1Topik Kombinasi Kepelbagaian Bahan
Rangsangan
Kertas 1
Bahagian A (30 Markah)
Praktis 1
GamMbaakrlduamnamt daikbluamwaaht dbiebrkaawiatahnmdeennugannjupkekmanakmaankalnusmeiamt tbeanntag.ng aktiviti menjelajah hutan.
SebaHguariasikeoarnapnegnrdaakpaant aknadraibteknetpaandgamMakoahnaamnmseaidmSbyaanhgr.ul, tulis sepucuk surat kepadanya untuk
menyatakan pendapat anda tentang kebaikan menyertai aktiviti menjelajah hutan.
PanPjaanngjnanyagnsuyarahtuarnadiaanhhenenddakalkalhahanantatarara115500h-i2n0g0gpaa2t0a0hppaetrakhaptaearnka. taan.
Seramai 36 orang pelajar Kolej 10 dan Kolej 11 telah menyertai Program Jelajah Hutan Simpan
Bukit Nanas pada 20/11/20__.
Program ini telah berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Penerangan
disampaikan oleh Ag Shaffie Bin Ag Ahmadni, Pengarah Perhutanan Wilayah Persekutuan.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah merentasi canopy walk dan denai-denai,
pembelajaran tentang ilmu perhutanan seperti surviving skill di dalam hutan, pembelajaran
tentang pokok-pokok hutan seperti jelutong, meranti, pokok-pokok herba dan spesies lain.
Pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan program ini.
(Dipetik dan diubah suai daripada https://k10.upm.edu.
my/news/program_jelajah_hutan_simpan_bukit_nanas_kolej_sepuluh-20628)
01 BM F4 1P.indd 1 1
9/22/20 11:37 PM
Praktis 5
Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian pembangunan negara dan peranan remaja dalam
pembangunan.
Huraikan pendapat anda tentang peranan remaja dalam pembangunan negara di negara kita.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150-200 patah perkataa n.
“Jika ingin melihat masa hadapan
sesebuah negara, lihatlah remajanya
pada hari ini.”
Kata mutiara sarjana
6 9/22/20 11:37 PM
01 BM F4 1P.indd 6
2Topik Karangan Respons Terbuka
Kertas 1
Bahagian B (70 Markah)
Praktis 1
Domain Awam
Maklumat di atas menunjukkan catatan pengalaman sukarelawan semasa negara menghadapi
pandemik COVID-19. Pada masa yang sama, anda juga turut berpeluang menjadi salah seorang
sukarelawan semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Tulis pengalaman anda semasa menjadi sukarelawan tersebut.
“Kami menjadikan ibu pejabat kami, sebagai bilik gerakan COVID-19 sejak 27 Mac untuk
memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Buat masa ini kami mempunyai lebih 100 anggota PBSM dan sukarelawan di sini untuk
membantu kami,” kata pengerusinya Song Kee Chai.
Berkongsi pengalaman PBSM dalam menangani krisis COVID-19, Song berkata sehingga
kini mereka telah menyediakan bantuan makanan dapur kepada lebih 7,000 keluarga.
“Kami menerima sumbangan daripada Persatuan Pengusaha Logam dan Barang-Barang
Kitar Semula India Malaysia (MIMTA), ahli-ahli dermawan dan juga dari rumah-rumah ibadat.
Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/522709
01 BM F4 1P.indd 11 11
9/22/20 11:37 PM
Domain Peribadi
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang
dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan
harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Situasi
ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah, sejak dari kecil
lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi
berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja
sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan
antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.
(Sumber: https://sites.google.com/a/ipgkbm.org/rumahmelayu/
permainan-tradisional-melayu)
Petikan di atas menyatakan masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap
daripada pelbagai keturunan. Salah satunya ialah permainan tradisional.
Huraikan pendapat anda tentang peranan yang dapat dimainkan oleh generasi muda untuk
mempromosikan permainan tradisional di Malaysia.
12 9/22/20 11:37 PM
01 BM F4 1P.indd 12
Domain Pendidikan
KUALA TERENGGANU: Seramai 161 orang belia termasuk 74 orang yang mengikuti Program
Jati Diri Sukarelawan Nasional (PJKN) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai,
Marang, mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai akibat keracunan makanan yang disaji di
kantin institut itu malam tadi.
(Sumber: https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=317444)
Petikan berita di atas berkaitan dengan kes keracunan makanan yang berlaku di sebuah institusi
pendidikan akibat daripada tahap kebersihan yang kurang memuaskan.
Bincangkan ciri-ciri sebuah kantin sekolah yang baik.
01 BM F4 1P.indd 13 13
9/22/20 11:37 PM
Domain Kerjaya
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat
yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak
melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di
Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan
penuh daripada kerajaan .
Berdasarkan petikan di atas, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) semakin penting dalam
pembangunan ekonomi kita.
Bincangkan usaha-usaha masyarakat untuk memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di
Malaysia.
14 9/22/20 11:37 PM
01 BM F4 1P.indd 14
3Topik Sistem dan Aplikasi Bahasa
Kertas 2
Bahagian A (35 Markah)
Praktis 1
Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am dan dua kata sendi nama
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa haruslah saling menghormati agama, budaya dan adat resam
masing-masing berteraskan sejarah, perlembagaan dan Rukun Negara. Dalam era Revolusi Industri
4.0, kita tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk berbalah mengenai perkara asas yang telah
disetujui. Kita perlu bersama-sama berfikir dan bertindak untuk terus memajukan negara dari
pelbagai aspek ekonomi, teknologi, pendidikan dan budaya tanpa meminggirkan kesejahteraan
rakyat dan alam sekitar.
(Sumber: Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar,
Dewan Kosmik Bil. 9/2019)
[8 markah]
Kata Nama Am Kata Sendi Nama
01 BM F4 1P.indd 43 43
9/22/20 11:37 PM
Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
Menabung mendatangkan pelbagai faedah kepada kita. Kita tidak dapat menafikan bahawa kita akan
mendapat keuntungan melalui amalan menabung. Apabila kita menyimpan wang di dalam bank,
kita akan dibayar faedah. Faedah ini akan menjadikan wang tabungan kita bertambah. Seperkara lagi,
amalan menabung mendidik kita berjimat cermat. Kita akan lebih hemat berbelanja dengan amalan
menabung. Hal ini dikatakan demikian kerana sebelum berbelanja, kita akan membuat perancangan
terlebih dahulu sebelum membeli barang di pasar raya.
[ 6 markah]
Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1:
Walau pun sambutan Hari Belia Negara 2015 dilaksanakan dalam skala yang lebih kecil
berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun saya percaya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
telah Berjaya membawa satu gelombang baru kepada strategi pelaksanaan Sambutan Hari Belia.
Kita mula laksanakan festival ini pada tahun 2012 dan KBS telah membuktikan bahawa festival belia
tahunan ini telah menarik minat golongan belia daripada seluruh negara untuk datang ke Putrajaya.
Penglibatan golongan belia di dalam pelbagai aktiviti pengisian Sambutan Hari Belia Negara telah
membantu menjayakan program ini. Pihak kerajaan percaya bahawa menerusi pendekatan “Dari
Belia Untuk Belia” akan dapat menyerlahkan potensi modal insan belia yang lebih cemerlang.
[6 markah]
Betul Salah
44 9/22/20 11:37 PM
01 BM F4 1P.indd 44
Petikan 2:
Empangan Hidroelektrik (HEP) Bakun adalah empangan terbesar di Malaysia dan merupakan
empangan batu yang dilitupi batu konkrit yang terpaling tinggi di dunia. Empangan ini dilengkapi
dengan lapan unit turbin yang beroperasi 24 jam setiap hari. Hal ini menyebabkan empangan ini
berupaya untuk bekal 2 400 megawat tenaga elektrik.
[5 markah]
Betul Salah
Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.
Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan
Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
[6 markah]
Peribahasa
Baca ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan setiap ayat
tersebut.
(i) Pak Hassan yang bekerja sebagai petani amat daif. Dia tidak mempunyai lebihan pendapatan
untuk membelikan anaknya sebuah basikal. ( )
(ii) Saadiah yang boros suka berbelanja dengan mewah. Pada akhir tahun, dia mendapati bahawa
dirinya tidak mempunyai wang simpanan. ( )
(iii) Haiqal memulakan perniagaannya dengan menjual kuih. Dia berusaha gigih untuk
mengembangkan perniagaannya. Kini, warung Haiqal semakin banyak menjual makanan yang
dapat memenuhi cita rasa masyarakat. ( )
[6 markah]
45
01 BM F4 1P.indd 45 9/22/20 11:37 PM
4Topik Pemahaman
Kertas 2
Bahagian B (35 Markah)
Praktis 1
Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, pelbagai langkah
harus diambil supaya sektor pertanian akan terus maju. Orientasi dan persepsi masyarakat
tentang bidang pertanian perlu diubah. Selain itu, kempen untuk menggalakkan lebih ramai
anak muda menceburi bidang ini juga perlu dijalankan bagi menghapuskan tanggapan bahawa
pekerjaan ini bertaraf rendah berbanding dengan sektor perkhidmatan. Mereka juga perlu
diingatkan bahawa hasil penglibatan mereka dalam bidang ini akan dikecapi oleh generasi
yang akan datang. Perhijrahan ke bandar juga dapat dielakkan dengan syarat tarikan, seperti
kemudahan asas, pinjaman, insentif, dan bantuan lain dapat disediakan dengan lebih banyak
dan berkesan.
Seterusnya, program melahirkan petani moden dan berilmu perlu dilaksanakan secara
tekal. Oleh hal yang demikian, lebih banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus
yang berkaitan dengan penyelidikan pertanian telah ditubuhkan. Di samping itu, program
penyelidikan perlu dijalankan secara bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil pertanian.
Malaysia boleh belajar dari Thailand atau dari negara Asia yang lain yang menjadikan produk
pertanian sebagai bahan eksport.
(Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Ekonomi, April 2004)
Bahan 2
Untuk memajukan sektor pertanian, kaum petani perlu memiliki prakarsa untuk membuat
perubahan atau sedia membuat reformasi terhadap sektor pertanian. selain itu, petani
moden juga perlu menggunakan ilmu sains dan teknologi yang canggih demi meningkatkan
produktiviti, iaitu menjimatkan penggunaan tenaga dan meninggikan hasil tanaman yang
berkualiti dan berkuantiti.
Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Pertanian dan sektor swasta perlu menjalankan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian. Jurusan Pertanian di Pusat
Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji penggunaan
ilmu sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan penternakan. Pegawai Kementerian
Pertanian terutamanya MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia)
sewajarnya menawarkan bengkel atau kursus untuk memberikan khidmat nasihat serta
membekalkan baka benih yang bermutu kepada petani untuk menggunakan bioteknologi yang
canggih.
Sumber: Internet
66
Teks BM F4 1P.indd 66 9/23/20 10:16 PM
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud orientasi dan persepsi. [2 markah]
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan langkah-langkah memajukan sektor pertanian. [4 markah]
(iii) Malaysia kini sedang melangkah maju menuju era perindustrian namun begitu banyak pihak
yang berpendapat bahawa kerajaan juga tidak harus mengabaikan sektor pertanian kerana sektor
pertanian sangat penting kepada negara kita.
Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan sektor pertanian kepada negara? [3 markah]
(iv) Remaja hari ini kurang berminat melibatkan diri dalam aktiviti pertanian. [4 markah]
Cadangkan langkah-langkah yang boleh mengubah senario tersebut.
Petikan sastera
Bahan 1
Aku menatap tumpukan buku yang ada di sudut bilik. Buku-buku itu bukan aku, ibu atau bapa
yang membelinya. Buku itu hasil dari memungut di tepi jalan, di belakang rumah warga dan
di tempat-tempat orang membuang setiap lembaran-lembaran kata itu. Aku senang sekali
membaca, bahkan selembar kertas brosur saja aku ambil, aku baca dan simpan di rumah.
Sehingga, buku-buku bekas tersebut sudah menumpuk di sudut ruangan.
Di antara buku-buku itu, ada sebuah kalimat yang masih terngiang di ingatanku. “Membaca
ialah jendela dunia”. Ya, aku rasa itu benar. Aku jadi tahu banyak hal dari buku itu. Aku boleh
melihat dunia hanya dari buku, tidak dari gubukku yang tak memiliki jendela.
(Dipetik dan diubah suai daripada
cerpen “Demi Bisa Membaca” Rin Muna
East Borneo, 13 Februari 2019)
67
Teks BM F4 1P.indd 67 9/23/20 10:16 PM
Bahan 2
SAJAK MERINDUI BUKU
Inilah denai jejak seni ke hati,
puncak fikir yang indah sekali,
tanpa himpunan ilmu di kalbu buku
kita tak sempat sampai ke mercu itu.
Di sini diri sentiasa di taman
menikmati unggas dan puspa menawan;
di sinilah vista buku saraf seni,
meranum akal mematang peribadi.
Kita wajar berpesta di kalbu buku
menghayati nikmatnya seindah syahdu
dalam tenang waktu khusyuk di pustaka
lebih cepat kita terasuh dewasa.
Buku adalah denyut nadi utama
penting bagi minda waras manusia;
dan buku juga gema fakir yang sakti,
nyaman dan mesranya sebuah simfoni.
Kita memupuk insan yang luhur budi
melalui tapisan hikmat berseni;
dan buku memang tasik aneka ilmu
yang perlu diselami sejujur kalbu.
Buku mengasuh diri sasa bersuara;
membaca menjadi jambatan bertuah
kita merindu buku dan ghairah baca
agar sentiasa canggih dan berhemah.
(A Samad Said, 7 Mac 2004, Dewan Sastera
Ogos 2004)
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud luhur budi. [2 markah]
(ii) Berdasarkan semua bahan, berikan kepentingan-kepentingan membaca buku. [4 markah]
(iii) Marcapada ini, pelbagai kempen galakan membaca telah dilaksanakan di negara ini, namun
keberkesanan kempen masih tidak menyeluruh kerana tidak mendapat sambutan masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca kempen ini tidak mendapatkan sambutan
masyarakat? [3 markah]
68
Teks BM F4 1P.indd 68 9/23/20 10:16 PM
(iv) Minat membaca dalam kalangan golongan remaja belum mencapai tahap yang memuaskan.
Sebagai ibu bapa, bagaimanakah anda membantu anak-anak anda untuk memupuk minat
membaca? [4 markah]
Novel
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
“Baiklah, terima kasih atas pujian kau,” kata Rosman sambil tersenyum nakal. Shida memang
lekas merajuk dan Rosman memang gemar mengusiknya. “Kanak-kanak sekalian, jangan
bergaduh ya. Kita nak teliti kontrak ni sampai habis malam ni juga.” Farisha cuba meredakan
situasi. “Aku perlu hantar kontrak ni dengan segera nanti. Ayu, jangan pula nak muncung-
muncung!” Mereka bertiga membaca penuh teliti setiap helaian kontrak yang telah disediakan
oleh bahagian perundangan syarikat Sof Lab. Dalam hal-hal sebegini, Shida kerap dijemput
sama untuk berkongsi buah fikiran kerana dia memiliki latar belakang undang-undang.
Farisha selalunya akan memberikan sedikit ganjaran untuk pertolongannya.
(Dipetik daripada novel “Di Sebalik Dinara” karya Dayang Noor,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
Siapakah yang berbincang di pejabat Secured Shell dan meneliti kontrak yang disediakan oleh
bahagian perundangan Soft Lab kepada mereka? [4 markah]
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Talib
(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih karya Azman Nordin
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa bahagian peleraian yang
menarik minat pembaca. [6 markah]
69
Teks BM F4 1P.indd 69 9/23/20 10:16 PM
70 9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd 70
5Topik Rumusan
Kertas 2
Bahagian C (30 Markah)
Praktis 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 - Petikan
Tatkala negara tercinta sedang berperang dengan ancaman yang berbahaya, maka lahirlah satu frasa
yang berbunyi, “Kita jaga kita”. Kita perlu cakna bahawa musuh yang kita sedang hadapi ini bukan
calang-calang. Hal ini demikian kerana musuh yang bernama COVID-19 ini telah diklasifikasikan
sebagai pandemik. Tambahan pula, COVID-19 tidak dapat dilihat secara zahir oleh mata kasar.
Pada masa ini, kita perlu bersatu hati dan memberikan kerjasama kepada pihak yang berautoriti
seperti petugas barisan hadapan negara seperti para doktor, jururawat, polis dan askar. Hal ini
demikian kerana kerjasama yang diberikan tersebut dapat membantu usaha kerajaan memutuskan
rangkaian jangkitan wabak COVID-19. Dengan hanya kekal berada di rumah, kita sebenarnya sudah
menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dan secara tidak langsung kita dapat mengelakkan
diri daripada dijangkiti oleh virus tersebut.
Kempen untuk membantu golongan yang terjejas akibat wabak COVID-19 boleh dilaksanakan.
Kita boleh menyumbangkan wang kepa(dDaippeithiakkdatenrdteiunbtuahyasunagi mdaerliapkasdaan“aKkiatna Jkaegma Kpietna”mOleemhbUamntaur
golongan terjejas. Inilah masa yang sesuai untuk kZituarmraeymyabnaMntouhsdesFaamhma in, DsaenwsaenpSeirstwi pae, Briibl.a0h7a/s2a0“2k0e)
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”. Oleh itu, kita tidak boleh bersikap individualistik jika ingin
memastikan penularan wabak dapat dihentikan.
Seterusnya, masyarakat perlulah berfikiran kreatif dan inovatif ketika tempoh perintah kawalan
pergerakan (PKP). Kita boleh melakukan senaman statik di rumah bagi mengekalkan kecergasan
badan. Aktiviti perniagaan secara dalam talian juga mampu menyumbang kepada sektor ekonomi
sepanjang PKP dilaksanakan. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum bahawa agak sukar untuk
kita melakukan aktiviti jual beli secara langsung dalam tempoh ini. Melalui kaedah ini, kita dapat
menjanakan pendapatan antara satu dengan yang lain.
102 9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd 102
Teks BM F4 1P.indd 103 103
9/23/20 10:16 PM
Praktis 3
Baca petikan dan teliti lirik lagu yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 - Petikan
Industri pelancongan telah memberikan sumbangan yang ketara kepada ekonomi negara sejak
pengenalan Program Transformasi Negara pada tahun 2010. Sektor pelancongan negara menjadi
penyumbang keenam terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2014. Pada tahun
tersebut, industri pelancongan kita masih mampu menarik seramai 27.44 juta pelancong dengan
pendapatan berjumlah RM72 bilion.
Sejak pengenalan Program Tranformasi Negara tersebut, industri pelancongan telah dapat
memainkan peranan dalam membuka peluang baharu bagi memperkenalkan Malaysia ke peringkat
antarabangsa. Oleh itu, sewajarnya kita mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan Malaysia atas kempen promosi yang agresif di luar negara. Hasil daripada kempen
promosi tersebut, negara tidak lagi dikenali sebagai ‘negara antara Singapura dan Thailand’. Malahan,
industri ini telah berjaya menampilkan keunikan, keharmonian dan kepelbagaian budaya di negara
kita. Selain itu, Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015 pada 27 September dengan tema ‘1 Bilion
Pelancong, 1 Bilion Peluang’ telah berupaya memberikan semangat kepada hala tuju Malaysia ke arah
pencapaian Wawasan 2020. Sektor pelancongan secara langsung memanfaatkan rakyat Malaysia pada
tahun lepas dengan industri itu mampu menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion dan mampu
mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Dalam merealisasikan potensi yang dimiliki Malaysia daripada keindahan pulau-pulau di Borneo
sehingga ke hutan tropika dan syurga beli belah, kerajaan akan m(Denipjaedtiikkdananinddiuubsatrhi spuealiadnacroinpgaadna
sebagai sumber pendapatan bah‘Saerkutodraplaemlanmcoennggahnabdearpiisucambbaaranngaenkkoentoamraikseepmadaasae.koPnenogmuimnuegmaaran’
langkah-langkah proaktif ekonomi baru-baru ini telah menyaksikan peruBneturiktanHtaarmiabna,hOakntoRbMer8020ju15ta]
untuk memperhebat aktiviti promosi pelancongan dalam pasaran terpilih termasuk di negara-negara
ASEAN, China dan India. Langkah ini melibatkan program yang dapat membangunkan produk ikonik
termasuklah memberi nafas baharu kepada Muzium Negara, Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana
yang seterusnya, menjadikan tempat tersebut sebagai suatu destinasi yang lebih menarik dan mudah
dikunjungi oleh pelawat.
Visi Program Transformasi Nasional adalah untuk mewujudkan sebuah sistem yang mapan bagi
membangunkan negara demi kepentingan rakyat Malaysia. Program tersebut telah membolehkan
aspirasi kerajaan untuk tahun 2020 dicapai menerusi kaedah rasionalistik dan terdapat keperluan
untuk mempelbagaikan ekonomi negara. Oleh itu, industri pelancongan memainkan peranan
penting bagi memperkukuh kepelbagaian ekonomi Malaysia yang telah memanfaatkan rakyat
Malaysia secara keseluruhannya.
108 9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd 108
Teks BM F4 1P.indd 109 109
9/23/20 10:16 PM
Peperiksaan Akhir Tahun
Kertas 1
Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan
Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
Bahagian A
[30 markah]
Maklumat di bawah berkaitan dengan pemimpin negara.
Huraikan pendapat anda tentang pemimpin negara.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Cikgu, besar sungguh jasa Benar Saiful. Pemimpin kita telah
pemimpin negara kita. berjuang untuk membebaskan
negara kita daripada penjajah. Kita
patut menghargai jasa mereka
126 9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd 126
Teks BM F4 1P.indd 127 127
9/23/20 10:16 PM
Bahagian B
[70 markah]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350
patah perkataan.
Soalan 1
KUALA TERENGGANU: Siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mendapati
semua mangsa yang disyaki dijangkiti leptospirosis atau kencing tikus selepas melakukan aktiviti
rekreasi di Lubuk Sungai Kerawat, Jerantut pada 1 hingga 4 Jun lalu. Semua empat mangsa itu
berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.
“Semua pesakit menunjukkan gejala menyerupai gejala penyakit leptospirosis seperti
demam, sakit sendi (arthralgia), sakit otot (myalgia), cirit-birit dan muntah. Namun begitu, pihak
JKNT masih lagi menunggu pengesahan ujian makmal.
(Dipetik daripada Berita harian 16 Jun 2020)
Petikan berita di atas memaparkan bahana kencing tikus yang hampir membawa bahaya kepada
manusia. Pelbagai kesan yang boleh terjadi daripada pembawa vektor berbahaya ini.
Tulis sebuah rencana tentang “Cegah sebelum parah, hapuskan vektor berbahaya.”
Soalan 2
Harian Metro melaporkan suasana di sebuah sekolah gempar apabila seorang pelajar lelaki
mencuba melakukan sesuatu yang buruk apabila memanjat dan berjalan atas bumbung sekolah
itu dipercayai akibat masalah percintaan.
Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, remaja berusia 13 tahun berkenaan berjaya
diselamatkan selepas dipujuk hampir 30 minit dengan bantuan APM dan bomba.
Mangsa hanya cedera ringan pada bahagian lengan ketika proses menyelamat dan dibawa ke
Hospital Banting untuk menerima rawatan lanjut.
(Dipetik dan diubah suai daripada Harian Metro,
Rabu 13 Mac 2019)
Sebagai respons terhadap kandungan di atas, setiap individu mempunyai masalah tersendiri
dan boleh membawa kepada perkara negatif. Perkara ini berlaku kerana kurangnya ilmu dalam
pengurusan emosi dan stres.
Bincangkan kebaikan-kebaikan menguruskan emosi dalam kalangan remaja.
Soalan 3
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ialah pelbagai jenis peralatan teknologi dan sumber
yang digunakan untuk mewujud, menyebar, menyimpan, mengumpul, dan mengurus maklumat
dan berkomunikasi. Teknologi yang dimaksudkan merangkumi komputer, Internet, teknologi
penyiaran dan transmisi.
ICT Dalam Pendidikan ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang
menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta pembelajaran sepanjang hayat.
(Dipetik dan diubah suai daripada https://sumberdigital.wordpress.com/
2015/10/31/ict-dalam-pendidikan/
128
Teks BM F4 1P.indd 128 9/23/20 10:16 PM
Petikan artikel menyebutkan pelbagai bahan dan peralatan ICT yang boleh membantu dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Huraikan kepentingan-kepentingan teknologi dalam pendidikan.
Soalan 4
Apabila jerebu melanda negara sejak Jun lalu, kekhuatiran paling memuncak tentu dari sudut
kesihatan yang dilihat aspek paling mudah terjejas.
Kebimbangan terhadap Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak konsisten juga secara
tidak langsung menyebabkan urusan seharian terganggu termasuk sesi persekolahan yang
terpaksa ditunda kerana sekolah ditutup.
Pelajar tentunya menjadi kelompok utama diberi pelepasan bagi menghindari risiko
kesihatan akibat jerebu.
(Dipetik dan diubah suai daripada Harian metro Isnin, 5 Oktober 2015)
Petikan berita berikut menjelaskan masalah jerebu yang boleh menjejaskan banyak perkara.
Jelaskan cara-cara menangani masalah jerebu di negara kita.
Teks BM F4 1P.indd 129 129
9/23/20 10:16 PM
Kertas 2
Soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua
soalan.
Bahagian A
[35 markah]
MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua akronim.
Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Ketibaan tahun 2017 disambut erat bersama-sama cabaran dan harapan yang baharu untuk
meneruskan kelangsungan hidup. Namun begitu, kita masih sedih apabila mendengar berita tentang
pembuangan bayi yang terpampang di dada akhbar tempatan. Adakah semakin maju sesebuah
negara itu, semakin hakis nilai kemanusiaan masyarakatnya?
Secara purata, sebanyak 1500 kes remaja hamil luar nikah dalam sebulan dan 50 kes sehari
dilaporkan dalam negara. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 323 047
orang anak tidak sah taraf dari tahun 2010 hingga 2015. Bahana seks bebas dan malu memikul
tanggungjawab sebagai ibu anak tidak sah taraf menjadi antara faktor jenayah pembuangan bayi di
negara ini.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Buang Bayi Umpama Buang Sampah”
Oleh Dalila Roslan, Dewan Masyarakat, Februari 2017)
[6 markah]
130 9/23/20 10:16 PM
Teks BM F4 1P.indd 130
SINTAKSIS
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis dua ayat tunggal yang lengkap
bagi tiga ayat majmuk yang anda pilih seperti yang berikut:
Udara sejuk menyapa tubuhku di luar. Walaupun semua tingkap dan pintu masih belum dibuka,
hening pagi masih lagi dapat dirasai dalam kediaman kami sekeluarga. Cahaya mentari subuh sudah
meninjau sedikit ke dalam ruang tamu. Patutlah ibu sudah bising, bisikku kepada diri sendiri. Topi
keledar dan kunci motosikal ayah sudah tiada di atas almari. Baju kerjanya pun masih belum kulihat
dari kelmarin. Aku masih ingat lagi peristiwa itu. Hari pertama aku di sekolah. Ibu telah menghantarku
bersama-sama kakak pada masa itu. Ayah tidak dapat datang kerana rakan sekerjanya bercuti untuk
menghantar anaknya ke asrama.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Surat untuk Kakak” oleh Muhammad Zahir Mad Shah,
Dewan Siswa, Oktober 2017)
[6 markah]
Teks BM F4 1P.indd 131 131
9/23/20 10:16 PM
Jawapan
TOPIK 1 Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan pemanggil – jangan dedahkan nombor kad penegnalan,
nombor akaun bank, alamat dan lain-lain – boleh
Praktis 1 memberi maklumat yang palsu
Format: Surat Kiriman Tidak Rasmi Penutup:
Pendahuluan: semoga mendengar berita daripada rakan anda
Bertanya khabar kepada rakan anda e-mel 2
Isi-isi penting: Pendahuluan:
(i) Menyihatkan badan – mengeluarkan peluh – udara Kata alu-aluan e-mel
Isi-isi penting:
dalam hutan segar – mempercepat pengeluaran toksin (i) Mewujudkan hubungan yang erat sesama jiran –
– menambahkan oksigen dalam badan – pembakaran menjamin keamanan hidup dalam kawasan perumahan
lemak berlaku – cergas – tidak berlaku persengketaan
(ii) Mengenali spesies tumbuhan dalam hutan – bandar – (ii) Dibantu apabila berada dalam kesusahan – waktu yang
bangunan konkrit – melihat pelbagai spesies tumbuhan tidak dapat dijangka seperti masa sakit – memupuk
yang unik – menambahkan pengetahuan amalan bantu-membantu
(iii) Melepaskan stres – hutan yang malar hijau – jauh (iii) Melahirkan masyarakat bersatu padu – menyelesaikan
daripada bandar – tidak terkongkong oleh bebanan kerja sesuatu bersama-sama seperti gotong-royong –
– meluangkan masa bersama ahli keluarga – gembira mengelakkan sikap mementingkan diri
Penutup: Penutup:
Mengajak rakan anda untuk menyertai aktiviti menjelajah Semoga mendengar berita daripada rakan anda
hutan bersama
Praktis 4
Praktis 2 Pendahuluan
Format: Surat Rasmi • Maksud makanan seimbang – pengambilan makanan
Pendahuluan:
Masalah penggunaan bahasa Melayu dengan tidak tepat yang cukup – keperluan tubuh badan – Piramid makanan
semakin berleluasa – dipengaruhi oleh bahasa pasar dan menjadi panduan pemakanan terbaik untuk kesihatan –
bahasa slanga – fenomena bahasa rojak – dicampurkan memastikan pengambilan makanan seimbang – mampu
dengan bahasa Inggeris membawa kebaikan kepada setiap lapisan masyarakat
Isi-isi penting: Isi-isi penting:
(i) Bekerjasama dengan agensi kerajaan – memastikan • Makanan seimbang penting untuk tumbesaran dan
membina tubuh badan yang kuat – tubuh badan
setiap saluran media menggunakan bahasa Melayu memerlukan zat dan nutrein yang cukup – menjalankan
dengan tepat – mematuhi peraturan tatabahsa yang fungsi-fungsi organ – makanan seimbang – membekalkan
betul – iklan – bentuk boleh bebas tetapi perlu berjaga- zat dan nutrient yang berkhasiat – sebagai contoh – keju
jaga dengan ejaan perkataan dan susu – menambah penghasilan kalsium dalam
(ii) Sukatan pelajaran di sekolah perlu dikaji semula badan – menguatkan tulang dan gigi manusia – harus
– kemahiran berbahasa perlu diterapkan – topik mengamalkan pemakanan seimbang – menikmati zat dan
perlu lebih menjurus kepada pengaplikasian dalam nutrient yang optimum – tumbesatan fizikal menjadi lebih
kehidupan seharian – bukan sahaja mementingkan baik
kemahiran menulis – kemahiran lain perlu diutamakan • Pemakanan seimbang dapat mengawal kadar obesiti –
(iii) Karya yang lebih bermutu perlu dihasilkan – mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidup –
memastikan karya yang dihasilkan menggunakan tidak mengalami kegemukan – perlu mengambil makanan
bahasa secara tepat – mengambil kira aspek penggunaan dalam kuantiti kecil – berkhasiat – mudah menjalankan
sosial – dekat dengan budaya masyarakat aktiviti-aktiviti harian
Penutup: • Pemakanan seimbang penting – menjamin perkembangan
Semoga isu ini dapat ditangani mental seseorang yang lebih cekap dan berkesan – zat
makanan yang mencukupi – cergas dan tidak mudah
Praktis 3 letih – boleh berfikir dengan lebih rasional dan efektif –
e-mel 1 pemakanan seimbang – mengurangkan tekanan emosi
Pendahuluan: Kata alu-aluan e-mel – meningkatkan keupayaan seseorang individu untuk
Isi-isi penting: mengatasi masalah – pemakanan seimbang menjadikan
(i) Memastikan sumber panggilan atau mesej adalah aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan
Penutup
benar – menggunakan laman web seperti Google untuk Pemakanan seimbang – membawa pelbagai kepentingan
mencari sumbernya – bertanya kepada rakan – perlu mengambil makanan seimbang – kesihatan diri
(ii) Jangan berjanji apa-apa dengan si pemanggil – tidak terjamin – melahirkan masyarakat yang cemerlang dan
bersetuju dengan apa-apa terma atau syarat – merujuk berakal tajam – badan sihat otak cerdas
orang dewasa seperti ibu bapa
(iii) Tidak memberi maklumat diri yang sahih kepada si
1
Teks JAW BM F4 1P.indd 1 9/24/20 10:24 PM
Praktis 5 begitu sinonim dengan amalan menabung. Amalan
Pendahuluan menabung perlu dididik sejak kecil kerana melentur buluh
• Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara biarlah dari rebungnya. Persoalannya, apakah manfaat
amalan menabung dalam kehidupan kita sebagai manusia?
– remaja yang berkualiti dapat memperkasakan Amalan menabung mampu membantu kita membeli
kegemilangan nusa dan bangsa – usaha membangunkan barangan dan keperluan yang kita kehendaki. Sebagaimana
negara amat bergantung pada remaja yang bersahsiah kita sedia maklum, ibu bapa membanting tulang dari pagi ke
terpuji – menurut kata mutiara sarjana -“Jika ingin melihat petang untuk mencari nafkah untuk ahli keluarga. Adakala
masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada dan waktunya ibu bapa juga mengalami masa sesak.Oleh itu
hari ini” – setiap remaja perlu memainkan peranan mereka anak-anak boleh membantu meringankan beban ibu bapa.
dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan Sebagai Contoh, pastikan barangan yang dibeli mestilah
pembangunan negara barangan keperluan sahaja dan barangan berkenaan
Isi-isi penting: mendatangkan manfaat kepada mereka seperti buku, beg
• Remaja kreatif – inovatif – memacu pembangunan sekolah, dan peralatan tulis
negara – remaja yang berani mempelopori bidang baharu Selain itu, dengan amalan menabung juga kita boleh
– mengecapi kejayaan – remaja harus dilatih – berani menyambung pelajaran ke menara gading. Segelintir pelajar
berimaginasi – berkhayal – disusuli aplikasi yang teratur tidak menyambung pelajaran kerana kos yang tinggi. Oleh
– sokongan padu dan galakan daripada pelbagai pihak – itu, hasil tabungan sejak kecil sekurang-kurangnya dapat
melontarkan impian remaja – penglibatan dalam pelbagai menambung perbelanjaan pendaftaran dan berbelanja
bidang – berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi keperluan sepanjang pembelajaran.
• Perlu memiliki kekuatan fizikal – mental – kesihatan Langit tidak selalunya cerah, oleh itu persediaan
asset yang tidak ternilai – paling berharga – penjagaan kewangan sangat perlu jika kita ditimpa musibah. Wang
pemakanan – mengambil makanan seimbang – kebersihan tabungan boleh kita gunakan jika berlaku musibah seperti
diri – bersenam – menghadapi cabaran dengan semangat kemalangan, ibu bapa diberhentikan kerja atau kerosakan
yang kental dan waja – bebas daripada gejala sosial – kenderaan dan rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana
remaja yang sihat – jati diri yang mapan – melaksanakan hasil tabungan sedikit sebanyak mampu digunakan untuk
pembangunan negara digunakan waktu kecemasan. Benarlah kata pepatah
• Remaja mesti memiliki sikap keterbukaan – sediakan payung sebelum hujan.
mambangunkan negara – dapat menerima segala teguran Kesimpulannya sebagai remaja yang akan menjadi tulang
– pandangan – menjamin kestabilan politik, ekonomi, belakang kepada negara , kita sewajarnya menjadikan
sosial negara – menjadi pendukung – mencapai perpaduan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. “Ingat sebelum
negara – wujud kesejahteraan sosial – perpaduan – sifat kena, jimat sebelum habis”. Dengan menabung, kita akan
keterbukaan – memudahkan menjadi pemimpin – penuh mempunyai satu kehidupan yang lebih baik. Wang yang
komited ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi
Penutup memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ibu
• Remaja sebagai tonggak negara masa hadapan – remaja dan bapa.
mempunyai tanggungjawab – menjana pembangunan
negara – melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia 252 Patah Perkataan
– agar dapat menjurus ke arah cemerlang, gemilang dan
terbilang Praktis 8
Jawapan Lengkap
Praktis 6 Derma darah berlaku apabila seseorang secara sukarela
Pendahuluan telah mendermakan darahnya diambil dan digunakan untuk
Perkara/tajuk surat – Permohonan jawatan sebagai guru pemindahan dan dijadikan ubat biofarmaseutikal melalui
taska proses yang dipanggil pemeringkatan, iaitu pengasingan
Isi – isi penting komponen seluruh darah. Oleh yang sedemikian, terdapat
• Kata-kata menghadapkan surat – menyatakan tujuan kelebihan menderma darah dan kepentingan setiap
kumpulan darah. Maka, wajarkah setiap individu masyarakat
penulisan surat – berminat memohon jawatan sebagai di seluruh dunia ini mendermakan darah mereka untuk
guru taska – mempunyai pengalaman dalam bidang kegunaan orang yang memerlukannya?
tersebut Kebanyakan masyarakat mungkin kehilangan darah
• Menceritakan latar belakang pendidikan – mempunyai akibat pendarahan yang berlebihan sama ada berpunca dari
diploma pendidikan awal kanak-kanak – suka melayani kecederaan atau penyakit berbahaya dan penyakit ringan.
kerenah kanak-kanak-pengalaman bekerja – pernah Oleh itu, setiap individu masyarakat perlulah menderma
menjadi guru sukarela di rumah anak-anak yatim – sedang bagi setiap kumpulan darah agar dapat membantu setiap
bekerja di Tadika Sinar Teguh – berjauhan dari rumah – individu masyarakat yang amat memerlukan darah bagi
ingin mencari tempat kerja yang berhampiran dengan meneruskan kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana
rumah bantuan yang kecil ini dengan secara tidak sedar dapat
• Calon yang sangat layak – mempunyai pengalaman dan menyelamatkan nyawa ribuan masyarakat pada setiap hari.
dedikasi – sesuai dengan jawatan ini – suka dan senang Seterusnya, derma darah juga dapat mengurangkan
menyelesuaikan diri dengan kanak-kanak – seorang risiko penyakit berbahaya. Darah kita akan sentiasa
yang penyayang, penyabar – boleh mula kerja bila-bila bertukar baharu selepas menderma, oleh itu risiko penyakit
masa – melampirkan resume sebagai rujukan – bersedia jantung dan kanser dapat dikurangkan. Selain itu, terdapat
menghadiri temu duga – boleh dihubungi bila-bila masa keistimewaan rawatan percuma di hospital terpilih jika
Penutup mencapai piawaiannya.
• Mohon mendapat perhatian dan respon daripada pihak Hasil daripada proses menderma darah dapat
tuan – kata-kata penutup surat membantu merangsang penghasilan sel darah merah yang
baru dan seterusnya menyegarkan kembali sistem tubuh.
Praktis 7 Ini kerana selepas menderma darah, kiraan sel darah dalam
Jawapan Lengkap badan akan berkurangan, yang mana akan merangsang
Peribahasa Melayu sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit sistem tubuh untuk menghasilkan darah merah yang baharu
bagi menggantikan darah yang telah hilang.
2 Kesimpulannya, kita mestilah menitikberatkan
kepentingan amalan menderma darah kerana ini dapat
Teks JAW BM F4 1P.indd 2 9/24/20 10:24 PM
dijadikan amalan mulia untuk kegunaan harian kita. – menajamkan akal – mengeratkan hubungan
persahabatan
TOPIK 2 Karangan Respons Terbuka Penutup:
Praktis 1 • Usah memandang rendah terhadap usaha diri –
Domain Awam mempengaruhi orang lain – perlu dilakukan sendiri
Pendahuluan: terlebih dahulu – baru dapat mempengaruhi rakan
• Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – menerima sekeliling kita – setiap pihak perlu memainkan peranan
– mengangkat martabat permainan tradisional – imej
panggilan – Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah ditingkatkan
Malaysia – menghulurkan bantuan
Isi-isi penting: Domain Pendidikan
(i) Membantu menyediakan pelindung muka kepada Pendahuluan:
• Berita tentang pengusaha kantin mengabaikan kebersihan
barisan hadapan – kumpulan pegawai perubatan
– pasukan tentera – pasukan polis – kekurangan kantin semakin kedengaran – mengancam nyawa warga
bekalan – pandemik datang secara tiba-tiba – langkah sekolah – kantin – mercu tanda yang perlu dilawati oleh
perlindungan keselamatan – mengelakkan terdedah pengunjung ke sekolah – menyedihkan – terdapat pelbagai
secara langsung dengan virus ciri kantin yang baik
(ii) Menghantar bekalan makanan dan minuman – Isi-isi penting:
masyarakat berpendapatan rendah – luar bandar (i) Layanan yang mesra – pekerja melontarkan senyuman
– miskin tegar – mengalami kesukaran dari segi
pengangkutan – menaiki kereta pacuan empat roda – tidak sombong – bersikap jujur – menggunakan kata-
BSMM – meneruskan kehidupan mereka – memenuhi kata yang sopan – memenuhi permintaan pelanggan
keperluan mereka – mematuhi piagam pelanggan – menarik orang ramai
(iii) Mengumpul baju-baju terpakai – mengagihkan baju- berkunjung lagi
baju terpakai kepada masyarakat yang memerlukan (ii) Persekitaran yang bersih – dibersihkan dengan kerap
– mengumpul – membahagikan di Pusat Kitar Semula – mengosongkan tong sampah – semua peralatan
BSMM – mendapati bahawa terdapat golongan yang dibersihkan – memakai sarung tangan – memakai
tidak mempunyai baju – perlu diberi perhatian pelitup mulut – kerusi dan meja disusun kemas –
(iv) Membantu dalam perkhidmatan ambulans – membawa keceriaan dijaga – mewujudkan perskeitaran yang
pesakit ringan – masalah buah pinggang – strok – kondusif
menghantar mereka ke hospital untuk menerima (iii) Juadah yang berkhasiat – mematuhi saranan piramid
rawatan – membantu memberi rawatan cemas – makanan – kurangkan lemak – kurangkan gula –
mengakses oksigen untuk membantu pernafasan – kurangkan garam – elakkan daripada menjual makanan
melakukan pemindahan pesakit – sehingga malam diproses – kebersihan dijaga – sayur dicuci bersih –
Penutup: menyediakan makanan yang masak – elakkan makanan
• Penat – berasa gembira – tidak membazirkan masa – mentah
sentiasa bersedia – sanggup berkhidmat kepada masyarakat (iv) Harga berpatutan – tidak terlalu mahal – sasaran
pelanggan terbesar ialah murid – ada yang daripada
Domain Peribadi keluarga berpendpatan rendah – tidak mengaut
Pendahuluan: keuntungan secara berlebihan atau terlalu melampau –
• diwarisi sejak zaman-berzaman – menjadi hiburan jujur
Penutup:
masyarakat zaman dahulu – zaman moden – • Mengelakkan berlaku pelbagai masalah – keracunan
perkembangan sains dan teknologi – minat pemuda makanan – kemalangan – menepati ciri-ciri kantin yang
beralih kepada peranti elektronik – perlu dikembangkan – baik
generasi muda memainkan peranan
Isi-isi penting: Domain Kerjaya
(i) Mempelajari teknik bermain daripada ibu bapa Pendahuluan:
Perkembangan IKS semakin rancak – ekoran daripada zaman
atau orang tua di sekeliling kita – perlu mempunyai modenisasi – perlu melibatkan lebih ramai tenaga muda –
ilmu – mempelajari peraturan – cara bermain yang pelbagai cara perlu dirangka
betul – congkak – mempunyai pelbagai cara – dapat Isi-isi penting:
mempelajari ilmu matematik – boleh diwariskan kepada (i) Rakyat bersikap kreatif dan inovatif – mempelbagaikan
anak kita kelak
(ii) Giat menyertai aktiviti atau pertandingan – produk – memenuhi cita rasa pengguna – memperkasa
menambahkan pengalaman – mengenali lebih ramai jenama produk – melalui laman sosial – menghebahkan
rakan seperjuangan – mempelajari teknik yang berbeza produk – menjaga kualiti produk –
daripada orang lain – melakukan pemerhatian terhadap (ii) Rakyat memodenkan cara penghasilan – dengan
teknik orang lain – menngasah pelbagai kemahiran modal yang mampu – meningkatkan produktiviti
(iii) Menceritakan pengalaman bermain dengan – menggunakan masa yang dijimatkan untuk
rakan lain – berkongsi ilmu – berkongsi perasaan menghasilkan produk yang lain – mendapat bantuan
– dapat mengetahui teknik bermain yang berbeza – ahli keluarga – bekerjasama
menambahkan pengetahuan – mengubah kelemahan (iii) Kerajaan memberi bantuan – memberi insentif
diri sendiri – belajar daripada kesilapan orang lain – subsidi – mengurangkan cukai – mengurangkan kos
memantapkan kemahiran diri pengeluaran – dijual dengan lebih murah – penawaran
(iv) Mengajak kawan bermain bersama-sama – pada akan ditingkatkan – meringankan beban kewangan para
masa lapang – setiap petang – tidak memerlukan pengusaha
tempat yang besar – Kawasan perumahan – jiran – (iv) Kerajaan memberikan anugerah dan pengiktirafan
tidak membazirkan masa – membuat perkara yang – anugerah peringkat kebangsaan – memotivasikan
tidak mendatangkan faedah – permainan tradisional pengusaha supaya lebih berdaya maju – hadiah yang
lumayan – bentuk wang tunai – bersaing pada peringkat
antarabangsa
3
Teks JAW BM F4 1P.indd 3 9/24/20 10:24 PM