The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pelan Induk Perancangan Penyelidikan, Penerbitan, Persidangan dan Inovasi FPI 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fikrahgemilang, 2022-02-09 20:34:26

Buku Pelan Induk Perancangan Penyelidikan, Penerbitan, Persidangan dan Inovasi FPI 2022

Buku Pelan Induk Perancangan Penyelidikan, Penerbitan, Persidangan dan Inovasi FPI 2022

PELAN INDUK

PENERBITAN,
PENYELIDIKAN, INOVASI
DAN PERSIDANGAN

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

2022

Ahmad Munawar Ismail



PELAN INDUK

PENERBITAN,
PENYELIDIKAN, INOVASI
DAN PERSIDANGAN

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

2022



PELAN INDUK

PENERBITAN,
PENYELIDIKAN, INOVASI
DAN PERSIDANGAN

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

2022

Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi 2022

https://www.ukm.my/fpi/

Cetakan Pertama / First Printing, 2022
Hak cipta / Copyright Penerbit FPI, UKM, 2022

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian dalam terbitan ini
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan
ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada

dengan cara elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa
kebenaran bertulis daripada penerbit FPI

Universiti Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced
or transmited in any form or by any means, electronic or mechanical,
including photocopy, recording, or any information storage and retrieval sytem,
without permission in writing from Penerbit FPI Universiti Kebangsaan Malaysia.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
Penerbit FPI Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
Malaysia.

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
UKM CETAK SDN. BHD.

Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM

43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan,

Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan dalam-Penerbitan /
Ahmad Munawar Ismail, 1973- Cataloguing-in-Publication-Data

Pelan Induk Perancangan Penerbitan dan Penyelidikan Fakulti Pengajian Islam.
I. Islam-Research-Publication

e ISBN 978-967-19878-3-4

Panel Pakar Penyelidikan & Penerbitan Fakulti Pengajian Islam 2022

Hadapan (dari kiri) : Prof. Madya Dr. Ahmad Munawar Ismail, Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari
Long, Puan Syazriza Zulkapli.

Belakang (dari kiri) : Dr. Najah Nadiah Amran, Dr. Muhamad Faisal Ashaari, Dr. Mat Noor Mat Zain,
Prof. Madya Dr. Faudzinaim Badaruddin.

Prakata

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh,

Penyelidikan dan penerbitan adalah aktiviti utama dan tanda aras orang-orang yang beriman. Hasil
penyelidikan yang diterbitkan boleh dijadikan panduan perjalanan hidup manusia di dunia dan panduan
bagi memperoleh kehidupan yang baik di akhirat. Melalui penyelidikan dan penerbitan juga huraian
dan justifikasi kehidupan semakin jelas dan hala tuju dapat dibentuk selaras dengan fitrah dan tujuan
kejadian manusia di muka bumi.

Selaras dengan itu, satu pelan induk perancangan penyelidikan dan penerbitan diterbitkan. Ia
dibangunkan berasaskan Key Perfomance Indicators (KPI) Malaysia Research Assessment (MyRA®),
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia kepada Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Pelan Strategik T.E.R.A.S Universiti Kebangsaan Malaysia 2021-2025.

Penghasilan pelan dilakukan dengan penuh teliti. Sekumpulan pakar telah dibentuk terdiri daripada Prof.
Madya Dr. Ahmad Sunawari Long (Falsafah dan Pemikiran Islam), Prof. Madya Dr. Ahmad Munawar
Ismail (Akidah dan Pendidikan Islam), Prof. Madya Dr. Faudzinaim Badaruddin (Akhlak dan Tasauf),
Dr. Mat Noor Mat Zain (Perundangan Islam), Dr. Muhamad Faisal Ashaari (Dakwah Media Baru), Dr.
Najah Nadiah Amran (Hadis) dan Dr. Farid Mat Zain (Sejarah dan Tamadun Islam) serta sekumpulan
urusetia yang diketuai Puan Syazriza Zulkapli, Penolong Pendaftar Kanan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Satu bengkel telah diadakan pada 10 hingga 12 Disember 2021 di D’Wharf Hotel & Serviced Residence,
Persiaran Waterfront, PD Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pelaksanaan bengkel tersebut
merangkumi perbincangan-perbincangan utama berkaitan kekuatan dan kelemahan penyelidikan dan
penerbitan pengajian Islam. Satu resolusi berkaitan perancangan penyelidikan dan penerbitan 2022
kemudiannya dibentuk dan telah dibentangkan untuk semakan dan kesahan pakar yang terlibat.
Hasilnya buku pelan induk perancangan penyelidikan dan penerbitan berjaya diterbitkan.

Pada kesempatan ini, sebagai pengerusi kepada jawatankuasa ini, saya ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada pihak kedekanan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia kerana
sokongan yang berterusan dalam usaha menjayakan program-program seperti ini. Ucapan terima kasih
juga kepada Pejabat Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat), Universiti Kebangsaan
Malaysia, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), Universiti Kebangsaan Malaysia
dan lain-lain yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga dengan terbitnya buku
ini, ahli-ahli akademik dan penyelidik-penyelidik dapat memahami secara asas dan mengaplikasikannya
untuk pembangunan penyelidikan dan penerbitan Islam di Malaysia.

Ahmad Munawar Ismail, Ph.D
Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi)

ISI KANDUNGAN

1 PENERBITAN 11-14
2 PENYELIDIKAN 15-18
3 PERSIDANGAN 19-20
4 INOVASI 21-22
5 TAKWIM 23-26
6 CARTA ALIR PENERBITAN BUKU
27-30
SESI HARTA INTELEK @ FPI 31-41

7 GALERI

Perancangan Penerbitan, Penyelidikan, Inovasi Dan Persidangan
Fakulti Pengajian Islam 2022

Strategi

Pengerusi Pusat-pusat Kajian dengan kerjasama Urusetia Penyelidikan dan Penerbitan Fakulti Pengajian
Islam akan mengadakan program-program yang berkualiti, melaksanakan pemantauan secara berkesan
dan melaporkan kepada Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi secara berterusan. Program dan
kaedah pemantauan adalah berdasarkan kreativiti Pengerusi Pusat dengan dibantu oleh Penyelaras
Kluster setiap Pusat Kajian.

Sasaran

Semua perancangan penerbitan, penyelidikan, inovasi dan persidangan di Pusat-pusat Kajian di
Fakulti Pengajian Islam adalah berpandukan Penunjuk Prestasi Utama (Key Perfomance Indicator)
Malaysia Research Assesment (MyRA®) II PTJ tahun semasa dan Pelan Strategik T.E.R.A.S Universiti
Kebangsaan Malaysia 2021-2025.

Inisiatif

Laporan prestasi penerbitan, penyelidikan, inovasi dan persidangan menjadi agenda tetap dalam
setiap mesyuarat Fakulti dan Pusat-pusat kajian.

Urusetia Penyelidikan dan Penerbitan Fakulti Pengajian Islam akan membekalkan data-data
berkaitan penerbitan, penyelidikan, inovasi dan persidangan kepada Pusat-Pusat Kajian secara
berkala iaitu pada setiap bulan 30 Mei dan 30 September (dua kali setahun) bagi memastikan semua
proses, perancangan dan hasil sentiasa dikemaskini.

Bagi mencapai sasaran ini, Fakulti memperuntukkan sebanyak RM100,000.00 untuk Strategi
Lonjakan Penerbitan, RM60,000.00 untuk Strategi Galakan Penyelidikan dan RM12,000.00 untuk
Strategi Penganjuran Persidangan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan Fakulti pada tahun
2022 adalah RM180,000.00.

PENERBITAN

Perancangan Penerbitan Jurnal Q1/Q2

Strategi
Meningkatkan bilangan penerbitan jurnal berimpak tinggi Q1-Q2.

Sasaran
Setiap Pusat Kajian perlu menghasilkan minimum 1 JURNAL BERTARAF Q1/Q2 menjadikan jumlah
keseluruhan sasaran Fakulti adalah 5 Jurnal Bertaraf Q1/Q2.

Inisiatif

Pengerusi Pusat menamakan seorang ahli yang berpotensi untuk menghasilkan penerbitan Jurnal
Bertaraf Q1-Q2 dan mengemukakan nama kepada Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi.

Ahli-ahli yang dinamakan perlu menyediakan artikel yang setaraf dan mengemukakanya bersama
nama Jurnal yang ingin dihantar kepada urusetia penyelidikan dan penerbitan.

Pihak Fakulti Pengajian Islam akan mengadakan bengkel penulisan jurnal Q1/Q2 bersama Dato’ Dr.
Roslan setelah semua persediaan telah dilakukan.

Perancangan Penerbitan Jurnal Terindeks Scopus/Wos/Era

Strategi
Meningkatkan bilangan penerbitan jurnal terindeks Scopus/WoS/ERA.

Sasaran

Setiap ahli di setiap Pusat Kajian WAJIB menerbitkan 1 artikel sebagai pengarang utama dalam jurnal
terindeks Scopus/WoS/ERA menjadikan jumlah keseluruhan sasaran Fakulti adalah 99 artikel jurnal
terindeks Scopus/WoS/ERA.
Inisiatif

Pengerusi Pusat Kajian akan merancang program-program yang sesuai dan melakukan pemantauan
intensif bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

Sasaran penerbitan artikel jurnal terindeks Scopus/WoS/ERA setiap pusat mesti boleh dilihat
sebelum atau pada 30 Jun 2022.

Permohonan mengadakan bengkel penerbitan artikel terindeks Scopus/WoS/ERA WAJIB melalui
sistem EMP dengan melampirkan bersama draf artikel jurnal setiap ahli yang terlibat.

Dekan akan mengeluarkan surat nasihat/teguran/amaran kepada mana-mana ahli fakulti yang tidak
menjalankan tugas yang boleh menggagalkan Fakulti mencapai sasaran menerbitkan 99 artikel
jurnal terindeks Scopus/WoS/ERA.

12

Perancangan Penerbitan Jurnal Terindeks Mycite

Strategi
Meningkatkan bilangan penerbitan jurnal terindeks MyCite.
Sasaran
Setiap ahli di setiap Pusat Kajian wajib menerbitkan 1 artikel sebagai pengarang utama dalam jurnal
terindeks MyCite menjadikan jumlah keseluruhan sasaran fakulti adalah 99 artikel jurnal terindeks
MyCite.
Inisiatif

Pengerusi Pusat Kajian akan merancang program-program yang sesuai dan melakukan pemantauan
intensif bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.
Sasaran penerbitan artikel jurnal terindeks MyCite setiap pusat mesti boleh dilihat sebelum atau
pada 30 Jun 2022.
Permohonan mengadakan bengkel penerbitan artikel terindeks MyCite adalah tidak dibenarkan.
Dekan akan mengeluarkan surat nasihat/teguran/amaran kepada mana-mana ahli fakulti yang tidak
menjalankan tugas yang boleh menggagalkan Fakulti mencapai sasaran menerbitkan 99 artikel
jurnal terindeks MyCite.

Perancangan Penerbitan Buku Karya Asli

Strategi
Meningkatkan bilangan penerbitan buku karya asli.

Sasaran

Setiap Pusat Kajian perlu menghasilkan 5 buah buku karya asli menjadikan jumlah keseluruhan sasaran
Fakulti adalah 25 buah buku karya asli yang diterbitkan penerbit tersohor.
Inisiatif

Pengerusi Pusat Kajian akan merancang program-program yang sesuai dan melakukan pemantauan
intensif bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.
Sasaran penerbitan buku karya asli termasuk buku hasil penyelidikan dan buku daripada tesis setiap
pusat mesti boleh dilihat sebelum atau pada 30 Jun 2022.
Permohonan mengadakan bengkel penerbitan buku adalah dibenarkan dengan menggunakan bajet
yang diperuntukkan kepada setiap pusat kajian.
Dekan akan mengeluarkan surat nasihat/teguran/amaran kepada mana-mana ahli fakulti yang tidak
menjalankan tugas yang boleh menggagalkan Fakulti mencapai sasaran minimum 25 buah buku
karya asli daripada penerbitan tersohor.

13

Perancangan Penerbitan Buku Suntingan

Strategi
Meningkatkan bilangan penerbitan buku suntingan.
Sasaran
Setiap Pusat Kajian perlu menghasilkan 2 buah buku suntingan hasil dari kolokium (Siswazah dan
Prasiswazah) dan 1 buah buku suntingan dari program Bahasa Arab menjadikan jumlah keseluruhan
sasaran fakulti adalah 11 buah buku suntingan.
Inisiatif

Pengerusi Pusat Kajian akan merancang program-program yang sesuai dan melakukan pemantauan
intensif bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.
Sasaran penerbitan buku suntingan termasuk buku hasil persidangan siswazah dan pra siswazah
mesti boleh dilihat sebelum atau pada 30 Oktober 2022.
Ketua Program Siswazah setiap Pusat Kajian mesti mengadakan 1 persidangan peringkat siswazah
dan menghasilkan minimum 1 buku suntingan hasil persidangan.
Ketua Progam Pra Siswazah setiap Pusat Kajian mesti mengadakan 1 persidangan peringkat pra
siswazah dan menghasilkan minimum 1 buku suntingan hasil persidangan.
Permohonan mengadakan bengkel penerbitan buku suntingan adalah dibenarkan dengan
menggunakan bajet yang diperuntukkan kepada setiap Pusat Kajian.
Dekan akan mengeluarkan surat nasihat/teguran/amaran kepada mana-mana ahli fakulti yang tidak
menjalankan tugas yang boleh menggagalkan Fakulti mencapai sasaran minimum 25 buah buku
karya asli daripada penerbitan tersohor.

Perancangan Penerbitan Bab Dalam Buku

Strategi
Meningkatkan jumlah penerbitan bab dalam buku.
Sasaran
Setiap ahli di setiap pusat-pusat kajian wajib menerbitkan 1 bab dalam buku sebagai pengarang utama
dalam buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit tersohor di dalam dan di luar negara menjadikan
jumlah keseluruhan sasaran fakulti adalah 99 artikel bab dalam buku.
Inisiatif

Setiap ahli Pusat Kajian bebas memilih untuk berkolaborasi dalam menerbitkan artikel bab dalam
buku yang diterbitkan oleh penerbit tersohor.
Pengerusi Pusat Kajian boleh merancang program-program yang sesuai dan melakukan pemantauan
intensif bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.
Sasaran penerbitan artikel bab dalam buku setiap pusat mesti boleh dilihat sebelum atau pada 30
Oktober 2022.
Dekan akan mengeluarkan surat nasihat/teguran/amaran kepada mana-mana ahli fakulti yang tidak
menjalankan tugas yang boleh menggagalkan Fakulti mencapai sasaran menerbitkan 99 artikel bab
dalam buku.

14

PENYELIDIKAN

Perancangan Perolehan Geran Antarabangsa

Strategi

Usaha mendapatkan geran antarabangsa.

Sasaran

Fakulti Pengajian Islam menyasarkan perolehan 5 geran penyelidikan daripada pendana-pendana
antarabangsa. Untuk menjayakan sasaran ini, setiap pusat kajian perlu merancang dan mendapatkan
sekurang-kurangnya 1 geran antarabangsa daripada pendana antarabangsa seperti Toyota Foundation
International Grant Program, The Sumitomo Foundation dan lain-lain.

Inisiatif

Penyelarasan semula lantikan Penyelaras Kluster Penyelidikan di Pusat-pusat Kajian.

Pusat Kajian perlu menggiatkan jaringan rakan strategik dari universiti luar negara yang mempunyai
ranking tinggi melalui MoU/MoA.

Mengadakan Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik bersama penyelidik-penyelidik yang pernah
memperoleh geran antarabangsa di dalam dan di luar negara.

Perancangan Perolehan Geran Kebangsaan

Strategi

Meningkatkan jumlah geran kebangsaan.

Sasaran

Fakulti Pengajian Islam menyasarkan perolehan 10 Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), 5
geran daripada kerajaan negeri atau agensi-agensi di bawah kerajaan negeri dan 5 geran dari kerajaan
pusat atau agensi-agensi di bawah kerajaan pusat. Untuk itu, setiap pusat kajian perlu berusaha
merancang dan memperoleh sekurang-kurangnya 2 Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), 1
geran daripada kerajaan negeri atau agensi-agensi di bawah kerajaan negeri, 1 geran agensi pusat seperti
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan
Pembangunan Ekonomi Malaysia (YAPEIM) atau lain-lain agensi.

Inisiatif

Membina dan meneroka jaringan baharu dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi di
bawah kementerian.

Mewujudkan kerjasama strategik dengan mengadakan dan memperbaharui perjanjian kerjasama
termasuk MoU dan MoA dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi di bawah kementerian.

Menjemput rakan strategik daripada kementerian-kementerian dan agensi-agensi di bawah
kementerian untuk berkolaborasi sebagai ahli penyelidik aktif dalam geran penyelidikan yang
dipohon dan diperoleh.

16

Perancangan Perolehan Geran Industri

Strategi
Meningkatkan jumlah geran industri.
Sasaran
Fakulti Pengajian Islam menyasarkan perolehan 5 geran industri, NGO dan syarikat-syarikat swasta
yang berkepentingan. Untuk menjayakan sasaran ini, setiap Pusat Kajian perlu merancang untuk
mendapatkan sekurang-kurangnya 1 Geran Industri atau NGO atau daripada syarikat-syarikat swasta.
Inisiatif

Membina dan meneroka jaringan baharu melalui penasihat-penasihat Fakulti dengan agensi,
kementerian, NGO syarikat-syarikat swasta dan institusi-institusi lain yang berkepentingan.
Mewujudkan kerjasama startegik dengan mengadakan dan memperbaharui perjanjian kerjasama
termasuk MoU dan MoA dengan agensi, kementerian, NGO syarikat-syarikat swasta dan institusi-
institusi lain yang berkepentingan.
Menjemput rakan strategik daripada agensi, kementerian, NGO syarikat-syarikat swasta dan
institusi-institusi lain yang berkepentingan untuk berkolaborasi sebagai ahli penyelidik aktif dalam
geran penyelidikan yang dipohon dan diperoleh.

Perancangan Perolehan Geran Universiti

Strategi
Meningkatkan jumlah ahli penerima geran teras utama universiti seperti Geran Translasional (TR),
Dana Impak Perdana (DIP) dan geran-geran universiti lain seperti Geran Universiti Penyelidikan
(GUP), Geran Galakan Penyelidik Muda (GPM), Geran Pengajaran dan Pembelajaran dan lain-lain.
Sasaran

Setiap Pusat Kajian perlu berusaha mendapatkan 1 Geran Teras Utama iaitu Geran Translasional (TR)
dan Geran Dana Impak Perdana (DIP), 1 Geran Universiti Penyelidikan (GUP), 1 Geran Galakan
Penyelidik Muda (GPM), 1 Geran Galakan Penyelidikan-Komuniti (GGPK) dan 1 Geran Pengajaran
dan Pembelajaran (GPP) menjadikan menjadikan jumlah keseluruhan sasaran Fakulti adalah 5 Geran
Teras Utama (GTU), 5 Geran Universiti Penyelidikan (GUP), 5 Geran Galakan Penyelidikan-Komuniti
(GGPK), 5 Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM) dan 5 Geran Pengajaran dan Pembelajaran (GGP).
Inisiatif

Menjemput rakan strategik untuk berkolaborasi dalam geran penyelidikan.
Meneroka dan membina jaringan baharu dengan penasihat-penasihat fakulti industri, agensi dan
industri berkepentingan.
Melaksanakan aktiviti mentoran dari penerima geran-geran yang dimaksudkan dengan ahli fakulti
yang ingin mengemukakan permohonan.
Memastikan setiap ahli terlibat secara aktif dalam penyelidikan melalui pengenalan Geran
Penyelidikan Islam (GPI) berjumlah RM10,000 daripada peruntukan fakulti bagi setiap pusat.

17

Perancangan Perolehan Geran Penyelidikan Islam

Strategi
Penglibatan sebagai ketua penyelidik dan ahli sebagai penyelidik melalui Geran Penyelidikan Islam
(GPI).
Sasaran
Setiap ahli di setiap Pusat Kajian perlu terlibat secara aktif dengan Geran Penyelidikan Islam menjadikan
semua 99 orang ahli terlibat dalam satu geran penyelidikan.
Inisiatif

Geran Penyelidikan Islam (GPI) adalah geran baru yang diperkenalkan oleh Fakulti Pengajian Islam
untuk diberikan kepada semua Pusat Kajian dengan penglibatan semua ahli dan diselaraskan oleh
Pengerusi Pusat. Bidang penyelidikan bergantung kepada bidang fokus di Pusat Kajian dan geran
tersebut boleh dipecahkan kepada 2 geran.
Pihak Fakulti memperuntukan RM10,000 setiap Pusat Kajian dan dana tambahan dengan had
limitasi RM5,000.
Pengerusi Pusat Kajian berusaha mendapatkan tajaan atau dana padanan dari mana-mana agensi,
kementerian atau NGO di dalam dan di luar negara.

18

PERSIDANGAN

Penganjuran Persidangan

Strategi
Penganjuran persidangan berimpak dan menjana keuntungan.
Sasaran
Setiap Pusat Kajian perlu menganjurkan 1 Persidangan Antarabangsa, 1 Persidangan Kebangsaan dan 2
Persidangan Peringkat Universiti menjadikan jumlah keseluruhan sasaran Fakulti adalah 5 persidangan
antarabangsa, 5 persidangan kebangsaan dan 10 seminar/persidangan peringkat Universiti (termasuk
kolokium prasiswazah dan siswazah).
Inisiatif

Semua Persidangan adalah mengenai perkembangan semasa isu-isu berkaitan Islam dan masyarakat
Islam di Malaysia dan Antarabangsa.
Setiap persidangan perlu berkolaborasi dengan agensi-agensi yang berkaitan bagi memperlihatkan
kerjasama Fakulti Pengajian Islam dalam menyelesaikan isu-isu semasa berkaitan umat Islam.
Pihak Fakulti memperuntukkan sebanyak RM2,000.00 untuk setiap Pusat Kajian menganjurkan
seminar/persidangan.

20

INOVASI

Harta Intelek

Strategi
Meningkatkan bilangan pendaftaran harta intelek.
Sasaran
Setiap Pusat Kajian dan Program Bahasa Arab perlu mendapatkan 2 harta intelek menjadikan jumlah
keseluruhan sasaran fakulti adalah 12 harta intelek.
Inisiatif

Mengalakkan penyelidikan-penyelidikan yang boleh menghasilkan harta intelek.
Mengadakan 2 kali bengkel meningkatkan kefahaman pendaftaran harta intelek.
Mengadakan 2 kali minggu inovasi dan harta intelek.
Mengadakan sesi harta intelek @ FPI

22

TAKWIM

Takwim Urus Setia Penyelidikan Dan Penerbitan
Fakulti Pengajian Islam Tahun 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan
Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Islam

Bil 1/2022 Bil 2/2022 Bil 3/2022
April Ogos Disember

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perancangan
Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Islam

Bil 1/2022 Bil 2/2022
Februari Oktober

Bengkel Penilaian Proposal Skim Geran
Penyelidikan Fundamental (FRGS)

Januari Julai

24

Bengkel Penilaian Proposal GUP/GGPM/DIP

Febuari September

Bengkel Dana Penerbitan Buku (DPB)
April

Bengkel Harta Intelek (IP)

Siri 1 Siri 2
Mei November

Bengkel Penerbitan Jurnal Q1-Q2
Mac

Lawatan Penanda Aras ke Universiti Sains Malaysia
Jun

25

Takwim Urus Setia Penyelidikan Dan Penerbitan
Fakulti Pengajian IslamTahun 2022

Januari Febuari
Bengkel Penilaian Proposal Skim Geran Mesyuarat Khas Jawatankuasa
Penyelidikan Fundamental (FRGS) Perancangan Penyelidikan dan Inovasi,
Fakulti Pengajian Islam Bil. 1/2022
April Bengkel Penilaian Proposal
Mesyuarat Jawatankuasa GUP/GGPM/DIP
Perancangan Penyelidikan dan Inovasi, Sesi Harta Intelek @ FPI
Fakulti Pengajian Islam Bil. 1/2022
Bengkel Dana Penerbitan Buku (DPB) Mac
Sesi Harta Intelek @ FPI Bengkel Penerbitan Jurnal Q1/ Q2

Mei Jun
Bengkel Harta Intelek (IP) Siri 1
Lawatan Penanda Aras ke Universiti
Ogos Sains Malaysia
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Sesi Harta Intelek @ FPI
Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti
Pengajian Islam Bil. 2/2022 Julai
Sesi Harta Intelek @ FPI Bengkel Penilaian Proposal Skim Geran
September Penyelidikan Fundamental (FRGS)
Bengkel Penilaian Proposal
GUP/GGPM/DIP Oktober
Mesyuarat Khas Jawatankuasa
Disember Perancangan Penyelidikan dan Inovasi,
Mesyuarat Jawatankuasa Fakulti Pengajian Islam Bil. 2/2022
Perancangan Penyelidikan dan Inovasi, Sesi Harta Intelek @ FPI
Fakulti Pengajian Islam Bil. 3/2022 November

26 Bengkel Harta Intelek (IP) Siri 2

CARTA ALIR
PENERBITAN BUKU

SESI HARTA
INTELEK @ FPI

01 PENYEDIAAN MANUSKRIP 02 03

OLEH PENGARANG PENGARANG MENGHANTAR PENGARANG MENGHANTAR
SATU SALINAN MANUSKRIP, MANUSKRIP, SURAT
(Buku Hasil Penyelidikan atau Buku NAMA, ALAMAT, DAN EMEL
daripada Tesis Doktor Falsafah/ PELANTIKAN PENILAI DAN
Sarjana) LENGKAP PENILAI YANG BORANG PENILAIAN
DICADANGKAN KEPADA KEPADA PENILAI
06 URUSETIA MELALUI EMAIL
DAN HARDCOPY UNTUK (Penilai mestilah dalam bidang dan
PENGARANG MEMBUAT PROSES SARINGAN DAN bukan dari pengarang bersama serta
PERMOHON DANA INSENTIF bukan dari penyelidik UKM)
PENERBITAN BUKU FAKULTI PELANTIKAN PENILAI
04
PENGAJIAN ISLAM 2021 (Pihak Urusetia akan menghantar
surat pelantikan bersama dokumen PENGARANG MENGHANTAR
(Surat kelulusan penerbitan Penerbit yang berkaitan kepada pengarang) MANUSKRIP LENGKAP
UKM hendaklah dilampirkan bersama
dan dihantar kepada Urusetia) 05 PENERBIT UKM AKAN BERSAMA-SAMA DOKUMEN
PENILAIAN DAN SEMUA
07 MEMBERI MAKLUMBALAS
BERKAITAN STATUS DOKUMEN YANG BERKAITAN
PIHAK URUSETIA MEMBUAT KEPADA PENERBIT UKM
SEMAKAN DAN PENERIMAAN/KELULUSAN
Penerbit akan mengemukakan
MENGEMUKAKAN 08 permohonan kepada Mesyuarat
PERMOHONAN KEPADA Sidang Pengarang Universiti (SPU)
MESYUARAT PENGURUSAN URUSETIA MENGELUARKAN atau Ahli Jawatankuasa Penerbitan
Buku MyRA
FAKULTI (MPF) SURAT KELULUSAN
09
PENGGUNAAN DANA
PENGARANG MENGHANTAR
(Setelah mendapat kelulusan SURAT KELULUSAN KEPADA
daripada MPF)
PENERBIT UKM UNTUK
URUSAN SELANJUTNYA.

(Bayaran Penilai adalah di bawah
Penerbit UKM)

28 21Disediakan Oleh;
Urusetia Penyelidikan Dan Penerbitan, FPI

Sesi Harta Intelek @ FPI

Pendaftaran Harta Intelek
Mengenalpasti harta intelek yang berpotensi dan mempunyai nilai di Fakulti Pengajian Islam.
Membantu penyelidik menyediakan maklumat yang lengkap bagi tujuan pendaftaran harta intelek.

Urusetia Penyelidikan dan Penerbitan FPI membantu penyelidik dari sudut khidmat nasihat dan
perantara sekiranya kepakaran dari Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi UKM diperlukan.

IP Mining Inisiatif IP Mining
kendiri bagi Fakulti

Pengajian Islam

Sesi mengenalpasti Potensi HI
harta intelek

berpotensi untuk
dilindungi

Maklumat HI Penyediaan dan
koordinasi maklumat
lengkap harta intelek

yang dikenalpasti

Pendaftaran harta eIPR
intelek yang

dikenalpasti secara
atas talian

Sesi Hands On eIPR

Harta intelek penyelidik yang dikenalpasti dilindungi dalam Sistem e-Intellectual Property Rights
(eIPR).

Urusetia Penyelidikan dan Penerbitan FPI membantu penyelidik melengkap sistem eIPR secara
hands on (maklumat lengkap disediakan lebih awal).

29

Sesi Harta Intelek @ FPI UKM

Mempunyai penyelidikan yang berpotensi untuk dilindungi?
Daftar harta intelek bersama Urusetia Penyelidikan dan Penerbitan Fakulti. Slot berikut untuk sesi
pendaftaran dalam talian.

Februari 2022
April 2022
Jun 2022
Ogos 2022
Oktober 2022
3:00 - 5:00 petang (1 jam per sesi)
Emel tempahan slot kepada [email protected]

30

GALERI

Bengkel Pengurusan Penyelidikan dan
Penerbitan Fakulti Pengajian Islam

32

Taklimat Geran Antarabangsa
1 Pusat 1 Geran Antarabangsa

33

Taklimat projek 10 Pensyarah 10 Jurnal Q

34

Bengkel perkongsian amalan terbaik
geran antarabangsa (jepun)

35

Bengkel Penyelidikan Bersama MAPIM-UKM

36

Bengkel Urus Setia Penyelidikan dan Penerbitan,
Fakulti Pengajian Islam Tahun 2021

37

Bengkel Pelaksanaan Dana Pecutan
Penerbitan Tahun 2021

38

Taklimat Seminar Cabaran Covid-19 Menurut
Perspektif Islam Dan Pelancaran Buku
Fakulti Pengajian Islam 2021

39

Bengkel Post-Mortem dan Pembinaan Pelan
Strategik Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi

Fakulti Pengajian Islam 2022

40

Jawatankuasa Buku Pelan Induk Penyelidikan,
Penerbitan, Inovasi dan Persidangan
Fakulti Pengajian Islam 2022

Pengerusi
Prof. Madya Dr. Ahmad Munawar Ismail

Setiausaha
Puan Hazira Mohd Nor
Penolong Setiausaha
Cik Noorfariza Baharen

Rekabentuk Grafik
Cik Nur Amanina Mohamad Daud

Penerbitan dan Pengeluaran
Encik Mohd Faizal Khatab

41

diterbitkan oleh

Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan

03 8921 5352/ 3197/ 5502

e ISBN 978-967-19878-3-4

9789671987834 21

Pelan Induk Perancangan
Penerbitan, Penyelidikan,
Inovasi & Persidangan Fakulti
Pengajian Islam 2022


Click to View FlipBook Version