TUGASAN KERJA
KURSUS
KEMAHIRAN
BELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
KEMAHIRAN BELAJAR
(GKB1053)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR MAWADDAH HUDA BINTI MOHD AFFANDI
ANGKA GILIRAN 2020192310125
NOMBOR KAD PENGENALAN 010902-10-0676
KUMPULAN PPISMP JUN 2020 (G7)
NAMA KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS GKB1053
NAMA PENSYARAH CIK HASLINDA BINTI MOHAMAD SAAD
TARIKH HANTAR 2 NOVEMBER 2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, bersyukur dengan limpahan rahmat dan nikmat masa, nyawa, tenaga yang
dianugerahkan oleh Allah dapat saya berkesempatan untuk menyelesaikan tugasan ini
dengan jayanya.
Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
kesayangan saya, Cik Haslinda Binti Mohamad Saad kerana dengan bimbingannya dapat
membuka ruang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan baiknya.
Tidak lupa juga saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya yang memberi dorongan
dan pemudahcara untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Disebabkan mereka, semangat
dalam diri kian meningkat untuk menghabiskan tugasan ini kerana dengan sokongan moral
yang diberikan.
Ucapan penghargaan ditujukan juga kepada sahabat-sahabat saya yang sudi membantu
dalam tunjuk ajar serta banyak memberi peringatan ketika saya leka dan alpa. Mereka
membantu menjawab soalan yang diutarakan apabila saya kurang faham.
Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Sekian.
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA 1
1.0 Pengenalan 1
2
2.0 Alat-Alat Berfikir CoRT 1 2
2.1 PMI (PLUS,MINUS,INTERESTING) 2-3
2.2 CAF (Consider All Factors) 3
2.3 C & S (Consequence & Sequel) 3-4
2.4 FIP (First Important Priorities) 4 -5
2.5 AGO (Aims,Goals,Objectives) 5
2.6 APC (Alternatives, Possibilities, and Choice) 6
2.7 OPV (Other People View)
7-8
3.0 Kesimpulan
9
4.0 Lampiran
5.0 Rujukan
1
1.0 PENGENALAN
Kemahiran belajar bermaksud keupayaan dan kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap
pelajar untuk membolehkannya mengumpul,memproses dan merumus maklumat secara
kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran sepanjang hayat. (Tuan Jah,2011).
Sebagaimana perkembangan teknologi di Malaysia kini,gaya pendidikan di Malaysia turut
berubah.Cara penerimaan pelajar dalam setiap pembelajaran juga berubah dari masa ke
masa.Dalam konteks ini,kemahiran belajar juga perlulah selari dengan kehendak masa
supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang optimum dan berkesan Pelbagai alat berfikir
telah diciptakan untuk memudahkan tenaga pengajar mengaplikasikan kemahiran berfikir
dalam pengajaran dan pembelajaran. CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan salah
satu kemahiran berfikir yang digunakan guru-guru semasa proses pengajaran. CoRT
mempunyai 6 jenis kesemuanya dan CoRT 1 ialah salah satu di antaranya. CoRT 1 dicipta
bertujuan menggalakkan individu berfikir secara lateral thinking (meluaskan pandangan) dan
vertical thinking (melihat secara mendalam).
2.0 ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT 1
2
2.1 PMI (PLUS,MINUS,INTERESTING)
Berdasarkan (Anida,Husna,Adenan&Zuraini,2017),PMI ialah proses menentukan
kekuatan,kelemahan dan keistimewaan bagi sesuatu perkara. Ianya juga dapat
dianalisis sebagai SWOT iaitu singkatan bagi Strength (Kekuatan), Weaknesses
(Kelemahan), Opportunities (Peluang) dan Threats (Ancaman).PMI dicipta untuk
meluaskan fikiran seseorang berdasarkan situasi yang dialami dan juga membantu
dalam mengembangkan idea dan pemikiran.
Sebagai contoh,guru melaksanakan aktiviti pembincangan tentang topik
penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa wajib di sekolah.(Rujuk lampiran
2.1(a)).Justeru itu,dengan adanya kaedah PMI,para pelajar akan lebih mudah
mengambil keputusan selepas mendapat gambaran daripada perbincangan tersebut.
2.2 CAF (Consider All Factors)
Teknik ini adalah bertujuan untuk menimbangkan semua faktor berkaitan sebelum
melakukan sebarang keputusan,tindakan,perancangan ataupun penilaian.Hal ini
demikian kerana,setiap keputusan yang dibuat akan mempengaruhi kehidupan di
masa kini dan akan datang. CAF ini sangat membantu seseorang individu itu untuk
berfikir dengan lebih efektif kerana kebiasaannya manusia ini lebih cenderung untuk
memikirkan faktor yang pertama terlintas di dalam fikiran.
Tamsilnya,semasa pemilihan kemasukan ke universiti,para pelajar lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) lebih cenderung untuk hanya memikirkan faktor minat
mereka sahaja tanpa mengambil kira faktor lain seperti faktor pasaran kerjaya,kos
pembelajaran dan sebagainya.
2.3 C & S (Consequence & Sequel)
C & S adalah satu alat yang memikirkan kesan dan akibat yang mungkin terjadi ekoran
daripada keputusan atau tindakan yang diambil,alat ini juga turut mempertimbangkan
kesan dan akibat secara menyeluruh dan spesifik. Melalui alat ini kita dilatih melihat
sebab dan akibat sesuatu tindakan yang diambil secara sistematik iaitu kesan serta-
merta,kesan jangka pendek.kesan jangka sederhana serta kesan jangka panjang.
Sebagai contohnya ialah pelajar-pelajar diminta berbincang tentang kesan jika
menyambung pelajaran hingga ke peringkat PhD menggunakan alat berfikir C & S
3
supaya fikiran mereka mengarah kepada semua arah yang penting.(Rujuk lampiran
2.3(a) ).
2.4 FIP (First Important Priorities)
FIP adalah alat untuk membuat fokus pada apa yang penting.(Abdullah &
Ainon,1996).Misalnya, anda dikehendaki memilih barang-barang yang anda hendak
beli di pasar raya sedangkan anda hanya mempunyai RM 30.00. Jadi, apakah barang
yang anda hendak beli? Sudah tentulah anda harus membeli barang yang terpenting
dahulu, kemudian diikuti oleh barang-barang lain yang penting dan perlu sahaja
kerana wang anda tidak mencukupi.Pada Ketika ini alat pemikiran FIP sangat
memainkan peranan untuk memudahkan urusan seharian. Tuntasnya, proses untuk
memilih idea yang mustahak terhadap sesuatu benda diberi keutamaan oleh alat ini.
2.5 AGO (Aims,Goals,Objectives)
4
AGO ditakrifkan sebagai satu proses menentukan tujuan, matlamat dan objektif, iaitu
memberikan penekanan berkaitan idea yang dijalankan. Alat berfikir ini juga turut menyeru
seseorang utuk melaksanakan sesuatu tindakan atau usaha sama ada berdasarkan
tujuan,matlamat ataupun objektif yang diharapkan. Contohnya, sebuah persatuan kebajikan
sekolah ingin melakukan kempen kebersihan,tetapi terdapat pihak yang meragui hasrat
mereka.Jadi,mereka telah menggunakan AGO untuk menyenaraikan segala tujuan bagi
kempen mereka.Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa AGO ini dapat membantu pemikiran
kita untuk mengetahui apa sebenarnya yang hendak cuba capai.
2.6 APC (Alternatives, Possibilities, and Choice)
Menurut PDANKPP KANAK-KANAK, APC merupakan alat berfikir untuk
memungkinkan manusia mencari alternatif,kemungkinan,serta pilihan terhadap
sesuatu yang berlaku yang pada mulanya tidak diketahui sebab-sebabnya. Alternatif
membawa maksud bahawa kita mempunyai pilihan lain sekiranya pilihan pertama
tidak menjadi atau berjaya dikaksanakan.Kemungkinan diartikan sebagai
kebarangkalian bahawa perkara tersebut akan berjaya atau sebaliknya.Pilihan pula
ialah pilihan terbaik yang dapat dilakukan selepas meneliti segala alternatif dan
kemungkinan yang telah disenaraikan. Melalui alat ini juga,ianya membuka ruang
kepada terbitan idea baru yang mungkin lebih mudah dilaksanakan sekiranya terdapat
usaha untuk mencarinya. Hal ini juga membantu seseorang agar berfikiran tidak
sempit dan satu hala sahaja.
5
Contoh senario yang boleh diambil ialah senario ketika seorang pelajar mendapat
keputusan yang sederhana dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 4A5B2C.Pada
ketika ini,pelajar tersebut dapat menggunakan APC untuk berbincang dengan ibu
bapa mereka bagi mecari cara dan proses terbaik bagi membolehkannya melanjutkan
pelajaran ke peringkat seterusnya.
2.7 OPV (Other People View)
OPV merupakan satu alat yang mengarahkan pemikiran seseorang atau pelajar untuk
mengambil kira pendapat dan pandangan pihak lain tentang idea atau isu yang sedang
dihadapi.Hal ini demikian kerana,kadang-kadang apa yang kita fikirkan mungkin betul
pada pandangan mata kita,tetapi dengan mengambil pandangan orang
lain,kemungkinan pandangan mereka itu lebih baik dan wajar dengan isu yang sedang
dialami.
Sebagai contoh,seorang pelajar lepasan STPM mendapat tawaran melanjutkan
pelajaran ke luar negara dalam peringkat Ijazah.Sarjana.Keputusan yang akan dibuat
mungkin akan memberi kesan kepada pihak-pihak tertentu seperti ahli keluarga,rakan-
rakan dan masyarakat setempat.Justeru itu,dengan menyenaraikan pendapat mereka
dapat membantu dalam membuat keputusan yang terbaik.(Rujuk lampiran 2.7 (a) ).
6
3.0 KESIMPULAN
Secara konklusinya,alat-alat berfikir ini merupakan satu kemahiran yang amat penting kepada
tenaga pengajar atau bakal pendidik bagi mempelbagaikan pendekatan,kaedah,strategi,dan
teknik pengajaran.Apabila seorang guru itu mempunyai kemahiran pengajaran yang
luas,ianya menjadi satu kemudahan untuk mengubahsuai proses pengajaran dan
pembelajaran selari dengan kebolehan,minat dan gaya pembelajaran murid-murid yang
berbeza-beza di sekolah, Secara tidak langsung,hal ini dapat membantu pengajaran guru
menjadi lebih berkesan dan berkualiti.
7
4.0 LAMPIRAN
TAJUK :PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS WAJIB DI SEKOLAH
P (PLUS / BAIK) M (MINUS / LEMAH) I (INTERESTING/ISTIMEWA)
1.
2.
3.
Lampiran 2.1 (a)
Kesan serta-merta
Kesan jangka pendek ( 1-5 tahun )
Kesan janka sederhana ( 5- 25 tahun )
Kesan jangka panjang ( lebih dari 25 tahun)
Lampiran 2.3 (a)
8
Pendapat
Ibu bapa
Kawan-kawan
Mayarakat setempat
Lampiran 2.7 (a)
9
5.0 RUJUKAN
Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (1996). Kemahiran berfikir aras tinggi: untuk institut
pendidikan guru dan universiti. PTS Consultants Sdn.Bhd.
Anida Sarudin,Husna Faredza,Adenan Ayob. (2017). STRATEGI EFEKTIF PERANTI
BERFIKIR CoRT (COGNITIVE RESEARCH TRUST ) DALAM PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU. APCEMAL2017, PERAK, MALAYSIA.
https://www.researchgate.net/publication/319178509_STRATEGI_EFEKTIF_PERAN
TI_BERFIKIR_CoRT_COGNITIVE_RESEARCH_TRUST_DALAM_PENDIDIKAN_B
AHASA_MELAYU
P.D.A.N.K.P.P KANAK-KANAK,TAJUK: EDWARD DE BONO (1993) MENGGUNAKAN
PENDEKATAN CORT THINKING PROGRAM. HURAIKAN TEORI DI ATAS
DALAM MEMBINA.
Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
PENERBITAN MULTIMEDIA SDN.BHD.