The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-88189529, 2022-12-04 15:58:30

PBL - Kamus Mini

Simpulan Bahasa Tahun 3

Keywords: kamus

Pembelajaran Berasaskan Projek

Kamus Mini Simpulan Bahasa

Proses tugasan:

1. Murid perlu mencari maklumat berkaitan
simpulan bahasa yang terdapat di dalam buku teks
BM jilid 1 muka surat 5.

2. Maklumat yg diperolehi dipindahkan ke dalam
kamus mini yang dibekalkan kepada murid.

3. Murid perlu siapkan tugasan seperti contoh yang
akan ditunjukkan selepas penerangan ini.

4. Setiap murid perlu lengkapkan 10 simpulan
bahasa di dalam kamus mini yang diberi.
Sebarang masalah bolehlah rujuk terus kepada saya
Cikgu Huzaimah.

***Murid juga perlu mendapat sedikit bimbingan
daripada ibubapa semasa aktiviti ini dijalankan.

*Terima kasih diucapkan atas kerjasama ibu bapa
penjaga 3AB/3AG.

*Moga anak-anak dapat menyiapkan tugasan
sepanjang cuti ini dan mendapat pengetahuan yang
lebih baik berkaitan simpulan bahasa.

Muka surat hadapan

Kamus Mini

Simpulan Bahasa

Disediakan oleh:
Tulis nama murid

Disemak oleh:

Nama guru

Muka surat 1

Apa itu
Simpulan Bahasa
Terangkan maksud dan contoh
-rujuk buku teks-

Muka surat 2

* gambar simpulan bahasa
( boleh lukis atau cari dan tampal )
Anak Emas
Maksudnya
Anak kesayangan

Ayat
Siti Fatimah merupakan anak emas kepada
pasangan suami dan isteri Encik Osman dan
Puan Aminah.

Muka surat 3

*gambar simpulan bahasa kaki bangku
Kaki Bangku
Maksudnya
Orang yang tidak pandai bermain bola

Ayat
Johan digelar kaki bangku kerana tidak boleh
bermain bola sepak semasa di sekolah rendah.

- Muka surat 4 hingga seterusnya, murid perlu
selesaikan tugasan sehingga 10 simpulan
bahasa.

- Selamat menjalankan tugasan.

Selamat Bercuti

Jumpa lagi tahun hadapan

CONTOH
KAMUS MINI
SIMPULAN BAHASA

Kamus Mini

Simpulan Bahasa

Disediakan oleh:

Nurin Hana bt. Hasnan
3 Cempaka

Disemak oleh:
Cikgu Huzaimah bt. Harun

Guru Bahasa Melayu
SK. Bagan Serai

Apakah itu simpulan Bahasa ?

Simpulan Bahasa ialah perkataan yang terdiri
daripada dua perkataan atau lebih. Simpulan
Bahasa mempunyai maksud yang berbeza
daripad makna perkataan yang membentuk
kata tersebut.

Contoh:

1. Anak tunggal
2. Cakar ayam
3. Buah tangan
4. Terang hati

Ulat Buku

Maksudnya:

Orang yang suka membaca buku.

Ayat:

Syafiq sering mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan kerana dia
seorang ulat buku.

Cakar Ayam
Maksudnya:
Tulisan yang tidak cantik dan kemas.

Ayat:
Tulisan Amir tidak boleh dibaca kerana
menulis seperti cakar ayam.

Kaki bangku
Maksudnya:
Tidak pandai bermain bola

Ayat:
Budak lelaki itu termenung di hujung
padang sekolah kerana digelar
kaki bangku.

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version