The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by efendey77, 2023-03-20 13:16:02

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN JERANTUT KALI 24 TAHUN 2022

Slide Mesyuarat Perwakilan

Meyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut kali ke 34/2021 USUL UNTUK DIBAHAS TAHUN 2022 M u k a S u r a t | 93 kemudiannya telah dirujuk kepada pihak Peguam Negara seperti dalam kes Yang Arif Hakim Nazlan. Kenapa ada usaha untuk melambat-lambatkan keputusan dalam kes ini? Kenapa ada langkah bermain 'ping-pong' dalam hal ini? Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan oleh kerajaan telah pun menyerahkan laporannya mengenai buku bekas Peguam Negara Tommy Thomas kepada kerajaan. Mengikut kenyataan Pejabat Perdana Menteri bertarikh 30 September 2022 yang dilaporkan media, Thomas akan disiasat mengikut ; (i) Seksyen 124 & Seksyen 203A Kanun Keseksaan; (ii) Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; (iii) Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan (iv) Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Dalam kenyataan media yang sama Perdana Menteri telah mengarahkan agensi penguat kuasa untuk membuat siasatan lanjut. MAKA kita mendesak agar PDRM dan SPRM perlu mematuhi arahan tersebut, membuat siasatan segera dan menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk di buat keputusan segera sama ada untuk mendakwa Tommy Thomas atau tidak mengikut Perkara 145 Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan. MENDESAK agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat pelantikan Hakim-Hakim zaman Perdana Menteri ke-7. Adakah ia mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) Jika pelantikan tidak di buat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta yang berkenaan, maka adakah Hakim-Hakim berkenaan ialah Hakim yang ada baur politik. Jika demikian maka kita MENDESAK agar mereka ini dipecat mengikut peruntukan dan prosedur yang telah ditetapkan Perlembagaan Persekutuan dan kes-kes yang telah mereka putuskan dikaji ulang. MAKA UMNO Bahagian Jerantut yang bersidang pada hari ini, 16 Oktober 2022, mendesak agar keadilan dalam kes Dato' Seri Najib Tun Razak perlu dilihat dalam keseluruhan perspektif ini. Sistem keadilan perlu diluruskan terlebih dahulu sebelum keadilan dapat diberi kepada beliau. Jika sistem keadilan bersimpang siur, maka bagaimana mungkin keadilan dapat dilaksanakan? Kita mahu kerajaan yang baru nanti pada jam yang pertama mentadbir memulakan kerja-kerja untuk memastikan keadilan dilaksanakan. Keadilan yang ditangguhkan ialah keadilan yang dinafikan. UMNO Bahagian Jerantut mohon mencadang. Sekian.


Click to View FlipBook Version