Pentaksiran Berterusan BMMB1104
Kesusasteraan
dan Kebudayaan
Melayu
DISEDIAKAN OLEH NUR DIANA AMIRAH BT AZAM
Isi Kandungan
Takrif Kesusasteraan Melayu
Jenis Kesusasteraan Melayu
Bentuk Kesusasteraan Melayu
Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu
Fungsi Kesusasteraan Melayu
Manifestasi Akal Budi
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Takrif KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan
Melayu Keindahan merupakan sebahagian daripada inti pemikiran penulis Melayu
sejak zaman dahulu lagi. Buktinya kita dapat lihat dalam hasil karya-karya
Karya sastera amat diminati kesusasteraan Melayu Tradisional oleh pengkaji seperti Syed Naquib al-Attas,
oleh semua bangsa di I.V. Braginsky dan Muhammad Haji Salleh.
Tanah Melayu pada zaman
dahulu. Ia merupakan karya Perkataan sastra yang berasal daripada bahasa Sanskrit bermaksud sarana
yang mempunyai daya atau alat yang membawa pengajaran, awalan su membawa maksud indah,
kreatif yang menjadi wadah kesimpulannya kata susastra memberikan makna bahawa susastera boleh
dan sarana kepada difahami sebagai sarana yang membawa pengajaran dengan cara yang
masyarakat. indah.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Menurut Haji Salleh (2000), keindahan merupakan unsur terpenting dalam
karya sastera malah ia menjadi pengukurnya. Ia jelas menunjukkan bahawa
bangsa Melayu tradisional menyukai keindahan dalam seni sastera.
Dalam konteks pendidikan, kita dapat simpulkan bahawa karya
kesusasteraan Melayu ini merujuk kepada karya yang ditulis dalam bahasa
Melayu yang menerapkan unsur keindahan dan kehalusan dalam bentuk
cerpen, drama, novel, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional yang
dapat mempamerkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.
JENIS KESUSASTERAAN MELAYU
Hasil kesusasteraan Melayu ini dapat dikategorikan secara
semantik dari segi isi, ia terbahagi kepada dua iaitu:
01 Naratif 02 Bukan Naratif
Hasil sastera yang mengandungi Hasil kesusasteraan yang tidak
perkembangan plot. Ia menerangkan mengandungi plot. Ia dilahirkan
tentang sesuatu peristiwa yang berdasarkan ekspresi pengarang
meliputi unsur watak, masa berlaku dalam bentuk puisi.
dan tempat berlaku, Ia dilahirkan
dalam bentuk prosa. Kesusasteraan bukan naratif ini
lebih banyak dilahirkan dalam
Kesusasteraan naratif adalah satu bentuk puisi.
hiburan yang biasa terdapat dalam
kehidupan manusia dalam bentuk
cerpen, komik, drama dan filem.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Bentuk Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu dapat dibahagikan kepada empat bentuk iaitu:
Prosa Prosa Moden Puisi Puisi Moden
Tradisional Tradisional
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Prosa ialah sebarang Prosa Tradisional merupakan bentuk
bentuk penulisan yang kesusasteraan yang masih kekal digunakan
tidak mempunyai corak hingga kini sebagai sumber pengetahuan,
atau irama yang tertentu. pengajaran kepada semua masyarakat. Ia
Prosa dapat dibahagikan terbahagi kepada dua genre iaitu sastera
kepada dua iaitu Prosa rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan).
Tradisional dan Prosa
Moden. Prosa Moden merupakan karya sastera yang
terhasil selepas tahun 1800 masihi.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Pembahagian ini bertujuan untuk
memahami unsur dan membezakan bentuk
dalam sastera Melayu. Ia terbahagi kepada
cerpen, novel dan drama.
BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU
Prosa Tradisional
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
SASTERA RAKYAT
Menurut Zaiden et al. (2000), sastera rakyat ialah ungkapan dari mulut ke mulut, hasil
kebudayaan lisan dalam masyarakat tradisional yang isinya dapat disejajarkan dengan
sastera tulisan dalam masyarakat moden.
Ciri-ciri sastera rakyat
Sastera rakyat disebarkan secara lisan
Sastera rakyat bersifat lama kerana ia telah berada dalam sesuatu kebudayaan
dalam tempoh yang melebihi dua generasi
Sastera rakyat wujud dalam variasi yang berbeza serta bersifat anonimi (tiada nama
pencipta)
Sastera rakyat menjadi milik semua masyarakat yang menghasilkannya
Sastera rakyat memberikan pengajaran serta bersifat sederhana dan spontan
Sastera rakyat terbahagi kepada dua iaitu sastera rakyat naratif dan sastera rakyat
bukan naratif.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
SASTERA RAKYAT
Sastera rakyat terbahagi kepada:
Mitos ialah cerita yang dianggap benar-benar terjadi yang mengisahkan tentang kejadian alam semesta, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan
dan bentuk muka bumi. Mitos ini memberi kesan besar kepada masyarakat kerana ia mempengaruhi pemikiran mereka. Mitos terbahagi
kepada tiga iaitu mitos asal usul, mitos institusi sosial dan mitos politik. Mitos asal usul merujuk kepada asal usul muka bumi ini seperti asal usul
Tasik Chini. Mitos institusi sosial pula berkaitan tentang asal usul masyarakat Melayu seperti kedatangan Islam. Akhir sekali, mitos politik yang
berkaitan dengan struktur pemerintahan dan kerajaan seperti Kerajaan Melayu Pasai.
Legenda ialah cerita yang dipercayai berlaku tapi tidak dianggap suci. Tokohnya dipercayai mempunyai kuasa sakti yang luar biasa. Ciri-ciri
legenda ini termasuklah sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita tentang pahlawan. Antara jenis legenda dalam masyarakat Melayu ialah
legenda keagamaan yang menceritakan tentang seseorang yang menyebarkan agama. Seterusnya legenda alam ghaib yang mengisahkan
tentang pengalaman seseorang yang pernah masuk ke alam ghaib. Legenda perseorangan pula menerangkan tentang tokoh seperti kisah Hang
Tuah yang mempunyai bukti kewujudan latar tempat. Selain itu, legenda tempat pula yang menerangkan tentang asal usul sesuatu tempat
seperti Pekan Langgar yang diambil sempena pelanggaran Siam ke atas Kedah. Akhir sekali, legenda tokoh yang dianggap betul-betul wujud
kerana ada bukti latar masa dan tempat seperti kisah Mahsuri di Langkawi.
Cerita rakyat pula ialah cerita yang tidak dianggap benar-benar berlaku. Ia hanya berfungsi sebagai sumber hiburan atau menegakkan moral
dan memberi pengajaran dan sindiran kepada masyarakat. Antara jenis cerita rakyat ialah cerita binatang seperti kisah sang Kancil yang cerdik
dalam membuat helah untuk melawan binatang lain yang berkuasa dalam hutan. Seterusnya, cerita penglipur lara yang dituturkan oleh
penglipur lara yang memberikan pengajaran kepada masyarakat. Biasanya, ia diselit dengan puisi tradisional dengan tema perperangan,
percintaan dan pengembaraan. Contohnya, Hikayat Anggun Cik Tunggal. Selain itu, cerita jenaka pula ialah cerita yang mengembirakan
masyarakat kerana ia ada perkaitan dengan situasi sebenar. Watak dalam cerita ini biasanya mempunyai watak bodoh seperti Pak Pandir. Akhir
sekali, cerita teladan yang mempunyai unsur moral dan pendidikan buat kanak-kanak seperti kisah Bawang Putih dan Bawang Merah yang
mengisahkan tentang kehidupan bersama keluarga tiri.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
SASTERA ISTANA
Sastera tulisan berkembang dalam istana pada abad ke-15.
Sastera hikayat terbahagi kepada unsur Hindu, Islam dan Hindu-Islam. Contohnya ialah Hikayat Gul Bakawali, Hikayat
Seri Rama dan Hikayat Raja Pasai.
Sastera undang-undang yang menjadi bahan kajian sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis
masyarakat lama yang terbahagi kepada dua adat iaitu Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Contoh sastera undang-
undang ialah Hukum Kanun Melaka.
Sastera epik pula merujuk kepada sastera yang menceritakan tentang pahlawan yang mempunyai sifat yang unggul.
Karya ini dihasilkan dengan memberikan sifat yang sempurna sehingga menjadi pujaan bagi masyarakat. Contoh karya
sastera epik ini ialah Hikayat Hang Tuah dan epik berunsur Islam iaitu Hikayat Amir Hamzah.
Sastera panji merupakan karya yang mengisahkan tentang pengembaraan, percintaan dan peperangan. Kisah ini
menceritakan tentang Panji yang mengalami pelbagai peristiwa yang kemudiannya bertemu kekasihnya. Contohnya,
Hikayat Cendawan Putih.
Sastera agama pula menceritakan tentang perjuangan Nabi Muhammad SAW. Karya ini menceritakkan tentang liku-liku
perjuangan baginda dalam menyebarkan agama Islam. Contohnya, Hikayat Bulan Berbelah.
Kitab sastera ketatanegaraan yang merujuk digunakan oleh sultan bagi rujukan untuk pemerintahan baginda.
Contohnya, Kitab Nasihat Segala Raja-raja yang digunakan oleh al-Sultan Zainal Abidin III.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU
Prosa Moden
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Cerpen
Cerpen merupakan singkatan kepada cerita pendek yang
merujuk kepada kisah rekaan yang ringkas, panjangnya
antara 500 hingga 15,000 patah kata. Cerpen mempunyai
kesatuan yang dicapai, terutamanya melalui plot di samping
banyak mempunyai unsur lain seperti tema, latar, watak, gaya
dan sebagainya. Cerpen berbeza dengan novel, terutamanya
dari segi cerita yang berpusat pada sesuatu watak yang
menggambarkan satu siri aksi atau peristiwa yang terbatas.
Cerpen mengemukakan plot cerita yang ringkas dan tidak
kompleks.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Novel
Novel ialah kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Secara
khususnya pula, novel merupakan suatu bentuk cereka yang
mengisahkan peristiwa yang benar-benar berlaku atau yang
imaginatif dengan penyertaan watak yang kesemuanya digarap
menurut suatu pola tertentu. Novel berbeza daripada cerpen dari
segi panjangnya dan penceritaannya tidak terbatas pada satu-satu
watak. Selain itu, peristiwa-peristiwa dan latar yang terkandung
dalam novel pun tidak terhad dengan mengambil jangka waktu
yang panjang. Seterusnya pertalian cerita dalam novel lebih
kompleks daripada cerpen. Gambar di sebelah menunjukkan novel
7 Hari Mencintaiku 2 hasil karya Siti Rosmizah yang telah
diadaptasikan menjadi drama di TV3.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Drama
Drama dapat diertikan sebagai suatu kisah yang diceritakan dalam
bentuk lakonan oleh para pelakon yang memegang peranan sebagai
watak-watak dalam kisah tersebut. Aksi dan dialog penting dalam
drama, baik sebagai isi mahupun sebagai cara persembahan. Drama
cuba menggambarkan satu aspek kehidupan manusia dengan
mengemukakan konflik melalui aksi dan dialog para watak.
Lazimnya, skrip atau naskhah lakon drama memang dirancang
untuk dipentaskan. Sesuatu drama dinikmati oleh penonton secara
langsung dan tanpa henti pula. Itulah sebabnya sesuatu karya untuk
drama tidak boleh terlalu panjang dan harus mempunyai tarikan
yang kuat untuk memikat perhatian penonton. Gambar di sebelah
menujukkan drama terkenal iaitu Nur lakonan Syafiq dan Amira.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU
Puisi Tradisional
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
PUISI TRADISIONAL Genre Puisi
Tradisional
Menurut Harun Mat Piah (1989), antara genre
dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, Pantun
gurindam, seloka, talibun, mantera, adat Syair
perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, Gurindam
masnawi dan sebagainya. Seloka
Puisi ialah suatu bentuk tulisan atau
pengucapan yang berirama yang dilahirkan
melalui tanggapan yang penuh imaginatif
daripada seseorang penulis atau penyair.
Terdapat dua golongan puisi melayu iaitu Puisi
Tradisional yang terdiri daripada Pantun,
Gurindam, Syair dan Seloka.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Pantun
Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan orang Melayu.
Menurut Za'ba (1978), masyrakat Melayu sudah pandai berpantun sebelum tahu surat-
menyurat dan saling berbalas pantun.
Pantun terdiri daripada bebarapa jenis yang dikenal menurut jumlah barisnya, misalnya ;
v Pantun dua kerat
v Pantun empat kerat
v Pantun enam kerat
v Pantun lapan kerat
v Pantunsepuluh kerat pantun dua belas kerat
Walau bagaimanapun, jenis pantun yang masih popular sekarang ialah pantun dua kerat dan
pantun empat kerat.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Pantun
Ciri-ciri Pantun
1. Serangkap pantun atau seuntai pantun terdiri daripada dua bahagian.
2. Dua kerat pertama, yakni baris pertama dan kedua disebut pembayang maksud atau sampiran.
3. Dua kerat yang akhir, yakni baris ketiga dan keempat merupakan maksud pantun.
4. Bahagian sampiran biasanya berisi ibarat atau misalan yang membayangkan apa-apa yang
dikemukakan dalam bahagian maksud pantun.
5. Bahagian maksud pula mengandungi isi sebenar yang hendak disampaikan.
6. Bunyi suku kata hujung pantun mesti sama.
7. Persamaan bunyi atau rima pada suku kata di hujung baris pertama dipadankan dengan suku
kata di hujung baris ketiga.
8. Persamaan bunyi atau rima pada suku kata di hujung baris kedua pula dipadankan dengan suku
kata di hujung baris keempat.
9. Hal yang demikian membentuk bunyi atau rima “ab ab”.
10. Tiap-tiap baris dalam serangkap pantun yang baik harus mempunyai lapan hingga dua belas suku
kata.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka
sentiasa berkongsi koleksi pantun
di laman media sosialnya.
https://tinyurl.com/Pantun-oleh-
DBP
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Gurindam
Gurindam ialah satu bentuk puisi Melayu Tradisional yang diiperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui
Gurindam Dua Belas yang dikarang pada tahun 1846.
Perkataan Gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit sebagai 'rangkap yang telah jadi bidalan. Md
Ali Bachick (2003) mendefinisikan gurindam sebagai sebuah wacana yang mengandungi kalimat-
kalimat yang berirama. Isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan. Seperti bentuk puisi
Tradisional yang lain gurindam mempunyai ciri tertentu antaranya;
Terdiri daripada anak kalimat, kalimat utama atau kalimat induk
Mengandungi dua baris serangkap dan merupakan isi
Jumlah kata dan suku kata setiap baris tidak terhad
Rima akhir berbentuk a-a iaitu bunyi di hujungnya seragam
Bahasa yang digunakan bernada riang
Diksi yang digunakan bernas dan disusun dalam ayat yang kemas
Membawa motif pengajaran, nasihat atau sindiran.
Gurindam membawa erti sesuatu perkara itu berlaku kerana ada sebab dab melalui sebab itulah
perkara tersebut terjadi.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Syair
Syair terdiri daripada empat baris atau empat kerat seperti pantun juga. Tetapi bunyi rima di hujung
barisnya adalah sama atau selari “aa aa”. Syair tidak mempunyai pembayang maksud sebaliknya syair
biasanya mempunyai tema yang tertentu yang berkaitan dengan kias ibarat, sindiran, nasihat,
pengajaran, agama dan sebagainya. Isi syair berkisar di sekitar sesuatu kisah sejarah, misalnya Syair
Singapura Dimakan Api, Syair Sultan Mahmud. Rangkap-rangkap syair terbentuk secara berurutan
antara satu sama lain, malah keempat-empat baris dalam serangkap syair adalah bersambung juga.
Ianya sedemikian supaya sesuatu buah fikiran dan cerita dapat disampaikan sebagai sati wacana yang
lengkap.
Terdapat enam jenis syair dalam Kesusasteraan Melayu yang didasarkan pada isinya iaitu ;
v Syair keagamaan – Syair Perahu dan Syair Dagang
v Syair kiasan – Syair Ikan Terbuk dan Syair Burung Pungguk
v Syair panji – Syair Panji Semirang dan Syair Ken Tambuhan
v Syair romantis – Syair Bidadari dan Syair Yatim Nestapa
v Syair saduran – Syair Damar Wulan dan Syair Tajul Muluk
v Syair sejarah – Syair Singapura Dimakan Api dan Syair Sultan Muhamad
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Seloka
Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah seloka berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu 'shloka' yang
bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka lebih kepada pepatah, bidalan atau
perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Seloka
juga memberi pengajaran dan teladan kepada pendengar atau pembaca.
Ciri Seloka
Merupakan puisi bebas atau tidak terikat
Tidak mempunyai pembayang
Rangkap: Bilang baris serangkap tidak tetap
Perkataan: Jumlah perkataan dalam sebaris tidak tetap
Suku kata: Jumlah suku kata dalam sebaris tidak tetap
Rima: Rima akhirnya dalam serangkap tidak tetap
Contoh seloka: Seloka Pak Kaduk dan Seloka Pak Pandir
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU
Puisi Moden
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Sajak
Sajak ialah sejenis puisi moden yang bebas sifatnya. Ia tidak terikat pada sesuatu pola khusus,
walaupun kadang kala mempunyai ciri rima dan irama. Sajak mementingkan keberkesanan
pengucapan perasaan melalui pemilihan dan pemakaian kata-kata yang saling berhubungan.
Seperti juga hasil prosa, sajak juga mempunyai tema yang merupakan inti atau terasnya. Tema ini
umumnya didasarkan pada pengalaman penyairnya yang didapati daripada pengalaman
langsungnya dengan alam dan kehidupan manusia. Beberapa contoh tema termasuklah keadilan,
keamanan, kebebasan, kemanusiaan, penindasan dan banyak lagi.
Pada umumnya bahasa sesuatu puisi memperlihatkan kehalusan, kesempurnaan dan keindahan
serta penyusunannya. Bahasa puisi agak ekonomis yang terbit daripada baris-baris yang ringkas
dan penggunaan kata yang terbatas. Namun ia masih mampu mendukung makna yang
dihasratkan. Ia banyak memperlihatkan sifat konotasi, yakni mempunyai makna yang lebih
daripada satu, lebih kaya dan lebih luas yang bertujuan membangkitkan emosi dan imaginasi
pembaca.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Sajak
Suasana merupakan salah satu unsur dalam sajak yang dapat membantu memperkuatkan
temanya. Ia terbina daripada gambaran-gambaran yang disajikan melalui penggunaan
bahasanya. Simbol atau perlambangan digunakan untuk menyatakan sesuatu makna yang di luar
daripada makna langsung kata-kata tersebut. Penggunaan kata seperti laut, ombak, bulan,
gunung, mentari, fajar, senja merupakan nilai simbol yang menarik dalam puisi. Unsur imej atau
citra merupakan kesan daripada gambaran yang timbul melalui penggunaan kata, ungkapan dan
ayat dalam sajak.
Unsur bunyi, yakni irama dan rima juga penting dalam melahirkan sajak yang indah dan menarik.
Unsur bunyi yang menarik biasanya melalui pemilihan dan penggunaan kata-kata yang terpilih
dan teratur.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu
Lisan
Kesusasteraan Melayu ini disampaikan secara lisan Sasterawan pada zaman dahulu mengungkapkan karya
mereka dengan cara percakapan kerana tidak mempunyai alat tulis untuk menurunkan hasil karya itu agar
tidak hilang pada generasi seterusnya.
Tulisan
Selepas kedatangan Islam, sistem tulisan telah diterima oleh orang Melayu. Berlaku perubahan besar dalam
penghasilan karya sastera iaitu peralihan daripada lisan kepada tylisan. Kaedah tulisan ini banyak
digunakan oleh pihak istana bagi menghasilkan karya seperti undang-undang dengan menggunakan
tulisan Jawi.
Kreatif
Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-karya prosa dan puisi naratif dan bukan
naratif. Oleh itu novel, cerpen, sajak, drama, prosa tradisional dan puisi tradisional merupakan kesusasteraan
kreatif.
Bukan kreatif
Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei, rencana dan sebagainya
Estetik
Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh seseorang penulis.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Fungsi Kesusasteraan
Melayu
Aspek Hiburan
Aspek Pendidikan
Aspek Dakwah
Aspek Kritikan Sosial
ASPEK HIBURAN
Karya sastera yang indah akan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokkan
yang terhasil daripada kata-kata, irama dan rentak yang mengasyikkan.
Unsur hiburan yang terdapat dalam karya sastera seperti kisah Pak Kaduk yang
gila melaga ayam. Kisah Pak Kaduk ini sangat menghiburkan pembaca kerana
teletahnya yang tidak berfikir panjang semasa membuat keputusan. Pak Kaduk yang
membuat keputusan secara melulu telah memberi banyak memberi banyak
pengajaran kepada pembaca.
Unsur hiburan dalam karya sastera ini juga dijumpai dalam karya pantun. Pantun
dihasilkan dengan bunyi irama yang sama. Pembayang bagi setiap pantun juga
memberi makna yang sangat unik. Masyarakat juga sering menggunakan pantun
untuk memeriahkan suasana terutamanya ketika majlis perkahwinan.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
ASPEK PENDIDIKAN
Karya sastera yang mengandungi banyak moral dan pengajaran ini sangat sesuai untuk
dijadikan sebagai bahan pendidikan buat masyarakat. Ia dapat membantu masyarakat
agar lebih cinta dan faham akan mesej yang disampaikan dalam karya sastera Melayu.
Kesusasteraan Melayu dalam pendidikan ini dapat membina insaniah dalam
kehidupan manusia. Kita mahu melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai
kemanusiaan yang tinggi ketika membuat keputusan. Hal ini akan membantu dalam
melahirkan seorang pemimpin yang bermoral tinggi.
Di peringkat sekolah pula, kesusasteraan Melayu ini sejajar dengan konsep bahasa
merentas kurikulum.
Di peringkat pengajian tinggi pula, kesusasteraan Melayu ini dapat membantu
pelajar dalam menghasilkan karya sastera yang bermutu tinggi serta
mengembangkan lagi kesusasteraan ini ke peringkat seterusnya.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
ASPEK DAKWAH
Karya sastera juga memainkan peranan penting bagi aspek dakwah.
Memudahkan penyampaian dakwah kepada penganut agama Islam yang baru.
Karya sastera ini memberikan ilmu baharu kepada para mualaf untuk menuntut
ilmu dengan lebih lanjut. Contohnya, Hikayat Iskandar Dzulkarnain.
Karya sastera juga menyebarkan keistimewaan agama Islam dengan menceritakan
keindahan Islam dalam karya Qasidah. Ia termasuk pujian, sirah dan selawat ke
atas Nabi Muhammad SAW.
Karya sastera juga dapat memberikan pengajaran dan meningkatkan moral
masyarakat. Ia menjadi medium untuk merungkai tentang soal
kebudayaan,pemikiran, cara hidup, kepercayaan dan adat istiadat masyarakat.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
ASPEK KRITIKAN SOSIAL
Karya sastera menyelongkar kehidupan masyarakat melalui pandangan yang berbeza.
Kewujudan lapisan masyarakat menyebabkan ada jurang yang mempengaruhi
tindakan, tatasusila dan adab dalam teguran dan kritikan sosial. Dalam
masyarakat terdapat banyak ragam yang berbeza.
Fungsi kritikan sosial dalam sastera juga sebagai pengajaran kepada masyarakat.
Hal ini selaras dengan pendapat (Sapardi Djoko Damono. 1984) bahawa sastera
mencerminkan persoalan sosial yang ada di dalam masyarakat. Dimana, terdapat
juga pengarang yang mampu menghasilkan karya sastera yang mampu
mengkritikan sosial masyarakat secara tersurat mahupun tersirat dalam sesebuah
karya yang dihasilkan. Contohnya, dalam cerita Pak Kaduk dimana Pak Kaduk
memegang watak sebagai seorang yang bodoh dan lurus menyebabkan beliau selalu
ditipu oleh orang di sekelilingnya. Jelaslah bahawa kritikan sosial yang terdapat
dalam sastera mampu memberikan nilai moral kepada pembaca.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Manifestasi Akal Budi
Pantun Buah Cempedak
Syair Siti Sainah
Seloka Si Luncai
Gurindam Dua Belas
PANTUN BUAH CEMPEDAK
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
2020 | DEPARTMENT OF HISTORY
Penggunaan unsur alam semulajadi seperti cempedak digandingkan dengan galah yang menjadi
alat kebiasaan digunakan untuk menjolok buah-buahan. Pemilihan kata untuk kedua-dua baris
pembayang dihasilkan dengan teliti sehinggakan dengan hanya menyebutnya sahaja, khalayak
dapat mengetahui dan memahami bahagian maksud yang diujarkan pada baris ketiga dan keempat.
Misalnya dengan hanya menyebut:
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Secara tidak langsung telah memperlihatkan unsur-unsur menyedari akan kelemahan dan
kekurangan diri dengan harapan memohon bantuan daripada pihak lain yang lebih mampu. Buah
cempedak sepertimana lazimnya, bercambah dari pangkal pokok hinggalah ke dahan yang tinggi.
Buah yang berada di bahagian luar pagar sudah pasti tumbuh pada bahagian yang tinggi sehingga
sukar untuk dicapai menggunakan tangan. Apatah lagi sekiranya buah tersebut berada di halaman
atau bahagian kebun orang lain, maka perlu meminta keizinan terlebih dahulu untuk
mengambilnya. Bantuan yang diminta bukan dengan tangan kosong tetapi dengan huluran galah
untuk memudahkan orang yang menolong itu melaksanakannya.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Falsafah yang tersirat di sebalik pantun tersebut secara tidak langsung membawa amanat tentang
peri pentingnya sifat merendah diri yang perlu ada dalam diri setiap insan. Selain itu, pantun
tersebut memancarkan pemikiran masyarakat Melayu lama yang amat menekankan aspek
kesantunan dan budi bahasa dalam kehidupan seharian. Budi adalah berhubung erat dengan jasa
kerana jasa adalah berbudi (Harun Mat Piah, 1989: 469). Tidak mungkin seseorang individu
dapat dianggap membuat jasa jika dia tidak berbudi. Ianya juga sejajar dengan tuntutan ajaran
Islam yang menekankan hubungan baik antara sesama manusia.
Kebolehan seseorang pencipta pantun menggunakan lambang-lambang yang segar dan berkesan di
dalam pantun amat mengkagumkan (Harun Mat Piah, 1989: 132). Tidak dapat dinafikan, hasil
ciptaan pantun yang digunakan sehingga ke hari ini secara tidak langsung memperlihat keakraban
penciptanya dengan alam semulajadi. Mana mungkin pantun dapat dicipta dengan sebegitu indah
sekiranya para penciptanya tidak menghayati unsur-unsur perlambangan yang digunakan.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
SYAIR SITI SIYANAH
Raja Ali Haji menjelaskan tujuan penghasilan
Syair Siti Siyanah adalah untuk dijadikan teladan
kepada kaum wanita di samping memberi ilmu
pengetahuan mengenai hukum-hakam yang telah
ditetapkan oleh Tuhan. Raja Ali Haji memang
terkenal sebagai seorang sarjana yang amat
mementingkan ilmu pengetahuan sehinggakan dalam
syair Siti Siyanah, beliau menyifatkan kejahilan
dan kebodohan itu seumpama mati. Malah Raja Ali
Haji berpandangan, jika pembinaan institusi
pendidikan tidak dijadikan keutamaan dalam
sesebuah kerajaan, ramai rakyat menjadi jahil,
bangsat, tidak beradab dan bersopan, kurang malu
dan tiada rasa takut kepada Allah (Akmaliza 2018)
2020 | DEPARTMENT OF HISTORY
Dari segi hirarki ilmu pula, ilmu al-dīn atau ilmu agama adalah ilmu yang paling utama dan
perlu terlebih dahulu dituntut kemudian diikuti dengan ᶜilm wa al-kalām (Akmaliza 2018).
Walaupun Syair Siti Siyanah dipersembahkan dalam bentuk puisi, ceritanya adalah benar
berkaitan hukum syarak dan bukan berupa fiksyen hasil rekaan imaginasi.
Wa ba’du kemudian daripada itu
Inilah syair madah suatu
Ceteranya betul kisahnya tentu
Boleh diambil teladan di situ
(Raja Ali Haji dalam Abu Hassan 1993)
Malah Raja Ali Haji menegaskan, penguasaan syair ini melayakkan seseorang wanita itu
menjadi penghulu dalam perhimpunan perempuan. Raja Ali Haji adalah salah seorang sarjana
Melayu yang bukan sahaja menghasilkan karya-karya prosa malah turut menukilkan beberapa
karya puisi sama ada dalam bentuk syair mahupun gurindam. Raja Ali Haji menggunakan
kaedah perceritaan dalam syair untuk menarik hati dan minat pembaca bagi memahami
persoalan berkaitan agama.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Pemerkasaan akal budi wanita Melayu dapat direalisasikan
menerusi pengukuhan ilmu agama, akhlak dan adab. Usaha Raja
Ali Haji menghasilkan Syair Siti Siyanah menunjukkan iltizam
beliau dalam usaha untuk mengangkat martabat wanita Melayu
melalui ketinggian ilmu bagi membasmi kejahilan, kefasadan
akhlak serta kehilangan adab. Pengembangan aktiviti intelektual
sama ada secara formal atau tidak formal perlu dijadikan
keutamaan dalam sesebuah tamadun bangsa bagi menghindari
kejahilan, kemerosotan akhlak, sikap tidak beradab, sindrom hilang
malu dan tiada rasa takut kepada Allah. Syair Siti Siyanah boleh
dianggap sebagai sebuah karya puisi yang kaya dengan konten
ilmu yang wajar dijadikan iktibar untuk kaum wanita Melayu
bagi memahami dan mengamalkan beberapa aspek ilmu fekah,
tasawuf, akhlak dan adab.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
SELOKA SI LUNCAI
Cerita Si Luncai adalah salah satu daripada hasil kesusasteraan rakyat yang berbentuk cerita jenaka berwatak manusia
yang diklasifikasikan dalam kategori Cerita Jenaka Melayu. Unsur kejenakaan dalam cerita-cerita jenaka Melayu
biasanya menampilkan perwatakan manusia sejagat yang bersifat kedunguan seperti dalam cerita Pak Kaduk yang
menang sorak walaupun kampungnya tergadai. Cerita Pak pandir pula menampilkan watak kebodohan dan lurus bendul,
manakala sifat suka berangan-angan kosong ditunjukkan dalam cerita Mat Jenin dan Lebai malang pula menggambarkan
kritikan terhadap sifat tamak yang akhirnya membawa kerugian. Mohd Taib Osman (2007) menegaskan walaupun unsur
kejenakaan dalam sastera rakyat ini bertujuan untuk menghiburkan, namun ia turut mempunyai fungsi dan tujuan untuk
mengajar, menyemai adab moral, mengkritik dan menyindir terhadap sesuatu yang tidak kena. Penulisan ini
menumpukan sepenuhnya terhadap cerita si Luncai sahaja kerana kecerdikan dan kelicikannya mencari helah bagi
mengatasi masalah yang dihadapinya. Watak Si Luncai juga turut digambarkan sebagai seorang Melayu yang tidak
stereotype berbanding watak-watak dalam cerita jenaka lain kerana beliau tidak mudah mengalah, tidak mudah tunduk
kepada pihak yang lebih berwibawa dan patuh kepada pihak berkuasa. Disamping itu, penulis merasakan bahawa cerita
Si Luncai turut mengandungi kritikan terhadap pemerintah. Harun Mat Piah et al. (2002) menyatakan dalan
penyelidikannya bahawa cerita-cerita jenaka turut mempunyai unsur-unsur atau elemen berbau politik. Keadaan ini
dibuktikan dalam teks Si Luncai apabila beliau (Si Luncai) dengan secara terbuka begitu berani mengatakan bahawa
wajah raja menyerupai wajah ayahnya yang telah meninggal dunia dan mencari helah bagi melepaskan diri dari
hukuman zalim yang dikenakan keatasnya.
2020 | DEPARTMENT OF HISTORY
Mohd Taib Osman (2007) menyatakan bahawa Kisah Si Luncai ini menggambarkan worldview masyarakat
Melayu kosmopolitan di bandar dan pelabuhan perdagangan berbanding watak-watak lain yang digambarkan di
dalam cerita jenaka Melayu. Di samping itu, pemerhatian penyelidik turut mengesan sindiran dan kritikan
dalam konteks politik dalam cerita Si Luncai yang dikaji ini. Harun Mat Piah et al. (2002) menegaskan bahawa
plot-plot kritikan berbau politik ini memang wujud dalam bentuk hasil sastera rakyat seperti cerita jenaka
Melayu. Menurut beliau juga, unsur kelucuan yang cuba disampaikan dalam cerita jenaka Melayu tidak akan
sampai sekiranya pembaca tidak dapat memahami situasi, latar belakang atau konteks kemunculannya.
Kejenakaan dalam kisah Si Luncai ini timbul bukan hanya pada tipu helah yang dirancang dan
dilaksanakannya, tetapi turut timbul pada keberanian Si Luncai (rakyat biasa) dengan sengaja dan tanpa rasa
segan silu mengkritik pemerintah, dalam konteks perbincangan ini ialah raja Melayu sehinggalah menyebabkan
beliau (Si Luncai) dijatuhkan hukuman bunuh. Suatu bentuk hukuman yang melampau, zalim dan tidak
setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan walaupun dalam konteks Gambar 1: Hazrul Mazran Rusli,
Alkisah Luncai Dan Raja, cetakan blok kayu atas kertas, 10 edisi Idealogy Journal Vol. 5 Issue 1, 2020 50
masyarakat Melayu moden hari ini juga kita sedia maklum bahawa mendatangkan kemurkaan raja itu adalah
adalah menjadi satu kesalahan. Berdasarkan naratif yang digarap daripada kisah Si Luncai, penyelidik
mendapati bahawa senario yang hampir sama juga berlaku dalam konteks politik tanah air semasa. Sebelum
perbincangan lebih lanjut dijalankan, perlu ditegaskan disini bahawa penyelidik tidak memihak kepada mana-
mana parti politik samada parti pemerintah (kerajaan) atau pembangkang. Penyelidik hanya merekodkan
senario semasa yang berlaku dan difikirkan relevan dengan konteks penyelidikan studio ini. Sebagai seorang
seniman, penulis hanya memberikan respon melalui penghasilan karya berdasarkan apa yang dilihat dan
berlaku di persekitaran penulis dalam konteks ruang lingkup semasa.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
GURINDAM DUA BELAS
Fungsi utama penghasilan karya adalah untuk dinikmati
keindahannya selain mendapatkan pelbagai pengajaran.
Bersesuaian dengan peranan sastera untuk membimbing
masyarakat pembaca, antara hal-hal yang menjadi pusat
perbincangan ialah persoalan, pemikiran, tema, idea,
perutusan, falsafah, mesej dan sebagainya. Unsur-unsur
ini akan membentuk moral sesebuah karya (Mana
Sikana, 1998).
Sejajar dengan kenyataan itu, tulisan ini bertujuan
untuk menilai adakah karya kesusasteraan Melayu
tradisional iaitu gurindam dapat memenuhi fungsi
sesebuah karya dengan membimbing masyarakat
pembaca berdasarkan pembentukan moral menerusi
persoalan dan pemikiran yang terkandung di dalamnya.
Gurindam yang telah dipilih ialah Gurindam Dua Belas
yang memberikan banyak pengajaran dari pelbagai
sudut.
2020 | DEPARTMENT OF HISTORY
Tanggungjawab Ibu Bapa terhadap Anak
Isu keruntuhan moral semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Pelbagai gejala sosial
yang telah berlaku dalam kalangan masyarakat seperti isu penyalahgunaan dadah, pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan dan sebagainya.
Pelbagai faktor telah menyebabkan hal ini berlakunya. Antara sebab keruntuhan akhlak dalam
kalangan masyarakat ini ialah masalah didikan ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting
dalam mendidik anak-anak agar menjadi orang yang berguna.
Anak-anak yang masih kecil mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Jadi ibu bapa mestilah
sentiasa mengingatkan apa yang betul dan salah kepada mereka.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Tanggungjawab Anak terhadap Ibu Bapa
Gurindam Dua Belas ini bukan sahaja menekankan tentang tanggungjawab ibu bapa terhadap
anak malahan terdapat juga peringatan tentang tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.
Peringatan ini dapat dilihat dengan jelas dalam fasal 10 Gurindam Dua Belas. "Dengan bapa
jangan derhaka, supaya Allah tidak murka, dengan ibu hendaklah hormat, supaya badan dapat
selamat". Teguran ini ditujukan kepada semua anak-anak tanpa mengira sama ada sudah
berkahwin atau tidak.
Antara tanggungjawab anak terhadap ibu bapa ialah tidak derhaka kepada ibu bapa, berbuat baik
kepada mereka dan sentkasa berlemah lembut tanpa ada meninggikan suara. Sifat lemah lembut
dalam keluarga dapat menjadikan sesebuah keluarga itu harmoni.
Sikap derhaka kepada ibu bapa adalah satu sifat yang sangat buruk. Menurut agama Islam,
derhaka kepada ibu bapa adalah dosa yang paling besar di sisi Allah sehinggakan anak yang
derhaka itu tidak dapat masuk syurga.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Adab Berbicara
Antara nikmat terbesar manusia ialah pemberian nikmat akal untuk berfikir sebelum berbicara
atau melakukan apa-apa perkara. Pepatah arab ada menyebut, lidah lebih tajam daripada mata
pedang.
Dalam Gurindam Dua Belas fasal 4, Raja Ali Haji ada menyebut "Barangsiapa perkataan kotor,
mulutnya umpama ketur". Ketur bermaksud bekas untuk meludah.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa sangat hina seseorang yang bercakap buruk. Jadi, kita
perlulah menjaga tutur kata dan sentiasa bercakap baik dalam semua perkara walaupun semasa
menghadapi ujian hidup.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Buruk Sangka
Gurindam Dua Belas ini menyentuh tentang akhlak buruk iaitu sikap berburuk sangka. Sikap
ini berlaku apabila seseorang itu menuduh tanpa ada sebarang bukti.
Sifat buruk ini sangat tidak baik kerana ia boleh merosakkan hubungan silaturahim antara
masyarakat. Sikap buruk sangka boleh menjadi punca pergaduhan antara masyarakat.
Hal ini dinyatakan dalam Gurindam Dua Belas iaitu "Apabila kita kurang siasat. Itulah
tanda pekerjaan hendak sesat". Ia jelas menerangkan bahawa sesiapa yang buruk sangka itu,
sifat itu menjadikan mereka sesat dalam dunia sendiri.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 12 yang bermaksud "Hai orang-orang
yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu
adalah dosa. Tuntasnya, janganlah kita berburuk sangka sesama masyarakat. Kita perlu
bertanya dahulu sebelum menuduh secara melulu.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
RUJUKAN
Abdul Halim Ali. (2016). Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Jurnal Bahasa Dan
Sastera Melayu, 2(1), 99–118.
Akmaliza Abdullah, Zarina Muhammad, Adibah Muhtar, Norhafizah Musa, Nur Najwa Hanani Abd. Rahman.
(2019). Iktibar syair Siti Siyanah dalam pemerkasaan akal budi wanita Melayu. Persatuan Ulama Muslim, 2(3),
1–17.
Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsuddin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan & Hasnah Awang.
(2022). Pengenalan kesusasteraan & kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2021, May 28). Pantun [Tweet]. Twitter. https://tinyurl.com/Pantun-oleh-DBP
Hazrul Mazran Rusli & Abdul Aziz Zali @ Zalay. (2020). Adaptasi kesusasteraan rakyat (cerita si Luncai)
dalam karya seni cetakan. Jurnal Ideologi, 5(1), 43–56.
Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah
komunikasi massa. Jurnal Komunikasi, 31(2), 183–194.
Zubir Idris. (2015). Komunikasi moral lewat gurindam dua belas Raja Ali Haji. Jurnal Komunikasi, 31(2), 601–
616.
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU