The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kamarul, 2021-03-20 23:30:56

Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 SK

Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 SK

Keywords: Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 SK

REFLEKSI INFO
Penghasilan projek

Sistem asas elektromekanikal

1 Motor dan gear 2 Motor, takal dan 3 Motor, gegancu
tali sawat dan rantai

a Menyatakan h Menyediakan alatan
bahan dan bahan

b Menyatakan nama dan i Mengukur, menanda dan
fungsi alatan tangan memotong bahan projek

c Menyatakan bahan j Memasang bahagian
pengikat dan pencantum projek

d Mengenal pasti sistem k Menguji kefungsian
asas elektromekanikal projek

e Mengenal pasti projek l Membuat
elektromekanikal kemasan projek

f Membuat lakaran m Membuat persembahan
projek

g Memilih lakaran n Membuat
terbaik penyelenggaraan dan
penyimpanan peralatan

NOTA GURU
• Bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang telah dipelajari.

42

Tiga sahabat, iaitu tomato, salad dan terung sedang berbual-bual
di rumah hijau.

Dengan teknologi sekarang, Kita ditanam di dalam
kita boleh hidup walaupun takung. Tapi lihatlah kita ini,
tanpa tanah. masih boleh hidup subur.

Betul kata kamu semua.

NOTA GURU 43

• Minta murid menamakan tanaman yang pernah ditanam oleh mereka.
• Beritahu murid bahawa pokok boleh ditanam dengan menggunakan tanah atau
tanpa tanah.
• Beritahu murid bahawa takung hidroponik terdapat dalam pelbagai bentuk.

Kenali Hidroponik

Izat, kita telah mempelajari kaedah penanaman
medium campuran. Apakah pula kaedah yang
akan kita pelajari tahun ini?

Cikgu kata tahun ini kita akan
belajar penanaman menggunakan
kaedah hidroponik.

Bagaimanakah cara menanam pokok
menggunakan kaedah hidroponik, Izat?

Saya masih ingat perbualan dengan ayah yang
menyatakan hidroponik ialah kaedah penanaman yang
menggunakan air sebagai medium. Kita boleh menanam
sayuran berdaun, sayuran berbuah, tanaman hiasan
berbunga serta ulam-ulaman dan herba.

Oh, begitu! Pelbagai cara boleh
digunakan untuk menanam
tumbuhan, ya.

Kumpulkan maklumat tentang sejarah hidroponik melalui pelbagai
sumber. Sediakan slaid menggunakan perisian MS PowerPoint.
Persembahkan hasil dapatan kamu kepada rakan sekelas.

NOTA GURU

5.2.1 • Minta murid menamakan sayuran berdaun, sayuran berbuah, tanaman hiasan berbunga
serta ulam-ulaman dan herba yang terdapat di persekitaran mereka.

44 • Beritahu murid bahawa larutan nutrien merupakan sumber makanan untuk tanaman.

Tanaman secara hidroponik dilakukan dengan beberapa teknik, contohnya:

1. Teknik hidroponik takung 2. Teknik hidroponik nutrien cetek

Salur masuk Takung

Penutup Salur
takung keluar
Takung Aras air

Tangki nutrien
Pam

3. Teknik hidroponik nutrien dalam

Raga Hidroponik berasal daripada
tanaman perkataan Greek, iaitu hydro
yang bermaksud air dan ponos
yang bermaksud kerja.

Kebaikan hidroponik

Tanaman hidroponik mempunyai kelebihan seperti yang berikut:
1. Penanaman boleh dilakukan di kawasan tanah yang bermasalah,
kurang sumber air dan tiada saliran yang baik.
2. Hasil pengeluaran lebih tinggi.
3. Hasil tanaman lebih berkualiti.
4. Penanaman boleh dijalankan sepanjang masa.
5. Penanaman tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak.
6. Penyakit tanaman dapat dikawal dengan mudah.
7. Kawalan rumpai tidak perlu dilakukan.
8. Alatan yang digunakan mudah dipasang.

Gunakan enjin carian untuk mencari maklumat
tentang teknik penanaman secara hidroponik.

NOTA GURU

5.2.1 • Terangkan perbezaan ketiga-tiga teknik hidroponik yang digunakan untuk menanam
tumbuhan secara hidroponik kepada murid.

45

Alatan dan Bahan Menyemai

Kita akan menggunakan teknik hidroponik takung untuk menjalankan
aktiviti penanaman secara hidroponik. Teknik ini menggunakan alat yang
mudah dipasang dan ringkas kerana hanya menggunakan bekas takungan
untuk menakung larutan nutrien. Sebelum mula menyemai, kita hendaklah
mengenal pasti alatan dan bahan yang diperlukan terlebih dahulu.

Alatan Fungsi Bahan Fungsi

Meletakkan Medium
span atau reja penyemaian.
benang yang
mengandungi biji Span atau
benih. reja benang

Dulang semaian

Memotong Menghasilkan
medium semaian anak benih.
seperti span atau
reja benang.

Gunting dan pisau Biji benih Melembapkan
Meletakkan Air span atau reja
medium dan anak benang ketika
benih. menyemai biji
benih.
Raga tanaman

Bahan lain yang boleh digunakan sebagai medium
penyemaian ialah sekam padi, sabut kelapa dan
habuk papan.

NOTA GURU

5.2.2 • Beritahu murid bahawa takung hidroponik juga boleh digunakan sebagai bekas semaian.

• Beritahu murid bahawa mereka boleh menggunakan alatan lain yang terdapat

46 di persekitaran mengikut kesesuaian untuk menyemai biji benih.

Mari Menyemai Biji Benih

Biji benih perlu disemai terlebih dahulu untuk menyediakan anak benih
sebelum ditanam pada takung hidroponik. Antara contoh biji benih yang boleh
disemai adalah seperti yang berikut:

2
1

Sawi Tomato

3 4

Kekwa Ulam raja

Kumpulkan gambar tanaman hidroponik. Bagaimanakah kamu
Kemudian, tampal gambar dalam buku skrap memastikan biji benih yang
dan namakan tanaman tersebut. disemai boleh menghasilkan
anak benih yang baik?

NOTA GURU

5.2.3 • Tunjukkan contoh biji benih sayuran berdaun, sayuran berbuah, tanaman hiasan berbunga
serta ulam-ulaman dan herba kepada murid.

47

Terdapat pelbagai cara menyemai biji benih, antaranya adalah dengan
menggunakan span atau reja benang.

a Cara menyemai biji benih menggunakan span

12

Sediakan span untuk dijadikan medium Ukur, tanda dan potong span mengikut
penyemaian. saiz yang dikehendaki.

3 4

Belah pada bahagian tengah span untuk Susun span dalam dulang semaian dan
dijadikan tempat semaian. rendam span sehingga basah.

5 6

Biji benih
Lidi

Masukkan dua hingga empat biji benih Biji benih yang telah bercambah selepas
ke dalam span. beberapa hari disemai.

PANDUAN KESELAMATAN

Berhati-hati menggunakan
alatan yang tajam.

NOTA GURU

5.2.3 • Beritahu murid bahawa mereka perlu memotong span mengikut saiz raga tanaman.
• Minta murid menggunakan lidi yang basah pada hujungnya ketika mengambil biji

48 benih halus untuk disemai.

b Cara menyemai biji benih menggunakan reja benang
12

Potong reja benang dengan gunting. Tuangkan air untuk membasahkan reja
benang.
3
Biji benih

4

Lidi

Masukkan reja benang yang telah Letakkan dua hingga empat biji benih
dibasahkan ke dalam raga tanaman. pada reja benang.

5 6

Letakkan raga tanaman ke dalam takung. Tuangkan sedikit air ke dalam takung.

NOTA GURU

5.2.3 • Beritahu murid bahawa raga tanaman diperlukan jika menyemai biji benih menggunakan
reja benang.

• Pastikan air yang dimasukkan ke dalam takung belum dicampurkan dengan larutan nutrien. 49

• Bersoal jawab dengan murid tentang cara menjaga biji benih setelah disemai.

Mari Sediakan Alatan Penanaman

Setelah biji benih bercambah menjadi anak benih, kita perlu mengubahnya
ke dalam takung tanaman. Oleh itu, kita perlu menyediakan alatan untuk
menanam anak benih.

Takung Penutup takung
Takung digunakan untuk menakung Penutup takung mempunyai
larutan nutrien. beberapa lubang yang berfungsi
untuk memegang raga tanaman.

Raga tanaman
Raga tanaman digunakan untuk
meletakkan anak benih.

Alatan yang telah digunakan hendaklah dibersihkan
dengan menggunakan air bersih dan dikeringkan.
Elakkan menggunakan bahan pencuci.

Mengapakah penggunaan bahan Sediakan satu bekas hidroponik
guna semula digalakkan untuk dijadikan takung mengikut kreativiti kamu
alatan penanaman hidroponik? sendiri. Gunakan bahan guna semula
yang terdapat di persekitaran kamu.

NOTA GURU

5.2.4 • Beritahu murid bahawa alatan penanaman dan larutan nutrien boleh dibeli di pasaran.
• Beritahu murid bahawa takung mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.

50

Penyediaan Larutan Nutrien

Larutan nutrien ialah bahan terpenting yang membekalkan zat makanan
yang lengkap kepada tanaman hidroponik. Kita perlu membuat larutan
nutrien mengikut arahan penyediaan seperti yang tercatat pada label botol.

Kita perlu menggoncang larutan stok yang
hendak digunakan sebelum membuat bancuhan.

Jangan lupa menutup bekas larutan
stok selepas digunakan. Pastikan
stok A dan stok B tidak didedahkan
kepada cahaya matahari.

NOTA GURU

5.2.5 • Beritahu murid bahawa mereka boleh mendapatkan nutrien stok A dan stok B
daripada pelbagai jenama yang terdapat di pasaran.

51

Sebelum memindahkan anak benih ke dalam takung
tanaman, kita perlu menyediakan larutan nutrien.
Langkah untuk menyediakan larutan nutrien adalah
seperti di bawah.

12

Tuangkan air ke dalam takung mengikut Masukkan stok A mengikut sukatan dan
sukatan yang dicadangkan pada label stok. kacau hingga sebati.

34

Masukkan pula stok B mengikut sukatan Tutup takung untuk melindungi larutan
dan kacau hingga sebati. nutrien daripada cahaya matahari.

Larutan nutrien tidak boleh dikacau Mengapakah larutan nutrien perlu
dengan menggunakan bahan dicampurkan ke dalam air yang
logam kerana akan menyebabkan terdapat dalam takung hidroponik?
tindak balas kimia.

NOTA GURU

5.2.5 • Nasihati murid agar berhati-hati ketika mengendalikan larutan stok. Pastikan tiada
larutan stok A dan stok B yang tercampur dalam bekas penyimpanan.

52 • Beritahu murid bahawa larutan stok dibuat khas untuk tanaman hidroponik.
• Beritahu murid bahawa terdapat pelbagai cara penyediaan campuran stok mengikut

jenama.

Kaedah Mengubah Anak Benih

Anak benih yang cukup tempohnya dan tumbuh sihat perlu diubah ke dalam
raga tanaman. Yang berikut ialah ciri-ciri anak benih yang sihat untuk diubah
ke dalam raga tanaman.

Anak benih tiada kesan
serangan perosak.

Anak benih Anak benih tidak patah
mempunyai dua atau atau cedera.

tiga helai daun.

Anak benih tumbuh Anak benih tiada
dengan sekata. serangan penyakit.

Penyakit reput akar mudah menyerang Mengapakah pertumbuhan
tanaman jika alatan penanaman tidak anak benih terbantut?
dijaga dengan bersih ketika penyediaannya.

NOTA GURU

5.2.6 • Beritahu murid bahawa anak benih yang hendak diubah ke dalam raga tanaman adalah
yang disemai dengan menggunakan span di dalam dulang semaian. Anak benih yang

disemai dengan menggunakan reja benang pula hanya perlu dipindahkan terus ke 53

dalam takung.

Mari kita mengubah anak benih ke dalam raga
tanaman. Proses ini perlu dilakukan dengan cermat
supaya anak benih tidak rosak.

2

1
1 Pilih anak benih yang sihat.

2 Masukkan anak benih ke dalam
raga tanaman.

Anak benih akan hidup dan membesar Medium Penutup Raga
dengan subur apabila mendapat bekalan
nutrien yang cukup. Oleh itu, akar anak Ruang
benih atau medium percambahan mestilah udara
mencecah larutan nutrien ketika diletakkan
pada takung tanaman.

Larutan nutrien Akar Takung

NOTA GURU

5.2.6 • Minta murid mengacau larutan nutrien terlebih dahulu sebelum meletakkan penutup takung
yang telah diisi dengan raga tanaman.

54 • Minta murid meletakkan tarikh mula menanam anak benih pada setiap takung supaya
mudah menentukan waktu memungut.

3 Masukkan raga tanaman ke dalam 5
lubang pada penutup takung.

4 Letakkan takung hidroponik di bawah
struktur pelindung hujan untuk
mengelakkan kecairan larutan nutrien.

5 Kerja penjarangan dilakukan pada
minggu pertama selepas mengubah
anak benih jika perlu.

3
4

Mengapakah penjarangan
anak benih perlu dilakukan?

Penutup takung yang diperbuat daripada
polistirena atau kertas tebal dapat
mengurangkan suhu larutan.

NOTA GURU

5.2.6 • Beritahu murid bahawa akar anak benih yang tidak mencecah larutan nutrien atau
berada dalam medium yang kering akan menyebabkan anak benih layu dan mati.

• Beritahu murid bahawa struktur pelindung hujan terdapat dalam pelbagai bentuk. 55

Jagalah Saya

Anak benih yang telah diubah hendaklah dijaga supaya subur.
Aktiviti penjagaan anak benih adalah seperti yang berikut:

1 Mengacau larutan
Larutan nutrien hendaklah dikacau
sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk
mengelakkan mendapan supaya akar
dapat menyerap nutrien yang lengkap.

2 Mengawal serangga perosak
Serangga perosak selalu menyerang anak
benih dan tanaman. Serangga perosak
perlu dikawal dengan menggunakan
perangkap atau mengutip dan
memusnahkannya. Penanaman dalam
rumah kalis serangga dapat mengelakkan
serangan perosak.

3 Mengawal penyakit
Penyakit pada tanaman hidroponik
disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus.
Oleh itu, tanaman yang telah dijangkiti
penyakit hendaklah dibuang atau
dimusnahkan supaya tidak merebak.

NOTA GURU

5.2.7 • Beritahu murid bahawa pemeriksaan pH larutan adalah penting sebagai satu daripada
langkah mengawal penyakit anak pokok.

56 • Terangkan kegunaan ruang udara antara penutup takung dengan larutan nutrien
kepada murid.

Kos Projek Saya

Aktiviti penanaman secara hidroponik memerlukan alatan dan bahan yang
khusus. Kita perlu menyediakan alatan dan bahan tersebut dengan membeli
atau menggunakan bahan guna semula. Kos yang dikeluarkan untuk
menanam secara hidroponik perlu dikira. Mari kita kenal pasti alatan dan
bahan yang telah digunakan, dan mengira kos yang dibelanjakan untuk satu
takung hidroponik.

Stok A 100 ml Stok B 100 ml Penutup takung

Takung

Raga tanaman

Alat penyukat Biji benih

Span

Bagaimanakah cara menyediakan set hidroponik
takung daripada bahan guna semula?

NOTA GURU

5.2.8 • Beritahu murid bahawa larutan stok yang dibekalkan oleh penjual adalah dalam
bentuk larutan pekat atau serbuk.

• Pastikan botol stok A dan stok B dilabelkan. 57

Jadual anggaran kos bagi satu set hidroponik takung

Bil. Bahan Kuantiti Kos seunit Jumlah kos
1. Takung 1 unit (RM) (RM)
2. Penutup takung 1 unit 20.00 20.00
3. Raga tanaman 8 unit
4. Span 8 unit 10.00 10.00

1.00 8.00

0.10 0.80

5. Biji benih 1 peket 2.00 2.00
6. Alat penyukat 1 unit 2.00 2.00
7. Larutan stok A 100 ml 4.00
8. Larutan stok B 100 ml - 4.00
-
RM50.80
Jumlah

Gunakan perisian MS Excel Terangkan perbezaan kos antara set
untuk membuat pengiraan hidroponik takung yang dibeli dengan
kos satu set hidroponik set hidroponik yang disediakan
yang akan kamu sediakan. daripada bahan guna semula.

Buat penanaman hidroponik dengan menggunakan bahan
guna semula. Kemudian, kira kos yang telah dibelanjakan dan
bandingkannya dengan kos dalam jadual di atas.

NOTA GURU

5.2.8 • Beritahu murid bahawa harga set hidroponik takung mungkin berbeza antara satu tempat
dengan tempat yang lain.

58

Mari Tuai Hasil

Tanaman secara hidroponik boleh dituai setelah mencapai peringkat matang.
Tempoh matang tanaman hidroponik biasanya lebih cepat berbanding
dengan kaedah tanaman konvensional.

Jadual tempoh matang dan sifat fizikal tumbuhan

Nama tumbuhan Tempoh matang Sifat fizikal
(bilangan hari)

Sawi hijau 30–35

Kailan 45–50

Bayam 25–30

Kangkung 25–30

Tomato 50–60

Timun 45–50

Buat perbandingan tempoh matang tanaman yang
kamu tanam berdasarkan jadual di atas.

NOTA GURU

5.2.9 • Beritahu murid bahawa terdapat tanaman yang boleh dipetik pada peringkat awal untuk
dijadikan ulam.

• Terangkan maksud kaedah tanaman konvensional kepada murid. 59

Hasil tanaman yang telah matang hendaklah dituai dengan cara yang betul.
Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk menuai hasil tanaman.

1 Memetik

Cara ini sesuai bagi sayuran berbuah
seperti cili.

2 Mencabut

Sayuran berdaun seperti sawi, bayam, kangkung
dan kailan boleh dituai dengan cara mencabut
terus tanaman tersebut daripada raga tanaman.

3 Memotong

Sayuran berdaun juga sesuai dituai
dengan cara memotong. Tanaman
dipotong pada pangkal pokok dengan
menggunakan gunting atau pisau.

Gunakan enjin carian untuk mengetahui PANDUAN KESELAMATAN
maklumat tentang tumbuhan lain yang
boleh ditanam secara hidroponik. Pastikan gunting dan pisau yang
digunakan tajam dan bersih.
Berhati-hati ketika menggunakan
alatan tersebut.

NOTA GURU

5.2.9 • Minta murid membersihkan takung dan raga tanaman setelah kerja menuai hasil
selesai supaya boleh digunakan semula.

60

Selepas menuai, hasil tanaman perlu diselenggara dengan berhati-hati dan
teratur bagi mengelakkan kerosakan.

1 Mengumpul

Kumpulkan hasil tanaman yang
telah dituai di tempat teduh
supaya kualiti hasil tidak terjejas.

2 Menimbang

Timbang semua hasil tanaman
yang telah dituai untuk merekod
pendapatan hasil tuaian.

3 Memilih dan mengasing

Pilih dan asingkan hasil tanaman
yang baik dengan yang rosak untuk
memastikan hasil tuaian berkualiti dan
bernilai tinggi.

Hasil yang baik

Hasil yang rosak Mengapakah kerja penuaian dilakukan
pada awal pagi atau lewat petang?

NOTA GURU

5.2.9 • Beritahu murid bahawa tanaman hidroponik tidak perlu dibersihkan selepas dituai seperti
kaedah tanaman konvensional.

• Beritahu murid bahawa penyelenggaraan hasil tanaman hendaklah dilakukan sebaik 61

sahaja tanaman telah dituai.

4 Menggred

Lakukan kerja penggredan supaya hasil
tanaman seragam dan mudah untuk dijual.
Biasanya, hasil tanaman digred mengikut
rupa bentuk, warna, saiz dan berat.

Gred A

Gred B

5 Membungkus

Bungkus hasil tanaman yang telah
digred mengikut berat yang dikehendaki.
Pembungkusan dapat mengelakkan
kerosakan hasil tanaman ketika diangkut
dan mudah untuk dijual. Pembungkusan
boleh dibuat dengan menggunakan kertas
atau plastik.

6 Menyimpan dan memasarkan

Simpan hasil tanaman yang telah dibungkus
di dalam peti sejuk untuk mengekalkan
kesegarannya sebelum dipasarkan.

Mengapakah sayuran perlu Gunakan enjin carian untuk mencari
disimpan pada suhu rendah? maklumat tentang tempoh penyimpanan
sayuran di dalam peti sejuk.

NOTA GURU

5.2.9 • Beritahu murid bahawa hasil yang berkualiti boleh dijual dengan harga yang tinggi.
• Beritahu murid bahawa bagi memperoleh kuantiti hasil tanaman yang banyak, proses yang

62 dipaparkan perlu diikuti.

Buku Rekod Pendapatan Saya

Semua tanaman yang telah dituai perlu direkodkan.
Tujuannya adalah untuk mengetahui jumlah
keseluruhan hasil tanaman. Kita perlu menyediakan
sebuah buku rekod pendapatan hasil tanaman.

Jadual rekod pendapatan hasil tanaman Kelas 6 Melati
Jenis sayur: Sawi

Tarikh Kuantiti (kg) Harga per kg (RM) Jumlah (RM)

4.4.2016 4 2.50 10.00

5.4.2016 4 2.50 10.00

6.4.2016 6 2.50 15.00

7.4.2016 3 2.50 7.50

8.4.2016 2 2.50 5.00

11.4.2016 8 3.00 24.00

12.4.2016 10 3.00 30.00
Jumlah Keseluruhan 37 - RM101.50

Bagaimanakah kamu menentukan harga
sayuran yang hendak dijual?

NOTA GURU

5.2.10 • Beritahu murid bahawa pendapatan hasil tanaman ialah pendapatan keseluruhan
tanaman yang dituai.

• Berbincang dengan murid tentang cara untuk mendapatkan hasil tanaman yang tinggi. 63

• Bersoal jawab dengan murid tentang perbezaan harga dari segi permintaan

dan pengeluaran.

Bahagian A
Jawab soalan berikut.
1. Nyatakan kaedah yang digunakan untuk menanam sayuran seperti dalam
gambar di bawah.

ab

2. Tandakan (  ) pada alatan yang digunakan untuk menanam secara
hidroponik dan ( x ) pada alatan yang tidak digunakan untuk menanam
secara hidroponik.

ab c d

ef g h

3. Rekodkan pendapatan hasil yang dituai berdasarkan maklumat di bawah.

2 April 3 April 5 April 7 April 8 April
Bayam Bayam Bayam Bayam Bayam
4.5 kg
7 kg 8 kg 9 kg RM2.00/kg 5 kg
RM2.50/kg RM3.00/kg RM3.50/kg RM2.50/kg

4. Bina peta pemikiran tentang proses penanaman secara hidroponik.

NOTA GURU
• Minta murid menjawab soalan dalam buku latihan.

64

Bahagian B
Jawab semua soalan di bawah mengikut urutan.

1 23

Namakan kaedah Apakah bahan yang Kenal pasti bahan yang perlu
penanaman tanpa
perlu disemai untuk dicampurkan ke dalam air
tanah.
mendapatkan anak benih? untuk dijadikan larutan nutrien.

4 5

Nyatakan akibat jika Mengapakah hasil tanaman
tanaman diserang perosak. perlu dituai pada masanya?

6 7

Di manakah hasil tanaman Bagaimanakah kamu
yang telah dituai boleh menguruskan pendapatan
dipasarkan?
hasil jualan?

65

REFLEKSI INFO
Penanaman Secara Hidroponik

Mengenal hidroponik Menyatakan alatan dan bahan
menyemai biji benih

Menyemai biji Menyediakan Membancuh
benih alatan penanaman larutan nutrien

Mengubah anak benih Melakukan aktiviti
ke dalam raga tanaman penjagaan tanaman

Mengira kos Menuai Merekod pendapatan
bahan

NOTA GURU
• Bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang telah dipelajari.

66


Click to View FlipBook Version