1 DEPARTMENT OF INFORMATION TECHNOLOGY AND COMMUNICATION SESSION : 1 2023/2024 MPU 21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PREPARED BY : NAMA NO MATRIK MAIZATUL HUSNA BINTI HAMZAH 03DDT22F1049 ALYA AQILAH BINTI AZIZAN 03DDT22F1029 ALESHA BINTI RIZAL 03DDT22F1042 NUR AMNA HASANAH BINTI ARIF NAZRI 03DDT22F1045 NUR ATHIRAH BINTI ABDULLAH 03DDT22F1081 Prepared for : USTAZ MOHD KHAIRI BIN SHAFIE
2 Table Of Contents No Contents Page 1. Tajuk Filem 3-4 2. Pengenalan 2.1 Apa itu filem? 5 3. Sinopsis 6 4. 4.1 Penerbit 4.2 Pengarah 4.3 Tahun diterbit 4.4 Pelakon 7 5. Jalan cerita filem 5.1 Genre 5.2 Running time 8 6. Kebaikkan dan kelebihan filem 9 7. Keburukkan/Kelemahan filem 10 8. Kritikan / kondem 11 9. Pengajaran 12-13 10. Kesimpulan 14 11. Rujukan 15
3 1.0 Tajuk Filem Filem : LEFTENAN ADNAN Leftenan Adnan ialah sebuah filem drama perang Malaysia 2000 arahan Aziz M. Osman dengan skrip oleh Aziz dan Mejar Ramli Abu Bakar terbitan bersama Paradigm Film dan Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia.Dibintangi oleh Hairie Othman sebagai watak tajuk, Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby, Rambo Chin dan Wahid Senario, ia mengisahkan tentang perjuangan pegawai tentera Tanah Melayu, Adnan Saidi (juga dikenali sebagai Leftenan Adnan), yang bertarung nyawanya demi menyelamatkan Tanah Melayu daripada penaklukan tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Filem ini turut memaparkan babak pertempuran terakhir Rejimen Askar Melayu berdepan kemaraan tentera Jepun yang jauh lebih ramai di Bukit Chandu sehingga mengorbankan Leftenan Adnan. Filem ini ialah projek yang telah lama dinantikan oleh Aziz. Ia diterbitkan dengan belanjawan sebanyak RM2.5 juta dengan jumlah pelakon dan krew melebihi 1,000 orang, sekaligus mencatat rekod sebagai filem paling mahal dan penerbitan terbesar dalam sejarah perfileman Melayu ketika itu.Penggambaran dijalankan pada Februari dan Mac 2000 di Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Leftenan Adnan ditayangkan pada 31 Ogos 2000 bersempena dengan sambutan Hari
4 Kemerdekaan Malaysia ke-43 dan menerima pelbagai ulasan positif serta telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.8 juta. Ia telah memenangi 2 anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke-45 dan 4 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-15.Biarpun aspek seni filem ini diterima baik, ketetapan salah mengenai sejarahnya telah menerima kritikan.Pada tahun 2020, versi definisi tinggi filem ini telah dikeluarkan bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-20.
5 2.0Pengenalan 2.1Apa itu Filem? Filem merupakan sumber hiburan yang paling mudah didapati dan difahami Filem berpengaruh besar ke atas kelakuan penonton terutamanya golongan remaja dan kanakkanak, tidak terkecuali kepada golongan dewasa. Filem juga mengandungi elemenelemen yang dapat mempengaruhi psikologi dan emosi seseorang. Tumpuan terhadapfilem dari kesan psikologi adalah di antara seni yang unik, di mana kita perlu pelajari melalui perhatian, pergerakan dan illusi. Namun begitu ia juga bergantung kepada gayapenyampaian dalam sesebuah filem itu sendiri. Filem harus menjadi alat yang akan membuat orang sedar tentang sesuatu. Ia juga hams menjadi pantulan kepada pemikiran masyarakat atau mentaliti masyarakat. Filem boleh dilihat kepada dua aspek, iaitu sifatnya dan kewujudannya. Filem adalah medium yang popular dan ada pengaruhnya. Oleh itu, filem harus dijadikan sebagai bahan penyelidikan. Filem adalah bentuk seni dalam penyampaian naratif yang mempunyai prinsip dan gaya tersendiri. Setiap bentuk yang dihasilkan mempunyai corak perkembangan tersendiri dari pennulaan hingga ke penghujung sesebuah filem yang merangkumi peranan seperti mise-en-scene, shot, penyuntingan, bunyi dalam pembentukan naratif dan gaya visual filem. Sesebuah filem itu, dapat menyampaikan mesej dan kesan melalui struktur dan stailnya. Melalui pendekatan ini, penyelidik mengambil peluang untuk mengkaji bagaimana filem dapat menyampaikan kesan psikologi seorang watak terhadap penonton melalui penggunaan struktur naratif, penyampaian maklumat, bunyi dan muzik, juga terhadap gaya visual yang diaplikasikan dalam sesebuah filem.
6 3.0 Sinopsis Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London, England. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.
7 4.0 4.1 Penerbit Penerbit Leftenan Adnan diarahkan oleh Aziz M. Osman, yang terkenal dengan filemfilem arahannya seperti Fenomena (1990), XX Ray (1992) dan Puteri Impian (1997).Ia telah dilaporkan pada Ogos 1999 bahawa Aziz meluahkan hasratnya untuk membawakan kisah perjuangan perajurit, Leftenan Adnan Saidi ke layar lebar.Menurut beliau, idea untuk mengarahkan sebuah filem peperangan sudah lama berada dalam fikirannya, namun tidak terfikir sama sekali beliau berpeluang mengarahkan filem berskala besar seperti Leftenan Adnan. Beliau berkata kepada Berita Harian: "Leftenan Adnan mampu memberi suntikan patriotik kepada penonton dan wajar ditonton generasi muda sekarang. Kita tahu semangat dan kecintaan sesetengah anak muda terhadap negara semakin kurang. Malah tidak keterlaluan dikatakan ada anak muda sekarang yang tidak suka lagi mendengar lagu Negaraku,". Aziz mengakui memikul tanggungjawab mengarahkan filem ini ialah satu cabaran besar baginya. 4.2 Penulis Skrip ➢ Aziz M. Osman ➢ Mejar Ramli Abu Bakar Leftenan Adnan ialah sebuah filem díama peíang Malaysia 2000 aíahan Aziz M. Osman dengan skíip oleh Aziz dan Mejaí Ramli Abu Bakaí teíbitan beísama Paíadigm Film dan Maíkas ľenteía Daíat, Kementeíian Peítahanan Malaysia. 4.3 Tahun diterbit Leftenan Adnan ialah sebuah filem drama perang Malaysia 2000 arahan Aziz M.
8 4.4 Pelakon ➢ Hairie Othman sebagai Leftenan Adnan ➢ Umie Aida sebagai Safiah ➢ Farid Amirul sebagai Mejar Fujiwara ➢ Faizal Hussein sebagai Prebet Ayo ➢ Rusdi Ramli sebagai Prebet Malik ➢ Shaharuddin Thamby sebagai Ibrahim Yaakob ➢ Wahid Senario sebagai Ismail Malim Mas ➢ M. Osman sebagai Pak Saidi ➢ Sherie Merlis sebagai Tumirah ➢ Rambo Chin sebagai Jeneral Yamashita ➢ TS Jeffry sebagai Lai Tek ➢ Yank Kassim sebagai Lim Bo Seng, orang kanan Lai Tek ➢ Zul Yahya sebagai Ahmad ➢ Johan Abdullah sebagai Kapten H R Rix ➢ Williams Francis Hutchinson sebagai Tuan Smith ➢ Jamilah Wadan sebagai Mary Baba ➢ Dol Baser sebagai Koperal Rahman
9 5.0 Jalan Cerita 5.1 Genre ➢ Aksi ➢ Perang ➢ Drama ➢ Percintaan 5.2 Running Time ➢ Masa tayangan 116 minit
10 6.0 Kebaikkan dan kelebihan filem 1. Memperingati Pahlawan Tempatan: Filem ini menghormati dan memperingati jasa-jasa Leftenan Adnan Saidi, seorang pahlawan tempatan yang berjuang untuk mempertahankan tanah airnya semasa penjajahan Jepun. Ini dapat meningkatkan kebanggaan nasional dan memupuk semangat patriotisme di kalangan penonton. 2. Penceritaan Sejarah: "Leftenan Adnan" membawa penonton kembali ke zaman Perang Dunia II, memberikan pencerahan tentang sejarah Malaysia semasa penjajahan Jepun. Ini memberi peluang kepada penonton untuk memahami peristiwa bersejarah dan menghargai perjuangan generasi terdahulu. 3. Penghargaan kepada Tentera Malaysia: Filem ini memberikan penghormatan kepada Tentera Malaysia dan menggariskan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka semasa peperangan. Ini dapat membina rasa hormat terhadap pasukan tentera dan menyedarkan penonton akan keperwiraan dan keberanian mereka. 4. Kualiti Sinematografi: Filem ini mungkin mempunyai kualiti sinematografi yang baik, termasuk penggambaran adegan-adegan perang yang dramatik. Ini dapat meningkatkan pengalaman menonton dan memikat penonton. 5. Nilai Pendidikan dan Kebangsaan: Filem ini boleh memberikan nilai-nilai pendidikan seperti keberanian, keadilan, dan cinta kepada tanah air. Ia juga dapat menguatkan perasaan kebangsaan dan kesedaran sejarah di kalangan penonton, terutamanya generasi muda. 6. Pertunjukan Pelakon: Jika pelakon-pelakon dalam filem ini memberikan prestasi yang membanggakan, ini boleh meningkatkan daya tarikan filem dan memberikan ketara kepada watak-watak yang dimainkan. 7. Sokongan kepada Industri Filem Tempatan: Melalui sokongan terhadap filemfilem tempatan seperti "Leftenan Adnan", penonton dapat membantu memajukan industri filem tempatan dan memberikan peluang kepada pengarah, pelakon, dan krew tempatan untuk berkembang.
11 7.0 Keburukkan/Kelemahan filem Mungkin antara kelemahan jelas yang didapati setelah menontoN filem sokongan penuh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Finas ini ialah: 1. ketiadaan kesinambungan pertautan atau penyeluruhan rasa anggota bentuk filem yang utuh yang dapat kita panggil ia sebenar-benarnya sebuah "epik terunggul" (seperti yang dicanangkan tidak silap aku masa itu) 2. kurangnya kedalaman perwatakan Leftenan Adnan yang menyeluruh, yang dapat kita anggap sebagai seorang susuk watak yang kita dapat kenang-kenangkan, khususnya isi manusiawinya 3. babak perangnya tidak spetakular, tidak benar-benar feel, dan rasa hanya babak sematamata. 4. ialah CGI buruk filem ini, khususnya jet pejuang Zero Jepun, 5. skor muzik Azman Abu Hassan bagi aku sangat membunuh filem ini, yang sememangnya lebih sesuai untuk sebuah skor okestra yang proper, walupun kecil ahlinya.
12 8.0 Kritikan / kondem Leftenan Adnan menerima kritikan kerana menggunakan khidmat pelakon Melayu untuk memegang watak askar Jepun dan Inggeris sepanjang filem itu. Tambahan pula, dialog asal bahasa Inggeris seperti yang dituturkan oleh pelakon telah disuarakan oleh orang Melayu yang bercakap dalam bahasa Inggeris yang terhenti dan berloghat kuat yang menunjukkan bahawa terdapat percubaan janggal untuk mengubah dialog untuk memberikan kecondongan yang berbeza kepada situasi yang digambarkan dan untuk menggambarkan British dalam suasana yang tidak menguntungkan. 9.0 Pengajaran Filem "Leftenan Adnan" dapat memberikan pelbagai pengajaran kepada penonton. Berikut adalahbeberapa pengajaran yang mungkin dapat diambil dari filem ini: 1. Kebangsaan dan Patriotisme: Filem ini memaparkan semangat kebangsaan dan patriotisme melalui perjuangan Leftenan Adnan untuk mempertahankan tanah airnya. Penonton dapat belajar mengenai pentingnya cinta kepada tanah air dan tekad untuk membela negara. 2. Pengorbanan dan Keberanian: Kisah Leftenan Adnan menyoroti pengorbanan dan keberanian seorang pejuang dalam menghadapi situasi perang. Penonton dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya pengorbanan dalam mempertahankan kebebasan dan keamanan. 3. Pentingnya Solidariti dan Kerjasama: Dalam keadaan perang, filem ini menunjukkan betapa pentingnya solidariti dan kerjasama antara anggota tentera. Pengajaran ini dapat diterapkan dalam kehidupan sehari-hari di mana kerjasama dan kebersamaan adalah kunci untuk menghadapi cabaran. 4. Ketahanan dan Kecekalan Mental: Leftenan Adnan diperlihatkan sebagai individu yang memiliki ketahanan mental yang tinggi dalam menghadapi tekanan dan ketidakpastian perang. Ini dapat menjadi inspirasi bagi penonton untuk mengembangkan ketahanan mental dalam menghadapi cabaran hidup. 5. Pentingnya Pendidikan Sejarah: Filem ini menekankan kepentingan memahami
13 sejarah negara. Penonton dapat menyedari bagaimana peristiwa-peristiwa bersejarah telah membentuk negara dan masyarakat mereka. 6. Kritikal terhadap Penjajah: Filem ini juga dapat membuka mata penonton terhadap penderitaan dan penindasan yang dialami oleh rakyat semasa penjajahan. Ini boleh merangsang pemikiran kritis terhadap tindakan penjajah dan menghargai nilai kebebasan. 7. Pentingnya Persahabatan dan Kekeluargaan: Hubungan antara watak-watak dalam filem ini, terutamanya antara anggota tentera, menunjukkan pentingnya persahabatan dan kekeluargaan dalam situasi yang mencabar. 8. Menghargai Jasa Tentera dan Pahlawan Tempatan: Filem ini dapat meningkatkan penghargaan terhadap perkhidmatan tentera dan jasa pahlawan tempatan yang seringkali kurang dikenal. 9. Perang dan Pemulihan: Filem ini juga dapat menggarisbawahi cabaran pemulihan pasca-perang dan bagaimana masyarakat dan individu harus berusaha untuk pulih dan membina semula selepas mengalami tragedi perang.
14 10.0 Kesimpulan Kesimpulannya, ulasan ini dengan lebih lanjut tentang elemen perpaduan dan semangat patriotisme atau rasa cinta akan negara yang diceritakan dalam filem Leftenan Adnan wajar diteruskan kerana dapatan yang diperoleh banyak kepentingannya. Filem Leftenan Adnan menekankan aspek retorik dengan berkesan dan memberi gambaran kepada masyarakat mengenai budaya serta sejarah sesuatu bangsa dan negara, sementara mesej penghayatan nilai-nilai patriotisme dalam masyarakat juga dapat diterjemahkan kepada penonton dengan aspek retorik yang lebih jelas.Jalan cerita yang telah ditulis oleh Abdul Latip Bin Talib ini telah dijadikan teks kajian secara langsung oleh pengkaji memandangkan kisah ini terpilih sebagai novel yang digunakan dalam aspek kajian KOMSAS di sekolah. Pemilihan Leftenan Adnan Bin Saidi sebagai watak utama dalam novel ini secara langsung akan menjadi contoh dan tauladan kepada generasi muda kini dalam menyerapkan unsur patriotisme dalam masyarakat dan semangat patriotik terhadap negara. Sumbangan besar yang diberikan oleh Leftenan Adnan ini dipandang sebagai jasa yang cukup besar kepada negara sehinggakan Kementerian Pertahanan Malaysia juga turut menamakan ‘Adnan’ sebagai aset ketenteraan negara Malaysia iaitu pada kereta perisai berantai ACV-300S Adnan sempena nama Leftenan Adnan.
15 11.0 Rujukan ▪ https://ms.wikipedia.org/wiki/Leftenan_Adnan_(filem)#:~:text=dal am%20filem%20ini.- ▪ https://ir.unimas.my/id/eprint/16951/1/Kajian%20;%20bagaimana%20filem%20menya mpaikan%20kesan%20psikologi%20seorang%20watak%20terhadap%20penonton%20( 24%20pages).pdf ▪ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka& p=Filem2000 ▪ http://www.filemkita.com/khys/leftenan_adnan_01.html ▪ https://malay.wiki/content/Leftenan%20Adnan%20(filem)/Laman ▪ https://melayu.library.uitm.edu.my/1278/ ▪ https://www.utusan.com.my/rencana/2022/07/setia-pada-fakta- dalam-filem-sejarah/ ▪ http://studentsrepo.um.edu.my/642/5/CHAP4.pdf ▪ ,Kritikan,dan%20Inggeris%20sepanjang%20filem%20itu
16