang, lebar 156 meter dan luas keseluruhan bangunan kira-kira 2.5
hektar dengan kawasan arena seluas 85 meter x 54 meter yang mampu
memuatkan 50,000 orang pada satu-satu masa.Colosseum mempunyai sistem
pengurusan penonton yang setanding dengan stadium pada zaman moden.
Terdapat 80 pintu masuk serta tempat duduk penonton yang dibina bertingkat-
tingkat.Binaan ini dimulakan oleh Raja Vespian pada tahun 72 M dan
diselesaikan oleh anaknya, Titus pada tahun 80 M.

Contoh binaan kedua ialah Pantheon. Pantheon merupakan binaan berkubah

yang terbesar di dunia yang digunakan sebagai tempat penyembahan dewa-
dewi masyarakat Rom.Pada awalnya, Pantheon dibina oleh Marcus Visanius
Agrippa pada tahun 27 SM, namun musnah dalam kebakaran pada tahun 80
M.Pantheon dibangunkan semula oleh Maharaja Hadrian pada tahun 125 M.
Pantheon dibina dengan mengambil gaya binaan zaman Yunani terutama di
bahagian hadapan yang mempunyai tiang yang kukuh.Atap Pantheon pula
merupakan kubah bersaiz besar dengan diameter 43 meter. Dinding Pantheon
pula dibina daripada batu-bata yang dilepa dengan simen.Puncak Pantheon
mempunyai ruang terbuka yang dikenali sebagai Oculus berukuran 13 meter
lebar yang membolehkan cahaya masuk menyinari ruangan dalam binaan ini.

Binaan seterusnya ialah Amfiteater . Binaan ini merupakan Colosseum mini
atau sebuah gelanggang terbuka yang digunakan untuk membuat persembahan
seni, pertunjukan dan gladiator.Amfiteater ini berbentuk lingkaran. Terdapat
kira-kira 230 amfiteater yang dibina di seluruh empayar Rom dengan
mempunyai pelbagai saiz dan kapasiti penonton yang berbeza.
Amfiteater yang terkenal termasuklah amfiteater di El Djem, Tunisia yang boleh
memuatkan 16,000 orang dan di Arles, Perancis yang boleh memuatkan 20,000
orang.Kewujudan binaan amfiteater di seluruh wilayah Rom menjadi bukti nyata
tentang pengaruh dan cara hidup masyarakat zaman ini yang menggemari
aktiviti di luar rumah.

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya

Seni bina keempat ialah Akueduk. Akueduk mempunyai sistem perancangan
dan pengawalan air yang sistematik yang melambangkan teknologi dan
kejuruteraan Rom.Akueduk berfungsi membekalkan air ke rumah kediaman di
sekitar bandar dalam empayar Rom.Air dari akueduk juga disalurkan ke tempat
mandi awam dan binaan-binaan utama di Rom termasuklah ke Colosseum
sewaktu acara gladiator diadakan. Akueduk pertama dibina di Aqua Appia pada
tahun 312 SM dengan panjangnya 16 kilometer. Marcus Agrippa merupakan
antara jurutera Rom yang bertanggungjawab membina akueduk, seperti Aqua
Virgo yang dibina pada tahun 19 SM.Akueduk dibina berdasarkan kajian
mendalam terhadap aspek mutu sumber air yang ada, aliran air dan lokasinya.
Akueduk yang termasyhur ialah Pont du Gard di Perancis yang mempunyai tiga
tingkat.

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya

4.3 tiga contoh keunikan seni bina yang terdapat

di Malaysia

Contoh yang pertama ialah, Masjid Cina Al- Muttaqin. Masjid in terletak di
Melaka, tidak jauh dari stadium Hang Jebat Krubong / Paya Rumput. Masjid ini
mempunyai banyak keuinikannya yang tersendiri. Ia mula dibina pada Oktober
2012 dan siap dibina pada Jun 2014, reka bentuknya diilhamkan daripada
gabungan beberapa buah masjid di China termasuk di Beijing, Shanghai dan
Xian. Ia dilengkapi dengan dewan solat, bilik tetamu dan pelbagai jenis
kemudahan termasuk laman parkir yang luas dan dua menara yang menjadi
mercu tanda masjid ini.

Contoh yang kedua ialah Kellie’s Castle. Kellie’s Castle terletak di Perak. Binaan
ini dapat dilihat semasa perjalanan dari Simpang Pulai ke Batu Gajah atau Seri
Iskandar. Kellie’s Castle dibina oleh William Kellie Smith, seorang warga Scotland
yang pernah menetap di kawasan ini suatu masa dahulu. Kellie’s Castle
dikatakan dibina sebagai simbol cinta terhadap isterinya. Reka bentuknya
mengambil inspirasi daripada ciri-ciri seni bina di India dan agama Hindu yang
amat diminati oleh William Kellie ketika itu. Bangunan ini mempunyai 14 buah
bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi oleh lif
yang pertama dibina di Tanah Melayu. Ada yang mengatakan bahawa roh Kellie
sekeluarga masih menghantui bilik – bilik disitu.

Akhir sekali ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini terletak di
Kuala Lumpur. Ia dinamakan sempena Sultan Abdul Samad ibni Raja Abdullah
iaitu Sultan Selangor yang ke-4. Bangunan ini terletak berhadapan dengan
Dataran Merdeka, lokasi perisytiharan kemerdekaan. Ia mula dibina pada 1894.
Kerja- kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD). Bangunan dua
tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5
meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk dan
binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni bina Moghul dan Moor
Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid
di Cardova dan Mesir. Bangunan Sultan Abdul Samad sememangnya telah
menyaksikan pelbagai peristiwa bersejarah tanah air, sebagai contoh,
perisytiharaan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya

4.4 peranan generasi muda untuk memelihara dan
memulihara seni bina bersejarah di Malaysia .

Peranan generasi muda untuk memelihara dan memulihara seni bina bersejarah
di Malaysia amatlah penting. Terdapat banyak peranan yang boleh dilakukan
bagi mengelakkan seni bina ini ditelan zaman.Peranan yang pertama,
peruntukan khas kerajaan. Pihak kerajaan perlu memperuntukkan bajet khas
untuk memulihara bangunan bersejarah di Malaysia. Dengan adanya wang yang
mencukupi, bangunan bersejarah dapat dinaik taraf bagi menarik perhatian
orang luar datang berkunjung dan dapat memperbaiki kekurangan pada binaan
tersebut.

Peranan seterusnya, sukarelawan dari sekolah dan universiti. Pihak sekolah
dan universiti perlu memberi galakan kepada pelajar untuk terlibat dalam usaha
untuk memulihara bangunan bersejarah. Sebagai contoh, pelajar boleh
menyertai aktiviti sukarelawan untuk membersihkan dan menaik taraf lanskap
bangunan.

Selain itu, pihak sekolah mahupun universiti perlu mengadakan lawatan
sambil belajar ke lokasi-lokasi bersejarah di sekitar Malaysia. Yuran masuk yang
dikenakan kepada pelawat dari sekolah dan universiti tersebut akan secara tidak
langsung dapat memberikan dana digunakan untuk memulihara binaan
tersebut.

Seterusnya ialah galakan daripada ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan
untuk membawa anak anak bercuti ke tempat-tempat bersejarah bagi menarik
minat dan memupuk sifat cintakan sejarah negara.Dengan ini, generasi muda
kita tidak melupakan sejarah negara dan mengelakkan pendedahan
keterlalulan dengan gaya hidup barat.

Akhir sekali adalah media massa, Zaman kini, media massa mampu memberi
pengaruh yang besar kepada dunia luar. Pihak media boleh membuat iklan atau
promosi secara besar-besaran untuk menarik minat orang ramai untuk
mengunjungi lokasi-lokasi bersejarah. Tindakan ini dapat mendidik orang ramai
tentang tempat bersejarah dan memberi sumber pendapatan yang mencukupi
kepada pihak pengurusan.

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya

Peranan generasi muda amat penting terhadap seni bina bersejarah di
Malaysia. Bangunan dan monumen bersejarah dapat memberi contoh dan
pengajaran kepada masyarakat, khususnya kepada remaja yang mempunyai
semangat patriotisme yang lemah. Oleh itu, kita mestilah sedaya upaya
mendedahkan generasi muda kepada sejarah negara kita. Semakin lama,
mereka semakin alpa dan leka dengan zaman serba moden ini.

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya

5. kaedah kajian.
Melayari internet
Saya telah melayari https://www.permohonan.my/cara-memelihara-bangunan-
bersejarah/ untuk mencari maklumat pada 29 Julai.
Saya telah melayari https://www.tarahap.xyz/2020/05/peningkatan-tamadun-
yunani-dan-rom.html untuk mencari maklumat pada 29 Julai.
Saya telah melayari https://ms.wikipedia.org/wiki/Rom untuk mencari
maklumat pada 28 Julai.
Buku
Saya telah membaca buku teks sejarah tingkatan 1 Bab 6 m/s 127- 131

6. sumber rujukan
1. Buku teks sejarah Tingkatan 1, Mohd bin Samsudin, Dewan Bahasa dan
Pustaka

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya

7. lampiran 1

Pantheon colosseum
Akueduk amfiteater

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya

7. lampiran 2

Masjid Cina Al- Muttaqin Kellie’s Castle

Bangunan Sultan Abdul Samad

Tamadun Dunia dan Sumbangannnya


Click to View FlipBook Version